BAITULMAL
BPMS 2083
BAB 1
ASAS FIQH ISLAM BERHUBUNG
WAKAF
DEFINISI WAKAF
Menurut bahasa perkataan wakaf seerti
dengan tahbis ( ( yang bererti
menahan.
Maksudnya menahan harta dari jualbeli
atau digunakan sehingga habis.
Menurut syarak pula ialah menahan
sesuatu harta yang boleh digunakan
tanpa susut fizikalnya dengan cara
menyerahkan hak miliknya kepada
seseorang pengguna yang harus dan
wujud.
HUKUM DAN SYARIAT WAKAF
Hukum wakaf adalah sunat berdasarkan al-Quran
dan al-Hadith berikut:
Kamu tidak sekali-kali akan mencapai kebaikan sehingga
kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.
Dan sesuatu yang kamu dermakan sesungguhnya Allah
s.w.t. mengetahuinya. (al-Imran: 92)
maksiat.
SYARAT-SYARAT WAKAF
Hujjah Wakaf (Surat Sighah Wakaf)
Lafaz orang yang boleh bercakap dan tulisan bagi orang
yang bisu yang jelas membawa maksud wakaf.
Hendaklah lafaz tersebut tiada batasan masa.
Dinyatakan siapa penerima wakaf (al-Mawquf Alaih)
tersebut.
Tiada sebarang syarat tambahan. Wakaf telah
menjadikan harta tersebut sebagai harta milik serta
merta, tidak sah mengaitkannya dengan apa-apa syarat.
Tidak terdapat syarat khiyar ke atas harta yang hendak
diwakafkan itu
JENIS WAKAF
Wakaf Khairi
Bererti wakaf kebajikan iaitu mewakafkan harta
sejak permulaan semata-mata untuk tujuan
kebaikan.
Disebut juga wakaf am iaitu mewakafkan sesuatu
harta untuk kepentingan orang ramai.
Wakaf ini banyak dilakukan di mana-mana
sehingga di sesetengah negara Islam dibentuk
satu jawatan khas yang menguruskan wakaf,
bahkan ada kementerian yang dikhususkan
dengan wakaf.
Wakaf Dhurri
Bererti wakaf ahli iaitu harta yang diwakafkan
pada permulaannya untuk keturunan pewakaf
sendiri atau individu tertentu, kemudian untuk
orang-orang fakir miskin.
JENIS HARTA WAKAF
Harta Aqar
Adalah sah bahkan menjadi kelaziman mewakafkan harta
tak alih sama ada dalam bentuk tanah, rumah, kedai,
perigi atau mata air, selagimana ia boleh mendatangkan
faedah sama ada pada ketika itu atau kemudiannya.
Harta Manqul
Mewakafkan harta alih seperti haiwan, kenderaan,
kelengkapan perang, pakaian, berus, bejana dan buku-
buku yang bermanfaat adalah sah.
Harta Musya
Merupakan harta milik bersama dengan orang lain tanpa
dapat dipisahkan antara satu sama lain.
Ia boleh diwakafkan sama ada ia berbentuk harta alih
atau harta tak alih. Begitu juga, sama ada seorang sahaja
yang mewakafkan bahagiannya ataupun sekumpulan
yang mewakafkannya. Ia diharuskan oleh syarak.
TERJADINYA WAKAF
Wakaf adalah sah dan berlaku apabila
adanya salah satu dari dua perkara ini:
Perbuatan yang membawa maksud wakaf
Contoh, seorang bina masjid lalu
mengumandangkan
azan untuk solat di dalamnya.
Ucapan sama ada sarih atau kinayah
Ucapan sarih adalah seperti Aku wakafkan benda
ini
Ucapan kinayah adalah seperti Aku sedekahkan