Anda di halaman 1dari 7

Persamaan dan Perbezaan Takrifan Harta Menurut Fuqaha Mazhab

Disediakan oleh : Nur Athirah Syuhada binti Hasni (P83629)


Dalam Islam, harta merupakan suatu amanah Allah kepada manusia untuk diuruskan dengan
baik. Segala ciptaan Allah SWT yang ada dibumi yang disifatkan sebagat harta adalah
diwujudkan untuk kesejahteraan manusia. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah alBaqarah ayat 29, Maksudnya: Dialah yang telah menjadikan segala apa yang ada di bumi ini untuk
kamu.

Dalam mentarifkan perkataan harta atau mal itu sendiri, para sarjana Islam telah menghasilkan
beberapa takrifan yang dijadikan rujukan sehingga kini untuk memberikan gambaran yang tepat
mengenai takrifan harta itu sendiri. Daripada sudut bahasa, perkataan harta adalah sama dengan
perkataan mal dalam bahasa Arab. Perkataan mal adalah mufrad dari perkataan amwa1.
Harta juga bermaksud apa-apa yang dimiliki dari segala sesuatu. Ibn Athir berpendapat, harta
pada asalnya ialah sesuatu yang dimiliki, terdiri dari emas dan perak dan kemudian telah diguna
pakai dari setiap sesuatu yang diperolehi dan dimiliki dariwang. Dalam percakapan Arab,
perkataan ini banyak digunakan dengan merujuk kepada unta atau binatang ternakan kerana pada
ketika itu unta dan haiwan ternakan merupakan harta terpenting atau paling terbesar dimiliki oleh
masyarakat Arab.
Menurut kamus al-Munjid pula, harta bererti sesuatu yang dimiliki dan dipakai oleh orang-orang
Badwi kepada binatang ternakan seperti kambing biri-biri dan unta sama ada jantan ataupun
betina1. Ia juga membawa maksud tiap-tiap benda, barang perniagaan, harta alih, wang atau
binatang yang dimiliki sama ada secara individu atau kumpulan. Mengikut pengertian
umum,maksud perkataan harta (mal) yang paling mudah difahami adalah peredaran wang di
antara manusia sama ada dari bahan galian mahupun kertas2.
Harta menurut istilah mempunyai pentakrifan berbeza oleh para fuqaha. Menurut Artikel 26 Al
Majallah Al Ahkam Al Adliyyah, harta bermaksud suatu benda yang mana diingini oleh manusia
1

Al-Munjid fi al-lughahwa al- aclam,Dar al-Mashriq, Beirut, 1975M/1378H, hlm.780.


Yazid Ahmad & Haji Ibnor Azli Ibrahim, Konsep Harta Menurut Perspektif UndangUndang Islam dan Undang-Undang Sivil : Satu Tinjauan, Jurnal Pengajian Umum Bil. 7, hlm.
124.
2

Persamaan dan Perbezaan Takrifan Harta Menurut Fuqaha Mazhab

dan boleh disimpan untuk keperluan di masa akan datang. Para fuqaha empat Mazhab utama
juga telah mengeluarkan takrifan bagi perkataan harta.
Menurut pendapat Imam al-Shafii seperti yang dinyatakan oleh al-Suyuti bahawa harta adalah
sesuatu yang bernilai dan mesti dibayar gantirugi jika berlaku kerosakan 3. Termasuk di dalam
sesuatu yang dikategorikan sebagai mal itu walaupun sedikit dan tidak diabaikan oleh manusia
seperti fils (duit syiling) dan yang seumpama dengannya
Sebahagian ulamaMaliki berpendapat sesuatu yang boleh dinamakan sebagai mal adalah yang
digunakan oleh pemiliknya sahaja, jika ia memperolehinya dengan cara yang betul. Al Shatibi
dalam kitab Muwafaqat karangannya menyatakan harta sebagai segala yang boleh dimiliki dan
penmilik mempunyai hak undang-undang eksklusif untuk menyimpan dan mengawal objek itu
apabila dia memilikinya.
Al- Hijawi daripada Mazhab Hanbali mentafsirkan mal dalam kitabnya Al iqna fi Imam Ahmad
bin Hanbal iaitu apa-apa sahaja yang berguna dan dibolehkan menurut shariah yang mana
kebenaran untuk menggunakannya adalah semasa keadaan normal. Al-Buhuti pula menyatakan
dengan lebih lanjut yang apa-apa sahaja yang dibolehkan dalam keadaan darurah adalah bukan
mal4. Sebagai contoh, haiwan yang tidak disembelih mengikut syarak atas sebab keadaan
darurah.
Fuqaha daripada mazhab Hanafi menyatakan bahawa harta adalah sesuatu mesti secara adatnya
dikehendaki oleh manusia oleh manusia dan tidak memberi kemudaratan kepada manusia.
Al- Sarakhshi dalam kitab Mabsut menyimpulkan harta sebagai apa sahaja yang dicipta, berguna
kepada manusia, bernilai dan boleh disimpan. Ibnu Abidin dalam Hashiyyah Radd al-Mukhtar
menyatakan yang objek boleh diklasifikasikan sebagai mal jika mempunya ciri berikut5 :
3

