Anda di halaman 1dari 15

WAKAF

PENGERTIAN WAKAF

BAHASA

Pengertian wakaf dari segi bahasa ialah tahan.

SYARAK

menahan sesuatu harta yg boleh digunakan tanpa susut fizikalnya dgn cara menyerahkan
hak miliknya kepada seorang penggunayg harus wujud.

HIKMAH WAKAF
1. Membuka ruang utk mendekatkan diri dgn Allah dgn cara mengalirkan harta di jalan
Allah.
2. Dapat menunaikan impian utk melihat kebajikannya sentiasa berterusan
walaupunselepas kematiannya.
3. Dapat memenuhi keperluan fakir miskin, anak-anak yatim dan ibnu sabil yg tidak
dapat mencari rezeki kerana keadaan tertentu.

RUKUN-RUKUN WAKAF
1. Pewakaf
2. Harta yg diwakafkan
3. Penerima wakaf
4. Akad wakaf
SYARAT-SYARAT PEWAKAF
1. Merupakan seorang yg merdeka, baligh dan berakal
2. Berkelayakan utk bersedekah

WAKAFAN PESAKIT YG NAZAK


Pesakit yg berada dlm keadaan nazak hanya dibenarkan mewakafkan tidak lebih drp
1/3 hartanya.Ini bertujuan memelihara kepentingan pewaris-pewarisnya.Sekiranya pesakit
ini mewakafkan 1/3 atau kurang, wakafan ini dibenarkan utk menerima ganjaran pahala
selepas kematiannya.

WAKAFAN ORANG KAFIR


Ulamak-ulamak mazhab Syafie berpendapat : Wakaf seorang kafir adalah sah
walaupunia disedekahkan utk masjid. Walaubagaimanapun ia bukan berniat taqarrub
sebagaimana iktikad kita. Golongan kafir termasuk dlm golongan yg layak bersedekah.

SYARAT-SYARAT HARTA YG DIWAKAFKAN


1. Harta yg diwakafkan mestilah berbentuk objek yg tertentu. Tidak sah hanya
mewakafkan manfaat sesuatu harta tanpa mewakafkan objeknya.
2. Harta yg diwakafkan hendaklah milik pewakaf dan boleh dipindah milikkan. Harta ini
hendaklah memberikan faedah atau manfaat.
3. Harta yg diwakafkan itu boleh digunakan selama-lamanya. Tidak sah mewakafkan
makanan atau yg seumpama jika manfaat daripadanya hanya akan didapati setelah
dimusnahkan harta tersebut.
4. Penggunaan harta wakaf tersebut mestilah diharuskan oleh syarak. Mewakafkan
harta yg hanya boleh digunakan utk perkara yg diharamkan seperti alat2 hiburan
atau sebagainya adalah tidak sah.
JENIS-JENIS WAKAF
1) Wakaf harta tidak alih

Adalah sah mewakafkanharta tidak alih sama ada dalam bentuk tanah, rumah,
premis perniagaan, perigi atau mata air walau bagaimana keadaan sekali pun tanah, rumah,
premis, perigi atau mata air tersebut. Selagimana ia boleh mendatangkan faedah sama ada
pada ketika itu juga atau kemudiannya.

2) Wakaf harta alih

Mewakafkan harta alih seperti haiwan, kenderaan, pakaian, peralatan perang, berus, bejana
dan buku yg bermanfaat adalah sah.

3) Wakaf Musya’

Musya’ ialah harta yg menjadi milik bersama dgn orang lain tanpa dapat dipisahkan
antara satu sama lain.

Harta Musya’ boleh diwakafkan sama ada ia berbentuk harta alih atau harta tidak
alih. Sama ada seorang sahaja yg mewakafkan bahagiannya ataupun sekumpulan yg
mewakafkan bahagian mereka. Ianya sama dan diharuskan oleh syarak.

SYARAT-SYARAT PENERIMA WAKAFAN


1. Penerima khusus sama ada seorang ataupun lebih
2. Penerima tidak khusus, contohnya mewakafkan kepada golongan tertentu seperti
golongan fakir
SYARAT-SYARAT PENERIMA KHUSUS
 Berkeupayaan memiliki harta ini ketika wakaf tersebut dilafazkan.
 Adalah tidak sah mewakafkan hartanya kepada anaknya sedangkan beliau tidak
mempunyai anak.
 Wakaf juga tidak sah kepada janin, orang yg telah mati, haiwan atau kepada
kediaman atau sebagainya yg dianggap tidak berkeupayaan utk memiliki harta wakaf
ketika itu.
 Tidak sah mewakafkan mushaf al-Quran atau buku2 ilmu Islam kepada orang yg
bukan Islam kerana mereka tidak diharuskan memilikinya.

