Anda di halaman 1dari 2

Maksud piskomotor ialah aktiviti yang dijalankan oleh murid .

Aspek psikomotor adalah berkaitan dengan pergerakan anggota fizikal. Guru-guru yang mengajar pendidikan Seni akan mendapati pengawalan pergerakan anggota sebagai suatu tumpuan utama dalam pengajaran dan latihan. Pada peringkat prasekolah dan sekolah rendah, kanak-kanak diasuh untuk bagi menguasai pergerakan yang biasa dalam kehidupan, dalam melukis. Di samping itu, murid-murid tersebut dilatih bagi menguasai kemahiran khusus yang tidak dilakukan dalam kehidupan sehari-hari. Misalnya kemahiran menwarna dalam pendidikan Seni. Sebagai mana dalam domain kognitif dan afektif, domain psikomotor turut mempunyai hierarki tersendiri seperti yang dikemukakan oleh Taksonomi Simpson dan Taksonomi Jewett. Taksonomi Simpson membahagikan aspek psikomotor kepada lima peringkat iaitu: i. pengamatan ii. persediaan iii. pergerakan terkawal iv. mekanisme v. pergerakan khusus Sementara Taksonomi Jewett mengemukakan tiga peringkat yang utama iaitu: i. pergerakan asas ii. pergerakan khusus iii. pergerakan kreatif Sebagai rumusannya, perbincangan dalam modul ini akan membahagikan kepada lima peringkat, iaitu pergerakan kebiasaan, asa kemahiran, pengembangan

kemahiran, pelarasan dan penyesuaian kemahiran serta kesempurnaan dan pengekalan kemahiran. Domain psikomotor dalam Pendidikan Seni Visual adalah merujuk kepada ketrampilan dan kemampuan seseorang kanak- kanak itu bertindak setelah menerima pengalaman belajar. Dalam mata pelajaran pendidikan seni visual, kanak- kanak diajar untuk mengawal dan melatih psikomotor mereka dalam menghasilkan karya seni. Ini kita dapat lihat dalam aktiviti seni dalam bidang yang diajar seperti aktiviti melukis, menganyam, membentuk dan membuat binaan, membuat corak dan pelbagai lagi. Aktiviti- aktiviti seni dalam ke empat- empat bidang banyak menggunakan psikomotor dalam penghasilan seni. Kita ambil contoh aktiviti membina kad ucapan. Melukis pada kad dengan teknik tulisan yang pelbagai dan dilukis berbunga adalah menunjukkan perkembangan Psikomotor yang positif. Menurut Ibrahim Hassan (2001) Pendidikan Seni Visual sekolah rendah memupuk pertumbuhan kemahiran dalam pergerakan atau gerak balas yang boleh terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan meningkatkan kualiti koordinasi antara mata, tangan, otot dan mental. Domain Psikomotor ini adalah selaras dengan matlamat Pendidikan Seni Visual ke arah pembangunan diri dan objektif Pendidikan Seni Visual yang ke empat iaitu menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti. Kemahiran psikomotor yang ditunjukkan dalam gambar 2 jelas terbukti menunjukkan perkembangan kecergasan, bersedia menjalankan amalan menggunakan masa lapang secara berfaedah, memperolehi kemahiran-kemahiran asas praktik dalam kehidupan seharian dan mempunyai asas kemahiran vokasional.

Anda mungkin juga menyukai