Abd al-Rahman al-Suyutiyy, al-Ashbah wa al-nazair fi qawacid wa furucfiqh al-shaficiyyah,Dar alKutub al-cIlmiyyah,Beirut, 1983M/1403H, hlm.327.
4

Al-Buhuti, Mansur Bin Yunus. (2000). Syarh muntaha al-Iradat. Kaherah: Muassasah al-Risalah

Nasyirun
5

Ibn Abidin, Muhammad Amin. (1995). Hasyiah Rad al-Mukhtar. Beirut: Dar al-Fikr.

Persamaan dan Perbezaan Takrifan Harta Menurut Fuqaha Mazhab

1. Apa-apa sahaja yang menjurus kecenderungan manusia secara semulajadi dan boleh
disimpan serta boleh digunakan ketika waktu yang dihajatkan.
2. Boleh ditentukan jika manusia menggunakannya bagi tujuan menjana aktiviti ekonomi
3. Segala yang tidak boleh menjana aktiviti ekonomi adalah bukan mal walaupun tujuannya
adalah dibenarkan oleh Shariah.
4. Mesti dalam bentuk fizikal. Manfaat tak boleh dianggap sebagai mal.
Tulisan Ibnu Abidin ini telah mewujudkan dua pandangan terhadap takrifan mal. Pertama adalah
berdasarkan pandangan Ibnu Abidin ini sendiri. Sekiranya sesuatu itu tidak memenuhi salah satu
syarat di atas, maka ia tidak diiktiraf sebagai harta menurut perspektif Mazhab Hanafi. Keempatempat kriteria di atas dengan jelasnya telah membawa kepada satu kesimpulan bahawa sesuatu
itu boleh dikira sebagai harta jika ia mempunyai jisim. Ini kerana hanya sesuatu yang berjisim
sahaja boleh disimpan, dikawal dan dijaga. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa harta menurut
fuqaha mazhab Hanafi hanya terhad dan terbatas kepada harta-harta yang berbentuk fizikal
sahaja. Justeru, sesuatu yang tidak berjisim seperti manfaat tidak boleh dikelaskan di dalam
kategori al-mal6.
Manfaat tidak dianggap sebagai harta menurut pendapat Mazhab Hanafi kerana ia tidak boleh
disimpan, dipelihara serta tidak kekal. Ini disebabkan manfaat tidak mempunyai zat serta tidak
dapat ditanggapi oleh penglihatan kasar manusia sepertimana harta fizikal atau ayn. Ini bertitik
tolak daripada sifat harta yang bertunjangkan kepada kewujudan harta tersebut, sekiranya sesuatu
itu tidak wujud pada zahirnya seperti manfaat, maka ia tidak menepati kriteria untuk dinamakan
sebagai harta7. Selain itu, kewujudan manfaat adalah disebabkan wujudnya harta. Nilainya juga
bersandarkan kepada harta fizikal itu sendiri berbanding dengan nilai harta fizikal yang terletak
pada zatnya sendiri berbeza dengan manfaat yang mana nilainya bergantung kepada zat aynnya.

Mohd Asyadi Redzuan & Mohd Zaki Razaly, Mal Mutaqawwim Menurut Pandangan Islam dan
Implikasinya dalam Kehidupan Manusia, International Conference on Islamic Economy and Business, 29 June1July.
7
Ala al-Din al-Bukhari. (1997). Kasyf al-asrar. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah

