Anda di halaman 1dari 21

PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENDAHULUAN
Pentaksiran

ialah

satu proses mendapatkan

maklumat

dan

seterusnya

membuat

penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pengertian dan Tujuan Pengajaran
dan Penilaian Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan
dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan
perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru mengajar dan pelajar
belajar. Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan sempurna
dan berkesan. Bukti-bukti empirikal tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang
diperoleh menggunakan pengukuran perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik
darjah sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang
penilaian pengajaran. Seseorang guru biasanya merangka objektif dan kandungan pelajaran
yang hendak diajar sebelum merancang strategi dan kaedah pengajaran tajuk berkenaan.
Kemudian, beliau akan menyediakan soalan sama ada untuk kuiz, ujian atau peperiksaan.
Dalam merancang dan membina soalan, adalah penting agar soalan-soalan tersebut relevan,
sesuai dan menepati objektif tajuk pembelajaran yang dirancang serta kandungan yang diajar.
Seterusnya, kertas jawapan pelajar perlu diperiksa, diskor, dianalisis dan ditafsir bukan sahaja
untuk membuat penilaian yang adil terhadap penguasaan pelajar dalam kursus yang diajar,
malah bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan soalan dan seterusnya pengajaran
pensyarah. Justeru pemahaman terhadap konsep penilaian, pengukuran dan pengujian, ciri-ciri
utama soalan ujian, matlamat mereka bentuk soalan formatif, sumatif, pra kelayakan dan
diagnostik serta norma dan kriteria sangat penting bagi seseorang pensyarah bagi memastikan
pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil.

PENDIDIKAN SENI VISUAL


1.0 KONSEP PENTAKSIRAN
Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan
murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan
secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. (Akta 550). Secara
keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi
memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka.
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran
yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor da menginterpretasi
maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.
Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan
seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain
kognitif, afektif dan psikomotor.
OBJEKTIF PENTAKSIRAN
Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut:

Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.


Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.
Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke

semasa.
Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.
Mengesan keberkesanan pengajaran
Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.

TUJUAN PENTAKSIRAN
Tujuan pentaksiran adalah:
i. Mengesan keberkesanan pengajaran.
ii. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan sertamerta.
iii. Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.
iv. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
v. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke semasa.
vi. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.
CIRI- CIRI PENTAKSIRAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL


1. Kesahan Skor:- merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan
2. Kebolehpercayaan Skor:- merujuk kepada ketekalan dan ketepatan
3. Keobjektifan:- ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor
4. Kebolehtadbiran:- kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara
berpusat atau berasaskan sekolah
5. Kemudahtafsiran:- maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskrimininasi antara
calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian
6. Kekomprehensifan:- Kertas soalan mewakili semua objektif penting Sukatan Pelajaran
2.0 PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN
Terdapat berbagai jenis jenis penilaian yang boleh dijalankan dalam pengajaran penduidiakan
seni visual. Antaranya juga terdapat berbagai pandangan dan garis panduan yang boleh dirujuk
agar penilaian itu akauntabel dan menggunakan piawai (standards) nasional yang telah
ditentukan mengikut kemahiran dan tahap pelajaran pendidikan seni visual. Penilaian juga
boleh dilakukan dengan menggunakan portfolio untuk penilaian yang berterusan.
Untuk menilai proses dan hasil kerja pelajar, beberapa cadangan boleh dijadikan kriteria
penilaian. Rob Barnes (1987) berpendapat, terdapat lima perkara yang perlu dinilai iaitu:
i.

proses kerja,

ii.

pengendalian bahan,

iii.

penggunaan media,

iv.

kemahiran kritikal, dan

v.

peringkat-peringkat perkembangan peribadi.

Manakala Michael (1998) mencadangkan lapan objektif yang perlu dinilai iaitu meliputi:
komunikasi atau ekspresi, keyakinan diri /self-esteem, perkembangan persepsi, ketekalan
organisasi estetika, pengetahuan seni, kreativiti, kemahiran, dan kepuasan atau keseronokan.
Dalam penilaian pendidikan seni visual, adalah penting untuk menilai aspek yang berkaitan
dengan pembelajaran, sejarah dan apresiasi seni serta perkembangan dalam estetika. Sebelum
sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang perkara-perkara berikut:

