Anda di halaman 1dari 8

1

ISI KANDUNGAN











BIL PERKARA M/S

1.0

Latar belakang

2-3

2.0

Latar belakang Perniagaan yang dijalankan
3-4

3.0

Latar belakang Produk atau Perkhidmatan yang
Dikeluarkan
4

4.0

Cabaran Yang Dihadapi Dalam Perniagaan
4-5

5.0

Kejayaan Perniagaan atau Konsep Perniagaan yang
diceburi
5-6

6.0

Kesimpulan
7

7.0

Rujukan

7


2








SOALAN KE-2
TOKOH KETIGA
TAN SRI AZMAN HASHIM Pengerusi AmBank Group


1.0 Latar Belakang Tan Sri Azman Hashim
Tan Sri Azman Hashim dilahirkan di Kuala Lumpur
pada Julai 1939 di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau
adalah yang pertama dikalangan 13 adik beradik yang
berjaya melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Bapanya
seorang pembantu pejabat di Lembaga Letrik Negara (
LLN ) ketika itu dan ibunya, seorang guru, adalah
ibubapa yang mengawal ketat anak mereka, terutama di bidang pelajaran. Tan Sri
Azman Hashim, satu nama besar industry perbankan dan pengerusi AmBank Group,
adalah seorang seorang yang tidak mudah diperlekehkan. Ketika berusia 14 tahun,
beliau menamatkan Senior Cambridge di Methodist Boys School di Sentul, Kuala
Lumpur.
3

Pemegang biasiswa Yayasan Colombo itu kemudian melanjutkan pelajaran ke
Australia dan pulang sebagai akauntan bertauliah sebelum umurnya mencecah 21
tahun. Beliau memulakan kerjayanya sebagai akauntan berkanun pada tahun 1955 di
Messrs. OL Haines & Co. Australia. Beliau berpengalaman luas dalam industri
perbankan dan mula terlibat dalam sektor perbankan sejak 1960 apabila beliau kembali
dari Australia sebagai akauntan berkanun. Tan Sri Azman memulakan kerjayanya
dalam sektor perbankan di Bank Negara Malaysia.
Selepas beberapa tahun bekerja di Bank Negara Malaysia, Tan Sri Azman meletakkan
jawatan pada tahun 1964 bagi memulakan firma perakaunannya sendiri, iaitu Azman,
Wong, Salleh & Co. Dua tahun kemudian, beliau menjadi Pengarah Malayan Banking
Berhad (Maybank) dan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Maybank dari tahun 1971
hingga 1980.
Seterusnya, Tan Sri Azman dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Kwong Yik
Bank yang kini dikenali sebagai RHB Bank Berhad selama dua tahun, dari tahun 1980
hingga 1982. Pada tahun 1982, beliau membeli Arab - Malaysian Merchant Bank yang
kini dikenali sebagai AmBank dari usahawan Arab, iaitu Hussain Najadi. Hussain
mengasaskan bank itu pada tahun 1975 bagi membawa masuk pelaburan dari negara -
negara Arab ke Malaysia. Selepas pembelian itu, Tan Sri Azman dilantik sebagai
pengerusinya.
2.0 Latar Belakang Perniagaan yang Dijalankan
Ditubuhkan pada Ogos 1975, Kumpulan AmBank adalah kumpulan
perbankankelima terbesar di Malaysia dari segi aset pada 30 Jun 2010 dan terdiri
daripada AMMB Holdings Berhad dan anak-anak syarikatnya AmInvestment Bank
Berhad, AmInvestment Group Berhad, AmBank (M) Berhad, AmLife Insurance Berhad
dan AmG Insurance Berhad.
AmBank Group adalah salah satu kumpulan perkhidmatan kewangan terulung
di Malaysia dengan kedudukan kepimpinan dalam perbankan runcit,
perbankankomersial, perbankan pelaburan dan insurans. Dengan sejarah yang
4