SYARAT-SYARAT PENERIMA TIDAK KHUSUS


 Penerima yg tidak dikhususkan seperti golongan fakir, masjid, sekolah atau
sebagainya.
 Wakaf tersebut mestilah tidak bertujuan jahat atau berbentuk maksiatkerana ia
hanya membantu penerima melakukan dan mengekalkan maksiatnya.
 Tidak sah mewakafkan harta kepada rumah-rumah ibadat orang kafir seperti gereja
atau kuil.
 Tidak sah juga mewakafkan senjata utk pengacau-pengacau atau perompak-
perompak.
 Harus mewakafkan harta kepada fakir miskin, ulamak, qari-qari, pejuang-pejuang
Islam, hospital, atau mewakafkan harta kepada Kaabah, masjid, sekolah, kota,
hospital, atau mewakafkan harta utk mengkafankan jenazah.
ENAKMEN – ENAKMEN WAKAF BAGI NEGERI JOHOR

Fasal 89.Majlis menjadi pemegang amanah tunggal wakaf, nazr dan amanah.

Walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana
suratcara atau perisytiharan yang mewujudkan, mengawal, atau menyentuh perkara itu,
Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah yang tunggal –

(a) semua wakaf, sama ada wakaf am atau wakaf khas;

(b) semua nazr am; dan

(c) segala jenis amanah yang mewujudkan apa-apa amanah khairat bagi menyokong dan
memajukan agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak,

bagi apa-apa harta yang tersentuh oleh wakaf, nazr ‘am atau amanah itu dan terletak di
dalam Negeri Johor.

Fasal 90.Perletakan harta wakaf, nazr dan amanah pada Majlis.

(1) Semua harta yang tertakluk kepada seksyen 89 hendaklah tanpa apa-apa pindah hak,
serah hak atau pindah hakmilik, dan, dalam hal harta tak alih sebaik sahaja didaftarkan di
bawah undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah, terletak hak pada Majlis,
bagi maksud wakaf, nazr ‘am atau amanah yang menyentuh harta itu.

(2) Tiap-tiap hujjah dan wasiat hendaklah diperbuat di hadapan Nazir Wakaf Daerah, atau
disaksikan oleh dua orang yang berkelayakan mengikut hukum Syarak.

Fasal 91.Sekatan bagi pewujudan amanah khairat.

(1) Sama ada atau tidak dibuat secara wasiat atau alang semasa marad-al-maut, tiada wakaf
atau nazr yang dibuat selepas seksyen ini mula berkuat kuasa dan melibatkan lebih daripada
satu pertiga daripada harta orang yang membuatnya boleh menjadi sah berkenaan dengan
bahagian yang melebihi satu pertiga itu.

(2) Tiap-tiap wakaf khas atau nazr yang dibuat selepas seksyen ini mula berkuat kuasa
adalah batal dan tak sah melainkan jika –

(a) Duli Yang Maha Mulia Sultan, selepas berunding dengan Majlis, dengan nyata
memperkenankan dan mengesahkan wakaf khas atau nazr itu; dan
(b) wakaf khas atau nazr itu telah dibuat semasa pembuatnya sakit tenat dan kemudian
meninggal dunia akibat sakit itu dan telah dibuat secara bertulis melalui suratcara yang
disempurnakan olehnya dan disaksikan oleh dua orang saksi yang berkelayakan mengikut
Hukum Syarak.

(3) Seksyen ini tidaklah berkuat kuasa untuk menjadikan sah apa-apa wasiat, alang semasa
marad-al-maut atau nazr yang tak sah di bawah peruntukan-peruntukan Hukum Syarak.

(4) Apa-apa wakaf atau nazr yang sah menurut Enakmen terdahulu hendaklah terus sah bagi
maksud Enakmen ini.

Fasal 92.Pendapatan daripada wakaf dan nazr.

(1) Pendapatan yang diterima oleh Majlis daripada sesuatu wakaf khas hendaklah digunakan
olehnya mengikut peruntukan-peruntukan yang sah bagi wakaf khas itu.

