Anda di halaman 1dari 7

ULASAN KARYA

Sumber Jurnal: Faculty of Sciences and Humanities Universiti Kebangsaan Malaysia, 2012.

Journal of Social Sciences and Humanities

Tajuk: Penagih Dadah dan Keadaan Berisiko Tinggi Kembali Relaps

Penulis: Fauziah Ibrahim, Bahaman Abu Samah, Mansor Abu Talib & Mohamad Shatar

Sabran

PENGENALAN:

Jurnal ini menghuraikan kajian terhadap pengenalpastian tahap kecenderungan

penagihan dari aspek situasi berisiko tinggi relaps. Seramai 400 orang penagih relaps terdiri

dari lapan buah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Semenanjung Malaysia

dipilih sebagai responden kajian. Kajian dijalankan di lapan buah Pusat Pemulihan Penagihan

Narkotik (PUSPEN) di Semenanjung Malaysia. Kajian lebih ditumpukan kepada tahap

kecenderungan penagihan dari aspek situasi berisiko tinggi relaps seperti emosi negatif,

tekanan sosial dan konflik interpersonal. Pengkaji menggunakan rekabentuk tinjauan keratan-

lintang (cross-sectional survey) bermula pada bulan Mac hingga April 2007. Pengkaji

menggunakan ukuran skala yang dibangunkan oleh Marlat & Gordon dengan memperolehi

nilai kebolehpercayaan .884 kaedah SPSS untuk menganalisa data bagi mendapatkan peratus,

frekuensi dan min. Hasil dari kajian, pengkaji telah mendapati bahawa majoriti responden

yang terlibat dalam kajian ini berada dalam keadaan yang dinamakan sebagai bersituasi

berisiko tinggi untuk kembali relaps.

1
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian tersebut adalah:

1) mengenalpasti sejauhmana tahap penagihan relaps dari aspek emosi negatif dalam

kalangan penagih dadah yang sedang mendapatkan khidmat rawatan dan pemulihan di

Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Semenanjung Malaysia.

2) mengenalpasti sejauhmana tahap penagihan relaps dari aspek tekanan sosial dalam

kalangan penagih dadah yang sedang mendapatkan khidmat rawatan dan pemulihan di

Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Semenanjung Malaysia.

3) mengenalpasti sejauhmana tahap penagihan relaps dari aspek konflik interpersonal

tekanan sosial dalam kalangan penagih dadah yang sedang mendapatkan khidmat

rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di

Semenanjung Malaysia.

METODOLOGI DAN PENYELESAIAN MASALAH

Kaedah yang digunakan adalah berbentuk tinjauan dengan menggunakan reka bentuk

tinjauan keratan-lintang (cross-sectional survey) secara kuantitatif dan dianalisis dengan

menggunakan analisis deskriptif. Kajian dijalankan di lapan buah Pusat Pemulihan Penagihan

Narkotik (PUSPEN) di Semenanjung Malaysia dengan 400 orang penagih relaps telah

dijadikan sampel. Pengumpulan data kajian telah dijalankan pada bulan Mac hingga April

2007. Instrumen kajian yang digunakan soal selidik dan ujian signifikan untuk menguji

hipotesis kajian iaitu kecenderungan penagihan relaps dari aspek emosi negatif, tekanan

sosial dan konflik interpersonal yang mengandungi 42 item soalan.

2
Kaedah pengukuran yang digunakan adalah dengan menggunakan Skala Likert. Data

kajian telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Science for

Windows (SPSS for Windows). Statistik deskriptif digunakan untuk menentukan frekuensi,

peratusan dan purata. Kebolehpercayaan soal selidik telah diuji menggunakan pekali

Cronbach Alpha untuk menguji setiap item soalan. Cronbach Alpha iaitu pengkali

kebolehpercayaan yang menunjukkan bahawa item-item kajian adalah saling berkaitan antara

satu sama lain. Melalui penganalisaan data dan nilai min yang diperolehi pengkaji

merumuskan bahawa tahap penagihan relaps dari aspek emosi negatif dalam kalangan

responden berada pada tahap sederhana ke tahap yang tinggi. Pengkaji juga mendapati

bahawa tahap penagihan relaps dari aspek tekanan sosial di kalangan responden yang dikaji

berada pada tahap sederhana ke tahap yang tinggi. Pengkaji juga mendapati tahap penagihan

