Anda di halaman 1dari 16

ISI KANDUNGAN

1.0

PENGENALAN 1.1 1.2 1.3 1.4 Definisi etika Etika menurut perspektif Islam Ciri-ciri etika Islam Definisi pengurusan

1 1 1 12 2

2.0

KEPENTINGAN ETIKA DALAM MENGURUSKAN PERUBAHAN 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Etika dalam menguruskan perubahan sesuatu keputusan Etika dalam menguruskan perubahan teknologi Etika dalam menguruskan perubahan polisi dan strategik organisasi Etika dalam menguruskan perubahan pengeluaran Etika dalam menguruskan perubahan persekitaran 2.5.1 2.5.2 Persekitaran Kondusif dan infrastruktur yang lengkap Persekitaran social dan budaya

3 3-4 4-5 6 6-8 9 10 12 13 14

3.0

KESIMPULAN

15

RUJUKAN

1.0 PENGENALAN Kepentingan etika di dalam menguruskan sesuatu perubahan adalah satu perkara yang amat penting yang perlu dititikberatkan oleh organisasi umumnya dan individu khasnya. Dengan mengimplimentasikan prinsip beretika tersebut ianya akan dapat melahirkan sesebuah organisasi yang bersifat harmoni dan sejahtera di dalam masyarakat. Bagi memahami dengan lebih mendalam berkenaan tajuk perbincangan ini, definisi etika dan pengurusan perubahan akan dijelaskan secara terperinci: 1.1 Definisi etika Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2005), maksud etika ialah prinsip moral atau nilainilai akhlak (adat sopan santun dsb) yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia. Berdasarkan kenyataan tersebut, secara umumnya etika boleh ditakrif sebagai satu tingkahlaku atau perbuatan yang baik dan memuaskan di dalam diri seseorang manusia dan ianya akan diimplimentasikan di dalam kehidupan seharian. 1.2 Etika Menurut perspektif Islam Melalui penulisan Aminudin Basir@ Ahmad Jamsari Alias, (2012) yang bertajuk Etika Kesarjanaan Muslim Menurut Akhlak Islam mendefinisikan etika menurut pandangan alAjurriy (1987) menerusi karya beliau yang berjudul Akhlak al-Ulamak. Al-Ajurriy telah menerangkan beberapa aspek etika kesarjanaan muslim menurut akhlak islam yang perlu diamalkan oleh para sarjana antaranya seperti berniat ikhlas dan berkata benar.

Etika dalam Islam adalah akhlak. Ia merujuk kepada nilai akhlak atau prinsip moral yang berdasarkan al-Quran dan Hadith. Etika Islam juga merujuk kepada nilai-nilai baik dan dengan melakukannya seseorang akan mendapat ganjaran pahala. Selain itu ia juga dapat ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan yang mengajarkan mana baik dan mana yang buruk berdasarkan ajaran Allah dan RasulNya.

