Anda di halaman 1dari 25

DEMOKRASI

YANG TERDAPAT
DI DUNIA MODEN
Pusat Pengajian Jarak Jauh
USM
2022
ABSTRAK

Esei ini bertujuan mengupas konsep-konsep demokrasi dengan

terperinci yang telah diaplikasikan dalam pemerintahan negara-negara yang

mengamalkan konsep demokrasi ini untuk mentadbir urus sesebuah kerajaan

di dunia moden. Penulisan ini dimulakan dengan penterjemahan asal usul

perkataan “demokrasi” yang didefinisikan mengikut kisah sejarah yang

tersendiri. Seterusnya, menerangkan dengan lebih jelas berkaitan jenis-jenis

serta konsep demokrasi yang diamalkan untuk mentadbir urus sistem

pemerintahaan kerajaan dalam negara tersebut khususnya tanah air Malaysia.

Malaysia secara umumnya telah mengamalkan sistem demokrasi berparlimen

dan Raja Perlembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Lain-

lain pendapat mengenai demokrasi turut dibincangkan dalam penulisan ini.

Beberapa insiden demokrasi di lapangan melibatkan pandangan serta suara

rakyat turut disertakan dalam penulisan ini bagi memberikan gambaran

sebenar bahawa wujudnya rakyat yang menuntut hak-hak kepada pemerintah.

Contoh yang dapat dinyatakan adalah seperti demontrasi BERSIH secara

besar-besaran telah berlaku pada tahun 2016. Secara umumnya, pemilihan

tajuk demokrasi ini sedikit sebanyak mengupas kelebihan serta kelemahan

sistem pentadbiran ini untuk dijadikan asas dalam mewujudkan sesebuah

organisasi tertentu.

i
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim..
Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat

yang Maha Esa kerana dengan izin kurnia-Nya dapat kami menyempurnakan

tugasan bagi kod subjek Pengantar Sains Politik (JKP 101) ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini, pertama sekali, kami ingin

mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta kami,

Dr. Faridah Binti Jaafar kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan

daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan

suksesnya.

Selain itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak

terhingga kepada ibu bapa dan keluarga kami kerana telah banyak memberi

dorongan dan kata-kata semangat kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini.

Keikhlasan mereka memberikan bantuan sama ada dari segi masa, tenaga dan

kewangan amat kami hargai. Biar jasa jadi kenangan.

Seterusnya, rakan-rakan seperjuangan kami juga kerana telah banyak

menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha

menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Pengalaman dan pengetahuan

yang saya perolehi amat bermakna.

Akhir madah, ucapan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan ini, kami

ucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi penghargaan kepada mereka

yang terlibat dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.

Ahli Kumpulan KL Roger Team


PPPJJ, USM
ii
2022

ii
i
SENARAI KANDUNGAN

Kandungan Halaman

ABSTRAK i

PENGHARGAAN ii

SENARAI KANDUNGAN iii

SENARAI SINGKATAN iv

PENGENALAN 1-3

MAKSUD DEMOKRASI 4-6

JENIS – JENIS DEMOKRASI 7-9

LAIN - LAIN PENDAPAT TENTANG DEMOKRASI 10-13

PENUTUP 14-15

RUJUKAN 16

i
v
SENARAI SINGKATAN

YDPA - Baginda Yang di-Pertuan Agong

PM - Perdana Menteri

v
PENGENALAN

Demokrasi merupakan satu ideologi penting yang menjadi pegangan

sebahagian besar negara di dunia. Demokrasi telah wujud kira-kira 500 tahun

sebelum Masihi. Sejarah demokrasi dicatat kerana wujudnya sekumpulan kecil

mesyarakat Yunani dan Rom.

Ucapan oleh Abraham Lincoln (Gettysburg Address) ini sering

digunakan bagi menggambarkan kuasa rakyat tersebut :

“government of the people, for the people”.

Begitu juga dengan ayat dari ucapan John Kennedy semasa pelantikannya

sebagai President Amerika Syarikat yang ke-35 iaitu :

“My fellow Americans, ask not what your country can do do for you, ask

what you can do for your country”

Seiring sejarah perkembangan manusia, pelbagai bentuk demokrasi telah

terbentuk. Demokrasi langsung merujuk kepada penyertaan warganegara

sesebuah negara secara langsung dalam proses penggubalan undang-undang.

