Anda di halaman 1dari 37

Qawaid Fiqhiyyah

Mohd Hafiz Jamaludin


Jabatan Syariah dan Undang-Undang
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya
Pendahuluan
• Qawaid Fiqhiyyah adalah sebahagian daripada
ilmu-ilmu Islam yang terpenting.
• Ia adalah perkembangan bagi penulisan-
penulisan fiqh. Furuk-furuknya diperhalusi.
Kaedah-kaedah dalam ilmu fiqh diperkukuhkan.
Permasalahan furuk dikumpulkan. Faedah-
faedahnya amat besar.
Pendahuluan
• Perkembangan ilmu Qawaid Fiqhiyyah bermula
daripada Al-Quran dan Sunnah sendiri.
Kemudian, para sahabat, fuqaha, imam-imam
mazhab turut menggunakannya secara tidak
langsung ketika berijtihad dan istinbat hukum.
• Seterusnya, para ulama pada kurun ke-4 hijrah
telah memperkenalkan ilmu Qawaid Fiqhiyyah
ini sehingga ia tersebar luas dalam penulisan-
penulisan para ulama sehingga ke hari ini.
Takrif
Takrif Qawaid Fiqhiyyah
• Qawaid (‫)قواعد‬: Kata Jamak daripada perkataan
Qa’idah (‫ )قاعدة‬yang memberi erti asas rumah
dan sebagainya. Firman Allah Taala:
Takrif Qawaid Fiqhiyyah
• Dalam bahasa Arab, kalimah Qa’idah digunapakai juga pada makna-
makna berikut;
1. Seorang perempuan yang duduk ‫امرأة قاعدة‬
2. Pemalas ‫قاعدة ال ِهمة‬
3. Asas ‫األساس‬
4. Perkara yang ditumpukan ‫الركيزة‬
5. Undang-Undang ‫القانون‬
6. Jalan, fatwa
7. Contoh, teladan
8. Ibu negeri ‫قاعدة البالد‬
Takrif Qawaid Fiqhiyyah
• Qa’idah dari sudut istilah bermaksud
permasalahan-permasalahan yang umum.
• Fiqhiyyah adalah satu penisbahan kepada ilmu
fiqh.
• Fiqh pula adalah pengetahuan tentang hukum-
hukum syarak yang bersifat amalan dan diambil
daripada dalil-dalil syarak yang terperinci.
Takrif Qawaid Fiqhiyyah
• Qai’dah Fiqhiyyah menurut Istilah para fuqaha ialah:
• ‫الحكم الكلى المنطب ُق على جميع جزئياته‬
• Ertinya: Hukum kulliy yang dipraktik ke atas keseluruhan
masalah juziyyah.
• Ia juga ditakrifkan sebagai:
• ‫حكم أغلبي ينطبق على معظم جزئياته‬
• Hukum kebanyakan yang terpakai ke atas kebanyakan
masalah-masalah juziyyah di bawahnya.
Ciri-Ciri Qawaid
Fiqhiyyah
Ciri-Ciri Qawaid Fiqhiyyah
• Keistimewaan kaedah Fiqh: Teksnya dibentuk
dalam beberapa kalimah yang ringkas dan padat
dalam lafaz yang umum, tetapi maknanya luas
dan mencakupi cabang-cabang masalah yang
terperinci.
• Lafaz-lafaz kaedah Fiqh: Lafaz yang digunakan
bagi kaedah-kaedah fiqh kadang-kadang diambil
Al-Quran ataupun Hadis, tetapi pada
kebiasaannya merupakan usaha para mujtahid
dan ditambah-baik oleh para ulama yang datang
selepasnya.
Ciri-Ciri Qawaid Fiqhiyyah
• Bagaimanapun, Qawaid fiqhiyyah tidak
merangkumi kesemua masalah yang tertentu,
kerana kaedah ini tidak boleh dipakai dalam
masalah-masalah tertentu yang dikecualikan
darinya kerana sebab-sebab tertentu.
• Atas dasar ini, para fuqaha’ tidak mengharuskan
para mujtahid ketika mengistinbat hukum dan
para hakim ketika membuat penghakiman
bergantung atau berpegang penuh kepada
kaedah kulliyah sahaja tanpa merujuk kepada nas
lain yang “khas” atau “am” yang mencakupi
sesuatu permasalahan.
Ciri-Ciri Qawaid Fiqhiyyah
• Ini kerana Qawaid Fiqhiyyah/Kulliyyah
