Anda di halaman 1dari 21

Makmal Kaunseling Individu 2 (KKH 3013)___________________________________________

1.0) PENGENALAN

Kehidupan setiap manusia di dunia ini dipenuhi dengan siri situasi yang tidak
berkesudahan di mana pemilihan dan penyesuaian perlu dilakukan. Oleh sebab itu, dalam
perjalanan hidupnya manusia sentiasa membuat pilihan dan penyesuaian untuk dirinya
atau kadang-kala sama ada di sedarinya atau tidak, pilihan itu akan dibuat oleh orang lain.
Individu yang gagal membuat pilihan dan penyesuaian untuk dirinya berkemungkinan
besar akan menjalani kehidupan yang tidak sesuai dan membosankan. Maka,
perkhidmatan kaunseling merupakan satu keperluan kepada masyarakat untuk membantu
mereka membuat pilihan dan penyesuaian dalam hidup. Pelbagai definisi kaunseling
telah diberikan. Namun begitu, definisi ini tidak jauh berbeza di antara satu sama lain.
Menurut Good (1945), kaunseling merupakan bantuan dalam menyelesaikan masalah
peribadi seseorang (klien) yang dilakukan oleh seorang pembantu terlatih (kaunselor)
yang mempunyai segala kemahiran dan pengetahuan dalam bidang tertentu sehinggalah
seseoarang itu boleh membuat keputusannya sendiri dengan baik.
Kaunseling bukan bererti nasihat walaupun terdapat nasihat yang diberikan.
Keistemewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya
yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Ini bermakna penerimaan dan perakuan
sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri. Kerana itulah hubungan
kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar
dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memperihalkan
masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan dalam menguruskan
masalah tadi. Kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang
menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada
permasalahannya. Dengan kata lain, kaunseling merupakan proses pembelajaran semula.
Menurut Abdul Halim Othman (1999), perkhidmatan kaunseling di Malaysia telah
sampai ke tahap yang menggalakkan seiring dengan kemajuan yang di capai oleh negara
sama ada dari segi ekonomi, politik ataupun sosial. Dalam konteks negara untuk
mencapai Wawasan 2020, di harapkan perkhidmatan kaunseling akan di manfaatkan
sepenuhnya oleh setiap lapisan masyarakat dalam pelbagai keadaan.

1
Makmal Kaunseling Individu 2 (KKH 3013)___________________________________________

2.0) LATAR BELAKANG SESI

Sesi ini telah dijalankan pada hari Isnin bersamaan dengan 25 September 2007, jam 12.00
pagi bertempat di Ketoyong. Saya memilih untuk mengadakan sesi ini pada waktu pagi
memandangkan faktor masa. Malahan, suasananya juga lebih baik kerana kurangnya
gangguan daripada persekitaran. Ini penting bagi memastikan kelancaran sesi di mana
komunikasi saya dan klien lebih berkesan sama ada dari aspek verbal mahupun non-
verbal. Sesi telah dijalankan bermula dengan peringkat membina hubungan,
penstrukturan sehinggalah ke peringkat penamatan. Perjalanan sesi berlangsung selama
lebih kurang 30 hingga 45 minit dan dijalankan dalam tiga sesi. Malah, rakaman yang
dibuat juga telah mendapat persetujuan daripada klien sebelum sesi dijalankan.

3.0) LATAR BELAKANG KLIEN

3.1) Latar Belakang Khusus

Nama penuh klien ialah Amirul Hafez Bin Ismail atau panggilan mesranya Mirul.
Klien merupakan seorang mahasisiwa Universiti Pendidikan Sultan Idris yang sedang
menuntut di Tahun 2. Beliau merupakan anak kelahiran negeri Perak dan mengambil
jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik.

3.2) Latar Belakang Keluarga

Katanya, beliau merupakan anak bongsu daripada enam orang adik-beradik, tiga
lelaki dan tiga perempuan. Bapanya bekerja sebagai peneroka disamping berniaga
perabot manakala ibunya pula adalah suri rumah sepenuh masa. Hobinya pula adalah
bersukan dan membaca.

3.3) Latar Belakang Pendidikan

Menurut klien, bapanya sangat menitikberatkan soal pendidikan dalam kehidupan.


Klien memikul harapan keluarganya untuk menjadi seorang yang berjaya seperti
mana yang diharapkan. Klien juga berkata yang beliau sangat beruntung kerana

2
Makmal Kaunseling Individu 2 (KKH 3013)___________________________________________

mempunyai seorang bapa yang begitu prihatin terhadap kepentingan ilmu


pengetahuan dalam kehidupan, terutamanya pada zaman globalisasi tidak seperti
kebanyakan ibu bapa sekarang yang masih alpa dan leka serta tidak mengambil peduli
tentang pendidikan anak-anak mereka. Implikasinya, anak-anak mereka terus hanyut
dibuai arus pemodenan dan pembangunan.

3.4) Latar Belakang Sosial

Berdasarkan kepada apa yang di ceritakan oleh klien, dapatlah di katakan bahawa
beliau mengamalkan pergaulan yang meluas dengan masyarakat. Ini tidak dapat
dinafikan memandangkan klien merupakan seorang yang mudah di dekati dan senang
berinteraksi di dalam persekitarannya. Malah, beliau mengakui sangat peka tentang
bagaimana orang lain mempersepsikan diri, sifat dan tingkahlaku yang di
tunjukkannya.

3.5) Latar Belakang Agama

Di samping itu, klien juga menegaskan bahawa ayahnya adalah seorang yang tegas
terutamanya dalam soal agama. Beliau dan adik-beradik yang lain selalu di ingatkan
tentang ubat mujarab dalam mencegah diri daripada dipengaruhi oleh usia dan
keadaan sekeliling. Hal ini kerana, apabila seseorang dilengkapi dengan ilmu agama
maka setiap tindak tanduknya akan cuba diselaraskan dengan kehendak wahyu
bukannya terus hanyut dengan bisikan nafsu.