Demokrasi yang diamalkan semasa zaman Greek purba merupakan contoh

terbaik sebagai rujukan. Undang-undang atau akta yang diluluskan ditentukan

oleh rakyatnya. Namun begitu, terdapat unsur diskriminasi apabila golongan

wanita, kaum hamba abdi dan golongan pendatang (imigran) tidak dibenarkan

mengundi.

Demokrasi secara lansung ini wujud di Switzerland apabila rakyat

mempunyai kuasa veto untuk menolak undang-undang melalui pengundian

1
dan

2
boleh mencadangkan pindaan kepada perlembagaan negara mereka.

Demokrasi berperwakilan pula, rakyat memilih seorang

wakil untuk mewakili mereka dalam hal ehwal politik dan perundangan.

Sistem demokrasi begini merupakan amalan demokrasi di Malaysia. Dimana

rakyat berkuasa memilih wakil rakyat untuk memperjuangkan hak mereka.

Merujuk kepada Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima didapati ada

beberapa kali subjek demokrasi dan hak rakyat disentuh. Perkataan demokrasi

pertama kali disebut dalam Bab 3, halaman 67, berkaitan dengan pembentukan

negara moden Eropah iaitu penekanan kepada “hak rakyat, kerajaan

berpelembagaan dan negara bangsa moden. Di dalam bab yang sama, di

halaman 71 ada dinyatakan mengenai “Kerajaan Islam di Madinah bermula

dengan usaha Nabi Muhammad s.a.w yang menyusun perlembagaan terlebih

dahulu iaitu Piagam Madinah”.

Dalam buku teks yang sama, dalam Bab 3, halaman 74 berkait dengan

ciri-ciri kerajaan. “Kerajaan di negara kita merujuk kepada tiga badan

pemerintahan, iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan

Kehakiman. Dalam bab 3 juga dinyatakan kerajaan merupakan badan yang

diberi kuasa untuk menguruskan pentadbiran, menjaga keamanan,

mempertahankan kedaulatan negara, menjalinkan hubungan diplomatik

dengan negara lain dan terdapat makluamat yang berkait dengan Kesultanan

Melayu Melaka dinyatakan di halaman 79.

Dalam Bab 3, halaman 88 pula merujuk kepada hierarki pemerintahan

adat Perpatih; “sistem pemilihan pemimpin di Negeri Sembilan mempunyai

3
unsur demokrasi”. Dalam Bab 5 di halaman 128, “akhirnya persetujuan yang

telah dicapai menerusi pakatan murni ini, membolehkan sebuah kerajaan

demokrasi dengan konsep Raja Berpelembagaan dibentuk. Dengan ini,

dapat disimpulkan bahawa kata kunci yang penting mengenai demokrasi

adalah termasuk : Hak rakyat, kerajaaan perlembagaan, tiga cabang

pemerintahan, perundangan, pelaksana dan kehakiman dan juga raja

berpelembagaan.

4
MAKSUD DEMOKRASI

Demokrasi berasal daripada perkataan Greek iaitu “demos” dan

“kratos.” Demos merujuk kepada rakyat atau warganegara manakala kratos

merujuk kepada kuasa. Dalam erti kata lain ianya adalah kuasa rakyat.

Menurut saintis politik dari Amerika iaitu Larry Diamond menjelaskan bahawa

demokrasi terdiri daripada empat elemen utama iaitu yang pertama ialah satu

sistem politik untuk memilih dan menggantikan kerajaan melalui pilihan raya

bebas dan adil. Elemen kedua ialah penyertaan aktif orang ramai, sebagai

warganegara di politik dan kehidupan sivik. Ketiga ialah perlindungan hak

asasi manusia semua rakyat. Elemen terakhir adalah merupakan satu kaedah

undang- undang yang mana undang-undang dan prosedur digunakan sama rata

terhadap semua rakyat. Demokrasi berbeza dengan bentuk kerajaan yang kuasa

tertumpa pada individu sebagai satu kerajaan bebas atau kuasa dilaksanakan

oleh sebilangan kecil individu seperti oligarki.

Dalam kebanyakan demokrasi moden, warganegara yang layak akan

kekal sebagai kuasa berdaulat dan bebas untuk memilih tetapi kuasa politik

dilaksana secara tidak langsung melalui wakil yang dipilih. Hal ini dipanggil

sebagai demokrasi perwakilan atau demokrasi berparlimen. Rakyat berhak

menyokong, mengekalkan atau menukar kerajaan yang sedia ada melalui

pilihan raya. Sistem ini mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil.

