Anda di halaman 1dari 3

LAMPIRAN D

LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU


(Borang ini disertakan sekali dengan borang maklumat peribadi Lampiran C)

Nama Klien: castello Sesi: ( 1 ) Tarikh: 23/03/2019


Masa:10.00am Cara Datang: Sukarela

1. Isu yang diketengahkan (Butiran masalah/ konflik, emosi, tingkah laku, dll)
Klien terlibat dengan pengambilan bahan dalam tempoh masa yang baru lagi iaitu lebih kurang 4 bulan.
Klien terlibat dengan kerja-kerja buruh kasar seperti pertukangan dan perladangan. Klien percaya
bahawa dengan pengambilan bahan akan membantu klien untuk bertahan lebih kuat dalam meneruskan
pekerjaan demi menyara kehidupannya. Klien merasakan dengan umurnya yang semakin lanjut usia dan
tidak sekuat seperti masa muda maka klien percaya dengan pengambilan bahan akan membantunya.
Klien tidak menyalahkan kawan-kawan sebab klien sedar tindakannya mengambil bahan adalah dari
pilihannya sendiri. klien sedar bahawa tindakannya mengambil bahan tersebut tidak baik untuk dirinya
dan klien ada keinginan untuk berhenti mengambil bahan namun tidak berupaya melakukannya. Klien
juga menyatakan masalahnya dengan pengambilan rokok sebelum ini klien bukan seorang perokok. Klien
juga tertekan dengan masalah kewangan yang dihadapinya dan klien sedar pendapatannya tidak
menampung kos perbelanjaannya. Selain itu, klien juga tertekan apabila memikirkan ibu bapanya yang
sudah tiada dan kesukaran ini dihadapi oleh klien kerana tiada tempat mengadu dan berbincang. Namun
begitu, klien juga menyatakan klien memiliki ramai adik-beradik tetapi tidak sama sekiranya mengadu
dan berbincang dengan ibu bapa sendiri. Klien berasa kesal kerana klien tidak sempat berjumpa dan
melihat orang tuanya semasa meninggal kerana klien bekerja di Semenanjung Malaysia pada masa
tersebut. Klien juga menyatakan pernah ingin berhenti daripada mengambil bahan tetapi tidak tahu
bagaimana cara berhenti dan pernah meminta pandangan dari kawan-kawan yang baik dan tidak terlibat
dengan bahan dan mendapat respon bahawa sebaiknya klien menyerah diri ke pusat pemulihan. Namun,
klien terfikir bahawa sekiranya masuk ke pusat pemulihan akan mengambil masa yang lama dan banyak
kerja yang klien lakukan sebelum ini akan tertinggal. Klien seterusnya memberitahu orang di sekitarnya
sudah mulai menyedari perubahan yang berlaku dari segi tingkah laku klien seperti rutin sembahyang,
dan kerja lebih tahan 1 hari 1 malam dengan pelbagai jenis kerja yang dilakukan. Namun klien bersyukur
kerana dapat memasuki pusat pemulihan dan menjangkakan bahawa terdapat orang disekitarnya yang
mengambil inisiatif untuk membuat laporan kepada pihak AADK. Dalam masa yang sama, klien tidak
menyalahkan orang lain di atas penangkapannya kerana klien sebelum ini memang sudah ada niat untuk
berhenti mengambil bahan. Seterusnya, klien menceritakan cabaran yang bakal dihadapinya pada masa
akan datang iaitu bagaimana berhadapan dengan persepsi rakan-rakannya yang baik kerana klien
merupakan seorang bekas penagih dan bekas penghuni pusat pemulihan. Klien menceritakan strateginya
untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan dari rakan-rakannya dengan penglibatan keagamaan dan
klien bersyukur kerana sebelum ini klien tidak boleh membaca al-quran tetapi setelah masuk ke pusat
pemulihan klien sudah boleh membaca. Klien menyatakan pernah berada dalam kelompok rakannya
yang pada masa tersebut sedang mengambil bahan tetapi klien tidak turut serta malahan terdapat
insiden apabila anak buah klien sendiri pernah mengajak klien tetapi klien hanya membeli bahan tersebut
dan membiarkan anak buahnya mengambil bahan. Klien juga pernah diuji oleh rakan-rakannya yang
sama-sama mengambil bahan sebelum ini dengan meminta klien untuk menyediakan peralatan
menghisap syabu. Namun, klien dapat menahan diri untuk tidak terlibat kerana mempunyai niat untuk
berhenti.Pengalaman ini klien jadikan penanda aras untuk kekal dalam kepulihan.

2. Matlamat Kaunseling (Matlamat, sasaran semasa atau jangka panjang. dll)


Mencabar pemikiran tidak rasional klien.
Klien percaya bahawa dengan mengambil bahan akan menghilangkan tekanan yang dihadapinya.
Klien percaya bahawa kawan-kawan baiknya tidak akan menerima klien selepas keluar dari pusat kerana
statusnya sebagai bekas penagih.

