Anda di halaman 1dari 15

PENGUJIAN PSIKOMETRIK INSTRUMEN SCHOOL MOTIVATION AND

LEARNING STRATEGIES INVENTORY (SMALSI) – TEEN SCALE DALAM


KALANGAN PELAJAR PRA UNIVERSITI KOLEJ TINGKATAN ENAM, KOTA
KINABALU SABAH.

Fredolin Amit1, Celistine Marcus1, Francis Bin Oi Thean Soo2 &


Jouti Abing2

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengukur dan menilai tahap kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen School Motivation and Learning Strategies Inventory (SMALSI)
dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam, Kota Kinabalu Sabah. Kesahan instrumen
diukur menggunakan analisis faktor manakala kebolehpercayaan instrumen diukur dengan
menggunakan alfa Cronbach. Berdasarkan kajian yang dijalankan ini, seramai 118 orang
pelajar tingkatan enam yang telah dijadikan responden kajian. Penilaian kesahan bagi SMALSI-
Teen Scale dijalankan dengan menggunakan kaedah analisis faktor iaitu hasil kajian
menunjukkan item-item SMALSI-Teen Scale membentuk 12 komponen iaitu strategi belajar,
kemahiran mengambil nota dan mendengar, membaca dan pemahaman, menulis dan mengkaji,
strategi menghadapi ujian, pengurusan diri, teknik pengorganisasian diri, teknik
pengorganisasian material, pengurusan masa, motivasi akademik rendah, lemah daya ingatan,
rendah keyakinan diri dan kesukaran konsentrasi dan perhatian.. Hasil kajian menunjukkan
School Motivation and Learning Strategies Inventory (SMALSI) mempunyai pekali
kebolehpercayaan yang tinggi (.641≤ α ≤ .802). Berdasarkan hasil dapatan kajian yang
dijalankan, instrumen School Motivation and Learning Strategies Inventory (SMALSI)
menunjukkan kesahan dan kebolehpercayaan yang sederhana dalam mengukur kecerdasan
emosi di kalangan remaja.

Kata Kunci: Psikometrik, School Motivation and Learning Strategies Inventory (SMALSI),
SMALSI-Teen Scale.

PENDAHULUAN

Kajian lepas mendapati, motivasi memberi kesan langsung yang tidak signifikan terhadap
pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran sains. Motivasi secara bersendirian hanya
menyumbang kesan langsung yang tidak signifikan sebanyak 7.6% sahaja terhadap pencapaian
akademik. Ini bererti dengan hanya motivasi positif (matlamat masteri dan matlamat ego-
mendekati) belum mencukupi bagi seseorang pelajar itu mendapat kecemerlangan dalam bidang
akademik jika mereka tidak mempunyai kebolehan kognitif dan strategi pembelajaran dan
belajar, mengambil nota, kemahiran mengambil nota, kemahiran pembacaan dan pemahaman,
strategi menduduki ujian, mengawal anxiety, pengurusan masa, perhatian dan tumpuan. Maka
guru perlu mencetuskan motivasi pencapaian dalam diri pelajar dengan meningkatkan
kepercayaan tentang kebolehan untuk mencapai, memberi dorongan serta mengajar tentang
strategi atau teknik yang diperlukan untuk mencapai kecemerlangan selain daripada strategi-
strategi pembelajaran (Tuckman, 2001). Oleh itu, motivasi perlu disertai dengan kesedaran
kognitif supaya mereka mampu menggunakan pelbagai strategi pembelajaran (Bandura, 2000).

Strategi pembelajaran didapati memberi kesan langsung yang signifikan kepada


pencapaian akademik dalam mata pelajaran sains. Dapatan kajian ini mendapati strategi

1
pembelajaran memberi kesan langsung yang signifikan sebanyak 6.8% kepada pencapaian
akademik. Strategi pembelajaran juga adalah peramal terbaik dan signifikan terhadap pencapaian
mata pelajaran sains. Pelajar-pelajar dalam kajian ini umumnya lebih positif dalam menggunakan
strategi pembacaan dan pemahaman (menghafal dan mengulang-ulang) dan amat positif
mengawal diri mereka dalam menghadapi ujian atau peperiksaan (regulasi kendiri). Ini
menunjukkan pelajar-pelajar mampu menggunakan strategi kognitif dan strategi metakognitif
dalam pembelajaran. Walau bagaimanapun guru-guru wajar memberi bimbingan bagi
meningkatkan lagi penggunaan strategi kognitif (pemprosesan mendalam) dan strategi
metakognitif (mengawal diri dalam pembelajaran dan mendapatkan bantuan) demi meningkatkan
prestasi akademik mereka dalam mata pelajaran sains. Dapatan kajian ini disokong oleh
Zimmerman dan Pons (1986) yang mengatakan bahawa pelajar-pelajar yang mampu
menggunakan strategi kognitif dan metakognitif dalam pembelajaran boleh mendapat pencapaian
akademik yang lebih baik. Hasil kajian ini juga didapati selaras dengan Pintrich dan Schunk
(2002) mengatakan strategi kognitif dan metakognitif yang digunakan oleh pelajar-pelajar
mempunyai kesan langsung yang signifikan terhadap gred yang diperolehi dalam ujian.
Secara umumnya, kajian ini adalah bertujuan untuk menilai aspek psikometrik instrumen
School Motivation and Learning Strategies Inventory (SMALSI), iaitu merangkumi kesahan
kontruk dan kebolehpercayaan ketekalan dalaman bagi Kolej Tingkatan Enam, Kota Kinabalu,
Sabah. Kebolehpercayaan boleh didefinisikan sebagai ketekalan skor-skor daripada individu
yang sama bila diberi ujian yang sama pada masa berlainan (Anastasi, 1982). Selain itu,
kebolehpercayaan juga turut dirujuk sebagai ketekalan, kestabilan dan ketepatan skor-skor yang
dihasilkan dalam satu-satu ujian atau satu-satu siri Ujian (Kerlinger, 1973). Kesahan pula
merujuk kepada sejauh mana sesuatu instrumen itu berkeupayaan untuk mengukur apa yang
sepatutnya hendak diukur.
Kajian ini secara khususnya mempunyai dua objektif iaitu objektif pertama untuk
mengenalpasti tahap kebolehpercayaan ketekalan dalaman School Motivation and Learning
Strategies Inventory (SMALSI) – Teen Scale dan objektif kedua menentukan kesahan konstruk
School Motivation and Learning Strategies Inventory (SMALSI) – Teen Scale.