Pengenalan di atas ada menyatakan bahawa di dalam Buku Teks Sejarah

Tingkatan Lima juga terdapat beberapa kali telah menyentuh subjek demokrasi

dan juga hak rakyat. Perkataan demokrasi pertama kali disebut dalam Bab 3,

5
halaman 67 yang berkait dengan pembentukan negara bangsa moden di

Eropah iaitu penekanan kepada hak rakyat, kerajaan berpelembagaan dan juga

negara bangsa moden. Selain itu, penekanan juga turut diberikan dalam

peristiwa-peristiwa penting kea rah pembentukan sistem pemerintahan

demokrasi berparlimen. Dewan rakyat telah dirasmikan buat pertama kalinya

pada 11 September 1959.

Demokrasi di dunia moden adalah satu sistem pemerintahan yang

diamalkan di beberapa buah negara termasuk Malaysia. Malaysia telah

mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Perlembagaan sejak

mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Oleh itu, Seri Paduka Baginda Yang

di-Pertuan Agong (YDPA) sebagai Ketua Negara dan dibantu oleh Perdana

Menteri (PM). Parlimen merupakan institusi perundangan tertinggi di dalam

negara yang menggubal undang-undang. Demokrasi berparlimen merupakan

sistem pentadbiran kerajaan moden yang mengutamakan mandat dan suara

rakyat dalam pemerintahan. Rakyat sendiri yang terlibat secara langsung

dalam memilih ahli-ahli Parlimen atau Dewan Rakyat menerusi satu pilihan

raya umum. Parti politik yang memenangi pilihan raya itu akan membentuk

kerajaan serta akan melantik ahli-ahli Jemaah Menteri yang baru.

Pada tahun 1957, sistem demokrasi berparlimen yang berpandukan

model Westminster adalah yang terbaik bagi negara ini. Tunku Abdul Rahman

Putra dilantik sebagai PM yang pertama dengan Jemaah Menteri seramai 12

orang. Pada 31 Ogos, pengisytiharan kemerdekaan telah diadakan di Stadium

Merdeka. Majlis Perundangan Persekutuan menjalankan tanggungjawab

sebagai sebuah Dewan Parlimen sehingga dibubarkan pada Jun 1959. Pada 2

6
November 1963, Seri Paduka Baginda YDPA yang ketiga Tuanku Syed Putra

ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail telah merasmikan pembukaan

bangunan Parlimen yang terletak berhampiran Taman Tasik Perdana. Parlimen

pertama dibubarkan pada 1 Mac 1964. Ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih atas

dasar sokongan ramai rakyat melalui pilihan raya yang diadakan setiap lima

tahun. Parti yang memperoleh kerusi majoriti akan membentuk kerajaan

Persekutuan bagi mentadbir negara. Setiap ahli dimestikan mengangkat

sumpah di hadapan YDPA. Ahli tersebut juga hendaklah bersumpah atau

berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai

ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta

mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.

7
JENIS JENIS DEMOKRASI

Demokrasi merupakan sistem pemerintahan yang di dalamnya selalu

melibatkan rakyat dalam setiap hukum yang dibuat oleh sesuatu kekuasaan

negara. Kita sebagai rakyat mungkin lagi sudah tidak asing dengan kehakikian

demokrasi, iaitu pemerintah dari rakyat oleh rakyat dan juga untuk rakyat.

Selain itu, demokrasi juga membenarkan warga negara untuk berpartisipasi,

baik secara langsung atau melalui perwakilan dalam perumusan,

pengembangan dan peraturan. Negara yang mengamalkan sistem demokrasi

akan memberi kebebasan kepada warga negaranya untuk memberikan

pendapat secara bebas.

Antara jenis-jenis demokrasi yang ada di dunia pertama ialah demokrasi

secara langsung. Demokrasi secara langsung adalah dimana warganegara dapat

membuat pilihan yang bijak secara langsung dalam membicarakan atau

menentukan urusan negara. Jika pemerintah mengesahkan undang-undang

tertentu ia diserahkan pada rakyat unuk membuat keputusan. Ia terjadi pada

zaman Yunani Kuno kerana penduduk yang tidak ramai. Selain tu, Demokrasi

langsung juga merupakan kebijakan secara langsung di mana tiada

perantaraan atau majlis Parlimen. Ia juga sering dipraktikkan dalam negara

yang mempunyai jumlah penduduk yang sedikit dan pendidikan secara politik

yang memiliki kesamaan. Contohnya di Switzerland yang memiliki

Landsgemeinde yang mana orang-orang akan terbuka di waku tertentu untuk

memilih hukum yang berlaku di masyarakat. Kedua, demokrasi perwakilan

(tak langsung) atau representatif adalah bila mana orang memilih perwakilan

untuk duduk di Parlimen. Bentuk demokrasi ini paling sering ditemukan di


8
seluruh dunia.