3. Maklumat Penilaian (Penggunaan Ujian Psikologi)


Tidak menggunakan sebarang ujian psikologi

JS-SPADA6@UMS
LAMPIRAN D

Klien tertekan apabila mengenangkan tidak sempat dan ketiadaan klien semasa orang tuanya meninggal
dunia. Seterusnya, disebabkan kepercayaan ini membuatkan klien telibat dalam penyalahgunaan dadah.
Klien dalam keadaan persediaan dan sudah boleh membuat pertimbangan untuk berhadapan dengan
sebarang situasi.

4. Tahap Proses Kaunseling


Tahap penerokaan
5. Tindakan (Perancangan rawatan, Pelaksanaan Rawatan, sesi susulan, dll)
Perancangan rawatan
 Membantu klien memahami apa cara untuk memahami pemikiran tidak rasional tentang
penerimaan orang terhadap dirinya. Berdasarkan 3 kepercayaan tidak rasional (REBT), Saya
perlu buat yang terbaik dan orang mesti menerima saya dan menghargai saya. Sekiranya saya
tidak dihargai maka saya tidak berguna.
Teknik Imageri
 Mencabar pemikiran klien dengan mencabar setiap strategi yang klien fikirkan untuk berubah
dan mendapatkan kepercayaan dari rakan-rakan serta orang yang tempat klien mendapatkan
pertolongan dan nasihat. Contoh dialog “bagaimana pula sekiranya orang yang arif tentang
agama tu pun menjauhkan diri daripada Alis?”
Teknik Role Play
 Kaunselor melakonkan watak sebagai rakan Alis yang cuba menghasut untuk mengambil semula
bahan.
Klien mempunyai strategi sendiri untuk berhadapan dengan situasi-situasi yang cuba diwujudkan oleh
kaunselor. Strategi pertama, klien akan menghindarkan diri daripada rakan-rakan yang cuba untuk
menghasut. Kedua, klien akan memberi nasihat dan menceritakan pengalamannya sepanjang berada di
pusat pemulihan. Ketiga, klien akan membuat laporan terhadap penguatkuasa secara senyap-senyap tetapi
dalam masa yang sama tetap juga meneruskan perhubungan dengan rakan-rakan agar tidak disyak sebagai
orang yang menyampaikan laporan atau membuat aduan.
 Kaunselor mencabar pemikiran klien bahawa bahan tersebut membantu klien untuk dalam
meneruskan kehidupan seharian terutamanya semasa bekerja dan sekiranya berlaku tekanan
tentang tidak berpuas hati kerana tidak sempat melihat buat kali terakhir semasa ibunya
meninggal dunia.
Klien mempunyai strategi untuk mengatasi perkara ini dengan memikirkan sebaiknya seimbangkan dan
sedar dengan kemampuan diri dengan situasi kerja. Klien juga mengatasi tekanan yang dirasainya dengan
menggunakan semula apa yang telah dipelarinya semasa berada dalam pusat pemulihan.

6. Refleksi Kaunselor
Kaunselor menghadapi kesukaran untuk melaksanakan kemahiran mencabar pemikiran klien disebabkan
klien memang sudah bersedia dan memahami isu yang dialaminya. Selain itu, klien juga tidak
menyalahkan orang lain malahan sudah mempercayai bahawa apa yang telah berlaku disebabkan oleh
tindakan dan kepercayaannya sendiri.
 Klien juga seolah-olah sudah mempunyai kepercayaan yang rasional
 Kaunselor terbawa-bawa gaya MI iaitu apabila memberi ruang kepada klien memberikan
penjelasan setelah menggunakan kemahiran refleksi kompleks.
 Kaunselor berasa tidak sampai hati dan tidak selesa untuk mencabar setiap pemikiran dan
strategi yang disuarakan oleh klien.

JS-SPADA6@UMS
LAMPIRAN D

Kelebihan
 Kaunselor berupaya untuk melaksanakan sesi REBT secara optimum.
 Terdapat usaha untuk mencari kepercayaan tidak rasional klien berdasarkan 3 kepercayaan tidak
rasional yang ditegaskan dalam REBT untuk dijadikan bahan perbincangan.
 Terdapat pelaksanaan teknik-teknik dari pendekatan REBT.

Kelemahan
 Penggunaan teknik Imageri tidak teratur dan sistematik
 Kaunselor kelihatan tidak yakin dan asertif semasa mencabar pemikiran klien.

Cadangan Penambahbaikan

 Pelaksanaan teknik imageri perlu dibaiki dari segi penyusunan jalan cerita, pelaksanaan lebih
teratur, buat perbandingan cerita, dapatkan respon dan minta klien fikirkan tindakan seterusnya.
 Kaunselor sebaiknya bersikap lebih yakin dan asertif untuk mencabar pemikiran klien.
 Untuk melaksanakan pendekatan REBT kaunselor sebaiknya memberikan penekanan sepenuhnya
kepada kepercayaan tidak rasional klien

Tandatangan : ............................... Tarikh: ......................................

JS-SPADA6@UMS

Anda mungkin juga menyukai