METOD

Rekabentuk Kajian
Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Ia
bertujuan untuk menentukan tahap kebolehpercayaan dan kesahan instrument School
Motivation and Learning Strategies Inventory (SMALSI) – Teen Scale, dalam kalangan pelajar
Kolej Tingkatan Enam, Kota Kinabalu Sabah. Kebolehpercayaan instrumen ini dinilai
berdasarkan aspek ketekalan dalaman manakala kesahan instrumen dinilai dari aspek kesahan
konstruk.

Subjek dan Tempat Kajian


Seramai 118 sampel pelajar Kolej Tingkatan Enam, Kota Kinabalu Sabah telah mengambil
bahagian dalam kajian ini. Subjek dipilih secara persampelan bertujuan.

Alat Kajian
Set soal selidik ini merangkumi sebelas (11) bahagian iaitu:

2
Borang Maklumat Diri. Bahagian ini merangkumi item demografi bagi responden seperti
jantina, bangsa, gred dan tarikh.

School Motivational and Learning Strategies Inventory (SMALSI) – Teen Scale


merupakan alat diagnosis pelaporan kendiri (self-reported) untuk mengenalpasti situasi yang
hendak dilihat dari aspek kekuatan dan kelemahan kemahiran belajar dan pembelajaran seseorang
pelajar. Instrument ini telah dibentuk oleh Kathy Chatham Stroud dan Cecil R. Reynolds pada
tahun 2006. Melalui kaedah ini, intervensi yang releven boleh diintegrasi dengan lebih berkesan
terhadap proses pembelajaran yang biasa. SMALSI-Teen Scale telah direka bentuk dengan hasrat
untuk membantu pelajar pendidikan khas dan pelajar pendidikan umum. Manual SMALSI-Teen
Scale ini terbahagi kepada dua bahagian utama dengan lima sub topik bagi memudahkan
pengguna manual SMALSI-Teen Scale. Bahagian pertama merangkumi pentadbiran, pengskoran
dan panduan interpretasi, bahagian kedua merujuk kepada panduan teknikal pengendalian
SMALSI-Teen Scale.

SMALSI-Teen Scale mempunyai 10 komponen iaitu Study Strategies, Note-Taking and


listening, Reading and Comprehension Strategies, Writing and Research Skills, Test-Taking

Study Strategy (STUDY)


Komponen strategi belajar adalah tingkah laku yang memberi fokus kepada mengulang kaji dan
bahan pembelajaran seperti penggunakan mnemonik dan bantuan memori yang lain (Scrugss &
Mastropieri, 1992).

Note-Taking and Listening Skills


Kemahiran ini merupakan strategi pembelajaran khusus yang berkaitan dengan keupayaan untuk
membezakan antara maklumat penting dan tidak penting. Pengambilan nota yang berkesan
mellibatkan membina semula maklumat dengan cara yang paling bermakna kepada pelajar (Porte,
2001). Kegunaan arahan dalam strategi mengambil nota yang spesifik bagi tujuan meningkatkan
prestasi akademik secara amnya telah disokong (Kiewra & Benton, 1985; Shrager & Mayer,
1989; Wade & Trathen, 1989).

Reading and Comprehension Strategies


Membaca secara aktif berorientasikan matlamat dan penyelesaian masalah di mana pembaca
membina makna daripada maklumat yang terdapat dalam teks. Strategi pemahaman pula
termasuklah tingkah laku membuat pratinjau teks, menguji diri sendiri dan membuat peta minda
(Miranda, Villaescusa, & Vidal-Abarca, 1997; Paris & Oca, 1989)

Writing and Research Skills


Seperti membaca dan pemahaman, kemahiran penulisan dan penyelidikan diperlukan untuk
kejayaan akademik kanak-kanak dalam akademik. Ini termasuklah keupayaan dalam mengumpul
maklumat dari pelbagai sumber, membuat perancangan yang teratur, mengintergrasikan idea,
membuat ulang kaji yang berkesan dan menyiapkan tugasan penyelidikan yang semakin rumit.

Test-Taking Strategies
Strategi dalam mengambil ujian merupakan strategi yang spesifik yang dimenifestasikan sebagai
tingkah laku sebenar semasa mengambil ujian. Menyingkirkan jawapan yang tidak tepat dan
memperuntukkan masa menjawab bagi soalan yang sukar dan mudah merupakan contoh strategi
dalam mengambil ujian. Arahan dalam mengambil ujian didapati dapat membantu pelajar,
khususnya bagi populasi yang istimewa seperti golongan minoriti atau bagi mereka yang
menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (Hughes, 1993; Johns & VanLeirsburg,
1992; Scruggs & Mastropieri, 1986; Scruggs & Tolfa, 1985).

3
Organizational Techniques
Teknik mengorganisasi adalah teknik yang khusus dalam menyusun bahan pembelajaran, iaitu
yang bermula daripada penyediaan sebelum kelas kepada merekod secara sistematik tugasan
harian. Teknik asas untuk mengkategorikan mengatur tugas pembelajaran boleh diajar kepada
pelajar sebagai persiapan untuk tugas mengorganisasi yang lebih kompleks (Slade, 1986).

