Anda di halaman 1dari 56

1

SENARAI TAJUK PENDIDIKAN ISLAM SEMESTER 3


(MUAMALAT & JENAYAH ISLAM)

Bil Tajuk Muka Surat


1. Jual Beli 3

2. Jual Beli Terlarang 8

3. Khiyar 9

4. Jual Beli Salam (Tempahan) 10

5. Rohnu (Gadaian) 14

6. Syarikat 16

7. Ijarah (Sewaan) 19

8. Wadi’ah (Simpanan) 22

9. Riba 24

10. Jenayah Dalam Islam 27


 Definisi

 Peranan Hukuman dan Balasan

 Cara menghindarkan kesalahan

 Perbandingan Undang-undang Jenayah Islam


dan Ciptaan Manusia

 Kepentingan Jenayah Islam

11. Hudud, Qisas dan Ta’zir 29

12. Zina 31
 Cara Melakukan Rejam dan Sebatan

 Liwat

13. Qazf dan Hukumannya 38

14. Mencuri dan Hukumannya 42

15. Al-Hirabah (Merompak) 46

16. Kesalahan Minum Arak 49

17. Murtad dan Hukumannya 51


18. Jenayah Pembunuhan 53

2
JUAL BELI

TAKRIF JUAL BELI

 Bahasa: Menukarkan sesuatu dengan sesuatu


 Istilah : Pertukaran sesuatu harta dengan harta yang lain bagi tujuan
pemilikan yang kekal.

HUKUM JUAL BELI

 Harus

DALIL PENSYARIATAN

1) Al-Quran:
Maksudnya: “Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli dan
mengharamkan
riba.” (al-Baqarah: 275)
2) Al-Sunnah:
Maksudnya: “Jika ada di antara kamu yang mengambil seutas tali,
kemudian dia memikul seikat kayu di belakangnyalalu dijual, dan
kerana itu Allah menjaga (maruahnya), itu lebih baik daripada dia
meminta-minta belas ehsan orang ramai, sama ada mereka
memberikannya atau tidak.” (Riwayat al-Bukhari [1402])

HIKMAH JUAL BELI

1. Sifat semulajadi manusia yang memerlukan pertukaran faedah harta


antara sesama manusia.
2. Terhindarlah kejadian rampas-merampas, rompakan dan
sebagainya.
3. Mengajar manusia hidup bersatu padu dan hidup mengikut lunas
undang-undang.

RUKUN JUAL BELI

1. Penjual dan pembeli


2. Barang jualan dan harga
3. Sighah Akad (Ijab dan Qabul)

1. Penjual dan pembeli

Syarat-syarat penjual dan pembeli

1. Waras: Iaitu baligh, berakal dan boleh menguruskan harta denga


baik. Oleh itu, urusan jual beli yang dijalankan oleh kanak-kanak
3
dan orang gila adalah tidak sah.

2. Bebas membuat pilihan ketika berakad: Apabila seseorang menjual


atau membeli, dia melakukannya dengan kemahuan sendiri
dengan sepenuh kebebasan dan kerelaan untuk melakukan urusan
tersebut. Dalilnya, Allah SWT berfirman:
Maksudnya: “Kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan
secara suka sama suka di antara kamu.” (al-Nisa’:29)

3. Penjual dan pembeli adalah pihak yang berlainan: Penjual dan


pembeli bukanlah orang yang sama. Ini kerana kepentingan
kedua-dua pihak sentiasa berlainan.

4. Boleh melihat: Tidak sah jual beli bagi orang yang buta kerana
wujudnya kejahilan yang ketara. Maka dia perlu mewakilkan
kepada orang lain untuk urusan tersebut.

2. Barang jualan dan harganya

Syarat-syarat barang jualan dan harganya

1. Hendaklah wujud ketika akad dilakukan.

 Para penulis kitab Sunan meriwatkan, Hakim bin Hizam RA berkata:


Maksudnya: “Wahai Rasulullah SAW! Ada seorang lelaki datang
meminta saya menjualkan kepadanya barang yang saya tiada.
Bolehkah saya beli barang tersebut di pasar untuk diserahkan
kepadanya. Baginda bersabda: Jangan engkau jual barangan
yang tiada padamu.”
(Riwayat Abu Daud: [3503])

2. Mestilah dalam bentuk harta yang bernilai menurut syara’.

 Berdasarkan syarat ini, segala barangan yang dikategorikan


sebagai najis dan haram oleh syara’ tidak sah diperniagakan.
Dengan itu, barangan seperti arak, bangkai, darah , najis dan
anjing adalah tidak sah untuk dijadikan sebagai barangan jualan
dan bayaran.
 Dalilnya ialah sabda Nabi SAW:
 Maksudnya: “Allah dan RasulNya telah mengharamkan jual beli
arak, bangkai, babi dan berhala. Seorang sahabat bertanya:
Wahai Rasulullah! Apa pandanganmu tentang lemak daripada
bangkai. Ia digunakan untuk mengecat kapal, disapukan pada kulit
dan orang yang menyalakan lampu dengannya? Baginda
menjawab: Tidak, ia haram. Kemudian Nabi SAW bersabda lagi:
Allah memerangi (membinasakan) kaum Yahudi. Apabila Allah
mengharamkan lemak haiwan, mereka telah mencairkannya
4
kemudian menjualnya dan mereka amnil hasil jualannya.”
(Riwayat al-Bukhari [2121] dan Muslim
[1581])

 Termasuk dalam kategori ini ialah barangan yang terkena najis dan
tidak boleh dibersihkan lagi seperti cuka, susu, minyak, mentega cair
dan sebagainya.

3. Mestilah barangan yang bermanfaat menurut syara’ dan uruf


(kebiasaan)

 Tidak sah menjual serangga berbisa atau haiwan yang tidak boleh
dimanfaatkan atau manfaatnya tidak menjadi tujuan jual beli
diadakan. Namun demikian, menjual harimau untuk tujuan
memburu, gajah untuk tujuan peperangan, monyet untuk tujuan
mengawal harta, lebah untuk tujuan mendapatkan madu dan
seumpamanya adalah dibenarkan. Ia dibenarkan atas alasan
semua binatang ini mempunyai manfaat menurut adat dan
dibenarkan oleh syara’. Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan kali
ke-81 pada tahun 2008 memutuskan: Menggunakan lintah dan
cacing dalam perubatan dan sebagai bahan kosmetik adalah
harus, dan hukum menternak atau berjual beli atas dasar manfaat
yang diperolehi daripada kedua-dua haiwan tersebut adalah harus.

4. Hendaklah boleh diserahkan dari segi fizikal dan syara’

 Jika satu pihak tidak berupaya menyerahkan barangan atau harga


walaupun telah ditetapkan ada pada waktu akad, maka jual beli
itu tidak berlaku kerana pihak yang kedua tidak yakin dalam
keadaan ini dia akan mendapatnya atau gantiannya. Ini bermakna
tidak sah menjual kereta yang telah hilang atau burung yang masih
bebas di udara atau ikan yang masih dalam sungai atau
sebagainya kerana secara fizikal barangan ini tidak mampu
diserahkan.

5. Mestilah diketahui oleh kedua pihak

 Tidak sah menjual barangan yang tidak diketahui oleh kedua-dua


pihak atau salah satu pihak. Demikian juga tidak sah menjual atau
dijadikan bayaran salah satu berangan yang ada tanpa
dinyatakan yang mana satu. Maklumat mengenai barangan yang
dijual beli boleh diperolehi melalui cara-cara berikut:
- Jika barangan seumpamanya wujud dan dipamerkan, jual beli
tersebut sah walaupun tidak dinyatakan kadar dan
spesifikasinya. Contohnya, penjual menjual sebuah kereta yang
dipamerkan dengan dinyatakan harganya tetapi tidak
dinyatakan bahagian kereta tersebut.
- Kedua-dua pihak melihat katalog sebelum akad jual beli
5
dimeterai dengan masing-masing menyebut tentang spesifikasi
dan deskripsi barangan tersebut. Tetapi dengan syarat
barangan tersebut biasanya tidak akan berubah antara waktu
melihat dan waktu akad jual beli dimeterai.
- Melihat sebahagian barangan yang dijual beli jika bahagian
tersebut sudah cukup menggambarkan bahagian yang lain
atau melihat sampel bagi barangan yang sama.
- Melihat barangan luar barangan yang dijual beli sahaja yang
mana bahagian luar tersebut dianggap sebagai penjaga
kepada isi kenadungnya. Contohnya tembikai, delima atau
telur. Barangan seperti cukup dengan hanya melihat bahagian
kulitnya sahaja.

3. Sighah Akad
Ia adalah lafaz yang terbit daripada kedua pihak yang berakad
menggambarkan keinginan dan keredhaan keduanya untuk
melakukan akad.
Contoh: “Saya jual kepada awak pakaian ini dengan harga yang
tertentu.” (ijab)
“Saya terima atau saya beli atau apa yang seumpamanya.”
(qabul)

Syarat-syarat Sighah Akad

1. Tidak terpisah antara waktu ijab dan qabul yang kebiasaannya


menunjukkan kepada ketidakredhaan pihak yang menerima. Jika
penjual melafazkan ijab, kemudian diselangi dengan diam yang
berpanjangan atau perbualan yang tiada kena mengena dengan
akad walaupun dalam tempoh yang singkat, kemudian barulah
pembeli menyatakan qabulnya, maka akad tersebut tidak sah.

2. Adalah lafaz qabul bertepatan dengan lafaz ijab dalam semua


sudut. Jika penjual berkata berkata: “Saya jual kepada kamu
dengan harga RM100.” Dan dijawab oleh pembeli: “Saya beli
dengan harga RM50.” Ataupun penjual berkata: “Saya jual
komputer komputer ini dengan harga RM1000 secara tunai.”
Pembeli pula menjawab: “Saya beli komputer ini dengan harga
RM1000 secara bertangguh.” Kesemua jual beli ini tidak sah kerana
tiada persamaan ijab dan qabul melainkan jika penjual bersetuju
dengan qabul pembeli makan ijab yang pertama terbatal dan
qabul yang pertama menjadi ijab dan qabul yang kedua adalah
qabul yang dipersetujui dari ijab penjual (yang kedua).

3. Kesahihan jual beli tersebut tidak terikat dengan sebarang syarat


atau tempoh waktu yang tertentu. Sighah akad mestilah
menunjukkan akad telah sempurna dan pemilikan mestilah bersifat

6
kekal. Jikapihak penjual berkata: “Saya jual rumah ini kepada kamu
jika si fulan datang” ataupun: “Saya jual rumah ini kepada kamu
pada bulan sekian.” Pembeli pula membalas: “Saya setuju.” Akad
ini tidak sah kerana ianya bersyarat. Ataupun kata penjual: “Saya
jual kereta ini kepada kamu selama setahun” juga tidak sah kerana
ianya berkait dengan waktu.

Jual beli tanpa Ijab Qabul.

Tidak sah jual beli tanpa ijab qabul seperti secara unjuk terima antara
penjual dan pembeli. Tetapi Imam Nawawi dan sebahagian ulamak
mengatakan sah jual beli dengan apa cara yang dinamakan jual beli
walaupun tanpa ijab qabul.

7
JUAL BELI YANG TERLARANG
Terbahagi kepada dua bahagian.

1. Haram tetapi sah akadnya.

2. Haram dan tidak sah akadnya.

Haram tetapi sah.

