Anda di halaman 1dari 7

BAB 10 ETIKA DAN INTEGRITI

KEPENGURUSAN

RENUNGKAN SEJENAK

 Rasuah
 Penyelewengan
 Ketidaktelusan
 Bias
 Prejudis
 Pembaziran
 Kronisme
 Pecah amanah
 Penyalahgunaan kuasa

KAJIAN ETIKA PERNIAGAAN DI INDIANA POLIS


(O’ROURKE, 2007:63)

 Pekerja amat mengambil berat tentang perlakuan ketua mereka.


 Pekerja mempersoalkan etika kebanyakan pengurus masa kini.
 Kurang dari separuh pekerja percaya bahawa ketua mereka adalah
seorang yang berintegriti.
 Pekerja mengatakan majikan mereka akan membenarkan sebarang
perbuatan yang tidak beretika dan bertentangan dengan undang-undang
asalkan matlamat organisasi dapat dicapai.

1
 Menurut satu kajian mengenai etika perniagaan di Indianapolis, Amerika
Syarikat mendapati bahawa pekerja-pekerja amat mengambil berat
tentang perlakuan ketua mereka (O’Rourke, 2007: 63).
 Mereka juga mempersoalkan etika kebanyakan pengurus masa kini.
Kajian ini juga mendapati bahawa kurang dari separuh pekerja yang
percaya bahawa ketua mereka adalah seorang yang mempunyai integriti
tinggi.
 Kajian ini juga mendapati bahawa pekerja juga mengatakan bahawa
majikan mereka akan membenarkan sebarang perbuatan yang tidak
beretika dan bertentangan dengan undang-undang asalkan matlamat
organisasi dapat dicapai.

KONSEPTUAL....ETIKA

 Etika – bentuk kod prinsip-prinsip moral dan nilai yang mengawal


perlakuan seseorang atau kumpulan berdasarkan apa yang betul dan apa
yang salah (Daft, 1992: 326).
 Etika berbeza drpd undang-undang kerana undang-undang terbentuk
berdasarkan prinsip-prinsip dan peraturan yang menerangkan bagaimana
seseorang itu sepatutnya berkelakuan dan seseorang individu boleh
didakwa di mahkamah sekiranya melanggar undang-undang.
 Etika boleh dikategorikan kepada dua iaitu:
 Etika perbandingan (comparative) = pandangan setiap budaya
terhadap etika misalnya bagaimana sesuatu budaya itu melihat
perbuatan meminum arak.
 Etika normatif (normative) = pemahaman etika bedasarkan falsafah
dan pandangan dari sudut agama. Cthnya perbuatan “membohong”
dari sudut falsafahnya adalah satu perbuatan yang salah dalam apa

2
keadaan pun dan ini diperkuatkan lagi dengan ajaran agama yang
mengatakan bahawa perbuatan jahat itu adalah berdosa.
 etika situasi (situational) = penggunaannya kerana ia bergantung
kepada keadaan dan masa.
 Hugh Culberton (dalam Newsom dan rakan-rakan, 2005) kemudian telah
memperkenalkan satu lagi kategori etika iaitu etika situasi (situational) di
mana etika sebegini adalah lebih anjal dalam penggunaannya kerana ia
bergantung kepada keadaan dan masa. Misalnya seseorang itu berbohong
untuk menyelamatkan dirinya daripada dibunuh oleh pengganas.

KONSEPTUAL....INTEGRITI

 Kejujuran dan ketelusan, kesempurnaan dan keutuhan (Kamus Dewan,


2002).
 Sulaiman Mahbob (2006): “satu keseluruhan pembawaan kita dari segi
peribadi, akhlak, tutur kata dan sopan santun”
 Institut Integriti Malaysia (2005): “...kewibawaan dan keutuhan...”
 Integriti merangkumi keseluruhan pembawaan keperibadaian dan
pembentukan sahsiah seseorang dalam menjalani kehidupan (pekerjaan)
bagi mencapai matlamat yang murni saksama, telus dan
bertanggungjawab. Banyak pandangan yang menganggap bahawa soal
etika ini adalah merupakan perkara yang remeh dan tidak perlu diberikan
perhatian sepenuhnya.
 Menurut Seeger (2001), ini adalah disebabkan oleh tiga perkara
iaitu:
1. kekeliruan di antara tanggungjawab dengan akauntabiliti
(kebolehpercayaan);
2. perbincangan yang terhad mengenai etika di dalam organisasi, dan

3
3. pandangan bahawa soal etika tidaklah sepenting isu-isu yang lebih
besar seperti isu-isu kecekapan dan keuntungan.
 Justeru itu, konsep integriti kini menjadi perhatian kebanyakan organisasi
dan kerajaan untuk menerapkan nialai-nilai etika dan integriti dalam
pengurusan mereka agar mencapai matlamat yang saksama dan adil serta
bertanggungjawab.