Time management
Pengurusan masa adalah teknik metakognitif yang melibatkan cara yang paling berkesan untuk
menggunakan masa. Kemahiran ini sering diabaikan sehingga seorang pelajar memasuki kolej,
apabila diluar pengawasan ibu bapa dan pada masa yang sama menghadapi lebih banyak pilihan
tentang bagaimana masa tersebut digunakan. Penguasaan kemahiran pengurusan masa di sekolah
menengah atau lebih awal dapat memberi kesan yang kuat terhadap motivasi pelajar untuk
menyelesaikan tugas. Kemahiran ini menyumbang kepada rasa kawalan dan memudahkan
peralihan kepada situasi belajar yang kurang berstruktur.

Academic Motivation
Motivasi akademik adalah keinginan untuk memperoleh maklumat. Ia adalah ciri yang boleh
diubah suai yang telah lama dikaitkan dengan pencapaian. Kejayaan dan kegagalan, matlamat
pencapaian khusus, dan persepsi tentang insentif semuanya menyumbang kepada motivasi
akademik pelajar (Karabenick & Collins-Eaglin, 1997). Motivasi mencerminkan pelaburan
pelajar dalam proses pembelajaran, mempengaruhi strategi pembelajaran yang digunakan dan
usaha yang digunakan dalam melaksanakannya. Ini dapat membantu menerangkan penggunaan
strategi pembelajaran yang berbeza oleh pelajar yang berlainan atau dalam situasi pembelajaran
yang berbeza.

Test Anxiety
Ujian kebimbangan adalah faktor yang boleh diubah suai yang mengganggu keupayaan pelajar
untuk menunjukkan maklumat yang telah dipelajari. Ujian kebimbangan dikaitkan dengan
kesukaran menerapkan strategi pembelajaran yang lain (Hembree, 1988). Pembentukan yang
diukur oleh SMALSI merangkumi dua komponen tradisional ujian kegelisahan, kebimbangan
dan emosional (Cassady & Johnson, 2002; Liebert dan Morris, 1967), serta pembelajaran sosial
yang kurang baik dan tabiat belajar yang kurang baik (Jones & Petruzzi, 1995)

Attention and Concentration


Perhatian dan konsentrasi adalah berkait rapat dengan memori dan pembelajaran. Pelajar mesti
fokus sebelum pembelajaran boleh berlaku. Oleh itu, perhatian dan tumpuan adalah sebahagian
strategi pembelajaran. Kesukaran dalam aspek penumpuan timbul daripada pelbagai faktor
persekitaran dan peribadi. Intervensi dalam bidang ini secara signifikan dapat meningkatkan
penggunaan strategi pembelajaran dan penyesuaian emosi (Borden, Brown, Jenkins, &
Clingerman, 1987).

Keputusan
Latar Belakang Sampel
Merujuk kepada analisis deskriptif, kajian menunjukkan bahawa daripada jumlah keseluruhan
sampel (n = 118), terdapat seramai 28 orang responden lelaki iaitu sebanyak 23.7 peratus
manakala 90 orang lagi ialah pelajar perempuan mewakili sebanyak 76.3 peratus. Semua
responden bagi kajian ini dalam lingkungan umur yang sama iaitu 18 tahun.

Kebolehpercayaan SMALSI-Teen, Kepuasan Hidup dan Afek Positif


Jadual menunjukkan hasil analisis kebolehpercayaan ketekalan dalaman bagi instrumen

4
SMALSI-Teen yang dijalankan ke atas responden. Komponen pengorganisasian diri (ORG-diri)
mencatat nilai kebolehpercayaan ketekalan dalaman tertinggi iaitu .802, diikuti kemahiran
menghadapi ujian (TEST) iaitu .796, kemahiran mencatat nota dan mendengar (NOTE) iaitu .769,
kemahiran membaca dan pemahaman (READ) .751 dan kerisauan terhadap ujian (CONDIF) iaitu
.735. Manakala pengurusan masa (TIME) serta kerisauan terhadap ujian 1 (TANX-1)
mencatatkan ketekalan dalaman yang sama iaitu .714 diikuti oleh motivasi akademik rendah
(LOMOT) iaitu .713, kerisauan terhadap ujian 2 (TANX-2) iaitu .665 dan komponen kemahiran
menulis dan mengkaji (WRITE) mencatat nilai terendah iaitu .658.
Hasil analisis kebolehpercayaan ketekalan dalaman skala afek positif-negatif masing-
masing mencatat nilai .797 bagi afek positif dan .863 bagi afek negatif.
Skala kepuasan hidup pula mencatat nilai kebolehpercayaan ketekalan dalaman yang
sederhana iaitu .606. Hal ini mungkin disebabkan responden yang terlibat dalam kajian ini ialah
pelajar Pra Universiti yang berumur dalam 18 tahun iaitu mereka masih dalam peringkat
pengajian dan berusaha untuk menempatkan diri di Universiti Awam atau Institusi Pengajian
Tinggi swasta.
Jadual 1: Pekali Kebolehpercayaan SMALSI-Teen, Afek Positif-Negatif dan Kepuasan
No Instrumen Bilangan Item Alfa Cronbach Split Half
1.0 SMALSI-Teen
1.1 STUDY 4 .641 .547
1.2 NOTE 4 .769 .757
1.3 READ 5 .751 .674
1.4 WRITE 4 .658 .636
1.5 TEST 6 .796 .795
1.6 ORG-diri 5 .802 .710
1.7 ORG-material 4 .613 .600
1.8 TIME 4 .714 .701
1.9 LOMOT 4 .713 .660
1.10 TANX-1 3 .714 .651
1.11 TANX-2 3 .665 .624
1.12 CONDIF 4 .735 .728
2.0 AFEK POSITIF-NEGATIF
1.0 Afek Positif 5 .797 .727
1.2 Afek Negatif 6 .863 .872
3.0 KEPUASAN HIDUP 3 .606 .544

