Anda di halaman 1dari 24

1.

1 PENGENALAN

Aspek pengurusan adalah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dari manusia dalam
dunia yang serba moden ini. Ini bermakna pengurusan adalah satu proses sosial selaras
dengan perkembangan manusia dan komuniti di sekitarnya. Dalam hal ini pengurusan
dikaitkan dari pengurusan sebuah keluarga, komuniti atau organisasi hinggalah kepada
pengurusan sebuah negara. Pengurusan sering dikaitkan dengan pentadbiran dan apabila
memperkatakan tentang konsep pengurusan pasti mencakupi tiga elemen utama iaitu
pengurus, organisasi dan tatacara atau garis panduan pengurusan. Ketiga-tiga elemen ini
bergantung antara satu sama lain dan mempunyai hubungkait yang seimbang. Pengurusan
dikendalikan oleh pengurus yang adakalanya bertindak sebagai ‘master-mind’ dan pada satu
keadaan yang lain pengurus juga bertindak sebagai pelaksana.

Sebagai ‘master-mind’, pengurus bertindak memimpin kelompok subordinat yang bertindak


menterjemah segala visi, misi dan objektif dalam bentuk pelaksanaan yang akan dijalankan
mengikut jadual perancangan yang digariskan. Sehubungan itu, usaha untuk mengarah dan
memantau perkembangan proses perlaksanaan dikendalikan oleh pengurus dengan
pendekatan yang subjektif berdasarkan gaya kepimpinan dan kemampuan memanipulasikan
kebolehan berkomunikasi yang unik dan tersendiri.

Sebagai pelaksana pula, pengurus bertindak membimbing dan pada masa yang sama
bergerak seiring bersama subordinat untuk melaksanakan visi, misi dan objektif yang telah
ditetapkan.Sama ada sebagai ‘master-mind’ mahupun pelaksana pengurus harus bertindak
berdasarkan tatacara dan garis panduan yang ditetapkan. Garis panduan atau tatacara
berkenaan sama ada berasaskan contoh dan garis panduan dari organisasi lain, mahupun
idea pengurus itu sendiri, ataupun ia digubal dengan persetujuan kolektif antara pengurus
dan subordinat.

Selain itu, pengurus biasanya mempunyai kuasa bagi membolehkannya melaksanakan


tanggungjawabnya mengemudi organisasi di samping menjalankan fungsinya mengetuai
subordinatnya. Kuasa diperolehi sama ada sumber perundangan sepertimana yang
ditetapkan oleh perlembagaan yang digubal semasa organisasi ditubuhkan atau kuasa
diberikan dengan persetujuan kolektif semua ahli dalam organisasi tersebut. Kuasa yang ada
pada pengurus secara idealnya dibayangi oleh etika yang sekiranya dikendalikan dengan
baik dan menghormati ‘the spirit of ethic’ akan menjadikan pengurus dilihat mengemudi
organisasinya dengan adil, penuh hormat dan berwibawa.

2.1 DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN

Konsep-konsep pengurusan sebenarnya telah bermula sejak zaman purba lagi seperti zaman
Mesir kuno, Zaman Jahiliyyah dan sebagainya. Secara umumnya, konsep pengurusan yang
menjadi amalan organisasi pada masa kini boleh kita bahagikan kepada tiga kategori iaitu :

a. Konsep Pengurusan Islam


b. Konsep Pengurusan Barat
c. Konsep Pengurusan Jepun

2.1.1 Konsep Pengurusan Islam


Sebagaimana yang kita maklum, sistem pengurusan Islam adalah lengkap dan sistematik di
mana ia berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip pengurusannya jelas,
penyusunan dan perancangan pengurusan yang teratur, pengawasan yang meyeluruh dan
terperinci, dan motivasi yang mempunyai asas yang kukuh untuk mendapat keredhaan Allah
SWT dan tidak semata-mata kebendaan dan keduniaan sahaja

Definisi Pengurusan Islam


Di dalam pengurusan Islam , terdapat beberapa sarjana-sarjana Islam telah mengutarakan
definisi pengurusan. Di antaranya :

a) Ahmad Ibrahim Abu Sin


Pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran
kelompok seseorang menjadi pengurus.

b) Profesor Syed Othman Alhabshi


Pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber-sumber
kewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi
sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.

c) Muhammad A. Al-Buraey
Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai matlamat sebagai
makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.

Konsep Pengurusan Barat


Pengurusan Barat lahir kerana wujudnya falsafah ekonomi rasional yang mana ia
bergantung kepada kemampuan akal semata-mata. Di mana penekanan ia menjurus ke
arah memaksimumkan produktiviti, kualiti dan keuntungan.
Bagi menjelaskannya, kita akan meninjau pengurusan Barat dari aspek definisi, Sistem dan
ciri-ciri nya.

2.1.2 Definisi Pengurusan Barat


Di antara definisi-definisi pengurusan yang dihuraikan oleh sarjana-sarjana Barat ialah:

a) Hilgert dan Leonard


Pengurusan merupakan suatu proses di mana kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan
mengembeling sumber manusia serta membimbing dan memberi motivasi kepada usaha-
usaha mereka ke arah pencapaian objektif organisasi.

b) Boone dan Kurtz


Pengurusan ialah usaha-usaha pencapaian objektif organisasi melalui sumber manusia dan
sumber teknikal dengan cara yang paling efektif.

c) Gitman dan McDaniel


Pengurusan sebagai suatu proses mengkoordinasikan sumber manusia dengan sumber-
sumber lain dalam sesebuah organisasi bagi mencapai tujuan dan matlamat organisasi
tersebut.

d) Wagner dan Hollenback


Pengurusan ialah suatu proses perancangan, pelaksanaan, pengarahan dan kawalan
perlakuan organisasi

2.2.3 Konsep Pengurusan Jepun


Falsafah pengurusan Jepun adalah lebih mirip kepada golongan petani yang lebih
mementingkan kerjasama, kerja berpasukan, saling bergantung, bekerja kuat, bergantung
kepada musim, bertapak di sesuatu tempat, memerlukan perancangan rapi, suka meniru
dan membaiki ciptaan orang lain. Falsafah pengurusan Jepun di atas adalah untuk mencapai
kemajuan korporat yang abadi dan menjamin keamanan negara, masyarakat Jepun dan
dunia.