3.6) Latar Belakang Kesihatan

Dari segi kesihatan, klien mengakui bahawa sejak kecil lagi beliau mengidap penyakit
asma. Disebabkan penyakit yang dihadapi, klien tidak dibenarkan untuk melakukan
aktiviti dan pergerakan yang memenatkan. Keadaan ini membataskan pergaulan
responden dan menghalangnya daripada menikmati zaman kanak-kanak.
Walaubagaimanapun, setelah meningkat dewasa penyakit yang di hadapi beransur-
ansur pulih dan tidaklah seteruk seperti zaman kanak-kanak. Peluang ini telah di
manfaatkan oleh klien untuk melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti.

3
Makmal Kaunseling Individu 2 (KKH 3013)___________________________________________

4.0) PERWATAKAN KLIEN SEMASA SESI KAUNSELING

4.1) Penampilan Fizikal

Melalui pemerhatian saya, boleh dikatakan bahawa klien sangat mementingkan


penampilannya berdasarkan pakaian yang dipakai. Walaupun badan beliau agak berisi
namun beliau kelihatan segak dan bergaya dengan kemeja dan tali leher bewarna
hitam yang dipakai.

4.2) Bahasa dan Pertuturan

Tingkahlaku non-verbal klien seperti ekpresi muka dan nada suara tidak statik dan
kadangkala kelihatan beremosi. Nada tersebut mungkin dipengaruhi oleh emosi sedih
dan kecewa yang dibawa oleh klien pada ketika itu. Hal ini kerana, nada suara
selalunya membawa bersama emosi yang terkandung dalam sesuatu perkataan yang
dilafazkan. Sesuatu perkataan yang di luahkan dengan nada yang berbeza akan
membawa makna yang berbeza.

4.3) Emosi dan Perasaan

Klien telah menunjukkan pelbagai emosi dan perasaan apabila meluahkan masalah
kepada kaunselor. Antaranya termasuklah emosi marah, tidak puas hati, kecewa dan
sebagainya. Semuanya di sebabkan oleh perasaan takut untuk menghadapi segala
risiko yang mendatang.

4.4) Komitmen Terhadap Sesi Yang Dijalankan

Rasanya bermula dari peringkat awal sesi lagi klien telah memberikan sepenuh
kerjasama kepada saya dalam menjalankan perhubungan menolong. Di sini jelas
kelihatan keinginan klien untuk berubah. Tambahan pula, klien datang secara
sukarela. Implikasinya, sesi kaunseling dapat berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

4
Makmal Kaunseling Individu 2 (KKH 3013)___________________________________________

5.0) LATAR BELAKANG MASALAH/ ISU YANG DIKEMUKAKAN OLEH


KLIEN

5.1) Latar Belakang Masalah / Isu

Klien merupakan salah seorang rakan kaunselor. Sebagai teman, kaunselor tidak
pernah mengetahui tentang masalah klien secara terperinci sehinggalah sesi
kaunseling ini dijalankan. Sebenarnya sesi kaunseling berlangsung atas permintaan
klien sendiri. Klien datang berjumpa kaunselor bagi berkongsi cerita dan meluahkan
perasaannya. Ini bermakna klien tergolong dalam kategori datang secara sukarela.
Ritchie (2000), mengatakan bahawa kebanyakkan klien yang datang secara sukarela
untuk mendapatkan bantuan jelas tentang matlamat yang hendak di capai. Oleh itu,
komitmen yang di berikan oleh klien adalah sangat tinggi.

5.2) Masalah / Isu Yang Dikemukakan Oleh Klien

Secara keseluruhannya isu yang dikemukakan oleh klien adalah berhubung dengan
masalah tiadanya keberanian dan kekuatan untuk meluahkan perasaan kepada gadis
yang di sukai. Keadaan ini ternyata telah mengganggu perasaan dan kehidupan
seharian klien. Tambahan pula, gadis yang di sukai oleh klien adalah rakan baik
beliau sendiri. Implikasinya, klien risau dan takut andaikata cintanya di tolak maka
mereka berdua tidak dapat menjadi sahabat lagi. Hal ini kerana, berdasarkan kepada
apa yang di ceritakan oleh klien jelas menunjukkan bahawa beliau sangat menghargai
hubungan persahabatan yang telah lama terjalin.

6.0) CARA DAN METOD YANG DIGUNAKAN OLEH KAUNSELOR

6.1) Huraian Teori Pilihan Yang Dirujuk

Saya telah memilih Teori Realiti sebagai garis panduan dalam membantu klien
menyelesaikan masalah yang di hadapi. Hal ini kerana, Terapi Realiti berkaitan
dengan dunia fenomenologi seseorang yang menekankan kepada tanggapan secara
subjektif dan melihat dunia daripada lokus kawalan dalaman. Menurut Shertzer &

5
Makmal Kaunseling Individu 2 (KKH 3013)___________________________________________

Stone (1974), terdapat empat konsep utama dalam Terapi Realiti iaitu manusia sering
berhadapan dengan ketidaktentuan dunia; manusia menyedari kebebasan semulajadi
yang ada pada dirinya dalam membuat pilihan dan keputusan; manusia mempunyai
pilihan-pilihan tertentu sungguhpun menghadapi batasan; dan manusia tidak dapat
lari dari tanggungjawab. Ini bermakna tingkahlaku manusia adalah bertujuan dan
berasal sepenuhnya dari dalaman diri seseorang. Walaupun persekitaran
mempengaruhi setiap keputusan yang di ambil namun tingkahlaku seseorang tidak di
sebabkan olehnya. Lima keperluan asas yang mempengaruhi faktor motivasi dalaman
seseorang ialah keperluan untuk di punyai, kuasa, kebebasan, keseronokan dan
keperluan untuk terus hidup.
Selain itu, teori ini juga menerangkan bahawa otak manusia berfungsi sebagai
sistem kawalan untuk mendapatkan apa yang di kehendaki ke arah memenuhi
keperluan asas. Sekiranya keperluan asas ini gagal di penuhi maka individu itu akan
mengalami masalah. Namun begitu, walaupun setiap manusia mempunyai keperluan
yang sama tetapi ianya di penuhi dengan cara yang unik. Lantaran itu, matlamat
utama terapi ini ialah mengajar seseorang bagaimana hendak mendapatkan apa yang
di kehendaki dalam hidup dengan cara terbaik. Melaluinya di harapkan agar individu
tersebut sedar bahawa mereka mempunyai keupayaan-keupayaan tertentu dalam
menentukan cara hidup dan masa depannya. Tambahan pula, seseorang yang
bertanggungjawab mempunyai autonomi ke atas diri sendiri kerana ia tahu apa yang
hendak di buat dengan hidupnya.
Ini jelas menunjukkan bahawa Terapi Realiti memfokus kepada apakah yang
ia sedar dan selepas itu menolong klien untuk meningkatkan tahap kesedaran itu.
Setelah klien sedar tentang tingkahlakunya yang tidak berkesan untuk mengawal
dunianya, ia akan lebih terbuka kepada alternatif lain. Oleh itu, terapi ini lebih kepada
mengajar klien cara yang lebih berkesan untuk menangani dunia. Asas utama Terapi
Realiti adalah menolong klien menilai sama ada keperluannya realistik atau tidak.
Klien perlu membuat keputusan jika apa yang di lakukan tidak berkesan untuk
memenuhi keperluannya, dia juga perlu menentukan apakah perubahan-perubahan
tingkahlaku yang ia patut lakukan. Selepas membuat penilaian ini ia akan di bantu
oleh terapis bagi membuat perancangan untuk berubah sebagai cara menterjemah dari

