Anda di halaman 1dari 17

ٌ‫كتاب أحكاو انرتائح – زٔسهي عثًاٌ فهفال‬

‫تِم ْس ِمى ِهَّللا ِم ان ِهَّللاس ْسح َمً ِمٍ ان ِهَّللاس ِمح ِمى‬
‫الحمدهلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وصحبه أجمعين‬

SEMBELIHAN MENURUT ISLAM

Sembelihan adalah cara mematikan binatang agar ianya


halal dimakan dan menjadi suci. Manakala binatang yang mati
tanpa sembelihan adalah najis dan haram dimakan kecuali
belalang dan binatang yang hidup di air seperti ikan dan udang.
Allah memerintahkan dilakukan penyembelihan sebagai perintah
yang bersifat ta’abbudi yang wajib dipatuhi oleh orang yang
beragama Islam.

Firman Allah SWT :

‫ُمح ِّس َميتْس َمعهَم ْس ُمك ُمى ٱ ْسن َمً ْستَمحُم َمٔٱن ِهَّللاد ُمو َمٔنَم ْسح ُمى ٱ ْسن ِمخُ ِمزي ِمس َمٔ َميآ أُم ِمْ ِهَّللام نِم َمغ ْس ِمس ٱنهِهَّللا ِمّ تِم ِمّۦ َمٔٱ ْسن ُمً ْسُ َمخُِم َمحُم َمٔٱ ْسن َمً ْسٕقُمٕ َمذجُم‬

‫َمٔٱ ْسن ُمًتَم َمس ِّ يَمحُم َمٔٱنُِهَّللا ِمط َمححُم َمٔ َميآ أَم َمك َمم ٱن ِهَّللا ثُم ُمع إِم ِهَّللاَّل َميا َمذ ِهَّللاك ْستُم ْسى َمٔ َميا ُمذتِم َمح َمعهَمٗ ٱنُُّن ُم ِم‬
‫ة‬

Maksudnya :” Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai


(binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar
mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-
binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang
mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari
tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati
dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih
(sebelum habis nyawanya).” (Surah Al-Maidah : 3)

1
ٌ‫كتاب أحكاو انرتائح – زٔسهي عثًاٌ فهفال‬

Terdapat tiga cara dan kaedah penyembelihan haiwan di


dalam Islam iaitu :

1. Al-Zabhu. Iaitu memutuskan halkum yang berada di bahagian


atas leher. Jenis ini adalah bagi haiwan yang jinak dan yang
mudah disembelih. Antara contoh haiwan yang disembelih
menggunakan cara ini ialah lembu, kambing, ayam dan lain-lain.

2. Al-Nahru. ditikam bahagian bawah leher jika mampu. Kaedah


ini juga memutuskan urat halkum dan mari’. Kaedah ini adalah
sunat digunakan untuk menyembelih unta. Ini kerana unta
mempunyai leher yang sangat panjang. Oleh itu kaedah ini
mempercepatkan kematian unta. Ini berdasarkan firman Allah
SWT :

‫َف َف ِّل ِل َف ِّل َف َف ٱ ْنو َف ْن‬

Maksudnya : “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu


semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).”
(Surah Al-Kauthar : 2)

Kedua-dua kaedah ini digunakan bagi sembelihan haiwan yang


dapat dikuasai atau yang diistilahkan sebagai al Maqdur `alaih.

3. Al-‘Uqru. Iaitu melukakan mana-mana bahagian haiwan secara


yang boleh mematikan haiwan tersebut. Kaedah ini hanya
digunakan jika tidak mampu menyembelih secara Al-Zabhu dan
Al-Nahru kerana binatang tersebut liar atau berkesukaran untuk
disembelih kerana sesuatu halangan seperti terjatuh ke dalam
telaga dan sebagainya. Binatang tersebut dikategorikan sebagai

2
ٌ‫كتاب أحكاو انرتائح – زٔسهي عثًاٌ فهفال‬

Ghair al Maqdur `alaih. Ia juga dikenali sebagai penyembelihan di


dalam keadaan darurat.