ditubuhkan dan rekod prestasi yang focus kepada pelanggan dan inovasi, Kumpulan
AmBank terus memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan pelbagai produk dan
perkhidmatan yang inovatif.
AmBank Group percaya bahawa mereka boleh meluaskan kedudukan
kepimpinannya dengan menggerakkan pengetahuan dan kemahiran kakitangan
mereka, memanfaatkan kuasateknologi canggih dan mengambil kesempatan ke atas
ekuiti jenama yang kukuhkami.
Falsafah Kumpulan AmBank menggabungkan komitmen yang berakar umbi kepada
pelbagai pelanggan yang berpuas hati, dengan inisiatif yang dipacu oleh pelanggan
dalam semua bentuk komunikasi dan interaksi dengan semua kumpulan pelanggan.
Kumpulan komited untuk menyediakan produk dan perkhidmatan baru dan inovatif
kepada pelanggan dengan perkongsian strategic dengan Australia dan New Zealand
Banking Group (ANZ), salah satu bank terkemuka di Australia.
3.0 Latar Belakang Produk atau Perkhidmatan yang Dikeluarkan
Kumpulan menyediakan pelbagai produk dan perbankan pelaburan, perbankan
komersil, pembiayaan runcit dan perkhidmatan kewangan yang berkaitan, juga
termasuk perbankan Islam, pengunderaitan am dan insurans hayat, saham,saham dan
broker niaga hadapan, nasihat pelaburan dan aset, harta dan unitpengurusan amanah.
4.0 Cabaran yang Dihadapi Dalam Perniagaan
Pada mac 1988, ketika beberapa buah bank mengasak dan memaksa Datuk
Syed Kechik Syed Mohamed menjual Temerloh Rubber Estates Bhd sebagai jalan
melunaskan hutangnya, Azman menyelamatkan keadaan dan mengambilalih firma itu
dan menjadi syarikat induknya. Dengan membuat tawaran kukuh dan munasabah,
disamping yakin apa yang dibuatnya, beliau memohon tempoh seminggu kepada
Jawatankuasa Pelaburan Asing sebelum memenangi bida ke atas firma tersebut. Beliau
merupakan seorang yang tak tau duduk diam, Tan Sri Azman sering mencari seseuatu
5

yang mencabar dalam kerjayanya setiap kali beliau merasa bosan atau
menganggapnya sebagai terlalu rutin.
Beliau mudah gelisah selepas empat tahun bekerja di Bank Negara Malaysia
(BNM) dan kemudian meletak jawatan untuk membentuk firma perakaunan Azman and
Co. Pada 1964. Pada waktu itu, perakaunan adalah bidang yang amat baru dan tidak
aramai pengamalnya. Tanggapan umum waktu itu ialah, sijil perakaunan dari Australia
adalah kelas dua. Beliau menganggapnya sebagai satu cabaran dan mahu
membuktikan tanggapan itu salah kata beliau. Tahun-tahun awalnya memanglah sukar
tetapi tanpa disedari, ia memang menyeronokkan.
Banyak bank yang terjejas akibat krisis ekonomi. Tetapi, lain pula dengan Tan
Sri Azman. Selepas krisis ekonomi asia 1997 / 98, Tan Sri Azman bukan sahaja berjaya
mengekalkan kedudukannya dalam Kumpulan Perbankan AmBank, malah berjaya
menambahkan lagi penguasaannya dalam industri perbankan dengan penggabungan
MBF Finance dengan anak syarikat Kumpulan Perbankan AmBank, iaitu Arab -
Malaysian Finance Berhad. Pada Jun 2002, beliau mengilhamkan nama baru AmBank
Group- dan warna korporatnya yang baru; merah yang melambangkan kekayaan dan
kuning keemasan yang menunjukkan kesungguhan dan kesepakatan, bagi memulakan
eara baru korporatnya. Sepanjang 10 tahun bersama Maybank, beliau berjaya
membuka rangkaian bank yang terbesar di Asia Tenggara, memperkenalkan system
perkomputeran dan akhirnya mengasaskan apa yang kini menjadi bank yang terbesar
di Malaysia. Pada awal 1970an, beliau mula mengumpul kekayaan menerusi sector
hartanah dan pulangan pelaburan di bursa saham yang ketika itu melonjak naik. Pada
waktu itu juga, beliau menggangotai lembaga pengarah banyak syarikat dan terbabit
dengan penubuhan Pernas International Bhd. Pada 1980, beliau mengambil
kesempatan dengan member satu blok saham Kwong Yik Bank Bhd tetapi meletak
jawatan kerana tidak mahu menjadi pemegang saham minority bank berkenaan.