9
Demokrasi tidak langsung ini adalah untuk memberi ruang kepada rakyat

dalam memilih wakil-wakilnya untuk berada di parlimen. Di samping itu,

kelemahan yang terdapat dari demokrasi tidak langsung ini adalah pemerintah

yang terpilih gagal melaksanakan kepentingan yang diharap oleh warganegara.

Selain itu, negara yang menggunakan demokrasi ini juga disebutkan sebagai

negara demokrasi liberal misalnya seperti Amerika Syarikat dan India.

Ketiga ialah demokrasi berpresiden. Demokrasi ini ialah presiden dalam

sesebuah negara memiliki jumlah yang besar kekuasaan atas pemerintah.

Selain itu, presiden dipilih secara langsung ataupun tidak langsung oleh

warganegara. Lembaga eksekutif pemerintahan dan presiden

bertanggungajawab pada legislatif yang boleh memberhentikan lembaga

legislatif sepenuhnya. Dalam demokrasi ini, pemimpin negara juga disebut

sebagai ketua pemerintahan contohnya di negara Amerika Syarikat dan Sudan.

Demokrasi keempat ialah, demokrasi berparlimen. Dalam demokrasi ini

kedudukan lembaga legislatif lebih kuat. Selain itu, lembaga eksekutif

mendapat pengesahan demokrasi hanya dari legislatif iaitu Parlimen.

Disamping itu, legislatif yang terpilih akan memilih pemerintah dan

membebaskan Perdana Menteri kerana kehilangan kepercayaan terhadapnya.

Selain itu, ketua negara dan ketua pemerintahan memiliki kekuasan yang

sangat berbeza.

Kelima ialah demokrasi berkuasa, demokrasi ini terjadi ketika hanya

orang keberadaan yang merupakan sebahagian dari proses berparlimen. Selain

itu, individu tertentu dibenarkan untuk memilih calon tetapi orang biasa tidak

dapat membuat pilihan. Oleh itu, hanya orang keberadaan sahaja yang dapat
10
memutuskan pelbagai kepentingan negara sebagai contoh seperti negara di

Rusia.

Demokrasi keenam ialah demokrasi partisipatif. Demokrasi ini adalah

lawan kepada demokrasi berkuasa. Terdapat pelbagai jenis demokrasi

partisipatif tetapi semuanya mempunyai kesamaan untuk menciptakan peluang

bagi semua orang untuk menyumbang dalam proses pengambilan keputusan.

Di samping itu, demokrasi ini juga menghargai proses musyawarah dan

perbincangan dan bukan hanya sekadar memilih. Pada saat ini, tiada lagi

negara yang aktif untuk menggunakan demokrasi ini.

Demokrasi terakahir ialah demokrasi liberal. Demokrasi ini juga

berkait rapat dengan demokrasi tak langsung. Demokrasi liberal adalah salah

satu kepahaman yang mendorong kemunculan parti politik. Hal ini kerana,

setiap masyarakat memiliki hak yang sama untuk melibatkan diri dalam

pemerintahan. Oleh itu, dalam sistem politik ini ia harus dilakukan secara

bebas dan adil. Selain itu, pemilihan ketua pemerintah mempunyai persaingan

yang tinggi kerana banyaknya fahaman dan ideologi politik tersendiri dan

kebebasan untuk memilih berada di tangan rakyat, jadi rakyat boleh

merancang dengan baik untuk membuat pilihan semasa mengundi. Selain itu,

semua warganegara memiliki hak yang sama dalam memilih. Hingga ke hari

ini, sebagai contoh Indonesia merupakan negara yang mengamalkan sistem

politik demokrasi liberal ini. Menurut Juwono Sudarsono, Indonesia telah lama

desebutkan sebagai “negara demokrasi terbesar ketiga” , selepas India dan

Amerika Syarikat.

