Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN SESI KAUNSELING

NAMA KLIEN:

SESI:

TARIKH:

MASA:

BAHAGIAN 1: ISU/MASALAH YANG DIKEMUKAKAN

Klien berasal dari Kuala Lumpur. Klien yang mendapat surat tawaran dari Universiti Malaya bagi
melanjutkan pelajarannya dalam bidang kejuruteraan selepas menamatkan pengajian di Pasum
Pusat asasi Um. Klien merupakan anak kedua dari 6 adik beradiknya. Adik beradik yang masih
bersekolah lagi kesemuanya. Baginya dia merupakan seseorang yang penting dalam ahli
keluarganya.

Setelah beliau masuk ke university Malaya, beliau berasakan ada tanggungjawab dirumah.
Kerana tiada sesiapa yang membantu ibunya menjaga nenek yang sedang sakit. Nenek yang
mengalami strook 7 tahun lepas kini tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Sebelum ni neneknya masih
boleh bergerak tetapi tidak terdaya sangat. Pada satu ketika itu, neneknya jatuh di bilik air yang
memberi kesan kepada badannya dan kini tidak boleh berbuat apa-apa.

Klien sudah memujuknya untuk membuat fisioterapi tetapi tidak berjaya. Dan kini
mengharapkan ibunya sahaja yang menjaganya dalam menguruskan makan dan minum,
membuang air besar, membersihkan diri dan sebagainya. Atuknya masih ada lagi dan kini tinggal
bersama ibunya di kuala lumpur. Masuk tahun ini sudah 10 tahun neneknya tinggal bersamanya.
Walaupun adik beradik ibunya ramai namun ada yang mengendahkannya malah tidak lagi
menguruskan neneknya. Hanya berharap ibunya yang dapat menjaga neneknya itu. Atuknya dah
cuba untuk memujuk untuk melakukan fisioterapi tetapi tidak berjaya malah dia berasakan biarlah
seperti ini.

1
Neneknya yang berisi sedikit terasa beban bila nak mengangkatnya, bagi mandi dan
sebagainya. Klien berasakan isu ini amat mengganggunya kini kerana masih belajar lagi. Baginya
kalau orang lain ambil peluang cuti itu untuk bersuka ria malah baginya beliau memanfaatkan
cutinya untuk menjaga neneknya di rumah dan menganhantar adiknya kesekolah. Justeru itu
dengan tindakannya seperti ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibunya. Dan ibunya
boleh fokus untuk menjaga nenek sahaja. Ibunya yang mempunyai tanggungjawab lain seperti
meluangkan masa dengan keluarga kini sudah terhad.

Ibunya yang mempunyai seramai 11 orang adik beradik, seramai 9 perempuan dan 2 lelaki
namun 9 perempuan ini hanya mengharapkan ibu klien semata-mata dalam menguruskan
neneknya. Keadaan atuknya pula hanya diperlukan dalam menguruskan makan dan minum sahaja.
Seperti menguruskan diri, atuknya boleh untuk atasi sendiri. adik beradik Zahid yang lain juga ada
membantu ibunya seperti menolak kerusi roda neneknya untuk berjalan dan sebagainya. Neneknya
sudak 7 tahun menghidap strook dan selama 4 tahun tidak mampu untuk berjalan kerana serinhg
terjatuh di bilik air. Dan kini sudah hampir 10 tahun ibu klien menjaganya di rumah tanpa
dipedulikan oleh adik beradik yang lain.

Bagi klien apa yang dia nampak, adik beradik ibunya semuanya senang-senang belaka,
mewah tapi tak mahu untuk menjaga neneknya. Tidak mengendahkan orang tua itu. Klien sudah
beberapa kali menegur secara tidak langsung tetapi, hanya kata-kata dalam whatsapp sahaja, hanya
alam maya sahaja. Masih tertunggu-tunggu juga sampai sekarang tetapi tiada tindakan yang
diambil. Bagi klien, apa salahnya adik beradik ibunya yang lain ambil cuti 3 ari jumaat sabtu dana
had, ambil neneknya. Uruskan sementara beliau masih ada sekarang tetapi tidak berbuat demikian.

