Anda di halaman 1dari 29

TOKOH-TOKOH USAHAWAN YANG BERJAYA DI MALAYSIA

Posted onMarch 14, 2015 by yussufsaufey


TOKOH : TAN SRI MOKHZANI MAHATHIR
PROFILE TOKOH :
Nama : Tan Sri Mokhzani Mahathir
Umur : 54 tahun (Januari 1961)
Warganegara : Malaysia
Nilai harta kekayaan : US$1.2 Bilion (2014)
Ibu bapa : Tun Mahathir Mohamad
Siti Hasmah Mohamad Ali
Sumber Kekayaan : Perniagaan gas dan minyak
Status : Berkahwin dan memiliki 5 orang anak

SIFAT TERPUJI DALAM DIRI TOKOH :


Setiap usahawan yang ingin berjaya dalam sesuatu yang akan diusahakannya
haruslah memiliki beberapa ciri yang akan membantu mereka mencapai
matlamat yang diimpikan.Setiap usahawan atau ahli perniagaan hanya
mengimpikan kejayaan yang berterusaan di samping memperoleh pendapatan
daripada apa yang diusahakan.Terdapat banyak ciri dan sifat positif yang
membantu usahawan sepanjang mereka membina karier mereka.Bagi individu
yang memasang impian untuk bergelar status usahawan berjaya tetapi masih
belum bersedia dan belum melengkapkan diri dengan sifat-sifat seorang
usahawan bakal menemui kegagalan dalam penceritaan
usaha mereka.Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya tidaklah susah
tetapi jika mereka mengambil mudah mengenai disiplin mereka maka mereka
akan susah untuk mengecapi kejayaan seperti usahawan-usahawan lain.
Salah satu sifat yang harus dimiliki oleh seorang individu yang bergelar
usahawan ialah sikap ingin tahu dan ambil tahu. Rasa ingin tahu adalah sifat
naluriah yang dimiliki manusia sejak lahir. Rasa ingin tahu juga merupakan salah
satu mekanisme pertahanan hidup manusia. Dari rasa ini manusia memiliki
kencenderungan untuk mengetahui hal yang belum
diketahui sebelumnya.Tokoh usahawan yang menunjukkan sifat ingin tahu yang
amat mendalam ialah Tan Sri Mokhzani Mahathir. Tan Sri Mokhzani Mahathir ,
yang berusia 52 tahun warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai Ahli
Lembaga Pengarah SapuraKencana Petroleum pada 9 Disember 2011 sebagai
Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas dan Naib Pengerusi. Beliau juga adalah
ahli Jawatankuasa Imbuhan SapuraKencana Petroleum.
Tan Sri Mokhzani sudah mula menunjukkan minat terhadap bidang petroleum ini
sejak dari kecil lagi.Semangat dan minat terhadap sektor ini ditunjukkan apabila
beliau menyambung pembelajarannya dan berjaya menamatkan ijazahnya
dalam Bachelor of Science in Petroleum Engineering di University of Tulsa,
Oklahoma, U.S.A. Jadi melalui latar belakang pendidikan yang dimiliki oleh tokoh
usahawan ini, sudah jelas menunjukkan bahawa beliau mahir dan memiliki minat
yang mendalam dalam bidang petroleum.Rasa ingin tahu terhadap alam
petroleum ini menggerakkan tokoh ini suatu masa dahulu untuk mendapat
pendidikan dalam bidang yang diminatinya itu.Tambahan pula Tan Sri Mokhzani
mendapat sokongan penuh oleh seluruh ahli keluarganya.
Setelah Berjaya menamatkan pendidikannya,Tan Sri Mokhzani memulakan
kariernya dalam bidang petroleum.Pengalaman yang diperoleh sepanjang
kariernya dalam bidang petroleum ini memotivasikannya untuk menubuhkan
sebuah syarikat dan bekerja sendiri.Sifat keusahawanan yang tertanam dalam
diri beliau tertonjol apabila beliau menubuhkan sebuah syarikat pelaburan
bernama Kencana Capital Sdn Bhd yang berniaga dalam bidang Oil and Gas
service provider,IT,automotif dan hartanah.Syarikatnya bertambah maju dan
sifat ingin tahu dalam dirinya membuatkan beliau merasakan beliau perlu
membuatkan penyilidikan yang lebih jauh untuk mengembangkan perniagaan
yang telah dipeloporinya.Beberapa langkah telah diambil beliau dalam
memenuhi rasa ingin tahunya itu.Beliau bnyak belajar dari syarikat yang berada
dalam aliran yang sama dengannya.
Tan Sri Mokhzani telah menemui beberapa tokoh yang terkenal salah seorang
darinya ialah bapanya sendiri iaitu mantan Perdana Menteri Malaysia,Tun Dr
Mahathir Mohamad bagi mendapatkan beberapa info dan mengetahui apa
langkah yang terbaik yang harus diambil beliau dalam mengecapi apa yang
diimpikannya.Setelah selesai penyelidikannya,Tan Sri Mokhzani memutuskan
syarikat miliknya Kencana Petroleum harus membuat pergabungan dengan
syarikat lain demi mematangkan perniagaannya.Beliau memutuskan untuk
bergabung dengan syarikat SapuraCrest pada tahun 2012 dan menghasilkan
SapuraKencana iaitu sebuah syarikat Oil and Gas Service Provider terbesar di
Malaysia.
Komitmen yang diberikan oleh Tan Sri Mokhzani dalam perniagaan ini lama
kelamaan telah menaikkan statusnya dalam perkongsian ini.Beliau telah dilantik
sebagai Ahli Lembaga Pengarah SapuraKencana Petroleum pada sebagai
Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas dan Naib Pengerusi. Beliau juga telah
dilantik menjadi ahli Jawatankuasa Imbuhan SapuraKencana Petroleum. Beliau
juga berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan dan ahli Jawatankuasa
Imbuhan Kencana Petroleum.Tan Sri Mokhzani memulakan kerjayanya pada
tahun 1987 sebagai jurutera operasi wellsite dengan Sarawak Shell Berhad ,
bekerja luar pesisir Sarawak pada kapal penggerudi bantuan tender
penggerudian. Beliau meletak jawatan pada tahun 1989 untuk mencari peluang
perniagaan di Kuala Lumpur. Dengan melabur dalam Tongkah Holdings Berhad
( disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur ketika itu) , dia memulakan langkah
baru dalam pembuatan komponen , sektor penjagaan kesihatan minyak dan
gas , kewangan dan . Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai
Eksekutif Kumpulan Pantai Holdings Berhad ( penjagaan kesihatan) dan Ketua
Kumpulan Eksekutif Tongkah Holdings Berhad (minyak dan gas , kewangan ).
Latihan penjualan pada tahun 2001 melihat dia melepaskan semua jawatan dan
ekuiti dalam syarikat-syarikat ini . Dia mendirikan Kencana Capital Sdn Bhd (
Kencana Capital ) sebagai sebuah syarikat pegangan pelaburan pada tahun
yang sama.
Kesimpulannya,dalam mencipta nama sebagai seorang usahawan yang Berjaya
kita seharusnya memiliki sifat-sifat yang akan menjadi penggerak kepada diri
untuk mencapai tahap itu.Sifat ingin tahu dan ingin mempelajari sesuatu yang
baru amatlah penting dalam membawa seseorang usahawan itu dari tangga
bawah hinggalah ke takuk yang paling tinggi.Salah satu kata-kata yang selalu
menjadi pegangan kepada tokoh usahawan ini ialah jika anda malas mengambil
tahu,maka anda akan ketinggalan dan tidak akan pernah maju.Tan Sri Mokhzani
merupakan individu yang wajar dijadikan ikon oleh anak muda yang ingin
memulakan perniagaan serta berazam untuk menjadi seorang usahawan yang
mampu menempa nama di peringkat antarabangsa.
RUJUKAN :
1. http://panggungopera.blogspot.com/2014/02/rahsia-sebenar-
mokhzani-mahathir.html
2. http://www.sapurakencana.com/page/bod_view/7/15
TOKOH : DATUK WAN MOHAMMAD SANI SALLEH
PROFILE TOKOH :
Nama : Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
Umur : 35 tahun (24 Julai 1976)
Warganegara : Malaysia
Adik Beradik : Keempat daripada enam beradik
Pendidikan : Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway
(1994)
Jawatan : Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express
Sdn Bhd,
Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).
Pencapaian : Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang
(DIMP) yang
membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad
Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan
Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (2009).