Proses untuk menentukan kebolehpercayaan dilakukan menggunakan perisian SPSS versi 26


selepas menjalankan analsis faktor bagi menentukan kesahan konstruk. Berikut merupakan
langkah-langkah untuk mendapatkan nilai pekali kebolehpercayaan alpha cronbach dan juga split
half. Pertama pengkaji menekan butang analyze, kemudian klik pada scale pada paparan yang
tertera. Seterusnya masukkan item soalan yang mewakili setiap komponen yang hendak diuji dan
kemudian pilih operasi pekali kebolehpercayaan sama ada menggunakan pekali alpha cronbacah
mahupun split half. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kedua-dua pekali iaitu alpha
cronbach dan juga split half untuk melihat perbandingan nilai. Jelas daripada data yang diperoleh
menunjukkan bahawa hasil pekali alpha cronbach lebih tinggi berbanding pekali split half.
Dengan itu, kebanyakan pengkaji lebih cenderung memilih untuk menggunakan pekali alpha
cronbach bagi mendapatkan nilai pekali kebolehpercayaan yang lebih baik.

Kesahan SMALSI-Teen, Afek Positif-Negatif dan Kepuasan Hidup


Penilaian kesahan bagi SMALSI-Teen dijalankan dengan menggunakan kaedah analisis faktor
iaitu hasil kajian menunjukkan item-item SMALSI-Teen membentuk 12 komponen iaitu strategi
belajar, kemahiran mengambil nota dan mendengar, membaca dan pemahaman, menulis dan

5
mengkaji, strategi menghadapi ujian, pengurusan diri, teknik pengorganisasian diri, teknik
pengorganisasian material, pengurusan masa, motivasi akademik rendah, lemah daya ingatan,
rendah keyakinan diri dan kesukaran konsentrasi dan perhatian.
Proses faktor analisis dilakukan menggunakan perisian SPSS versi 26 iaitu mengikut langkah-
langkah berikut. Pertama pengkaji menekan butang analyze kemudian klik dimension reduction
seterusnya klik factor dan memasukkan item soalan yang melibatkan komponen mengikut
dimensi masing-masing berdasarkan manual dalam SMALSI-Teen iaitu sebanyak 170 item
soalan yang dibahagikan mengikut dimensi. Seterusnya pengkaji menetapkan setting dengan
menekan butang descriptives klik pada kotak initial solution, coefficients, KMO and Bartleett’s
test of sphericity dan Anti image dan klik continue. Seterusnya klik pada butang extraction dan
klik kotak unrotated factor solution dan kotak scree plot dan klik continue. Selepas itu, klik pada
butang rotation dan klik kotak varimax dan klik continue. Kemudian klik butang options, klik
kotak exclude cases listwise, klik kotak sorted by size, surpress small coefficients dan tukarkan
absolute value below .5 kemudian klik butang continue dan butang OK.
Keputusan analisis kesahan bagi item SMALSI-Teen, item afek positif-negatif dan item
kepuasan hidup diterangkan dalam jadual 2, jadual 3 dan jadual 4.

Jadual 2.1 Komponen Strategi Belajar (STUDY)


No Item Faktor Loading Communalities
STUDY
1 S35 .780 .680
2 S115 .680 .462
3 S25 .677 .459
4 S135 .647 .419

Setelah selesai melakukan langkah-langkah di atas maka output terpapar dan pengkaji
melihat pada jadual Rotatated Component Matrix yang menujukkan 6 komponen terbentuk
namun item soalan yang terdapat dalam komponen-komponen tersebut tidak cukup kuat kerana
hanya terdapat kurang dari pada 4 item. Untuk memastikan kesahan konstruk item yang
terkumpul dalam mana-mana komponen perlu ≥ 4 item soalan. Maka pengkaji telah
menyingkirkan item dalam komponen 6 iaitu S6, tidak mewakili mana-mana komponen S51,
S122, S15, S1, komponen 5 iaitu S152, komponen 4 iaitu S100, S69, S42, komponen 3 iaitu S80,
S73, dan komponen 1 iaitu S107, S58, S95.
Selepas proses penyingkiran item diatas dilakukan, proses analisis faktor seperti awal-
awal tadi dilakukan semula dan menghasilkan tinggal lagi item soalan yang benar-benar
berkualiti iaitu S35, S115, S25 dan S135.

Jadual 2.2 Komponen kemahiran mencatat nota / mendengar (NOTE)


No Item Faktor Loading Communalities
NOTE
1 S77 .789 .623
2 S85 .786 .618
3 S92 .767 .589
4 S125 .737 .543

Setelah selesai melakukan langkah-langkah di atas maka output terpapar dan pengkaji
melihat pada jadual Rotatated Component Matrix yang menujukkan 6 komponen terbentuk
namun item soalan yang terdapat dalam komponen-komponen tersebut tidak cukup kuat kerana
hanya terdapat kurang dari pada 4 item. Untuk memastikan kesahan konstruk item yang
terkumpul dalam mana-mana komponen perlu ≥ 4 item soalan. Maka pengkaji telah

6
menyingkirkan item dalam komponen 6 iaitu S38, S149 tidak mewakili mana-mana komponen
S159 dan S4, komponen 5 iaitu S29, S117 dan S9, komponen 4 iaitu S131 dan S60, S42, dan
komponen 2 iaitu S117, S141, S163 dan S155.
Selepas proses penyingkiran item diatas dilakukan, proses analisis faktor seperti awal-
awal tadi dilakukan semula dan menghasilkan tinggal lagi item soalan yang benar-benar
berkualiti iaitu S77, S125, S85 dan S92.