Persamaan dan Perbezaan Takrifan Harta Menurut Fuqaha Mazhab

Jika dilihat dari sudut yang berbeza, takrifan di atas yang diberikan oleh fuqaha mazhab Hanafi
tidak menetapkan keizinan syarak sebagai asas pertimbangan dan piawaian dalam
mengkategorikan sesuatu itu sebagai harta atau pun sebaliknya. Oleh itu, tidak ada halangan
menurut mereka bagi sesuatu yang telah jelas pengharamannya seperti khamar (arak) dan khinzir
untuk dianggap sebagai harta. Walaubagaimanapun, harta itu hanya boleh dimiliki oleh ahl
zimmi (orang kafir yang tinggal di dalam Negara Islam dan mematuhi peraturan dan undangundang Islam) sahaja tetapi tidak bagi orang Islam.
Pendapat kedua didokong oleh majoriti fuqaha yang menegaskan mal merujuk kepada sesuatu
yang bernilai, boleh diambil manfaat dan ianya terdiri daripada ayn dan manfaat 8. Ini jelas dapat
dilihat daripada takrifan yang dikemukakan oleh Imam as-Syatibi dan Imam Syafie 9. Kewujudan
sifat harta pada manfaat ini dapat dilihat melalui pandangan dan hujah Imam Syafie :
1. Kewujudan maslahah disebabkan manfaat bukannya zat harta atau ayn. Pada hakikatnya,
harta benda atau ayn diciptakan untuk kemaslahatan manusia. Maslahah hanya akan
dapat direalisasikan sekiranya ayn tersebut mempunyai manfaat. Ini kerana maslahah itu
wujud disebabkan manfaat yang ada pada harta tersebut bukannya zat harta tersebut.
2. Dari segi uruf, transaksi di kalangan manusia bersendikan kepada zat dan manfaat. Ini
dapat dilihat di pasar apabila ada peniaga yang menjual barang dan ada pula yang
membeli untuk menyewakan kepada orang lain.
3. Syarak memperakui manfaat sebagai harta yang tersendiri. Ini dapat dilihat dalam banyak
kes-kes membabitkan harta seperti sulh terhadap mahar serta wajib menggantikan barang
yang telah rosak atau hilang.
Pengertian manfaat menurut para fuqaha merujuk kepada faedah atau kegunaan yang terhasil
daripada sesuatu benda atau barang seperti rumah yang boleh didiami atau kenderaan yang boleh
8

Al-Buhuti, Mansur Bin Yunus. (2000). Syarh muntaha al-Iradat. Kaherah: Muassasah al-Risalah

Nasyirun
9

Ala al-Din al-Bukhari. (1997). Kasyf al-asrar. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah

Persamaan dan Perbezaan Takrifan Harta Menurut Fuqaha Mazhab

dinaiki. Justeru, manfaat menepati dan memenuhi karakteristik untuk diklasifikasikan sebagai
harta kerana ia mendatangkan maslahah serta kemudahan di dalam kehidupan manusia. Malah,
manfaat merupakan objektif utama dalam suatu aktiviti ekonomi kerana harta-harta fizikal yang
diperdagangkan di pasaran adalah bertujuan untuk mengambil serta menikmati manfaat yang
terhasil daripada penggunaan harta-harta tersebut.
Selain daripada konsep mal yang lebih luas, jumhur fuqaha mensyaratkan keizinan syarak
sebagai pertimbangan utama dalam menentukan status sesuatu yang dinilai itu sebagai mal atau
tidak. Oleh itu, pada pandangan jumhur fuqaha antaranya Imam Syafii, Ibnu al-Thauri dan Ibnu
Hazm, khamar dan khinzir tidak dianggap sebagai harta kerana ianya tidak dibenarkan oleh
syarak walaupun ianya dimiliki oleh golongan bukan Islam10.
Takrifan mal (harta)

Hanafi

Shafii

Maliki

Hanbali

Sesuatu yang mempunyai Setuju

Setuju

Setuju

Setuju

nilai
Apa-apa yang bermanfaat Setuju

Setuju

Setuju

Setuju

kepada manusia
Sesuatu
yang

Setuju

Setuju

Setuju

dimiliki.
Sesuatu yang berbentuk Setuju

Tidak setuju

Tidak setuju

Tidak setuju

fizikal atau berjirim


Sesuatu yang dibolehkan Tidak Setuju

Setuju

Setuju

Setuju

syarak
Sesuatu

Tidak

Tidak

Tidak

disimpan dan digunakan

dinyatakan

dinyatakan

dinyatakan

pada masa akan datang


Termasuk
hak
dan Tidak setuju

Setuju

Setuju

Setuju

yang

boleh Setuju

boleh Setuju

manfaat

10

Az-Zuhaily, Wahbah. (1985). Fiqh al-Islami wa Adillatuhu. Dimashq: Dar al-Fikr.