Jual Beli  Jual beli ini sah tetapi diharamkan kerana ada unsur
Musorrah penipuan dan pemalsuan. Sebagai contoh, unta, lembu
dan kambing yang secara sengaja tidak diperah
susunya selama beberapa hari untuk mengumpulkan
susunya di dalam pundi susu (supaya dapat emnarik
minat pembeli untuk emmbeli). Jika pembeli tersebut
mengetahuinya, dia berhak memulangkan semula
belian tersebut.
Najsh (Menjuak)  Orang yang sengaja menawarkan harga yang tinggi
sedangkan dia tidak mahhu menbelinya. Ini hanyalah
bertujuan untuk menarik perhatian orang lain supaya
mereka membeli barangan tersebut dengan harga yang
lebih mahal.
Penjualan  Peniaga tiba membawa barang untuk dijual (barang
Barangan yang amat diperlukan penduduk tempatan). Lalu
Peniaga oleh datang seorang penduduk tempatan yang mahu
Orang membantu penjual tersebut menjual barangannya
Tempatan dengan tujuan untuk menaikkan harga barangan
tersebut.
Memintas  Peniaga berangkat ke luar kawasan, bertemu para
Perdagangan pedagang yang bakal datang ke kawasannya. Dia
menipu mereka dengan mengatakan barangan yang
bakal mereka jual sudah bertimbun di kawasannya dan
dijual dengan harga yang rendah. Perbuatan tersebut
bertujuan untuk membeli barangan dengan harga yang
lebih rendah dari harga asal.
Ihtikar  Membeli barangan yang disenaraikan sebagai makanan
(Monopoli) asasi, apatah lagi dilakukan ketika barangan tersebut
diperlukan oleh pengguna. Barangan tersebut dihimpun
dan disorok bertujuan menaikkan harga berlipat ganda,
kemudian dijual sedikit demi sedikit dengan
mengeksploitasi keperluan orang ramai.
Jualan Atas  Jualan atas jualan: Seseorang menemui pembeli yang
Jualan atau masih dalam tempoh khiyar lalu dia mengatakan
Tawaran Atas bahawa dia akan menjual barangan yang lebih baik
Tawaran dari apa yang dia beli dengan yang sama ataupun dia
akn menjual barang tersebut kepada pembeli itu
dengan harga yang lebih rendah.
8
 Tawaran atas tawaran: Seseorang sedang tawar-
menawar mendapatkan suatu barangan, mungkin
mereka bersetuju dengan harganya, lalu datang
seseorang mewarkan pemilik barangan tadi supaya
menjual kepadanya dengan harga yang lebih tinggi
atau dia menawarkan pembeli tadi barangan yang
sama dengan harga yang lebih rendah atau barangan
yang lebih baik dengan harga yang sama.
Jual Beli Orang  Haram menjual atau membeli barangan dari orang yang
yang Diketahui diketahui bahawa hasil jualan barang haram seperti
Semua arak, baki, bangkai atau anjing. Termasuklah
Hartanya pendapatannya dari sumber yang haram seperti loteri,
Adalah Haram rasuah atau hasil sewaan barangan yang diharamkan.

Haram dan tidak sah

Menjual sesuatu  Sumber atau punca jual beli ini tidak sah kerana barang
yang belum yang ingin dijual itu tidak pasti keadaan dan nilai barangan
pasti tersebut.
keadaannya  Contoh: Buah rambutan yang belum masak tidak diketahui
nilainya apabila sudah masak/dikenali sebagai pajak buah.
 Jual beli ini tidak dibenarkan kerana terdedah kepada risiko
yang tinggi dan jual beli ini berdosa keran menjual barang
yang tidak wujud dan mungkin tidak akan wujud.
Jual beli yang  Iaitu jual beli yang tidak dinyatakan secara jels barang
mengandungi yang ingin dijual atau wujud perbuatan yang menidakkan
unsur perjudian kehendak satu pihak.
 Jual beli jenis ini yang dinyakan dalam nas adalah:
 1) Jual beli munabazah (campak-mencampak), ialah jual
beli dengan melempar barangan yang ingin dijual. Apa
sahaja yang dilemparkan oleh penjual akan disambut oleh
pembeli. Tanpa mengetahui apa yang akan disambut oleh
pembeli, ini boleh mengakibatkan penipuan dan
sebagainya.
 2) Jual beli mulamasah (sentuh-menyentuh), ialah jual beli
yang melibatkanpembeli menyentuh barang tanpa melihat
barangan yang ingin dibeli. Contohnya jika seseorang itu
menyentuh barangan tersebut maka dia dikira sebagai
membeli barangan tersebut. Jual beli seprti ini akan
menyebabkan pembeli mengalami kerugian.
Menjual sesuatu  Iaitu memasukkan dua jenis kontrak ke dalam satu sighah
dengan pada masa yang sama.
bersyarat  Contoh: Saya menjual kereta dengan harga RM20,000
dengan syarat Jamal menjual kepada saya rumahnya
dengan harga RM30,000. Jual beli ini diharamkan kerana
dikaitkan dengan syarat tertentu.

9
Jual hutang  Ialah seseorang menjual hutangnya kepada orang yang
dengan hutang berhutang dengannya dan bayaran adalah hutang yang
lain.
 Contoh: Ali membeli motosikal dan bayarannya
ditangguhkan ke suatu masa. Apabila sampai tempoh
matang, Ali tidak mampu menjelaskan hutangnya,
kemudian dia berkata kepada penjual ‘juallah kepada
saya motosikal ini secara tertangguh sehingga suatu masa
dengan harga tambahan.’
Menjual  Pembeli membeli suatu barang, kemudian menjual barang
barangan tersebut sebelum menerima barangan tersebut.
sebelum  Tidak sah kerana barangan tersebut masih belum berada
diterima dalam tanggungan pembeli selagi belum diterima.
Menjual air  Hukumnya haram kerana bukan saja tidak diketahui
benih haiwan kadarnya, tetapi juga tidak dapat menerimanya.
ternakan,  Tetapi dalam urusan pembiakan ini menurut mazhab
Hanbali harus mempersewakan jantan ternakan dalam
tempoh masa yang tertentu. Tetapi sebaik-baiknya tuan
punya haiwan tersebut meminjamkannya saja kepada
pihak yang berkehendakkan pembiakan itu dan cara inilah
yang dianjurkan oleh Islam.

Jual beli anak  Haram jual beli anak haiwan yang masih di dalam
dalam kandungan ibunya.
kandungan  Begitu juga tidak sah jika menjual salah satunya saja.
 Jika menjual haiwan yang bunting, termasuklah anaknya
sekali yang di dalam kandungannya itu.

10
KHIYAR
TAKRIF KHIYAR

 Bahasa: Pilihan
 Istilah: Hak pilihan yang diberikan kepada pihak yang berakad sama ada untuk
meneruskan akad tersebut atau sebaliknya.

HUKUM KHIYAR

 Harus

JENIS KHIYAR

1. Khiyar Majlis

 Hak yang diberikan oleh syara’ kepada penjual dan pembeli untuk
membatalkan akad jual beli yang telah dilakukan selama mereka belum
terpisah daripada majlis akad tersebut.
 Terpisah daripada majlis akad merupakan satu ukuran yang ditentukan
oleh adat. Contohnya:
 Bagi akad yang dilakukan di dalam sebuah rumah besar, sekiranya salah
satu pihak keluar dari bilik ke halaman rumah atau sebalik, maka mereka
dianggap berpisah.
 Manakala di dalam rumah yang kecil, perpisahan berlaku apabila salah
satu pihak keluar dari rumah tersebut.
 Jika mereka berada di pusat/kawasan lapang/di atas kapal dan lain-lain,
perpisahan berlaku apabila salah satu pihak berpusing kebelakang dan
melangkah beberapa tapak.
 Sekiranya mereka berdua keluar/berjalan bersama-sama, majlis tersebut
masih berterusan dan mereka masih berhak menuntut khiyar. Rasulullah
SAW bersabda:
Maksudnya: “Dua pihak yang berjual beli boleh membuat pilihan selagi
mereka tidak berpisah dan sebelum itu bertemu, atau salah seorang di
antara mereka memberi pilihan kepada seorang lagi.” (Riwayat al-Bukhari
[2003] dan Muslim [1531])

2. Khiyar Syarat

 Berlaku apabila salah satu pihak atau kedua-dua pihak menetapkan


syarat dia mempunyai hak khiyar iaitu hak untuk membatalkan akad
dalam tempoh tertentu.
 Syarat ini boleh dinyatakan ketika memeterai akad atau selepasnya,
tetapi hendaklah sebelum berpisah dari majlis tersebut.
 Dinamakan khiyar syarat kerana pihak yang terlibat meletakkan syarat
tertentu.
 Khiyar ini perlu memenuhi beberapa syarat:
a) Terhad kepada tempoh tertentu.
b) Tempoh ditetapkan tidak boleh melebihi tiga hari jika barangan
tersebut tidak mudah rosak dalam tempoh tersebut.
c) Tempoh hendaklah berturutan dan bersambung dengan akad.

11
Hak Khiyar Dibatalkan

 Apabila pihak yang mempunyai hak khiyar memilih membatalkan akad,


maka akad tersebut dianggap batal.
 Jika sesuatu akad jual beli dianggap terlaksana jika hak khiyar terbatal,
hak khiyar syarat pula dianggap terbatal dengan sebab-sebab berikut:
a) Tamat tempoh yang disyaratkan
b) Jual beli tersebut diteruskan dan dipersetujui dalam tempoh khiyar.
Contohnya: pemegang hak khiyar berkata: Saya memilih untuk
menjual atau membelinya.
c) Apabila pemegang hak khiyar melakukan sesuatu yang ada pada
kebiasaannya hanya dilakukan oleh seorang pemilik

Hukum Barangan Dalam Tempoh Khiyar

a) Hak milik barangan (barang jualan) dalam tempoh khiyar.


 Jika kedua-dua pihak memegang hak khiyar, hak milik barang dibekukan
sehingga ada keputusan sama ada akad tersebut diteruskan atau
dibatalkan.
 Jika kad dibatalkan, hak milik barangan kekal sebagai hak milik penjual
dan jika jual beli diteruskan barangan tersebut menjadi hak milik pembeli
dan bayaran kepada barangan tersebut menjadi milik penjual.
 Kedua-dua pihak yeng mengikat akad akan memperoleh zawaid (hasil
tambahan) dan manafi’ (manfaat) berdasarkan kesahihan hak milik
bermula pada tarikh akad tersebut. Contoh zawaid ialah buah-buahan
dan susu, contoh manafi’ ialah sewa rumah, sewa kereta dan
sebagainya.
 Jika pemegang hak khiyar hanya dimilik oleh satu pihak sahaja, barangan
tersebut menjadi hak miliknya kerana hanya dia sahaja yang mempunyai
hak menggunakan barangan tersebut.

b) Kerosakan barangan dalam tempoh khiyar.


 Jika kerosakan berlaku selepas barangan tersebut diterima oleh pembeli
(barangan telah berada di tangan pembeli), jual beli tidak terbatal.
 Jika kerosakan berlaku sebelm barangan tersebut diterima oleh pembeli
(barangan masih di tangan penjual), jual beli tersebut terbatal dan hak
khiyar dilucutkan.

3. Khiyar Aib

 Hak pilihan yang diberikan oleh syara’ kepada penjual dan pembeli dengan
sebab kecacatan pada objek akad seperti rosak atau kurang sifatnya atau
nilainya.
 Perbuatan menyembunyikan kecacatan adalah satu penipuan, menjadi
tanggungjawab penjual untuk memperlihatkan kecacatan yang ada pada
barangan yang dijual dan menyatakannya kepada pembeli.
 Baginda SAW bersabda: Maksudnya: “Sesiapa yang menipu, dia bukan dari
kalangan kami.” (Riwayat Abu Daud [3454])

12
Syarat Dibenarkan Khiyar Aib

a) Dapat dibuktikan kecacatan tersebut sememangnya sedia ada.


b) Berdasarkan amalan perniagaan, kecacatan tersebut dianggap sebagai
kecacatan yang boleh menjejaskan nilai perniagaan.
c) Pada kebiasaannya kecacatan tersebut tidak wujud.

Bilakah barangan Khiyar Aib boleh Dipulangkan?

 Sebaik sahaja kecacatan tersebut dikenalpasti, namun ia perlu menurut uruf


yang digunapakai.
 Jika kecacatan disedari ketika pembeli sedang makan atau solat, pemulangan
boleh dilewatkan sehingga dia selesai.
 Jika disedari pada waktu malam, boleh dipulangkan pada waktu pagi.
 Jika lewat memulangkan barangan tersebut sedangkan dia mampu melakukan
lebih awal, hak khiyar digugurkan.
 Hak juga gugur jika pembeli menggunakan barangan tersebut setelah
menyedari kecacatannya dan sebelum menggunakannya, dia mampu untuk
pulangkannya.