relaps dari aspek konflik interpersonal dalam kalangan penagih berada pada tahap sederhana

ke tahap yang rendah. Daripada dapatan kajian, secara keseluruhannya didapati majoriti

responden yang dikaji adalah berkecenderungan pada tahap sederhana ke tahap yang tinggi

untuk kembali relaps. Oleh itu, pengkaji menyimpulkan bahawa kajian terhadap

pengenalpastian tahap kecenderungan penagihan relaps dari aspek emosi negatif, tekanan

sosial dan konflik interpersonal amat berguna dalam penyediaan maklumat asas kepada

kaunselor pemulihan dadah, ahli-ahli psikologi, pekerja sosial serta para pengubal dasar yang

kini berhadapan dengan cabaran dalam memulihkan penagih.

3
CADANGAN KAJIAN

Beberapa cadangan kajian telah diutarakan oleh pengkaji diantaranya iaitu

mengharapkan tindakan drastik diambil oleh pihak PUSPEN khasnya untuk memantapkan

tingkahlaku dan jati diri penagih melalui proses rawatan dan pemulihan yang disediakan.

Pendidikan semula tentang strategi berkesan mengawal keadaan berisiko tinggi relaps juga

harus diajar kepada penagih yang sedang mengikuti program rawatan dan pemulihan di

PUSPEN. Pengkaji juga mencadangkan teknik dan kaedah yang sesuai untuk menangani

emosi yang negatif perlu dikaji oleh pihak PUSPEN agar tidak berisiko membawa mereka

mengambil semula dadah. Satu panduan dan asas strategi daya tindak perlu diwujudkan

untuk menghadapi konflik interpersonal dan tekanan sosial setelah mereka dibebaskan dari

PUPSEN bagi membantu mengekalkan tahap pemulihan bebas daripada belenggu dadah.

KESIMPULAN

Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) merupakan pusat dimana penagih

dadah diberi rawatan pemulihan daripada penagihan najis dadah. Menurut Rasmussen (2000)

relaps ialah penggunaan semula dadah selepas berhenti mengambilnya untuk suatu tempoh

tertentu. Menurut Marlatt & Gordon individu yang berada dalam keadaan berisiko tinggi

relaps terdiri daripada mereka yang beremosi negatif, mengalami konflik interpersonal dan

menghadapi tekanan sosial daripada keadaan persekitarannya. Bagi menjamin keberkesanan

rawatan pemulihan, pengenalpastian tahap kecenderungan penagihan dari aspek situasi

berisiko tinggi relaps adalah penting. Pengenalpastian tahap kecenderungan penagihan dari

aspek situasi berisiko tinggi relaps adalah bermanfaat dalam penyediaan input asas kepada

kaunselor dadah, ahli-ahli psikologi, pekerja sosial serta para pengubal dasar yang kini

berhadapan dengan cabaran dalam memulihkan penagih.

4
ULASAN KARYA

Sumber Jurnal: Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan

Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2015. Malaysian Journal

of Society and Space

Tajuk: Penyalahgunaan dadah sebagai ancaman keselamatan: Analisis keberkesanan

program kerajaan dalam mengekang pengrekrutan penagih dadah di Malaysia

Penulis: Zarina Othman, Nor Azizan Idris & Mohamad Daud Druis

PENGENALAN:

Jurnal ini bertujuan untuk menganalisis keterancaman keselamatan individu dan

komuniti di Malaysia oleh penyalahgunaan dadah. Kajian ini memanfaatkan hasil analisis

dokumen, pemerhatian, perbincangan kumpulan terfokus, dan temu bual berstruktur dengan

informan terpilih yang terlibat secara langsung dalam pengurusan masalah dadah dalam

institusi dan komuniti dari dalam dan luar negara. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif

untuk mendapatkan data-data bagi membantu penulisan artikel. Kajian mengetengahkan

beberapa peringkat analisis bagi memahami bentuk ancamannya di Malaysia masa kini dan

juga menganalisis tentang bentuk ancaman dadah bagi memahami kesan kepada keselamatan

individu dan komuniti. Hasil dari kajian, pengkaji telah mendapati bahawa wujudnya

ancaman ke atas insan dalam individu atau komuniti di Malaysia. Walau bagaimanapun,

kepelbagaian dapatan kajian juga menunjukkan sebahagian besar program rawatan dan

pemulihan yang dijalankan untuk mengekang pengrekrutan penagih adalah kurang berkesan.