Kaedah ini berdasarkan kepada kisah yang diriwayatkan oleh Rafi’


Bin Khudaij. Kata beliau :

‫ فَمَُم ِهَّللاد تَم ِم ٌرس فَم َمس َمياُِم َمز ُم ٌرم تِم َم ْسٓ ٍمى فَم َمحثَم َم ُّم فَم َما َمل َمز ُم‬- ‫عه ّ ٔسهى‬
– ‫سٕ ُمل ِهَّللا ِم‬ ٗ‫ صه‬- ‫ٕل ِهَّللا ِم‬ ‫ُمكُِهَّللاا َمي َمع َمز ُم‬
‫س ِم‬

‫ إِمٌِهَّللا َمْ ِمر ِمِ ا ْسنثَم َمٓائِم َمى نَم َمٓا أَم َمٔاتِم ُمد َمكؤَم َمٔاتِم ِمد ا ْسن َمٕ ْسح ِم فَم َمًا ََم ِهَّللاد َمعهَم ْس ُمك ْسى فَم ْس‬: - ‫عه ّ ٔسهى‬
‫اصَُم ُمٕا تِم ِمّ َمْ َمك َمار‬ ٗ‫صه‬

Maksudnya :” Kami bersama dengan Rasulullah SAW. Ada seekor


unta yang mengamuk lalu seorang lelaki melepaskan panah dan
mengkapnya. Rasulullah SAW bersabda : Haiwan ini lari seperti
mana larinya binatang liar. Jika dia berlaku liar maka lakukanlah
seperti ini (seperti mana lelaki tersebut lakukan).” Riwayat Al-
Bukhari (2488) & Muslim (5204)

RUKUN SEMBELIHAN
Ijma’ para fuqaha mengatakan rukun sembelihan adalah:-
1. Penyembelih
2. Binatang sembelihan
3. Alat untuk menyembelih
4. Keadaan (tempat / perbuatan) sembelihan.

1) Orang yang menyembelih


Disyaratkan pada orang yang menyembelih hendaklah ia;-
i- Orang yang halal dikahwini dengannya iaitu hendaklah
beragama Islam atau Ahli Kitab.
Disyaratkan pada sembelihan kafir kitabi ;-

3
ٌ‫كتاب أحكاو انرتائح – زٔسهي عثًاٌ فهفال‬

a. Dari keturunanan Bani Israel


b. Hanya beragama Yahudi atau Nasrani sahaja
c. Sembelihan tersebut memenuhi kaedah
penyembelihan Islam.

Haram sembelihan yang dilakukan secara berkongsi diantara


orang Islam dan orang kafir . Firman Allah SWT:

          

“Maka makanlah haiwan (yang halal) yang disebut nama Allah


ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayatnya”
(Surah al-An’aam, ayat 118).

ii- Tidak disyaratkan1 berakal dan tamyizz pada


penyembelih. Maka sah sebelihan ;-
 Kanak-kanak yang belum mumayyiz, orang gila dan
orang mabuk. Kerana mereka mempunyai qasad
secara umum namun hukum sembelihan mereka
adalah makruh.
 Halal sembelihan orang buta tetapi makruh. Namun
panahan dan perburuannya tidak halal kerana tidak
sah qasadnya.
 Sembelihan seorang yang sedang tidur sambil
memegang pisau apabila jatuh binatang seperti
ayam ke atasnya dan disembelihnya tanpa sedar
tiadalah halal pada qawl yang muktamad.

1
Inilah pandangan yang dipilih oleh Sheikhul Islam Zakaria al Ansoriy dan Ibn Hajar di dalam Tuhfah
iaitu pandangan yang muktamad di dalam mazhab Shafeiyy.

4
ٌ‫كتاب أحكاو انرتائح – زٔسهي عثًاٌ فهفال‬

iii- Qasad menyembelih. Penyembelih yang halal


sembelihannya hendaklah;-
 Melakukan pemotongan urah halqum dan mari` dengan
niat menyembelih. Pemotongan urat-urat tersebut tanpa
qasad sembelih atau kerana tujuan lain tidak halal
dimakan.
 Tidak melakukan penyembelihan kerana tujuan yang
dilarang syara` seperti menyukutukan Allah, untuk
sembahan selain Allah, pemujaan makhluk halus atau
tokoh tertentu, jamuan makhluk halus, dan
seumpamanya. Jika atas tujuan tersebut haram
sembelihan tersebut.
 Bersalahan orang yang menyembelih kerana
menghampirkan diri kepada Allah bagi menolak kejahatan
jin, syaitan atau manusia, maka halal dimakan.
 Tidak menyebut nama selain Allah ketika menyembelihan
dengan niat membesarkan atau menyekutukan.

iv- Tidak di dalam ihram haji, umrah atau ihram mutlak.