HIKMAH KHIYAR

 Supaya kedua-dua pihak merasa puas hati dalam urusan jual beli.
 Untuk mengelakkan tipu menipu dalam urusan jual beli.
 Untuk menjamin kesempurnaan dan kejujuran bagi kedua-dua pihak.

13
JUAL BELI SALAM

TAKRIF JUAL BELI SALAM

 Bahasa: salam atau salaf ialah mendahulukan


 Istilah: Menjual sesuatu benda yang belum ada di hadapan mata tetapi
ditentukan sifat-sifat dan kadarnya.

DALIL JUAL BELI SALAM

 Diriwayatkan bahawa Nabi SAW tiba di Madinah, penduduk Madinah


mengamalkan jual beli salam dalam jual beli buah-buahan selama setahun atau
dua tahun. Baginda bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang berjual beli salaf (salam) hendaklah dia berjual
beli salaf (salam) dengan sukatan yang dimaklumi, timbangan yang dimaklumi,
tempoh yang dimaklumi.”

HIKMAH JUAL BELI SALAM

 Untuk memberi kemudahkan kepada anggota masyarakat menjalankan urusan


perniagaan.
 Untuk menanamkan perasaan tolong menolong di antara satu sama lain.

RUKUN JUAL BELI SALAM

1. Pihak yang mengikat akad


2. Sighah (akad)
3. Modal
4. Barangan yang ditempah

Pihak yang mengikat akad (pembeli dan penjual)


 Pembeli adalah orang yang mendahulukan wang untuk mendapatkan barang
yang dikehendaki (muslim)
 Penjual pula adalah pihak yang menerima wang sebagai bayaran kepada
barangan yang akan diberikan (muslam ilaih)
 Kedua-dua pihak terikat dengan syarat-syarat yang ditetapkan kepada penjual
dan pembeli dlam akad jual beli. Cuma disini tidak dikenakan syarat boleh
melihat.

14
Sighah (akad)
 Sighah ialah penawaran (ijab) dan persetujuan (qabul)
 Contoh: Pemilik modal berkata: saya dahulukan RM1000 ini untuk mendapat 50
helai tudung yang sifat-sifatnya seperti berikut. Semestara penerima pula
berkata: saya setuju atau saya terima pembayaran yang didahulukan ini atau
sighah yang seumpamanya.
 Syarat-syarat sighah:
 Ijab dan qabul hendaklah dilakukan dalam satu majlis.
 Wujud persamaan antara penawaran dan persetujuan.
 Mesti menyatakan lafaz salam atau salaf dan tidak sah jika ia menggunakan
lafaz lain.
 Tidak sah jika mengandungi khiyar syarat.
 Khiyar majlis boleh diadakan dalam akad jual beli salam.
Modal
 Modal ialah bayaran yang dibuat oleh pembeli sebagai mendahulukan
bayaran kepada penjual, melalui beberapa syarat yang ditetapkan:
 Jumlah dan bentuk pembayaran hendaklah dimaklumkan kedua-dua
pihak.
 Penyerahan oleh pembeli dan penerimaan modal oleh penjual perlu
dalam masa akad iaitu sebelum mereka berpisah secara fizikal kerana
penyerahan ini adalah objektif asal dalam jual beli salam.
Barangan yang ditempah
 Barang tersebut mestilah boleh dinyatakan sifat-sifat dan ciri-cirinya. Barang
yang ditempah hendaklah mengikut kehendak pembeli dan tidak timbul
sebarang kekeliruan.
 Barang tersebut mestilah dikenalpastikan bahagian, kualiti, jumlah dan sifat oleh
kedua-dua pihak. Mengikut timbangan jika boleh ditimbang, mengikut bilangan
jika boleh dikira atau dengan ukuran jika boleh diukur.
 Barangan tersebut tidak bercampur aduk dengan pelbagai barangan berlainan
yang berlainan bahagian. Jika kadar kandungan campuran dapat diketahui,
jual beli salam adalah sah.
 Barangan tersebut mestilah diperhutangkan iaitu barangan dalam tanggungan
(zimmah) yang hanya dinyatakan sifat tanpa merujuk kepada barangan
tertentu.
 Barangan tersebut mampu diserahkan.
 Tempoh penyerahan perlu ditetapkan.
 Tempat penyerahan perlu ditetapkan.

15
JUAL BELI ISTISNA’

Takrif Istisna’

 Bahasa: Meminta supaya di buat sesuatu.


 Istilah: Suatu akad untuk membeli sesuatu yang akan dibuat oleh tukang
berkenaan dan bahan serta kerja adalah daripadanya.

Dalil Pensyariatan

1. Al-Sunnah
Keharusan istisna’ berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW iaitu
antaranya:
Dari Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Kami telah menempah
sebentuk cincin yang mana diatasnya terdapat tulisan “Muhammad
Rasulullah”, maka jangan ada seorang pun yang meniru tulisan itu pada
cincinnya.”

2. Al-Qiyas
Istisna’ itu diharuskan kerana ia adalah suatu jual beli benda yang tiada
sepertimana jual beli salam. Bagi ulama’ Hanafi ia adalah harus
berdasarkan istihsan kerana ia sudah menjadi amalan biasa yang
dilakukan oleh orang ramai pada setiap masa tanpa sebarang
bantahan, dengan itu keharusannya telah menjadi ijma’ di kalangan
umat Islam.

Perbezaan antara Salam dan Istisna’


1. Jual beli salam mensyaratkan adanya tempoh yang tertentu, manakala
dalam istisna’ tidak perlu adanya tempoh yang tertentu mengikut
pendapat Imam Abu Hanifah.
2. Jual beli salam adalah lazim (mengikat) sedangkan jual beli istisna’ tidak
lazim.
3. Penerimaan harga tempahan dilakukan dalam majlis akad adalah suatu
yang disyaratkan dalam jual beli salam, sementara jual beli istisna’ tidak
disyaratkan.

16
AL-RAHN (GADAIAN)

TAKRIF AL-RAHN

 Bahasa: Menahan
 Istilah: Menjadikan sesuatu (harta) pegangan (jaminan) bagi sesuatu
hutang yang boleh digunakan untuk melunaskan hutang jika penghutang
gagal melunaskannya.

DALIL PENSYARIATAN

1) Al-Qur’an
Maksudnya: “Dan jika kamu berada dalm musafir (lalu kamu berhutang atau
memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis,
maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang
yang memberi hutang)”
(al-
Baqarah:283)

2) Al-Sunnah
Aisyah r.anha berkata: maksudnya: “Ketika Rasulullah SAW wafat, baju
besinya berada di tangan seorang Yahudi sebagai gadaian kepada 30
gantang barli.”
(Riwayat al-
Bukhari [2759])

RUKUN AL-RAHN

1. Pihak yang berakad (al-Rahin dan al-Murtahin)


2. Sighah (akad)
3. Hutang (al-Marhun bihi)
4. Gadaian (al-Marhun)

Pihak yang Berakad

 Mereka ialah penggadai dan penerima gadaian. Kedua-duanya


mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
 Mukallaf iaitu berakal dan baligh serta tidak dilarang menguruskan
harta.
 Kedua-dua pihak tidak dipaksa.
 Kelayakan memberi dan menerima barang gadaian. Mereka
mestilah pemilik kepada barang yang digadai atau pemilik kepada
hutang yang dicagar dengan gadaian.

17
Sighah

 Ucapan yang merujuk kepada penggadaian dan persetujuan


menerima gadaian tersebut oleh penggadai dan penerima gadaian.
 Contohnya: penggadai berkata: “Saya gadaikan rumah saya ini
dengan hutang yang saya ambil daripada kamu.” Pemiutang pula
berkata: “Saya terima gadaian ini”

Hutang
 Bermaksud hak penerima gadaian yang perlu dibayar oleh
penggadai dan gadaian dilakukan sebagai timbal balas kepadanya.
Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi:
 Mestilah dalam bentuk hutang. Maksud hutang ialah perkara yang
boleh disahkan sebagai tanggungan seperti matawang yang
digunapakai dan digunakan untuk menilai sesuatu benda.
 Hutang tersebut mestilah telah sah menjadi tanggungan
penggadai.
 Jumlah dan sifat hutang mestilah diketahui oleh kedua-dua pihak.

Gadaian
 Barang yang diserahkan oleh penggadai kepada penerima gadaian
untuk disimpan sebagai cagaran kepada hutangnya dengan
memenuhi syarat-syarat berikut:
 Mestilah dalam bentuk benda. Ini bermakna perkhidmatan tidak
boleh digadaikan.
 Mestilah barang yang boleh dijual. Selain itu, barang tersebut juga
mestilah harta yang diiktiraf sebagai bernilai dan berharga oleh
syara’.

HUKUM-HUKUM BERKAITAN GADAIAN

1. Tarik balik gadaian


 Harus bagi penggadai, menarik balik akadnya atau memansukhkan
gadaiannya itu selagi penerima gadaian atau wakilnya belum
memegang barang gadaian itu.
 Jika sudah memegangnya, berjalanlah kuatkuasa gadaian itu dan
penggadai tidak lagi berhak menarik balik gadaiannya dan tidak lagi
berhak melakukan perkara yang boleh menghilangkan hak milik
hartanya itu seperti hendak menjual atau mewakafkannya atau
sebagainya.

2. Menggunakan barang gadaian


 Sesungguhnya barang yang digadai itu adalah masih menjadi hak
kepunyaan penggadai. Oleh yang demikian penggadai harus
mengambil faedah daripada apa yang digadainya itu jika tidak
mengurangkan nilai harganya seperti menunggangi haiwan, mendiami
rumah atau sebagainya. Bahkan dia boleh memberi sewa sekiranya
diizinkan oleh pemegang gadai.

18
 Adapun penerima gadaian, tidak harus dia mengambil faedah
daripada barang gadaian itu atau menggunakannya melainkan
dengan keizinan penggadai.

3. Perbelanjaan ke atas barang gadaian


 Jika barang gadaian itu berkehendakkan perbelanjaan seperti makan
minum ternakan, menyiram pokok-pokok yang digadai atau
sebagainya, maka segala perbelanjaan itu adalah tertanggung ke
atas penggadai, bukannya ke atas penerima gadaian.

4. Rosak barang gadaian


 Penerima gadaian merupakan pemegang amanah ke atas barang
yang digadaikan kepadanya. Ia bertanggungjawab menjaganya
dengan penuh perhatian.
 Jadi, jika berlaku kerosakan yang tidak sengaja, tidaklah dikenakan
apa-apa gantian ke atasnya.
 Kecuali jika berlaku kerosakan dengan sebab kecuaian atau
ketaksirannya, wajib pemegang gadai menggantikannya.
 Kerosakan yang berlaku ke atas barang gadaian itu tidak sedikitpun
menggugurkan hutang.

19
SYARIKAT

TAKRIF SYARIKAT
 Bahasa: Perkongsian
 Istilah: Hak dua orang atau lebih terhadap sesuatu tanpa pengagihan
yang khusus.

DALIL PENSYARIATAN

1) Al-Qur’an
Maksudnya: “Maka mereka bersekutu pada satu pertiga” (al-Nisa’:
12)

2) Al-Sunnah
Hadith al-Sa’ib bin Abu al-Sa’ib r.a.:
Maksudnya: “Beliau telah menjadi rakan kongsi perniagaan dengan
Rasulullah SAW sebelum Baginda dilantik sebagai Nabi. Ketika
pembukaan Mekah, Baginda bersabda: Selamat datang saudara dan
rakan kongsi saya yang tidak pernah menolak dan tidak pernah
bertengkar.” (Riwayat Abu Daud [4836])

JENIS-JENIS SYARIKAT

1. Syarikat ‘Inan
 Syarikat yang dianggotai oleh dua orang atau lebih dengan
masing-masing menyumbangkan modal dan keuntungan akan
dibahagikan sesama mereka.
 Syarikat jenis ini dibenarkan oleh syara’ menurut ijma’ ulama’.
 Syarat sah:
1) Lafaz kontrak (sighah)
o Lafaz sorih (jelas) hendaklah menunjukkan kebenaran
untuk menjalankan jual beli/apa-apa yang bersangkutan
dengan perniagaan
o Memadai menggunakan lafaz yang biasa digunapakai
oleh para peniaga yang menunjukkan maksud tersebut.