SIFAT TERPUJI DALAM DIRI TOKOH


Pada usia 33 tahun, anak muda ini bagaikan memiliki segala-galanya. Perniagaan
yang memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi
perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta,
memandu kereta Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan mendiami banglo
mewah bernilai RM 9 juta.Memang selayaknya anak muda itu digelar jutawan,
tetapi dalam pertemuan baru-baru ini, beliau lebih gemar merendah diri dan
mengatakan apa dimilikinya hari ini adalah rezeki diberi Allah SWT.
Saya berusaha keras untuk capai kejayaan seperti hari ini. Namun,
ketentuannya adalah daripada Allah SWT, kata anak muda itu.
Anak muda yang dimaksudkan adalah Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd
(SUSB), Datuk Wan Mohammad Sani Salleh, 33. Sejak tiga tahun lalu di sana-sini
namanya sering menjadi sebutan.Namanya harum kerana bas berwarna merah
yang terukir namanya sendiri. Siapa tidak pernah mendengar nama Sani
Express.Destinasi ke Pantai Timur sudah ditawan dan kini semakin ligat
meneroka destinasi ke Alor Setar di utara.Lebih mengagumkan, bermula bulan
ini 25 bas dimiliki, semuanya bas dua tingkat yang tampak elegen dan
semestinya menjanjikan keselesaan.Bagi Wan Mohd Sani atau lebih mesra
dengan panggilan Sani, apa dikecapinya hari ini di luar jangkaan, malah tidak
pernah diimpikannya. Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu
merubah kehidupannya ke tahap lebih baik.
Biasalah dulu saya seperti main-main. Masuk industri hiburan, jadi model,
penyanyi dan pelakon sehingga lama kelamaan saya sedar sampai bila saya
harus begitu.Ketika itu hidup sekadar untuk cari makan dan hiburkan diri sendiri.
Bukan saya kata bidang hiburan tak menjanjikan kejayaan, tetapi biasanya sukar
untuk cemerlang dalam bidang itu, katanya ketika ditemui di Wisma Dato Sani
di Klang Sentral, Klang bersama rakan karibnya, Pengarah Urusan Federal Malay
Holding Sdn Bhd, Datuk Sharifuddin Musa.
Selama beberapa tahun menceburi bidang hiburan, Sani mengakui tidak nampak
masa depannya dalam bidang itu.Rakannya sejak zaman kanak-kanak, Datuk
Sharifuddin dijadikan sebagai inspirasi selepas melihat rakannya berjaya dalam
perniagaan.Melihat rakan yang berjaya, terutama Datuk Din (Datuk Sharifuddin),
saya berasa ketinggalan. Dulu dia pernah bersama-sama saya menjadi model,
tetapi dia meninggalkan bidang itu terlebih dulu untuk berniaga sehingga
berjaya.
Pada masa sama saya sedar, umur semakin meningkat dan yang boleh
merubah keadaan saya ketika itu hanya diri saya sendiri, katanya yang pernah
menganggotai kumpulan Impression bersama Norman Hakim dan Eizlan Yusof.
Beliau meletakkan tekad untuk merubah tahap kehidupannya dengan berniaga
sendiri.Beliau bermula dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di
beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu dan seterusnya
mencuba perniagaan dalam bidang pengangkutan iaitu bas yang sememangnya
menjadi minatnya.
Ketika zaman sekolah, saya bersekolah di Kuala Terengganu dan keluarga pula
di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Apabila berpeluang pulang ke Kuala Lumpur
saya memilih bas sebagai pengangkutan.
Boleh dikatakan rutin saya ketika bercuti hanya menaiki bas dan tidur di atas
bas. Jika ada cuti sehari sekalipun, malam saya naik bas ke Kuala Lumpur dan
pada malam keesokan harinya saya pulang ke Kuala Terengganu, menurutnya
lagi.
Ketika memulakan perniagaan dalam bidang pengangkutan, pelbagai cabaran
getir terpaksa ditempuh dan beliau perlu bekerja keras sehingga terpaksa tidur
di pejabat.Pada 2003 Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan
pengangkutan itu.Ketika itu saya bersama dua lagi rakan kongsi. Namun tidak
lama kemudian dua rakan itu menarik diri, menyebabkan saya terkontang-
kanting seorang diri. Keadaan ketika itu memang getir, katanya.Beliau terpaksa
berhati-hati kerana sebarang keputusan dibuat adalah tanpa dirujuk kepada
sesiapa.
Ketika ada dua rakan kongsi itu, saya boleh merujuk kepada mereka, tetapi
apabila seorang diri, saya perlu membuat keputusan sendiri.Jika tersilap
membuat keputusan, memang saya akan jatuh. Justeru sebelum membuat
keputusan, saya fikir 10 kali,.
Sani berkata, ketika itu beliau hanya ada seorang pekerja dan dengan
menggunakan sepenuhnya kudrat dan buah fikirannya, segala perancangan
untuk memulakan operasi bas ekspres yang diimpikannya hanya menampakkan
hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan modal daripada institusi
kewangan.beliau menanggung risiko besar kerana pinjaman yang dibuat, tetapi
beliau berani dan yakin dengan apa yang dibuat.
Bayangkan jika apa yang saya buat tidak menjadi. Bagaimana saya dapat
melunaskan pinjaman dalam jumlah besar itu?Apapun pada Januari 2006 Sani
Express ada di jalan raya dan alhamdulillah perjalanan perniagaan ini lancar,
mendapat sambutan dan sejak itu perniagaan saya semakin pesat
berkembang,.
Sani membuktikan jalan dipilihnya berbaloi kerana hanya dalam tempoh tiga
tahun Sani Express menunjukkan prestasi luar biasa.Daripada seorang pekerja,
Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay
Perdana, Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja
mencecah RM 7 juta.Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato Sani di Klang
Sentral itu serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi
asrama, pusat latihan dan surau.Paling menarik, segala operasi di kaunter tiket
Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar
tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan.
Menurut Sani, selain minat, antara faktor kejayaannya adalah sikapnya yang
tidak malu bertanya dan belajar daripada sesiapa saja.
Saya bukan sekolah tinggi sangat. Saya belajar daripada orang berpengalaman,
malah dengan sesiapa saja. Dengan pemandu bas saya belajar, dengan mekanik
saya belajar, malah dengan orang yang pernah gagal juga saya belajar kerana
kegagalan itu akan saya jadikan iktibar.Daripada situ kita dapat ilmu, malah
sampai sekarang saya masih belajar. Saya buat analisis dan kajian sendiri, baru
kita boleh kendalikan perniagaan dengan baik,.
Statusnya sebagai orang bujang juga banyak memberi kelebihan
kepadanya.Beliau belum berkeluarga dan mampu memberi tumpuan 100
peratus kepada perniagaan.
Setakat bekerja keras dari siang hingga tengah malam, ia ibarat alah bisa tegal
biasa, katanya yang menganggap pengalaman menjadikan bas ekspres sebagai
pengangkutan utamanya dulu turut menjadi faktor kejayaannya.Dari dulu saya
guna pengangkutan awam (bas ekspres), jadi saya tahu apa yang pelanggan nak
dan saya gunakan pengalaman itu ketika menguruskan Sani Express.
Selain itu saya mengambil berat setiap jawatan yang ada di syarikat ini,
daripada kerani kaunter hinggalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Ini kerana jika
satu saja jawatan tidak berfungsi dengan baik, operasi syarikat akan terganggu,
katanya yang mesra dengan kakitangannya.Sani berkata, tanpa keberkatan dan
doa juga, tidak mungkin beliau berjaya.
Apa jua perkara yang kita lakukan, kita kena berpegang kepada agama. Buat
apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.Doa juga penting dan dalam
hal ini ibu saya Sharifah Aini Syed Ibrahim Jamalulai sering mendoakan saya,
begitu juga ayah saya. Kita juga perlu ingat kepada orang yang pernah
membantu kita,
Rujukan :
http://jomklikblog.blogspot.com/2011/09/biodataprofil-dato-sani-
pemilik.html
http://ceritausahawan.blogspot.com/2014/01/kisah-kejayaan-datuk-
wan-mohammad-sani.html
TOKOH : DATUK WIRA DR. MAZNAH HAMID
PROFILE TOKOH :
Nama : Datuk Wira Dr. Maznah Hamid
Umur : 59 tahun (April 1955)
Berasal dari : Ayer Hitam, Kedah
Pasangan : Haji Shaheen Mirza Habib (1979 kini)
Status : Berkahwin dan memiliki 5 orang anak
Agama : Islam
Warganegara : Malaysia
Jawatan : Pengerusi Eksekutif Kumpulan SECURIFORCE ( 1981 kini )
Pendidikan :
1. Diploma Administration Business Executive ( ABE )
2. Personnel Management ( Human Resource ) Malaysian Institute
Management (MIM)
3. Diploma in Personal and Personnel Management Personal Development
Leadership Corporations (PDL)
4. Excellerated Instructors Training & Corporate Education Hawaii, USA
5. Business School For Entrepreneurs, USA
6. Business School For Investors, Singapore
7. Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan,
Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of
New York.