6
Makmal Kaunseling Individu 2 (KKH 3013)___________________________________________

percakapan kepada tindakan. Hal ini kerana, hanya individu itu sendiri yang dapat
mengawal tingkahlakunya.
Lantaran itu, kaunselor bertanggungjawab untuk mengenali klien dengan lebih
dekat, mengetahui dunia subjektifnya dan membantu klien menerokai kemungkinan-
kemungkinan baru supaya kehidupannya kurang dengan batasan dan halangan.
Terapis perlu melihat kejayaan-kejayaan klien di masa lalu dan bukannya
menumpukan kepada kegagalannya. Ini secara tidak langsung menolong klien
menangani situasi yang berkaitan secara terus dengan kehidupannya masa kini.
Sebaik-baiknya kaunselor mengajar klien bagaimana membina identiti berjaya
dengan menerima akauntabiliti untuk pemilihan tingkahlakunya. Glasser (1985),
percaya bahawa bahawa segala simptom yang dirasai oleh klien akan dapat diatasi
melalui perubahan tingkah laku.

6.2) Konstruk Patologi

Secara umumnya hubungan merupakan suatu pembolehubah yang kritikal dalam


segala usaha untuk memberi bantuan kaunseling. Ini bermakna, kaunselor memainkan
peranan penting dalam melihat dan menilai sebarang isu atau masalah yang
dikemukakan oleh klien. Oleh itu, hasil penerokaan jelas menunjukkan bahawa klien
sebenarnya takut untuk meluahkan perasaan kepada orang tercinta apatah lagi gadis
tersebut adalah sahabat baik klien sendiri. Implikasinya, perasaan dan jiwa klien
sentiasa resah dan gelisah akibat memendam perasaan.
Daripada pemerhatian saya terhadap keseluruhan sesi yang telah di jalankan,
klien sebenarnya bermasalah di sebabkan oleh kecenderungan untuk mendapatkan
yang terbaik atau dalam erti kata lain untuk mencapai identiti berjaya. Antaranya
ialah kasih-sayang dan sokongan, kekuasaan, kebebasan, kegembiraan dan juga
keperluan hidup. Namun begitu, klien hanya memiliki sebahagian daripadanya.
Kesannya hidup klien bermasalah. Justeru itu, dapat di kenalpasti bahawa matlamat
utama klien adalah untuk mendapatkan kasih-sayang dan juga kekuatan bagi
memenuhi kelangsungan hidupnya.

7
Makmal Kaunseling Individu 2 (KKH 3013)___________________________________________

6.3) Rasional Menggunakan Teori Pilihan

Manusia merupakan individu yang tidak dapat lari daripada masalah. Namun begitu,
mereka mempunyai kebebasan dan pilihan untuk berubah. Semuanya terletak di
tangan individu itu sendiri. Apa yang penting ialah berani mengambil tanggungjawab
terhadap apa yang telah di lakukan. Hal ini kerana, indidividu boleh membuat
kawalan hidup secara berkesan jika bersedia berusaha untuk membentuk destinasi
yang telah di tetapkan.
Tambahan pula, kesemua tingkahlaku yang di tunjukkan datang dari dalaman
diri individu iaitu untuk memenuhi keperluan asas. Ini bermakna, seseorang yang
mempunyai identiti berjaya melihat diri mereka boleh memberi dan menerima kasih-
sayang, merasa mereka adalah signifikan kepada orang lain, merasa berkuasa,
mempunyai perasaan yang dirinya adalah berguna dan memenuhi kehendak diri tanpa
mengganggu orang lain. Saya percaya bahawa orang sebegini mempunyai kekuatan
yang dapat membina kehidupan yang memuaskan. Malahan, saya juga bersetuju
dengan kenyataan terapi ini yang mengatakan bahawa hukuman bukanlah satu cara
yang baik untuk mengubah tingkahlaku. Ini kerana, individu tetap boleh belajar
menerima kesan yang munasabah yang datang dari tindakannya walaupun bukan
dengan cara menghukum.

6.4) Kemahiran-Kemahiran Kaunseling

Terdapat pelbagai kemahiran kaunseling yang telah di praktikkan semasa


menjalankan sesi kaunseling ini. Antaranya ialah kemahiran mendengar, bertanya,
refleksi, dorongan minima, konfrantasi, empati dan lain-lain. Setiap satunya
mempunyai fungsi yang tersendiri bagi melancarkan lagi proses memberi pertolongan
kepada mereka yang memerlukan.

8
Makmal Kaunseling Individu 2 (KKH 3013)___________________________________________

6.4.1) KEMAHIRAN MEMBINA HUBUNGAN

Seorang kaunselor seharusnya berkemahiran untuk membina perhubungan yang


meyakinkan dan mewujudkan kepercayaan klien terhadapnya. Oleh itu, kaunselor
perlu menonjolkan imej yang baik, ramah dan mesra kepada klien agar wujudnya
kepercayaan dan keyakinan klien terhadapnya. Contohnya :

KS : Mirul …sihat hari ini ?