Konsep pengurusan Jepun mempunyai tiga ciri utama iaitu :-

a) Pengurusan berorientasikan manusia (people oriented management ) iaitu pekerjaan


adalah untuk seumur hidup pekerja di mana ganjaran dan penghargaan diberikan kepada
mereka yang paling lama berkhidmat.

b) Keharmonian, penyesuaian dan membuat keputusan di mana pihak pengurusan


mengutamakan keharmonian dengan pekerja dan sentaisa meningkatkan kerjasama.
Semangat pekerja sentiasa tinggi kerana mereka terlibat dalam membuat keputusan.

c) Sikap terhadap pekerja yang mengutamakan dedikasi, kualiti, displin, inovatif, ketaatan
dan etika.

‘Mahir’ bererti terlatih untuk mengerjakan sesuatu manakala ‘Kemahiran’ membawa makna
kecekapan atau kepandaian. Pengurusan yang diambil daripada perkataan “urus” bermakna
menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan atau menyususn (kamus Dewan, 2005).
Secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses
kerja yang terancang melalui dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur dan
mempunyai garis panduan tertentu.

Kata kerja mengurus (management) pula berasal dari bahasa Itali ‘maneggiare’ iaitu
‘menangani’ dan kata nama ini diterbitkan daripada perkataan Latin – ‘manus’ (tangan).
Perkataan bahasa Perancis ‘mesnagement’ telah banyak mempengaruhi perkembangan
maksud perkataan Bahasa Inggeris ‘management’ pada abad-abad ke 17 dan
18.Sehubungan itu, merujuk kepada Ensiklopedia Bebas Wikipedia, ‘pengurusan terdiri
daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau
lebih orang atau entiti untuk tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan
tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia seringnya merangkumi sumber – sumber
manusia, kewangan, teknologi serta juga sumber semula jadi. Pengurusan juga boleh
merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan’.

Mary Parker Follet (1868 -1933) menyatakan bahawa pengurusan ‘adalah sebagai seni
untuk mencapai sesuatu melalui orang lain’.Free-Content Encyclopedia Wikipedia
menyatakan pengurusan boleh ditakrifkan berdasarkan fungsinya sebagai ‘tindakan untuk
mengukur sesuatu kuantiti pada tempoh-tempoh yang tetap dan berdasarkan kepentingan,
mengubahsuai rancangan asal ataupun tindakan untuk mencapai maklumat yang dirancang’.

Selain itu, James A.F Stoner & Charles Wienkel menyatakan bahawa ‘pengurusan adalah
proses merancang, mengorganisasi , memimpin dan mengawal daya usaha anggota
organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat
organisasi yang ditetapkan’.Wan Azmi Ramli merumuskan pengurusan adalah aktiviti
perancangan dan pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi
berhubung dengan segala kaedah-kaedah, peraturan-peraturannya, juga tanggungjawab
dan tugas-tugas kakitangannya itu.

Menurut Edward (1996), Pengurus adalah orang yang melaksanakan tugas melalui orang
lain. Dengan definisinya pengurus sebagai orang yang tahu apa yang dkehendaki dan tahu
penyebab yang membolehkan ia berlaku, pengurus juga adalah orang yang
bertanggungjawab mengawal sumber dan memastikan kegunaannya untuk kebaikan
subordinatnya. Selain itu seorang pengurus turut berfungsi untuk meningkatkan
keberkesanan kerja yang sudah dilaksanakan dan mencari cara bagi pembaikan secara
berterusan selain bertanggungjawab pada prestasi unit yang diuruskan serta mewujudkan
suasana yang sesuai yang membolehkan individu melaksanakan tugas dengan cemerlang

Oleh itu, pengurusan adalah kerja yang dilakukan bagi mencapai objektif melalui individu. Ia
bermaksud pengurus bertanggungjawab ke atas kerja orang lain. Bush dan West- Burnham
(1994) mendefinisikan prinsip pengurusan dengan meliputi aktiviti merancang, mengambil
sumber, mengawal, menyusun, memimpin dan menilai.

Secara ringkasnya ia melibatkanKepimpinan yang merangkumi nilai, visi dan misi. Dari aspek
pengurusan ia mencakupi aspekmerancang, mengorganisasi, melaksanakan dan mengatur
kedudukan manakala dalam aspek Pentadbiran ia melibatkanperincian operasi.

3.1SEJARAH AWAL PENGURUSAN


3.2Robert Owen ( 1771-1858)

Pada awal tahun 1800an sebagai pengurus Fabrik Pemintalan Kapas di New Lanaark,
Skotlandia, Robert Owen mencurahkan perhatiannya pada penggunaan faktor produk mesin
dan faktor produk tenaga kerja. Hasil daripada pengamatan dapat disimpulkan bahawa,
apabila mesin diberi penyelenggaraan yang baik akan memberi keuntungan kepada
perusahaan, begitu juga kepada tenaga kerja, apabila tenaga kerja dipelihara dan dijaga
seperti sentiasa memberi perhatian terhadap kebajikan pekerja oleh pemimpin perusahaan
akan memberi keuntungan terhadap perusahaan. Seterusnya dikatakan bahawa kuantiti dan
kualiti hasil pekerjaan dipengaruhi oleh situasi ekstrem dari pekerjaan. Hasil penelitiannya,
Robert Owen dikenali sebagai Tunjang Pengurusan Personaliti.

3.3Charles Babbage (1792-1871)

Charles Babbage adalah seorang professor Matematik dari Inggeris yang menaruh perhatian
dan minat pada bidang pengurusan. Perhatiannya pada operasi-operasi fabrik yang dapat
dilakukan secara efesien. Dia percaya bahawa aplikasi prinsip-prinsip ilmiah pada proses
kerja akan menaikkan produktiviti dari tenaga kerja dan menurunkan biaya kerana
pekerjaan-pekerjaan dilakukan secara efektif dan efisen. Beliau menyarankan agar semua
pengurus bertukar-tukar pengalaman dan dalam penerapan prinsip-prnsip pengurusan.

