Anda di halaman 1dari 17

2.

0 Perkembangan Kognitif, Psikomotor, Afektif, Kreativiti dan Sosial Kanak- Kanak dalam Pendidikan Seni Visual selaras dengan Matlamat dan Objektif Kurikulum Pendidikan Seni Visual

Oleh Rose Salvia 6 November 2012

Sememangnya tidak dapat disangkal lagi bahawa domain kognitif, psikomotor, afektif, kreativiti dan sosial kanakkanak dalam Pendidikan Seni Visual memainkan peranan yang besar sekali dalam menjayakan matlamat dan objektif kurikulum Pendidikan Seni Visual. Berdasarkan kepada domain- domain ini, saya akan membincangkan secara terperinci dan membuat perkaitan secara komprehensif dengan matlamat dan objektif kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah. Di samping itu, disertakan contoh- contoh gambar semasa proses kerja dalam bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan iaitu aktiviti menyediakan kad ucapan oleh murid tahun empat di sekolah saya bagi menyokong kajian yang saya jalankan.

Domain Kognitif dalam Pendidikan Seni Visual Dalam Pendidikan Seni Visual, domain kognitif ini sebenarnya mempunyai hubungan dengan kemampuan seseorang murid itu berfikir termasuk kemampuan memahami, menghafal, mengaplikasi dan menganalsis. Menurut Taksonomi Bloom (Sax 1980), kemampuan kognitif adalah kemampuan berfikir secara hirarki yang terdiri dari pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan evaluasi. Penghasilan lukisan oleh murid- murid di sekolah rendah mempunyai interpretasi yang berbeza dengan yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi mereka, hasil seni yang dihasilkan lebih berupa kepada hasil luahan dan expresif. Di sekolah rendah, hasil seni yang dihasilkan oleh kanak- kanak dapat digunakan untuk melihat bagaimana caranya mereka berfikir dan menyelami perasaan mereka selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka. Jika kita lihat contoh aktiviti dalam membentuk dan membuat binaan iaiatu aktiviti mebina kad ucapan, jelas menunjukkan bahawa murid- murid dapat mengaplikasikan apa yang telah difahami dalam menghasilkan kad ucapan dengan menwarna kad tersebut. Murid mampu berfikir tentang proses kerja seterusnya sehinggalah terhasilnya sebuah kad ucapan yang indah dan kreatif berdasarkan kemampuan kognitif mereka sendiri. Ini menunjukkan bahawa, aktiviti- aktiviti seni yang tersusun dan terancang dapat melahirkan murid yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah. Selain daripada itu, mereka juga akan mampu untuk membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Perkembangan domain kognitif dalam proses kerja murid dalam menghasilkan karya seni adalah selaras dengan matlamat membentuk generasi Malaysia yang imaginatif, inovatif dan inventif. Dengan penghasilan karya- karya seni, murid dapat menghargai keindahan alam sekitar, rasa kesyukuran kepada Tuhan di atas seni yang dihasilkan dan meningkatkan keindahan seni yang dapat menyumbang kepada pembangunan diri seperti yang dinyatakan dalam objektif kurikulum pendidikan seni visual sekolah rendah yang ketiga iaitu meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya. Domain Psikomotor dalam Pendidikan Seni Visual Domain psikomotor dalam Pendidikan Seni Visual adalah merujuk kepada ketrampilan dan kemampuan seseorang kanak- kanak itu bertindak setelah menerima pengalaman belajar. Dalam mata pelajaran pendidikan seni visual, kanak- kanak diajar untuk mengawal dan melatih psikomotor mereka dalam menghasilkan karya seni. Ini kita dapat