KI : Ha…saya sihat encik…sihat macam biasala...Cuma batuk-batuk sikit..
selsema...
KS : Oh, selsema…dah berapa lama tu ?
KI : Mm…dah lama encik. Saya start demam daripada minggu lepas lagi..
KS : Eh…dah lama tu... Mirul dah jumpa doktor…dah pergi klinik...

6.4.2) KEMAHIRAN MENSTRUKTUR

Penstrukturan penting dalam sesi menolong kerana kegagalan membuat pensturkturan


yang baik akan memberi kesan kepada sesi-sesi kaunseling yang akan datang.
Seorang kaunselor yang mahir membuat penstrukturan akan berupaya membina
perhubungan yang mesra dengan klien dan dapat menghasilkan proses penerokaan
yang berkesan. Ini kerana klien yang sejak awal-awal lagi telah yakin akan kebolehan
kaunselor akan dapat meluahkan perasaannya tanpa rasa takut, curiga atau segan.
Contohnya :

KS : Kalau macamtu….eloklah kalau saya terangkan serba sedikit tentang


kaunseling… ye Mirul ?
KI : Er..okey…boleh..
KS : Kaunseling sebenarnya merupakan satu proses…dimana saya sebagai
kaunselor… akan membantu Mirul...sebagai klien..untuk menyelesaikan
segala isu yang Mirul nak bincangkan dengan saya…tak kiralah dari
segi apa…sama ada perasaan Mirul ke, pemikiran Mirul ke ataupun
tingkahlaku Mirul sendiri…okey Mirul ?

9
Makmal Kaunseling Individu 2 (KKH 3013)___________________________________________

6.4.3) PARAFRASA

Kemahiran ini digunakan dalam memberi respon kepada klien setelah mendengar isi
dan tingkah laku yang di tunjukkan oleh klien. Ianya penting untuk memberi
keyakinan kepada klien bahawa kaunselor mendengar dan memahami segala
peluahan yang di buat. Malah, ia juga digunakan bertujuan untuk memastikan
kaunselor mendapat mesej yang betul dari klien. Contohnya :

KI : Ya, dilema..sebenarnya saya ada seorang kawan rapat... perempuan


...kami dah lama kenal....kalau nak ikutkan...memang rapatlah...sama-
sama berkongsi masalah... suka duka....macam macamlah... er.. pendek
kata macam aur dan tebinglah....Cuma masalahnya....baru-baru ni...
mula timbul satu perasaan sayang pada dia.....tapi dia tak tahu....saya pulak
takut nak luahkan perasaan.....
KS : Tadi saya dengar Mirul cakap… Mirul sekarang dalam dilema.. Mirul
ada keinginan untuk bercinta tapi…Mirul takut untuk meluahkan perasaan
pada dia…begitu Mirul ?

6.4.4) KEMAHIRAN MENDENGAR

Kemahiran mendengar merupakan kemahiran asas dan utama dalam proses


kaunseling. Seorang kaunselor memerlukan daya pendengaran dan perhatian yang
kuat supaya benar-benar mendengar dan memahami maklumat yang disampaikan
oleh klien. Salah satu cara untuk kaunselor memperlihatkan kemahiran mendengarnya
adalah dengan menyatakan semula.

KS : Nampaknya...apa yang dapat saya katakan di sini....Mirul sebenarnya


tiada kuasa... tiada kekuatan untuk berterus-terang tentang perasaan
Mirul... yang sebenar-benarnya pada dia....sedangkan Mirul nak
kasih-sayang daripada dia.....bukan sebagai sahabat...tetapi sebagai
pasangan kekasih... betul Mirul...
KI : Mmm...betul...

10
Makmal Kaunseling Individu 2 (KKH 3013)___________________________________________

6.4.5) REFLEKSI PERASAAN

Refleksi perasaan ialah pernyataan semula oleh kaunselor tentang perasaan dan sikap
yang dinyatakan oleh klien. Tujuannya adalah untuk memberi pemusatan kepada
perasaan sebenar klien. Selain itu, ia juga membantu klien sedar tentang perasaannya
pada ketika itu. Implikasinya dapat menggalakkan klien meluahkan perasaan.

KS : Mmm...apa perasaan Mirul.... apabila terpaksa menafikannya...


KI : Dah tentulah...saya rasa sedih ....marah pada diri sendiri....tertekan
pun ada...

6.4.6) REFLEKSI PENGALAMAN

Salah satu tujuan refleksi pengalaman adalah untuk melihat kembali pengalaman
masa lalu klien. Ini secara tidak langsung dapat membantu mengenalpasti sesuatu
masalah yang timbul. Walaubagaimanapun, ia hanya di buat setelah kaunselor
memerhatikan gerak-geri tubuh badan klien. Contohnya :

KS : Mmm..kalau tak keberatan boleh Mirul bagi tahu saya...Dah berapa


lama… Mirul kenal dia ?
KI : Lama tak lama....Sepanjang dekat universiti la encik..baru lagilah...

6.4.7) REFLEKSI ISI

Penggunaan kemahiran ini membolehkan klien berasa bahawa beliau di dengari


dengan betul dan di fahami dengan baik oleh kaunselor. Di samping itu, ia juga dapat
memastikan klien sedar tentang apa yang telah di perkatakan. Contohnya :

KI : Saya rasa kalau sekarang ni...saya takde dia kan...mesti kalau saya ada
masalah...saya akan tanggung sorang-sorang...kalau ada masalah saya
pun tak semangat nak belajar.. tapi nasib baiklah dia ada…dan banyak
bagi dorongan pada saya...
KS : Jadi…Mirul bersemangat la bila dia bagi sokongan untuk Mirul terus
belajar…dan seterusnya mencapai kejayaan…

11
Makmal Kaunseling Individu 2 (KKH 3013)___________________________________________

6.4.8) SOALAN TERBUKA

Soalan jenis ini bertujuan untuk menjemput perbincangan, penjelasan dan huraian
yang panjang lebar. Ia tidak memerlukan jawapan yang khusus. Soalan terbuka ini
dapat menimbulkan rasa selesa pada diri klien dan rasa di terima. Matlamat
bertanyakan soalan terbuka adalah untuk menggalakkan penerokaan dan
pengembangan kepada perkara yang sedang di rundingkan. Contohnya :

KS : Tadi saya dengar Mirul cakap selalu berjumpa…selalunya apa yang


Mirul bincangkan ?
KI : Oh, biasanya kalau saya tak bincang pasal pelajaran…saya tak tanya
dia pasal pelajaran encik kan…biasanya saya akan…aaa..cakap
benda-benda yang berfaedah la…misalnya...meluahkan dan berkongsi
pandangan.... tentang apa saja...

