Anda di halaman 1dari 36

‫اﻟﺧراج ﺑﺎﻟﺿﻣﺎن‬

Hasil Berdasarkan Jaminan


Maksud Kaedah

sHasil yang diperolehi daripada


pekerjaan atau manfaat adalah
milik bagi orang yang memberi
jaminan sama ada melalui
bayaran/pembiayaan terhadap
barangan/harta
‫‪Sumber‬‬

‫اﻟﺧراج ﺑﺎﻟﺿﻣﺎن‬
Contoh
1- Seseorang membeli mesin basuh kemudian didapati
cacat/rosak, maka ia berhak mendapat refund dan segala
manfaat daripada mesin basuh tersebut adalah miliknya
2. Seseorang tertipu dengan pembelian kambing susuan
yang di tahan perahan susunya. Dia boleh
mengembalikannya untuk mendapatkan refund tetapi
tidak perlu memulangkan atau membayar harga susu
yang telah diminum
3. Pemilik syarikat wujuh yang mensyaratkan asset
syarikat dibahagi sama rata tetapi mensyaratkan
keuntungan tidak mengikut ratio asset maka tidak sah
syarat tersebut.
‫اﻟﻐرم ﺑﺎﻟﻐﻧم‬

Pembayaran berdasarkan faedah


didapati
Maksudnya:
Sesiapa yang memperoleh
faedah/manfaat sesuatu
barangan perlu menanggung
atau memberi pampasan
Contoh
1. Rakan kongsi perlu tanggung bersama
pengurusan harta kongsi mengikut kadar
bahagian masing-masing.
2. Pemilik kediaman perlu menanggung segala
kos pengurusan kediaman tersebut.
3. Kos pemulangan barang pinjaman adalah
tangunggjawab peminjam.
4. Baitulmal perlu menanggung nafkah laqit
kerana harta laqit akan diserahkan pada
baitulmal nanti
5. Penerima gadaian perlu jamin barang gadaian
‫اﻟﺟواز اﻟﺷرﻋﻲ ﯾﻧﺎﻓﻰ اﻟﺿﻣﺎن‬

Pengharusan Syarak menafikan


bayaran kerugian
Maksud: jika sesuatu perbuatan diharuskan
oleh Syarak maka kerugian dialami akibat
perbuatan tersebut tidak ditanggung
Contoh
1. Keharusan anggota penyelamat memecahkan
pintu/tingkap/cermin untuk selamatkan mangsa tanpa
sebarang pampasan

2. Jiran tidak dikira bersalah terhadap jirannya jika dia melakukan


pengubahsuaian rumah walaupun memudaratkan jirannya
3. Seseorang menggali lubang dalam kawasan rumahnya dan
dibenarkan oleh undang-undang, kemudian ada manusia
terjatuh dalam lubang tersebut maka ia tidak boleh
dipersalahkan.

4. Pemegang amanah tidak melaksanakan amanah yang spesifik,


namun ia sama dengan yang diamanahkan maka tidak perlu
dipertanggungjawabkan.
‫ﺟﻧﺎﯾﺔ اﻟﻌﺟﻣﺎءﺟﺑﺎر‬

Tindakan binatang tidak


dikenakan ganti rugi
Contoh
s Binatang yang dikurung rapi tanpa
kecuaian namun terlepas dan merosakkan
tanaman/harta orang lain tidak perlu
bayar ganti rugi
‫اﻟﺧروج ﻣن اﻟﺧﻼف ﻣﺳﺗﺣب‬

Keluar daripada khilaf digalakkan


Maksudnya: Melakukan perkara
yang wajib dalam mazhab lain tetapi
sunat dalam mazhab kita digalakkan
kerana ia lambang kompromi dalam
bermazhab
Contoh
1. Menggosok anggota wuduk ketika berwuduk, ia
sunat dalam mazhab al-Shafi’iyyah tetapi wajib
dalam mazhab Malik
2. Sapu seluruh kepala kerana mazhab Malik
mewajibkannya
3. Qada’ solat secara tertib kerana mazhab Abu
Hanifah, Malik dan Ahmad mewajibkannya
4. Tidak mengadap/membelakangi kiblat ketika buang
air walaupun tempat tertutup kerana mazhab Abu
Hanifah dan Ahmad tidak mengharuskannya
5. Meninggalkan helah dalam riba kerana Malik dan
Ahmad mengharamkannya
‫ﺣﻛم اﻟﺣﺎﻛم ﻓﻰ ﻣﺳﺎﺋل اﻻﺟﺗﮭﺎد ﯾرﻓﻊ اﻟﺧﻼف‬

