Anda di halaman 1dari 42

BAB 8

KEPIMPINAN DAN ETIKA DALAM


KOMUNIKASI

1. Pengenalan
2. Kepimpinan dan etika
3. Etika dan komunikasi
4. Komunikasi Organisasi
5. Komunikasi Perubahan Sosial
6. Rumusan
1
KEPIMPINAN DAN ETIKA
Pemimpin mempunyai pengikut yang tersendiri tanpa
mengira pangkat dan kedudukan. Jadi, apabila bercakap
tentang pemimpin, ia tidak hanya terhad kepada penyelia,
pengurus, pemimpin organisasi atau pemimpin politik. Sifat
kepimpinan ini merupakan satu tanggungjawab individu.
Perlakuan yang beretika juga merupakan tanggungjawab
individu. Oleh itu, kepimpinan diri yang beretika perlu
terlebih dahulu wujud sebelum seseorang itu dapat
memimpin orang lain secara beretika. Apa yang dilakukan
oleh pemimpin melalui kecekapan, skil dan kebolehan
dipengaruhi oleh siapa pemimpin itu bergantung kepada
ciri individu, nilai, moral dan perlakuannya (Kokkelenberg,
2
2001).
Sifat-sifat pemimpin beretika yang lain ialah:

1. Menghormati orang lain dan melayan mereka lebih


daripada diri sendiri dan bukan mempergunakan
mereka untuk kepentingan diri (Beauchamp &
Bowie, 1988). Pada mereka orang lain mempunyai
nilai tersendiri dan perbezaan yang wujud amat
berguna kepada mereka.
2. Memberikan perkhidmatan kepada orang lain.
Pemimpin yang beretika melatih, menjadi mentor,
menurunkan kuasa dan membentuk pasukan.
Berkhidmat untuk orang lain merupakan tunggak
utama pemimpin bermoral dan beretika (Kouzes &
Posner, 1995). 3
3. Berlaku adil , melayan orang lain secara saksama tanpa
diskriminasi. Sepatutnya tidak ada yang mendapat
layanan istimewa kecuali dalam keadaan yang tertentu
(Northouse, 2001). Menafikan hak orang lain adalah
perlakuan yang tidak beretika.

4. Boleh dipercayai dan jujur. Ini termasuklah amalan-


amalan yang bertentangan dengan realiti masyarakat
seperti rasuah, kenyataan palsu, laporan yang tidak jujur,
menipu dan mengeksploit orang lain untuk kepentingan
diri sendiri dan lain-lain (Northouse, 2001).

5. Membina masyarakat melalui penetapan dan pencapaian


matlamat yang memenuhi kehendak masyarakat dan
ianya dilakukan untuk kebaikan masyarakat (Burns, 1978).
4
Etika merupakan satu amalan penting di dalam kepimpinan.
Kepimpinan yang beretika berkait dengan siapa pemimpin
tersebut, bagaimana mereka berfikir dan bagaimana perilaku
mereka. Setiap pilihan yang kita buat pada waktu-waktu
tertentu termasuk apa yang perlu dilakukan oleh pemimpin
selalunya berpandukan kepada sifat beretika yang ada pada
setiap individu.

5
ETIKA DAN KOMUNIKASI

Etika merupakan salah satu cabang falsafah


yang memfokuskan kepada perangkat asas-asas
moral dan lunas-lunas ikhtisas yang telah
dipersetujui. Ia merujuk kepada aspek-aspek
perlakuan organisasi. Contohnya, apa yang
betul, apa yang salah atau apa yang membuat
sesuatu itu betul atau salah.

6
Satu daripada asas etika yang boleh digunapakai
secara meluas tanpa mengira keadaan ialah
membenarkan orang lain untuk membuat
pilihan secara yang betul dan dengan rela
(Wood, 2006). Dengan mengambilkira asas
penting ini, ia akan membantu kita untuk
mengelak daripada menipu orang lain dengan
memesongkan bukti, menyimpan maklumat
atau memaksa orang lain untuk memberikan
persetujuan. 7
Memandangkan etika adalah isu komunikasi,
semua bentuk komunikasi melibatkan isu-isu
etika dan bidang ini telah menjadi fokus utama
para sarjana di samping menjadi satu bahagian
penting kepada bidang lain. Sebagai contoh,
satu aspek etika dalam komunikasi
intrapersonal ialah pengaruh stereotaip ke atas
penilaian kita terhadap orang lain.
8
Komunikasi Organisasi

Didapati semua bentuk komunikasi melibatkan isu-isu etika


dan dalam konteks komunikasi organisasi, isu-isu etika dan
kepimpinan juga tidak dapat dipisahkan.