1. Mengenal pasti murid yang hendak dinilai.

PENDIDIKAN SENI VISUAL


2. Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai.
3. Menentukan instrumen yang hendak digunakan.
4. Menentukan aspek yang hendak diperhatikan.
5. Menentukan tempoh masa pemerhatian.
6. Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran.
Instrumen penilaian yang dibina juga perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
i. Tujuan yang jelas.
ii. Menepati apa yang hendak dinilai.
iii. Item boleh diukur.
iv. Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja.
Dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, penilaian boleh dilakukan sama ada penilaian
secara terkawal atau penilaian tidak terkawal.
a) Penilaian Terkawal:
Penilaian ini dijalankan dalam suasana yang terkawal, di mana pelajar menjawab soalan-soalan
dalam keadaan tenteram dan tidak diganggu. Ia merupakan ujian pencapaian yang berbentuk
kertas dan pensel. Pelajar diberi masa yang sama panjang, menjawab dalam masa yang sama,
menggunakan kertas soalan dan bentuk soalan yang sama dan diawasi oleh pengawas atau
petugas sepanjang masa. (masa ujian atau peperiksan). Penilaian terkawal ini biasanya
dijalankan pada setiap penggal persekolahan yang telah dimasukkan dalam takwim
persekolahan sepanjang tahun. Penilaian terkawal juga ialah peperiksaan kendalian
Kementerian Pelajaran seperti peperiksaan SPM dan STPM. Penilaian terkawal sangat sesuai
untuk mendapatkan maklumat pengetahuan dan kemahiran pelajar.
b) Penilaian Tidak Terkawal:
Penilaian tidak terkawal ini dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni
Visual. Guru dapat memerhatikan tingkah laku pelajar setiap hari dan mengumpul maklumat
daripada pemerhatian tersebut. Dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran, guru akan
sentiasa memerhati dan membuat pengujian tidak formal kepada pelajar. Hal ini dilaksanakan
semasa pelajar membuat aktiviti dan projek, sama ada secara individu atau berkumpulan. Hal
ini sangat penting bagi membantu mencapai hasil pembelajaran yang diharapkan. Kaedah
Pemerhatian

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur
pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam
mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Melalui
pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh
ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati
terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek
sama ada dari jauh atau dari dekat. Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu
rnemerhati sampel-sampelnya dalam tempoh masa yang tententu. Kaedah pemerhatian ini
banyak digunakan dalam bidang sains tulen yang menjalankan kajian dalam makmal sains dan
bidang sains sosial. Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat halus dan terperinci
dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat. Kaedah pemerhatian sesuai digunakan
khususnya apabila penyelidik mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial,
misalnya mengkaji perkembangan tingkah laku kanak-kanak, kesan kesesakan terhadap
kecenderungan pemberontakan, kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif dan
kebimbangan di kalangan individu yang menghadiri temuduga. Kaedah pemerhatian juga sering
digunakan dalam penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar di kalangan kaunselor
dan

guru

pelatih.

Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan teliti.
Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik,
mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan yang dibuat mestilah
tepat, sah, dan boleh dipercayai.
Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu kategori tingkah laku,
unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta pensampelan
tingkah laku. Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang perlu diperhati
dan direkodkan.
Tingkah laku saling berkaitan antara satu sama lain. Tingkah laku yang berkait dan berlaku
berterusan ini perlu dikategorikan ke dalam golongan yang eksklusif. Dengan kata lain, semua
kemungkinan tingkah laku yang berlaku seharusnya upaya dikenal pasti dan tidak bertindan
antara satu sama lain. Sistem pengkodan kategori tingkah laku oleh Flanders (1974) adalah
satu contoh kaedah merekod maklumat yang melalui kaedah ini proses merekod maklumat
dapat dilakukan dengan mudah dan tepat.

PENDIDIKAN SENI VISUAL


Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod pemerhatian, semakin senang
tingkah laku tersebut diperhati dan direkodkan. Penggunaan unit tingkah laku yang kecil akan
meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pemerhatian. Selain itu, paras tafsiran pemerhati
juga akan mempengaruhi ketepatan maklumat mengenai tingkah laku yang diperhatikan.
Kesukaran mengadakan piawaian dalam paras tafsiran pemerhati sering menjejaskan
ketepatan dan kesempurnaan data yang diperoleh.
Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat generalisasi sesuatu tingkah laku kerana
sesetengah tingkah laku bersifat khusus untuk penyelidikan tertentu sahaja, sementara
sesetengah yang lain boleh digunakan dalam pelbagai penyelidikan. Selain isu mengenai
generalisasi ini, isu yang lain ialah pensampelan tingkah laku.
Umumnya tingkah laku yang kompleks terjadi secara berterusan dan agak mustahil penyelidik
dapat memerhati tingkah laku tersebut secara berterusan. Bagi mengatasi masalah ini,
penyelidik mestilah membuat pensampelan sama ada pensampelan tingkah laku atau pun
pensampelan masa. Persampelan tingkah laku merujuk kepada jenis kejadian yang hendak
dijadikan sampel, sementara pensampelan masa pula merujuk kepada perwakilan masa yang
dapat mewakili masa berlakunya tingkah laku yang diperhati.
3.0 ENIS-JENIS PEMERHATIAN
Pemerhatian Peserta
Jenis pemerhatian ini melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam kumpulan
yang hendak diperhati dan pada masa yang sama ia membuat pemerhatian. Menggunakan
kaedah pemerhatian ini, penyelidik memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan
pemerhati.
Kebaikan kaedah pemerhatian jenis ini ialah penyelidik dapat mengalami sendiri aktiviti-aktiviti
yang dirancangkan dan ini menjadikan dapatan pemerhatian lebih sah dan boleh dipercayai.
Menggunakan kaedah ini juga memungkinkan maklumat-maklumat yang tersembunyi atau yang
tidak dijangka dapat diperhati di peringkat awal.
Pemerhatian Bukan Peserta
Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang sesuai untuk membuat
pemerhatian. Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang semaksimum mungkin kepada
pemerhati untuk membuat .pemerhatian secara teliti terhadap segala gerak geri ahli kumpulan