Bagi klien, ibunya cukup bersabar dan seorang yang kuat kerana melakukan banyak kerja
dalam satu masa. Dan ibunya seorang yang tidak merungut. Kadang itu terasa terkilan dengan
perbuatan adik beradiknya yang lain kerana tidak ambil berat terhadap ibu kandung sendiri. ibu
yang dibiarkan sahaja seperti itu.

2
BAHAGIAN 2: PENILAIAN ISU/MASALAH

Teori Pemusatan Klien

Teori pemusatan klien yang diperkenalkan oleh Carl Roger. Mengikut teori ini, pada
asasnya manusia bersifat baik, boleh dipercayai, mempunyai kupayaan menentukan hala tuju yang
baik dan boleh berkembang secara positif kearah mencapai pembenaran kendiri. Oleh itu,
kaunselor memilih teori ini supaya klien boleh bertanggungjawab dengan sepenuhnya kepada diri
sendiri. Pendekatan teori ini juga menekankan kepentingan klien memahami perspektif mereka
sendiri. Klien juga mempunyai tanggungjawab dalam membuat keputusan dalam setiap pilihan.

Empati merupakan sifat peribadi yang harus ditunjukkan oleh kaunselor apabila
berhadapan dengan klien. Empati bermaksud perasaan memahami yang mendalam iaitu seseorang
kaunselor berupaya merasai perasaan klien walaupun kaunselor sendiri tidak pernah mengalami
pengalaman yang sama dengan klien dan tak pernah lalui situasi itu. Empati yang ditunjukkan oleh
kaunselor dapat memberikan satu perasaan kepada klien bahawa kaunselor merupakan orang yang
memahami beliau.

Selain itu, penerimaan tanpa syarat juga salah satu daripada sifat peribadi kaunselor yang
perlu ditunjukkan apabila berhadapan dengan klien. Penerimaan tanpa syarat bukan bermaksud
bersetuju dengan tingkah laku klien, tetapi kaunselor perlu menerima klien dengan hati terbuka.
Contohnya, kaunselor sabar mendengar isu yang disampaikan oleh klien dalam sepanjang sesi
kaunseling ini. Walaupun klien ini seorang pelacur, tetapi kaunselor tetap menerimanya sebagai
klien. Maknanya tidak kira perbezaan agama, warna kulit, taraf kehidupan dan sebagainya.

Dan yang terakhir adalah Kongruen. Kongruen ini bermaksud kaunselor tidak berpura-pura
semasa dalam sesi kaunseling. Kaunselor bersikap ikhlas dalam proses kaunseling, menunjukkan
kejujuran pada tingkah lakunya, emosi dan sebagainya. Keaslian dan keikhlasan dapat dirasai oleh
klien serta dapat membina hubungan antara kaunselor dan klien dalam proses kaunseling.

Teori Realiti

Teori ini mempercayai bahawa manusia bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan dimotivasikan
oleh dorongan masa kini. Kaunselor yang menggunakan teknik dalam teori realiti supaya klien
dapat menentukan matlamat dalam hidupnya.

3
- Kaunselor menggunakan teknik ulangi soalan dengan cara yang berbeza

Kaunselor yang menggunakan soalan yang berbeza untuk menerokai dan memahami klien secara
mendalam dapat maklumat dari klien lebih banyak lagi. Melalui soalan yang berbeza, klien juga
dapat dilihat matlamatnya dalam kehidupan.

Teori Gestalt

Teori Gestalt ini berfokus kepada here and now. Dimana klien mempunyai 5 isu yang berbeza
dan ia mengganggu diri klien untuk belajar. Pada mulanya klien dalam dilemma kerana nak
selesaikan dua-dua isu tetapi kaunselor nyatakan hanya satu isu yang dapat difokuskan kini.