Terdapat banyak sebab yang munasabah kenapa kita perlu


menilai etika dan organisasi. Kebanyakan daripadanya
boleh diletakkan di bawah empat tajuk utama (Pepper,
1995):
1. kepentingan etika di dalam pembangunan organisasi
masyarakat
2. kecenderungan untuk menginstitusikan etika
3. kesamaran tentang perlakuan yang sah
4. kesan organisasi ke atas dunia 9
Kesan etika ke atas organisasi. Persekitaran organisasi
boleh dijelaskan sebagai satu daripada gabungan yang
kompleks di antara tekanan-tekanan personal dan keadaan-
keadaan tertentu, diurus untuk mencapai sesuatu matlamat
seperti pembangunan produk, keharmonian keluarga
mahupun keuntungan (Deetz, 1985). Deetz juga
mempersoalkan tentang keputusan daripada usaha-usaha
pihak pengurusan ini -bagaimanakah rupa sesebuah persekitaran
organisasi tanpa etika?

10
Setiap hari apabila kita membaca akhbar, kita
akan dapat melihat bagaimana kes-kes berkaitan
perlakuan-perlakuan yang tidak beretika sudah
menjadi sebahagian daripada nilai-nilai dalam
sesebuah organisasi. Seperti contoh, kes-kes
yang membabitkan rasuah oleh kakitangan-
kakitangan organisasi, termasuk oleh pemimpin
peringkat atasan.
11
Perlakuan individu yang tidak beretika lebih
jelas dapat dilihat pada individu yang inginkan
kuasa, tidak keberatan untuk menggunakan
kuasa dan pengaruh. Individu yang beretika
selalunya merasakan bahawa mereka mampu
mengawal perlakuan mereka dan ianya hanya
dapat dilihat dalam kalangan individu yang
dibesarkan dalam persekitaran yang bermoral.
12
Organisasi yang menitikberatkan moral dan
etika, menerangkan tindakan atau hukuman
yang jelas terhadap perlakuan yang tidak
beretika, serta berpegang kepada kod-kod
perlakuan moral yang jelas akan mengurangkan
perlakuan yang tidak beretika.

13
Asas-asas etika dalam komunikasi organisasi. Di
bahagian ini kita akan melihat tiga asas etika bagi
menilai etika-etika dalam komunikasi organisasi,
yang mana ia akan menjurus kepada perbincangan
tentang komunikasi organisasi dalaman dan
komunikasi organisasi luarankejujuran,
mengelakkan kesusahan dan keadilan (Kreps, 1986).

14
Setiap kakitangan organisasi tidak wajar untuk
sengaja menyesatkan kakitangan yang lain.
Pepatah Inggeris ada mengatakan bahawa
honesty is the best policy. Bagaimanapun ia
boleh menjadi satu asas komunikasi yang agak
mengelirukan apabila diaplikasikan dalam
organisasi. Contohnya, sesetengah maklumat
organisasi seperti rekod tindakan disiplin dan
maklumat peribadi, adalah rahsia dan tidak
boleh dikongsi dengan pihak lain. 15
Apabila kita berkomunikasi, kita tidak wajar
menyusahkan orang lain sama ada di dalam atau di
luar organisasi. Kita perlu berbuat baik pada orang,
untuk membolehkan orang lain berbuat baik kepada
kita. Bagaimanapun, penilaian yang teliti perlu
dibuat bagi menentukan tahap dan niat
menyusahkan apabila dikaitkan dengan
perlakuan yang beretika di dalam organisasi.

16
Setiap kakitangan perlu dilayan dengan adil.
Contohnya, dalam sesebuah organisasi,
kakitangan yang rajin dan komited perlu
diberikan ganjaran yang sewajarnya jika
dibandingkan dengan kakitangan yang
menunjukkan prestasi yang rendah. Namun
demikian, keadilan merupakan sesuatu yang
bersifat relatif dan perlu dinilai berdasarkan
konteks organisasi yang spesifik.
17
Etika dan komunikasi
organisasi dalaman.
Memandangkan suasana dalam sesebuah
organisasi masa kini telah banyak dipolitikkan, etika
dalam proses komunikasi organisasi dalaman
juga telah diperluaskan definisinya bagi
mempengaruhi keputusan-keputusan yang dibuat di
dalam organisasi.