meskipun ia bernilai dan turut diambil pakai
dalam pelaksanaan hukum, namun ia tetap
mempunyai banyak permasalahan-permasalahan
yang dikecualikan.
• Qawaid Fiqhiyyah adalah Dasaatir li al-tafqih
(peraturan atau cara untuk menajamkan fiqh),
bukan sebagai nas-nas atau dalil-dalil kepada
sesuatu hukum.
Ciri-Ciri Qawaid Fiqhiyyah
• Justeru itu, tidak harus disandarkan hukum
kepada Qawaid Fiqhiyyah semata-mata, cuma ia
boleh digunakan sebagai sokongan tambahan
kepada dalil-dalil syarak yang lain.
• Selain itu, qawaid fiqhiyyah adalah hasil (‫)ثمرة‬
himpunan beberapa permasalahan fiqh sehingga
menghasilkan satu kaedah fiqh yang ringkas dan
umum.
• Oleh itu, tidak wajar sesuatu yang dianggap
sebagai hasil daripada permasalahan furuk
menjadi dalil untuk istinbat hukum yang lain.
Kepentingan Ilmu
Qawai’d Fiqhiyyah
dalam Pengajian Syariah
Kepentingan Ilmu Qawai’d Fiqhiyyah dalam
Pengajian Syariah
• Meskipun Qawaid Fiqh sifatnya adalah ‫ أغلبية‬ini tidak bererti ia akan
mengurangkan nilai ilmiahnya, menurunkan kedudukannya yang tinggi dan
kesannya yang sangat besar dalam memahami permasalahan fiqh.
• Kaedah Fiqh ini akan memantapkan hukum-hukum furu’ yang amali dengan
beberapa kaedah yang menjelaskan persamaan al-manat (illah) pada sesuatu
kelompok hukum furu’, dan sebagai suatu ikatan yang menghimpunkan
hukum-hukum furu’ itu walaupun berbeza tajuk dan berlainan bab-babnya
Kepentingan Ilmu Qawai’d Fiqhiyyah dalam
Pengajian Syariah
• Sesiapa yang mengambil dan berpegang kepada cabang-cabang masalah
juziyyah sahaja tanpa berpandu kepada Qawa’id Fiqhiyah, nescaya akan
timbul pertentangan di antara permasalahan-permasalahan furuk yang sangat
banyak.
• Sesiapa yang menguasai fiqh bersama Qawai’dnya, tidak perlulah dia
menghafaz banyak masalah-masalah juz’iyyah yang tidak akan berakhir
kerana ia telah pun termasuk dalam Qawa’id Fiqhiyyah. Sebahagian ulama
mengatakan: ‫الفقه معرفة النظائر‬
Kepentingan Ilmu Qawai’d Fiqhiyyah dalam
Pengajian Syariah
• Kaedah fiqh lebih mudah dihafaz kerana ia menggunakan lafaz-lafaz yang
ringkas, mudah dan dapat menjelaskan permasalahan-permaslaahan yang
terkandung di dalamnya.
• Kaedah fiqh adalah jalan untuk menguasai bidang fiqh kerana penuntut ilmu
akan mempelajari bab-bab fiqh yang luas, mengetahui permasalahan-
permasalahan hukum syarak yang dibentangkan kepadanya dan dapat
mengeluarkan hukum bagi permasalahan-permasalahan baru.
• Kaedah fiqh membantu pelajar dalam memahami maqasid al-Syariáh dan
tujuan-tujuan Syariat yang umum.
Perbezaan antara
Qawaid Usul Fiqh dan
Qawaid Fiqhiyyah
Perbezaan antara Qawaid Usul Fiqh dan
Qawaid Fiqhiyyah
• Qawaid Usuliyyah (Kaedah Usul Fiqh) adalah kaedah-kaedah yang
menerangkan manhaj, metodologi atau cara yang mesti diikuti oleh faqih
dalam mengistinbatkan hukum-hukum syarak.
• Sementara Qawaid Fiqhiyyah ialah prinsip-prinsip umum dalam fiqh Islam
yang merangkumi hukum-hukum syarak yang umum
Perbezaan antara Qawaid Usul Fiqh dan
Qawaid Fiqhiyyah
Sejarah Perkembangan
Ilmu Qawaid Fiqhiyyah
Sejarah Perkembangan Ilmu Qawaid Fiqhiyyah