BAHAGIAN 3: PERANCANGAN RAWATAN DAN TINDAKAN

Analisa kemahiran asas kaunseling

Kemahiran prasesi

Kaunselor telah membuat kemahiran prasesi dalam sesi kaunseling. Ini akan memberi pemahaman
yang lebih jelas kepada kaunselor dan klien sebelum sesi dimulakan. Prasesi yang merangkumi
masa, kerahsiaan, limitasi dan tangungjawab antara kaunselor dengan klien telah dinyatakan.

Contoh dialog:

Kaunselor: Sebelum kita mulakan sesi, saya nak beritahu serba sedikit, untuk pengetahuan Zahid,
sesi kaunseling ni akan berjalan selama 45 minit hingga 1 jam. Apa perkara yang kita bincangkan,
akan saya rahsiakan. Dan dalam sesi ni Zahid bebas untuk kongsikan apa sahaja dan menjadi
tanggungjawab saya mendengar dan membantu Zahid dan menjadi tanggungjawab Zahid untuk
memberi kerjasama demi menjamin kelancaran sesi la.

4
Kemahiran parafrasa

Kemahiran parafrasa digunakan untuk menyatakan semula isi cerita klien bagi menjadi lebih
mudah difahami. Kemahiran ini dapat membantu kaunselor apa yang disampaikan oleh klien dan
klien dapat menyedar apa yang dia sudah kongsikan dalam proses kaunseling ini.

Contoh dialog:

Klien: so, memang macam saya sendiri, saya tak ada biasiswa, taka ada pinjaman, dan tak ada
apa-apa pendapatan apa-apa. Semua bergantung kepada keluarga. Tapi saya pun ada buat
macam sampingan sendiri la. Ambik assignment orang, saya buat. Kalau untuk saya sendiri, kita
student, so saya nak bahagi masa untuk buat side income tu dengan study sangatlah susah, tapi
kita terpaksalah. Sebab sekarang kita tengok ekonomi Malaysia ni pun nak bagi biasiswa pun
susah, sebab ekonomi dah merumdum kan. So itu jela satu isu yang kalau boleh kita nak ada lah
cara-cara nak atasi isu itu.

Kaunselor: Zahid mengalami masalah kewangan dan Zahid mengambil alternative lain sebagai
contohnya Zahid ambil assignment kawan-kawan dan dapat duit sampingan.

Kemahiran dorongan minima

Kemahiran dorongan minima digunakan untuk memberikan sokongan dan motivasi kepada klien
untuk meneruskan perbincangan. Pergerakan yang positif ini yang mengalakkan klien untuk terus
bercakap dan memberikan penjelasan dalam sesi kaunseling ini.

Contoh dialog:

Kaunselor: apa yang saya lihat Zahid seorang cucu yang kuat lah hadapi situasi yang macam ini.
Tak semua orang hadapi situasi yang macam Zahid rasa kerana allah memberi ujian itu mengikut
kempuan hambanya. Kalau allah tau kita tak mampu, allah takkan turunkan ujian seperti ini.

Soalan terbuka

Soalan terbuka memberi peluang kepada kaunselor untuk memahami dan menerokai isu klien lebih
mendalam. Soalan yang dikemukakan kepada klien dapat memberikan penerangna dan penjelasan
5
dalam komunikasi antara klien dengan kaunselor. Hal ini dapat memberi ruang kepada klien untuk
terus bercakap.

Contoh dialog:

Kaunselor: oh gaji. boleh saya tahu tak, perbelanjaan Zahid setiap hari?

6
BAHAGIAN 4: PENILAIAN SESI KAUNSELING

Laporan sesi

1) Kes keberapa

Pada mulanya sesi, klien hanya memberikan 4 sahaja isu sahaja tetapi kaunselor melihat ada
sesuatu apabila perasaan kaunselor interpretkan pemikiran klien.

Contoh dialog:

Kaunselor: Biarlah Zahid tegur dan kesannya biarlah kita tengok kemudian sama ada dia kecik
hati ataupun tak nanti biar dia rasa baru aku tahu kawan aku banyak bantu aku sebelum ini. selain
itu ada apa-apa lagi tak Zahid nak ceritakan selain keempat-empat isu ini? Yang Zahid takut nak
bagi tahu, ataupun Zahid rasa perkara ini rahsia, aku tak boleh bagi tahu.