18
Tindakan untuk mempengaruhi individu-
individu tertentu dan mengawal keputusan ini adalah
melanggar tahap moral di dalam masyarakat
dan ia melibatkan penggunaan praktis-praktis
yang tidak beretika. Antara contoh-contoh lain
yang melibatkan masalah-masalah etika di dalam
komunikasi organisasi dalaman ialah bercakap benar,
menepati janji, menghormati orang lain, adil, berbuat
baik dan berterima kasih.
19
Politik organisasi wujud apabila ada kakitangan yang
berusaha untuk mendapatkan kuasa
dan pengaruh interpersonal dalam organisasi.
Contohnya, seseorang individu terlibat dengan
politik organisasi sebagai satu cara untuk
mendapatkan kuasa, pengaruh, kedudukan dan
keuntungan di dalam organisasi. Agak malang
apabila seseorang menggunakan pelbagai kaedah,
helah dan putar belit untuk mendapatkan apa yang
diinginkan seperti tidak jujur, memaksa, menipu,
mendominasi, rasuah dan melakukan kekejaman. 20
Redding (1984) menyatakan bahawa aktiviti
politik dalam organisasi merupakan sesuatu yang
semulajadi dan tidak semestinya tidak beretika.
Redding mencadangkan agar setiap organisasi
mempromosikan aktiviti politik yang beretika
dengan mengwujudkan keadaan-keadaan yang
membolehkan setiap individu yang ingin berpolitik
dalam organisasi mencapai matlamat politik mereka
seboleh mungkin.
21
Empat strategi komunikasi yang dicadangkan Redding ialah:

1. Menggalakkan mereka yang terlibat dengan politik


organisasi untuk menyatakan dengan jelas keperluan
utama mereka bagi menggalakkan perkongsian
maklumat.
2. Menggalakkan mereka yang terlibat dengan politik
untuk berbincang serta berbahas secara aktif dan terbuka
tentang perspektif keperluan mereka walaupun kadang-
kadang ianya tidak mampu dicapai.
3. Menggalakkan mereka untuk menilai keperluan-keperluan
bagi mengenal pasti keperluan yang paling utama serta
matlamat politik mereka.
4. Menggalakkan mereka untuk mencari peluang untuk
mencapai matlamat secara bekerjasama supaya setiap
daripada mereka mendapat kebaikan. 22
Kuasa dan prasangka dalam organisasi merupakan
satu penggunaan kuasa secara berprasangka ke atas
kakitangan lain. Terdapat kumpulan tertentu yang
dinafikan hak mereka untuk mendapat peluang
dan kedudukan dalam organisasi. Contohnya, di
dalam negara kita, peluang golongan wanita untuk
memegang jawatan tertinggi terutama di peringkat
pembuat dasar amat terbatas walaupun mereka
mempunyai pengalaman dan kelulusan yang
setanding dengan lelaki dan keadaan ini tidak
berubah sehinggalah timbul tekanan dari golongan
wanita yang mahukan hak sama rata.
23
Dalam usaha ke arah mendapatkan kestabilan
dan susun atur organisasi, mungkin kadang-kadang
kita terlepas pandang pada keperluan untuk
berubah dan berinovasi. Dalam konteks ini, ahli
organisasi selalunya ditekan melalui komunikasi
dalaman bagi menerima kehendak ramai. Namun,
teori groupthink yang diperkenalkan oleh Janis
(1967) menyatakan bahawa persetujuan yang
membabi buta jelas membawa kepada pembuatan
keputusan dan aktiviti organisasi yang tidak efektif.
24
Jadi peluang harus dibuka kepada individu
yang suka mengkritik (gadflies) dan suka
menentang bagi menggalakkan perbincangan (devils
advocates), yang selalunya tidak bersetuju
dengan suara ramai untuk menyuarakan
pendapat mereka. Tanggapan negatif terhadap
kumpulan sebegini harus dibuang jika sesebuah
organisasi ingin berubah dan maju seiring
dengan kemajuan dunia hari ini.
25
Jika dilihat secara teliti, kita akan dapat membuat
kesimpulan bahawa politik dan konflik yang wujud di
dalam organisasi boleh memberikan stres atau
tekanan kepada kita. Daripada kajian-kajian yang
dijalankan, stres semakin meningkat di kalangan
kakitangan organisasi dan stress juga telah
dikenal pasti sebagai masalah organisasi yang
kritikal dan ia boleh menjurus kepada pertukaran
kerja, hilang motivasi untuk bekerja dan masalah
kesihatan (Kreps, 1985). Di antara punca stres ini
ialah mencapai takat waktu (deadlines), beban
kerja dan tekanan sosial.
26
Bagaimanapun, stres tidak selalunya
mendatangkan masalah kepada kakitangan.
Tahap stres yang boleh dibendung boleh
memberikan kebaikan kerana tanpa stres
langsung, kita tidak akan mempunyai minat,
cabaran dan motivasi. Jadi tahap stres yang
optima adalah perlu.