• Qawaid Fiqhiyyah bukanlah tercipta sekaligus tetapi pemahamannya


terbentuk berupa teks atau nas-nas yang digubal secara beransur-ansur sekitar
kurun ketiga dan keempat hijrah.
• Qawaid Fiqhiyyah dibentuk daripada petunjuk nas syarak yang umum,
prinsip-prinsip usul fiqh, ‘illah hukum dan rasional akal.
• Terdapat kaedah fiqh yang dibentuk daripada nas hadith seperti ‫ال ضرر‬
‫ والضرار‬dan ‫البينة على الدعي واليمين على من أنكر‬.
Sejarah Perkembangan Ilmu Qawaid Fiqhiyyah

• Terdapat juga kaedah yang dipetik daripada ungkapan para imam mazhab
seperti kaedah yang dipertik daripada perkataan Abu Yusuf dalam kitab al-
Kharaj:
• ‫ليس لإلمام أن يخرج شيئا من يد أحد إال بحق ثابت معروف‬
• Ertinya: Tidak harus bagi pemerintah mengeluarkan sesuatu daripada milik
seseorang melainkan dengan hak yang sabit dan ma’ruf (kepentingan negara
dan masyarakat).
Sejarah Perkembangan Ilmu Qawaid Fiqhiyyah

• Walau bagaimanapun, kebanyakan kaedah dibentuk hasil perbincangan,


pertukaran pendapat, percubaan dan pemurnian daripada tokoh-tokoh agung
fuqaha dari pelbagai mazhab ketika mendapatkan alasan dan dalil.
• Mazhab Hanafi merupakan mazhab pertama yang mendahului mazhab besar
yang lain dalam menggubal kaedah-kaedah fiqh ini dan berhujah dengannya.
• Dari ulama mazhab Hanafi, para ulama mazhab lain memetik kaedah-kaedah
yang dikehendaki dan diperlukan dalam mazhab mereka.
Sejarah Perkembangan Ilmu Qawaid Fiqhiyyah

• Imam Abu Tahir al-Dabbas yang hidup pada kurun ketiga hijrah telah
menghimpunkan permasalahan-permasalahan dalam mazhab Hanafi kepada 17
kaedah.
• Abu Sa’id al-Harawi yang bermazhab Syafie menukilkan sebahagian daripada kaedah
tersebut dan dikemukakan kepada Qadi al-Husayn al-Maruzi (m.462H). Lalu Qadi
al-Husayn telah menyimpulkan seluruh mazhab Syafie kepada empat kaedah.
• Para ulama selepasnya menambah kaedah kelima ‫األمور بمقاصدها‬, sehingga kelima-
lima kaedah ini dikira sebagai ibu segala kaedah (‫)القواعد الكلية الخمسة‬.
Sejarah Perkembangan Ilmu Qawaid Fiqhiyyah
• Kaedah-kaedah tersebut adalah:
• ‫األمور مبقاصدها‬
• ‫اليقني ال يزال ابلشك‬
• ‫املشقة جتلب التيسري‬
• ‫الضرر يزال‬
• ‫العادة حمكمة‬
• Kaedah-kaedah ini merupakan kaedah-kaedah disepakati oleh keempat-empat mazhab dan
terhasil daripadanya permasalahan-permasalahan furuk yang sangat banyak.
Penulisan-Penulisan
dalam Ilmu Qawaid
Fiqhiyyah
Penulisan-Penulisan dalam Ilmu Qawaid
Fiqhiyyah
• Hanafiyyah
• Ta’sis al-Nazr ‫ تأسيس النظر‬karangan Al-Dabbusi (430H)
• Al-Asybah wa al-Naza’ir ‫ األشباه والنظائر‬karangan al-Nasafi (970H)
• Malikiyyah
• Al-Furuq karangan Al-Qarafi (682H)
• Idah al-Salik karangan al-Wansyarisi (914H)
• ‫ االعتصام‬karangan Al-Syatibi (795H)
Penulisan-Penulisan dalam Ilmu Qawaid
Fiqhiyyah
• Syafi‘iyyah
• Qawa’id al-Ahkam fi Masalih al-’Anam karangan ‘Izz al-Din ‘Abd al-Salam (660H)
• Al-Asybah wa al-Naza’ir karangan al-Suyuti (911H)
• Hanabilah
• Al-Qawa’id al-Kubra dan al-Qawa’id al-Sughra karangan Al-Tufi (710H)
• Al-Qawa’id al-Nuraniyyah karangan ibn Taimiyyah (728H).
• ‫ القواعد‬karangan Ibn Rajab al-Hanbali (795H)
Penulisan-Penulisan dalam Ilmu Qawaid
Fiqhiyyah
• Ulama Mu’asirin
• ‫ شرح القواعد الفقهية‬karangan Ahmad bin Muhammad al-Zarqa’
• ‫ المدخل الفقهي العام‬karangan Mustafa Ahmad al-Zarqa’
• ‫ القواعد الفقهية‬karangan Ahmad al-Nadwi.
Kaedah-Kaedah Fiqh
yang Lima
‫القواعد الكلية الخمسة‬
‫األمور بمقاصدها‬
“Segala Perkara Bergantung Pada Tujuannya”

▪ Hadis Sahih Berkaitan Niat


▪ Hadis Sahih Riwayat Sa’ad bin Abi Waqas berkaitan
Sumber nafkah
▪ Hadis Riwayat Ahmad berkaitan orang yang terbunuh di
medan perang.