Perhatiannya di-arahkan dalam hal pengagihan kerja (devision of labour) yang mempunyai
keunggulan iaitu:

i. Waktu yang diperlukan untuk belajar daripada pengalaman-pengalaman yang baru

ii. Berlaku pembaziran masa bila seseorang berpindah dari satu pekerjaan ke

pekerjaan yang lain dan pekerja tersebut terpaksa pula menyesuaikan diri dengan

situasi baru sehingga menghambat kemajuan dan ketrampilan pekerja untuk itu

diperlukan khususnya dalam pekerjaannya.

iii. Kecekapan dan keahlian pekerja kerana seorang pekerja bekerja secara terus

menerus dalam tugasnya.

iv. Terdapat tumpuan yang lebih terhadap pekerjaan dengan adanya pengkhususan

kerja.
Secara umumnya sejarah pengurusan bermula seiring dengan perkembangan manusia dari
sebuah keluarga yang besar dan membentuk sebuah perkampungan dan komuniti yang
melibatkan pengurusan kawasan setempat dan akhirnya pembentukan dan pengurusan
sebuah negara bangsa.Mana-mana tamadun yang wujud di dunia pasti dikaitkan dengan
sistem pentadbiran dan kaedah pemerintahan yang membolehkan ketua negara dan
dinastinya meneruskan kesinambungan sebuah tamadun hingga ke saat akhirnya. Dengan
adanya sistem pengurusan mereka mampu menguruskan perbendaharaan serta mengawal
hasil mahsul negara, mengekalkan keadilan dengan pengurusan sistem dan badan
kehakiman dan pengurusan ke atas upacara keagamaan atau adat istiadat rasmi di istana.

Seawal 8000 SM para paderi dari Ur telah menyimpan rekod aktiviti perniagaan, rekod lain
dan peraturan pengurusan di atas kepingan tanah liat yang dibakar. Tamadun Sumeria
mempunyai sistem demokrasi yang amat tersusun berdasarkan teks-teks yang ditemui di
Telloh (Lagash) dab Fara (Shurappak).

Sumber tenaga kerja didaftarkan dan kemudian dibahagi-bahagikan dalam pelbagai badan
awam. (Sivachandralingam & Ayadurai)

Raja Hammurabi dari Babylon pula memperkenalkan kod Hammurabbi yang


mengandungi 285 undang-undang yang turut merangkumi perkara-perkara yang berkaitan
dengan peraturan pengurusan, perdagangan dan kewangan.Di Mesir, dinasti yang
memerintah kerajaan Mesir Tua dengan diketuai oleh Fir’aun dan pembesar-pembesarnya
menyimpan rekod pengurusan pembinaan pyramid, sphinx dan pelbagai kompleks makam
mereka di atas daun papyrus yang telah diproses. Pembinaan piramid setinggi 20 hingga 25
tingkat dengan 2.5 juta blok batu ini memerlukan sistem pengurusan yang cekap dan
sistematik untuk menguruskan kira-kira 100 000 orang pekerja setiap masa.

Sistem pengurusan Negara kota dalam Tamadun Yunani pula mempamerkan sistem
pentadbiran Negara yang tersusun. Plato mengutarakan pendapatnya dalam bukunya ‘Law’,
bahawa setiap kota secara idealnya mempunyai 5040 orang. Athens yang merupakan salah
satu negara kota Yunani yang terkenal ditadbir berdasarkan sistem ala republik.
Pemerintahan Athens dikendalikan oleh 3 buah institusi iaitu Dewan Perhimpunan, Majlis,
Majistret & Juri. (Sivachandralingam & Ayadurai)
Maharaja Diolectian dari Rom (248M) telah menyusun semula pentadbiran Rom bagi
membolehkannya mengawal keseluruhan empayar Rom yang luas dan terbentang dari Asia
Barat hingga ke Eropah. Melalui kaedah pengurusannya, beliau membahagi-bahagikan
empayarnya kepada beberapa daerah dan diketuai oleh seorang gabenor. Gabenor ini
diberikan kuasa pemerintahan yang melibatkan hal-ehwal awam kecuali kuasa ketenteraan
dan model Diolectian ini mirip sistem organisasi dan kerajaan berpusat. (Jaafar, Mohd Hizam
& Zafir).

4.1TOKOH-TOKOH DALAM BIDANG PENGURUSAN

Tokoh-tokoh awal yang menyumbang idea tentang pengurusan dengan mengutarakan


pendapat yang menyatakan bahawa menjadi satu perkara yang umum bagi mana-mana
pemimpin pada zaman itu memimpin organisasi mereka secara autokratik. Misalnya Adam
Smith dalam bukunya ‘The Wealth of Nation (1776) memberikan sumbangan dan
pandangannya terhadap konsep pengurusan ekonomi dan sains politik. Charles Babbage
memperkenalkan prinsip pembahagian dan pengkhususan kerja melalui pengeluaran produk
melalui jabatan-jabatan yang dikhususkan dengan fungsi tertentu dan mengutarakan idea
penubuhan ‘line of production’ dengan penetapan fungsi kerja yang rutin.

Para pengkaji bidang pengurusan pasti biasa dengan seorang tokoh bernama Frederick
Taylor yang digelar bapa pengurusan saintifik. Antara karya Frederick Taylor mengenai
pengurusan yang terkenal adalah Shop Management (1912), Principles of
ScientificManagement dan pernah membentangkan testimoninya di hadapan Jawatankuasa
Dewan Khas pada tahun 1912 (Harold Koontz & Heinz Weirich). Frederick Taylor
memperkenalkan sistem ganjaran bagi pekerja yang telah memenuhi piawaian yang telah
ditetapkan oleh organisasi masing-masing. Melalui konsep pengurusan yang diperkenalkan
oleh Frederick Taylor, pekerja yang tidak memenuhi piawaian dan sasaran yang ditetapkan
akan disingkirkan dari sistem kitaran kerja setelah berada dibawah pengawalan dalam
jangka masa tertentu . Frederick Taylor turut memperkenalkan sistem waktu rehat berjadual
bagi membantu mengurangkan kepenatan bekerja.
Henry Gantt pula membuat kajian ke atas teori yang diperkenalkan oleh Frederick Taylor
dan mendapati teori ini kurang memberikan penekanan terhadap aspek kemanusiaan. Henry
Gantt yang terkenal dengan sistem Carta Gantt memberikan penekanan terhadap perincian
dalam jadual tugasan dan amat relevan hingga kini bagi membolehkan pengurusan
menetapkan sasaran dan tarikh akhir (date-line) bagi setaip tugasan. Henry Gantt turut
memperkenalkan sistem bonus bagi pekerja yang melepasi sasaran tugasan yang ditetapkan
secara harian. Beliau turut menekankan kepentingan latihan dala memahirkan kakitangan
dalam menjalankan tugas.