PENDIDIKAN SENI VISUAL


atau individu yang diperhati. Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan peralatan seperti alatalat rakaman termasuk teropong, kaset, dan kamera video.
Kebaikan kaedah ini ialah responden kajian mungkin tidak menyedari akan kehadiran pemerhati
dan dengan itu ia akan menunjukkan tingkah laku yang tulen dan tidak berpura-pura. Data-data
yang diperoleh lebih tulen dan ini akan menyumbang kepada ketepatan maklumat yang
dikumpul. Maklumat yang tepat akan menyumbang pula kepada keputusan yang lebih tepat.
Kebaikan Kaedah Pemerhatian
Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih terperinci, jelas,teliti dan tepat dan
ini akan menyumbang kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh dipercayai.
Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh menjadi
bahan rujukan penting dalam kajian.
Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian benarbenar dari sampel yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang telah dikenal pasti.
Kelemahan Kaedah Pemerhatian
Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah laku mereka diperhati dan diteliti.
Sampel mungkin merasa tidak selesa dan senang hati apabila tingkah laku mereka diperhati.
Pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin akan membuat pemerhatian yang tidak
konsisten dan sesuka hati mereka
Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang diperhatikan disebabkan faktor lain seperti
perbezaan ras, budaya, fahaman, dan nilai.
Portfolio
Pengenalan Dalam Pendidikan Seni Visual, penyimpanan atau dokumentasi bahan bukti proses
pembelajaran pelajar adalah digalakkan. Bahan bukti ini mengandungi pengetahuan, kemahiran
dan pemikiran serta penyataan perasaan pelajar. Bahan ini dikumpulkan dan dipersembahkan
secara terancang. Rakaman Proses Pembelajaran Rakaman proses pembelajaran ini
merangkumi beberapa kecerdasan dan ia dikaitkan dengan alat penilaian benar.
Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat melihat :
Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar

PENDIDIKAN SENI VISUAL


Contoh hasil kerja pelajar
Penyataan perasaan pelajar semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual
Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi sebahagian peristiwa penting untuk
dikongsi bersama pihak lain
Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses kerja serta hasil kerja seni
Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif, yang turut melibatkan proses penyelesaian masalah dan membuat
keputusan. lni disebabkan portfolio Pendidikan Seni Visual, selain mendokumenkan urutan
proses kerja, turut menuntut kemahiran mencetuskan idea secara kritis untuk melakukan
penggubahan secara kreatif, sama ada melalui alat, bahan atau teknik tertentu.
Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan masalah yang akan ditempuh
sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan berupaya pula menentukan keputusan muktamad
dalam membuat pilihan bagi mendapat hasil kerja yang terbaik. Proses ini dirakamkan dalam
portfolio supaya ia menjadi bahan bukti untuk tatapan dan mampu juga menjadi salah satu alat
penilaian benar dalam proses pembelajaran pelajar.
Bentuk Portfolio Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan portfolio dokumentasi proses
sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio persembahan. Justeru, bentuk
portfolio menampakkan kajian, perancangan, eksperimen dan penentuan berhubung dengan
hasil yang hendak dibuat.
Secara

umumnya

bentuk

portfolio

yang

dicadangkan

mengandungi

aspek

Kajian
Pemerhatian dan pengamatan
Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan kegiatan
Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan Lakaran
Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea yang konstruktif
Pewujudan Idea
Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk
Rangka Sebenar

PENDIDIKAN SENI VISUAL


Merangka reka cadang atau model
Menentukan alatan dan bahan
Prototaip (jika berkaitan)
Persembahan Portfolio
Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat
Mengikut urutan
Bersih, kemas dan mudah digunakan Keempat-empat aspek yang meliputi kajian, lakaran,
rangka sebenar dan persembahan boleh dihasilkan melalui sebarang bentuk, bergantung
kepada keupayaan dan kemampuan fizikal pelajar, sekolah dan kemudahan yang ada
kemungkinan besar pelajar akan menyediakan portfolio dalam bentuk seperti:
Jurnal
Diari
Laporan
Kompilasi catatan yang dijilid
Beberapa helaian kertas yang di kokot
Ataupun mungkin disket/cakera padat terdapat beberapa kegunaan portfolio secara umum.
Antaranya

Untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil kerja dan pencapaian pelajar
Untuk membantu pelajar membuat refleksi terhadap hasil keria sendiri
Untuk membantu ibu bapa, pentadbir dan guru lain mengetahui
kemajuan pembelajaran pelajar
Memberi peluang kepada pelajar bersama mengusahakan hasil kerja sendiri
Menentukan kriteria bagi membandingkan hasil kerja seorang pelajar dengan pelajar yang lain
Hasil Kerja