1.3 Ciri-Ciri Etika Islam Etika Islam mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri yang membezakannya daripada etika menurut perspektif barat. Ciri-cirinya yang istimewa ini tidak terkandung di dalam etika mengikut falsafah barat. Antara ciri-cirinya adalah seperti indeks untuk menentukan etika diukur berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah dan bukannya akal semata-mata. Di dalam tulisan Dr. Syarifah Hayati Syed Ismail (2009), di dalam jurnal bertajuk Etika Penyelesaian Konflik dan Pentadbiran Islam memetik pandangan Dr. Hamzah Yakub. (1991), di dalam artikal yang bertajuk Pembinaan Akhlaqul Karimah mendifinisikan etika islam sebagai sesuatu yang bersifat universal dan komprehensif serta dapat diterima oleh seluruh manusia di setiap masa dan tempat termasuk dalam bidang politik dan kepimpinan. Etika Islam berkait rapat dengan hukum halal dan haram, pahala dan dosa. Termasuk dalam konsep ibadah. Ia tertakluk kepada konsep matlamat tidak menghalalkan cara. 1.4 Definisi Pengurusan Pengurusan merujuk kepada satu set keinginan yang direkabentuk untuk meninggikan dan mengarahkan kerja yang ditentukan. Bagi sesetengah keadaan, setiap orang itu adalah pengurus sekalipun hanya dengan bertindak ke atas diri dan urusan peribadi. Sebagai contoh, apabila seseorang itu berkumpul bersama-sama dalam satu hubungan yang formal seperti dalam sebuah organisasi maka pengurusan menjadi satu bidang aktiviti yang utama. Organisasi lebih menekankan pentingnya teori-teori dan model yang berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang rasional dengan model-model tertentu yang berkait dengan objektif organisasi itu sendiri. Terdapat beberapa defini pengurusan yang dapat dijadikan rujukan antaranya ialah, melalui tulisan Nor' Azzah binti Kamri (2002), yang bertajuk Etika Pengurusan Islam dan Konvensional : Satu Analisis Perbandingan yang merujuk pada pandangan (Hilgert & Leonard) menyatakan bahawa pengurusan ialah satu proses di mana kerja dapat dilaksanakan dengan mengembeling sumber manusia serta membimbing dan memberi motivasi kepada usaha mereka ke arah pencapaian objektif organisasi.

Secara umunya, maksud pengurusan ini ialah satu perkara yang ditadbir oleh manusia untuk mengawal atau menyelia sesuatu perkara bermula dari individu atau diri sendiri sehingga satu kelompok yang lebih besar.
3

Jika dilihat dari segi definisi etika dan pengurusan, ianya dilihat dua perkara yang saling melengkapi diantara satu sama lain. Jika kedua-dua aspek tersebut tidak ada maka pengurusan perubahan perlulah dilakukan untuk memastikan perjalanan sesuatu tugas, misi, visi dan amanah berjalan lancar. Bagi mengupas perkara tersebut dengan lebih mendalam beberapa faktor pengurusan perubahan berlandaskan etika akan ditekankan di dalam perbincangan ini.

2.0 KEPENTINGAN ETIKA DALAM MENGURUSKAN PERUBAHAN. Dalam sesebuah organisasi nilai etika perlulah ditekankan dengan sebaik mungkin agar segala aktiviti yang dilakukan berjalan lancar mengikut peraturan yang ditetapkan. Di dalam tajuk perbincangan ini, penekanan yang akan diberikan ialah nilai etika dalam menguruskan perubahan supaya setiap tindak tanduk yang dilakukan mengikut prinsip etika yang betul dan tepat. Terdapat beberapa perkara penting yang dikenalpasti agar amalan etika dalam menguruskan perubahan dapat dilakukan dengan betul, antara perkara yang akan dibincangkan seperti di bawah : i) ii) iii) iv) v) Etika dalam menguruskan perubaan sesuatu keputusan Etika dalam menguruskan perubaan teknologi Etika dalam menguruskan perubahan polisi dan strategik organisasi Etika dalam menguruskan perubahan pengeluaran. Etika dalam menguruskan perubahan persekitaran.

2.1 Etika dalam menguruskan perubahan sesuatu keputusan Gelagat pembuatan keputusan di kalangan pengurus merupakan fenomena yang unik dan seringkali mendapat perhatian masyarakat umum. Ini kerana, gelagat pengurus dan hasil keputusan merupakan pembolehubah yang seringkali berkait antara satu sama lain serta berupaya memberikan implikasi tertentu kepada prestasi dan imej organisasi. Gibson, Ivancevich dan Donnelliy (1997) di dalam artikal bertajuk Gelagat Pembuatan

Keputusan Dalam Organisasi : Model, Implikasi, Dan Isu-Isu Etika melalui tulisan Nazlina Zakaria, Hanissah A.Razak & Abdul Manaf Bohari (2013). Keadaan ini bermaksud, setiap keputusan akan memberi kesan positif dan negatif kepada organisasi. Jika proses membuat keputusan tersebut mengikut etika dan cara pengurusan yang betul maka kesannya akan menjadi positif. Menurut Gibson, Ivancevich dan Donnelliy (1997) di dalam artikal bertajuk Gelagat Pembuatan Keputusan Dalam Organisasi : Model, Implikasi, Dan Isu-Isu Etika melalui tulisan Nazlina Zakaria, Hanissah A.Razak & Abdul Manaf Bohari (2013).