(2) Pendapatan daripada tiap-tiap wakaf selain wakaf khas dan tiap-tiap nazr am hendaklah
dibayar kepada dan menjadi sebahagian daripada Baitulmal.

Fasal 93.Modal wakaf dan nazr.

(1) Tertakluk kepada subsekyen (2) dan (3), harta modal dan aset yang tersentuh oleh mana-
mana wakaf atau nazr ‘am yang sah tidak boleh menjadi sebahagian daripada Baitulmal,
tetapi hendaklah digunakan menurut wakaf atau nazr ‘am itu dan dipegang sebagai dana
yang berasingan.

(2) Jika, oleh sebab masa telah luput atau hal keadaan sudah berubah, tidak mungkin lagi
dapat dijalankan dengan berfaedah peruntukan-peruntukan tepat mana-mana wakaf atau
nazr ‘am, Majlis hendaklah menyediakan suatu skim bagi menggunakan harta dan aset yang
tersentuh olehnya mengikut cara yang sehampir mungkin sama dengan dikehendaki oleh
terma-terma wakaf atau nazr ‘am itu, dan hendaklah menggunakan harta dan aset itu
dengan sewajarnya.

(3) Walau apa pun subseksyen (2), Majlis boleh mengarahkan supaya harta dan aset yang
disebut dalam subseksyen (2) itu ditambahkan kepada dan menjadi sebahagian daripada
Baitulmal.

(4) Jika terma-terma mana-mana wakaf atau nazr ‘am tidak menyatakan cara penggunaan
harta modal dan aset yang tersentuh olehnya, atau tidak pasti daripada terma-terma itu
bagaimana harta modal atau aset itu patut digunakan, Majlis boleh mengarahkan supaya
harta modal dan aset itu ditambahkan kepada dan menjadi sebahagian daripada Baitulmal.
(5) Segala suratcara yang mewujudkan, yang menjadi keterangan, atau yang menyentuh
mana-mana wakaf atau nazr ‘am, beserta dengan mana-mana dokumen hakmilik atau
cagaran lain yang berhubungan dengannya, hendaklah dipegang dan disimpan oleh Majlis

Fasal 94.Pengertian suratcara tentang wakaf atau nazr.

Jika, pada pendapat Majlis makna atau natijah mana-mana suratcara atau akuan yang
mewujudkan atau menyentuh mana-mana wakaf atau nazr adalah kabur atau tidak pasti,
Majlis bolehlah merujukkan perkara itu kepada Mahkamah bagi mendapatkan pendapatnya
tentang makna dan natijah suratcara atau akuan itu, dan hendaklah bertindak menurut apa-
apa pendapat yang diberikan sedemikian oleh Mahkamah itu

Fasal 95. Penyiaran senarai harta wakaf, nazr dan amanah

(1) Dengan seberapa segera yang mungkin selepas 31 haribulan Disember tiap-tiap tahun,
Majlis hendaklah menyediakan, mengeluarkan dan menyiarkan dalam Warta satu senarai
semua harta, pelaburan dan aset yang terletak hak pada Majlis, dengan tertakluk kepada
mana-mana wakaf, nazr atau amanah dan yang tidak menjadi sebahagian daripada
Baitulmal.

(2) Semua hujah-hujah, wasiat dan harta yang diwakafkan hendaklah didaftarkan di dalam
daftar yang diselenggara oleh Majlis
FATWA PENGAMBILAN TANAH WAKAF OLEH PIHAK BERKUASANEG
ERI

Keputusan Lujnah Fatwa Negeri Johor

Di negeri Johor, (Rujukan Fail (2) dlm. JMJ606/ WAKAF (W)-2/2004) tidak terdapat banyak tanah wakaf yang
terlibat dengan pengambilan oleh PBN. Terdapat satu kes permohonanpengambilan balik tanah (PBT) oleh
Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru bagi tapak tanah wakaf masjid Taman Munsyi Ibrahim Lot PTD 84437
seluas 4.4923 ekar bagi menggantikan tapak masjid Taman Bukit Mewah Lot PTD 39931 seluas 14.776
meter persegi di Mukim TebrauJohor Bahru. Lujnah Fatwa yang telah bersidang pada 16 Januari 2004, telah
membuat keputusanbahawa:
 Istibd al Syarie adalah diharuskan sama ada dengan tukaran, belian atau jualan yang tidak
mengurangkan keluasan tapak asal.Keharusan ini adalah secara
bersyarat: Majlis Bandaraya Johor Bahru hendaklah terlebih dahulu membayar nilaian baki
keluasan iaitu 0.84 ekar kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan nilaian semasa,
atau; Majlis Bandaraya Johor Bahru hendaklah terlebih dahulu menggantikandengan tapak
lain di kawasan lain yang memerlukan tapak masjid daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru atau
memohon daripada pihak kerajaan
NEGERI JOHOR MELUASKAN PEMAKAIAN DAN PERKEMBANGAN
PRINSIP WAKAF