Orang yang afdzal menyembelih menurut urutan adalah ;-


a- Yang utamanya adalah: orang lelaki muslim yang aqil,
baligh, adil yakni menjaga maruah dan agama, melihat, tidak
bisu, sudah berkhatan dan mengetahui hukum hakam
sembelihan.
b- Kemudian perempuan muslimah
c- Kanak-kanak muslim yang mumaiyyiz
5
ٌ‫كتاب أحكاو انرتائح – زٔسهي عثًاٌ فهفال‬

d- Kafir ahli Kitab


e- Orang gila dan mabuk
f- Kanak –kanak yang tidak mumaiyyiz

2) Binatang Yang Disembelih


Disyaratkan pada binatang sembelihan;-
a. Binatang yang halal dimakan selain daripada ikan dan
belalang serta jenis-jenis keduanya. Ikan dan belalang serta
jenis-jenis keduanya halal dimakan tanpa disembelih.
Adalah haram menyembelih binatang yang haram dimakan,
walaupun dengan tujuan merehatkannya dari kesakitan
seperti kaldai yang lama sakit.
b. Bukan binatang perburuan di dalam tanah haram Mekah dan
Madinah. Perburuan di tanah haram adalah haram dimakan
walaupun disembelih.
c. Masih mempunyai Hayat Mustaqirrah semasa permulaan
penyembelihan jika pada dhan sekalipun..
Hayat mustaqirrah maksudnya keberadaan nyawa yang
masih tetap dalam diri haiwan tersebut. Iaitu masih dapat
melihat, mendengar, bersuara atau bergerak dengan ikhtiar.
Lawannya adalah harakah mazbuhah iaitu keadaan tidak
tetap kehidupan dalam diri haiwan dan amat menghampiri
kematian.
Tanda kewujudan hayat mustaqirrah di dalam diri haiwan
sembelihan adalah;- masih:
 Darahnya memancut dan terpancar @serta,
 Boleh bergerak dengan kuat selepas disembelih
binatang tersebut
 Mulut dan hidungnya panas ketika bernafas

6
ٌ‫كتاب أحكاو انرتائح – زٔسهي عثًاٌ فهفال‬

 Halqumnya mengeluarkan suara.


Memadai wujudnya salah satu tanda dari tanda- tanda ini
sebagai bukti kewujudan hayat mustaqirrah yang teruk.
Bagi binatang yang ditimpa penyakit dan tiada sebab yang
boleh membawa kematian padanya seperti digigit binatang
lain, luka, dilanggar kenderaan atau termakan racun adalah
halal walaupun disembelih ketika diakhir hayatnya.2
d. Hendaklah binatang itu mati semata-mata disebabkan oleh
penyembelihan. Jika seorang menyembelih dan seorang lagi
mengeluarkan semua isi perutnya tidaklah halal dimakan .

3) Alat Sembelihan
Mestilah alat yang digunakan bagi penyembelihan hendaklah
sesuatu yang ;-
a- tajam yang memotong dengan ketajamannya dan bukan
dengan beratnya.
b- Boleh melukakan seperti pisau yang diperbuat daripada
logam, kayu, buluh, kaca, batu atau alat-alat lain yang
ditajamkan.
c- Bukan gigi, tulang dan kuku. Kulit siput bulih digunakan
untuk menyembelih menurut Sheikh Ali Subra Mullasiyy.
Haram binatang yang disembelih dengan :-
i. Pisau yang tumpul
ii. Sesuatu yang berat seperti peluru
iii. Tongkat
iv. Jaring
v. Batang panah secara melintang.
.
2
Kasyf al Litham Jilid 1 Halaman 147

