Anda di halaman 1dari 30

BAB 10

KESAN KOMUNIKASI
KEPIMPINAN DAN ETIKA

1. Kesan komunikasi kepimpinan dan etika


terhadap pemimpin
2. Kesan komunikasi kepimpinan dan etika
terhadap pengikut
3. Masyarakat setempat
4. Masyarakat global
1
KESAN KOMUNIKASI KEPIMPINAN DAN ETIKA
TERHADAP PEMIMPIN

6 panduan seseorang sebagai pemimpin organisasi, di antaranya:


1. Mengetahui dan melatih diri.
2. Mengetahui dan mengawal gaya anda. Gaya terbaik
bergantung kepada banyak faktor (selain daripada
berorientasikan tugas dan berperikanusiaan).
3. Mempercayai perkara-perkara terbaik tentang orang lain.
Pemimpin perlulah mengikuti andaian-andaian Teori Y
(McGregor). Dengan mempercayai bahawa manusia adalah
pandai, kreatif, sangup bekerja, bertanggungjawab dan
ingin menyelesaikan masalah, dapat meningkatkan
pertumbuhan sifat pemimpin yang berkesan.

2
4. Memenuhi keperluan para pekerja. Pemimpin
berupaya mendorong pekerja, meyakinkan
pekerja dengan visi atau matlamat
organisasi, mencadangkan teknik
mempertingkatkan penyertaan pekerja dan
seterusnya membincangkan perkara-perkara
yang berkaitan dengan visi dan misi organisasi
bersama pekerja.
5. Sesuaikan dengan ciri-ciri kerja. Tugas-tugas
kreatif yang berbentuk keusahawanan
(seperti mencipta keluaran baru atau
membuka syarikat baru).
3
Menurut Syd Abdul Rahman (2003) pemimpin
yang gagal membentuk dirinya sebagai
pemimpin akan meninggalkan kesan seperti :

1. Tidak dihormati

4
2. Gagal bertindak sebagai role model
kepada pengikut.

5
3. Pemimpin ini akan memusnahkan moral dan
semangat pengikut.

6
4. Ego

7
5. Hubungan di antara
pemimpin dan
pengikut agak
kurang mesra.

8
6. Pengikut tidak berpuashati dengan
pemimpin.

9
KESAN KOMUNIKASI KEPIMPINAN
DAN ETIKA TERHADAP PENGIKUT

1. Taat kepada ketua selagi tidak menyalahi


lunas-lunas yang benar.
2. Taat dilakukan sebagai tanggungjawab.
3. Taat kepada kedudukan bukan pada orangnya.
4. Berpegang pada prinsip dan bukan
personaliti.
5. Menegakkan yang benar dan memerangi yang
batil.

10
6. Bersama dengan kumpulan.
7. Tidak bangga apabila pendapat diterima.
8. Hormati perbezaan.

9. Taat masa senang dan masa susah.

10. Hak ketua untuk tidak menyatakan sesuatu


sekiranya ada hikmah di sebaliknya.
11. Minta persetujuan pemimpin sebelum melakukan
sesuatu.

11
MASYARAKAT SETEMPAT

1. Pemimpin berupaya membentuk wawasan


yang jelas dan menarik.
2. Pemimpin dapat memperjelaskan
wawasannya kepada pengikut sehingga
pengikut memahami wawasan pemimpin.
3. Pemimpin menunjukkan konsistensi dan
penumpuan terhadap tanggungjawab yang
dipikulnya.

12
4. Mengenali kekuatan dirinya sebagai
pemimpin dan juga siapa pengikutnya.
5. Pemimpin membentuk proses kepimpinan
yang cuba membawa inovasi terhadap
masyarakat.

13
Menurut Ezhar Tamam (2004) menjadi
tanggungjawab pemimpin untuk memelihara
kelompok yang dianggap sebagai masyarakat
di bawah pimpinannya antaranya :
1. Pemimpin perlu menjadi penggalak
kepada masyarakat dengan menyetujui
serta menerima sumbangan anggota lain.
Ia menunjukkan pengertian serta
penerimaan pandangan, gagasan, dan
saranan anggota lain.
14
2. Pemimpin dalam masyarakat menjadi
pelerai atau pendamai. Ini bermakna,
pemimpin mempunyai tanggungjawab
untuk merelaikan pertikaian antara
anggota-anggota kelompok, berusaha
mendamaikan perbezaan dan mestilah
bertanggungjawab untuk mengurangi
ketegangan.