Frank dan Lillian Gilbreths pula banyak memberikan sumbangan dalam kajian tentang
gerakan pengurusan saintifik. Melalui buku tulisan mereka bertajuk ‘The Psychology of
Management’ (1912), Lilian telah memberikan penekanan tentang aspek kebajikan pekerja
secara individu selain hasil hipotesis atas kajiannya tentang ‘kelesuan dan gerakan kerja’.
Frank memberikan tumpuan ke atas kajian yang menjurus kepada teknikl yang sesuai untuk
meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kelesuan dikalangan pekerja akibat tekanan
dan tempat kerja yang tidak kondusif.

Henry Fayol dianggap sebagai pemikir Teori Pengurusan Moden dan antara karya beliau
yang terkenal adalah ‘Administration Industrielle et Generale (1916). Beliau memberikan
penekanan kepada fungsi organisasi. Menurutnya fungsi organinasi ini haruslah mantap dan
berkemampuan untuk menggerakkan organisasi untuk mencapai objektif yang ditekankan.
Henry Fayol memperkenalkan 14 prinsip pengurusan yang wujud dalam sesebuah organisasi
iaitu autoriti dan kewibawaan, displin, penyelarasan arahan, seorang ketua bagi satu
organisasi, mementingkan kehendak masyarakat daripada kehendak individu, ganjaran
berbentuk gaji, pemusatan kerja atau kuasa, hierarki,kebolehan sesuai dengan tugas,
persamaan dan kestabilan kerja.

5.1 PERANAN UTAMA PENGURUS

Pengurus adalah individu yang terlibat dalam mengurus perancangan, mengorganisasi,


memimpin & mengawal semua aktiviti organisasi supaya segala matlamat yang ditetapkan
dicapai. Antara tanggunjawab pengurus ialah :

1. Menyelaras & mengawasi proses kerja dan mengembeling tenaga kerja dibawah
seliaannya
2. Menggunakan segala sumber yang ada dengan cekap & berkesan
3. Menetapkan keutamaan projek/aktiviti
4. Mewujudkan dasar/perundangan/peraturan
5. Mengimplimentasikan strategi

Mengikut Henry Minzberg (1973) terdapat tiga peranan utama pengurus yang saling
melengkapi di antara satu dengan lain. Ketiga-tiga peranan yang dimaksudkan adalah:

5.1.1 Peranan Interpersonal

Peranan ini melibatkan membangunkan, mengekalkan dan memastikan hubungan rapat di


kalangan anggota dalam organisasi. Peranan interpersonal termasuklah:

i. Simbol status- sebagai lambang kepada organisasi pengurus berperanan sebagi ketua
simbol, tonggak, status, melaksanakan tugas rutin selaras dengan kehendak undang-undag
dan keperluan sosial. Sebagai contoh, dalam organisasi sekolah, pengurus akan
menyampaikan ucapan dalam majlis tertentu, melayani pelanggan dan menandatangani
dokumen perundangan.

ii. Pemimpin- Pengurus bertanggungjawab untuk memotivasi, membimbing, mengarah,


menyediakan ganjaran dan mendisiplinkan pekerja.

iii. Penghubung- menghubungi pihak luar untuk memperoleh maklumat dan berperanan
untuk mengukuhkan jaringan organisasi dengan pelbagai pihak yang berkepentingan.
Sebagai contoh dalam organisasi sekolah, mengadakan perbincangan mengenai sesuatu
program antara sekolah dengan pihak Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) atau program
keselamatan pelajar antara sekolah dengan pihak jabatan polis.

5.1.2 Peranan sebagai Penyampai Maklumat

Antara tugas penyampai maklumat yang perlu dilakukan oleh pengurus adalah sebagai
pemantau yang melibatkan penapisan penghantaran dan penerimaan maklumat sama ada
dari luar dalam organisasi. Menghadiri konferen dan memastikan dasar-dasar kerajaan dapat
di laksanakan dengan betul.
Pengurus juga berfungsi sebagai penyebaruntuk menyampaikan maklumat
yang diterima dari luardan dalam kepada ahli dalaman organisasi. Sebagai contoh dalam
organisasi sekolah pengetua akan menyampaikan maklumat-maklumat yang didapati
daripada seminar atau mesyuarat. Kemampuan menyebarkan maklumat terkini
membolehkan sesebuah oraganisasi sentiasa kehadapan.

Pada masa yang sama pengurus juga turut berperanan sebagai jurucakap yang melibatkan
penyampaian maklumat kepada pihak luar bagi pihak organisasi berkaitan dengan
perancangan, polisi, tindakan dan hasil. Sebagai pengurus, ia bertindak sebagai pakar dalam
sesebuah organisasi yang diwakili sekaligus sebagai orang tengah yang memberikan
maklumat kepada pihak yang memerlukan.

5.1.3 Peranan membuat keputusan

Seseorang pengurus perlu berani, bersedia untuk membuat keputusan dan


bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah dibuat. Pada masa yang sama mereka
mesti bersedia menghadapi risiko akibat daripada keputusan yang telah dibuat. Walau
bagaimanapun, setiap keputusan dibuat secara kalkulatif kerana setiap keputusan yang
diambil melibatkan kos kewangan dan kos sosial. Antara peranan mereka berkaitan dengan
membuat keputusan ialah:

i. Usahawan

Antara peranan sebagai usahawan ialah mengenalpasti peluang yang boleh meningkatkan
prestasi organisasi. Peranan pengurus termasuklah mencadangkan produk atau
perkhidmatan baru yang akan memenuhi kehendak semasa pelanggan. Dalam konteks
organisasi sekolah, pengurus harus tahu bagaimana memasarkan sekolah agar menjadi satu
institusi yang digemari masyarakat.

ii. Penyelesai masalah

Peranan sebagai penyelesai masalah melibatkan usaha-usaha yang diambil oleh pengurus
untuk merapatkan jurang perbezaan yang terdapat sama ada di antara ahli, kumpulan atau
jabatan dalam organisasi dan juga masalah yang timbul semasa berhubungan dengan
organisasi lain. Pengurus yang berpengalaman akan cuba menyelesaikan masalah secara
bersendirian. Pengurus juga boleh melibatkan sumbangan idea daripada pekerja untuk
berkongsi masalah dengan pekerja. Di samping itu, pengurus juga bertindak sebagai
penyelesai masalah konflik yang berlaku di kalangan pekerja, konflik antara organisasi
dengan masyarakat.

iii. Pengagihan sumber

Pengurus berperanan unutk mengagihkan sumber tenaga, kewangan dan fizikal kepada
individu, kumpulan dan jabatan. Mereka akan membuat jumlah yang layak diterima oleh
setiap pihak. Misalnya dalam pengagihan sumber kewangan dalam organisasi sekolah,
pengurus perlu mengikut arahan yang telah ditetapkan dan bukannya sewenang-wenang
membuat keputusan sendiri. Ini dapat mengelakkan pekerja dapat menjalankan aktiviti yang
sepatutnya mengikut sumber yang wajar.

iv. Perunding

Pengurus juga sebagai perunding antara pihak organisasi dengan pihak luar. Mereka akan
mengadakan perbincangan mengenai hal-hal yang perlu agar dapat mencapai kata sepakat.