2) Berkelayakan sebagai wakil


o Berakal, baligh dan tidak ditahan daripada menggunakan
harta (bangkrupt)

3) Modal yang dikongsi mestilah harta yang sama


o Iaitu apabila harta ini dicampurkan, ia tidak boleh
dibezakan antara satu sama lain. Contohnya: Matawang
yang digunakan pada hari ini
o Ataupun, modal daripada harta yang sama jenis seperti
harta yang ditimbang dan harta yang disukat
o Ataupun, modal daripada harta yang sama sifat seperti
20
gandum, barli dan besi

4) Menggabungkan modal syarikat


o Sebaik sahajaterdapat persetujuan untuk mewujudkan
syarikat, rakan kongsi perlu mengemukakan harta masing-
masing yang boleh dijadikan modal
o Harta ini mestilah digabungkan sehingga tidak dapat
dibezakan pemilik asalnya. Kemudian barulah diadakan
kontrak syarikat.

5) Menetapkan keuntungan dan kerugian mengikut nisbah


o Ini kerana keuntungan adalah hasil pelaburan modal,
begitu juga kerugian
o Oleh itu, tidak sah meletakkan syarat supaya salah
seorang rakan kongsi menerima keuntungan lebih
daripada nisbah modalnya
o Tidak sah juga meletakkan salah seorang dari rakan kongsi
menerima kerugian lebih/kurang dari modalnya
o Tidak disyaratkan setiap rakan kongsi perlu memberikan
jumlah modal yang sama
 Implikasi kontrak:
1) Semua rakan kongsi berhak menguruskan harta syarikat kerana
masing-masing adalah wakil kepada rakan kongsinya di
samping pemilik kepada syernya sendiri
2) Setiap pekongsi hendaklah melakukan kerja seperti yang
dipersetujui
3) Jika salah seorang rakan kongsi meggunakan harta syarikat
untuk membeli sesuatu, pembelian tersebut adalah bagi pihak
semua kerana dia adalah wakil syarikat.

 Penamatan kontrak
1) Pembubaran kontrak oleh kesemua atau sebahagian ahli
syarikat
o Setiap rakan kongsi berhak membubarkan kontrak pada
bila-bila masa
o Pembubaran ini bererti kontrak telah tamat
o Jika syarikat terdiri daripada.....
- 2 orang: Syarikat tersebut dianggap telah dibubarkan
- Lebih daripada 2 orang: Syarikat akan kekal menjadi
milik mereka yang tidak membubarkan
2) Kematian semua rakan kongsi
o Jika semua meninggal: Syarikat dianggap bubar kerana
hak milik mereka telah dilenyapkan dan mereka tidak lagi
mempunyai kelayakan untuk menguruskan modal
o Jika salah seorang meninggal (2 rakan kongsi): dengan
sendirinya terbubar
o Jika lebih rakan kongsi: dianggap tamat bagi orang yang
telah meninggal
3) Gila atau pengsan
21
o Jika salah seorang rakan kongsi menjadi gila/pengsan
pegangannya dalam syarikat dianggap telah terbubar
kerana dia kehilangan akal yang menjadi syarat taklif
o Keputusan akan berpindah kepada wali sama ada mahu
menuntut pembahagian modal/membuat kontrak baru.

2. Syarikat Mufawadhah
 Syarikat yang dianggotai oleh dua orang atau lebih dan mereka
berkongsi semua harta mereka secara bersama.
 Kedua-dua mereka juga akan menjadi wakil dan penjamin kepada
rakan kongsi mereka.
 Mereka akan bersama-sama beroleh segala keuntungan dan
menanggung segala kerugian.
 Syarikat ini tidak sah menurut mazhab al-Syafei kerana perkongsian
seperti ini mempunyai risiko yang terlalu besar.

3. Syarikat Abdan
 Syarikat yang dianggotai oleh dua orang atau lebih yang tidak
menyumbangkan modal tetapi masing-masing menyumbangkan
kerja. Mereka berkemungkinan mempunyai kemahiran yang sama
atau berlainan.
 Keuntungan mungkin dibahagikan sama rata atau berbeza-beza.
 Mungkin terdiri daripada tukang kasut, tukang jahit dan
sebagainya.
 Syarikat ini tidak sah menurut mazhab al-Syafei kerana wujud
kemudharatan yang tidak dibenarkan syara’. Mungkin ada di
antara mereka yang melakukan kerja yang lebih daripada orang
lain atau hanya seorang sahaja yang bekerja. Dengan ini wujud
ketidakadilan apabila keuntungan dikongsi dibahagi-bahagikan
sesama rakan kongsi.

4. Syarikat Wujuh
 Syarikat yang dianggotai oleh dua orang atau lebih di kalangan
mereka yang mempunyai kedudukan atau pengaruh dalam
masyarakat.
 Mereka akan membeli sesuatu barangan secara hutang, kemudian
mereka akan menjual barangan tersebut.
 Keuntungan diperoleh akan dikongsi bersama secara sama rata
atau mengikut persetujuan.
 Syarikat jenis ini tidak sah menurut mazhab al-Syafei kerana tiada
harta yang dikongsi bersama sedangkan asas dalam syarikat ialah
perkongsian harta. Faktor lain ialah terdapat kemudharatan di
mana masing-mesing memberikan keuntungan kepada rakan
kongsi tanpa sebarang kerja, kemahiran dan sebagainya.

22
IJARAH (SEWAAN)
TAKRIF SEWAAN
 Bahasa:
 Istilah: Perjanjian memiliki manfaat yang dimaklumi dengan bayaran mengikut
cara-cara yang tertentu.

DALIL PENSYARIATAN

1. Firman Allah SWT:


Maksudnya: “Jika mereka menyusukan anak kamu, maka
hendaklah kamu berikan upahan mereka.” (al-Talaq:6)

2. Hadith Nabi SAW:


a) Maksudnya: “Berilah upah kepada orang yang mengambil upah sebelum
peluhnya kering” (Riwayat Ibnu Majah dan al-Tabrani)
b) Maksudnya: “Sesiapa yang mengupah seseorang hendaklahdiberitahu
kepadanya kadar upahnya” (Riwayat Ibnu Majah)

RUKUN DAN SYARAT SEWA

1. Pemberi sewa dan yang menyewa.


2. Sighah kontrak
3. Manfaat atau faedah.
4. Bayaran sewa.

Pemberi sewa dan yang menyewa


 Kedua pihak mestilah baligh dan berakal
 Mestilah bukan orang yang dihalang daripada menggunakan harta
mereka

Sighah kontrak
 Apa jua lafaz yang dilahirkan oleh pemilik manfaat (ijab) dan daripada
penyewa yang bersetuju memilik manfaat (qabul)
 Syarat sighah kotrak:
 Ijab dan qabul mestilah selari
 Tidak jurang masa yang lama antara ijab dan qabul
 Tidak bersyarat

Perkhidmatan (Manfaat)
 Perkhidmatan mestilah mempunyai nilai
 Perkhidmatan mampu diserahkan kepada penyewa; tidak sah
menyewakan kereta yang hilang, barangan yang telah dirampas, tanah
pertanian tetapi tiada sumber air dan sebagainya
 Manfaat diperolehi oleh pengupah bukan orang yang diupah
 Khidmat disewa bukan bertujuan mendapatkan barangan; tidak sah
menyewa kebun untuk mendapatkan buah-buahan, menyewa kambing
untuk mendapatkan bulu, susu, hasilnya.
21
 Mestilah dimaklumi oleh kedua-dua pihak dari segi barangan, sifat dan
kadarnya

Bayaran sewa
 Mestilah bayaran yang suci; tidak sah anjing, khinzir, arak
 Boleh dimanfaatkan; tidak sah serangga, 20 giji gandum, berhala, haiwan
buas
 Mampu diserah; tidah sah burung yang masih di udara, ikan di sungai
 Pihak yang berkontrak mempunyai kuasa(wilayah) untuk
menyerahkannya
 Mestilah diketahui kedua-dua pihak; tidak sah sewa kereta dibayar
dengan minyaknya

JENIS SEWAAN

 Menyewa manfaat dari barangan atau aset


tertentu
 Merangkumi barangan yang sudah ada di
1. Ijarah ‘Ain
hadapan mata sewaktu akad
 Contoh: hartanah, kenderaan, kemudahan,
kilang dan sebagainya
 Menyewa kerja atau kemahiran seseorang
2. Ijarah ‘Amal
 Contoh: konsultan, peguam, kontraktor
 Menyewa sesuatu yang belum ada di hadapan
mata sewaktu akad
 Disyaratkan tunai pembayarannya dan
3. Ijarah Zimmah
menerimanya pada majlis akad
 Barangan berkenaan mestilah ada pada tarikh
yang dipersetujui

KEPENTINGAN SEWA MENYEWA

 Memberi kemudahan kepada orang-orang yang tidak memiliki sesuatu


barang mendapat faedah daripadanya.
 Menambah kelapangan bagi tuan punya barang dengan beroleh
bayaran sewaannya.
 Mengeratkan hubungan di antara satu sama lain.
 Mengalakkan pihak-pihak yang berkemampuan supaya sentiasa
memberi kemudahan kepada golongan yang kurang kemampuan.

BUDI PEKERTI DALAM SEWA MENYEWA

 Masing-masing hendaklah bertimbangrasa dan jujur.


 Sempurnakan janji-janji yang telah dibuat dengan sebaik-baiknya.
 Orang yang menyewa hendaklah menggunakan barang itu dengan
cermat.
 Bila habis tempoh, hendaklah diserah balik barang itu dengan segera.
 Bayaran sewa hendaklah dibayar segera apabila sampai waktunya.
 Bila orang yang menyewa ditimpa kesukaran, pihak pemberi sewa
22
hendaklah bertimbang rasa dengan memberi kemudahan atau
kelonggaran pembayarannya.

HUKUM BERKAITAN SEWA MENYEWA

1. Mati pemberi sewa atau yang menyewa


 Kuatkuasa sewaan terus berjalan walaupun mati salah seorang
daripada pemberi sewa atau yang menyewa. Begitu juga tidak batal
sewaan dengan mati kedua-duanya. Ertinya mati tidak membatalkan
sewaan sama ada mati salah seorang daripada mereka atau kedua-
duanya, bahkan terus kekal berjalan kuatkuasanya sehingga habis
tempoh perjanjian yang telah dibuat. Hak menerima munafaat atau
melaksanakannya, atau mengambil ujrahnya – jika belum
menerimanya – adalah menjadi hak waris kedua pihak.
2. Batal perjanjian ijarah
 Ijarah menjadi batal atau terfasakh dengan sebab rosak atau binasa
semua sekali benda yang disewakan itu. Umpamanya rumah yang
disewakan telah runtuh sama sekali, haiwan tertentu yang disewakan
telah mati, maka terbatallah ijarah yang telah dibuat itu.

3. Sabit khiyar
 Jika benda yang disewakan itu hanya rosak setengahnya saja dan
bakinya masih dapat diambil munafaatnya, seperti runtuh sebelah
rumah dan bakinya masih dapat diduduki, ketika itu sabit khiar iaitu
sama ada mahu diteruskan ijarah ataupun tidak. Begitu juga sabit
khiar jika di dapati kecacatan binatang yang disewa untuk kenderaan
atau rumah yang disewakan itu telah terlalu buruk.

4. Rosak barang yang disewa


 Jika rosak atau binasa barang yang disewakan, umpamanya rumah
yang disewa telah runtuh atau terbakar, tidak wajib di atas orang
yang menyewanya itu menggantikannya atau membayar ganti rugi
kepada pemberi sewa kerana orang yang menyewa adalah
beramanah di atas barang yang disewanya itu kecuali jika berlaku
kerosakan dengan sebab ketaksiran atau sengaja dilakukannya, wajib
di atas orang yang menyewa itu menggantikannya

5. Rumah sewa dijual


 Jika rumah yang disewakan itu telah dijualkan kepada orang lain,
kuatkuasa perjanjian sewa tetap juga berjalan terus sehingga habis
tempohnya. Dalam hal yang demikian, orang yang menyewa
hendaklah terus berhubung dengan orang yang membeli rumah itu.