i)

Bersikap terbuka terhadap kritikan, kegagalan dan cadangan. Pemimpin yang berkesan adalah pemimpin yang dapat menerima perkara tersebut dengan baik. Pemimpin yang mengamalkan tingkah laku beretika akan sentiasa mendengar dan menerima pandangan orang lain kerana dirinya juga adalah manusia biasa.

ii)

Elakkan jalan pintas. Membangunkan sebuah organisasi yang baik memerlukan usaha keras. Sekiranya ia dibina melalui usaha yang jujur dan ikhlas kemungkinan untuk kekal berjaya adalah lebih kukuh.

iii) iv)

Telus dalam semua keputusan dan tindakan. Menggalakkan penyertaan kakitangan dan proses demokratik dalam organisasi.

Jika nilai tersebut diimplimentasikan di dalam proses membuat keputusan ianya akan melahirkan suasana harmoni dan kepuasan dalam menerima perubahan keputusan. 2.2 Etika dalam menguruskan perubahan teknologi Pihak pengurusan perlu lebih peka terhadap perubahan persekitaran terutamanya di dalam perkembangan teknologi. Kemahiran dan pengetahuan perlulah didalami supaya setiap kesan dan cabaran di dalam dunia teknologi maklumat dapat dikekang. Di zaman yang serba moden ini, semua maklumat hanya dihujung jari dan ini akan memberi kesan jika nilai etika tidak disemaikan di dalam diri. Jika pihak atasan tidak mengambil berat perkara tersebut pelbagai impak negatif akan wujud di dalam sesebuah organisasi dan masyarakat. Antara kesan negatif yang dimaksudkan ialah : i) Menggunakan masa bekerja untuk membuka facebook, msn, skype dan sebagainya. Malahnya, hasil kerja pekerja akan menjadi lambat dan tidak efisen. Ini akan mempengaruhi pengeluaran syarikat itu menjadi kurang. ii) Pekerja malas akan menjadi lebih malas. Sebagai contohnya, pekerja akan fikirkan perkakasan mesin atau robot ini boleh tolong mereka membuat kerja. Jadi, mereka hanya menekankan butang mesin sahaja, selepas itu mesin akan tolong mereka menghasilkan produk sahaja. Dengan adanya sikap pekerja itu, mereka akan menjadi lebih malas berbanding pada zaman dahulu. iii) Arus teknologi yang begitu canggih menyukarkan kita untuk mengawalnya. Aktiviti penggodam ini akan meyukarkan kerja-kerja kerajaan untuk melaksanakan tugasnya. Begitu juga dengan kita individu. Kita merasakan maklumat peribadi kita seperti akaun
6