5
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian tersebut adalah:

1) menganalisis ancaman dadah terhadap keselamatan individu dan komuniti di Malaysia

METODOLOGI DAN PENYELESAIAN MASALAH

Kaedah yang digunakan adalah hasil analisis dokumen, pemerhatian, perbincangan

kumpulan terfokus, dan temu bual berstruktur dengan informan terpilih yang terlibat secara

langsung dalam pengurusan masalah dadah dalam institusi dan komuniti dari dalam dan luar

negara. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif untuk mendapatkan data-data yang

diperlukan.

Kaedah temu bual dengan seorang informan yang pernah menjalani perintah Orang

Kena Pengawasan dan masih terlibat dengan penagihan dan pengedaran dadah telah

digunakan untuk pengumpulan data. Laporan Agensi Dadah Kebangsaan dari Tahun (2008-

2013), Laporan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM Tahun (2008-2013) dan Laporan

Polis Diraja Malaysia Bagi Tahun 2009 juga menjadi bahan mengumpulan data oleh

pengkaji. Pengkaji juga mendapati bahawa peningkatan masalah jenayah melibat pengedaran

dan penagihan dimana statistik telah menunjukkan penglibatan mangsa dadah dalam jenayah.

Pengkaji juga mendapati peningkatan masalah jenayah menyebabkan kesejahteraan

masyarakat terjejas, bahkan individu juga turut terancam termasuk kesukaran dalam

pengurusan individu sesebuah komuniti akan menjadi kucar-kacir. Daripada dapatan kajian,

secara keseluruhannya didapati kebanyakan informan bersetuju bahawa penagihan dadah

memberi kesan kepada komuniti seperti keadaaan jenayah meningkat. Oleh itu, pengkaji

menyimpulkan bahawa selain keselamatan individu dan komuniti, keselamatan kesihatan

juga perlu dititikberatkan kerana kaitan antara dadah dengan kesihatan ini amat sinonim.

6
Kesejahteraan kualiti kesihatan dalam kehidupan mangsa kepada dadah akan menyebabkan

kemudaratan kepada kesihatan komuniti lain seperti penyakit berjangkit yang boleh

menjangkiti keluarga dan masyarakat.

CADANGAN KAJIAN

Beberapa cadangan kajian telah diutarakan oleh pengkaji diantaranya iaitu

mengharapkan sokongan persekitaran lain seperti jaringan sosial, politik dan pihak kerajaan

amat penting dalam menjamin keselamatan insan seperti yang telah dibincangkan. Pengkaji

juga berharap pihak kerajaan dan NGO dapat bekerjasama dalam membanteras atau

mengekang masalah ini dari terus bermaharajalela. Pihak kerajaan boleh mengekang dari segi

penguatkuasaan manakala pihak NGO membantu mengekang dari segi sokongan atau

pemulihan kepada mangsa yang terlibat. Dengan adanya pendekatan keselamatan negara dan

pendekatan keselamatan insan, maka mekanisme dalam mengekang aktiviti menjadi mudah

dan seterusnya boleh mengurangkan masalah dadah di Malaysia.

KESIMPULAN

Isu pengedaran dan penyalahgunaan dadah di Malaysia merupakan isu nasional.

Dadah masih menjadi ancaman nombor satu kepada negara Malaysia sejak ia diisytiharkan

pada tahun 1983. Masalah dadah adalah salah satu ancaman kepada keselamatan insan iaitu

kesan dari pengedaran dadah. Keselamatan insan adalah kesinambungan daripada perjuangan

isu-isu hak asasi manusia, keselamatan sosio-ekonomi, komuniti-individu, kesihatan dan lain-

lain lagi isu sudah semestinya mendedahkan manusia kepada ancaman. Ketidakselamatnya

individu dalam sesebuah komuniti menyebabkan keadaan di sekeliling masyarakat akan

terancam terutamanya kesan dari aktiviti dadah. Bagi menjamin keselamatan insan, kajian

terhadap analisis keterancaman keselamatan individu dan komuniti di Malaysia oleh

penyalahgunaan dadah adalah penting untuk menyelesaikan masalah berkaitan najis dadah.

Anda mungkin juga menyukai