Anda di halaman 1dari 9

1.

Ketulenan

- Hadir dengan idea baru.


- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik
diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah
pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik.
Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk
Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.


- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum
mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di
dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak
serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai
kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi
Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby,
Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konservatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.


- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka
lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld
Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis

- Mereka adalah perintis.


- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat
bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari
sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang
diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica
Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.
6. Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John
Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual

-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka
sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka
dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala
bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang
baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima
kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal
Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.


- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan
yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah
ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada
mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George
Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan
sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka
untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri
mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu
bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine,
Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

Kalau anda dilahirkan pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb dalam mana-mana bulan, anda adalah
no.
no.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik
hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang
berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan
bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka
akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam
dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan
anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil
hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda
adalah no.4, 6, 8.
Kalau anda dilahirkan pada 2hb, 11hb, 20hb, 29hb dalam mana-mana bulan, anda adalah
no.
no.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan
semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang
berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda
adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan
keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam
muzikal, seni dan komunikasi lisan.. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar
jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang
kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga.
Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.
Kalau anda dilahirkan pada 3hb, 12hb, 21hb, 30hb dalam mana-mana bulan, anda adalah
no.
no.3
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk
mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat
mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke
mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda
perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua
daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan
atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan
berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan,
kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.
Kalau anda dilahirkan pada 4hb, 13hb, 22hb, 31hb dalam mana-mana bulan, anda adalah
no.
no.4
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain
daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang
lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau
kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang.. Anda kena berhati-hati dengan
orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda
akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila
anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan
tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.
Kalau anda dilahirkan pada 5hb, 14hb, 23hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.5
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara
lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-
buru. Anda adalah seorang yang kelakar di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-
kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan
bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan
kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda
mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.
Kalau anda dilahirkan pada 6hb, 15hb, 24hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya
ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan
perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang
baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada
anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan
mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian
yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.
Kalau anda dilahirkan pada 7hb, 16hb, 25hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin,
gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan
nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak
melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi
sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan
untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang
amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no..2.
Kalau anda dilahirkan pada 8hb, 17hb, 26hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda.
Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai
dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah.. Anda
memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan
kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor
ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga
dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.
Kalau anda dilahirkan pada 9hb, 18hb, 27hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai
penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti.
Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat.
Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda
telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai
menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda.
Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.
Nombor Akar / Root Number

Personaliti manusia diwakili oleh setiap nombor iaitu dari nombor 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7,


8, dan 9.
Namun, dalam mengidentifikasikan nombor ini nombor personaliti adalah hanya
diwakili nombor 1 hingga nombor 8. Manakala nombor 9 hanya merupakan nombor
personaliti yang menjadi pelengkap kepada semua nombor 1 dan 8 itu tadi.

Setiap nombor mewakili peranan masing-masing dan mempunyai ciri tersendiri dan
bagaimana terbentuknya urutan nombor 1 hingga 9.

1= tulen
2= pendamai
3= ceria
4= konservatif/tradisional
5= perintis
6= romantik
7= intelek
8= penyelesai
9= pelakon

Sehubungan itu, setiap nombor kelahiran merupakan satu nombor tunggal atau


gabungan daripada dua nombor dan membentuk satu personaliti iaitu
yang dipanggil sebagai nombor akar / root number. Namun demikian, semua orang
mempunyai pelbagai personaliti hasil daripada didikan keluarga, pembelajaran
sosial, dan nilai atau pegangan dan garis panduan yang dipunyainya. tetapi
personaliti tunjang atau yang dipanggil sebagai personaliti nombor akar.

Nombor kelahiran yang dimaksudkan ialah nombor tarikh hari kelahiran.


Contohnya 26 10 2010, maka personaliti asas atau pun personaliti nombor akar
adalah berasal daripada nombor tersebut iaitu nombor 26.

Contoh tarikh lahir:- 8, 17, 26


(8 = nombor tunggal, 1+7 = 8, 2+6 = 8)
Maka personaliti nombor akar bagi ketiga-tiga nombor tersebut ialah 8= penyelesai.
 Nombor 8 memiliki personaliti yang satu iaitu personaliti 8 sahaja.
 Nombor 17 memiliki dua personaliti iaitu gabungan daripada nombor 1 dan 7
tetapi personaliti nombor akar masih juga nombor 8.
 Nombor 26 juga hasil daripada gabungan dua nombor namun masih tetap
dengan personaliti nombor 8.

Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa nombor tunggal hanya memiliki 1 personaliti
yang unggul. Manakala nombor gabungan mempunyai beberapa personaliti yang
lain hasil gabungan daripada dua nombor yang berlainan.
Dalam pada itu, pembentukan personaliti ini juga dipengaruhi oleh faktor lain
seperti hasil daripada didikan keluarga, pembelajaran sosial dan nilai serta garis
panduan yang telah diterima sejak kecil.

Secara analoginya keadaan ini boleh digambarkan seperti berikut:-


a) Terdapat 3 batang pokok mangga iaitu pokok mangga A (8), B (17) dan C (26).
Pokok mangga A tinggi dan berdaun lebat. Pokok mangga B rendah dan
banyak buah. Pokok mangga C tinggi, berdaun lebat dan berbuah banyak.
Walaupun ketiga-tiga pokok mangga ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza
tetapi masih juga dikenali dan dipanggil sebagai POKOK MANGGA.
Pembentukan ciri-ciri ini mungkin hasil daripada perbezaan struktur tanah,
sumber air, penerimaan cahaya, haiwan perosak, baja dan sebagainya.

b) Ada 3 keping kertas iaitu kertas warna merah, warna biru, dan warna kuning.
Walaupun 3 keping kertas tersebut berlainan warna namun masih juga
dikenali sebagai KERTAS dan asalnya juga daripada kulit kayu. Kertas itu
juga akan mempunyai banyak corak jika terdapat hasil tulisan mahupun
lukisan. Kertas warna merah dengan lukisan haiwan dan tumbuhan, kertas
warna biru dengan tulisan puisi dan kertas warna kuning pula dipenuhi
dengan lukisan dan tulisan mengenai makhluk, tumbuh-tumbuhan dan alam
semesta. Akhirnya, ketiga-tiga kertas tersebut dapat dibezakan dengan ciri-
ciri yang wujud tersebut.

Anda mungkin juga menyukai