Jadual 2.3 Komponen strategi membaca / pemahaman (READ)


No Item Faktor Loading Communalities
READ
1 S55 .806 .649
2 S71 .750 .563
3 S84 .739 .546
4 S82 .666 .443
5 S13 .606 .367

Setelah selesai melakukan langkah-langkah di atas maka output terpapar dan pengkaji
melihat pada jadual Rotatated Component Matrix yang menujukkan 4 komponen terbentuk
namun item soalan yang terdapat dalam komponen-komponen tersebut tidak cukup kuat kerana
hanya terdapat kurang dari pada 4 item. Untuk memastikan kesahan konstruk item yang
terkumpul dalam mana-mana komponen perlu ≥ 4 item soalan. Maka pengkaji telah
menyingkirkan item dalam komponen 4 iaitu S168 dan S23, komponen 3 iaitu S168, S47, S148
dan S111, komponen 2 iaitu S104 dan S18 dan S91.
Selepas proses penyingkiran item diatas dilakukan, proses analisis faktor seperti awal-
awal tadi dilakukan semula dan menghasilkan tinggal lagi item soalan yang benar-benar
berkualiti iaitu S55, S71, S84, S82 dan S13.

Jadual 2.4 Komponen Kemahiran Menulis / Kajian (WRITE)


No Item Faktor Loading Communalities
WRITE
1 S45 .741 .549
2 S26 .731 .535
3 S130 .689 .474
4 S36 .647 .418

Setelah selesai melakukan langkah-langkah di atas maka output terpapar dan pengkaji melihat
pada jadual Rotatated Component Matrix yang menujukkan 5 komponen terbentuk namun item
soalan yang terdapat dalam komponen-komponen tersebut tidak cukup kuat kerana hanya
terdapat kurang dari pada 4 item. Untuk memastikan kesahan konstruk item yang terkumpul
dalam mana-mana komponen perlu ≥ 4 item soalan. Maka pengkaji telah menyingkirkan item
dalam komponen 5 iaitu S101 dan S108, komponen 4 iaitu S16 dan S11, komponen 3 iaitu S64
dan S52, komponen 2 iaitu S145, dan S74 dan item yang tidak mewakili mana-mana komponen
iaitu S140.
Selepas proses penyingkiran item diatas dilakukan, proses analisis faktor seperti awal-
awal tadi dilakukan semula dan menghasilkan tinggal lagi item soalan yang benar-benar
berkualiti iaitu S26, S36, S45 dan S130.

Jadual 2.5 Komponen Strategi Mengambil Ujian (TEST)

7
No Item Faktor Loading Communalities
TEST
1 S34 .785 .617
2 S63 .737 .543
3 S68 .733 .537
4 S50 .710 .504
5 S41 .665 .442
6 S32 .586 .343

Setelah selesai melakukan langkah-langkah di atas maka output terpapar dan pengkaji melihat
pada jadual Rotatated Component Matrix yang menujukkan 5 komponen terbentuk namun item
soalan yang terdapat dalam komponen-komponen tersebut tidak cukup kuat kerana hanya
terdapat kurang dari pada 4 item. Untuk memastikan kesahan konstruk item yang terkumpul
dalam mana-mana komponen perlu ≥ 4 item soalan. Maka pengkaji telah menyingkirkan item
dalam komponen 5 iaitu S21, komponen 4 iaitu S94 dan S106, komponen 3 iaitu S128, S134 dan
S139, komponen 2 iaitu S63, S50, S44, dan S114 dan item yang tidak mewakili mana-mana
komponen iaitu S24.
Selepas proses penyingkiran item diatas dilakukan, proses analisis faktor seperti awal-
awal tadi dilakukan semula dan menghasilkan tinggal lagi item soalan yang benar-benar
berkualiti iaitu S34, S63, S68, S50, S41 dan S32.

Jadual 2.6 Komponen Teknik Pengorganisasian (ORG-diri)


No Item Faktor Loading Communalities
ORG-diri
1 S79 .833 .704
2 S143 .768 .590
3 S137 .768 .654
4 S133 .744 .584
5 S87 .510 .402

Jadual 2.7 Komponen Teknik Pengorganisasian (ORG-material)


No Item Faktor Loading Communalities
ORG-material
1 S120 .828 .692
2 S66 .644 .419
3 S118 .610 .521
4 S156 .527 .287

Setelah selesai melakukan langkah-langkah di atas maka output terpapar dan pengkaji melihat
pada jadual Rotatated Component Matrix yang menujukkan 5 komponen terbentuk namun item
soalan yang terdapat dalam komponen-komponen tersebut tidak cukup kuat kerana hanya
terdapat kurang dari pada 4 item. Untuk memastikan kesahan konstruk item yang terkumpul
dalam mana-mana komponen perlu ≥ 4 item soalan. Maka pengkaji telah menyingkirkan item
dalam komponen 5 iaitu S127 dan S112, komponen 4 iaitu S62 dan S49, komponen 2 iaitu S10
dan S166 dan S164, dan item yang tidak mewakili mana-mana komponen iaitu S39 dan S160.
Selepas proses penyingkiran item diatas dilakukan, proses analisis faktor seperti awal-
awal tadi dilakukan semula dan menghasilkan 2 komponen dan memiliki item soalan yang benar-
benar berkualiti iaitu ≥ 4 item bagi komponen 1 iaitu S79, S143, S137, S133 dan S87. Manakala
komponen 2 pula iaitu S120, S66, S118 dan S156. Seterusnya, pengkaji memberi nama baharu

8
kepada dua komponen yang terhasil ini iaitu teknik pengorganisasian diri dan teknik
pengorganisasian material berdasarkan kefahaman terhadap item soalan dalam SMALSI-Teen.