simpanan dan rahsia lain mudah terbongkar. Kemajuan teknologi maklumat juga mendatangkan kesan buruk apabila kini berlaku pula pencerobohan maklumat yang disebut sebagai "penggodam" di mana maklumat sulit sesebuah negara boleh diceroboh dengan mudah. Melalui teknologi terkini juga, pengubahsuaian ke atas sesuatu gambar boleh dibuat. Kadangkala ia memberi kesan buruk kerana boleh menyebabkan fitnah. Bagi mengatasi permasalahan yang wujud ini, organisasi disarankan agar melaksanakan beberapa kaedah seperti berikut : i. Organisasi amnya dan pengurus khasnya boleh menyekat atau menapis beberapa laman web yang dilihat tidak sesuai dilayari oleh para pekerja. Organisasi juga boleh mewujudkan laman intranet yang hanya boleh digunakan bagi tujuan kerja sahaja. ii. Mensistem komputer dengan kata laluan dan ID masing-masing bagi membolehkan pemantauan jika sesuatu maklumat didedah. Sistem ini juga dapat menjaga individu lain daripada mereka dituduh menceroboh atau menggodam sistem. iii. Mengadakan kempen kesedaran berkenaan penggunaan teknologi maklumat dan menjelaskan antara kesan-kesan yang akan berlaku. Pihak organisasi juga boleh mengambil tindakan undang-undang kepada pekerja yang melanggari arahan. iv. Mempelbagaikan kerja seperti penekanan kepada kekemasan, kualiti dan membuat semakan bagi organisasi yang menggunakan teknologi mesin pembuatan: Kesimpulanya, di dalam dunia yang semakin moden dengan kecanggihan teknologi, kebanyakan organisasi mengimplimentasikan sistem teknologi di dalam organisasi. Permasalahan yang timbul ialah, pendedahan yang mendalam kepada wargakerja berkenaan pengunaan teknologi tidak diajar dan ini merupakan tindakan yang tidak beretika. Bagi organisasi tersebut, perubahan perlu dilakukan supaya pekerja tidak berasa tertekan dan tidak silap dalam melakukan kerja. Antara perubahan yang perlu dilakukan seperti menyediakan kursus dan turun padang bersama pekerja bagi melihat sendiri sebarang permasalahan yang wujud.

2.3 Etika dalam menguruskan perubahan polisi dan strategik organisasi Menurut Prof. Ab Aziz Yusof (2006) di dalam buku Perubahan dan Kepimpinan menerangkan maksud perubahan strategik organisasi ialah perubahan yang melibatkan perubahan keseluruhan organisasi seperti mendefinisikan semula peranan organisasi, perubahan stuktur, startegi, dan kaedah keseluruhan sistem pengeluaran. Secara kebiasaanya perubahan ini dilakukan apabila berlakunya pertukaran kumpulan pengurusan, pengeluaran produk baru, krisis ekonomi atau politik dan faktor persaingan. Pihak pengurusan perlu melihat perkara ini sebagai satu perkara yang serius kerana jika sesuatu polisi dan startigik yang ditetapkan tidak mendapat persetujuan golongan sokongan atau bawahan atau keputusan menggunakan kuasa mutlak tanpa sebarang kajian yang mendalam, keadaan ini mewujudkan sikap ketidakpuasan hati golongan sokongan. Berlakunya ketidakpuasan hati menyebabkan golongan bawahan akan melanggari etika pekerjaan dan pihak pengurusan juga turut melanggari etika dalam menguruskan perubahan. Bagi mengatasi permasalahan tersebut, sikap keterbukaan perlu diimplimentasikan dan pihak pengurusan perlu melihat dari banyak sudut seperti sejarah perkembangan sesebuah organisasi, kedudukan kewangan syarikat, penerimaan pekerja dengan pengurusan baru, mengenalpasti sikap dan persekitaran pekerja dan mengamalkan dasar ketebukaan minda. Jika semua nilai etika tersebut dilaksanakan, setiap perubahan yang akan berlaku akan bertepatan dengan keadaan sebenar organisasi. 2.4 Etika dalam menguruskan perubahan pengeluaran. Setiap organisasikan akan mementing produktiviti yang tinggi bagi mencapai tahap kejayaan dan keuntungan organisasi yang maksimun, namun jika nilai-nilai etika tidak diterapkan di dalam kepimpinan, ianya akan menyebabkan berlakunya penindasan kepada pekerja iaitu pengembelingan tenaga yang maksimun bagi memenuhi permintaan pasaran. Keadaan ini selalunya berlaku pada organisasi yang berorentasikan keuntungan dan memonapoli pasaran. Organisasi ini tidak memikirkan keperluan dan kehendak pekerja serta kepentingan pengguna (stake holder). keadaan ini ditakrifkan sebagai perniagaan yang tidak beretika.