lihat dalam aktiviti seni dalam bidang yang diajar seperti aktiviti melukis, menganyam, membentuk dan membuat binaan, membuat corak dan pelbagai lagi. Aktiviti- aktiviti seni dalam ke empat- empat bidang banyak menggunakan psikomotor dalam penghasilan seni. Kita ambil contoh aktiviti membina kad ucapan. Melukis pada kad dengan teknik tulisan yang pelbagai dan dilukis berbunga adalah menunjukkan perkembangan Psikomotor yang positif. Menurut Ibrahim Hassan (2001) Pendidikan Seni Visual sekolah rendah memupuk pertumbuhan kemahiran dalam pergerakan atau gerak balas yang boleh terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan meningkatkan kualiti koordinasi antara mata, tangan, otot dan mental. Domain Psikomotor ini adalah selaras dengan matlamat Pendidikan Seni Visual ke arah pembangunan diri dan objektif Pendidikan Seni Visual yang ke empat iaitu menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti. Kemahiran psikomotor yang ditunjukkan dalam gambar 2 jelas terbukti menunjukkan perkembangan kecergasan, bersedia menjalankan amalan menggunakan masa lapang secara berfaedah, memperolehi kemahiran-kemahiran asas praktik dalam kehidupan seharian dan mempunyai asas kemahiran vokasional. Domain Afektif dalam Pendidikan Seni Visual Domain afektif merupakan sesuatu yang berkaitan dengan sikap dan nilai. Dalam Pendidikan Seni Visual, aspek afektif ini mencakupi perasaan, minat, sikap, emosi dan nilai. Dalam penghasilan karya, murid di sekolah rendah tidak kira peringkat umur akan mempunyai perasaan terhadap sesuatu yang ingin dihasilkan. Minat akan menjadi fokus utama jenis karya yang bakal dihasilkan. Manakala emosi pula banyak mempengaruhi semasa proses kerja karya tersebut dan nilai yang dapat ditunjukkan adalah nilai menghargai warisan, sahsiah yang baik dan rasa kesyukuran. Ini jelas menunjukkan bahawa domain afektif ini menekankan kepada kepentingan emosi dan perasaan. Justeru itu, seseorang murid yang mempunyai domain afektif yang tinggi dalam Pendidikan Seni Visual akan dapat dilihat menerusi berbagai tingkah laku. Antaranya adalah seperti, pemerhatian murid tersebut terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, disiplinnya dalam menyediakan bahan seni yang diperlukan, mempunyai motivasi yang tinggi terhadap mata pelajaran seni dan penghargaan terhadap alam sekitar dan kesyukuran ditunjukkan dalam karya yang dihasilkan. Fokus utama murid-murid dalam aktiviti- aktiviti seni adalah meluahkan perasaan dalam karya dan memiliki motivasi yang sangat tinggi sehingga tumpuan diberikan seratus peratus terhadap karya yang ingin dihasilkan. Ini mempunyai perkaitan dengan matlamat Pendidikan Seni Visual iaitu menghargai keindahan seni dan objektif kurikulum Pendidikan Seni Visual menunjukkan penghargaan terhadap keindahan dan menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya. Domain Kreativiti dalam Pendidikan Seni Visual Dalam Pendidikan Seni Visual, domain kreativiti pula merujuk kepada proses yang berterusan dalam menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Murid- murid sekolah rendah mempunyai nilai imaginatif yang tinggi tidak kiralah murid tersebut di tahap satu mahupun di tahap dua. Masing- masing akan mempunyai kreativiti yang berbeza dalam meluahkan penghasilan seni. Ini bermakna dalam pendidikan seni visual, murid- murid mampu berfikir dengan kreatif dan kritis dalam memperkembangkan hasil seni mereka. Dalam Pendidikan Seni Visual, murid- murid di sekolah dapat melibatkan diri dengan pelbagai proses kerja seni yang banyak melibatkan aktiviti kreatif dan proses mengembangkan idea dalam diri mereka. Projek seperti membuat kad ucapan dari bidang membentuk dan membuat binaan dalam mata pelajaran pendidikan seni visual ini telah membantu murid ini mengembangkan domain kreativitinya. Aktiviti memghasilkan kad ucapan seperti ini di dalam Pendidikan Seni Visual mengutamakan proses dan hasilan akhir. Oleh yang demikian, proses kerja ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal murid di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual ini menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi agar murid mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya. Pendidikan Seni Visual ini berupaya mengembangkan naluri ingin tahu secara eksplorasi menerusi deria. Pemikiran kreatif dan kritis akan terus dijana melalui ekspresi diri mereka.

Semua yang telah dibincangkan di atas dalam domain kreativiti adalah sejajar dengan matlamat Pendidikan Seni Visual dalam melahirkan generasi Malaysia yang imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Melalui karya seni mereka, murid dapat berimaginasi, berfikir secata kreatif dan kritis, berdaya inovatif dalam menghasilkan karya ynag bermutu dan inventif. Ini semua adalah sejajar dengan objektif ke tiga pendidikan seni visual iaitu meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya. Domain Sosial dalam Pendidikan Seni Visual Dalam pendidikan seni visual, murid diberi peluang berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial. Interaksi dan keupayaan bersosial ini dapat meningkatkan keyakinan diri murid-murid. Aktiviti pendidikan seni visual seperti ini memberikan peluang kepada murid untuk saling hormat- menghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan bertoleransi. Dalam domain sosial pendidikan seni visual, semangat berkerjasama di dalam aktiviti berkumpulan dapat dibentuk. Perkembangan sosial murid- murid secara positif dapat dibentuk dengan perkongsian ilmu melalui gerak kerja berkumpulan dan apresiasi seni. Murid- murid bukan sahaja berkongsi idea malah dapat menambahbaik penghasilan seni mereka. Hubungan sosial yang dibentuk di antara rakan sebaya semasa proses kerja seni yang dijalankan secara tidak langsung dapat menyemai nilai menghormati, kerjasama dan saling bantu-membantu. Domain sosial ini adalah selaras dengan matlamat dan objektif pendidikan visual kearah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis yang mempunyai nilai sosial yang tinggi sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Aspek kognitif