SIFAT TERPUJI DALAM DIRI TOKOH :


Datuk Dr. Maznah adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau telah
membawa Securiforce yang tidak dikenali langsung 30 tahun dahulu menjadi
sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya
menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya.Beliau kini mengepalai
lebih 65 buah cawangan, mengetuai lebih 6,000 kakitangan, dan dikelilingi
dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru. Apa yang lebih
membanggakan, van kalis peluru tersebut telah direkacipta dan dihasilkan oleh
Securiforce sendiri. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatan
Securiforce bukan terhad kepada static guard sahaja malah turut merangkumi
logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high tech cargo management,
perkhidmatan armoured trucking, dan pelbagai perkhidmatan yang lain.
Securiforce memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan total,
mempelopori konsep total security.
Hasil daripada kegigihan beliau dan teamnya menerajui syarikat, kini
Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang
maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak.
membina pangsapuri /kondominium mewah, penthouse yang eksklusif dan lot
lot kompleks perniagaan. Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga
bergiat aktif dan telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan
menubuhkan Securiforce Logistik (agen penghantaran darat, laut dan udara),
beliau telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa meliputi rantau Asia,
Eropah dan Timur Tengah. Securiforce Logistik memiliki cawangan di Singapura,
Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai success
story Datuk Dr. Maznah ialah kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan
berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank. Kejayaan
ini, amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala lapisan masyarakat. Prinsip
kejayaan beliau ialah modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya
sendiri.
Beliau merupakan seorang yang dinamik, berfikiran positif, bersemangat waja,
cekal dan berani menanggung risiko. Beliau memegang teguh prinsip kita mesti
sanggup bekerja lebih daripada gaji yang dibayar, maka akhirnya kita akan
mendapat lebih dari apa yang kita kerjakan. Prinsip ini telah membawa kejayaan
besar di dalam bidang kerja dan perniagaannya membolehkan beliau berada di
tahap sekarang. Beliau juga merupakan seorang pendidik , GURU
Keusahawanan serta aktivis kemasyarakatan yang dikenali oleh seluruh
peringkat masyarakat didalam dan di luar negara. Berdasarkan kepada ciri-ciri
kepimpinan dan keusahawanan yang begitu ketara pada diri beliau, beliau telah
diundang untuk memperkenalkan rancangan motivasi di TV3 pada tahun 1990.
Disitulah beliau menjadi kaunselor motivasi dan success counsellor dimana kita
sering mendengar suaranya di radio dan melihat wajahnya di kaca TV.
Kemunculan beliau yang meluas di TV1, TV2, TV3, Astro serta pelbagai bentuk
media yang lain menambahkan populariti beliau sebagai seorang tokoh
masyarakat yang disegani. Selain daripada itu, beliau juga merupakan pakar
motivasi, pembangunan insan dan keusahawan serta success counselor di
institusi institusi pengajian tinggi.
Oleh kerana minatnya yang begitu besar terhadap pembangunan insan, beliau
telah menubuhkan MMC, Maznah Motivational Centre yang mengelolakan
seminar-seminar keusahawanan dan pembangunan insan. Ketahanan, guts
feeling, kekebalan, persistency dan sustaining power yang beliau miliki
merupakan aset utama diri beliau dan itulah yang cuba diterapkan kepada orang
ramai melalui seminar ZERO TO HERO dan AWAKEN THE SPIRIT OF
ETREPRENEURSHIP/INTRAPRENEURSHIP. Melalui seminar ini, beliau ingin
membangkitkan dan menyerapkan semangat keusahawanan ke dalam diri setiap
insan.
Beliau telah berjaya menerbitkan buku bertajuk MOTIVASI MEMBURU KEJAYAAN
(versi Melayu dan Mandarin), Buku Mini Siri Rahsia 3K Kejayaan, Kebahagiaan
dan Kekayaan serta menerbitkan Album Motivasi Musikal 3K yang mendapat
sambutan hangat berdasarkan kepada pengalaman serta prinsip-prinsip yang
menjadi amalan kepada dirinya di dalam usahanya memburu kejayaan.
Beliau memiliki Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang
Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State
University of New York dan juga Presiden, Malaysian Association of Professional
Speakers (MAPS). MAPS kini merupakan Ahli International Federation for
Professional Speakers (IFFPS).Datuk Maznah juga merupakan seorang wanita
yang sangat aktif di dalam persatuan dan memegang berbagai jawatan.
Antaranya beliau telah dilantik menjadi
1. Vice President of the Women World Entrepreneur Association (FCEM)
2. Ahli Lembaga Pengarah Golden Hope Plantations Berhad
3. Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultanah Bahiyah, Kedah
4. Felo Adjung Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia
(UUM)
5. Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah Uniutama Property Sdn Bhd. (UPSB)
UUM
6. Ahli Lembaga Pengarah, Uniutama Managament Holdings Sdn Bhd
(UMHSB) UUM
7. Ahli Majlis Pembangunan Usahawan, Kementerian Pembangunan
Usahawan dan Koperasi
8. Ahli Majlis Pelan Tindakan Pembangunan Ummah, Jabatan Perdana Menteri
9. Ahli Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
10.Pengerusi, Biro Keusahawanan, Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
11.Ketua Wanita, Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah
12.Ketua Wanita, Barisan Nasional, Negeri Kedah
13.Pengerusi, Ekonomi & Keusahawanan Wanita UMNO Negeri Kedah
14.Ketua Wanita, Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah, Bahagian Jerlun
15.Pengerusi, Majlis Pembangunan Wanita & Keluarga (MPWK) Parlimen
Jerlun, Kedah
16.Presiden Kehormat USAHAWATI
17.Presiden , Malaysian Association of Profession Speakers (MAPS)
18.Advisor, Excellerated Business School Inc, USA
19.Advisor, Success Resources Training School, Pte Ltd
Rujukan :
http://securiforce.com.my/portal/index.php/company-background/datuk-
dr-maznah-hamid

http://ms.wikipedia.org/wiki/Maznah_Hamid
TOKOH : DATUK YUSOF HASLAM
PROFILE TOKOH :
Nama : Mohd Yusof bin Md. Haslam
Khan
Umur : 61 tahun (April 1954)
Warganegara : Malaysia
Asal : Jalan Pahang,Kuala Lumpur
Status : Berkahwin dan memiliki 4 orang anak
Pekerjaan : Pelakon, Pengarah, Penebit
Filem yang Dilakonkan :
1. Filem Laksamana Do Re Mi (1972) Pelakon Tambahan
2. Jiwa Remaja (filem) (1975) Pelakon Utama
3. Loceng Maut (1976) (Artis Jemputan)
4. Filem Cinta Dan Lagu (1976) Pelakon Pembantu
5. Sayang Anakku Sayang (1976) Artis Jemputan
6. Filem Detik 12 Malam (1979) Pelakon Utama
7. Tiada Esok Bagimu (filem) (1979) Pelakon Pembantu
8. Filem Ribut Barat (1981) Pelakon Utama
9. Jejak Bertapak (1981) Pelakon Utama
10.Bukit Kepong (filem) (1982) Pelakon Utama
11.Sikit Punya Gila (1982) Pelakon Pembantu
12.Senja Merah (1982) Pelakon Pembantu
13.Filem Penentuan (1982) Pelakon Utama
14.Mekanik (filem) (1983) Pelakon Pembantu
15.Filem Di Ambang Kasih (1984) Pelakon Utama
16.Filem Melati Putih (1984) Pelakon Pembantu
17.Filem Jauh Di Sudut Hati (1984) Pelakon Pembantu
18.Filem Rahsia (1987) Pelakon Pembantu
19.Permintaan Terakhir (filem) (1987) Pelakon Utama
20.Wira Angkasa (1987) Pelakon Utama
21.Driving School (1990) Pelakon Pembantu
22.Bayangan Maut (1990) Pelakon Utama
23.Harry Boy (1991) Pelakon Pembantu
24.Pemburu Bayang (1993) Pelakon Pembantu
25.Filem Balada (1993) Pelakon Tambahan
26.Gerak Khas The Movie (2001) Pelakon Pembantu
27.Gerak Khas The Movie II (2002) Pelakon Tambahan

SIFAT TERPUJI DALAM DIRI TOKOH :