Ternyata selepas membincangkan keempat-empat isu di atas kemudian timbul lagi satu isu dimana
klien berasakan takut untuk memberitahu dan meluahkan apa yang dirasanya sebelum ini dan klien
berjaya meluahkannya dengan memberitahu perkara yang sebenar.

Pandangan kaunselor; apa yang kaunselor faham tentang kes ini.

Keadaan neneknya yang berusia 71 tahun yang telah mengalami strook sejak 7 tahun yang
lalu. Keadaan atuknya pula sihat tetapi hanya perlu menguruskan makan dan minum sahaja tetapi
neneknya perlu menguruskan kesemua aspek seperti menguruskan diri, mandi, makan minum, dan
sebagainya. Keadaan pakcik dan makciknya pula yang mengendahkan keadaan neneknya dan
tidak ambil tahu keadaan neneknya membuatkan klien berasa terkilan kenapa anak yang lain
diperlakukan seperti itu. Malah bila dilihat semula kehidupan pakcik dan makciknya mewah tetapi
tidak menghiraukan keadaan neneknya yang sedang sakit.

Klien sudah membuat beberapa cara untuk menyedarkan pakciknya namun tidak berjaya.
Kadang kesihan melihat ibunya yang terpaksa berkorban melakukan kesemua tugasan dalam setiap
hari, seperti menguruskan neneknya, hantar anaknya ke sekolah, memasak, membuang sampah
dan sebagainya. Klien memanfaatkan cuti yang dia ada untuk bantu ibunya dirumah supaya dapat
ringankan beban ibunya dalam menjaga nenek.

7
Kemajuan klien kearah matlamat.

Klien jelas menyatakan matlamat sesi kaunseling ini. Sebagai kaunselor, kaunselor dapat
memerhatikan klien buntu dalam menyelesaikan isu yang dihadapi kerana pelbagai cara yang telah
beliau lakukan untuk menyedarkan pakciknya tetapi tidak berjaya. Malah mereka lebih pentingkan
kehidupan mereka tanpa memikirkan perasaan seorang ibu. Pada pendapat kaunselor, klien
berharap dapat membuat tindakan dalam menyelesaikan isu ini.

Kelebihan dan kelemahan kaunselor

Kelebihan kaunselor ialah kaunselor mempunyai pelbagai kemahiran dalam teknik


kaunseling. Misalnya kaunselor mempuyai kemahiran parafrasa. Pada permulaan saya sebagai
kaunselor pelatih juga cemas dalam sesi kaunseling, seperti waktu permulaan sesi, pertengahan
dan penutup. Tetapi kaunselor berusaha untuk menenagkan hati dan berjaya menyesuaikan
suasana sesi kaunseling tersebut.

Kelemahan kaunselor dalam sesi ini ialah kaunselor yang terlalu risau tentang apa yang
perlu dikatakan selepas klien menyatakan isu yang idsampaikan. Saya kaunselor yang kali pertama
mengendalikan sesi kaunseling agak tergagap-gagap apabila tanya soalan atau berkomunikasi
dengan klien. Dan juga ada kemukakan soalan bertindih maknanya ada dua soalan dalam satu
pertanyaan. kaunselor cemas dan tidak tahu berbuat apa-apa. Apa yang dibuat adalah terus
menerus tanya soalan dalam menerokai isu klien.

Laporan refleksi

Seperti yang sedia maklum. ini merupakan kali pertama saya sebagai kaunselor “pelatih” yang
mengendalikan satu sesi kaunseling yang secara betul-betul. Pada mulanya memang berasa takut
sebelum memulakan sesi, gementar dan sebagainya tetapi selepas habis sesi saya berasakan
gembira dan untuk kendalikan sesi ini bukanlah susah tapi saya tetap dengan pendirian saya, yakni
saya nak belajar dari kesilapan saya. Dan saya berasakan saya nak sangat untuk membantu orang.

8
9

Anda mungkin juga menyukai