PENDIDIKAN SENI VISUAL


Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang
diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian adalah gubahan,
interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan.
Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan kaedah pemerhatian.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,nilai-nilai yang sesuai
diperhatikan

adalah

kebersihan

dan

keteraturan,

keselamatan,

ketekunan,

bekerjasama,ketelitian dan kesempurnaan. Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu
kaedah penilaian di mana guru berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasan
murid terhadap aspek seni, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menilai potensi
murid dalam kemahiran berfikir. Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jawab, peta
minda,
kuiz, temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran. Perkara-perkara yang
boleh dinilai secara lisan adalah penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, penguasan
kemahiran berfikir dan belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial, perkembangan daya
kreatif dan mengenalpasti perlakuan emosi, perasaan dan perubahan sikap murid. Penilaian
secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur perkembangan dan pemahaman murid
dalam pelbagai aspek pengetahuan serta merekod proses dalam bentuk folio.
Penilaian menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang pemikiran mur id secara
logikal, kritikal dan analitikal. Murid juga digalakkan membuat kajian, eksperimentasi serta
membuat perancangan. Melalui penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan
pengetahuan, pemahaman konsep, proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan
kemahiran berfikir. Pembinaan soalan-soalan obejktif dan subjektif harus menggambarkan
pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan aras kesukaran berasaskan Taxonomy
Bloom seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

10

PENDIDIKAN SENI VISUAL

4.0 PEMARKAHAN DAN MARKAH


i.Pengenalan
Topik ini akan bermula dengan tujuan memberi markah.

Ini akan diikuti dengan isu yang

berkaitan dengan pemarkahan. Seterusnya, topik ini akan memperihalkan tentang sistem
pemarkahan yang boleh digunakan dan apakah pula simbol pemarkahan yang lazim digunakan.
Dengan itu, setelah mengikuti topik ini, anda akan dapat:
i.menyatakan sebab mengadakan pemarkahan,
ii.membincangkan isu-isu berkaitan dengan prosedur pemberian markah,
iii.menghurai dan membincangkan beberapa sistem pemarkahan yang boleh digunakan,
iv.membandingkan

kelebihan

dan

kelemahan

simbol-simbol

yang

digunakan

dalam

pemarkahan
v.mengira cara mentransformasi markah.
ii.Tujuan Pemarkahan
Salah satu daripada tugas yang paling tidak seronok bagi guru ialah memberi markah
atau gred. Guru mengambil masa yang lama

untuk memprosesnya, yang kadang kala

menyebabkan pelajar risau, dan pada akhirnya ada pihak yang tidak berpuas hati tentang
markah atau gred yang diperoleh. Tegasnya, tidak ramai pelajar gemar diberi gred kepada
pencapaian mereka. Begitu juga, bagi guru. Proses memberi gred bukan sahaja memerlukan
banyak masa tetapi juga usaha.
Pelajar dan juga guru mengambil berat tentang markah yang diperoleh dalam ujian.
Adalah tidak mustahil bagi pelajar untuk mengambil lebih berat tentang markah yang mereka
dapati dalam ujian tatabahasa, misalnya, daripada pengetahuan dan kemahiran yang mereka
belajar daripada aspek tersebut. Jika perkara seperti ini berlaku, ini merupakan keutamaan
yang salah dan menimbulkan implikasi yang membahayakan. Ini adalah kerana kadangkala
markah tidak diguna dengan bijak, disalah tafsir ataupun diguna sebagai senjata untuk
mendenda pelajar, dan bukannya sebagai satu sumber untuk mendapatkan maklumat.

11

PENDIDIKAN SENI VISUAL


Oleh itu, apakah tujuan memberi markah kepada ujian atau tugasan yang telah dibuat
oleh pelajar? Adakah ia diberikan sebagai ganjaran atau dendaan? Jika jawapan anda adalah
ya kepada soalan sebelum ini, maka jawapannya adalah salah.

Markah bukanlah untuk

memberi ganjaran atau pun mendenda pelajar. Ia bertujuan untuk memberi maklum balas
tentang pencapaian pelajar.
iii.Kepentingan Pemarkahan
Markah adalah sebahagian daripada budaya dalam pendidikan. Ia telah menjadi asas kepada
beberapa tindakan dan keputusan di institusi pendidikan, dan juga antara institusi pendidikan .
Oleh itu, pelajar menyedari dari awal lagi bahawa mereka akan diberi gred atau markah
bergantung kepada prestasi mereka di sekolah.
Ibu bapa juga menyedari bahawa markah yang diperoleh anak mereka akan memberi kesan
kepada anak-anak mereka dalam pelbagai perkara seperti peluang melanjutkan pelajaran,
memohon biasiswa atau mencari pekerjaan nanti. Ibu bapa tahu bahawa pelajar dibanding
antara satu sama lain melalui markah yang mereka perolehi.

Oleh itu, markah sangat

bermakna kepada pelajar dan juga ibu bapa mereka.


Pendidik juga dipengaruhi oleh markah, biasanya untuk mengagihkan pelajar kepada kelas
yang leibh pandai atau sebaliknya.

Oleh sebab markah sangat penting bagi kebanyakan

orang, maka kita perlu berhati-hati dan bersifat objektif semasa memberi markah. Malangnya,
kadang kala tidak sedemikian. Ada kalanya markah diberi secara terburu-buru dan sistem
pemarkahan, jika ada, tidak begitu difahami.