Yusof Haslam atau nama sebenar beliau ialah Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan
merupakan seorang pengarah filem di Malaysia. Dato Yusof Haslam dilahirkan
pada 24 April 1954 dan berasal dari Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Beliau
merupakan anak keempat dari tujuh beradik ini mendapat pendidikan
terakhirnya di Sekolah Kebangsaan Polis Depot dan Sekolah Menengah
Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.Yusof Haslam mendirikan rumah tangga dengan
Datin Fatimah Ismail. Anak-anak beliau ialah Mohd Faizal,Mohd Shamsul,
Nursyamin dan Mohd Syafiq.
Selain kerjaya beliau sebagai penerbit filem, drama, penulis skrip dan pelakon,
Yusof juga adalah Pengarah Urusan di Skop Production, dimana anak-anak
syarikatnya terdiri dari Haslam Trading (restoran), Haslam Properties (hartanah),
Skop Publishing (novel dan buku) dan ME Communication (post production dan
penerbitan drama serta filem).Yusof yang sentiasa menerima kritikan membina
berikutan filem berunsur komersial seperti Sembilu, Gerak Khas The Movie dan
banyak lagi turut menyifatkan anugerah yang diterimanya itu amat bernilai buat
dirinya dan membuktikan segala penat lelahnya sebagai penggiat seni
perfileman sejak 1970-an mendapat penghargaan masyarakat dan media masa.
Penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam, bakal mencecah usia 56
tahun. Pada usia emasnya itu, Pengarah Urusan Skop Productions Sdn Bhd ini
mengakui beliau belum terfikir untuk bersara daripada bidang seni yang sudah
sebati dengan dirinya lebih dua dekad lalu.Akuinya, pada zaman muda dulu,
memang beliau boleh bekerja hingga 6 pagi setiap hari tapi sekarang tidak lagi.
Yusof masih ingat, pada zaman kegemilangannya ketika mengarahkan filem
Sembilu, beliau boleh menghabiskan masa di lokasi penggambaran sehingga 7
pagi setiap hari.Namun, kata Yusof, buat masa ini, beliau ingin memperlahankan
aktiviti pengarahannya bagi memberi laluan pada anak bujangnya, Syamsul.
Yusof juga lebih pentingkan ketenangan pada usianya yang bakal mencecah 60
tahun dalam tempoh empat tahun lagi.
Saya juga malu kalau orang kata saya masih muda pada usia sekarang. Jika nak
diikutkan, pada usia sekarang, saya boleh berehat di rumah berdasarkan
kedudukan ekonomi keluarga kami juga kukuh. Tapi sebagai anak seni yang
sudah berkecimpung sekian lama dalam bidang seni, saya percaya perjuangan
ini perlu diteruskan.Saya akan teruskan selagi kesihatan mengizinkan dan ada
kemampuan untuk terus berkarya, sekali gus memberi sumbangan di persada
perfileman tanah air.Saya juga jarang menghadiri majlis pelancaran drama dan
filem ketika ini. Malah, saya juga lebih banyak meluangkan masa bersama
keluarga terutama cucu di rumah, katanya dalam pertemuan santai bersama
Meja Hiburan, baru-baru ini.Hadir sama, isterinya, Datin Fatimah Ismail, dan
Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh. Kini, kata Yusof, sampai
masanya, beliau memberi peluang pada generasi muda untuk mengarah filem
terutama pada dua anaknya, Syamsul dan Faizal.
Datuk Yusof Haslam adalah seorang pengarah yang cukup prihatin dengan
masalah-masalah sosial di kalangan remaja dan juga masyarakat kota. Dalam
filem-filemnya sering digambarkan kemelut remaja kota, kehidupan remaja yang
terbiar, keluarga yang bermasalah dan juga keluarga yang ketat memberikan
perlindungan kepada anak-anak remaja. Pendek kata, dalam filem-filem Yusof
kita akan didedahkan dengan segala permasalahan itu dan nasihat-nasihat serta
cara-cara untuk mengatasinya.
Daripada strategi pasaran, remaja adalah golongan terbesar yang menonton
filem di pawagam. Justeru itu tidak hairanlah kalau pemaparan persoalan atau
kisah remaja adalah cara terbaik untuk menarik golongan remaja ini ke
pawagam. Para pengarah dan penerbit menganggap, remaja hanya mahu
menonton kisah yang dekat dengan kehidupan mereka sahaja. Memang
pendapat ini tidak salah sepenuhnya. Malangnya, kisah remaja itu dilihat dari
kacamata orang tua, sepertimana seorang datuk yang melihat kehidupan
cucunya yang dikatakan bermasalah. Datuk itu datang dari zaman lalu yang
cuba mengatasi masalah remaja di zaman global. Dia tidak dapat menangkap
dan memahami realiti sebenar kehidupan remaja tersebut. Lalu dia
menggunakan kayu ukur zamannya untuk menilai kehidupan dan menasihati
remaja masa kini. Yang keliru bukan anak remaja tersebut tetapi orang tua yang
tidak memahami perubahan zaman itu. Inilah agaknya sebuah filem remaja yang
penuh mesej, nasihat orang tua untuk remaja.
RUJUKAN :
http://www.defarhano.com/2011/07/biodata-datuk-yusof-haslam.html

http://k2irofast06.blogspot.com/2011/01/tokoh-datuk-yusuf-
haslam.html
Mengapa Mereka Dipilih?
Saya memilih empat orang tokoh usahawan seperti yang telah dimuatkan dalam
laman blog saya ini kerana setiap dari tokoh-tokoh ini memiliki penampilan dan
sifat yang berbeza diantara satu sama lain.Pemilihan tokoh dalam blog saya ini
diamil kira dari pelbagai latar belakang tokoh seperti naik turun kemajuan
mereka dalam mencapai tahap usahawan yang berjaya.Saya memilih tokoh-
tokoh usahwan dari kalangan warganegara Malaysia dan berbangsa Melayu
kerana saya yakin bahawa dengan terbitnya laman ini dapat membuka mata
masyarakat Melayu agar mereka membuang rasa takut dalam diri untuk
menceburkan diri dalam dunia keusahwanan.Setiap dari tokoh ini memiliki
pengalaman yang berharga dalam perjalanan mereka untuk menjadi usahawan
yang Berjaya dimana setiap dari mereka pernah jatuh dan Berjaya bangkit
semula untuk terus berjuang demi perniagaan dan karier yang telah dibina.
Seperti yang tertulis,tokoh usahawan pertama ialah Tan Sri Mokhzani Mahathir
dimana beliau merupakan peneraju kepada syarikat gas dan minyak yang
terkemuka di Malaysia SapuraKencana Petroleum.Beliau merupakan seorang
tokoh yang memiliki sifat berdikari sendiri kerana beliau telah Berjaya membawa
syarikatnya ke tahap yang tinggi tanpa mengharapkan bantuan dan pengaruh
dari ayahdanya yang merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke
4.Walaupun beliau mampu melonjak ke tangga yang tinggi dengan masa yang
singkat dengan bantuan ayahnya tetapi beliau masih berkeras dan berpendirian
tetap untuk maju selangkah demi selangkah untuk mencapai kejayaan dengan
usaha dan titik peluhnya sendiri.Berkat usahanya,beliau Berjaya di namakan
sebagai salah seorang dari orang yang terkaya di Malaysia.
Tokoh usahawan kedua yang menjadi pilihan ialah Datuk Wan Mohammad Sani
Salleh, Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd,Sani
Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).Tokoh ini merupakan seseorang
yang menghasilkan perniagaan yang diilhamkan dari zaman kecilnya dimana
beliau merasakan rutinnya menaiki bas ke sekolah setiap hari sebagai asas
kepada perusahaan syarikat pengangkutannya.Datuk Sani merupakan seorang
usahawan yang memiliki sifat tabah yang tinggi dimana beliau harus diberi
perhormatan apabila beliau tetap cekal dan yakin untuk meneruskan
perusahaannya apabila rakan kongsinya telah mula mengangkat kaki dari
perkongsian perniagaan ini.Keadaan syarikat yang bergolak dapat diatasi dengan
lancer dibawah pengurusan beliau.Sifat unik yang dimiliki beliau ini telah
membawa beliau untuk berdiri setaraf dengan usahawan-usahawan lain yang
jauh lebih tua darinya.
Seterusnya tokoh ketiga yang dipilih ialah Datuk Wira Dr. Maznah Hamid atau
Iron Lady Malaysia.Tokoh merupakan satu-satunya usahawan wanita yang
ditampilkan dalam blog saya ini.Tujuan saya menjadikan beliau sebagai salah
satu pilihan saya ialah kerana beliau merupakan seorang tokoh yang berani dan
berjiwa kental.Berdasarkan perusahaan yang diperkenalkan beliau merupakan
satu perusahaan yang tidak sesuai untuk golongan wanita.Kerja yang kasar dan
memerlukan individu yang kuat dan sasa dalam perusahaan ini.Tetapi Datuk
Maznah mengambil cabaran ini dan cuba menukarkan pandangan orang lain
bahawa seorang wanita yang memiliki jati diri yang kuat sepertinya mampu
untuk memajukan perusahaan yang majoritinya terdiri dari
kaum lelaki.Sifat yang dimilikinya ini amatlah sesuai dijadikan contoh dan
penambah semangat kepada usahawan-usahawan muda.
Akhir sekali,Datuk Yusof Haslam merupakan seorang usahawan yang memiliki
pengalaman yang paling berharga dan berpengaruh kerana beliau menceburi
bidang perfileman.Sebelum beliau memulakan perusahaan tersebut,beliau
dengan sendirinya telah merasai setiap watak yang terlibat dengan perusahaan
tersebut dimana beliau pernah menjadi pelakon sampingan,pelakon utama dan
krew penerbitan.Pengalaman yang dimilikinya itu dimanfaatkan dengan
sebaiknya dan sangat membantu dirinya bagi menjayakan syarikat
perfilemannya.Beliau bukan sahaja Berjaya seorang diri bahkan anak-anaknya
turut bersama menceburkan diri dalam perusahaan itu dan Berjaya menjadi
usahawan Berjaya mengikut langkah Datuk sendiri.Datuk Yusof juga pernah jatuh
dalam mendaki kejayaan dimana filem yang diterbitkan beliau kurang mendapat
sambutan.Usahawan-usahawan muda harus mengambil perjalanan beliau
sebagai garis panduan dimana pengalaman dalam sesuatu bidang itu amat
penting sebelum menceburkan diri dalam bidang tersebut.
Kesimpulannya,setiap tokoh usahawan yang dipilih memiliki cerita dan
perjalanan perniagaan yang dapat dijadikan iktibar dan ransangan kepada bakal-
bakal usahawan yang ingin mengecapi kejayaan dalam perniagaan yang
diusahakan.Setiap individu boleh berjaya sekiranya setiap dari mereka memiliki
sifat-sifat yang wajib dimiliki oleh usahawan seperti berani mengambil
risiko,daya usaha berterusan,tidak mudah berputus asa,bijak mengambil
peluang dan pelbagai sifat positif lain lagi.Setiap kejayaan yang dikecapi oleh
usahawan-usahwan yang Berjaya hari ini bukanlah datang bergolek tapi turut
disertakan dengan pelbagai rintangan dan cabaran

