Anda di halaman 1dari 26

Ulama

sepakat mengatakan bahawa wajib beramal dengan sunnah Rasulullah.


berdasarkan kepada Al-Quran dan Hadis yang menyuruh umat Islam supaya berpegang teguh kepada kedua-duanya.

Ini

Para

fiqah juga sepakat menyatakan Sunnah adalah sumber kedua syariat Islam.

Adakah anda mengetahui maksud ijmak ?

Merupakan Merupakan
sumber ketiga hukum Islam dan ia menjadi hujah dalam perkara agama.

Ijmak

Kesepakatan para ulama dalam menetapkan sesuatu hukum dalam agama Islam berasaskan alQuran dan Al-Hadis tentang suatu perkara yang telah terjadi pada suatu masa setelah zaman Rasulullah S.A.W.

Allah telah memelihara umat ini daripada bersepakat di atas kesesatan sepertimana sabda baginda yang berbunyi :

Tidak berhimpun umatku atas kesesatan ( Riwayat AtTirmizi )

Ijmak menjadi hujah pada setiap zaman.

Ini bermaksud ijmak ulama pada kurun kedua ( sebagai contoh ), juga terpakai untuk kurun-kurun yang selepasnya dan ia bukan terpakai untuk kurun yang kedua sahaja.

Ijmak

Apabila para ulama mujtahid telah bersepakat dalam sesuatu perkara, maka termaktublah ijmak untuk perkara tersebut .

Ijmak ini berlaku atas ijtihad-ijtihad yang sepakat atas semua peristiwa atau kejadian yang tidak ada dasarnya secara jelas dalam Al-Quran dan Hadis, peristiwa atau kejadian yang berhubungan dengan ibadat yang tidak langsung ditujukan kepada Allah S.W.T seperti sistem pendidikan, pemerintahan, politik, ekonomi, ketenteraan, kemasyarakatan atau semua halhal yang berhubungan dengan urusan duniawi tetapi tidak ada hukumnya dengan jelas dalam Al-Quran dan Hadis.

Apakah pula yang dimaksudkan dengan Qiyas ?

I
Y A S

Masalah Utama ( al-ashl )

Hukum Asal :
Merupakan hukum syarak yang telah sabit atau ditetapkan oleh nas. Hendaklah hukum yang mana illahnya dapat difahami oleh akal, sekiranya akal tidak mengetahui illah hukum asal, maka al-Qiyas tidak boleh dilakukan.

Antara contoh yang dikatakan khusus, dalil yang menunjukkan sesuatu hukum itu hanya berlaku untuk asal sahaja, seperti : Kahwin lebih empat isteri dalam satu masa adalah khusus untuk Nabi sahaja.

Sekiranya terdapat dalil yang menunjukkan pengkhususan hukum dengan asal melalui nas, maka al-Qiyas tidak boleh dilakukan, kerana Ia menyalahi dalil,

Furu atau Cabang


Tidak terdapat nas atau ijmak yang menunjukkan sesuatu hukum yang berlawanan dengan al-Qiyas. Hukum furutidak boleh mendahului hukum asal dari segi sabitnya, contohnya tidak sah qiyas quduk terhadap tayammum dari segi wajib niat dengan illah keduaduanya merupakn bersuci atau beribadat.

Antara contoh al-Qiyas yang bertentangan dengan ijmak, seperti : Orang musafir harus meninggalkan puasa berdasarkan firman Allah :

Maksudnya :

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.

Illah atau Sebab


Merupakan suatu keadaan atau sifat zahir, difahami oleh pancaindera, kerana ia merupakan tanda hukum.

Illah itu hendaklah suatu sifat dan keadaan yang sesuai dan munasabah dengan hukum, sifat yang mana pensyariatan hukum untuk memberi faedah dan mencegah bahaya terhadap manusia. Contohnya : Mabuk dalam nisbah pengharaman arak.

Qiyas

bermaksud perbandingan dan di dalam konteks pembinaan hukum, ia bermaksud mengeluarkan sesuatu hukum dengan cara membandingkan perkara yang belum pasti hukumnya dengan sesuatu hukum yang sudah pasti berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Sebagai contoh, dalil yang terdapat di dalam hadis mewajibkan seseorang mengeluarkan zakat gandum. Jika sesuatu kawasan padi pula, maka zakat padi diwajibkan kerana terdapat banyak persamaan atau illat di antara padi dengan gandum selepas perbandingan atau Qiyas dilakukan.

Hadis riwayat Ibnu Umar ra yang bermaksud: Bahawa Rasulullah saw. mewajibkan zakat fitrah dari bulan Ramadan kepada manusia, iaitu satu sha` (gantang) kurma atau satu sha` (gantang) gandum atas setiap muslim, merdeka atau budak, lelaki maupun wanita. Hadis dalam kitab Sahih Muslim : 1635)[1] Contoh penggunaan Qiyas : misalnya gandum, seperti disebutkan dalam hadis sebagai yang utama (al-ashlu)-nya. lalu al-faru-nya adalah padi (tidak tercantum dalam Al-Quran dan Hadis). al-hukmu, atau hukum gandum itu wajib zakatnya. as-sabab atau alasan hukumnya kerana padi dan gandum adalah makanan utama.