Bagi mengatasi masalah tersebut terdapat tiga cadangan yang dilihat sesuai diaplikasikan oleh organisasi. Antara cadangan tersebut ialah menggunakan teknologi bagi mengurangkan bebanan kerja pada pekerja, menambah bilangan pekerja dan menskopkan bidang tugas berdasarkan kepakaran masing-masing dan menjadualkan sistem pengeluaran yang sistematik dan tempahan dibuat mengikut kala yang ditetapkan. 2.5 Etika dalam menguruskan perubahan persekitaran Persekitaran memainkan peranan yang penting yang mana hasil persekitaran yang baik akan menjadikan wargakerja dan organisasi berkembang kearah kejayaan dan kebaikan. Pihak pengurusan khasnya dan organisasi am perlu mengkaji apakah permasalahan persekitan yang akan timbul jika penekanan terhadap persekitaran diabaikan. Pada perbincangan ini saya akan menerangkan cara mengatasi permasalahan persekitaran dalam konteks persekitaran dalaman. Antara perkara yang diperbincangkan adalah seperti berikut: 2.5.1 Persekitaran kundusif dan infrastuktur yang lengkap. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 (2005), mendefinisikan perkataan Kondusif ialah keadaan yang selesa dari segi tempat, peralatan, dan ruang, serta suasana kerja yang tenang. Tempat yang kundusif dan infrastuktur yang lengkap merupakan satu keperluan yang perlu disediakan oleh organisasi bagi memberi keselesaan kepada pekerja melakukan tugasan yang ditetapkan. Melalui pemerhatian dan pengalaman, terdapat organisasi yang tidak menyediakan kemudahan tempat kerja yang sempurna. Organisasi tersebut hanya mementingkan pengeluaran dan keuntungan tanpa menitikberatkan keselesaan perkerja. Bagi menguruskan permasalahan tersebut mengikut etika sebenar ialah, dengan menyediakan ruangan kerja yang selesa dan melengkapkan peralatan. Bagi penyediaan ruang, ianya hendaklah bersesuaian dengan kapasiti bilangan pekerja dan peralatan. Dengan penyedia ruangan yang idea pekerja akan merasa selesa melakukan tugasan tanpa ada rasa rimas dan kurang selesa dengan persekitaran ruangan yang sempit. Bagi penyediaan peralatan, organisasi tersebut perlulah sentiasa melihat perkembangan semasa dari segi kemodenan peralatan yang digunakan. Organisasi tersebut perlulah peka akan sesuatu peralatan yang boleh memudahkan pekerja dan secara tidak langsung akan meningkatkan produktiviti

pengeluaran. Sebagai contoh, bagi firma yang berunsurkan perkhidmatan perakaunan dan audit yang mana sebelum ini hanya menggunakan excel ditukar kepada sistem yang lebih moden iaitu sistem (UBS). Sistem tersebut dapat menjimatkan masa penyediaan akaun dan kesilapan dapat dikurangkan kerana sistem tersebut telah diprogram untuk pengiraan perkaunan yang lengkap. Dengan jimatnya masa tersebut pekerja akan mempunyai banyak masa dan ruangan masa tersebut membolehkan pekerja lebih teleti memasukan data dan maklumat berbanding sebelum di mana semuanya akan diisi dengan manual. Kesimpulanya, ruang dan peralatan yang lengkap merupakan salah satu faktor untuk melahirkan sebuah organisasi yang beretika dari segi menjaga kepentingan pekerja melalui persekitaran kerja dan penyediaan kemudahan tersebut ialah tanggungjawab organisasi bagi melahirkan pekerja yang berkualiti dan mencapai tahap pengeluaran yang dkehendaki. 2.5.2 Persekitaran sosial dan budaya Persekitaran sosial dan budaya kebiasaanya akan mempengaruhi sikap dan tingkahlaku seseorang pekerja. Nilai-nilai etika seperti sikap menghormati, kasih sayang, nilai ehsan dan sikap bertanggungjawab perlulah disemai oleh organisasi bagi mewujudkan persekitaran sosial budaya yang harmoni. Persekitaran sosial kebiasaanya melibatkan pergaulan wargakerja di dalam organisasi dan persekitaran budaya adalah sikap secara individu itu sendiri dan seterusnya boleh mempengaruhi sejumlah kumpulan yang besar. Berikut adalah penerangan terperinci berkenaan persekitaran tersebut dan cara terbaik untuk memupuk nilai-nilai etika dalam pengurusan organisasi. i ) Pengaruh sosial dalam mewujudkan permasalahan politik organisasi. Seperti yang diperbincangkan, masalah sosial melibatkan sekumpulan jumlah yang agak besar dan ianya mempengaruhi hubungan sesama wargakerja. Kebelakangan ini nilai tidak beretika semakin menular masuk di dalam persekitaran sosial pada masa kini. Antara yang dikenalpasti dan semakin menular di dalam organisasi ialah wujudnya politik organisasi.