10 Usahawan Wanita yang Berjaya di Malaysia


[1] Lisa Fong

Nama: Lisa Fong


Syarikat: OSCAR Footwear Marketing Sdn Bhd

Lisa Fong, adalah pengarah urusan OSCAR Footwear Marketing Sdn Bhd. Sejak di
bangku sekolah lagi, beliau selalu membantu bapanya di kedai kasut untuk
mendapat sedikit wang saku. Pengalaman tersebut telah mempengaruhi beliau
untuk menceburi industri yang didominasi lelaki.

Tetapi beliau tidak maju ke hadapan dengan menghasilkan kasut lelaki,


sebaliknya beliau beralih kepada bidang pembuatan kasut keselamatan (safety
footware).

Pada hari ini, pelanggan syarikat beliau adalah termasuk nama-nama besar
seperti Petroliam Nasional Bhd, Top Glove Bhd, Fraser & Neave Holdings Bhd, The
Federal Land Development Authority, Seagate Industries (M) Sdn Bhd dan The
Royal Malaysian Police. Produk syarikat juga dieksport ke Thailand, Singapura,
Vietnam, Kanada dan Fiji. Oscar Footwear Marketing adalah No 1 syarikat safety
footware di Malaysia.

Dilahirkan dan dibesarkan di Seri Kembangan di Selangor, Beliau pergi ke London


untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pembuatan kasut. Semasa di London,
beliau berkerja di kedai kasut Bata untuk mendapatkan banyak lagi pengalaman
dalam industri pembuatan kasut.

Kemudian beliau dan abangnya telah mengambil alih syarikat bapanyapada


tahun 1980-an. Pada ketika itu, syarikat tersebut bergantung sepenuhnya
kepada tenaga kerja menghasilkan kasut. Disebabkan itu, beliau telah manaik
taraf proses pembuatan dengan membeli jentera berteknologi tinggi untuk
meningkatkan lagi produktiviti dan kerumitan yang dihadapi oleh syarikat .

Perniagaan, yang pertama kali bermula di sebuah rumah kedai telah


berkembang kepada pembukaan kilang yang lebih besar yang mampu
menghasilkan 1,000 hingga 1,200 kasut setiap hari berbanding 500-700 kasut
sebelum ini.

Matlamat beliau kepada syarikat adalah untuk menjadikan Syarikat OSCAR


Footwear Marketing Sdn Bhd sebagai salah satu syarikat yang
disenaraikan di Bursa Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.

http://www.oscarsafetyshoes.com/About-Us/

[2] Dato' Siti Nurhaliza


Nama: Dato' Siti Nurhaliza Bt Tarudin
Umur : 34
Syarikat:Simply Siti sdn.Bhd

Usahawan Dato Siti Nurhaliza adalah Penyanyi No 1 Malaysia, . Pelancaran


produk kosmetik dan penjagaan kulit jenamanya sendiri iaitu SimplySiti
sememangnya mendapat sambutan hangat daripada peminat beliau yang
pastinya sangatlah ramai di seluruh negara termasuk di Singapura, Brunei dan
Indonesia.

Pelaburan besar telah dibuat untuk menghasilkan produk kecantikan bermutu


merangkumi penjagaan kulit SimplySiti C Bright, SimplySiti New Age dan
SimplySiti Acne Solution selain Krim Simply 5 yang istimewa. Harapan ahli
perniagaan muda ini adalah supaya produk sulung beliau mampu menembusi
pasaran negara luar terutama jiran terdekat iaitu Singapura, Brunei dan
Indonesia selain Timur Tengah memandangkan ia diiktiraf halal oleh Jakim. Ini
penting kerana majoriti bakal pembeli produk ini adalah terdiri daripada
golongan orang islam.

Memanfaatkan pengalaman menjadi duta produk kecantikan seperti Maybelline


& Pantene, semua produk SimplySiti dipasarkan di lebih 200 rangkaian farmasi
Watson seluruh negara dan pasar raya Jusco. Kehadiran suami beliau, Dato
Khalid sebagai rakan kongsi yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang
perniagaan sememangnya membantu menjayakan perniagaan kosmetik beliau.

Menggunakan khidmat ahli saintis dari Korea, bahan-bahan yang digunakan


dalam produk SimplySiti semuanya berunsurkan bahan-bahan semula jadi
seperti ekstrak daun Prunella Vulgaris yang mampu merawat semuala luka dan
radang kulit. Sepertimana yang diketahui, Korea merupakan pusat pembikinan
dan pembuatan produk kosmetik yang terunggul di dunia,
Beliau dan pasukannya telah membawa beberapa ahli saintis Korea ke Malaysia
untuk mengkaji dan merasai cuaca di sini supaya mereka faham masalah dialami
oleh wanita-wanita di Malaysia. Dan seperti yang boleh diagak, jualan produk
SimplySiti sangat memberansangkan walaupun baru satu bulan ia dilancarkan.
SimplySiti dinobatkan sebagai "The Best Halal Product" dalam kategori kosmetik
oleh majalah Halal Journal Magazine.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Siti_Nurhaliza_binti_Tarudin

[3] Rozita Ibrahim

Nama : Rozita Ibrahim


Syarikat: Sendayu Tinggi Sdn.Bhd

Beliau adalah seorang usahawan wanita yang berjaya dengan jenama Sendayu
Tinggi. Beliau pernah menjadi penoreh getah, hidup penuh kedaifan dan serba
kekurangan hinggakan pada suatu ketika bayinya diberi minum sirap bagi
menggantikan susu. Kepayahan dan penat jerihnya tidak berbayar dengan
kesenangan malah ia pernah meragut nyawa anak keduanya yang sakit dan
lumpuh ekoran tidak berwang untuk mendapatkan rawatan terbaik. Pepatah hina
besi kerana karat, hina manusia kerana melarat sungguh terkesan di hati dan
mencabar dirinya untuk bekerja lebih kuat bagi memperoleh pendapatan yang
selesa.

Sebelum bergelar usahawan yang berjaya dengan empayar perniagaan sendiri,


Beliau mengakui pelbagai peristiwa duka melingkari perjalanan hidupnya.
Ketabahan, kekuatan dan sentiasa yakin terhadap usaha sendiri dibalas dengan
kejayaan yang mengangkat dirinya menjadi usahawan yang disegani.
Sendayu Tinggi amat dikenali dengan rawatan herbanya apatah lagi Sliming Set
yang kian popular telah terbukti berkesan dalam menguruskan badan. Bermula
dengan manjadikan diri sendiri sebagai bahan ujikaji seterusnya menubuhkan
syarikat pada tahun 1997 dan bertapak secara meluas sekitar tahun 1999, sekali
lagi beliau mancipta revolusi kecantikan dan berpaling arah dalam meliasasikan
kecantikan wanita.

Sendayu Tinggi telah mempunyai kilang pemprosesan herba bagi produk


tradisional dan kilang ini telah memperoleh lesan Amalan Perkilangan Baik (GMP)
yang terletak di Pulau Indah, Klang, Selangor. Jumlah pengedar kini lebih 2,000
orang di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan terbaru di Jepun, China, Taiwan
dan Korea. saya bercita-cita membentuk usahawan wanita daripada golongan
yang kurang bernasib baik dari segi peribadi mahupun pencapaian karier.
Kebanyakan jaringan Sendayu Tinggi berjaya dibimbing melalui roadshow yang
berbentuk motivasi.

http://sendayutinggi.com/stbnew/stb-bgbm.swf

[4] Azizah Omar

Nama : Azizah Omar


Syarikat: Omar Ali Holdings Sdn.Bhd

Beliau adalah Pengarah Urusan, Omar Ali Holdings Sdn. Bhd. Sayarikat yang
beribu pejabat di Kampung Baru, Kuala Lupur itu diasaskan oleh ayah beliau,
allahyarham Omar Ali, pada tahun 1935. Bisnes ayahnya bermula dengan
menjual pakaian tradisional di sebuah bazar yang kini menjadi tapak Wisma
Yakin, di Jalan Masjid India. Selain baju Melayu, ayahnya juga mahir menjahit sut
iaitu pakaian popular di zaman pemerintahan Inggeris dahulu.
Kini bisnes keluarga yang diwarisi generasi kedua itu berkembang maju. Selain
beroperasi di kampung Baru dan Wisma Yakin, mereka memiliki sebuah butik di
pusat membeli belah Alamanda di Putrajaya. Butik itu menjual koleksi pakaian
berjenama Omar Ali. Menjual pakaian siap, mengambil tempahan baju kurung,
kebaya, baju Melayu, sut korporat dan pakaian seragam untuk individu dan pihak
swasta seperti bank, hotel dan kilang. Syarikat itu juga membida tender-tender
membekal pakaian kepada jabatan-jabatan kerajaan.