5.2 Tahap-Tahap Pengurusan

1. Pengurusan Atasan
Perancangan jangkapanjang, membuat dasar & analisa persekitaran & luaran (Pengurusan
Strategik)
2. Pengurusan Pertengahan
Penyelarasan & pengawalan kerja di peringkat bahagian/unit bagi mencapai matlamat di
atas.
3. Pengurusan Bawahan
Mengawasi kerja/operasi harian di unit masingmasingyang telah ditetapkan oleh pengurusan
pertengahan (perancangan operasi)

5.5 Peranan Pengurus Dalam Pembangunan Teknologi Yang Berkesan


Seiring dengan peredaran masa yang terus berkembang dengan kecanggihan teknologi
pada masa kini, maka tidak dinafikan pengurusan pada masa kini lebih mejurus kepada
penggunaan teknologi dalam pengurusan yang melibatkan hampir kesemua bidang. Justeru,
pengurus yang cekap seharusnya boleh memainkan peranan yang sewajarnya untuk
memastikan organisasi pimpinannya bergerak bersama dengan perkembangan
teknologi.Berikut merupakan antara peranan-peranan pengurus dalam membangunkan
organisasi bersama teknologi dengan berkesan.

i. Memahami Hubungan Antara Kegunaan Informasi dan Teknologi Dengan Pembentukan


Kerja

Aspek ini berkait rapat dengan cara pemprosesan data dan jaringan komunikasi. Pengurus
seharusnya tahu menggunakan audio, video dan persidangan komputer serta memahami
dan tahu menggunakan teknik-teknik terkini dalam aplikasi komputer. Selain itu, pengurus
juga perlu mengikuti perkembangan teknologi maklumat yang berlaku dengan pantas dan
memhami kesannya kepada pembentukan kerja dalam organisasi.

ii. Membangunkan Kemahiran Dalam Teknologi Perkomputeran dan Komunikasi Melalui


Jaringan.

Pengurus perlu bijak dalam menggunakan teknik-teknik dan teknologi – teknologi baru
dalam membangunkan organisasi. Perkara ini diperlukan untuk mengukuhkan dan
mengekalkan aliran maklumat dan informasi melalui operasi secara maya seperti
penggunaan e-mail, persidangan elektronik dan sebagainya. Kepakaran ini akan membantu
pengurus dalam mereka bentuk operasi, mengukur prestasi kerja dan mewujudkan
organisasi yang beroperasi secara maya sekaligus melibatkan bimbingan dan latihan kepada
pekerja yang terlibat dengan kerja maya.

iii. Peka Terhadap Perubahan Untuk Menggantikan Proses Kerja Manual Kepada

Organisasi Berteknologi Tinggi

Secara amnya, teknologi telah menyediakan reka bentuk kerja yang lebih lengkap dan
terperinci. Justeru, pengurus perlu menggunakan teknologi elektronik lebih daripada proses
kerja manual kerana dengan teknologi ia akan mempercepatkan lagi urusan pemprosesan
data dan ini secara tidak langsung membolehkan organsasi bertindak dengan lebih efisien.

iv. Memastikan dan Menggalakkan Inovasi Yang Kreatif

Sebagai seorang pengurus yang cekap, ia perlu mengeluarkan idea-idea yang kreatif dan
berinovasi untuk menjayakan organisasinya. Sebagai contoh menggunakan operasi maya
dalam perhubungan antara ahli dalam organisasi.

Secara ringkasnya, teknologi memainkan peranan yang penting dalam


pembentukan kerja dan teknologi juga berperanan menyokong aktiviti dan proses kerja
dalam organisasi. Oleh kerana perubahan dalam teknologi akan mempengaruhi
pembentukan kerja maka pengurus seharusnya mengambil kira perubahan tersebut kepada
pekerja yang terlibat dalam pembangunan teknologi dengan memastikan terdapatnya
keserasian dan keharmonian antara pekerja dengan teknologi yang diperkenalkan, sebagai
contoh tekanan yang mungkin dihadapi oleh pekerja kesan daripada pengenalan dan
penggunaan teknologi.

6.0 FUNGSI-FUNGSI PENGURUSAN


Jika kita perhatikan, pengurusan dilihat sebagai satu proses yang melibatkan fungsi
keempat-empat elemen tersebut. Fungsi-fungsi elemen inilah yang menentukan berjaya
atau tidak sesuatu organisasi ke arah mencapai matlamat organisasi.

6.1KEMAHIRAN MENGURUS

Cabaran pengurusan kini kerap memerlukan pengurus “menghasilkan lebih dengan sumber
yang semakin mengurang”. Semua orang mempunyai pengetahuan yang sama tetapi
mungkin berbeza keupayaan dari segi kemahiran. Mempunyai kemahiran yang tinggi dapat
memberikan kesan yang lebih produktif, bukan sahaja kemahiran tertumpu kepada
kemahiran pengurusan sumber tetapi seluruh organisasi tersebut.

Dalam perbincangan ini, fokus utama yang dibincangkan ialah Kemahiran Mengurus iaitu
bagaimana sesorang pengurus mahir mengendalikan sesuatu organisasi dengan cekap dan
berkesan. Sesuatu organisasi yang berprestasi tinggi semestinya mempunyai tunjang
pengurus yang mahir. Kemahiran mengurus membolehkan pekerja lebih kompetitif,
berpuashati, bersedia untuk meningkatkan pengeluaran dan keuntungan, membuktikan
komitmen yang tinggi serta lebih bersedia untuk menyumbangkan melangkaui sasaran,
spesifikasi dan deskripsi tugas yang telah ditetapkan.