Jadual 2.8 Komponen Pengurusan Masa (TIME)


No Item Faktor Loading Communalities
TIME
1 S136 .786 .618
2 S142 .739 .546
3 S93 .732 .535
4 S169 .686 .470

Setelah selesai melakukan langkah-langkah di atas maka output terpapar dan pengkaji melihat
pada jadual Rotatated Component Matrix yang menujukkan 5 komponen terbentuk namun item
soalan yang terdapat dalam komponen-komponen tersebut tidak cukup kuat kerana hanya
terdapat kurang dari pada 4 item. Untuk memastikan kesahan konstruk item yang terkumpul
dalam mana-mana komponen perlu ≥ 4 item soalan. Maka pengkaji telah menyingkirkan item
dalam komponen 5 iaitu S19 dan S30, komponen 4 iaitu S61 dan S48 dan item yang tidak
mewakili mana-mana komponen iaitu S132.
Selepas proses penyingkiran item diatas dilakukan, proses analisis faktor seperti awal-
awal tadi dilakukan semula dan menghasilkan tinggal lagi 3 komponen tetapi komponen 2
mempunyai item yang mewakili dua komponen maka disingkirkan iaitu item S33. Proses analisis
faktor dilakukan sekali lagi dan membentuk 3 komponen namun dalam komponen 3 masih
terdapat item yang mewakili dua komponen iaitu S86 dan disingkirkan. Analisis faktor
dilaksanakan lagi dan menghasilkan 3 komponen namun komponen 2 dan 3 hanya terdapat 3 item
sahaja iaitu S57, S150, S98, S78, S126 dan S5.
Selepas proses penyingkiran item diatas dilakukan, proses analisis faktor seperti awal-
awal tadi dilakukan semula dan menghasilkan tinggal lagi item soalan yang benar-benar
berkualiti iaitu S136, S142, S93 dan S169.

Jadual 2.9 Komponen Motivasi Akademk Rendah (LOMOT)


No Item Faktor Loading Communalities
LOMOT
1 S121 .770 .593
2 S129 .764 .584
3 S151 .748 .560
4 S157 .644 .415

Setelah selesai melakukan langkah-langkah di atas maka output terpapar dan pengkaji melihat
pada jadual Rotatated Component Matrix yang menujukkan 5 komponen terbentuk namun item
soalan yang terdapat dalam komponen-komponen tersebut tidak cukup kuat kerana hanya
terdapat kurang dari pada 4 item. Untuk memastikan kesahan konstruk item yang terkumpul
dalam mana-mana komponen perlu ≥ 4 item soalan. Maka pengkaji telah menyingkirkan item
dalam komponen 5 iaitu S144 dan S105, komponen 4 iaitu S138, S67 dan S88, komponen 3 iaitu
S40, S110 dan S99, komponen 2 iaitu S321, S72 dan S20, dan item yang tidak mewakili mana-
mana komponen iaitu S119 dan S113.
Selepas proses penyingkiran item diatas dilakukan, proses analisis faktor seperti awal-
awal tadi dilakukan semula dan menghasilkan tinggal lagi item soalan yang benar-benar
berkualiti iaitu S121, S129, S151 dan S157.

Jadual 2.10 Komponen Lemah Daya Ingatan (TANX1)


No Item Faktor Loading Communalities

9
TANX1
1 S17 .895 .801
2 S22 .703 .563
3 S12 .689 .640

Jadual 2.11 Rendah Keyakinan Diri (TANX2)


No Item Faktor Loading Communalities
TANX2
1 S116 .768 .617
2 S146 .746 .563
3 S89 .683 .576

Setelah selesai melakukan langkah-langkah di atas maka output terpapar dan pengkaji melihat
pada jadual Rotatated Component Matrix yang menujukkan 8 komponen terbentuk namun item
soalan yang terdapat dalam komponen-komponen tersebut tidak cukup kuat kerana hanya
terdapat kurang dari pada 4 item. Untuk memastikan kesahan konstruk item yang terkumpul
dalam mana-mana komponen perlu ≥ 4 item soalan. Maka pengkaji telah menyingkirkan item
dalam komponen 8 iaitu S153 dan S59, komponen 7 iaitu S75 dan S53, komponen 6 iaitu S123,
S109 dan S2, komponen 5 iaitu S27 dan S81, komponen 4 iaitu S161, S158 dan S83, komponen
2 iaitu S102, S37 dan S96.
Selepas proses penyingkiran item diatas dilakukan, proses analisis faktor seperti awal-
awal tadi dilakukan semula dan menghasilkan 3 komponen dan dalam komponen 3 hanya satu
item dan disingkirkan iaitu S53. Analisis faktor dilakukan sekali lagi dan membentuk 2
komponen iaitu komponen 1 S17, S22 dan S12. Manakala komponen 2 pula iaitu S116, S146,
dan S89. Seterusnya, pengkaji memberi nama baharu kepada dua komponen yang terhasil ini iaitu
Lemah Daya Ingatan (TANX1) dan Rendah Keyakinan diri (TANX2)T berdasarkan kefahaman
terhadap item soalan dalam SMALSI-Teen.

Jadual 2.12 Komponen Kesukaran Konsentrasi / Perhatian (CONDIF)


No Item Faktor Loading Communalities
CONDIF
1 S103 .774 .599
2 S90 .770 .593
3 S154 .722 .522
4 S3 .719 .518

Setelah selesai melakukan langkah-langkah di atas maka output terpapar dan pengkaji melihat
pada jadual Rotatated Component Matrix yang menujukkan 5 komponen terbentuk namun item
soalan yang terdapat dalam komponen-komponen tersebut tidak cukup kuat kerana hanya
terdapat kurang dari pada 4 item. Untuk memastikan kesahan konstruk item yang terkumpul
dalam mana-mana komponen perlu ≥ 4 item soalan. Maka pengkaji telah menyingkirkan item
dalam komponen 5 iaitu S65 dan S124, komponen 4 iaitu S54, S76 dan S28, S40, S110 dan S99,
komponen 2 iaitu S8, S70 dan S97, dan item yang tidak mewakili mana-mana komponen iaitu
S162.
Selepas proses penyingkiran item diatas dilakukan, proses analisis faktor seperti awal-
awal tadi dilakukan semula dan membentuk 2 komponen. Namun pada komponen 2 hanya ada
3 item iaitu S170, S167 dan S165 dan kemudiannya disingkirkan. 1 item yang tidak mewakili
mana-mana komponen juga disingkirkan iaitu S147. Analisis faktor dilakukan sekali lagi dan
menghasilkan tinggal lagi item soalan yang benar-benar berkualiti iaitu S103, S90, S154 dan S3.