SUMBER ETIKA

Adakah keputusan / tingkahlaku beretika dan berasaskan tanggungjawab


sosial?

1. Etika Individu
 Kepercayaan dan nilai-nilai Pembentukan Moral Kerangka Etika
o Individu atau pengurus yang menyertai sesebuah organisasi
akan membawa kepercayaan dan nilai-nilai dari luar ke
dalam organisasi.
o Pembentukan moral atau pembentukan prinsip terbentuk dari
latarbelakang individu itu sendiri.

2. Budaya organisasi
 Kelaziman, upacara-upacara, cerita-cerita, pengasas, wira, bahasa
dan slogan.
o Pengasas sesebuah organisasi dan sejarah penubuhannya
memainkan peranan penting dalam membentuk budaya
organisasi.
o Syarikat elektronik Jepun terbesar iaitu Matsushita
Electronics Industries merupakan satu contoh yang baik
untuk menerangkan pengaruh organisasi terhadap nilai

4
pekerja. Pengasas Syarikat tersebut berpegang kepada nilai
keperibadian dan kepercayaan pengasasnya yang
mempercayai bahawa tujuan utama perniagaannya adalah
untuk membantu mengurangkan kemiskinan
3. Sistem organisasi
 Struktur, polisi, peraturan, kod etika, ganjaran, pemilihan, Latihan
o Sistem formal organisasi juga boleh memainkan peranan
penting dalam mempengaruhi cara pembuatan keputusan.
o Peraturan formal sebegini akan mampu sedikit sebanyak
memberi kesan kepada pembentukan etika.

BAGAIMANA MEMBENTUK ETIKA & INTEGRITI?

Daft (1992) menyarankan tiga strategi:

1. Pengurusan simbolik:
 Tidak semestinya dinyatakan dlm bentuk arahan dan peraturan.
 Penggunaan simbol bagi mempengaruhi nilai-nilai organisasi.
Pengurus akan membentuk satu budaya organisasi yang boleh
dinilai, dipercayai dan diterima oleh pekerja.
2. Gaya budaya kepimpinan:
 pemimpin yang membentuk nilai, pemimpin yang menghayati
budaya, pemimpin yang menggabungkan budaya mampu
membentuk harmoni, dan pemimpin yang mengubah budaya dan
nilai-nilia etika.
3. Sistem formal organisasi:
 struktur, mekanisme penyampaian, kod etika organisasi dan
program-program Latihan

5
Menurut Clarence Walton (dalam Daft, 1992: 331) untuk menjadi seorang
pengurus yang bermoral, terdapat tiga aspek pendekatan beretika yang perlu
dipatuhi iaitu budaya, konsep dan tingkahlaku.

Aspek etika budaya merujuk kepada nilai-nilai yang dibawa masuk dari luar ke
dalam organisasi. Nilai-nilai ini seharusnya mampu mengukuhkan organisasi.

Daft menulis ada tiga cara pengurus boleh melakukannya.

1. Pertama adalah melalui pengurusan simbolik,


2. kedua melalui gaya budaya kepimpinan
3. ketiga adalah sistem formal organisasi.

KEPENTINGAN ETIKA & INTEGRITI DALAM


PENGURUSAN

 Kejujuran, Akauntabiliti, Ketelusan, Kecekapan, Profesionalisme


 Keharmonian, Kesaksamaan, Penghormatan
 Amanah, Bersih, Keutuhan, Disiplin

PANDUAN NILAI ETIKA DAN INTEGRITI KEPENGURUSAN

 Kepimpinan Bersih
 Dasar Dan Matlamat Organisas Jelas
 Latihan Dan Disiplin Berterusna
 Komunikasi Berkesan
 Persekitaran Organisasi Yg Kondusif
 Kecekapan Sumber
 Kesediaan Untuk Berubah
 Amanah Dan Telus

6
 Daya Kreativiti Dan Inovasi
 Amalan Profesionalisme
 Budaya Kerja Inovatif Dan Sistematik

Anda mungkin juga menyukai