15
3. Pemimpin perlu berkompromi dengan
mengakui kekeliruan, mendisiplinkan diri
bagi mempertahankan keharmonian
masyarakat atau kelompok atau
memilih sikap berkecuali atau jalan
tengah ketika menyelesaikan konflik.

16
4. Pemimpin berperanan untuk mengawal ,
iaitu berusaha untuk membentuk
saluran komunikasi dengan mendorong
penglibatan masyarakat serta berusaha
mengusulkan aturan atau tatacara
komunikasi.

17
MASYARAKAT GLOBAL
Di antara peranan pemimpin negara :

1. Mengenal pasti, menganalisis, merangka


dan merancang pembangunan material
dan spritual rakyat. Ini bermaksud,
pemimpin negara perlu teliti dan cermat
dalam melaksanakan sesuatu dasar dan
perlu berhati-hati untuk berbelanja supaya
rakyat tidak menanggung risikonya.

18
2. Pembuat keputusan dan pelaksana
dasar.
Contoh: Kepimpinan Rasulullah SAW.

19
SCCA2103/A132

20
3. Membentuk hala tuju dan penetapan
matlamat.

21
4. Membawa perubahan.

22
5. Penggerak dan pakar rujuk.

23
Menurut Abd Rahman Ahmad (2005)
berdasarkan peranan pemimpin yang
telah diamanahkan, kegagalan pemimpin
melaksanakan peranan mereka dengan
berkesan dalam konteks negara dan
masyarakat global akan menimbulkan
beberapa natijah di antaranya :

24
1. Kegagalan kepemimpinan menyebabkan
negara dan rakyat tidak berdaya saing.
negara akan dipandang rendah oleh
masyarakat negara luar. Ini juga memberi
kesan kepada ekonomi dan kestabilan
sesebuah negara itu.

25
2. Penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin
akan menyebabkan negara tidak stabil.
Berlakunya rusuhan, pembunuhan dan
kacau bilau dalam negara sehinggakan
negara tidak dapat menjalankan fungsi
untuk memberi kedamaian serta juga
kesejahteraan kepada rakyat.

26
3. Keutuhan negara bergantung kepada
kepimpinan yang dipraktiskan oleh
setiap pemimpin. Oleh itu, apabila
seseorang itu telah diamanahkan untuk
menjadi pemimpin terutama pemimpin
negara, maka pada bahunya ada
tanggungjawab yang berat kerana
kestabilan serta kemakmuran negara
bergantung kepada caragaya pemimpin
tersebut menggendalikan proses
kepimpinnya.

27
4. Kesilapan perancangan menyebabkan
pemimpin akan kehilangan kepercayaan
dan kemungkinan tidak akan dipilih lagi.
Dalam negara Malaysia, pemimpin negara
dipilih melalui pilihan raya. Oleh itu,
pemimpin yang gagal menjalankan
peranannya dalam membawa perubahan
kepada masyarakat dan negara tidak akan
dilantik kerana masyarakat kini semakin
bijak untuk menilai pemimpin yang akan
dipilih.

28
5. Kegagalan pemimpin menunaikan aspirasi
rakyat menyebabkan pemimpin akan
dicemuh, diguling atau dibunuh. Di negara
luar, didapati pemimpin yang tidak
berjaya membawa perubahan kepada
negara dan gagal dalam melaksanakan
tanggungjawab sebagai pemimpin akan
dipandang negatif oleh rakyat. Ini dapat
dilihat seperti yang berlaku di Thailand,
India, Pakistan, Iraq, di negara-negara
barat sebagainya; sehingga ada ketikanya
pemimpin tersebut akan dibunuh.

29
RUMUSAN

Kesan komunikasi kepimpinan dan etika


amat penting dalam pembentukan sesebuah
organisasi. Justeru, komunikasi kepimpinan
memberikan implikasi bukan sahaja terhadap
diri pemimpin itu sendiri, tetapi juga untuk
pengikut, masyarakat setempat dan juga
masyarakat global. Oleh itu, setiap individu
yang bergelar pemimpin perlu mempraktikkan
ciri-ciri kepimpinan yang beretika untuk
membenarkan dia digelar pemimpin yang
berkaliber.
30

Anda mungkin juga menyukai