10

Merujuk kepada artikal yang dikeluarkan oleh INTAN. (1991) di dalam karya yang bertajuk Falsafah, Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam yang memetik pandangan Eran Vigoda (1998), mentakrifkan masud organisasi ialah proses hubungan antara kuasa dan pengaruh membabitkan individu-individu dan kelompok-kelompok tertentu sama ada di peringkat dalaman atau luaran persekitaran organisasi. Merujuk kepada pengaruh aktiviti-aktiviti dan taktik-taktik yang dilakukan oleh ahli-ahli organisasi dalam usaha untuk memenuhi dan mencapai kepentingan dan matlamat mereka di tempat kerja. Kesan dari permasalahan politik organisasi ini boleh mendatangkan banyak keburukan kepada organisasi, antara permasalahan atau kesan buruk yang dilihat ialah: a) wujudnya kumpulan tertentu di mana kumpulan yang kuat akan mendominasikan kumpulan yang lemah. Permasalahan ini tidak akan mewujudkan satu persaingan yang sihat malahan kumpulan ini akan mencari peluang untuk menjatuhkan kumpulan tersebut supaya segala keputusan dan polisi dipengaruhi oleh kumpulan tersebut. b) Permusuhan sesama wargakerja, sikap untuk menindas golongan lemah, wujudnya puak-puak dan pergaulan tidak sihat di bawa keluar daripada waktu kerja. c) Tersekatnya proses perkembangan, pembelajaran, prestasi, idealisme,

profesionalisme, kemahiran dan kepakaran, d) Wujud perasaan pentingkan diri atau ego yang menebal dalam semua aktiviti urusan kerja termasuk aspek komunikasi dan pergaulan, e) Semangat kerjasama semakin luntur, kurang rasa malu atau hormat antara satu sama lain dan melahirkan prasangka buruk, f) Sentiasa akan mencari kelompok atau membina pelbagai kumpulan yang akhirnya 'berperang/bertempur' sesama rakan sejawat sehingga mencetuskan suasana tidak harmoni, g) Melahirkan pegawai atau kakitangan yang berpaut dengan 'boss' untuk dijadikan asas mencari pengaruh atau kekuatan dan untuk menjatuhkan lawan saingan, h) Melahirkan budaya cantas mencantas atau memijak kawan untuk urusan cepat naik pangkat.