Perlu diingat bahawa sistem yang berlainan

mempunyai kebaikan dan kelemahan yang berbeza juga.


iv.Asas Pemberian Markah.
Pertimbangan yang paling asas tentang apa yang patut dicerminkan oleh markah merupakan
isu yang paling utama. Adakah gred yang diberikan itu betul-betul mencerminkan penilaian
prestasi yang tepat tentang sesuatu mata pelajaran seperti bahasa, matematik, sains dan
sebagainya? Atau adakah gred tersebut juga merangkumi perkara-perkara lain seperti kerja
yang bersih, tulisan baik, bahasa penyampaian yang menarik, sikap, minat, usaha, motivasi dan
personaliti?
Jawapannya ialah apabila markah diberikan berkaitan dengan mata pelajaran akademik,
sebaiknya, markah yang diberikan hendaklah mencerminkan pencapaian akademik sematamata. Faktor-faktor lain tidak patut dipertimbangkan kerana perkara-perkara seperti motivasi

12

PENDIDIKAN SENI VISUAL


sikap dan sebagainya sukar diukur secara objektif.

Jika asas pemberian gred masih

memasukkan faktor-faktor lain selain daripada pencapaian, sudah tentu skor ujian sukar untuk
ditafsir.

v.Teknik Pemarkahan Ujian


a.Secara Keseluruhan (Holistik)
Pemarkahan secara keseluruhan bererti sesebuah esei itu dinilai berdasarkan kesan
keseluruhannya kepada pemeriksa. Contohnya, sekiranya sesebuah karangan pelajar itu baik
kandungannya, idea-idea yang dikemukakan meyakinkan, tidak terdapat kesalahan-kesalahan
bahasa yang serius, tidak terdapat kesalahan ejaan, menarik gaya penyampaian dan jelas pula
huraiannya, sudah tentulah karangan itu meninggalkan kesan tanggapan (impression) yang
positif kepada guru atau pemeriksa. Berdasarkan kesan secara keseluruhan, karangan seperti
ini bolehlah diberikan markah cemerlang.
Pemarkahan esei mengikut teknik ini, iaitu bentuk perincian seperti ejaan, bentuk tulisan,
tatabahasa, perbendaharaan kata dan lain-lain tidak perlu diasing-asingkan kerana yang dinilai
oleh pemeriksa ialah kualiti keseluruhan karangan berkenaan. Walau bagaimanapun, sebelum
menjalankan pemarkahan, guru mestilah menentukan apakah ciri-ciri esei yang dikatakan
cemerlang, baik, sederhana dan lemah dan haruslah ada model bagi setiap kategori itu.
Pengujian Formal dan Tidak Formal
Antara bentuk pengujian tidak formal ialah bertanya sama ada pelajar faham apa yang diajar,
membaca isyarat tidak verbal pelajar untuk mengagak tahap pemahaman mereka, mengadakan
sesi soal jawab dalam melihat penguasaan pelajar ataupun memeriksa latihan dan kerja rumah
pelajar. Pengujian formal pula melibatkan pengujian rasmi yang dijalankan oleh guru atau pihak
jawatankuasa pengujian di sekolah. Ianya formal kerana sejumlah masa khusus diperuntukkan
untuk menjalankan ujian berkenaan, semua pelajar akan diuji mengikut prosedur yang telah
ditetapkan, harus mempunyai matlamat dan objektif pengujian, melibatkan pemberian markah
dan keputusan sesuatu pengujian perlu dilaporkan kepada pihak-pihak yang relevan.
Pengujian Formatif dan Pengujian Sumatif

13

PENDIDIKAN SENI VISUAL


-Pengujian formatif merujuk kepada sebarang bentuk pengujian yang dijalankan pada bila-bila
masa semasa tahun pembelajaran. pengujian sumatif pula merujuk kepada sebarang bentuk
pengujian yang dijalankan pada akhir tahun pembelajaran.

Rujukan Norma (Norm-referenced) dan Rujukan Kriteria (Criterionreferenced)