Keputusan hakim dalam masalah


ijtihad menyelesaikan khilaf
Maksudnya: Hakim dapat
menyelesaikan masalah khilaf antara
dua pihak yang berlainan pendapat
berpandukan ijtihadnya. Pihak yang
bertelagah perlu menerima keputusan
beliau.
Contoh
1. Isu kalimah Allah, hakim berperanan
menyelesaikan kemelut
berpanjangan antara dua pihak.
2. Ada yang pertikai solat jumaat
ditangguhkam musim covid-19 –
arahan pemerintah lebih superior
‫اﻟدﻓﻊ أﻗوى ﻣن اﻟرﻓﻊ‬

Menolak lebih baik daripada


mengangkat
Maksudnya: Mengelakkan sesuatu
daripada berlaku lebih kuat atau
senang daripada membuang sesuatu
yang sudah berlaku
Contoh
1. Fasiq ditegah daripada menjadi wali, tetapi jika kefasikan
berlaku setelah akad, ia tidak membatalkan akad tersebut.

2. Orang bertayammum wajib berwuduk jika menjumpai air,


tetapi solatnya sah jika air ditemui setelah solat.

3. Vaksinasi adalah perlu untuk mengelakkan jangkitan kuman.


4. Penjarakan social adalah perlu untuk mengelakkan wabak
covid-19.

5. Mencipta vaksin lebih baik daripada mencipta antivirus

6. Kuarantin adalah perlu untuk mengelakkan penularan wabak


‫اﻟرﺧص ﻻ ﺗﻧﺎط ﺑﺎﻟﻣﻌﺎﺻﻲ‬

Keringanan tidak boleh untuk


maksiat
Maksudnya: Keringanan oleh
Syarak tidak dibenarkan untuk
tujuan maksiat walaupun ada
alasan Syarak
Contoh
1. Bermusafir untuk berjudi dan berzina tidak dibenarkan untuk
solat jamak dan qasar.

2. Jika bermusafir untuk belajar tetapi mengambil dadah/arak


dalam perjalanan, ia tetap berhak mendapat rukhsah

3. Isteri yang bermusafir dalam keadaan nushuz tidak berhak


jamak dan qasar solat
Pengecualian
1. Bermusafir kerana maksiat masih
berhak menyapu khuff kerana semasa
bermuqim pun dia berhak
‫اﻟرﺿﺎ ﺑﺎﻟﺷﻲء رﺿﺎ ﺑﻣﺎ ﯾﺗوﻟد ﻣﻧﮫ‬

Rela dengan sesuatu bermakna rela


dengan apa yang lahir daripadanya
Maksudnya: Jika seseorang rela
dengan sesuatu perkara, ia perlu
menerima akibat sesuatu yang
berlaku atau terhasil daripada
perkara tersebut sama ada
berbentuk positif atau negatif
Contoh
1. Wanita yang rela berkahwin dengan
lelaki Aids tidak lagi berhak menuntut
fasakh disebabkan penyakit tersebut.
2. Jika seseorang meminjamkan keretanya
kepada kawannya dan berlaku
kerosakan tanpa kecuaian, maka
menjadi tanggungjawabnya untuk
memperbaiki kerosakan tersebut.
‫اﻟﻣﺗوﻟد ﻣن ﻣﺄذون ﻓﯾﮫ ﻻ أﺛر ﻟﮫ‬

Natijah kerelaan sesuatu tidak memberi


kesan apa-apa
Maksudnya: Jika seseorang rela dengan
keadaan sesuatu maka ia perlu
menerima segala akibat dengan rela
juga.
Contoh: Seseorang membeli kereta
terpakai yang rosak perlu rela dengan
kos membaikinya
‫اﻷﺻل ﻓﻰ اﻟﻌﻘد رﺿﺎ اﻟﻣﺗﻌﺎﻗدﯾن وﻧﺗﯾﺟﺗﮫ ﻣﺎ‬
‫اﻟﺗزﻣﺎه ﺑﺎﻟﺗﻌﺎﻗد‬

Kontrak berasaskan kerelaan pihak


berkontrak, begitu juga apa yang
dipersetujui dalam kontrak tersebut
Maksud
Sesuatu perjanjian perlu dibuat berdasarkan
kerelaan pihak yaang berkontrak, jika tidak,
ia terbatal dari awal lagi, implikasi kontrak
tersebut perlu selari dengan isi kontrak
Contoh
1. Bay’ al-’inah terancang tidak sah
kerana jual beli berlaku secara
terpaksa
‫اﻟﻣرء ﻣؤاﺧذ ﺑﺈﻗراره‬

Seseorang bertanggungjawab
terhadap pengakuannya
Seorang mukalaf perlu
bertanggungjawab terhadap
sebarang pangakuan yang
dilakukan sama ada berkaitan
hak atau tanggungjawabnya
Contoh
1. Pengakuan seseorang melakukan jenayah menjadi sebab
hukuman boleh dijatuhkan ke atasnya

Anda mungkin juga menyukai