Jadual 3 Afek Positif dan Afek Negatif

10
No Item Faktor Loading Communalities
Positif
1 BII5 .819 .673
2 BII15 .799 .645
3 BII1 .792 .627
4 BII13 .710 .504
5 BII19 .582 .452
Negatif
6 BII10 .847 .717
7 BII 20 .799 .667
8 BII16 .795 .647
9 BII12 .744 .577
10 BII14 .734 .540
11 BII8 .693 .509

Setelah selesai melakukan langkah-langkah di atas maka output terpapar dan pengkaji melihat
pada jadual Rotatated Component Matrix yang menujukkan 5 komponen terbentuk namun item
soalan yang terdapat dalam komponen-komponen tersebut tidak cukup kuat kerana hanya
terdapat kurang dari pada 4 item. Untuk memastikan kesahan konstruk item yang terkumpul
dalam mana-mana komponen perlu ≥ 4 item soalan. Maka pengkaji telah menyingkirkan item
dalam komponen 5 iaitu BII2, BII4, komponen 4 iaitu BII18, BII6 dan BII3.
Selepas proses penyingkiran item diatas dilakukan, proses analisis faktor seperti awal-
awal tadi dilakukan semula dan membentuk 3 komponen. Namun pada komponen 3 hanya ada
3 item iaitu BII11, BII9, dan BII7 dan kemudiannya disingkirkan. 1 item yang tidak mewakili
mana-mana komponen juga disingkirkan iaitu BII17. Analisis faktor dilakukan sekali lagi dan
menghasilkan tinggal lagi item soalan yang benar-benar berkualiti dan membentuk 2 komponen
iaitu bagi komponen 1 afek positif item BII19, BII13, BII1, BII15, BII5. Manakala komponen 2
pula afek negatif iaitu BII8, Bii14, BII14, BII12, BII16, BII20 dan BII10.

Jadual 4 Kepuasan Hidup


No Item Faktor Loading Communalities
Kepuasan Hidup
1 Keadaan kehidupan saya adalah .817 .667
cemerlang
2 Dalam banyak perkara, kehidupan saya .723 .523
adalah hampir dengan ciri kehidupan
ideal (sempurna) saya
3 Setakat ini, saya telah memperolehi .720 .519
perkara penting yang saya inginkan
dalam kehidupan

Setelah selesai melakukan langkah-langkah di atas maka output terpapar dan pengkaji melihat
pada jadual Rotatated Component Matrix yang menujukkan 2 komponen terbentuk namun item
soalan yang terdapat dalam komponen-komponen tersebut tidak cukup kuat kerana hanya
terdapat kurang dari pada 4 item. Untuk memastikan kesahan konstruk item yang terkumpul
dalam mana-mana komponen perlu ≥ 4 item soalan. Maka pengkaji telah menyingkirkan item
dalam komponen 2 iaitu BIII3, dan BIII5.
Selepas proses penyingkiran item diatas dilakukan, proses analisis faktor seperti awal-
awal tadi dilakukan semula dan m menghasilkan tinggal lagi item soalan yang benar-benar
berkualiti iaitu BIII2, BIII1 dan BIII4.

11
Jadual 5 Analisis Konvergen dan Divergen
Pembolehubah 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
STUDY
NOTE .535*
*
READ .599* .639*
* *
WRITE .450* .445* .392*
* * *
TEST .489* .549* .502* .143
* * *
ORG-diri .406* .333* .382* .580* .078
* * * *
ORG-material .553* .459* .497* .454* .323* .464*
* * * * * *
TIME .278* .059 .149 .257* .019 .593* .291*
* * * *
LOMOT .245* .353* .332 .474* .086 .559* .493* .526*
* * * * * *
TANX1 .199* .054 .094 .269* -.025 .263* .314* .193* .373*
* * * * *
TANX2 .429* .538* .324* .432* .309* .497* .445* .413* .381* .453*
* * * * * * * * * *
CONDIF ..312 .138 .176 .303* .051 .474* .359* .482* .550* .347* .312*
** * * * * * * *
AFEKPOSITIF .270* .124 .179 .082 .140 .122 .195* .149 .138 -.092 .141 -
* .04
2
AFEKNEGATI -.090 -.112 -.110 -.113 -.045 - -.127 -.095 -.128 -.099 -.176 .00 -
F .187* 3 .192
KEPUASANHI .020 .123 .165 .055 .159 .064 -.009 -.104 -.040 -.173 -.056 .10 - .2
DUP 2 .191 07
* *

** K < .05

Berdasarkan jadual di atas contoh data bagi analisis konvergen ialah bagi mana-mana hasil
korelasi yang mempunyai arah hubungan yang positif contohnya korelasi antara pembolehubah
Study dan Note iaitu r = .535**. Hasil korelasi Ini menyatakan bahawa apabila pelajar
mempunyai strategi belajar yang baik maka kemahiran mencatat nota dan mendengar juga akan
baik. Manakala data bagi analisis divergen pula ialah bagi mana-mana hasil korelasi yang
mempunyai arah hubungan yang negatif seperti korelasi antara pembolehubah Study dan Afek
Negatif iaitu r = -.090. Hasil korelasi ini dapat dijelaskan apabila pelajar mempunyai strategi
belajar yang baik maka afek negatif pelajar tersebut juga pada tahap yang rendah.