Rujukan Norma ialah satu cara melapor keputusan pengujian dengan menyusun pencapaian
para pelajar di dalam sesuatu kelas mengikut norma. Dalam erti kata lain, para pelajar disusun
mengikut pencapaian markah mereka. Rujukan Kriteria merujuk kepada pencapaian atau
penguasaan seseorang pelajar berdasarkan kriteria-kriteria pengujian yang telah ditetapkan
-Sekiranya ada kriteria yang pelajar masih lemah,guru boleh memfokuskan pengajaran untuk
kriteria tersebut kemudiannya.
Rubrik Analitikal dan Rubrik Holistik
Rubrik analitikal merujuk kepada panduan pemarkahan yang selalunya digunakan untuk
pengujian formatif. guru dapat melihat bidang (kriteria) yang dapat dikuasai oleh pelajar dengan
baik dan bidang (kriteria) yang memerlukan pembaikan. Rubrik holistik selalunya digunakan di
dalam pengujian sumatif untuk melihat kepada pencapaian pelajar secara menyeluruh.
Pengujian Tradisional dan Pengujian Alternatif
Pengujian tradisional merujuk kepada sebarang bentuk pengujian bertulis yang melibatkan
penggunaan pen dan kertas
kebanyakan pengujian yang dijalankan adalah berbentuk alternatif. Contoh-contoh pengujian
alternatif di dalam bidang seni visual ialah portfolio, buku kerja kajian (research workbook) dan
juga pengujian berasaskan prestasi (performancebased assessment) seperti kerja kumpulan,
demonstrasi dan pembentangan pelajar. Hurwitz dan Day (2001) menyenaraikan beberapa ciricipengujian alternatif.
1. Menilai pelajar berdasarkan tugasan yang berdasarkkeperluan disiplin bidang seni visual.
2. Mengambil kira pengetahuan dan kemahiran secara holistik dan tidak melihat daripada
fragmen-fragmen yang berbeza.
3. Menghargai pencapaian pelajar di dalam sesuatu pengujian, kerana pencapaian yang rendah
sekalipun tetap menjadi indikator kepada sesuatu penguasaan.
4.Melihat kepada proses dan hasil pembelajaran.

14

PENDIDIKAN SENI VISUAL


5. Mendidik pelajar supaya menguji pencapaian sendiri.
6. Mengajar pelajar untuk memperkenal, membentang dan mempertahankan hasil karya
mereka di hadapan umum.
-Pemerhatian boleh dilakukan oleh guru untuk pengujian formal (bermarkah) ataupun pengujian
tidak formal (untuk meningkatkan proses pembelajaran).
Temuramah -Temuramah dapat membantu guru dalam memahami masalah yang mungkin
dialami oleh pelajar di dalam kelas, melihat tahap pemahaman pelajar terhadap sesuatu dan
boleh digunakan sebagai satu cara untuk mendekati diri pelajar. Perbincangan dan
perbincangan boleh melibatkan sekumpulan pelajar dan ini mengelakkan pelajar daripada
merasa gemuruh ketika diuji. Pengujian Berasaskan Persembahan (Performance-based
Assessment)-pelajar melakukan sesuatu sama ada demonstrasi, pembentangan dan lain-lain.
Maklum

Balas-Borang

maklum

balas

atau

questionnaire

boleh

diaplikasikan

untuk

menggantikan ujian bertulis, dan bentuk soalan yang ditanya adalah soalan tertutup. Portfolio
-Kesemua hasil kerja pelajar karya seni, latihan, tugasan bertulis, nota, dan sebagainya
dikumpul dan disusun dengan sistematik di dalam folder yang berupa fail.

5.0 PEMARKAHAN ANALITIK DAN HOLISITIK DALAM PSV


PEMARKAHAN ANALITIK
Merujuk kepada pemarkahan jawapan berbentuk esei secara lebih terperinci yg mana markah
diberi berdasarkan kriteria yang lebih terperinci.

Ia mengandungi nilai isi kandungan,

pengelolaan dan proses yang lebih khusus. Kaedah pemarkahan analitik bermaksud kaedah
memberi markah secara point iaitu ia memerlukan skema pemarkahan yang terperinci dan
setiap unit jawapan diberi perhatian dan pemberatan.
Markah diperuntukkan kpd unsur-unsur penting yang merangkumi kriteria kandungan,
pengolahan dan proses itu dikesan dan diberi markah secara berasingan. Ini bermakna, jika
unsur-unsur tiga kriteria tersebut byk terdapat dlm jawapan murid, maka tinggilah markah yang
akan diberikan kepada murid. Pemarkahan analitik memberikan perhatian bukan shj kepada
unsur isi atau idea utama tetapi juga kepada organisasi dan kesepaduan unsur-unsur
berkenaan. Pemarkahan analitik juga dikelaskan kepada 6 markah iaitu dari 0 sehingga 6 tetapi
ia adalah lebih terperinci dgn setiap peringkat dipecahkan pula kepada 5 bhgn setiap satu.

15

PENDIDIKAN SENI VISUAL


Markah Pengetahuan dan kefahaman Alat dan bahan Proses dan teknik produk Semasa
Memahami

kehendak

tugasan

boleh

melukis

dan

mampu

mengolah

idea

secara

kreatif,Memahami kehendak tugasan, Mempunyai asas melukis, Memahami kehendak tugasan,


Sederhana memahami kehendak tugasan dan kurang memahami kehendak tugasan dan juga
tidak memahami kehendak soalan
PEMARKAHAN HOLISTIK
Pemarkahan holistik ialah skema yang disediakan secara umum sebagai panduan untuk
memberi markah kepada jawapan murid. Skema ini sesuai bagi pemarkahan soalan berbentuk
esei yang markahnya diberi berdasarkan kepada impresi. Pemarkahan secara holistik
memerlukan pemeriksa membaca terlebih dahulu jawapan secara keseluruhan dan kemudian
mengelaskan pencapaian mengikut kelompok pencapaian sebelum menganggar markah
keseluruhan bagi sesuatu soalan.
Pemeriksaan secara holistik memerlukan pemeriksa yang berpengalaman dan benar-benar
menguasai bidang atau mata pelajaran tertentu . Pemarkahan holistik boleh dikelaskan kepada
6 kriteria berdasarkan markah 0 sehingga 6. Kaedah yg lazim digunakan untuk pemarkahan
holistik ialah ialah kaedah ordinal dan nominal.
Secara ringkas, apa yang dapat saya ringkaskan ialah:
(PEMARKAHAN ANALITIK)
Kelebihan pemarkahan secara analitik