I J T I H A D

Suatu proses penyelidikan yang dilakukan secara bersungguhsungguh oleh sarjana Islam( digelar mujtahid ) untuk menerbitkan hukum-hukum yang bersifat amali.

Hanya berlaku terhadap hukumhukum yang tidak jelas yang wujud di dalam al-Quran dan AsSunnah.

Di antara syarat-syarat al-Ijtihad ialah:


Mengetahui dalil-dalil Syara' yang diperlukan dalam ijtihadnya, seperti ayat-ayat hukum dan hadith-hadith hukum. Mengetahui apa yang berkaitan dengan kesahihan dan kedhaifan hadith, seperti pengetahuan tentang periwayat-periwayat hadith, peribadi periwayat dan lain-lain. Mengetahui perihal al-Nasikh (yang memansuhkan) dan al-Mansukh (yang dimansuhkan) serta tempattempat al-Ijma supaya tidak menghukum dengan yang al-Mansukh (yang dimansuhkan) atau dengan menyalahi al-Ijma' (persepakatan ulama').

Mengetahui

dalil-dalil yang boleh mengubah hukum seperti pengkhususan, perkaitan dan lain-lain supaya tidak menghukum dengan menyalahi perkara tersebut. ilmu Bahasa Arab dan Ushul alFiqh yang berkaitan dengan petunjuk lafazlafaz seperti umum, khusus, yang dibiarkan, yang dikaitkan , yang samar, yang dijelaskan dan sebagainya supaya dapat menghukum bersesuaian dengan petunjuk-petunjuk tersebut. boleh berpecah dan bercabang menjadi ijtihad dalam satu bab keilmuan atau satu permasalahan ilmu sahaja.

Mengetahui

Al-Ijtihad

Seseorang al-mujtahid itu dituntut supaya mengerahkan tenaganya dalam usaha untuk mengenal pasti sesuatu kebenaran kemudian menghukum dengan apa yang didapatinya sebagai kebenaran. Sekiranya dia menyalahi kebenaran, dia memperoleh satu pahala dan kesalahannya diampunkan. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w.:

]1[.

Maksudnya: Apabila seorang hakim itu menghukum lalu dia berijtihad kemudian menepati kebenaran, baginya dua pahala. Dan apabila dia menghukum lalu dia berijtihad kemudian menyalahi kebenaran, baginya satu pahala.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud : Maka insaflah dan ambillah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya. (Surah Al-Hasyr ayat 2).

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: )( Apabila seseorang hakim menjatuhkan hukuman lalu ia berijtihad dan didapati apa yang ia ijtihadkan itu benar, maka ia mendapatkan 2 pahala, sekiranya pula ia menjatuhkan hukuman dan berijtihad serta salah maka ia mendapat satu pahala sahaja. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Seseorang mujtahid itu mestilah mengikuti cara tertentu untuk berijtihad, seperti berikut :
Mestilah terlebih dahulu meneliti nas yang terkandung dalam al-Quran, kemudian meneliti pula hadis mutawatir dalam penetapan hukum serta menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Sekiranya mujtahid tidak menemui nas yang menjelaskan hukum dalam al-Quran dan hadis, maka mujtahid mestilah berpegang dan mengambil zahir nas al-Quran dan Hadis serta apa yang dapat diambil daripada keduanya itu tentang apa-apa sahaja yang dapat dijadikan pegangan yang berbentuk mantuk dan mafhumnya.
Sekiranya mujtahid tidak menemui hukum melalui jalan kedua, ia mestilah meneliti dan menilai segala perbuatan Nabi dan selepas itu taqrir baginda. Selain itu, apabila mujtahid itu menemui dua dalil atau nas yang bertentangan, maka ia hendaklah terlebih dahulu mencari dan menilai serta melihat dalil itu dari sudut ia dapat diterima kedua-duanya sebagai dalil hukum. Ini kerana, dengan berpegang kepada kedua dalil itu adalah lebih baik daripada meninggalkan salah satu daripadanya.

Islam

dan bersifap adil. Mengetahui tentang al-Quran beserta maknamaknanya dari sudut bahasa dan syariat. Mengetahui hadith beserta makna-maknanya dari sudut bahasa dan syariat. Mengetahui dan memahami bahasa Arab dengan baik dan sempurna, hal ini supaya dapat mentafsirkan al-Quran dan As-Sunnah dengan baik. Mempunyai kefahaman yang baik dan benar, supaya mampu membezakan pendapat yang benar dan pendapat yang salah.

Pengantar

Usul Fiqh Tingkatan 6 oleh Abd. Latif/Rosmawati Ali terbitan Ilham Abati Enterprise 1997. Manhaj Ilmu Fiqah oleh Abdul Azib Hussain terbitan Telaga Biru. Kitab QurratulAin Syarah Waraqat Imam AlHaramain, m/s 70, Edisi 1 2001, Dar AlMasyari, Lubnan. Buku Al-Hadis, Darjah Khas Jabatan Agama Islam terbitan Aras Mega Sendirian Berhad. Internet :

Sekian Terima Kasih, Assalamualaikum

Anda mungkin juga menyukai