Azizah adalah graduan jurusan eknomi dari Northern Illinois University, America
Syarikat. Beliau adalah anak bongsu daripada sebelas orang adik-beradik.

Pengalaman bisnes lebih 70 tahun dan dibantu 30 orang tukang jahit mahir,
Omar Ali Holdings mampu bersaing dengan syarikat-syarikat lain. Para
pelanggan yang serasi dengan perkhidmatan mereka datana berulang-alik sejak
usia muda hingga ke hari tua mereka. Bisnes keluarga ini berjaya kerana mereka
sentiasa menjaga mutu jahitan, mengikut peredaran fesyen dan memenuhi
kehendak pelanggan. Selain pasaran tempatan, Omar Ali Holdigs juga menerima
tempahan dari luar negara.

Cita-cita beliau adalah memastikan bisnes yang dimulakan oleh arwah ayahnya
dapat diteruskan oleh ahli-ahli keluarganya yang lain supaya kejayaan yang
dicapai dapat berkongsi bersama demi masa hadapan mereka, baik ahli keluarga
serta para pelanggan yang dimuliakan.

[5] Helen Read

Nama: Helen Read


Syarikat: Ms Read Sdn. Bhd
Helen Read adalah jenama pakaian wanita. Ia juga adalah nama pengasas Ms
Read Sdn. Bhd, syarikat yang mengendali rakaian butik pakaian untuk golongan
wanita bertubuh besar. Kini terdapat sembilan buah butik dan kaunter Ms Read
di beberapa pusat membeli belah di Kuala Lumpur. Antaranya di One Utama
Shopping Center, Midvalley Megamall, Alamanda Putrajaya, Subang Prade, Sogo,
Lot 10, Ampang Point, Isetan KLCC dan Maju Junction. Butik Ms Read juga
terdapat di Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Helen Read yang dilahirkan di England adalah berdarah campuran Cina dan
Inggeris. Bapa beliau berasal dari Ipoh, Perak. Helen adalah bekas eksekutif di
Hotel Merlin, Kuala Lumpur berkelulusan dalam bidang pengurusan hotel di
Loughborough Collage, England. Beliau mengambil keputusan berhenti kerja
selepas mendapat anak pertama. Ketika anak sulungnya, Benjamin Yong berusia
dua tahun, seorang kawan mengajak Helen berkongsi niaga dalam bisnes
membuat pakaian, Helen bersetuju dengan tawaran itu, bagaimanapun beliau
hanya melibatkan diri secara sambilan. Kilang mereka membekal pakaian wanita
ke pusat-pusat membeli belah seperti Isetan, Metrojaya dan jaya Jusco.

Pada tahun 1982 rakan kongsi Helen mengikut suaminya berpindah ke negeri
lain. Sejak itu Helen mengambil alih pengurusan kilang sepenuhnya. Pada tahun
1996 Helen didatangani pihak Jaya Jusco yang memintanya membuat pakaian
untuk segmen wanita mereka. Helen menolak tawaran itu kerana pada waktu itu
kilangnya sedang beroperasi dengan kapaasiti penuh. Sebaliknya Helen meminta
kepada pihak Jusco menyewakan sebuah lot kedai kepadanya untuk dibuat butik.
Permintaan itu dipersetujui pihak Jusco. Helen membuka butik pertamanya yang
diberi nama Ms Read di One Utama Shopping Center pada bulan Mac 1997.
Beliau berkongsi modal dengan suaminya mengubah suai buti itu sebanyak
RM100,000 dan menyediakan stok pakaian bernilai RM60,000.

Ketika berlaku kegawatan ekonomi pada akhir tahun 1997, operasi di kilang
Helen terjejas teruk kerana permintaan merosot. Mujur butiknya dapat
menyelamatkan keadaan gawat itu. Apabila ekonomi pulih semula, bisnes Helen
terus berkembang. Butik beliau menyediakan pelbagai jenis pakaian yang sesuai
digayakan ke pejabat, untuk tujuan kasual, sukan, majlis dan juga koleksi busana
muslimah. Konsep plus-size yang menjadi identiti butik Helen terbit daripada
ilham pihak Isetan yang mahu membuka segmen itu untuk wanita bertubuh
besar.

Ketika berkerjasama dengan pihak isetan, Hetan terlibat dalam penyelidikan dan
pembangunan ke atas saiz pakaian wanita di Eropah yang di sesuaikan dengan
wanita Asia bersaiz 12 hingga 24. Melalui kajian itu, terhasil label Total Woan.
Helen menggunakan konsep serupa untuk butiknya sendiri. Bagi Helen wanita
bertubuh besar layak bergaya dan kelihatan cantik. Beliau mengambil kira
cadangan dan maklum balas yang diterima daripada peminat-peminat butiknya.
Selain pelanggan dewasa, beliau menyediakan pakaian plus size untuk generasi
muda. Butik Ms Read kini memiliki francais pertama di Brunei.
http://www.ehomemakers.net/en/article.php?id=88

[6] Dato' Dr. Jannie Tay

Nama: Dato' Dr. Jannie Tay


Syarikat: The Hour Glass Limited

Dato Dr. Jannie Tay adalah Timbalan Pengerusi, The Hour Glass Limited. Syarikat
ini memiliki rangkaian butik yang memasarkan pelbagai jam tangan berjenama
terkenal buatan Swiss. The Hour Glass diasaskan oleh Dr. Jannie dan suaminya
bersama Metro Holdings di Singapura pada tahun 1979. Butik The Hour Glass kini
terdapt di Malaysia, Hong Kong , Taipei, Australia, Indonesia, Thailand dan Jepun.
Dr. Jannie Tay dilahirkan di Ipoh dengan nama asalnya, Chan Siew Lee.

Beliau adalah anak sulung daripada tujuh orang adik-beradik. Dibesarkan di


sebuah kedai ubat milik datuknya, beliau mendapat pendedahan awal dalam
perniagaan ketika mengikut bapanya menguruskan perniagaan ubat keluarga
mereka. Ketika berusia 17 tahun, Dr. Jannie dihantar belajar ke Moreland High
School di Melbourne. Setahun kemudian bapanya meninggal dunia. Beliau
kemudian membawa ahli keluarganya berpindah ke Australia dan meneruskan
pengajian di sana.

Pada tahun 1968 Dr. Jannie memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang
fisiologi. Beliau melanjutkan pelajarannya ke peringkat sarjana dalam bidang
farmakologi iaitu kajian tentang tindak balas ubat. Pada tahun 1969 Dr. Jannie
bertemu jodoh dengan suaminya yang ketika itu sedang mengambbil PhD di
Australia. Apabila mereka kembali ke Singapura pada tahun 1971, Dr. Jannie
bertugas sebagai pensyarah di Universiti Singapura. Kerjaya beliau berubah pada
tahun 1973, apabila suaminya melanjutkan peljaran semula dalm bidang
perubatan. Dr. Jannie beralih tugas menjadi jurujual di Lee Chay & Company,
sebuah syarikat jam tangan milik keluarga suaminya.

Beberapa tahun kemudian dia menguruskan cawangan syarikat itu di Colombo


Court. Dr. Jannie menyimpan impian bagi memiliki butik jam tangannya sendiri.
Impian itu tercapai pada tahun 1979 apabila beliau dan suaminya membuka The
hour Glass, kedai mereka yang pertama di Lucky Plaza. Perniagaan itu Berjaya
dan berkembang daripda satu kedai menjadi Sembilan buah kedai. Rangkaian
butik yang mula bertapak di Singapura itu kemudian dibuka di beberapa negara
lain. Pada tahun 1987, Dr. Jannie menceburi perniagaan baru dalam bidang
hartanah di Golden Coast, Australia. Selama beberapa tahun, beliau
membangunkan Oyster Cove iaitu projek pembangunan hotel, pusat peranginan,
perumahan dan pusat perniagaan.