11
LAIN-LAIN PENDAPAT TENTANG DEMOKRASI

Secara amnya, sebagai contoh utama tanah air kita Malaysia

mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja

Berperlembagaan di mana Seri Paduka Baginda YDPA sebagai Ketua

Negara.Parlimen ialah institusi perundangan tertinggi di dalam Negara yang

menggubal udang-undang. Parlimen Malaysia terdiri daripada Seri Paduka

Baginda YDPA, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Kebenarannya adalah

kerajaan ini berpegang teguh kepada demokrasi. Kita mengangkat hak

kebebasan bersuara dan keluhuran undang-undang. Namun ada kalanya langit

tidak secerah seperti yang dijangka. Malaysia juga tidak terkecuali dengan

pencerobohan kebebasan bersuara. Ahli politik dan rakyat menceroboh

kebebasan bersuara ini dengan begitu kejam sekali sehingga menggugat sistem

berparlimen di Malaysia.

Pada tahun 23 November 2006, Malaysia menyaksikan pencerobohan

kebebasan suara apabila sekumpulan gabungan-gabungan parti politik

pembangkang telah melancarkan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil iaitu

BERSIH di lobi dewan parlimen Malaysia kerana ketidak puasan hati

segelintir ahli pembangkang terhadap kerajaan pada masa itu dalam

mengendalikan pilihan raya yang lalu. Pada 10 November 2007, suatu

perhimpunan BERSIH telah diadakan di Dataran Merdeka yang dianjurkan

oleh parti pembangkang dan telah disertai seramai 10 000 orang bertujuan

untuk menuntut keadilan terhadap pilihan raya. Dalam Memorandum tersebut,

Bersih ada 4 tuntutan yang utama iaitu:

12
1. Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala

kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan;

2. Penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda;

3. Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi

lain di luar negara;

4. Akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihanraya supaya semua

parti politik boleh menjelaskan dasar dan manifesto mereka kepada

rakyat Malaysia.

“Gambar dari google”

Perhimpunan-perhimpunan ini adalah salah satu contoh ciri kebebasan

asasi yang terdapat dalam perlembangaan demokrasi berparlimen, akan tetapi

cara ini lebih mendatangkan keburukan dari kebaikkan. Mahupun tercapai

tujuan perhimpunan-perhimpunan tersebut, namun imej negara menjadi

tumpuan dan tercalar kerana tindakkan tersebut. Terdapat banyak cara yang

sihat untuk kita menyampaikan pendapat dan suara kita kepada pemimpin

dengan cara yang lebih sihat dan bertamadun. Antaranya ialah surat terbuka.

13
Pada 7 Januari 2021, seramai seramai 46 orang pakar kesihatan negara telah

menandatangani sepucuk surat terbuka yang ditujukan kepada Perdana

Menteri, TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN berikutan kes kenaikkan pesakit

Covid-19 secara mendadak yang melanda Malaysia.

Antara isi kandungan surat berkenaan adalah untuk menggesa kerajaan

yang dipimpin oleh TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN sebagai PM untuk

mengambil langkah serius dalam mengangani masaalah penularan wabak yang

melanda negara. Dalam isi kandungan itu juga, terdapat cadangan, langkah-

langkah, serta perkara-perkara yang perlu disegerakan dalam mengendalikan

penularan wabak dari terus menjejaskan sektor-sektor yang terdapat dalam

negara.

Gambar rajah surat terbuka dari google.

14
Perhimpunan, surat terbuka dan media masa serta banyak lagi cara untuk

kita menyuarakan mendapat serta ketidak puas hati kita kepada kerajaan.

Namun dalam pelbagai cara tersebut, kita perlulah mengambil pendekatan

yang lebih sihat supaya kita tidak menjejaskan sistem perlembagaan yang

sedia ada. Negara merupakan simbolik yang sangat penting terhadap negara-

negara lain.

Oleh itu, masyarakat mesti sentiasa akur terhadap arahan kerajaan yang

telah dikeluarkan serta saling bertolak-ansur bagi memastikan kesejahteraan

hidup. Selain itu, dapat hidup dalam keadaan aman damai dan bagi

mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini akan berlaku. Malaysia juga

sentiasa mengamalkan sistem majori dimana undian yang paling banyak akan

dipersetujui dan diambil.

15
PENUTUP

Pada era pemerintahan yang semakin moden ini, setiap orang

mempunyai peranan yang bijak dalam menentukan siapa ketua yang akan

mengemudi pentadbiran di kawasan mereka masing-masing. Begitulah konsep

utama yang dikupaskan pada awal penulisan ini berkenaan dengan asal usul

perkataan demokrasi iaitu pada dasar kata awalnya ‘demo’ dan ‘kratos’ yang

boleh disimpulkan sebagai satu sistem pemilihan ketua untuk menjalankan

pemerintahan berdasarkan identiti dari masyarakat tersebut. Dalam erti kata

lain, “pemimpin yang lahir dalam kalangan rakyat, dipilih oleh rakyat, untuk

rakyat”.