23
WADI’AH (SIMPANAN)

TAKRIF WADI’AH

 Bahasa: Simpanan atau taruhan


 Istilah: Sesuatu barang yang diserah atau diamanahkan kepada orang
lain untuk disimpan dan dijaga dengan sewajarnya.

DALIL WADI’AH

1. Firman Allah
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan
segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)” (al-
Nisa’:58)

2. Al-Sunnah
Maksudnya: “Serahkan amanah kepada orang yang
mengamanahkanmu dan janganlah membalas khianat orang yang
mengkhianatimu” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

CONTOH

 Encik Nazari dan isterinya bermaksud akan naik haji ke Mekah. Semasa
pemergiannya itu, beberapa harta bendanya :motosikal, intan berlian,
barang-barang pakaian dan sebagainya, telah diserahkan semuanya
kepada Encik Sulaiman, kawannya, supaya disimpannya dengan baik.
Sekembalinya nanti, semua barang-barang itu akan diambilnya kembali.
Dalam urusan yang seperti ini, Nazari dinamakan “muaddiun – penaruh”,
Encik Sulaiman dinamakan “muaddaun – penerima taruhan” dan
barang-barang itu dinamakan wadiah – pertaruhan”.

HUKUM WADI’AH

 Sunat
Menerima harta atau barangan yang mempercayai dirinya amanah dan
sanggup menjaga barang yang diamanahkan.

 Wajib
Bagi seseorang yang dalam keadaan tiada orang lain yang lebih layak
dan amanah untuk menerima simpanan tersebut kecuali dirinya.

 Makruh
Bagi seseorang yang dalam keadaan kurang yakin atau ragu-ragu sama
ada ia amanah dan bertanggungjawab menjaga harta tersebut.

 Haram
24
Bagi seseorang yang tidak yakin atau tidak sanggup menjaga barang
wadi’ah kerana yakin dirinya tidak amanah dan kalau diterimanya akan
membawa kepada kerosakan atau kehilangan.

HIKMAH WADI’AH

 Memberikan kemudahan kepada seseorang untuk menyimpan dan


mengamanahkan hartanya sekiranya keadaan memerlukan adanya
penjaga bagi harta yang ditinggalkan.
 Menjamin keselamatan harta seseorang daripada kemungkinan terdedah
kepada kerosakan, kehilangan dan lain-lain risiko.
 Melatih mendidik dan membentuk sifat-sifat baik dan terpuji kepada
penyimpan dan penerima simpanan.
 Allah akan memberikan ganjaran pahala kepada pihak penerima
simpanan yang amanah kerana ia dikira telah menolong sesama
manusia.
 Memberi ketenangan jiwa kepada pemilik harta kerana hartanya telah
ada pihak yang menyimpan dan menjaganya di tempat yang selamat.
 Memberi kebaikan dari segi ekonomi iaitu dapat merangsangkan lagi
pertumbuhan lebih banyak tabung-tabung amanah atau dana yang
khas untuk menyimpan dan mengumpul wang atau modal sebagai
pelaburan besar-besaran.

RUKUN WADI’AH

1. Penyimpan (muaddiun) dan penerima (muaddaun)


2. Barang/harta (muaddaun)
3. Sighah akad

Penyimpan dan penerima wadi’ah


 Kedua-duanya telah baligh, sempurna dan siuman akal fikiran
 Kedua-duanya bukan terdiri dari mereka yang ditegah atau ditahan
hartanya

Barang/harta wadi’ah
 Hendaklah bernilai disisi syarak
 Hendaklah dapat diserah terima dari penyimpanan kepada penerima
harta tersebut

Sighah akad
 Hendaklah ada sighah ijab sama ada dengan lafaz atau surat daripada
penyimpan harta
 Hendaklah ada sighah qabul dari penerima simpanan sama ada dalam
bentuk lafaz atau surat atau perbuatan yang menunjukkan setuju untuk
menyimpan dan menjaga harta wadi’ah

25
SEBAB-SEBAB WAJIB DHAMAN (GANTI) HARTA WADI’AH

 Menurut hukum fiqh, barang wadi’ah yang diserahkan untuk disimpan


adalah berdasarkan hukum amanah (dasar percaya-mempercayai),
bukan atas dasar dhaman (ganti rugi).
 Penerima simpanan harta hanya sebagai pihak yang diberi kepercayaan
oleh pemilik harta untuk menjaga harta sahaja.
 Penerima simpanan bertanggungjawab mengganti harta yang dijaganya
jika berlaku perkara-perkara berikut terhadap barang simpanan tersebut:
 Berlaku kerosakan atau kehilangan harta yang disebabkan penerima
simpanan cuai dalam penjagaannya.
 Berlaku kerosakan atau kehilangan disebabkan penerima simpanan
menyerahkan harta tersebut kepada orang lain tanpa izin atau
pengetahuan pemilik harta.
 Berlaku kerosakan atau kehilangan disebabkan penerima simpanan
memindahkan harta ke tempat simpanan yang lain tanpa sebab-
sebab yang memaksa.
 Berlaku kerosakan atau kehilangan disebabkan penerima simpanan
tidak berwasiat kepada ahli warisnya sebelum dia meninggal dunia.
 Berlaku kerosakan atau kehilangan disebabkan penerima simpanan
membawanya musafir dengan tiada apa-apa uzur atau sebab.
 Berlaku kerosakan atau kehilangan disebabkan penerima simpanan
memakai atau mengambil manfaat harta tanpa izin pemilik harta.
 Berlaku kerosakan atau kehilangan kerana tidak menyimpan harta di
tempat yang dikehendaki oleh penyimpan.
 Penerima simpanan mengingkari atau enggan mengembalikan harta
kepada penyimpan.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN AL-WADI’AH

 Mati, gila atau pitam (tidak sedarkan diri dalam jangka waktu yang lama)
salah seorang penyimpan atau penerima simpanan wadi’ah.
 Penyimpan mengambil balik harta simpanannya dari penerima simpanan.
 Penerima simpanan menyerahkan balik harta simpanan kepada penerima
simpanan.
 Penyimpan menjual atau mewakafkan atau menyewakan harta wadi’ah
tersebut.

26
RIBA
TAKRIF RIBA

 Bahasa: Tambah, biak dan berkembang.


 Istilah: Lebihan / tambahan / tidak sama timbangan atau sukatan atau
masa berlaku pertukaran jenis bahan tertentu.

DALIL/PERINGKAT PENGHARAMAN

1. Riba pertama kali disebut dalam Al-Qur'an apabila ayat 39 Surah Ar-
Rum diturunkan. Walaubagaimanapun ketika ayat ini diturunkan, riba
masih belum diharamkan tetapi ayat ini sekadar menyatakan bahawa
riba tidak membawa sebarang kebaikan atau kelebihan di sisi Allah. "Dan
(ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu
berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia
maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan
kebaikan”

2. Allah menceritakan perihal pengharaman riba kepada kaum Yahudi


tetapi mereka mengingkarinya (an-Nisa’:161). Pada ketika ayat ini
diturunkan, riba' masih belum diharamkan.
“Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah
dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang
dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya)”

3. Ayat pertama diturunkan untuk mengharamkan riba adalah pada tahun


kedua hijrah di dalam Surah Ali Imran ayat 130. "Wahai orang-orang yang
beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-
lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu
berjaya."

4. Kemudian selepas Penaklukan Kota Makkah, sekali lagi Allah menurunkan


ayat untuk menegaskan dan memperincikan lagi tentang pengharaman
riba dan azab bagi pengamal riba. “Orang-orang yang memakan
(mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya
orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan
(Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan:
“Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal
Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan
riba” (al-Baqarah:275)
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan
tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada
pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang
berima” (al-Baqarah:278)

5. Rasulullah kemudiannya mengulangi penegasan pengharaman riba


ketika khutbah yang disampaikan oleh baginda dalam Haji Wada'.

27
"Sesungguhnya riba jahiliyyah telah diharamkan tetapi bagi kamu modal
kamu supaya kamu tidak menzalimi dan tidak dizalimi. Dan Allah telah
menetapkan bahawa tiada riba. Dan riba pertama yang dihapuskan
adalah riba bapa saudaraku Abbas bin Abdul Mutalib."

HIKMAH PENGHARAMAN

 Menguji keimanan seorang hamba dalam melakukan suruhan atau


meninggalkan larangan Allah
 Memelihara harta orang Islam agar tidak dieksploitasi dengan cara
yang batil (salah)
 Umat Islam juga akan lebih memfokus untuk mengembangkan harta
dengan apa jua bentuk pekerjaan mulia yang bersih dari segala bentuk
penipuan, jauh dari segala unsur yang boleh menimbulkan kesukaran
dan kemarahan di kalangan kaum Muslimin.
 Dapat menyekat semua jalan yang boleh menimbulkan atau
menyebabkan permusuhan, penganiayaan, kemarahan dan
kebencian sesama Muslim.
 Dapat menjauhkan orang Islam dari sesuatu yang menyebabkan
kebinasaan diri kerana pemakan riba adalah seorang yang zalim dan
kesan daripada perbuatan zalim adalah kesusahan.
 Akan membuka beberapa pintu kebaikan kepada orang Islam agar
dapat menambah bekalan untuk hari akhirat misalnya dengan
memberi pinjaman kepada seseorang tanpa meminta wang faedah ,
memberi tempoh kepada peminjam sehingga hutang dibayar,
memberi kegembiraan serta menyayanginya kerana mengharapkan
keredhaan Allah.

JENIS-JENIS RIBA

28
Riba Al-Buyu'(Jual Beli)

Terbahagi kepada 2 iaitu:

1. Riba Al-Fadhl: Sebarang tambahan dalam bentuk perbezaan kuantiti


dalam pertukaran barangan riba' yang sama jenis.

Contoh: A menjual 100g emas 999 dengan 50g emas 912. Dalam situasi ini
berlaku Riba Al-Fadhl disebabkan perbezaan kuantiti dalam pertukaran
kerana emas 999 dan emas 912 adalah daripada jenis yang sama yakni
emas meskipun kualitinya berbeza.

2. Riba Al-Nasa': Sebarang tambahan dalam bentuk masa penyerahan


dalam pertukaran barangan ribawi yang sama kategori.

Contoh: A menjual 1kg gandum yang diberi serta-merta dengan 500g


beras yang akan dibayar secara tangguh. Dalam situasi ini, berlaku Riba Al-
Nasa' disebabkan penangguhan masa penyerahan kerana gandum dan
beras adalah daripada kategori yang sama yakni makanan.

Riba Ad-Duyun (Hutang Piutang)

Juga terbahagi kepada 2:

1. Riba Al-Qardh: Sebarang penambahan sama ada dalam bentuk jumlah


pembayaran atau manfaat ke atas hutang yang disyaratkan diawal
kontrak hutang.

Contoh: A meminjamkan RM1000 kepada B dengan syarat B meminjamkan


keretanya kepada A. Dalam hal ini manfaat yang A perolehi melalui
penggunaan kereta yang dipinjam daripada B adalah riba kerana ini
termasuk dalam kategori penambahan dalam bentuk manfaat.

2. Riba Al-Jahiliyyah: Sebarang penambahan sama ada dalam bentuk


jumlah pembayaran atau manfaat ke atas hutang yang dikenakan ke atas
penghutang kerana kegagalannya membayar hutang dalam tempoh
yang ditetapkan.

Contoh: A meminjamkan RM1000 kepada B dengan syarat B membayar


hutang tersebut dalam tempoh sebulan. Setelah tamat tempoh sebulan, B
gagal melunaskan hutang tersebut maka dengan sebab itu A
mengenakan bunga sebanyak RM50. Dalam hal ini, RM50 yang dikenakan
tersebut adalah riba.

29
JENAYAH DALAM ISLAM

TAKRIF JENAYAH

 Istilah :

1. Perbuatan jahat yang dilakukan untuk mencerobohi kehormatan jiwa


dan anggota tubuh badan.
2. Tiap-tiap perbuatan yang haram kerana merbahaya terhadap
agama, jiwa raga, akal fikiran, kehormatan atau harta benda.