Pada tahun 2004, minat Dr. Jannie beralih kepada bidang makanan kesihatan dan
beliau mula mengkaji cendawan lingzhi bersama pakar-pakar dari Negara Chin.
Dengan latar belakang akademiknya dalam bidang farmakologi, Dr. Jannie
dengan penuh yain menceburi perniagaan baru itu dan membuka sebuah
syarikat nutraseutikal, Scientific Tradition Pte. Ltd. Sehingga kiniDr. Jannie masih
aktif dalam pelbagai perniagaan lain seperti restoran, koleksi seni dan antic.
Selain suaminya, Dr. Henry Tay selaku pengerusi eksekutif, anak mereka, Michea
Tay, turut menguruskan The Hour Glass . Dr. Jannie yang berjaya mencapai
impiannya satu demi satu berpegang kuat kepada sikap positif dan yakin kepada
diri sendiri.

Bagi memajukan dirinya, beliau tidak pernah berhenti belajar perkara-perkara


baru di samping mengambil iktibar daripada kesilapan-kesilapan lalu yang
pernah dilakukan. Sepanjang membina perniagaannya Dr. Jannie pernah melalui
saat-saat getir dan ujian berat. Antaranya ketika baru menubuhkan The Hour
Glass, anak beliau, Michelle yang pada masa itu beusia lapan tahun meninggal
dunia. Tidak lama kemudian anaknya, Sabrina dilahirkan dengan pelbagai
masalah kesihatan, antaranya rubella, mempunyai rekahan di langit-langit di
dalam mulut dan jantung berlubang. Kekuatan minda dan sikap optimis Dr.
Jannie menjadi pendorong dirinya supaya meneruskan kehidupan beliau dengan
tabah. Kisah kehidupan Dr. Jannie ditulis Wong Wan Ling. Buku bertajuk Time To
Live : Jannie Tays Journey itu deterbitkan pada tahun 2002. Kini ada usia 60-an,
beliau banyak melakukan kerja-kerja amal. Dr. Jannie yang tinggal bersebelahan
rumah dengan anak-anak gemar menghbiskan masa bersama cucu-cucunya.

[7] Datin Mina Cheah Foong


Nama: Datin Mina Cheah Foong
Syarikat: Rampai Niaga Sdn Bhd, The Body Shop

Anda mungkin salah seorang penggemar berangan The Body Shop, tetapi
tahukah anda siapa yang membawa jenama itu ke Malaysia? Datin Mina Cheah
Foong adalah orang yang bertanggungjawab membawa francais itu ke Malaysia.
The Body Shop adalah rangkaian kedai menjual produk kosmetik dan pengjagaan
diri seperti barangan mandian, spa dan wangian. Ia diasaskan oleh Dame Anita
Roddick di England pada tahun 1976. Kini terdapat lebih dua ribu kedai The Body
Shop di seluruh dunia dengan lebih 77 juta orang pengguna.

Datin Mina berasal dari Ipoh, Perak. Pada usia 17 tahun beliau dihantar oleh
ayahnya ke United Kingdom bagi belajar di sebuah sekolah di Belfast, Ireland.
Beliau kemudian menyambung pelajaran dalam jurusan system engineering di
University of Leeds, London. Dtin Mina bercita-cta menyertai NASA selepas beliau
tamat belajar. Ketika tinggal di England, setiap hujung mingu Datin Mina pergi ke
Convent Garden di London. Di situ trdapat sebuah kedai The Body Shop. Beliau
sering mengunjungi kedai itu bagi membeli barangan sendiri dan untuk teman-
temannya. Beliau bukan saja meminati pelbagai produk yang ada di sana malah
menyukai segala aktiviti kempen yang dianjurkan The Body Shop.

Apabila pulang ke Malaysia, Datin Mina masih terus memesan barangan The
Body Shop daripada rakan-rakannyayang berkunjung ke London. Kerana
minatnya yang mendalam, beliau merancang dan berusaha membawa produk
The Body shop ke Malaysia. Datin Mina akhirnya berjaya mendapat hak francais
bagi mengedar dan menjual barangan The Body Shop melalui syarikatnya,
Rampai Niaga Sdn. Bhd. Kedai pertamanya dibuka pada 8 Disemder 1984 di Yow
Chuan Plaza, Kuala Lumpur. Pada masa itu, Datin Mina belum mempunyai
pengalaman menjalankan perniagaannya. Perniagaan The Body Shop dimulakan
bersama rakan kongsinya, Mariam Tun Sulaiman. Wanita itu adalah isteri kepada
rakan suaminya. Puan Mariam pada waktu itu adalah usahawan Amway yang
berjaya. Di kedai mereka, Datin Mina menguruskan aktiviti dagangan manakala
Puan Mariam menguruskan hal ehwal perhubungan awam. Perniagaan mereka
berkembang dengan pesat. Selepas menjadi rakan kongsi selama 10 tahun, Puan
Mariam menjual semua saham miliknya dalam Rampai Niaga. Datuk Simon,
suami Datin Mina mengambil alih saham-saham Puan Mariam itu. Kemajuan The
Body Shop yang terus meningkat tahun demi tahun adalah perkara yang di luar
dugaan Datin Mina dan suaminya. Selepas 18 tahun berlalu, mereka berasa
perniagaan itu terllu besar dan tidak tahu ke mana hala tuju hendak dibawa
perniagaan itu seterusnya. AKhirnya beliau dan suami mengambil keputusan
supaya menjual saham-saham mereka dengan nilai RM78 juta. Syarikat yang
mengambil alih The Body Shop adalah Kejora Harta Berhad. Walaupun sudah
menjual saham-sahamnya, Datin Mina masih meneruskan kontrak mengurus
kedai-kedai The Body Shop yang beliau kendalikan.Waktu itu baru beliau terfikir
supaya mengembangkan perniagaan The Body Shop ke rantau Asia Tenggara.
Namun syarikat itu bukan miliknya lagi. Kini beliau dan suami berusaha membeli
semula saham-saham syarikat itu di pasarn bursa. Selepas lebih 20 tahun
terlibat dalam industri peruncitan, Datin Mina mnyedari sebahagian besar
daripada para pelanggan tiada banyak masa pergi membeli belah. Maka
diperkenalkan konsep baru iaitu The Body Shop at Home, produk-produk dijual
melalui system parti seperti dilakukan syarikat Tupperware.

Lain-lain strategi baru yang dilakukan adalah jualan secara on-line dan melalui
katalog seperti dilakukan pihak Avon. Dengan gabungan LOreal dan The Body
Shop di United Kingdom, jenama The Body Shop dijangka menjadi lebih stabil
dan kukuh. Di samping menguruskan The Body Shop, Datin Mina membuka tiga
buah kedai kasut berjenama Vincci di Sydney, Australia. Tujuan asal beliau
membuka perniagaan itu adalah supaya dapat selalu berada di samping anak
lelakinya yang dijangka akan melanjutkan pelajaran di sana. Namun anak beliau
menyambung pelajaran di Melbourne bukan di Sydney. Perniagaan kedai kasut
Vincci itu juga mendapat sambutan baik daripada pihak pelanggan.

Di samping bergiat dalam perniagaan, Datin Mina banyak menceburkan diri


dalam aktiviti dan kempen amal. Sebagai Presiden Malaysian Business Coalition
on AIDS Society (MBCA) beliau mengumpul dana bagi membantu mangsa-
mangsa AIDS, di samping meningkatkan kesedaran mayarakat tentang penyakit
itu. Menerusi The Body Shop, beliau berkempen menangani isu keganasan
wanita, khasnya terhadap kanak-kanak dan isu penderaan. Kempen-kempen itu
membuktikan The Body Shop menghargai pelanggannya yang 90 peratu terdiri
daripada golongan wanita.

[8] Faiza Bawumi Sayed Ahmad


Nama: Faiza Bawumi Sayed Ahmad
Syarikat: Faiza Marketing Sdn. Bhd

Beliau tidak menyangka pengalamannya sebagai juruwang di kedai bapanya


dahulu telah mendorongnya bergiat serius sebagai peniaga.Menurut Faiza,
kejayaannya sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah
mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia
perniagaan.

Menurut Faiza beliau datang ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut
suaminya.Disebabkan sikapnya yang tidak betah duduk diam, dia mengambil
upah menjahit sulaman dan menjual pelbagai barangan dapur.Faiza kemudian
membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya dan mengedarkannya di
kedai-kedai.

Dengan mempunyai kedai sendiri, beliau mula belajar mengenali pelbagai jenis
beras. Sebelum menjual beras, beliau terpaksa pergi dari satu kedai ke kedai lain
bagi mendapatkan maklum balas sama ada mereka akan membeli berasnya jika
beliau menjualnya. Atas respons yang positif, Faiza memohon lesen pemborong
beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi
serta beras Siam.

Beliau yang mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak
berkata, dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi
pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan
tanpa diragui status halalnya.