27
Manakala, hypostress pula berlaku apabila kita
tidak mempunyai stres yang cukup untuk bekerja
secara optima. Antara strategi-strategi yang
boleh digunakan bagi mengatasi masalah stres
yang berlebihan ialah:
1. Pemimpin yang berkesan dapat membantu stafnya
untuk berdepan dengan stres dengan memberikan
tugas yang mencabar, cukup bagi mereka mendapat
tahap stres yang mencukupi bagi mengelakkan
hypostress, tetapi masih pada tahap yang boleh
boleh diterima bagi mengelakkan hyperstress.

28
2. Kakitangan juga boleh membentuk jaringan
sokongan sosial bagi membantu mereka untuk
berdepan dengan stres yang berlebihan.
3. Kakitangan boleh merangka jadual, tugas dan
aktiviti mereka secara efisien melalui pengurusan
masa dan perancangan tugas bagi mengelakkan
keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan stres.
4. Pemimpin organisasi juga tidak boleh mengelakkan
diri daripada stres dan lebihan maklumat. Bagi
mengatasi masalah ini mereka boleh menurunkan
kuasa dan menyerahkan tugas yang perlu kepada
kakitangan yang layak. 29
Etika dan komunikasi organisasi
luaran.

Selain dari melihat kepada etika dalam sesebuah


organisasi, kita juga perlu memberikan perhatian
kepada etika komunikasi organisasi luaran.
Antara perlakuan yang tidak beretika pada
peringkat ini ialah amalan rasuah, memeras
ugut dan memperdaya atau menipu orang lain
tidak kira di sektor mana ianya berlaku.
30
Contoh-contoh lain yang lebih spesifik ialah
(Kreps, 1990):
manipulasi saham
menyimpan maklumat daripada pengetahuan umum
diskriminasi pengambilan kakitangan
mencuri idea, perkhidmatan atau barangan daripada pihak lain
iklan yang menipu
rasuah dan paksaan

31
Jika dilihat daripada apa yang dinyatakan di atas, kita
mungkin dapat membuat kesimpulan bahawa pencabulan
etika boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu:

1. Kejujuran penyampaian maklumat - merujuk kepada


penyampaian maklumat yang tepat, tiada unsur
penipuan. Praktis seperti iklan yang berbentuk
penipuan, memalsukan data, menyimpan maklumat
merupakan contoh-contoh yang sesuai.
2. Pengaruh dan pengawalan - ini boleh menekan pihak lain
seperti memonopoli perniagaan, mempengaruhi individu
tertentu, rasuah serta melobi.
3. akauntabiliti luaran - organisasi yang tidak mempunyai
akauntabiliti bila berurusan dengan pihak luaran akan
menggalakkan kewujudan whistle-blowers untuk
menyalurkan maklumat tentang bahaya dan praktis 32
tidak beretika yang dilakukan oleh organisasi.
Komunikasi Perubahan Sosial
Apabila bercakap tentang komunikasi perubahan sosial,
kita akan mendapati bahawa ianya berkait rapat
dengan perhubungan awam. Perhubungan awam
melibatkan aktiviti mempengaruhi dan ianya
merangkumi aktiviti komunikasi yang bertujuan
untuk mendidik. Matlamat utamanya ialah untuk
mempengaruhi pendapat umum dan objektif
terakhirnya ialah untuk membuatkan orang ramai
mengambil tindakan yang positif bagi pihak
pelanggan mereka sama ada individu, organisasi atau
33
penyebab (Miyamoto, 1996).
Krisis etika: persepsi dan realiti.
Setiap krisis yang berlaku di dalam masyarakat
masa kini tidak semestinya berlaku kerana
kekurangan komunikasi di antara pihak-pihak
yang terlibat , tetapi disebabkan oleh keyakinan
semakin berkurangan dalam institusi masyarakat
itu sendiri. Persoalan berkaitan tanggungjawab
dan etika telah menjadi penyebab kepada
meningkatnya perasaan mengambil berat dalam
masyarakat kita. 34
Memandangkan pengamal-pengamal perhubungan
awam ini juga berperanan sebagai kaunselor dan
utusan (messenger), mereka lebih mudah untuk
terjebak dengan aktiviti atau perlakuan yang tidak
beretika. Pada sesetengah individu, kejayaan
sesebuah organisasi dalam menangani sesuatu
praktis perniagaan yang boleh dipertikaikan boleh
dikaitkan dengan kemampuan pengamal
perhubungan awam yang profesional membantu
organisasi tersebut untuk lebih mempunyai
tanggungjawab sosial.
35
Etika di dalam perhubungan awam.