7
ٌ‫كتاب أحكاو انرتائح – زٔسهي عثًاٌ فهفال‬

Sabda Rasulullah Shallallahu alaihi Wasallam dari Rafi’ ibnu


khadij Radhiallahu „anhu:
‫سؤ ُم َمح ِّد ُم َم أَم ِهَّللايا ان ِّ ٍُّن فَم َم ْسل ٌرى َمٔأَم ِهَّللايا‬ ‫َميا أَم ْسَ َمٓ َمس ان ِهَّللاد َمو َمٔ ُمذ ِمك َمس ا ْس‬
‫س ُمى ِهَّللا ِم فَم ُمك ْسم نَم ْس َم ان ِّ ٍِهَّللا َمٔان ُّن‬
‫لفُم َمس َمٔ َم‬
‫لفُم ُمس فَم ُمًدَمٖ ا ْسن َمحثَم َم ِمح‬ ‫ان ُّن‬
“Apa-apa yang dapat mengalirkan darah serta disebut nama Allah
padanya (waktu menyembelih), maka boleh kamu makan, kecuali
gigi dan kuku, dan aku akan khabarkan kepada kamu sedemikian
itu, (kerana) gigi adalah tulang dan kuku adalah pisau orang
Habsyah.” (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Nabi Shallallahu alaihi Wasallam:


‫ْسَمي ٍم فَمإِم َمذا قَمتَم ْسهتُم ْسى فَمؤ َم ْسح ِم ُُمٕا ا ْسن ِم ْستهَمحَم َمٔإِم َمذا َمذتَم ْسحتُم ْسى فَمؤ َم ْسح ِم ُُمٕا‬ ‫اا ْسح َم اٌَم َمعهَمٗ ُمك ِّم‬ ‫إِمٌِهَّللا ِهَّللا َم َمكت َمَمة ْس ِم‬
‫ْس َمذتِم َمحتَمُّم‬ ‫انر ْست َمح َمٔ ْسن ُم ِمح ِهَّللاد أَم َمح ُمد ُمك ْسى َم ْسف َمس َمُّم فَم ْسه ُم ِمس‬
‫ِهَّللا‬
“Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik kepada
sesuatu. Oleh itu jika kamu membunuh, maka perbaikilah cara
membunuhnya, dan apabila kamu menyembelih maka perbaikilah
cara menyembelihnya dan tajamkanlah pisaunya serta
selesakanlah haiwan sembelihannya itu” (Hadis riwayat Muslim).

4) Cara dan Kaifiyyat Sembelihan.


Sembelihan hendaklah dilakukan dengan qasad menyembelih,
iaitu dengan memotong dua urat halqum dan mari` dileher
binatang dengan sesuatu yang tajam. Jika jatuh pisau yang tajam
ke leher binatang yang halal dimakan dan memutuskan dua urat
tersebut, tiada halal dimakan kerana ketiadaan qasad
menyembelih.
Terdapat 2 keadaan penyembelihan iaitu penyembelihan ke atas;-
a. binatang yang berkuasa keatasnya al Maqdur `Alaih

8
ٌ‫كتاب أحكاو انرتائح – زٔسهي عثًاٌ فهفال‬

b. dan penyembelihan ke atas binatang yang tidak berkuasa ke


atasnya Ghair al Maqdur `Alaih.

A) Penyembelihan Ke Atas Binatang Yang Berkuasa


(Menangkap & Menyembelih) Ke Atasnya Al Maqdur ‘Alaih.
Syarat-syaratnya adalah ;-
1- Memutuskan dengan sempurna;-
i. urat HALKUM iaitu tempat saluran pernafasan
ii. dan urat MARI` iaitu tempat saluran makan dan
minum.
Caranya adalah ;-
 diputuskan urat halqum dan mari`
 diputuskan dengan sekali sembelih.
 dilakukan semasa haiwan tersebut di dalam hayat
mustaqirrah.
 Harus memotong urat halqum samada dari sebelah
atas ataupun dari sebelah bawah dengan syarat
masih berbentuk bulat yang berhubung dengan
umbi leher. Jika tidak dalam keadaan bulat dan
berlubang tidak halal sembelihan itu kerana dikira
tidak menyembelih.
 Hendaklah diputuskan dengan memotong. Jika di
tarik leher binatang hingga terputus dua urat
tersebut tidak halah dimakan.
 Halal jika terpotong halkum dan mari` walaupun kulit
leher tidak putus. Ini seperi memasukkan pisau
melalui telinga dan dipotong kedua-dua urat
tersebut dari dalam. Halal sembelihan tersebut
namun adalah haram.