5.0 Kejayaan Perniagaan atau Konsep Perniagaan yang diceburi
6

Tan Sri Azman pernah dan sedang memegang banyak jawatan lain. Antaranya
adalah Ahli Lembaga Pengarah Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS),
Pengerusi Persatuan Bank Saudagar di Malaysia, Pengerusi Institut Sistem
Mikroelektronik Malaysia Berhad (MIMOS) dan Pengerusi Perbadanan Produktiviti
Nasional dan banyak lagi. Pada Februari 2003, beliau disenaraikan oleh Malaysian
Business sebagai usahawan ke 19 daripada 40 orang paling kaya di Negara ini dengan
anggaran ast bernilai RM543.6 juta. Di satu segi, beliau bolehlah dianggap sebagai
seorang yang Berjaya. Tan Sri Azman pernah menerima banyak anugerah. Antaranya
ialah anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti Utara Malaysia pada tahun 1990. Pada
tahun 1985, Tan Sri Azman dinamakan sebagai Pengurus Bank Terbaik Asia oleh
majalah Asian Finance.
Pada tahun 1993, beliau dinamakan sebagai Usahawan ASEAN Tahun 1993
oleh Forum Perniagaan ASEAN. Pada tahun 1995 pula, beliau dinamakan sebagai
Pengurus Terbaik Tahun 1995 oleh Kelab Alumni Harvard Business School.
Sebagai Pengerusi Perbadanan Produktiviti Nasional, Tan Sri Azman
memainkan peranan penting dalam menggalakkan produktiviti di Malaysia dan
menjadikannya sebagai salah satu komponen yang relevan dan penting dalam proses
pembangunan negara.
Kejayaan membangunkan produktivtii ini dicapai melalui keyakinannya bahawa
produktiviti perlu dirangka sehingga dapat diuruskan dan diukur. Dibawah kepimpinan
belaiu, Perbadanan Produktiviti Nasional berjaya membangunkan metodologi
pengukuran produktiviti di peringkart kebangsaan dan subsektor. Selain memegang
42% kepentingan dalam syarikat induk Kumpulan AmBank, iaitu Arab - Malaysian
Corporation Berhad (AMC), beliau juga mengawal beberapa syarikat seperti AMMB
Holding Berhad (AHB), Arab - Malaysian Finance Berhad yang kini dikenali sebagai
AmFinance, Arab Malaysian Development Berhad, Saouth Peninsular Industries
Berhad, Redifussion Berhad, Hotel Equatorial dengan 30% kepentingan, dan anak
syarikat Johnson & Johnson di Malaysia dengan 30% kepentingan. Disamping Arab-
Malaysia, Tan Sri Azman juga terbabit dengan banyak lagi syarikat dan pertubuhan,
antaranya Malaysian South-South Corporation Bhd, MCM Technologies Bhd,
7

Perbadanan Pembangunan Multimedia Sdn Bhd, Persatuan Bank- Bank Saudagar
Malaysia, Perbadanan Pengeluaran Negara, Pasific Basin Economic Council Malaysia,
Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia, Malaysian-British dan Malaysia China
Business Council, Asean-Japan Business Meeting dan Malaysia Endurance Riding
Society.
Sejak tahun 1994, Perbadanan Produktiviti Nasional menerbitkan laporan
tahunan produktiviti yang menganalisis prestasi produktiviti di peringkat kebangsaan,
dan subsektor. Laporan tahunan itu dapat diakses melalui Pangkalan data Rangkaian
Tanda Aras Dalam Talian (BOND), iaitu pangkalan data amalan terbaik dan petunjuk
prestasi cemerlang. Melalui Perbadanan Produktiviti Nasional juga, Tan Sri Azman
banyak menyumbang kepada pergerakkan produktiviti di rantau Asia dan Pasifik.
Disamping itu, beliau pernah menjadi ahli Umno sejak 35 tahun lalu, beliau pernah
menjadi Pengerusi Pemuda Kampung Baru pada tahun 60an dan bendahari Umno
Selangor pada 1970an.
6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, usahawan merupakan suatu bidang yang sangat luas. Ada
individu yang ingin berkecimpung dalam bidang keusahawanan kerena melihat faktor
sekeliling. Mereka ingin mengubah tahap kewangan dan kehidupan keluarga mereka
apabila melihat rakan mereka berjaya sebagai usahawan. Ada juga individu ingin
menjadi usahawan kerana inginkan kebebasan masa dan lari daripada terkongkong
dengan kehidupan kerja makan gaji, contohnya Tan Sri Dato Azman Hashim. Beliau
merupakan seorang yang inginkan pekerjaan yang mencabar sehinggalah beliau
meletak jawatan dalam BNM dan membentuk firma perakaunannya sendiri iaitu Azman
and Co.
RUJUKAN : FAKTA DARI INTERNET
1. http://books.google.com.my/books?id=-
sevVMCdl6wC&pg=PA14&lpg=PA14&dq=latar+belakang+tan+sri+azman+hashi
m&source=bl&ots=0unqYB4z9d&sig=26sLhEse0uGJt0iOgRzgA0sbcqs&hl=en&e
i=AMzATvHLAcXqrQeTiJjrAQ&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=3&ved=
8

0CDEQ6AEwAg#v=onepage&q=latar%20belakang%20tan%20sri%20azman%2
0hashim&f=false

2. http://berita-harian-online.com/tan-sri-azman-hashim/

3. http://macammacamada.azhaan.com/?p=1609

Anda mungkin juga menyukai