Persamaan dan Perbezaan Takrifan Harta Menurut Fuqaha Mazhab

Berdasarkan rajah di atas, dapat dilaht, terdapat persamaan pandangan mengenai takrifan harta
dalam perkara-perkara tertentu seperti mempunyai nilai, bermanfaat kepada manusia dan boleh
dimiliki. Perbezaan pandangan para fuqaha pula boleh dilihat berdasarkan beberapa segi seperti
sesuatu yang dibolehkan syarak dan harta dalam bentuk fizikal.
Bagi tujuan masa kini, terdapat beberapa takrifan yang masih relevan dan boleh diterima pakai.
Namun terdapat juga beberapa takrifan yang perlu dipertimbangkan berdasarkan keadaan
semasa. Tidak dapat dinafikan yang sesuatu harta perlu mempunyai nilai. Harta yang bernilai
juga disebut sebagai mal mutaqawwam. Status sesuatu harta amat penting dalam menentukan
kesahihan sesuatu urusan jual beli. Harta yang bernilai sah dilakukan semua jenis kontrak ke
atasnya seperti kontrak jual beli, sewa, hibah, pinjaman, wasiat, syarikat dan sebagainya. Dalam
konteks masa kini, harta itu perlu sesuatu yang mempunyai nilai kerana ianya penting bagi
urusan jual beli. Hanya harta yang bernilai sahaja yang akan dijual dan mahu dibeli oleh
manusia. Walaubagaimanapun, nilai pada harta ini sesuatu yang subjektif mengikut adat sesuatu
komuniti. Di Malaysia, lintah mungkin menjadi sesuatu yang bernilai kerana digunakan sebagai
salah satu alternatif perubatan. Namun hal yang berbeza berlaku di Negara lain.
Selain itu, harta yang mempunyai nilai juga penting dalam menentukan ganti rugi. Status harta
mutaqawwam memberikan hak kepada pemiliknya untuk membuat tuntutan ganti rugi terhadap
individu yang bertanggungjawab merosakkan atau menghilangkan harta tersebut. Sekiranya
seseorang itu merosakkan mal mutaqawwam milik orang lain, maka ia wajib menggantikan harta
tersebut dengan jenis harta tersebut atau nilainya.
Harta juga perlu sesuatu yang boleh dimiliki. Hal ini kerana, urusan jual beli atau yang lain
hanya boleh dilakukan terhadap harta yang dimiliki sahaja. Harta seperti sekawan burung yang
bertebangan dan ikan di lautan tidak boleh digunakan dalam mana-mana transaksi. Takrifan ini
dilihat masih relevan pada masa kini. Sebagai contoh, seseorang tidak boleh menjual rumah atau
kereta yang bukan miliknya. Jika masih berhutang dengan bank, dia hanya boleh menjual dengan
kebenaran bank dan akan mendapat hasil berdasarkan peratus pemilikan terhadap harta itu
sahaja. Selebihnya adalah kepunyaan bank itu sendiri.
6

Persamaan dan Perbezaan Takrifan Harta Menurut Fuqaha Mazhab

Takrifan fuqaha Mazhab Hanafi harta sebagai sesuatu yang berbentuk fizikal sahaja adalah
dilihat tidak begitu relevan pada masa kini. Hal ini kerana, harta juga boleh jadi sesuatu yang
bukan dalam bentuk fizikal seperti hak dan manfaat. Sebagai contoh, dalam situasi sekarang, hak
cipta juga dianggap sebagai harta. Walaupun ianya bukan dalam bentuk fizikal, namun ia
memenuhi ciri-ciri lain mengenai harta. Hak cipta boleh dikatakan sebagai hak eksklusif yang
dilindungi undang-undang terhadap karya-karya yang telah dihasilkan. Karya-karya yang
dihasilkan ini adalah sesuatu yang bernilai dan memberi manfaat samada kepada orang ramai
serta pencipta sendiri. Oleh itu, ia boleh dikategorikan sebagai harta. Maka hak-hak yang
berhubung juga boleh dianggap sebagai harta.
Fuqaha Mazhab Hanafi juga menyatakan yang harta itu adalah sesuatu yang boleh disimpan dan
digunakan pada masa akan datang. Takrifan ini boleh dikatakan tidak relevan lagi di masa kini.
Hal ini kerana harta seperi sayuran dan makanan basah tidak boleh disimpan lama namun ia
masih lagi bernilai dan boleh digunakan sebagai medium transaksi.
Sebagai kesimpulan, harta dalam konteks masa kini perlu diberikan takrifan secara meluas. Hal
ini kerana dengan kecanggihan serta kemajuan dunia, harta boleh jadi dalam pelbagai bentuk.
Takrifan yang diberikan oleh fuqaha terdahulu dikeluarkan berdasarkan zaman itu sendiri.
Namun begitu, terdapat beberapa definisi yang masih relevan dan boleh diterima pakai bagi
mentakrifkan harta.

Anda mungkin juga menyukai