11

Bagi mengelakkan perkara tersebut daripada terus berlaku, pihak organisasi perlu mengurusankan beberapa perubahan seperti : a) Wujudkan persaingan sihat. Organisasi atau pihak pengurusan perlulah meletakan sasaran kepada pekerja supaya mereka akan lebih jelas apakah matlamat yang perlu dicapai. Apabila matlamat telah jelas, pekerja akan bersaing sesama mereka bagi mencapaikan matlamat dan menonjol di dalam organisasi. Organisasi perlulah menghargai para pekerja dengan menawarkan kenaikan gaji, pangkat dan sebagainya bagi memotivasikan pekerja ke arah persaingan yang sihat b) Terapkan nilai win-win Pelaksanaan konsep menang-menang ini akan satu sifat yang adil kepada pekerja dan organisasi di mana kedua-dua pihak akan ditunaikan hak-hak yang sepatutnya diperolehi. Sebagai contoh, jika sesebuah organisasi tersebut cemerlang maka secara tidak langsung pekerja akan turut sama cemerlang dan insentif atau keuntungan yang diperolehi akan dibahagikan bersama. Antara contoh yang dapat dikaitkan ialah pemberian bonus dan mengadakan aktiviti riadah. c) Tingkatkan kemahiran interpersonal. Komunikasi interpersonal ialah konsep kendiri, sikap, sahsiah, nilai dan matlamat. Ia akan membantu mewujudkan seorang individu yang berkebolehan dan berkeyakinan semasa berinteraksi dengan persekitarannya. Penerapan ini boleh disemai melalui kursus dan kelas-kelas motivasi . Kesimpulanya, politik organisasi ini merupakan satu permasalahan yang boleh dianggap serius jika tindakan pengurusan yang betul tidak diambil. Kepincangan yang berlaku dalam kalanggan pekerja boleh menyebabkan kemerosotan sesebuah organisasi, jesteru nilai murni dan beretika perlu diimplimentasikan bagi membolehkan segala matlamat organisasi tercapai.

12

ii ) Pengurusan perubahan budaya. Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi ke 4 (2005), mentakrifkan maksud budaya ialah merujuk kepada tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Menurut Garrison di dalam jurnal yang ditulis oleh Zuliana Zookefli (2008) bertajuk Hubungan budaya organisasi dengan perkongsian pengetahuan mendefinisikan maksud budaya organisasi ialah, Secara umumnya budaya organisasi adalah personaliti kepada sesebuah organisasi. Di dalam tulisan yang sama Zaliana Zookefli (2008) turut memetik kenyataan dari Robbins (2005) yang mendefinisikan budaya organisasi sebagai suatu persepsi bersama yang dianuti oleh anggota organisasi. Budaya organisasi merangkumi nilai yang diamalkan, kepercayaan, andaian-andaian, prinsip-prinsip, legenda-legenda dan norma-norma yang mempengaruhi bagaimana seseorang itu berfikir, membuat keputusan, dan menjalankan tugas dalam sesebuah organisasi. Peranan pengurusan memainkan peranan yang penting di dalam aspek ni kerana jika nilai budaya yang negetif dilaksanakan pemberontakan dan permasalahan akan berlaku di dalam kalangan wargakerja. Melalui perbincangan persekitaran budaya ini antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh pengurus bagi merealisasikan pengurusan mengikut etika. Pengurusan perlu melaksanakan beberapa niali-nilai yang beretika di dalam sesebuah organisasi, anatara niali-nilai tersebut ialah, a) Para pemimpin sesebuah organisasi perlu mewujudkan nilai- -nilai aset peribadi mereka dan menjalani kehidupan mereka dengan sewajarnya supaya ianya dapat dijadikan (rule model) dalam kalangan pekerja. b) Visi dan misi perlu jelas dan dimaklumkan kepada semua kakitangan. c) Para pemimpin harus menjadi seorang jurulatih serta mentor kepada pekerja untuk memastikan bahawa nilai-nilai murni ini diserapkan ke dalam setiap pekerja. Kejurulatihan adalah satu kaedah yang mengarah, mengajar dan melatih seseorang atau sekumpulan orang, dengan tujuan untuk mencapai matlamat beberapa atau membangunkan kemahiran tertentu. d) Ketua-ketua jabatan hendaklah berusaha memupuk di kalangan stafnya tentang berkongsi visi bagaimana menyusun dan mengurus sesuatu masalah. Perundingan
13

di antara ketua-ketua jabatan dengan staf bawahannya adalah digalakkan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. e) Pengurus hendaklah mencari penyelesaian bersama ke atas masalah-masalah yang dihadapi. f) Organisasi perlu menerapkan perubahan-perubahan yang hendak dilaksanakan dengan memasukkannya sebagai dasar atau sistem jabatan supaya kefahaman dapat dipertingkatkan dan rasa kesamarataan di kalangan staf dapat ditanamkan. g) Untuk menjamin kejayaan dan mengekalkan kejayaan yang dicapai serta diteruskan, organisasi perlu mewujudkan sistem maklum balas ke atas semua aktiviti peningkatan mutu kerja seterusnya menyesuaikan aktiviti-aktiviti berkenaan mengikut kehendak masa. Kesimpulanya, pengurusan budaya perlulah ditadbir sebaik mungkin supaya nilainilai murni dapat dilahirkan di dalam suasana kerja.