Kemahiran mengurus juga meliputi kesedaran pengurus menyedari serta memahami potensi
dan kekuatan sedia ada pekerja yang boleh digunakan sepenuhnya untuk kebaikan
organisasi. Selain itu, kemahiran mengurus juga termasuklah mampu mengurus dan
membangunkan pekerja supaya prestasi pekerja terus kekal dan meningkat. Kemahiran
mengurus juga merujuk, bagaimana pengurus boleh memastikan setiap sumbangan
pekerja dari segi kualiti,keberkesanan kos, ketepatan masa dan produktiviti mampu
meningkatkan penambahan nilai kepada setiap aktiviti kos, ketepatan masa dan produktiviti
mampu memberikan penambahan nilai kepada setiap aktiviti, proses, dan produk yang
dikeluarkan oleh pekerja.

Oleh itu, kemahiran mengurus merupakan penggerak dan pemangkin kepada pembangunan
sesuatu organisasi. Untuk mengekalkan daya saing sesebuah organisasi tahap kemahiran
dalam pengurusan seharusnya sentiasa pada tahap yang tinggi.Jelas sekali kemahiran-
kemahiran yang pelbagai amat diperlukan oleh seseorang pengurus terutamanya pengurus
yang mengawasi pekerja-pekerja yang terdiri daripada pelbagai budaya yang menganggotai
sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, setiap pengurus samada organisasi satu budaya
atau pun organisasi pelbagai budaya perlulah mempunyai kemahiran-kemahiran
sebagaimana yang akan dibincangkan. Penyelesaian yang cepat dan sistematik terhadap
permasalahan yang timbul akibat kurangnya kemahiran yang dimiliki oleh seseorang
pengurus sepatutnya dititikberatkan oleh pihak pengurusan atasan organisasi demi
menjamin kemajuan, kejayaan yang cemerlang. Menjadi seorang pengurus, keperluan untuk
menyiapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan untuk menjamin kejayaan
organisasi.
Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan oleh pengurus dalam usaha melengkapkan
kemahiran dalam pengurusan. Antara panduan yang digunakan ialah melihat kepada
piramid kemahiran pengurusan (management skills pyramid). Merujuk kepada piramid
pengurusan kemahiran jelas sekali mempamerkan langkah-langkah untuk mencapai
kejayaan dalam mengurus organisasi.

Raj
ah1
:
Pira
mid
Ke
ma
hira
n
Pen
gur
usa
n

Untuk mencapai kejayaan terdapat banyak kemahiran yang perlu dikuasai oleh pengurus.
Ini disesuaikan dengan struktur piramid Kammy Hatnes yang mana menunjukkan
pengurusan yang agak sukar dilakukan dalam setiap peringkat piramid. Piramid tersebut
juga memaparkan bagaimana membina kemahiran pengurusan untuk membantu manusia
mencapai kecemerlangan dalam mana-mana organisasi.

Peringkat pertama merupakan asas dalam piramid kemahiran pengurusan kemahiran. Setiap
pengurus perlu menguasai bahagian ini yang terdiri daripada merancang, mengorganisasi
atau mengurus, mengarah dan mengawal.Peringkat kedua adalah bahagian yang membina
kemahiran yang perlu dikuasai oleh mana-mana pengurus dalam usaha meningkatkan
organisasi khususnya dalam pembangunan staf. Setiap bahagian saling berkait rapat ke arah
mencapai kejayaan. Bahagian ini terdiri daripada motivasi, latihan dan penglibatan pekerja
Seterusnya, apabila pengurus telah mahir dalam membangunkan kakitangannya, inilah
masanya untuk memberikan tumpuan kepada peringkat ketiga seperti yang ditunjukkan
dalam Piramid kemahiran Pengurusan. Pada peringkat ini pengurus berada dalam tahap
kemahiran yang menjurus kepada pembangunan kendiri iaitu pengurusan diri dan
pengurusan masa. Kedua-duanya diletakkan di tahap ini kerana kemahiran dalam kategori
ini sangat penting untuk mengukuhkan kemahiran yang lain. Peringkat kemuncak dalam
piramid ialah peringkat keempat, iaitu meletakkan Kepimpinan sebagai kemahiran
pengurusan yang akan mengalihkan pengurus sebagai pemimpin. Salah satu daripada faktor
kecemerlangan organisasi adalah bergantung kepada gaya kepimpinan yang diamalkan oleh
pengurus.

MenurutRobbins (2001), terdapat empat fungsi utama pengurusan yang harus


diamalkan dalam sesuatu organisasi iaitu merancang, mengorganisasi, mengarah dan
mengawal. Berkaitan dengan fungsi pengurusan, di sini terletaknya kemahiran seseorang
pengurus untuk menjadi pengurus yang cemerlang. Berikut dihuraikan gabungan
kemahiran sesorang pengurus untuk memperoleh prestasi tinggi dalam organisasi.

6.2Merancang

Merancang ialah satu proses yang berterusan dalam menentukan apa yang perlu dibuat
pada masa hadapan iaitu matlamat organisasi dimana ia perlu membuat persediaan in
advance laluan yang perlu diikuti. Ia melibatkan perkara-perkara kritikal seperti dasar
organisasi, objektif prosidur dan polisi.

Kepentingan merancang dalam organisasi ialah bagi mengenalpasti bagaimana organisasi


mendapatkan dan menggunakan sumber. Merancang juga membolehkan sesebuah
organisasi mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan dan mengawal aktiviti-aktiviti
pengurusan dengan berkesan.

Sekiranya ingin menjadikan sesebuah organisasi itu berkesan, pengurusan secara


keseluruhan keseluruhan perlulah dirancang dengan teliti. Merancang adalah aspek yang
leceh, berulang-ulang dan mengelirukan dalam kehidupan pengurusan (Blandford, 1997).
Jesteru, merancang melibatkan pembentukan strategi untuk mencapai matlamat. Organisasi
perlu menentukan cara yang paling sesuai bagi mencapai matlamat yang telah ditentukan.
Oleh itu, perancangan bermula dengan merancang matlamat diikuti dengan perancangan
operasional membuat belanjawan mengawal dan mengukur serta melaporkan, menganalisis
maklum balas. Dalam erti kata lain, aktiviti merancang mendefinisikan bahawa apa yang
ingin dicapai oleh organisasi dan bagaimana mencapai matlamat yang dirancang.
Kemahiran merancang dengan berkesan meliputi kemampuan mentafsir dan menjelaskan
objektif organisasi. Seterusnya menyusun dan pembahagian sumber untuk mencapai
objektif. Sehubungan dengan itu,perancangan harus diperhalusi dengan mengambil kira
situasi-situasi yang sentiasa berubah.