6.4.9) KEMAHIRAN MERUMUS

Merumus adalah pernyataan atau pengikatan semula bahagian isi penting yang telah
di katakan oleh klien dalam sesi kaunseling. Tujuannya adalah untuk menyedarkan
klien dan mengimbas kembali apa yang telah di bincangkan sepanjang sesi. Ianya
boleh di buat sama ada di permulaan, di tengah ataupun di akhir sesi kaunseling.
Implikasinya dapat menghubungjalinkan beberapa elemen daripada mesej klien dan
seterusnya melancarkan proses menolong. Contohnya :

KS : Okey Mirul, daripada apa yang kita bincangkan dari awal sesi tadi…
eloklah kalau saya rumuskan kembali apa yang telah kita bincangkan
…ye Mirul ?
KI : Ya….encik…
KS : Daripada apa yang kita bincangkan sejak awal…Mirul sebenarnya
dalam dilema… Mirul ni ada keinginan untuk bercinta…dah ada
calon tapi Mirul susah untuk meluahkan perasaan tersebut…Mirul takde
keberanian untuk meluahkan pada si dia…tentang perasan Mirul
yang sebenarnya...begitu Mirul ?

12
Makmal Kaunseling Individu 2 (KKH 3013)___________________________________________

6.4.10) KEMAHIRAN MENCABAR

Kemahiran ini adalah untuk memperakui dengan jujur, secara langsung dan menarik
perhatian klien tentang apa yang sedang berlaku. Konstruk kemahiran mencabar
melibatkan perkara seperti mengenalpasti perasaan diri sendiri, menjelaskan,
berkongsi pengalaman dan memberi maklumbalas. Contohnya :

KS : Okey Mirul, boleh tak saya tahu perasaan Mirul yang sebenarnya
pada dia… yelah... Mirul ni sayang ke, cinta ke atau minat je pada
dia….walaupun ketiga-ketiga perkataan ini lebih kurang sama....tetapi
maksudnya berbeza....
KI : Itulah encik…saya pun kadang-kadang…keliru...saya takut...apa yang
saya rasa ni hanyalah sekadar mainan perasaan saya je kan...tapi tak...

6.4.11) DORONGAN MINIMA

Dorongan minima diperlukan untuk memberi sokongan dan galakan kepada klien
untuk meneruskan perbincangan. Ianya merupakan respon atau ungkapan ringkas
yang menggalakkan klien terus bercakap dan memberikan penjelasan. Contohnya :

KI : Macam tu la encik....Selain daripada mak ayah saya…dia adalah di antara


orang yang banyaklah memberi sokongan dan dorongan pada saya…
KS : Mmm...ya...
KI : Saya rasa kalau sekarang ni...saya takde dia kan...mesti kalau saya ada
masalah...saya akan tanggung sorang-sorang...kalau ada masalah saya pun
tak semangat nak belajar..tapi nasib baiklah dia ada…dan banyak bagi
dorongan pada saya...

6.4.12) SOALAN TERTUTUP

Soalan tertutup ialah soalan yang menghadkan kepada satu atau beberapa perkataan
sahaja dan jawapan itu dapat memberikan maklumat yang khusus. Ianya bertujuan
bagi mengelakkan sesi kaunseling terkeluar daripada topik perbincangan, memenuhi

13
Makmal Kaunseling Individu 2 (KKH 3013)___________________________________________

jurang maklumat yang spesifik dan mengurangkan percakapan klien yang terlalu
banyak. Contohnya :

KS : Mmm…. Mirul faham ye ?


KI : Faham encik....

6.4.13) KEMAHIRAN MEMIMPIN

Terdapat dua bahagian dalam kemahiran memimpin iaitu memimpin secara langsung
dan memimpin secara tidak langsung. Tujuannya supaya jelas tentang apa yang
hendak di bincangkan selain memfokuskan kepada perasaan tersembunyi klien.
Melaluinya dapat membantu memperincikan masalah klien supaya kedua-dua pihak
tidak keliru dan perbincangan tidak lari daripada topik. Contohnya :

KS : Okey Mirul, apa yang Mirul….. nak kongsikan dengan saya pada
hari ni ?
KI : Entahlah encik, saya pun tak tahu.. Saya sebenarnya dalam dilema....
KS : Dilema ?

6.4.14) KEMAHIRAN MENGHADAPI KESENYAPAN

Kesenyapan merupakan salah satu cara yang berguna kepada klien untuk membuat
penilaian diri. Belkin (1998) menjelaskan, kesenyapan walaupun kadangkala tidak
dianggap sebagai satu kemahiran dalam proses kaunseling namun ianya sangat
berguna. Ia memberi faedah dan ruang kepada kaunselor dan klien untuk memikirkan
apakah tindakan selanjutnya yang diperlukan. Selain daripada itu, ianya juga dapat
membantu kedua-dua pihak dalam mengimbas kembali diri masing-masing.
Contohnya :

KS : Adakah dengan berdiam diri.... Mirul rasa... perasaan yang Mirul


pendam sekian lama tu...dapat sampai kepada dia...
KI : Er....mmm....(klien mengambil masa untuk berfikir)
KS : Macam mana...Mirul ?