▪ Amalan/tindakan seseorang sama ada

‫األمور بمقاصدها‬ Huraian


perbuatan/perkataan, maka natijah hukum syaraknya
berbeza dengan sebab berbeza tujuan amalan seseorang
dan tindakannya.

‫العبرة في العقود للمقاصد والمعاني ال لأللفاظ‬


‫والمبانى‬
Kaedah –Kaedah Tercetus

‫االشتغال بغير المقصود إعراض عن المقصود‬

‫الصريح اليحتاج الى نية والكناية ال تلزم إال‬


‫بنية‬
‫اليقين ال يزال بالشك‬
KEYAKINAN TIDAK BOLEH DISINGKIRKAN DENGAN SEMATA-MATA DENGAN
SYAK

▪ Surah Yunus (36)


Sumber/ Dalil ▪ Hadis Riwayat Muslim berkaitan was-was terbatalnya
wuduk.
▪ Hadis Riwayat Muslim berkaitan keraguan rakaat solat

▪ Sesuatu yang telah diyakini tidak akan hilang dengan


Huraian kedatangan Syak (keraguan) ke atasnya, tetapi boleh

‫اليقين ال يزال‬
hilang dengan yakin sepertinya juga.

‫بالشك‬ ▪ Syak tempoh memakai khuf


Pengecualian ▪ Syak keadaan sebagai musafir
▪ Syak pada pakaian yg terkena najis

‫االصل براءة الذمة‬

Kaedah Lain berkaitan ‫األصل بقاء ما كان على ما كان‬

‫االصل في االشياء االباحة‬

‫العبرة بالظن البين خطؤه‬


‫المشقة تجلب التيسير‬
Kesukaran Yang Menjadi Penyebab Kepada Kemudahan dan
Keringanan
▪ Al-Baqarah: 185
Sumber ▪ Al-Hajj 78
▪ Al-Sunnah
▪ ‫إن هللا وضع عن أمتي الخطاء والنسيان وما استكرهوا عليه‬
▪ ‫إنما بعثتم ميسرين ولم تبعثوا معسرين‬
▪ Masyaqqah/kesukaran akan menjadi penyebab
kepada keringanan dan dipermudahkan.
Huraian (masyaqqah yang melebihi had)

‫المشقة تجلب‬ ▪ Diwajibkan berwudu dan mandi hadas untuk solat

‫التيسير‬ walaupun dalam keadaan sejuk.


▪ Berpuasa dalam keadaan panas terik atau di
Pengecualian musim panas.
▪ kesakitan dalam hukuman hudud dan qisas .
‫الضرورات تبيح احملظورات‬

Kaedah Lain berkaitan ‫الضرورة تقدر بقدرها‬

‫احلاجة تنزل منزلة الضرورة عامة وخاصة‬


‫الضرر يزال‬
Kemudharatan Hendaklah Disingkirkan

▪ Tidak seorang pun boleh /harus melakukan


kemudharatan terhadap saudaranya sama
Maksud/ Definisi ada memulakan atau membalasnya

▪ Hadis Nabi s.a.w : ‫ال ضرر وال ضرار‬


Sumber

‫الضرر يزال‬ ‫الضرر اليزال ابلضرر‬

Kaedah Lain berkaitan ‫الضرر االشد يزال ابلضرر االخف‬

‫يتحمل الضرر اخلاص لدفع الضرر العام‬


‫العادة محكمة‬
ADAT DIJADIKAN SEBAGAI RUJUKAN HUKUM

▪ Adat yang am mahupun khas akan menjadi


hukum atau tempat rujuk bagi mensabitkan
Maksud/ Definisi hukum syarak.
▪ Dengan syarat tidak ada nas bagi hukum
yang hendak disabitkan. Bila ada nas, wajib
diutamakan nas berbanding adat.
▪ Al-A’raf ayat 199.

‫العادة محكمة‬ Sumber ▪ Hadis pandangan orang Islam suatu yang


baik-maka di sisi Allah juga baik (Riwayat Ahmad)

ً‫ كاملشروط شرطا‬،ً‫املعروف عرفا‬


Kaedah Lain berkaitan
‫ال يُنكر ر‬
‫تغري األحكام بتغري األزمان‬

‫العربة للغالب الشائع ال للقليل للنادر‬


Sekian, Terima Kasih
Mohd Hafiz Jamaludin
Jabatan Syariah dan Undang-Undang
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya

Anda mungkin juga menyukai