Perbincangan
Hasil dapatan kajian mendapati analisis kebolehpercayaan ketekalan dalaman menunjukkan
bahawa instrumen Student Motivational and Learning Strategies Inventory (Teen) mencatat
pekali kebolehpercayaan yang tinggi (.641 ≤ α ≤ .802). Namun jika dibandingkan dengan
keputusan kebolehpercayaan ketekalan SMALSI-Teen yang diperolehi oleh Stroud & Reynolds,
(2008) yang mempunyai julat umur 13 sehingga 18 tahun sama ada lelaki atau perempuan
menunjukkan pekali kebolehpercayaan yang lebih tinggi iaitu (.770 ≤ α ≤ .910)
Analisis faktor data bagi keseluruhan sampel yang dikaji menunjukkan bahawa SMALSI-
Teen mempunyai tahap kesahan konstruk yang tinggi. Hasil keputusan yang diperolehi bagi
analisis faktor yang dijalankan menunjukkan item-item SMALSI-Teen mencatat nilai di antara
.510 hingga .895. Secara keseluruhannya, item-item SMALSI-Teen dalam kajian ini didapati
membentuk 12 komponen iaitu 2 komponen baharu iaitu pengorganisasian terbahagi kepada dua
jenis iaitu diri dan material. Seterusnya kerisauan terhadap ujian pula terbahagi kepada lemah
daya ingatan dan rendah keyakinan diri. Kedua-dua komponen baharu ini merupakan tambahan
daripada komponen sedia ada.

12
Kesimpulan
Menerusi kajian yang dijalankan ini, instrumen SMALSI-Teen ScalIe yang telah dialih bahasa
oleh pengkaji mempunyai tahap kebolehpercayaan ketekalan dalaman yang tinggi dan nilai pekali
kebolehpercayaan alpha cronbach yang diperolehi juga tinggi tapi sedikit rendah berbanding
dengan hasil kajian asal SMALSI-Teen Scale yang telah dijalankan oleh pencipta asal instrumen.
Oleh itu, instrumen ini boleh dikatakan sesuai digunakan untuk mengukur aspek strategi
belajar dan juga tahap motivasi dalam kalangan pelajar Pra Universiti, Kolej Tingkatan 6, Kota
Kinabalu. Sebagai cadangan penambahbaikan, pengkaji seterusnya disarankan agar membuat
terjemahan ke Bahasa Malaysia melalui proses back to back transtlation oleh golongan
profesional dalam bidang bahasa.

Rujukan

Anastasi, A. (1982). Psychological Testing (5th ed.). New York: Macmillan.

13
Bandura, A. (2000). Social Cognitive Theory. In A. E. Kazdin, (Ed.), Encyclopedia of psychology
(pp. 329- 332) New York: Oxford University Press.

Borden, K. B., Brown, R. T., Jenkins, P., & Clingerman, S. R. (1987). Achievement Attributions
And Depressive Symptoms In Attention Deficit-Disordered And Normal Children. Journal
of School Psychology, 25(4), 399-404

Cassady, J. C., & Jobnson, R. E. (2002). Cognitive Test Anxiety And Academic Performance.
Contemporary Educational Psychology, 27(2), 270-295.

Hembree, R. (1988). Correlates, Causes, Effects, And Treatment Of Test Anxiety. Review of
Educational Research, 58(1), 47-7.

Hughes, C. A. (1993). Test-Taking Strategy Instruction For Adolescents With Emotional And
Betiavioral Disorders. Journal of Emotional nd Behavioral Disorders, 3). 189-198

Jones, L., & Petruzzi, D. C. (1995). Test Anxiety: A Review Of Theory And Current Treatment.
Journal of College Student Psychotherapy. 10(1), 3-15

Johns, J., & VanLeirsburg, P. (1992). Teaching test-wiseness: Can test scores of special
populations be improved? Reading Psychology, 13(1).99-103.

Karabenick, S. A., & Collins-Eaglin, J. (1997). Perceived Learning Goals, Incentive Structures,
And Students' Use Of Learning Strategies In College Classes. Journal of Experimental
Education, 65, 331-341

Kerlinger. F. N. (1973). Foundation of Behavioral Research. New York: Rinehart and Winston
Inc.

Kiewra, K. A., & Benton, S. L. (1985). The Effects Of Higher- Order Review Questions With
Feedback On Achieve Ment Among Learners Who Take Notes Or Receive The Instructor's
Notes. Human Learning, 4, 73-77

Liebert, R. M., & Morris, L. W. (1967). Cognitive And Emotional Components Of Test Anxiety:
A Distinction And Some Initial Data. Psychological Reports, 20(3), 975-978.

Miranda, A., Villaescusa, M. I., & Vidal-Abarca, E. (1997). Is Attribution Retraining Necessary?
Use Of Self-Regulation Procedures For Enhancing The Reading Comprehension
Strategies Of Children With Learning Disabilities. Journal of Learning Disabilities, 30(5),
503-512.

Paris, S. G., & Oka, E. R. (1989). Strategies For Comprehension Text And Coping With Reading
Difficulties. Learning Disability Quarterly, 12, 32-43.

Wade, S. E., & Trathen, W. (1989). Effect Of Self-Selected Study Methods On Learning. Journal
of Educational Psychology, 81(1), 40-47

Schrager, L., & Mayer, R. E. (1989). Note-Taking Fosters Generative Learning Strategies In
Novices. Journal of Educational Psychology, 81(2), 263-264.

14
Scruggs, T. E., & Mastropieri, M. A. (1992). Teaching Test- Taking Skills: Helping Children
Show What They Know. Cambridge, MA: Brookline Books.

Scruggs, T. E., & Tolfa, D. (1985). Improving The Test-Taking Skills Of Learning-Disabled
Students. Perceptual and Motor Skills, 60(3), 847-850

Stroud, K. C., & Reynolds, C. R. (2008). Manual: School Motivation And Learning Strategies
Inventory (SMALSI) (2nd ed.). Los Angeles: Western Psychological Services, CA 90025.

Tuckman, B. (2001). Developmental Sequence in Small Groups. Group Facilitation: A Research and
Applications Journal, 71-72.

Wade, S. E., & Trathen, W. (1989). Effect Of Self-Selected Study Methods On Learning. Journal
of Educational Psychology, 81(1), 40-47

15

Anda mungkin juga menyukai