Menurut Seib dan Fitzpatrick (1995) terdapat lima


kategori tugas Perhubungan Awam iaitu:
1. Tugas kepada dirisebagai pengamal perhubungan awam,
seseorang itu perlu mengambil kira kesetiaan kepada diri
sendiri. Mereka perlu melihat kepada diri sendiri, melihat
kepada sistem nilai yang ada pada diri sendiri dan manakah
di antara nilai-nilai tersebut yang mereka sanggup
berkompromi dalam menjalankan tugas profesional mereka.
Persoalan yang jelas, adakah nilai-nilai ini perlu dikorbankan
atau diketepikan hanya untuk memenuhi kehendak organisasi
dan pelanggan. 36
2.Tugas kepada organisasi yang menjadi pelanggan
banyak organisasi yang menawarkan perkhidmatan
merasakan bahawa secara profesionalnya, kesetiaan
harus ditunjukkan kepada organisasi yang mereka
wakili. Tetapi kepercayaan ini mungkin mendatangkan
masalah di kemudian hari. Pertama, sebagai pengamal
perhubungan awam, adakah kita mewakili organisasi itu
sendiri atau adakah kita mewakili sebab pelanggan
kita? Kedua, adakah dengan adanya perjanjian untuk
memberikan perkhidmatan bermakna kita telah
mewujudkan hubungan berbentuk perundangan yang
memerlukan kita memberikan perkhidmatan lain yang
istimewa bagi melindungi kepentingan pelanggan?
37
3.Tugas kepada majikan persoalannya, sejauh
mana harus kita tunjukkan kesetiaan kita kepada
majikan? Bilakah kesetiaan ini harus difikirkan
semula? Persoalan sebegini selalunya membuat
ramai kakitangan terpaksa membuat keputusan
yang sukar. Pertelingkahan pendapat tentang
bagaimana organisasi perlu beroperasi adalah satu
perkara tetapi membiarkan organisasi meletakkan
orang lain dalam keadaan berisiko merupakan satu
lagi faktor yang perlu diambil kira. Apabila kita
membiarkan perlakuan berisiko kepada orang lain,
kita telah melanggari tugas kepada masyarakat yang
seharusnya diberikan keutamaan berbanding tugas
kepada majikan kita.
38
4. Tugas kepada kerjayasebagai pengamal
perhubungan awam, kita mempunyai
tanggungjawab untuk menyokong bidang
kerjaya, termasuk rakan-rakan setugas kita.

5.Tugas kepada masyarakat khidmat kepada


masyarakat merupakan komponen penting
dalam setiap profesion dan ia perlu diletakkan
di tahap tertinggi di dalam senarai nilai-nilai
profesional. 39
Bivins (1993) mencadangkan empat paradigma dalam
memberikan perkhidmatan kepada masyarakat:

1. Sekiranya setiap pengamal perhubungan awam


mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada
pelanggannya, maka kehendak masyarakat juga
dapat dipenuhi.

2. Sekiranya, sebagai tambahan kepada memberikan


perkhidmatan demi memenuhi kehendak individu,
juga memenuhi kehendak masyarakat, maka kita
juga secara tidak langsung memberikan khidmat
kepada masyarakat.
40
3. Sekiranya profesion atau ahli-ahli profesional
perhubungan awam memastikan bahawa setiap
individu yang memerlukan atau menginginkan
perkhidmatan mereka dan seterusnya mendapat
perkhidmatan tersebut, maka kehendak
masyarakat juga telah dapat dipenuhi.
4. Sekiranya perhubungan awam sebagai satu
profesion mempertingkatkan kualiti hujah ke atas isu-
isu yang penting kepada masyarakat, maka
kehendak masyarakat telah berjaya dipenuhi.

41
RUMUSAN
Jelaslah bahawa daripada komunikasi interpersonal
sehinggalah kepada yang melibatkan orang lain
sama ada dalam konteks organisasi, perhubungan awam,
teknologi atau media massa, kita akan berhadapan
dengan isu-isu komunikasi yang melibatkan etika serta
kepimpinan seperti menyembunyikan maklumat,
menyalahgunakan statistik atau data / membentang
maklumat yang salah. Perlakuan atau tindakan yang
menggalakkan atau yang menghindarkan kita daripada
kebebasan berucap merupakan yang relevan dengan
pelbagai konteks komunikasi.
42

Anda mungkin juga menyukai