9
ٌ‫كتاب أحكاو انرتائح – زٔسهي عثًاٌ فهفال‬

 Jika diputuskan setengah urat yang wajib dan


diceraikan sehingga haiwan tersebut dalam
keadaan harakah mazbuhah kemudian dipotong
semula haramlah sembelihan tersebut.
 Jika dimulakan sembelihan bagi kali kedua atau
ketiga dan seterusnya dalam keadaan masih wujud
hayat mustaqirrah pada permualaan sembelihan
terakhir halallah sembelihan tersebut jika panjang
perceraian antara sembelihan-sembelihan tersebut.
 Jika dilakukan ulangan sembelihan dengan segera
seperti :-
 Diangkat pisau dan dikembalikan dengan segera
 Dicampakkan pisau yang tumpul dan diambil
pisau yang tajam dengan segera
 Tercampak pisau lalu diambil semula dan
disempurnakan penyembelihan dengan segera
 Memalingkan pisau untuk memutuskan bahagian
yang masih terbaki dengan segera

Semua masalah ini halal sembelihannya walaupun tidak wujud


hayat mustaqirrah ketika diulangi sembelihan. Berulang-ulang
menyembelih tanpa perceraian yang lama dikira sebagai sekali
sembelihan sahaja.

Memotong sehingga terputus leher


Halal sembelihan yang terputus leher keseluruhannya. Walaupun
begitu perbuatan tersebut adalah makkruh.
.

10
ٌ‫كتاب أحكاو انرتائح – زٔسهي عثًاٌ فهفال‬

2- Tiada yang turut sebab kematian kecuali menyembelih. Maka


tiada halal jika ketika disembelih;-
 Serentak dengan orang memukul binatang itu
 Ada yang memotong pahanya
 Membelah perutnya

B) Penyembelihan Ke Atas Binatang Yang Tidak Berkuasa Ke


Atasnya.
Binatang yang sukar ditangkap (buruan) atau binatang yang tidak
dapat disembelih pada lehernya seperti sembelihan biasa seperti
binatang yang terjatuh ke dalam perigi dan sukar dikeluarkan.
Memadai dengan melukakan mana-mana bahagian pada
tubuhnya hingga mampu menyebabkan mati dengan niat
menyembelih.

SUNAT- SUNAT SEMBELIHAN


1. Membaca Bismillah
2. Berselawat ke atas nabi
3. Mengadap kiblat dan menghadapkan sembelihan ke arah
qiblat
4. Membaringkan binatang di rusuk kiri semasa menyembelih
5. Menyembelih di pangkal leher binatang bagi binatang yang
berleher panjang seperti itik, angsa dan unta
6. Memutuskan al wadajain iaitu kedua-dua urat yang terletak
di kiri dan kanan leher supaya binatang cepat mati.
7. Melakukan sembelihan pada waktu siang.
8. Menggunakan alat sembelihan yang paling tajam.

11
ٌ‫كتاب أحكاو انرتائح – زٔسهي عثًاٌ فهفال‬

PERKARA-PERKARA MAKRUH BERKAITAN SEMBELIHAN


1. Menggunakan alat yang kurang tajam
2. Menampakkan alat sembelihan kepada binatang
3. Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang
4. Tidak menyebut nama Allah
5. Tidak menghalakan binatang ke arah kiblat
6. Melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang akan
disembelih.

Keratan rentas leher binatang sembelihan.


Jelas kelihatan 2 salur makan dan salur pernafasan di tengah-
tengah leher. Kawasan yang berwarna merah pula adalah salur
yang membawa darah dari jantung ke otak.
12
ٌ‫كتاب أحكاو انرتائح – زٔسهي عثًاٌ فهفال‬

Gambarajah dalaman leher seekor ayam.


13
ٌ‫كتاب أحكاو انرتائح – زٔسهي عثًاٌ فهفال‬

Keadaan ketika sembelihan dijalankan

14
‫كتاب أحكاو انرتائح – زٔسهي عثًاٌ فهفالٌ‬

‫‪15‬‬
ٌ‫كتاب أحكاو انرتائح – زٔسهي عثًاٌ فهفال‬

Gambarajah dalaman leher seekor lembu

16
‫كتاب أحكاو انرتائح – زٔسهي عثًاٌ فهفالٌ‬

‫‪Keadaan ketika sembelihan dijalankan‬‬

‫واب‬ ‫هللا أعلم ا‬


‫كتبه بىاوه ا عبد ا قي ا فقي ا ى ر ه ا علي ر سلي ه عثمان لفالن‬
‫صلى هللا على سيدوا م مد على ا ه ص به سلم ‪1440\11\29‬هـ‬

‫‪17‬‬

Anda mungkin juga menyukai