14

3.0 KESIMPULAN Melalui perbincangan di atas dapat dirumuskan bahawa kepentingan etika di dalam kehidupan amnya dan organisasi khasnya amat penting bagi mewujudkan persekitaran yang hormani dan positif di dalam segala bidang. Organisasi perlulah mengenal pasti akan puncapunca yang wujudnya kesan negatif tersebut dan seterusnya melaksanakan langkah penyelesaian serta pencegahan. Kebijaksanaan dalam menguruskan perubahan daripada tidak beretika kepada beretika perlulah diambil serius supaya pengurusan perubahan yang dilakukan dapat diterima dan diikuti oleh semua dengan mudah dan melahirkan kesedaran yang asli di dalam diri yang terlibat. Bagi melaksanakan langkah penyelesaian dan pencegahan organisasi atau pengurus perlu bijak dalam menguruskan perubahan supaya setiap perubahan yang dilaksanakan boleh diterima dan diikuti dengan jayanya oleh para pekerja. Pelbagai masalah dan cadangan telah diperbincangkan dan kesemua cadangan tersebut bermula dari pokak pangkal etika. Jika kesemua individu, masyarakat dan negara menitikberatkan amalan beretika di dalam kehidupan insyallah kesemua permasalahan akan dapt diselaikan dengan cara yang betul dan nilai ukhwan di dalam kehidupan dapat dieratkan. Akhirnya, kehidupan adalah berlandaskan etika dan kehidupan tanpa etika seumpama manusia akan kembali kepada zaman jahiliah di mana norma-norma kemanusian dianggap sebagai mainan.

15

RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof (2001). Keadilan Organisasi Dalam Pengurusan Perubahan: Satu Kemestian. Jelapang, 2(2). PP.-12. Ab. Aziz Yusof (2006). Perubahan dan kepimpinan, Sintok, Universiti Utara Malaysia. Aminudin Basir@ Ahmad Jamsari Alias, (2012). Etika Kesarjanaan Muslim Menurut Akhlak Islam. Jurnal Hadhari 4 (2) (2012) 45 64. INTAN. (1991). Citra Karya: Falsafah, Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional. Kamus Dewan Bahasa Edisi keempat (2005), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka. Nazlina Zakaria, Hanissah A.Razak & Abdul Manaf Bohari, (2013). Gelagat Pembuatan Keputusan Dalam Organisasi : Model, Implikasi, Dan Isu-Isu Etika. Retrieve from http://www.scribd.com/doc/26996680/Model-Pembuatan-Keputusan-Dan-Isu-IsuEtika Nor' Azzah binti Kamri, (2002). Etika Pengurusan Islam dan Konvensional:Satu Analisis Perbandingan. Jumal Syariah, 10:2 (2002) 43-66. Syarifah Hayati Syed Ismail A-qudsi (2006). Etika Penyelesaian Konflik Dalam Pentadbiran Islam Satu Perbandingan). Jurnal Syariah, 14 : 1 (2006) 1- 22. Zaharah Hassan1, Abu Daud Silong2 & Nazri Muslim1 (2009). Kepimpinan Beretika dan Kecemerlangan Organisasi dalam Perkhidmatan Awam. Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara. Malim Bil. 10 (2009). Zuliana Zookefli, (2008). Hubungan budaya organisasi dengan perkongsian pengetahuan. Jurnal Kemanusiaan bil. 11, Jun 2008

16

Anda mungkin juga menyukai