14
Makmal Kaunseling Individu 2 (KKH 3013)___________________________________________

6.4.15) KEMAHIRAN MEMBUAT INTERPRETASI

Merupakan satu proses yang di gunakan oleh kaunselor untuk memberikan maklum
balas kepada klien supaya mereka berupaya melihat masalah yang di hadapi dari
sudut yang berbeza. Selain itu, interpretasi di gunakan untuk merujuk dan membuat
tafsiran maksud tersirat dalam mesej klien. Ianya di katakan berjaya sekiranya dapat
merangsang pemahaman dan memberi fokus ke atas masalah klien. Contohnya :

KS : Okeylah Mirul ….mungkin Mirul rasa jalan untuk Mirul …menuju


kepada si dia tu dah terbuka luas...tiba-tiba mungkin ada halangan di
tengah jalan…pokok yang tumbang misalnya....yang menghalang Mirul
berbuat demikian…iaitu keberanian Mirul sendiri....adakah sesuai apa
yang saya....katakan...
KI : Ya......

6.5) Model Yang Digunakan

Saya telah menggunakan Model Menolong Carkhuff bagi memastikan sesi kaunseling
berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Terdapat empat peringkat di dalam model ini
iaitu Attending & Involving; Responding & Exploring; Personalizing &
Understanding; serta Initiating & Acting.
Peringkat Pra (Attending serta Involving) melibatkan sikap dan kemahiran
kaunselor dalam membantu klien. Penekanan akan di beri kepada kemahiran
membina hubungan dan social talk. Ini penting sebagai langkah awal dalam
menyakinkan klien dan seterusnya mendapatkan kerjasama daripada mereka.
Perhubungan hanya akan terbina melalui keyakinan dan rasa selamat yang di rasai
oleh klien semasa sesi. Justeru itu, kaunselor hendaklah membina tanggapan pertama
yang positif. Ianya boleh di lakukan dengan mengambil kira beberapa aspek seperti
suasana teraputik, jarak dan ruang yang selesa, penampilan diri yang kemas,
senyuman, nada suara dan sebagainya. Setelah membina hubungan, kaunselor harus
membina sedikit penstrukturan dimana klien perlu dijelaskan tentang limitasi, etika
dan peranan yang perlu dimainkan oleh kedua-dua pihak. Kaunselor yang berjaya

15
Makmal Kaunseling Individu 2 (KKH 3013)___________________________________________

menunjukkan minat dan kesedian dalam membantu dapat menggalakkan klien untuk
bercerita dengan lebih lanjut. Penglibatan klien boleh dilihat dari aspek verbal
mahupun non-verbal. Implikasinya, hubungan menolong dapat berjalan lancar.
Seterusnya adalah Peringkat I (Responding & Exploring). Tahap ini
melibatkan proses penerokaan. Melaluinya, kaunselor akan semakin mengenali klien
sama ada dari segi pendirian, matlamat dan persepsi terhadap dunia. Lantaran itu,
setiap kemahiran kaunseling perlu di praktikkan dengan sebaik mungkin oleh
kaunselor. Antara kemahiran yang boleh di gunakan adalah kemahiran mendengar,
kemahiran berkomunikasi, kemahiran bertanya, refleksi, kemahiran meminta
penjelasan, kemahiran merumus dan lain-lain. Kaunselor yang bersifat aktif, tegas
dan cergas dalam tindakannya dapat membantu klien mengenalpasti konflik yang di
hadapi.
Penerokaan demi penerokaan akhirnya membawa kepada Peringkat II
(Personalizing & Understanding). Klien perlu dibantu supaya dia melihat di mana
punca masalah bagi memudahkan proses intervensi dibuat. Hal ini kerana, masalah
selalunya kompleks kerana terbahagi kepada masalah utama dan masalah sampingan.
Tiga faktor utama yang menyebabkan masalah ialah diri sendiri, orang lain dan
takdir. Justeru itu, pada bahagian ini kaunselor haruslah bijak menggunakan
kemahiran seperti parafrasa dan merumus. Tujuannya adalah untuk memastikan
ketepatan perkara yang telah difahami. Implikasinya, dapat memberikan klien
struktur yang jelas untuk bertindak pada masa akan datang. Selain itu, kaunselor juga
boleh menggunakan pendekatan seperti nasihat, kaunseling arahan, delegasi dan juga
kaunseling bukan arahan dalam usaha membantu klien mengenalpasti masalah.
Yang terakhir ialah Peringkat III ( Initiating & Acting ). Ianya melibatkan
usaha mencari alternatif dan melaksanakan tindakan. Di sini peranan kaunselor
adalah untuk menggalakkan klien membina dan mencari seberapa banyak alternatif
yang ada bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kemudian alternatif tersebut
perlu dibincangkan bersama bagi menentukan sama ada ianya sesuai ataupun tidak.
Satu perkara penting yang perlu di beri perhatian adalah berkenaan dengan kesan dan
akibat yang akan timbul sekiranya klien mengambil alternatif seperti yang telah
dibincangkan. Hal ini kerana, setiap alternatif yang dipilih tidak semestinya

16
Makmal Kaunseling Individu 2 (KKH 3013)___________________________________________

mendatangkan kesan positif malahan boleh menyebabkan kesan negatif. Setelah itu
barulah tindakan di laksanakan. Sekiranya klien masih gagal membuat tindakan,
kaunselor perlu membawa klien menyemak semula pelan tindakan atau membina
semula pelan tindakan yang lebih realistik. Justeru itu, sebaik-baiknya pelan tindakan
perlu di nilai terlebih dahulu sama ada ianya realistik, boleh dicapai dan sesuai
dengan kemampuan klien.

6.6) Rumusan Pengaplikasian

Saya berpendapat bahawa teori, teknik dan kemahiran sangat penting untuk di kuasai
oleh seseorang kaunselor memandangkan ia dapat menjadi pembimbing dalam
meluaskan horizon pandangan dan pemikiran mereka. Selain itu, ia juga menawarkan
satu sistem yang komprehensif dan menjadi garis panduan operasi yang menjadi asas
untuk kaunselor bekerja. Ini bermakna secara idealnya, teknik yang di gunakan oleh
kaunselor patut berdasarkan hubungan teraputik yang akan meningkatkan kesedaran
klien atau mencadangkan kemungkinan untuk klien meneroka tingkahlaku baru.
Di dalam sesi ini saya telah menggunakan pelbagai kemahiran, teori dan juga
model sebagai usaha untuk menolong klien mendapat celik akal. Namun begitu,
masih terdapat banyak kelemahan yang perlu di perbaiki. Hal ini kerana, proses
menolong bukannya mudah seperti yang di sangka. Kesilapan dalam menggunakan
intervensi yang sesuai akan mengganggu keseluruhan sesi kaunseling yang sedang
berlangsung. Oleh yang demikian, kaunselor harus memahami segala kemahiran yang
dipelajari dan tahu mengaplikasikannya ke atas klien pada tempat, masa dan keadaan
yang sesuai.