prinsip wakaf telah pun digunakan dalam perniagaan misalannya ialah apa yang dipanggil
“wakaf korporat” seperti yang dilakulan oleh JCorp dengan kerjasama Majlis Agama Islam
Johor dengan penubuhan Waqaf An Nur Corporation Berhad (WANCorp) dalam tahun 2005.
Penubuhannya dilakukan dengan mengmbil kira peruntukan undang-undang yang ada
sekarang. JCorp menubuhkan WANCorp sebagai sebuah syarikat awam dengan jaminan
JCorp. Keahlian turut dibuka kepada orang awam. Orang awam menjadi ahli di bawah
peruntukan M&A Syarikat dengan mewakafkan yuran (fee) keahlian mereka. Setiap ahli
membayar fee masuk menjadi Ahli Biasa (RM50) dan fee tahunan RM50 setahun yang
mereka wakafkan kepada WANCorp. Mereka tidak mendapat apa-apa dividen. Syarikat milik
JCorp seperti Kulim dan KPJ yang sebahagian sahamnya diwakafkan oleh JCorp berhak
menjadi Ahli Zahab (Emas) dengan yuran keahlian minima RM100,000 yang memberikan
mereka kelebihan undi dengan tujuan untuk menentukan kuasa undi majoriti sentiasa
dipegang oleh JCorp sebagai pengasas WANCorp. Pada bulan Februari, 2013 terdapat 1,794
orang ahli WANCorp. Pada 3 Ogos 2006 sebagai langkah permulaan, JCorp mewakafkan
saham-saham tersenarai dan tidak disenarai miliknya bernilai RM200 juta (@ nilai aset
bersih) yang didaftarkan atas nama WANCorp dengan persetujuan MAINJ. Pada 2007,
JCorptelah menambah wakafnya sebanyak RM50 juta lagi menjadikan jumlah saham wakaf
RM250 juta kesemuanya. JCorp dan WANCorp mengikat Perjanjian Persefahaman bersama
Majlis Agama Islam Negeri Johor di mana Majlis bersetuju mengiktiraf WANCorp sebagai
pemegang amanah wakaf ke atas saham-saham dan wang tunai. WANCorp juga diberi kuasa
sebagai “Nazir Khas” atau mutawalli ke atas semua aset (iaitu saham) yang JCorp.
Pada akhir 2012, nilai aset wakaf (atas kadar harga pasaran saham) meningkat kepada RM
575.9 juta, iaitu lebih dua kali ganda. Selaku Waqaf Korporat, WANCorp dibenar melabur
semula 70 peratus keuntungan dividen yang diperolehi olehnya. Sejumlah 30 peratus
digunakan untuk program kebajikan membantu golongan miskin dan fi sabilillah. Antara
usaha paling berkesan ialah menjayakan rangkaian Klinik Waqaf An Nur untuk pesakit miskin
semua kaum dan keturunan yang mengenakan bayaran hanya RM5 setiap rawatan.
Dalam tempoh 5 hingga 6 tahun sahaja usaha itu telah mencapai kejayaan yang sangat
membanggakan. Tidak syak lagi bahawa ia adalah satu inovasi yang amat berjaya dan patut
diteladani. Untuk menggalakkan perkembangannya, penubuhan wakaf korporat seperti itu
hendaklah boleh dilakukan dengan cara yang lebih mudah, terus, autonomi dan tanpa
sebarang keraguan, sekatan atau kekangan di sisi undang-undang. Untuk itu, adalah perlu
bagi kita untuk melihat undang-undang yang ada sekarang dan memperbaikinya, jika perlu.
AKTIVITI PEMBANGUNAN HARTA WAKAF

Anda mungkin juga menyukai