PERANAN HUKUMAN DAN BALASAN

1. Sebagai pembalasan ke atas perbuatan jahat.


2. Sebagai mencegah penjenayah mengulangi perbuatan jahat.
3. Sebagai mencegah orang yang bercadang melakukan
kejahatan daripada meneruskannya apabila mengetahui
adanya hukuman yang berat.
4. Pengawalan dalam perbuatan menuntut bela.
5. Sebagai pemulihan kepada penjenayah .

CARA-CARA MENGHINDARKAN KESALAHAN

1. Melalui latihan jiwa dan rohani.


2. Melalui nasihat menasihati, tegur menegur dan ingat mengingati.
Firman Allah :
Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu menjadi golongan
umat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh berbuat maaruf
dan menegah daripada perbuatan mungkar. Mereka yang beroleh
kejayaan.”
3. Melalui hukuman-hukuman yang terdapat dalam undang-undang Islam –
jalan terakhir.

PERBANDINGAN UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM DAN UNDANG-UNDANG


CIPTAAN MANUSIA

1. Undang-undang Jenayah Islam ciptaan Allah. Allah sempurna:


ciptaannya amat canggih sekali.
2. Undang-undang Jenayah Islam tiada membezakan di antara berpangkat
tinggi atau rendah, miskin atau kaya, rakyat biasa atau pihak bawahan.
Undang-undang ciptaan manusia.
3. Undang-undang Islam berhubung rapat dengan soal akhlak dan moral.

30
MATLAMAT JENAYAH ISLAM

 Untuk melindung masyarakat daripada bahaya jenayah dan


mencegah sebelum ia berlaku.
 Untuk memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini
dapat dilihat daripada kesan yang ditinggalkan oleh hukuman ke atas
penjenayah yang memberi pengajaran, memperbaiki dan menghalang
seseorang daripada melakukan jenayah.
 Untuk membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada
azab akhirat.

JENIS HUKUMAN JENAYAH ISLAM

1. Hudud
2. Qisas
3. Ta’zir

HUDUD
TAKRIF
 Bahasa: Dari perkataan had bermaksud cegah, menahan
 Istilah: Hukuman-hukuman yang telah ditentukan terlebih dahulu oleh
syarak (Allah) melalui nas Al-Quran dan hadis kerana kesalahan hak
Allah.

* Maksud kesalahan hak Allah ialah seksaan itu tidak boleh digugurkan (
dimaafkan ) sama ada oleh individu atau masyarakat.

KESALAHAN HUDUD

1. Zina
2. Qazaf
3. Mencuri
4. Merompak (Harabah)
5. Minum arak
6. Murtad
7. Bughat

QISAS

TAKRIF
 Bahasa : Mengikut, memotong
 Istilah : Hukuman yang telah ditetapkan syarak melalui nas-nas Al-Quran
dan hadis Nabi kerana kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak
individu.
31
* Maksud hak individu ialah seksaan itu boleh digugurkan (dimaafkan) dengan
adanya kemaafan daripada waris keluarga mangsa.

KESALAHAN QISAS

1. Bunuh
2. Mencederakan anggota tubuh badan.

TA’ZIR
TAKRIF
 Bahasa : Menolak atau menghalang
 Istilah : Sejenis hukuman yang tidak ditetapkan kadarnya oleh syarak kerana
kesalahan yang lain daripada yang dikenakan hukuman hudud dan Qisas.

KESALAHAN YANG TERMASUK DI BAWAH TA’ZIR


 Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk
dikenakan hukuman hudud atau qisas.
 Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan
sebagainya.
 Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam
seperti mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan
penyalahgunaan dadah.

HUKUMAN
 Hukuman mengenai tubuh badan seperti sebatan
 Hukuman berkaitan sekatan kebebasan seperti penjara, buang daerah dan lain-
lain
 Hukuman berkaitan harta seperti denda
 Pelbagai hukuman lain berdasarkan budi bicara pemerintah

SYARAT-SYARAT PELAKSANAAN TA’ZIR


 Hukuman hendaklah bertujuan menjaga kemaslahatan yang ditetapkan
oleh Islam
 Hukuman dapat menolak keburukan atau mengurangkannya tanpa
mendatangkan kemudharatan kepada masyarakat dan tidak menghina
kemuliaan manusia
 Hukuman sesuai dengan jenayah yang dilakukan
 Persamaan dan adil antara manusia
 Dijalankan oelh pemerintah

32
ZINA

TAKRIF
 Persetubuhan yang dilakukan di antara lelaki dan perempuan yang
bukan suami isteri yang sah.

HUKUM PERBUATAN ZINA

 Dosa Besar, amat kotor dan keji.


 Dalil:
Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina
itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat [yang
membawa kerosakan] (Al-Isra’:32)

RUKUN ZINA

1. Persetubuhan yang diharamkan


2. Persetubuhan yang sengaja
3. i) Merdeka
ii) Berakal
iii) Baligh
iv) Islam
v) Dengan kehendak sendiri

JENIS ZINA
1. Muhsan
2. Bukan Muhsan

1. Muhsan:
 Lelaki atau perempuan yang telah berkahwin secara sah dan
pernah melakukan persetubuhan yang halal.
 Sifat-sifat muhsan:
o Mukallaf: baligh dan berakal
o Merdeka
o Pernah melakukan persetubuhan melalui perkahwinan yang
sah.
 Hukuman: Wajib direjam dengan batu yang sederhana sampai
mati.
 Mengapa direjam sampai mati?:
o Kesalahan yang amat berat kerana mengancam institusi
kekeluargaan yang disusun Islam
o Zina satu jenayah yang mengancam kesihatan awam, boleh

33
membawa penyakit
o Menafikan anak yang berhak mendapat perlindungan ibu
bapa yang sah
o Memporak-perandakan rumah tangga
o Merugikan negara, rakyat terlibat dengan masalah sosial
o Pernikahan boleh menjadi benteng untuk mengawal
perbuatan zina

2. Bukan Muhsan:
 Lelaki atau perempuan yang belum pernah melakukan
persetubuhan yang halal (berkahwin)
 Hukuman: Disebat 100 kali dan dibuang daerah selama setahun.

SABIT PERZINAAN
1. Syahadah (penyaksian)
 Kenyataan saksi atau keterangan saksi yang menyaksikan perkara
tersebut.
 Syarat-syarat saksi:
o Empat orang saksi lelaki
o Baligh
o Berakal
o Adil
o Islam
o Menyaksikan sendiri jenayah zina tersebut
o Jelas, tidak terdapat perbezaan keterangan antara saksi
o Tidak pelupa dan tidak dungu
o Boleh bercakap
o Tidak menuduh sesiapa secara melulu
* Menurut Imam Syafi’e, tidak harus bagi seseorang suami
memberi penyaksian terhadap perzinaan yang dilakukan
isterinya kerana dia mungkin mempunyai kepentingan tertentu
terhadap pertuduhan tersebut.
2. Ikrar (pengakuan)
 Pengakuan daripada penzina itu sendiri bahawa dia melakukan
zina.
 Syarat pengakuan:
o Pengaku mukallaf, berakal dan baligh
o Pengaku tidak dipaksa dan mampu melakukan
persetubuhan
o Pengaku faham tentang hakikat zina

34
o Pengaku boleh bercakap
o Berulang pengakuan
o Pengakuan tidak ditarik balik
o Pengakuan di hadapan hakim atau wakilnya

3. Qarinah (tanda-tanda)
 Perkara yang mengisyaratkan wujud perbuatan atau menunjukkan
suatu perbuatan sama ada melalui perkataan atau indiksi. Cara ini
dipertikaikan oleh para fuqaha’. Jumhur tidak mengambil kira
dengan bukti qarinah manakala ulama’ seperti Ibn Qayyim, Ibn
taimiyyah dan ulama’ dalam mazhab Maliki menerimanya.

CARA MELAKUKAN REJAM

Ulama berbeza pendapat

1. Bagi pesalah lelaki dalam keadaan berdiri dengan tidak payah diikat
dan tidak perlu ditanam.

2. Bagi pesalah perempuan, Imam Abu Hanifah mengharuskan


perempuan itu ditanam sampai dadanya kerana menutup badannya.
Imam Syafie berpendapat perempuan yang direjam itu ditanam – jika
disabitkan saksi – tetapi jika disabitkan dengan pengangkuan tidak
payah ditanam, hendaklah diikat pakaiannya supaya tidak terbuka aurat.

3. Hukuman rejam boleh dijalankan bila-bila masa, sihat atau sakit


kecuali
jika mengandung, hendaklah tunggu sehingga bersalin.

35
Alat Sebat dan Caranya

 Pada umumnya alat sebat tidaklah dalam satu bentuk sahaja. Rotan
boleh digunakan, pelepah tamar, hujung kain, sepatu semua nya boleh
digunakan. Akan tetapi ada ulamak yang tidak mengizinkan sama sekali
disebat dengan tali. Sekiranya digunakan pelepah tamar maka
hendaklah yang sederhana besarnya. Jangan terlalu tua atau muda.
 Ketika menyebat dengan cara sederhana. Tidak boleh tangan diangkat
tinggi hingga keparas kepala. Mengangkat tangan hendaklah perlahan-
lahan, jangan mengangkat tangan yang memukul hingga ternampak
ketiak.
 Pukulan hendaklah jangan sampai melukaparahkan. Hendaklah diatur,
agar rata di belakang jangan dipukul setempat.
 Ketika Umar Al Khatab menghukum sebat seorang pesalah hudud di
zamannya beliau telah berkata : “Sebatlah ia dan jangan diangkat
tanganmu sehingga ternampak ketiak”. Ketika Umar melihat yang
memukul pesalah itu agak kuat dari sepatutnya Umar berkata:“Kamu tidak
menyebatnya akan tetapi kamu membunuhnya”
 Imam Shafie’ menyatakan ketika dijalankan hukuman sebat, lelaki yang
disebat hendaklah berada di dalam keadaan berdiri. Jangan sekali-kali
disebat bahagian mukanya dan kepalanya.
 Jumhur ulama’ menyatakan waktu dilaksanakan hukuman sebat
janganlah pada ketika terlalu sejuk dan jangan terlalu panas. Kalau orang
yang disebat itu tidak sihat atau mengandung atau menyusukan, maka
hendaklah ditangguhkan sehingga ke suatu masa yang benar-benar
sesuai walaupun memakan masa yang panjang.

HUKUM-HUKUM BERKAITAN ZINA

a. Liwat
o Persetubuhan yang dilakukan dengan memasukkan zakar atau
qadarnya ke dalam dubur lelaki atau perempuan yang bukan
isterinya.
o Perbuatan ini adalah dosa besar
o Jumhur ulama’ berpendapat perbuatan ini adalah zina
o Oleh itu, hukumannya adalah sama dengan hukuman zina
o Ada pendapat mengatakan bahawa orang mukallaf yang
membenarkan dirinya diliwat dikenakan hukuman sebat dan buang
daerah
o Pendapat kedua Imam Syafie’ mengatakan bahawa mereka ini
dikenakan hukuman had iaitu bunuh sama ada muhsan atau bukan
muhsan.

b. Zina dengan haiwan (zoophilia)


o Tidak boleh diistilahkan sebagai orang yang berzina kerana ia tidak
mepati takrif zina secara umumnya.
o Ianya perbuatan yang haram dan keji
36
o Dijatuhkan hukuman takzir
o Setengah ulama’ berpendapat hukuman ke atas orang yang
bersetubuh dengan haiwan ialah dibunuh secara mutlak. Dalilnya
ialah dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang bersetubuh dengan haiwan, maka
hendaklah kamu membunuhnya dan bunuhlah haiwan itu”

c. Zina perempuan hamil


o Wajib dikenakan hukuman apabila telah sabit penzinaannya sama
ada hamilnya disebabkan persebutubuhan dengan suaminya sendiri
atau yang dituduh zina atau dengan orang lain.

d. Zina dengan orang mati (Necrophilia)


o Lelaki yang mensetubuhi perempuan mati yang bukan isterinya,
tidak boleh disifatkan melakukan perzinaan tetapi lelaki itu wajib
dikenakan hukuman takzir.

e. Zina dengan orang gila


o Wajib dikenakan hukuman had

37
QAZF
TAKRIF QAZF
 Bahasa: Lontar sesuatu dengan batu atau seumpamanya
 Istilah: Melemparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi sucu
atau menafikan keturunannya.