7.0) PENILAIAN KAUNSELOR TERHADAP PROSES KAUNSELING

Secara keseluruhannya, saya merasakan bahawa proses kaunseling berjalan lancar dan
berjaya membantu klien mencapai matlamat yang di kehendaki. Kerjasama dan
komitmen yang ditunjukkan oleh klien membuktikan penerimaan dan kepercayaan
terhadap kaunselor dalam berkongsi masalah yang dihadapi. Di samping itu, semasa
peringkat penstrukturan klien juga jelas dengan penerangan yang diberikan oleh

17
Makmal Kaunseling Individu 2 (KKH 3013)___________________________________________

kaunselor. Kesannya kedua-dua pihak dapat memainkan peranan masing-masing dengan


baik. Manakala, sepanjang proses penerokaan klien di lihat sangat aktif dan berusaha
sedaya upaya untuk berubah. Ini telah memudahkan kaunselor untuk meneroka dan
mengenalpasti pokok permasalahan yang dihadapi oleh klien. Menurut Glasser (1985),
manusia bermasalah apabila lima keperluan asas mereka tidak di penuhi. Lantaran itu,
saya sebagai kaunselor cuba mengenalpasti keperluan-keperluan asas klien yang tidak
berjaya di penuhi dan seterusnya membantu mereka menyedarinya. Penekanan di beri
kepada pernyataan-pernyataan seperti “saya mempunyai pilihan dalam membuat
keputusan, tiada siapa yang akan membantu saya kecuali diri saya sendiri, saya yang
memilih untuk menjadi seperti itu, apa yang telah saya buat untuk mencapainya, saya
perlu bertanggungjawab terhadap setiap tindakan yang di buat”. Seterusnya, bagi
mendapatkan hasil yang menyeluruh saya turut memberikan kerja rumah kepada klien.
Apa yang pasti setiap homework dan alternatif yang diperolehi telah dilaksanakan dengan
sebaik mungkin oleh klien. Implikasinya, sesi kaunseling dapat berjalan lancar dan
menampakkan hasilnya.

8.0) HALANGAN YANG DI HADAPI OLEH KAUNSELOR DAN CADANGAN


MENGATASINYA

Terdapat beberapa permasalahan yang timbul semasa menjalankan sesi kaunseling.


Pertamanya, dari segi persekitaran. Sesi kaunseling dijalankan di dalam bilik yang
terdedah kepada orang ramai (pelajar lain). Ini menyebabkan sesi kaunseling terganggu
apabila ada di kalangan pelajar-pelajar tersebut cuba untuk memerhati dan melihat sesi
kaunseling yang sedang dijalankan melalui cermin pintu. Keadaan ini ternyata
mengganggu konsentrasi saya dan klien untuk memberikan sepenuh perhatian terhadap
perhubungan menolong yang sedang dilakukan. Selain itu, keadaan bilik juga tidak
begitu memuaskan kerana terlalu sempit dan tidak disusun kemas. Contohnya, kerusi
yang digunakan diletakkan terlalu rapat sehingga menimbulkan rasa tidak selesa kepada
klien dan juga kaunselor sendiri. Hal ini kerana dalam melaksanakan sesi kaunseling,
jarak dan ruang antara kaunselor dan klien harus diambil kira agar kedua-dua pihak dapat
berkomunikasi dengan berkesan. Ternyata faktor keceriaan yang kurang memuaskan
memberi kesan secara tidak langsung terhadap perjalanan sesi yang dijalankan. Ini

18
Makmal Kaunseling Individu 2 (KKH 3013)___________________________________________

ditambah lagi dengan bunyi bising dari luar bilik yang berpunca daripada perbualan
pelajar-pelajar yang berada berhampiran dengan kawasan berkenaan. Keadaan ini
ternyata menimbulkan ketidakselesaan untuk menjalankan sesi kaunseling yang berkesan.
Oleh itu, seboleh-bolehnya biarlah tempat yang dipilih untuk menjalankan sesi
kaunseling tersusun rapi, selesa dan tenang dari sebarang gangguan supaya mencapai
hasil yang memuaskan.
Di samping itu, terdapat juga halangan daripada klien. Pada peringkat awal sesi,
rasanya tiada masalah yang timbul memandangkan klien memberikan sepenuh kerjasama
kepada saya untuk menjalankan perhubungan menolong. Namun begitu, pada peringkat
penerokaan klien nampaknya sukar untuk memulakan sesuatu penceritaan. Hal ini
menyebabkan saya terpaksa berperanan dengan lebih aktif di mana saya perlu
memperbanyakkan soalan-soalan yang berbentuk terbuka. Malahan, ada di antara kata-
kata klien yang sukar untuk di fahami kerana tidak disusun dengan baik. Implikasinya
saya terpaksa bertanya beberapa kali meminta penjelasan dengan lebih terperinci bagi
mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi oleh klien. Selain itu, tingkahlaku non-
verbal klien seperti ekpresi muka dan nada suara juga tidak statik dan kadangkala
kelihatan beremosi. Nada tersebut mungkin dipengaruhi oleh emosi sedih dan kecewa
yang dibawa oleh klien pada ketika itu. Tambahan pula, saya dapat rasakan bahawa klien
seolah-olah berselindungkan sesuatu dan cuba untuk menafikan realiti yang sebenarnya.
Seterusnya, halangan juga berpunca daripada kaunselor sendiri. Pada mulanya
saya berasa tidak yakin untuk menjalankan sesi kaunseling. Namun memandangkan
kesediaan klien untuk memberikan komitmen dan sepenuh kerjasama, akhirnya saya cuba
meyakinkan diri bagi memberikan bantuan kepada klien. Malahan, saya juga kurang
menggunakan kemahiran yang sepatutnya ada pada seseorang kaunselor kerana masih
dalam proses belajar. Ada ketikanya saya seolah-olah kehilangan idea dan tidak tahu apa
yang harus dilakukan sehingga mengabaikan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
Tetapi, saya tetap cuba untuk melakukan yang terbaik dimana semua kemahiran yang
saya tahu cuba di aplikasikan dalam sesi kaunseling tersebut. Penggunaan dorongan
minima yang terlalu banyak dan sama juga akan mempengaruhi perjalanan sesuatu sesi
kaunseling yang dijalankan sama ada berjalan dengan sempurna ataupun tidak.
Walaubagaimanapun, jika dilihat kepada tindakbalas klien terhadap dorongan minima