Syarikat milik Faiza kini mengedar lebih 21 jenama beras di negara ini temasuk
yang paling dikenali, "Herba Ponni Taj Mahal" dan anak syarikatnya, iaitu Faiza
Marketing Sdn Bhd pula melibatkan diri dalam mengilang pelbagai jenis rempah
termasuk rempah Raja Kari, rempah Bukhari dan terbaru, rempah rendang.
Pada usia emas, Hajah Faiza masih lagi aktif mengurus bisnessnya. Beliau
dibantu oleh lima orang daripada tujuh anak-anaknya di samping ratusan orang
pekerja. Kini beliau melakukan kerja-kerja amal di bawah pergerakan wanita
UMNO Batu Pahat, Johor. Hajah Faiza berpegang teguh kepada prinsip bagi maju
dalam bisnes individu itu perlu rajin berusaha, tifak mudah patah semangat dan
perlu mengamalkan sikap berjimat-cermat. Segala usaha bisnes walaupun
bermula secara kecil-kecilan tidak boleh dipandang mudah kerana kesusahan itu
dapat membina daya ketahanan diri kepada usahawan.

http://kondakondi.com/jutawan-beras-faiza-faiza-bawumi-sayed-ahmad/
http://www.faizarice.com/faizaspices/AboutUs.htm
http://usahawan-berasfaiza.blogspot.com/p/profil-syarikat.html

[9] Neeta Gosalia

Nama : Neeta Gosalia


Umur: 38
Syarikat : Neetas Herbal (M) Sdn Bhd

Neeta Gosalia lahir di dalam kelaurga yang menginginkan anak lelaki. Anak
ketiga daripada enam adik beradik perempuan ini dilahirkan di dalam keluarga
Gujerati yang konservatif dan menganggap anak perempuan adalah bencana. Ini
kerana, masayarakat Gujerati di Kuala Pilih, Negeri Sembilan ketika itu
berpegang kepada prinsip hanya anak lelaki yang mampu menjaga keluarga
dengan baik. Tetapi hari ini, keluarga Gosalia amat dikagumi dengan kejayaan
anak-anak perempuannya terutama Neeta, yang telah memulakan produk
rambut herba dan pusat penjagaan kulit sendiri.

Dengan 23 cawangan si seluruh Malaysia dan 10 cawangan di luar negara, Neeta


tidak pernah bersikap tamak dengan kejayaannya tetapi dia turut membantu
adik beradik perempuannya yang lain sehingga masing-masing mempunyai taraf
kedudukan kewangan yang kukuh. Ternyata, disebalik perwatakan wanita India
yang cantik memakai sari dan sederhana ini, tersimpan kebijaksanaan yang
menjadikan beliau usahawan yang sangat dikagumi masyarakat.

Kebolehan Neeta ini diakui sendiri oleh bapanya melalui interaksinya


meyakinkan pelanggan untuk membeli barangan kemas di kedai barang milik
bapanya. Ayah Neeta mengakui lagi bahawa beliau tidak pernah menyesal
mempunyai kesemua anak perempuannya kerana dia mendidik anak-anaknya
secekal anak lelaki. Bercerita mengenai idea untuk menghasilkan ramuan herba
ini, Neeta mengimbas kembali bagaimana beliau sendiri mengalami masalah
keguguran rambut yang serius semasa umurnya 17 tahun.

Bagi wanita India, keadaan ini bukan sahaja memalukan malah menimbulkan
perasaan trauma. Kehadirannya ke Kuala Lumpur untuk menyampung pengajian
di Tingkatan Enam menemukan beliau dengan suaminya, Visvalingam. Walau
mendapat tentangan hebat dari kedua belah keluarga kerana perbezaan Karma,
mereka akhirnya disatukan sebagai suami isteri. Hasil dorongan suami, beliau
berangkat ke India untuk mendapat bantuan Pakar herba tradiotional di sana.
Dia mula menumbuk dan menggunakan herba yang diberikan oleh pakar
tersebut. Selepas sebulan, rambutnya mula tumbur dengan sihat dan ini
menimbulkan minat yang mendalam pada dirinya untuk terus mengkaji herba
tersebut.

Dengan bantuan kewangan daripada suaminya, neeta mendaftar untuk kursus


selama tiga tahun di Kolej Ayurveda di India. Setelah kembali ke Malaysia, dia
dan Visvalingam membuka Neeta Herba di Brickfields, Kuala Lumpur. Neeta
ketika itu baru berumur 21 tahun. Dua tahun pertama pembukaan Neetas
Herbal, mereka hampir menutup perniagaan tersebut kerana tidak ramai yang
menyedari keberkesanan produk ini. Kos untuk melalukan pemasaran ketika itu
juga adalah tinggi. Wanita ini sungguh bernasib baik. Kehadirannya dalam
Rancangan Nona yang disiarkan stesen penyiran ternama, TV3 telah
melonjakkan nama Neetas herbal. Dari situ, Neeta dan suami menyedari betapa
pentingnya pelan pemasaran yang baik bagi memastikan produk mereka
dikenali. Semenjak itu, Neetas Herbal tidak pernah menoleh ke belakang lagi.

Menjelang tahun 1991, Neeta dan suaminya memutuskan untuk


mengembangkan perniagaan dengan membekalkan produk mereka ke kedai-
kedai terpilih di di negara ini. Neeta seterusnya berjaya menembusi pasaran
Amerika Syarikat dan United Kingdom dan membuka beberapa outlet di sana.
Pada tahun 2007, sebuah outlet berjaya pula di buka di Hyderabad, India.
Disebalik kejayaan ini, pastinya dorongan keluarga yang tidak terhingga menjadi
tonggak utama bagi Neeta.
Neeta kini bahagia bersama suami dan tiga anaknya dan jika ditaanya mengenai
rahsia kejayaanya, dia menjawab, Kejayaan di dalam perniagaan bukan hanya
dikira berapa jumlah wang yang kamu perolehi atau sebesar mana perniagaan
yang kamu miliki, tetapi bagi saya ia adalah mengenai keluarga yang sentiasa
menyokong dan mempercayai kebolehan saya

http://www.neetasherbal.com/news/IndiaToday28May2001.htm

[10] Datuk Dr. Maznah Binti Hamid

Nama : Datuk Dr. Maznah Binti Hamid


Umur: 58
Syarikat : Securiforce Sdn Bhd

Datuk Maznah Hamid dilahirkan pada 18 April 1955 di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah.
Beliau menubuhkan Securiforce kira-kira 27 tahun yang lalu dan menjadi
pembekal Keselamatan terbesar di Malaysia. Beliau memulakan perniagaan
bermodalkan hanya RM5000 dari simpanan beliau. Beliau kini mengetuai hampir
50 cawangan dengan pekerja yang mencapai hampir 5000, beratus-ratus senjata
api dan beberapa kenderaan perisai. Perkhidmatan bukan sahaja terhad kepada
pengawal statik tetapi juga menjangkau kepada logistik, tunai dalam transit,
pengurusan tunai, pengurusan kargo berteknologi tinggi, perkhidmatan trak
perisai, sebagai serta pelbagai perkhidmatan lain.

Securiforce kini telah maju dan mempunyai banyak anak syarikat. Satu contoh
ialah Danau Lumayan, Syarikat Pembangunan Hartanah yang terletak di Bandar
Tun Razak, Cheras. Securiforce, dalam usaha berterusan untuk menjadi
keselamatan bersepadu sepenuhnya dan memenuhi keperluan pelanggan. Ia
juga menubuhkan Securiforce Logistics di cawangan Singapura, Bangkok, China,
Korea, Turki dan Jerman. Bahagian yang paling luar biasa dan menarik dalam
cerita kejayaan Datuk Maznah bahawa semua syarikat telah ditubuhkan dan
secara beransur-ansur berkembang tanpa bantuan mana-mana daripada institusi
perbankan.

Falsafah kejayaan dan pencapaian beliau dapat dilihat dengan kepercayaan


bahawa "the main capital in business is yourself ". Beliau membawa prinsip "we
should produce a workload more than what we are paid for, as in the end, we will
be rewarded much more than what we have done". Prinsip ini telah membawa
kepada kejayaan utama dalam kerjaya perniagaan beliau.

Berdasarkan kepada ciri-ciri kepimpinan dan keusahawanan yang begitu ketara


pada diri beliau, beliau telah diundang untuk memperkenalkan rancangan
motivasi di TV 3 pada tahun 1990. Disitulah beliau menjadi kaunselor motivasi
dan 'success counsellor' dimana kita sering mendengar suaranya di radio dan
melihat wajahnya di kaca TV.

Selain daripada itu, beliau juga merupakan pakar motivasi, pembangunan insan
dan keusahawan serta 'success counselor' di institusi - institusi pengajian tinggi.
Oleh kerana minatnya yang begitu besar terhadap pembangunan insan, beliau
telah menubuhkan MMC, Maznah Motivational Centre yang mengelolakan
seminar-seminar keusahawanan dan pembangunan insan seperti seminar ZERO
TO HERO dan AWAKEN THE SPIRIT OF
ENTREPRENEURSHIP/INTRAPRENEURSHIP. Melalui seminar ini, beliau ingin
membangkitkan dan menyerapkan semangat keusahawanan ke dalam diri setiap
insan.

https://www.facebook.com/maznahhamid/info
http://www.securiforce.com.my/index.php?
option=com_content&task=view&id=65&Itemid=86

Anda mungkin juga menyukai