SUMBER HUKUM MENGENAI QAZF

(i) Surah An-Nur: 4

Maksudnya: “Dan mereka yang melemparkan tuduhan palsu (berzina) ke


atas perempuan- perempuan yang suci bersih kemudian tidak membawa 4
orang saksi maka deralah mereka (yang menuduh) dengan 80 kali dera dan
jangalah kamu terima kesasian mereka buat selama-lamanya dan
merekalah orang yang fasiq.”

(ii) Surah An-Nur: 23

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang menuduh (berzina) kepada


wanita-wanita yang baik dan yang lupa (perbuatan keji) lagi beriman,
mereka akan dikenakan laknat di dunia dan di akhirat bagi mereka azab
yang pedih.”

(iii) Sabda Rasulullah SAW

Maksudnya: “Jauhilah tujuh pemusnah. Para sahabat bertanya: ya Rasulullah


apakah dia itu? Sabdanya:“Mensyirikkan Allah, sihir, membunuh orang yang
diharamkan Allah, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari daripada
peperangan di jalan Allah dan menuduh perempuan yang baik lagi beriman
berbuat zina.”

RUKUN QAZF

1. Menuduh zina atau menafikan keturunan


 Cara tuduhan dilakukan:
o Terang-terangan: ‘Wahai penzina’ ‘Ibu kamu yang berzina’
‘Wahai anak zina’
o Kiasan: ‘Wahai orang yang keji’ ‘Wahai pelacur’

2. Orang yang melemparkan tuduhan dan yang dilemparkan tuduhan


 Syarat orang yang melemparkan tuduhan (qazif):
o Baligh, berakal, dengan kerelaan sendiri
o Mesti tahu pengharaman qazf
o Bukan ibu bapa dan datuk hingga ke atas
 Syarat orang dilemparkan tuduhan (maqzuf)
o Tertentu dan diketahui orang yang dituduh
38
o Muhsin – seorang yang baligh, berakal, merdeka Islam dan
suci daripada perbuatan zina.

3. Adanya qasad (niat sengaja)


 Maksudnya dia mengetahui tuduhan yang dilemparkan itu adalah
tidak betul kerana dia tidak dapat membuktikan yang tuduhannya
itu betul.

4. Syarat lain:
1. Adanya tuntutan daripada orang yang dilemparkan tuduhan.
2. Orang yang membuat tuduhan tiada dapat membuktikan
kebenarannya
dakwaannya.

BUKTI YANG MENSABITKAN KESALAHAN QAZF

1. Syahadah (Kesaksian)
 Memadai dua orang lelaki untuk sabitkan kesalahan qazf kepada
qazif
 Tetapi untuk menafikan tuduhan qazf, maka orang yang didakwa
membuat tuduhan palsu itu hendaklah mematuhi salah satu
daripada:
i. Menafikan dakwaan kesalahan qazf dengan membawa saksi-
saksi seberapa banyak dengan tidak dihad kepada bilangan
tertentu.
ii. Menegaskan bahawa orang yang dilemparkan tuduhan yang
tidak berasas itu mengakui kebenaran tuduhannya, untuk
membela dirinya ini memadai dengan membawa dua saksi lelaki
atau seorang lelaki dan seorang peremuan.
iii. Mengaku membuat kesalahan qazf dan dalam keadaan ini dia
mesti membuktikan kebenaran tuduhan zina yang dilemparkan
kepada seorang iaitu dengan membawa saksi seramai empat
orang yang benar-benar menyaksikan orang yang dilemparkan
tuduhan zina itu memang melakukan zina.

2. Ikrar (Pengakuan)
 Adanya pengakuan sendiri daripada orang yang membuat
tuduhan tak berasas
kepada seorang berbuat zina
 Memadai dengan sekali pengakuan dalam majlis kehakiman.

3. Sumpah
 Jika pihak yang dilemparkan tuduhan itu tidak mempunyai bukti lain
maka dia meminta tolong orang yang melemparkan tuduhan itu
bersumpah bahawa dia tidak membuat tuduhan kalau dia tidak
mahu bersumpah begitu maka sabitlah kesalahan qazf kepadanya.

39
HUKUMAN KEPADA PESALAH QAZF

1. Sebat sebanyak lapan puluh kali jika pesalah-pesalahnya seorang yang


merdeka dan empat puluh kali dera jika ia seorang hamba mengikut
pendapat kebanyakan ulama’.
2. Tidak diterima kesaksiannya dan dianggap sebagai seorang yang fasiq

40
SARIQAH (MENCURI)

TAKRIF
 Bahasa: Mengambil sesuatu secara sulit
 Istilah: Pengambilan harta secara diam-diam dan zalim daripada
tempat simpanan sepertinya dengan terikat kepada beberapa syarat.

HUKUMAN

 Potong Tangan
 Dalil:
Maksudnya: “Lelaki dan perempuan yang mencuri maka potonglah
tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang telah
mereka usahakan, juga sebagai suatu hukuman pencegah daripada
Allah.” (Al-Maidah: 38)

RUKUN MENCURI

1. Harta benda yang dicuri kepunyaan orang lain.

Soalnya bagaimana dengan harta-harta berikut ?

(a)Harta Baitulmal
 Tidak boleh dikenakan hukuman had, kerana setiap orang
mempunyai hak milik
dari harta baitulmal.

(b) Harta pinjaman, sama ada harta dicuri harta yang sama atau harta
yang lain sama nilai
 Tidak boleh dikenakan hukuman had, kerana dia mengambil harta
kepunyaanya
sendiri.

(c) Mencuri antara suami isteri.


 Tiga pendapat:
1. Perkahwinan tidak menggugurkan hudud
2. Tidak dikenakan hukuman had kerana isteri berhak mendapat
nafkah daripada suaminya dan suami berhak menahan isterinya
di rumah
3. Suami dikenakan hukuman had kerana suami tidak ada hak
terhadap harta isterinya tetapi isteri tidak boleh dikenakan
hukuman had kerana isteri mempunyai hak terhadap harta
suaminya dengan nafkah yang wajib diterimanya daripada
suami.

(d) Mencuri di antara anak dengan ibu bapa.


 Tidak dikenakan hukuman had, kerana ada kesamaran tentang

41
hak milik kedua belah pihak.
 Merujuk hadith Rasulullah SAW: Maksudnya: “Engkau dan harta
engkau adalah kepunyaan bapa engkau” (Ibn Qudamah: al-
Mughni)

2. Mengambil secara senyap-senyap


3. Niat sengaja mencuri
4. Sampai nisab
5. Barang yang dicuri mempunyai nilai dalam Islam

SYARAT-SYARAT PELAKSANAAN HUKUMAN CURI

1. Pencuri
 Berakal
 Baligh
 Dengan kehendak sendiri
 Iltizam dengan hukum Islam
 Bukan bapa kepada yang dicuri
 Tidak didesak oleh kelaparan

2. Harta Benda

 Ada nilai di sisi Islam


 Sampai nisab:
o Satu perempat dinar atau lebih. Satu dinar bersamaan
dengan satu mithqal (4.24 gm)
o Atau bersamaan dengan tiga dirham.

3. Disimpan di tempat simpanan.

 Merujuk kebiasaan setempat (‘uruf) dan pendapat orang


yang berkemahiran
 Contoh tempat simpanan:
o Tempat yang dikhaskan menyimpan seperti rumah,
gedong atau peti
o Penjaga atau pengawal

ANGGOTA YANG DIPOTONG

 Kedua belah tangan dan kaki


o Mencuri pertama: Dipotong tangan kanannya
o Mencuri kedua: Dipotong kaki kirinya
o Mencuri ketiga dan berikutnya: Dikenakan hukuman ta’zir dan
dipenjarakan
42
sehingga ia bertaubat.
 Sesudah dipotong tangan hendaklah dijaga supaya darahnya tidak
tumpah banyak.

BUKTI YANG MENSABITKAN KESALAHAN CURI

1. Saksi
 Syarat-syarat saksi:
o Lelaki
o Adil
o Bukan persaksian di atas persaksian
o Tidak dilalui masa yang lama
o Dakwaan dilakukan oleh pemilik yang sah.

2. Pengakuan
 Pengakuan itu mestilah dibuat sebanyak dua kali dalam dua majlis
yang berasingan. Jika menarik balik sebelum dihukum tangan maka
terlepas dari hukuman.

43
AL HARABAH (SAMUN – ROMPAKAN)
TAKRIF
 Merampas harta orang dengan cara kekerasan atau ugutan yang
dilakukan oleh orang perseorangan atau sekumpulan yang
bersenjatakan apa-apa senjata atau alat yang boleh digunakan
sebagai senjata atau dengan kekuatan yang ada pada diri orang
yang melakukan harabah itu.

DALIL PENSYARIATAN
 Maksudnya: “Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang
memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka
bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan
dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri
(tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan
untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang
besar.”
(al-Maidah:33)
ORANG YANG BOLEH DITUDUH

 Baligh dan berakal


 Penggunaan senjata tidak menjadi syarat; kalau hanya menggunakan
kekuatan yang ada pada dirinya sahaja boleh dikenakan hukuman.
 Orang yang dirompak merupakan pemilik yang sah kepada harta yang
dirompak atau wakil pemilik.

SYARAT BARANG

 Mestilah diambil dari tempat simpanannya.


 Mempunyai nilai dari kacamata Islam.
 Bukan miliknya / milik bersama
 Cukup nisab

BUKTI MENSABITKAN KESALAHAN HARABAH


1. Pengakuan
2. 2 orang saksi

HUKUMAN BAGI KESALAHAN HARABAH

 Menakutkan perjalanan: Nafi (buang negeri)


 Menakutkan dan ambil harta benda: Potong tangan dan kaki secara
bersilang
 Menakutkan dan membunuh mangsa tanpa ambil harta: Dibunuh tanpa
disalib
 Membunuh dan merampas harta: Dibunuh dan disalib
44
PERSELISIHAN PENDAPAT ULAMA’ MENGENAI HUKUM SALIB

 Maksud salib: Diikat pada sebatang kayu bertujuan memberi pengajaran


kepada orang ramai tentang jenayah yang dilakukan.
1. Imam Shafie’ dan Imam Ahmad
 Lepas mati baru salib
 Alasan: Nas menyebut perkataan salib selepas bunuh
 Tujuan: Iklankan kepada orang ramai supaya jangan melakukan
jenayah

2. Imam Malik dan Hanafi


 Sebelum hukuman mati; salib ketika masih hidup
 Alasan: Setimpal dengan jenayah yang dilakukan

 Tempoh salib

1. Imam Shafie’ dan Imam Hanafi


 Disalib selama 3 hari
 Jika bertaubat sebelum ditangkap, penjenayah tidak dikenakan
hudud, tetapi
dikenakan ta’zir sebagai ganti rugi.
2. Imam Hanbali
 Sekadar nak isytiharkan untuk pengetahuan

 Taubat sebelum ditangkap


 Maksud: “Kecuali orang-orang yang taubat (di antara mereka)
sebelum kamu dapat menguasai (menangkap) mereka; maka
ketahuilah bahwasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.” (Al-Maidah: 34)

45
MINUM ARAK
TAKRIF
 Minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan
‘khamar’ berasal dari kata ‘khamara’ ertinya menutupi.
 Seseorang yang minum arak biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya,
tertutup jalan kebenaran dan dia lupakan dirinya dan lupakan Allah.

HUKUM
 Haram; sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak kecuali
ketika darurat.

SEJARAH PENGHARAMAN ARAK

(a) Surah Al- Nahl: 67


Ertinya: “Dan dari buah kurma dan buah anggur, kamu membuat
minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik. Sesungguhnya pada
yang demikian benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi yang
mengerti.”