Pemarkahan lebih tepat dan jitu.


pemarkahan kurang dipengaruhi unsur tidak relevan.
emosi, keletihan dan sifat pemeriksa.
Memudahkan pemeriksa baru

Kelemahan pemeriksaan secara analitik:

16

Kemahiran calon menolah dan menyusun fakta kurang dititikberatkan


Analitik hanya menumpu kepada isi penting sahaja
Jawapan kepada keseluruhan kurang diberi perhatian
Pemeriksaan mengambil masa yang lama

PENDIDIKAN SENI VISUAL

(PEMARKAHAN SECARA HOLISTIK)


Kelebihan pemarkahan secara holistik

Kebolehan calon menjawab soalan secara keseluruhan diambil kira


Pemarkahan dilakukan dengan lebih cepat
Kelebihan kepada pemeriksa lama dan berpengalaman

Kelemahan pemarkahan secara holistik

Pemarkahan perlu dibuat untuk kali kedua


Pemarkahan kurang objektif
Pemeriksa baru sering menghadapi masalah
Pemarkahan dipengaruhi unsur kurang relevan seperti tulisan calon, bahasa dan

kekemasan calon
Pemeriksaan Secara Holistik Menggunakan Dua Skala Iaitu Nominal Dan Ordinal

6.0

CADANGAN

PENAMBAHBAIKAN

PENGURUSAN

BILIK

SENI

BERDASARKAN PANDUAN ASAS KEPERLUAN BILIK SENI


Mengekalkan

relevensi

antara

tingkah

laku

guru

dan

objektif

tingkah

laku.

Membimbing pelajar-pelajar yang lemah dengan menyediakan soalan-soala yang berbezadengan latihan amali yang berbeza. Menguruskan akauntabiliti melalui pameran hasil karya
bagi memudahkan penilaian. Menseimbangkan terminologi yang konkrit dan abstrak. Gunakan
contoh atau model yang tepat. Berikan definisi, contoh-contoh dan label-label konsep. Gunakan
analogi antara bahan yang baru atau bahan yang mereka telah gunakan bagi mengurangkan
perbezaan.

Mengemukakan

soalan

bagi

menggalakkan

pelajar

mengaplikasi,

menganalisa, mensintesis dan membuat penilaian.


Meningkatkan kebolehan dan kemahiran membaca bagi menggalakkan tabiat membaca di luar
sekolah. Menggalakkan pelajar memanipulasi bahan bagi menghasilkan idea yang baru.
Meningkatkan usaha eksperimentasi di kalangan pelajar terhadap media dan alat bertujuan
menghasilkan produk baru. Menggalakkan proses kreativiti di kalangan pelajar dengan
meneroka idea mereka.

17

PENDIDIKAN SENI VISUAL

7.0 Analisis karya murid

Sepertimana yang saya lihat untuk karya Mohd Faizul. Karya yang dibuat olehnya amat
memberansangkan dan menunjukkan bakat sedia ada dalam dirinya. Dengan masa yang
singkat dia boleh melukis dengan cermat dan kemas dan dapat mewarnakan lukisan tersebut
dengan penuh warna yang menunjukkan kecantikan sesebuah lukisan. Saya memberikan dia
markah A.
Hasil karya bolehlah dilihat di lampiran 1 tugasan kerja kursus saya,

Sepertimana yang saya lihat untuk karya Mohd Fadzly. Karya yang dibuat olehnya kurang
memberansangkan dan masih memerlukan masa untuk menunjukkan bakat sedia ada dalam
dirinya. Dengan masa yang singkat dia hanya boleh melukis dengan cermat dan kemas dan
tetapi tidak dapat mewarnakan lukisan tersebut dengan penuh warna yang menunjukkan
kecantikan sesebuah lukisan. Saya memberikan dia markah B.

18

PENDIDIKAN SENI VISUAL


Hasil karya bolehlah dilihat di lampiran 2 tugasan kerja kursus saya,

Sepertimana yang saya lihat untuk karya Zairie Ezuan. Karya yang dibuat olehnya tidak
memberansangkan dan memerlukan masa untuk menunjukkan bakat sedia ada dalam dirinya.
Dengan masa yang singkat dia boleh hanya mampu melukis tetapi tidak cermat dan kemas.
Malah tidak langsung mewarnakan lukisan tersebut dengan penuh warna yang tidak
menunjukkan kecantikan sesebuah lukisan. Saya memberikan dia markah C.
Hasil karya bolehlah dilihat di lampiran tugasan kerja kursus saya,