19
Makmal Kaunseling Individu 2 (KKH 3013)___________________________________________

yang digunakan, saya yakin ianya dapat mencungkil lebih banyak maklumat berdasarkan
luahan hati dan perasaan klien. Selain daripada itu, terdapat juga kekurangan di mana
nada suara yang saya gunakan terlalu tinggi sehingga menyebabkan klien berasa tidak
selesa. Hal ini kerana, nada suara selalunya membawa bersama emosi yang terkandung
dalam sesuatu perkataan yang dilafazkan. Sesuatu perkataan yang di luahkan dengan
nada yang berbeza akan membawa makna yang berbeza. Bagi klien misalnya, jika
seseorang kaunselor itu menggunakan nada yang terlalu tinggi kemungkinan besar akan
disalah anggap oleh klien sebagai tidak ikhlas dalam memberikan pertolongan.
Malahan, saya juga tidak menjelaskan segala kriteria yang perlu ada pada tahap
penstrukturan. Andaikata jika saya tidak memberi perhatian terhadap perkara ini pada
masa depan, kemungkinan besar sesi yang saya kendalikan akan menemui kegagalan. Hal
ini kerana pada tahap inilah sifat, batasan dan matlamat dalam perhubungan menolong
akan di tentukan. Dengan adanya kontrak, klien akan merasa lebih komited untuk
menjalankan sesi kaunseling. Oleh kerana itulah, kaunselor perlu menunjukkan
pandangan pertama yang positif terhadap klien kerana penilaian pertama klien itulah
yang akan menentukan kejayaan sesuatu sesi kaunseling yang berlangsung. Akhir sekali,
saya juga gagal untuk mempelbagaikan kemahiran kaunseling yang ada supaya dapat
menjadikan sesi lebih menarik dan dapat membuatkan klien berasa selesa agar mudah
untuk mereka menceritakan tentang perkara yang sebenarnya. Maka, kerana itulah
penting bagi seseorang kaunselor untuk menguasai pelbagai kemahiran kaunseling agar
sesi dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Contohnya kemahiran
komunikasi, mendengar, meneroka, membina hubungan, berempati dan sebagainya. Ini
kerana pada tahap penerokaan kaunselor akan semakin memahami kliennya terutamanya
dari segi pendirian, matlamat dan juga falsafah hidup. Antara peranan kaunselor pada
tahap ini ialah terus berusaha mengeratkan hubungan dengan klien agar perasaan yakin,
percaya dan selamat wujud dalam diri klien dan seterusnya memudahkan perhubungan
menolong. Misalnya, ketidakcekapan saya menggunakan kemahiran berkomunikasi
dengan jelas telah menimbulkan suasana yang tidak selesa kepada klien. Ini dapat dilihat
apabila klien tidak dapat menjawab soalan yang telah dikemukan oleh saya dengan tepat.
Mungkin kerana kefahaman klien terhadap soalan kaunselor adalah berlainan daripada
maksud sebenar kaunselor.

20
Makmal Kaunseling Individu 2 (KKH 3013)___________________________________________

9.0) KEMAJUAN-KEMAJUAN YANG DICAPAI OLEH KLIEN BERHUBUNG


DENGAN MASALAHNYA

Berdasarkan pemerhatian dapatlah di rumuskan bahawa klien semakin berkembang


peringkat demi peringkat. Bermula dari peringkat membina hubungan sehinggalah ke
peringkat penamatan klien dilihat mula mendapat celik akal berkenaan masalah yang di
hadapi. Hal ini kerana, di dalam sesi ini klien banyak di ajar tentang pilihan dalam
membuat sesuatu keputusan. Implikasinya, klien mula memahami mengenai
tanggungjawabnya. Permasalahan awal yang di bawa oleh klien beransur-ansur hilang
apabila klien sedar bahawa tiada orang lain yang akan membantunya kecuali dirinya
sendiri. Malahan, klien juga sudah boleh menerima realiti yang sebenarnya.

10.0) KESIMPULAN

Secara keseluruhannya dapatlah dikatakan bahawa kaunseling sebenarnya adalah satu


proses memberi bantuan yang dijalankan oleh kaunselor kepada klien bagi mengubah
tingkahlaku, membantu membuat pilihan, keputusan dan menyelesaikan masalah agar
mereka mendapat celik akal dan boleh menjalani kehidupan dengan penuh makna.
Tambahan pula, fungsi perkhidmatan kaunseling telah menjadi semakin penting dalam
masyarakat. Namun, kejayaan dan kegagalan proses kaunseling banyak ditentukan
melalui perhubungan antara klien dan juga kaunselor. Oleh itu, seseorang kaunselor perlu
mempunyai sifat-sifat yang baik dan ciri-ciri seorang kaunselor supaya dapat
membimbing klien ke arah jalan yang betul.
Berdasarkan sesi yang telah di jalankan, nampaknya masih terdapat banyak
kesalahan dan kesilapan yang saya lakukan sebagai seorang kaunselor. Oleh itu,
pengalaman yang diperolehi melalui kerja kursus ini sangat berguna dan berharga kepada
saya dalam usaha untuk mencapai matlamat menjadi seorang kaunselor profesional.
Keadaan ini jelas memberi gambaran mengenai sejauhmanakah keupayaan saya dalam
mengendalikan sesuatu sesi kaunseling. Malahan, melalui tugasan ini juga secara tidak
langsung dapat membantu saya memahami dengan lebih jelas bagaimanakah cara yang
terbaik bagi menjalankan sesuatu sesi kaunseling dengan sempurna dan berkesan.

21

Anda mungkin juga menyukai