Dalam konteks pendidikan misalnya, guru yang mempunyai kemahiran merancang sebelum
melaksanakan pengajaran akan berupaya memilih bahan-bahan pengajaran yang sesuai,
memilih strategi dan kaedah mengajar serta dapat merancang aktiviti pengajaran yang
menjamin keberkesanan pengajaran tersebut dan seterusnya meningkatkan mutu
perkhidmatannya. Kemahiran merancang merupakan prasyarat untuk mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran.Kejayaan setiap aktiviti menentukan objektif pelajaran,
memilih isi pengajaran, memilih strategik dan kaedah pengajaran, merancang aktiviti
pengajaran pembelajaran, merancang aktiviti pengajaran-pembelajaran, memilih dan
menyediakan bahan-bahan pelajaran serta menyediakan dan menguruskan kemudahan-
kemudahan untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.

Penentuan objektif pelajaran haruslah berdasarkan kepada saranan pelajaran, pengetahuan


sedia ada murid dan kebolehan merekaObjektif pelajaran ini biasanya disediakan
berdasarkan prinsip bertingkah laku.Pemilihan isi pelajaran yang dipilih untuk disampaikan
hendaklah boleh membantu murid-murid mencapai objektif pelajaran mereka.Pemilihan
strategi dan kaedah mengajar pula berkait rapat dengan pencapaian objektif
pelajaran.Aktiviti merancang pengajaran juga meliputi usaha memilih dan menyediakan
bahan-bahan pelajaran untuk digunakan oleh guru atau murid-muridnya. Kerja merancang
pengajaran pula meliputi pengurusan kemudahan-kemudahan dalam bilik darjahpengajaran
efektif
Ciri-ciri kemahiran merancang dalam pengajaran ialah pengajaran efektif, isi pelajaran
dalam mengajar telah disusun, rancangan mengajar meliputi penggunaan pelbagai alat
bantu mengajar, pendekatan pengajaran berpusat , rancangan mengajar mempunyai
langkah-langkah mengajar yang lengkap dan strategi dan kaedah mengajar yang berkesan
Kemahiran merancang termasuklah merancang belanjawan yang terlibat dalam mencapai
sesuatu objektif. Belanjawan dalam sesuatu organisasi perlu di urus sebaik mungkin untuk
mengelakkan pembaziran berlaku. Seseorang pengurus dalam organisasi sekolah misalnya,
perlu melantik ahli jawatan khas untuk membincangkan khusus mengenai belanjawan
sekolah bagi keperluan untuk jangka masa tertentu. Perancangan yang rapi bermula dengan
mengadakan mesyuarat kewangan dalam kalangan ahli jawatankuasa yang di lantik. Akhir
sekali, setiap ahli yang terlibat akan menyediakan belanjawan untuk mendapatkan
belanjawan keseluruhan.

1.Perancangan matlamat
dan objektif asas

2.Perancangan operasional
Kajian semula atau

Perancangan operasi
matlamat dan

sudah dikaji semula

3. membuat belanjawan
objektif asas
perubahan

mula
Belanjawan sudah
Belanjawan sudah

mula

mula
Belanjawan sudah

dikaji semula
dikaji semula
dikaji semula

4. Mengawal dan mengukur


tindakan

5.Melaporkan analisis
maklum balas

Rajah 2: proses perancangan dan kawalan peringkat organisasi sektor awam


(sumber: Jones dan Pendlebury, 1996)

Proses merancang objektif jangka pendek dan jangka panjang haruslah mengambil take of
value semasa sebagai dasar untuk membuat perhitungan objektif yang ingin dicapai. Sebagi
contoh dalam organisasi sekolah, satu perancangan rapi dibuat dalam jangka masa tertentu
sebagai satu usaha memperkasakan bidang pendidikan amnya. Dalam Perancangan
Strategik tersebut, sekolah mengambil take of value keputusanatau pencapaian semasa
pelajar atau sekolah diletakkan sebagai asas untuk menentukan objektif. Key Performance
Indicator jugadinyatakan dalam perancangan untuk menentukan hasil yang dikehendaki.
(contoh perancangan strategik dan pelan taktikal dalam lampiran i)

6.3 Pengorganisasian

Pengorganisasian merupakan penentuan corak penstrukturan organisasi dan penentuan


tugas setiap individu dalam usaha untuk mencapai matlamat organisasi yang telah
ditetapkan. Dalam membuat pengorganisasian, pengurus perlu libatkan beberapa persoalan
seperti :

i) Apakah yang perlu dilakukan?

ii) Siapakah yang layak melakukannya?

ii)Bagaimanakah kerja-kerja perlu digabungkan?

iv) Bagaimanakah hendak melakukanya?

v) Siapakah yang patut melaporkan kepada siapa?

vi) Di peringkat manakah keputusan perlu dilakukan?

Elemen-elemen yang terlibat dalam menggerakkan organisasi dalam mencapai sesuatu


matlamat ialah manusia, struktur, teknologi dan persekitaran.

manusia

struktur organisasi teknologi


persekitaran

Rajah 3: (Elemen-Elemen Yang Menjadi Kunci Dalam Kelakuan Organisasi)

i) Manusia

Manusia membentuk sistem dalaman sosial mereka sendiri bagi sesebuah organisasi.
Mereka terdiri daripada individu-individu, sama ada kumpulan besar atau kumpulan kecil.
Kumpulan ini boleh dibentuk secara formal ataupun tidak formal. Kumpulan-kumpulan ini
adalah bersifat dinamik iaitu terdapat kumpulan baru dibentuk, kumpulan yang telah
berubah juga yang telah dibubarkan. Perubahan organisasi sentiasa berubah mengikut arus
zaman. Ini kerana manusia begitu kompleks. Kini manusia suka berfikir, beremosi, gigih dan
berpandangan jauh bekerja dalam organisasi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.
Jesteru, manusia merupakan asas dalam pembentukan organisasi.

ii) Struktur

Struktur adalah merupakan formal di kalangan individu di dalam organisasi. Sesebuah


organisasi mengagihkan tugas-tugas untuk menghasilkan aktiviti. Oleh itu, wujudlah hierarki
kakitangan yang terdiri daripada pengurus, ketua bahagian dan juga pekerja bagi
menyelaraskan kerja yang dilakukan. Dalam kalangan pekerja yang terdiri pelbagai tahap
kadangkala akan menimbulkan masalah bagi mewujudkan kerjasama, rundingan dan arah
bagi mempercepatkan aktiviti organisasi. Oleh itu pelbagai peraturan dan standard kerja
dibentuk untuk memudahkan aktiviti berjalan dengan lancar.