19

PENDIDIKAN SENI VISUAL


KESIMPULAN
Pengajaran pendidikan seni yang berkesan memang bermula dari guru kemudian berkembang
kepada kaedah dan teknik pengajaran, bahan yang digunakan hinggalah kepada produk yang
dihasilkan. Selain itu pelajar-pelajar juga penting - minat dan bakat merupakan dimensi-dimensi
yang wajar digilap dan diasuh oleb guru sehingga menjadi satu sumber penting dalam
pengajaran yang lebih berkesan
Pentaksiran yang berkesan bukan hanya bergantung kepada bagaimana tafsiran dan
analisis dilakukan tetapi bagaimana menggunakan instrumen terhadap sesuatu domain
perkembangan kanak-kanak itu juga amatlah penting. Sehubungan dengan itu, diharap agar
guru-guru prasekolah dapat memahami, mahir, dan berupaya mengamalkan penggunaan
pelbagai jenis instrumen pentaksiran yang sesuai dengan sasaran utama pendidikan
prasekolah. Guru-guru prasekolah juga diharap agar dapat melakukan refleksi kritikal terhadap
amalan yang digunakan agar dapat mengenal pasti kelemahan yang wujud ketika sesi
pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran.
Umum mengetahui amalan penilaian Pendidikan Seni Visual di sekolah-sekolah rendah
dan khususnya di sekolah-sekolah menengah dilaksanakan secara impresif oleh guru-guru
seni. Aspek yang dinilai adalah yang berkaitan dengan keupayaan pelajar menghasilkan karya
seni mengikut kesesuaian tema dan kecekapan menggunakan peralatan untuk penjanaan idea
dalam mengolah unsur-unsur seni (Iberahim n.d.). Proses penilaian berakhir dengan makluman
pencapaian pelajar kepada ibubapa melalui kad laporan kemajuan pelajar. Walaupun proses
penilaian dapat dilaksnakan peringkat demi peringkat berdasarkan objektif pengajaran dan
pembelajaran guru perlu memastikan penilaian yang dibuat turut meliabtkan pelajar secara
langsung samada melalui self-assessment atau bersama rakan-rakan. Para pelajar
seharusnya diberi peluang untuk berbincang dan memberi respon tentang kerja mereka dan
juga rakan mereka.
Penilaian hasil kerja studio juga boleh melibatkan para pelajar di mana mereka
membuat refleksi, perbincangan dan menyatakan respon semasa menghasilkan kerja-kerja
seni. Bidang-bidang ilmu dan pengetahuan seperti sejarah seni dan apresiasi seni dinilai
melalui ujian dan peperiksaan samada bertulis atau lisan. Michael (dalam Iberahim n.d.) ada
menyarankan skala penilaian sejarah seni untuk digunapakai oleh guru seni dalam membuat
penilaian sejarah seni yang melibatkan domain kognitif dengan bersandarkan aras Taksonomi
Bloom. Melalui pendekatan ini pelajar dapat dinilai dengan sebaik-baiknya selain daripada
menggunakan amalan menjawab soalan peperiksaan.

20

PENDIDIKAN SENI VISUAL


Penilaian boleh memotivasikan pelajar untuk belajar, meneroka dan mengamalkan apa
yang telah dipelajari. Di samping itu pelajar boleh belajar secara langsung, menghubungkan
pengetahuan yang baru dengan yang lama serta lebih bertanggungjawab dalam aktiviti
pembelajaran yang dijalankan. Selain itu para pendidik Pendidikan Seni Visual dapat memantau
perkembangan prestasi pelajar seperti penilaian berportfolio. Dengan itu tahap pencapaian
pelajar dapat dikenalpasti dari semasa ke semasa di samping kekuatan dan kelemahan aspekaspek dalam penilaian dapat dikesan. Guru seni perlu memastikan dalam penilaian seharusnya
mempunyai kriteria-kriteria seperti objektif, kesahihan, adil, terbuka, bermakna, mendidik,
menyeluruh, berkesinambungan, ada kepelbagaian dan menarik serta berkesan. Hasil daripada
pembelajaran dan pengajaran boleh dibandingkan agar keberkesanan dapat diukur.
Penilaian adalah perkara yang paling penting kepada guru dan pelajar dalam kelas
berkenaan serta ibubapa atau penjaga pelajar-pelajar ( Goldberg, 1997). Amalan penilaian yang
diamalkan di sekolah perlu menghindari dari membanding beza hasil kerja pelajar dengan cara
yang negatif. Guru perlu bijak melaksanakannya dengan cara strategi menyoal soalan apabila
pelajar sudah menyelesaikan tugasan mereka. Ini akan membantu pelajar-pelajar memahami
bukan setakat menghargai produk yang dicipta sahaja tetapi proses melaksanakan kerja-kerja
seni mereka. Dengan gabungan kreativiti dalam memilih pendekatan yang sesuai dan energy
yang mantap dari para pendidik seni di sesebuah sekolah, penilaian yang berasaskan matlamat
pendidikan, fokus kepada pembelajaran, penting untuk pengesahan kemajuan pelajar dan
program dapat terlaksana dengan jayanya.

21

Anda mungkin juga menyukai