Tidak asing juga sekiranya terdapat pihak kerajaan, maka tertubuhlah

jua satu pihak digelar pembangkang untuk menjayakan konsep demokrasi

tersebut. Kewujudan dua pihak ini membentuk parti politik dengan membawa

prinsip dan ideologi-ideologi untuk meraih pihak penyokong masing-masing.

Pilihan raya merupakan satu peristiwa penting dalam sistem demokrasi. Hal ini

adalah kerana suara serta pandangan rakyat terhadap kepimpinan semasa akan

ditentukan semasa proses pengundian dalam pilihan raya tersebut seterusnya

akan diangkat untuk menjadi sebagai seorang ketua sekiranya memenangi

proses undian tersebut.

Walau bagaimanapun, sesebuah institusi adalah sistematik serta masih

terdapat beberapa kelemahan dalam sistem pentadbirannya. Pada zaman

terdahulu, sekitar zaman Yunani Kuno, masyarakat di sana mengamalkan

sistem politik tradisional dimana hanya golongan atasan dianggap layak

16
mejadi ketua

17
serta berlaku beberapa penindasan terhadap golongan wanita dan

kanak- kanak yang tidak dibenarkan untuk keluar memilih ketua pada masa

tersebut. Namun demikian, kedatangan tokoh-tokoh politik pada zaman itu

seperti Plato dan Aristotle telah mengubah persepsi masyarakat setempat akan

prinsip kedaulatan rakyat dimana rakyat berhak memilih ketua untuk

menyuarakan keperluan rakyat, menentukan nasib serta kehidupan mereka

kearah lebih baik.

Secara hakikatnya, kedaulatan rakyat itu sememangnya milik rakyat itu

sendiri dan sungguhnya pemilik negara itu adalah seluruh rakyat jelatanya.

Segala fungsi kekuatan yang ditubuhkan oleh setiap negara dari bidang

berbeza fungsi tidak kira sama ada bidang legislatif, esekutif atau judikatif

sekalipun rakyatlah tetap menjadi tonggak utama untuk menilai keberkesanan

terhadap perlaksanaan kuasa tersebut. Lebih mendalam lagi, setiap apa yang

dirancang oleh kuasa tersebut seharusnya dikembalikan kepada rakyat untuk

dimanfaatkan secara optimum dalam segala bentuk perkhidmatan.

18
RUJUKAN

1. RAMLAH BINTI ADAM, SHAKILA PARWEEN BINTI YACOB, ABDUL


HAKIM BIN SAMURI, MUSLIMIN BIN FADZIL, DEWAN BAHASA DAN
PUSTAKA, KUALA LUMPUR (2010); Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 (Bab 3
dan bab 5)

2. Gunawan, Markus. 2008.


Buku pintar calon anggota dan anggota legislatif, DPR, DPRD danDPD.
Tangerang: Visimedia.

3. Huntington, S. P., Marjohan, A., & Abadi, A. S. (1995). Gelombang


demokratisasi ketiga. Pustaka Utama Grafiti.
Shakila Yacob (2017)

4. Shakila Yacob, Kemahiran Pemikiran Sejarah: Meneroka Makna Demokrasi di


Malaysia
https://eprints.um.edu.my/17854/1/PROF_SHAKILA.pdf

5. Kemahiran Pemikiran Sejarah: Meneroka Makna Demokrasi di Malaysia

https://ms.wikipedia.org/wiki/Demokrasi

6. ©Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia, SISTEM DEMOKRASI


BERPARLIMEN DI MALAYSIA
https://www.parlimen.gov.my/maklumat-umum.html?uweb=dr&&_print=true

7. Laman sesawang : https://ms.wikipedia.org/wiki/Perhimpunan_Bersih_2007

8. Laman sesawang : Sinar Harian (Rabu, 23 Mac 2022), ‘surat terbuka kepada
PM’
https://www.sinarharian.com.my/article/118041/BERITA/Nasional/Surat-
terbuka-kepada-PM

9. KHUSNA, N. (2021). DEMOKRASI DAN PENERAPANNYA

19

Anda mungkin juga menyukai