iii)Teknologi

Teknologi menyediakan sumber-sumber di mana manusia boleh melakukan tugas dengan


lebih berkesan. Segala kemahiran, alatan dan kemudahan dalam proses kerja adalah
teknologi yang berperanan penting dalam menjalankan aktiviti. Teknologi membolehkan
manusia menjalankan tugas dengan lebih mudah dan menjimatkan masa. Selain daripada
memudahkan kerja, teknologi turutmembantu dalam menjimatkan kos.

iv)Persekitaran
Sifat organisasi adalah beroperasi bersama-sama dengan persekitaran luaran. Walaupun
organisasi itu tunggal kerana setiap organisasi tidak wujud secara bersendirian. Ia adalah
sebahagian daripada sistem makro yang melibatkan banyak lagi elemen seperti undang-
undang dan peraturan, keluarga, persaingan, persatuan dan sebagainya. Kesemua elemen
tersebut saling mempengaruhi alam antara sama lain di dalam satu sistem yang kompleks
yang boleh menggugat perjalanan organisasi ataupun manusia. Sebagai contoh, sebuah
organisasi sekolah tidak akan terlepas dari dipengaruhi oleh persekitaran kerana terdapat
unsur-unsur luar yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang member kesan ke
atas suasana kerja dalam kebanyakan organisasi sekolah. Elemen-elemen luar harus dikaji
terutamanya jika melibatkan sikap dan kebolehan manusia di tempat kerja.

Dalam konteks pengurusan di sekolah, pengurus perlu menyusun organisasi sekolah


mengikut opsyen dan kebolehan setiap individu yang terlibat dalam usaha mencapai
perancangan yang telah dibuat. Kemahiran mengorganisasi mampu mengawal pertindihan
tugas dalam kalangan pekerja sekaligus meningkatkan kelicinan perjalanan kerja.

6.4 Mengarah

Mengarah melibatkan penentuan kaedah bagaimana hendak memastikan seseorang itu


melakukan sesuatu sebagaimana yang dikehendaki oleh pengurus. Kemahiran
memotivasikan seseorang dalam melakukan sesuatu tugas dan pada masa yang sama
meningkatkan komitmen mereka ke atas kerja yang dilakukan. Mengarah melibatkan
bagaimana seorang pengarah menyampaikan mesej dengan jelas kepada seluruh organisasi
seterusnya bagaimana menangani konflik dalam organisasi. Oleh itu, bagi menjayakan
sesuatu organisasi, pengurus perlu sentiasa berhubung dengan individu atau kumpulan
dalam organisasi.

Seorang pengurus perlu mahir mengenalpasti tahap di mana pekerja menghargai


kepentingan mencapai hasil melalui orang lain. Pengarah sentiasa memberi dorongan
kepada pekerja dan mengagihkan kerja secara adil serta sumber. Pemantauan sentiasa
dilakukan oleh pengurus untuk mengetahui sejauhmana pekerja menerima arahan yang
telah diberikan.
Dalam konteks organisasi sekolah, kemahiran mengarah membolehkan pekerja lebih jelas
dengan sesuatu kerja yang akan dilaksanakan. Walaubagaimanapun pengurus perlu berhati-
hati dalam proses memberi arahan kerana proses pengorganisasian telah dilakukan
mengikut bidang tugas masing-masing. Ini boleh mengelakkan kekeliruan pekerja berkaitan
dengan arah tuju kerja yang dilakukan.

6.5 Mengawal

Proses merancang, mengorganisasi dan mengarah antara elemen yang diperlukan dalam
mekanisme bagi memastikan pelaksanaannya sepertimana yang dikehendaki oleh
organisasi. Persoalan yang sering dipersoalkan ialah bagaimanakah hendak memastikan
aktiviti yang dilakukan selaras dengan perancangan yang telah dilakukan. Bagaimana
mengukur prestasi keberkesanan kerja dan apakah tindakan yang sesuai dilakukan
sekiranya sasaran yang telah ditetapkan tidak tercapai. Pihak pengurusan perlu memastikan
setiap elemen ditetapkan melalui pemantauan, perbandingan dan pembaikan.

Dalam hal ini, pengurus perlu sentiasa mengawal kerja pekerja secara berterusan dan
bersedia membetulkan kesilapan dengan segera jika berlaku. Kaedah ini akan mewujudkan
hubungan yang rapat antara pengurus dengan pekerja kerana mendapatkan maklum balas
sekaligus menyedarkan mereka terhadap kesilapan yang berlaku. Hal ini juga membentuk
sikap pekerja lebih bersedia untuk menerima tunjuk ajar atau teguran yang diberikan.
Kemahiran mengawal pekerja juga termasuk menyuntik kesedaran pekerja untuk menerima
teguran pengurus demi kebaikan bersama. Keadaan ini member peluang untuk merapatkan
hubungan antara pengurus dengan pekerja seterusnya mewujudkan persefahaman yang
tinggi kerana pengurus tidak akan membiarkan kesilapan yang dilakukan berterusan. Oleh
itu, rasa tidak puas hati dan hasad dengki akan dapat dihapuskan dengan kawalan yang
bijak daripada pengurus.

Kemahiran mengawal juga termasuklah pemilihan pekerja, pemeriksaan bahan, penilaian


prestasi pekerja dan penganalisaan kewangan. Dalam organisasi sekolah misalnya, secara
keseluruhannya pengurus perlu mengawal pembahagian tugas dalam kalangan guru-guru
dan kakitangan bukan mengajar, penyusunan tugas berdasarkan bidang, kawalan pelajar,
kawalan bahan dan aset sekolah dan semua yang berkaitan dengan sekolah. Fungsi
pengawalan ini adalah untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan tugas di peringkat
individu, kumpulan dan organisasi untuk mengelakkan daripada berlakunya percanggahan
dengan matlamat asal yang telah ditetapkan, berlakunnya konflik dan pertindihan tugas
yang boleh membazirkan sumber organisasi seperti masa, reputasi, manusia, peralatan dan
kewangan.

Para pengurus bertugas memimpin, mengurus dan mentadbir. Penting bagi pengurus
memastikansemua kerja terus berjalan, mengatasi masalah, memulakan aktiviti baru dan
menyatukan pasukan aktiviti secara bersama.

Anda mungkin juga menyukai