(b) Surah Al-Baqarah: 219


Ertinya: “Mereka bertanya tentang arak dan judi. Katakanlah; pada
kedua-duanya itu dosa besar dan berguna kepada manusia. Tetapi dosa
kedua-duanya lebih besar daripada gunanya”

(c) Surah An-Nisa’: 43


Ertinya: “Wahai orang yang beriman, Janganlah kamu mendekati solat
ketika kamu sedang mabuk, sampai kamu sedar apa yang kamu
ucapkan, dan janganlah kamu (mendekati masjid) dalam keadan junub,
sekali sekadar untuk melewati jalan sahaja sebelum kamu mandi (mandi
junub). Adapun jika kamu sakit ataupun sedang dalam perjalanan atau
sehabis bunag air atau kamu telah menyentuh perempuan sedangkan
kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan debu
yang baik (suci). Usaplah wajahmu dan tanganmu dengan debu.
Sesungguhnya Allah maha pemaaf lagi maha pengampun.”

(d) Surah al-Maidah: 90


Ertinya: “Wahai orang-orang beriman, Sesungguhnya arak, judi, berhala
dan bertenung nasib adalah keji daripada pekerjaan syaitan, maka
jauhilah kamu, semoga kamu mendapat kemenangan”

46
HIKMAT PENGHARAMAN ARAK

 Sudut kesihatan
 haiwan
 Mengancam keharmonian kemanusiaan.
 Mengabaikan tuntutan Allah dan suruhan agama
 Mengancam ekonomi sesebuah keluarga.

RUKUN KESALAHAN MINUM ARAK

(i) Minuman (arak)


(ii) Orang yang minum
(iii) Niat

(i) Arak termasuklah segala minuman yang memabukkan dan


menghilangkan kewarasan akal fikiran orang –orang yang
meminumnya tanpa mengira apa jenis benda ianya dibuat.

(ii) Syarat-syarat orang yang minum arak.

 Mukallaf – tidak dikenakan had ke atas kanak-kanak, orang gila


dan orang yang dipaksa
 Mengetahui yang diminumnya itu arak – Tidak dikenakan
hukuman had terhadap orang yang tidak mengetahui bahawa
minumannya itu arak atau tidak mengetahui akan hukumnya
haram kerana baru masuk Islam.
 Baligh dan berakal
 Masuk arak ke dalam rongga melalui mulut

(iii) Adanya niat – mengetahui benda yang diminum itu ialah arak
melainkan :-

 Tidak mengetahui minuman itu memabukkan


 Tidak mengetahui akan hukumnya haram minum arak seperti
baru memeluk Islam
 Dharurat

BUKTI YANG MENSABITKAN KESALAHAN MINUM ARAK

(i) Disaksi oleh 2 orang saksi


(ii) Dengan pengakuan sendiri
(iii) Muntah/bau mulut

47
HUKUM KESALAHAN MINUM ARAK

(i) Peminum merdeka wajib disebat sebanyak 40x dan harus


meningkatkan sampai 80x
(ii) Peminum hamba wajib disebat sebanyak 20x dan harus meningkat
sampai 40x sebagai takzir

48
MURTAD

TAKRIF
 Keluar daripada agama Islam
 Kesalahan ini dinamakan riddah yang bermaksud berpaling tadah
daripada Islam kepada kekufuran

RUKUN MURTAD
(i) Keluar daripada Islam
(ii) Niat sengaja murtad

(i) Keluar daripada Islam


 Sebab-sebab menjadi murtad
 Percakapan
o Contoh: Menyembah sembahan orang bukan Islam
 Perbuatan
o Contoh: Mengisytiharkan dirinya telah keluar daripada
agama Islam
 Kepercayaan dalam hati
o Contoh: Menghina nabi Muhammad secara terang-
terangan
(ii) Niat sengaja murtad: Sengaja melakukan kesalahan/ perbuatan yang
menunjukkan kekufuran dengan mengetahuidengan sedar dan berniat
apa yang dilakukan /dicakapkan adalah membawa kepada kekufuran.

HUKUMAN RIDDAH
1. Hukuman asal
2. Hukuman ganti
3. Hukuman sampingan

1. Hukuman asal ialah Bunuh


 Dalilnya: “Barangsiapa yang menukarkan agamanya bunuhlah
dia”
 Jumhur ulama’ berpegang kepada hadis:
Maksudnya : Tidak dihalalkan (mengambil) darah (nyawa)
seorang melainkan dengan salah satu daripada tiga sebab i)
janda / duda yang berzina 2) membunuh jiwa 3) orang yang
meninggalkan agamanya serta berpisah dengan jemaahnya.

49
JANGKA MASA TAUBAT

(a) Mazhab Maliki: 3 hari 3 malam


(b) Abu Hanifah: Bergantung kepada pemerintah samada untuk memberi
masa untuk bertaubat dan paling lama masanya ialah sehingga 3 hari 3
malam
(c) Imam Shafie: 3 hari 3 malam sekiranya ingin bertaubat. Kalau tidak
mahu bertaubat, dibunuh terus; bergantung kepada kes pesalah.

2. Hukum Ganti
 Jika bertaubat boleh diganti dengan amaran, penjara dan denda
 Kes kesamaran: gugur hukuman mati maka gantinya ialah
dipenjara sehingga bertaubat dan dibaik pulih aqidah

3. Hukuman Sampingan

 Murtad boleh menjejaskan kedudukan harta benda hak milik dan


perkahwinan. Perkahwinannya akan terfasakh dan tidak boleh
mewariskan harta pusaka dan hartanya menjadi harta orang
ramai.

50
JENAYAH PEMBUNUHAN

TAKRIF

Satu perbuatan yang dilakukan oleh manusia yang dapat menghilangkan


nyawa manusia.

DALIL LARANGAN BUNUH

(i) Al-Baqarah ayat 195


(ii) An-Nisa’ ayat 95
(iii) Al-Israk ayat 31 - 33
(iv) Al-An’am ayat 151

HUKUM BUNUH DIRI

Berdosa besar

DALIL
(i) Al Baqarah ayat 195
(ii) An-Nisa’ ayat 29
(iii) Hadith

JENIS HUKUMAN BAGI JENAYAH PEMBUNUHAN

1. Qisas: pembalasan yang serupa atas kejahatan yang dilakukan oleh


penjenayah. Contohnya bagi kesalahan bunuh dibalas bunuh, bagi
kesalahan membutakan mata dibalas dengan hukuman membutakan
mata dan seumpamanya. Qisas berlaku dalam kes pembunuhan dan
kes kecederaan atas anggota badan

2. Diyat: hukuman gantirugi atau denda yang dikenakan sebagai


gantirugi keatas anggota badan yang dipotong atau dilukakan
oleh penjenayah

51
JENIS-JENIS PEMBUNUHAN

1. Pembunuhan sengaja (qatl ‘amd)


2. Pembunuhan tidak sengaja (qatl khata’)
3. Pembunuhan seumpama sengaja (qatl syibhu amd)

1. Pembunuhan sengaja
 Definisi: Melakukan pembunuhan ke atas orang lain secara kejam
dengan menggunakan suatu alat yang biasanya boleh
mematikan.
 Syarat sabit pembunuhan:

a. Tertuduh itu orang mukallaf, iaitu dewasa dan siuman


b. Orang yang dibunuh itu adalah manusia yang masih hidup dan
tidak halal darahnya
c. Alat, bahan atau cara yang digunakan itu kebiasaannya boleh
membunuh
d. Pembunuhan dilakukan dengan sengaja/dengan niat
e. Kematian mangsa itu adalah akibat dari tindakan tertuduh

 Setelah memenuhi syarat di atas seseorang itu boleh didakwa,


dan jika dia didapati bersalah, hukuman qisas boleh dikenakan ke
atasnya. Hakim seterusnya akan meyerahkan hak qisas kepada
wali simati. Wali mempunyai pilihan iaitu samada melaksanakan
qisas, menerima diyat atau memaafkannya.
 Jika dimaafkan oleh pewaris bayar Diat Mughallazah

1. Unta 100 ekor - 25 – 1 tahun


- 25 – 2 tahun
- 25 – 3 tahun
- 25 – 4 tahun
2. Lembu 200
3. Kambing 2000
4. Wang Emas – 1000 dirham
5. Wang Perak 12000 dirham.

 Dibayar secara tunai kecuali dipersetujuai oleh warisnya.


 Dibayar oleh penjenayah

2. Pembunuhan tidak sengaja


 Definisi: Pembunuhan tidak sengaja adalah perbuatan yang
menyebabkan kematian tetapi tidak dilakukan dengan niat membunuh.
 Hukumannya:
 Bayar Diyat (Jika dimaafkan oleh warisnya terlepaslah dari
52
pembayaran tersebut)
 Kifarat
 Haram menerima wasiat.
 Haram mewarisi Pusaka.
 Hukuman diyat ini berdasarkan Firman Allah:

Maksudnya: “Barangsiapa membunuh seorang yang beriman


kerana tersalah (tidak sengaja) hendaklah dia memerdekakan
seorang hamba yang beriman serta membayat diyat (denda
ganti nyawa) yang diserahkan kepada warisnya, kecuali jika
mereka memaafkannya”

 Diatnya Mukhaffah
o 20 Ekor Unta, kurang 1 tahun
o 20 – 1 tahun
o 20 – 2 tahun
o 20 – 3 tahun
o 20 – 4 tahun
Jumlah = 100 Ekor Unta

 Kalau tidak dapat dibayar 100 ekor unta, maka harus dibayar
200 ekor lembu atau 200 ekor kambing.

 Cara Membayar
 Boleh diansur selama tiga tahun.
 Boleh ditanggung oleh ahli keluarga yang lain

3. Pembunuhan serupa sengaja

 Definisi: Imam Syafie mentakrifkan pembunuhan serupa sengaja ini


sebagai “Pembunuhan yang berlaku dengan pukulan yang
disengajakan, tetapi tersalah pada kesan pembunuhannya, iaitu
pukulan itu tidak bertujuan untuk membunuh tetapi ia menyebabkan
kematian”.
 Hukuman:
 Bayar Diat, kadarnya Mughallzah tetapi boleh dibayar
secara beransur-ansur selama tiga tahun.
 Haram mewarisi pusaka mangsa.
 Haram memiliki wasiat mangsa.
 Kaffarah.
 Pembalasan Takzir.

53
QISAS KECEDERAAN / KECEDERAAN ATAS ANGGOTA BADAN

TAKRIF
 Kesalahan mencederakan adalah tindakan yang melukakan,
mencacatkan atau menyakitkan ke atas anggota atau mana-mana
bahagian badan.

PEMBAHAGIAN KECEDERAAN

1. Kecederaan dengan niat/sengaja


2. Kecederaan tidak sengaja

HUKUMAN

 Kecederaan dengan niat/sengaja: Dikenakan Qisas bagi hukuman


kecederaan ke atas anggota yang dicederakan. Hukuman ini
dikenakan ke atas anggota yang mempunyai sendi- sendi dan dapat
dipastikan persamaannya seperti jari-jari tangan dan kaki, mata, telinga,
hidung, tangan, kaki, kemaluan lelaki dan gigi. Bagi anggota lain,
hukumannya diganti dengan diat kerana sukar untuk dipastikan
persamaannya.

 Kecederaan tidak sengaja: akan dikenakan diyat jika pesalah


melakukan kesalahan kecederaan tidak sengaja atau jika hukuman
qisas tidak dapat dijalankan dengan sebab-sebab tertentu seperti
penjenayah sememangnya cacat atau mangsa telah memaafkannya
dari pelaksanaan qisas. Kadar diat ditetapkan berasaskan anggota
yang dicederakan:-

1. 100 ekor unta bagi anggota yang tunggal (cth: lidah, hidung,
kemaluan lelaki)
2. 50 ekor unta bagi anggota kembar (cth: telinga, kaki, tangan dll)

 Kadar diyat juga boleh dikira berasaskan fungsi anggota tersebut seperti
100 ekor unta untuk kehilangan fungsi pendengaran dari kedua-dua
telinga dan kehilangan fungsi menghidu dan seterusnya. Diyat juga
boleh dilihat dari sudut kadar luka umpamanya luka yang terkena
daging (al-badhi’ah) diyatnya 3 ekor unta, luka yang masuk dalam
daging (al-mutalahimah) diyatnya 4 ekor unta, luka yang mematahkan
tulang (al-hasyimah) diyatnya 10 ekor unta.

54

Anda mungkin juga menyukai