Dari aspek tenaga pendidik misalnya. Seorang guru diharuskan memiliki kompetensi bidang kognitif. Artinya seorang guru harus memiliki kemampuan intelektual, seperti penguasaan materi pelajaran, pengetahuan mengenai cara mengajar, pengetahuan cara menilai siswa dan sebagainya. Jean Piaget (1896-1980), pakar psikologi dari Swiss, mengatakan bahwa anak dapat membangun secara aktif dunia kognitif mereka sendiri. Dalam pandangan Piaget, terdapat dua proses yang mendasari perkembangan dunia individu, yaitu pengorganisasian dan penyesuaian (adaptasi) Piaget yakin bahwa kita menyesuaikan diri dalam dua cara yaitu asimiliasi dan akomodasi. Asimilasi terjadi ketika individu menggabungkan informasi baru ke dalam pengetahuan mereka yang sudah ada. Sedangkan akomodasi Implementasi Teori Perkembangan Kognitif Piaget Dalam Pembelajaran, adalah : Bahasa dan cara berfikir anak berbeda dengan orang dewasa. Oleh karena itu guru mengajar dengan menggunakan bahasa yang sesuai dengan cara berfikir anak Anak-anak akan belajar lebih baik apabila dapat menghadapi lingkungan dengan baik. Guru harus membantu anak agar dapat berinteraksi dengan lingkungan sebaik-baiknya.

Bahan yang harus dipelajari anak hendaknya dirasakan baru tetapi tidak asing. 4. Berikan peluang agar anak belajar sesuai tahap perkembangannya.

Di dalam kelas, anak-anak hendaknya diberi peluang untuk saling berbicara dan diskusi dengan teman-temanya.

Inti dari implementasi teori Piaget dalam pembelajaran antara lain sebagai berikut :

1. Memfokuskan pada proses berfikir atau proses mental anak tidak sekedar pada produknya. Di samping kebenaran jawaban siswa, guru harus memahami proses yang digunakan anak sehingga sampai pada jawaban tersebut.

2. Pengenalan dan pengakuan atas peranan anak-anak yang penting sekali dalam inisiatif diri dan keterlibatan aktif dalam kegaiatan pembelajaran. Dalam kelas Piaget penyajian materi jadi (ready made) tidak diberi penekanan, dan anak-anak didorong untuk menemukan untuk dirinya sendiri melalui interaksi spontan dengan lingkungan. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah. Di antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik seperti:

1) Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang berketrampilan dan professional. Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka,berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.

2) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran. Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.

3) Guru senang mencapai objektif atau matlamat. Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept (1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

4) Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan pembelajaran. Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan linguistik dan matematik sahaja.Kecergasan lain mungkin akan hilang.Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan

3.0 Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:-

1) Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar. Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat member ikeyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.

2) Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi. Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkan lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang individu.Justeru itu, kemahiran meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti.

3) Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh. Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu,

seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displin diri,mengukuhkan esteem kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

4) Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan. Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajar dengan lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan kita.

5) Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan Lateral Leaps Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya meningkatkan kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat taakulan,berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan komunikasi. Seni juga adalah penghubungkait anatara kecergasan otak dan kesan tindakan seseorang. Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti menyelesaikan masalah, membuat analisis, sintaksis dan penilaian melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi

5.0 Kesimpulan Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus mengaplikasikan seni dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran guru tersebut dapat merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Di samping dapat mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika proses P&P ini berlangsung kerana tertarik dengan kaedah yang digunakan ini. Kesan-Kesan Positif Semasa Mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan

Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan dirujuk sebagai 3 R iaitu membaca, menulis dan mengira.Penggunaan huruf Radalah satu kata yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Namun begitu, sama ada kata-kata itu sesuai atau tidak, tujuannya tetap sama: seni perlu dijadikan R keempat atau literasi asas selain membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran.Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara kesan-kesan positif semasa mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:

(i) Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok.

Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya,kaedah belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungansosial sesama murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktivitiaktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni didalam diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran.

(ii) Memupuk Nilai Kerjasama

Secara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama . Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan merangkumi aktiviti seni visual,muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial yang terjalin melalui deria sentuh. Komunikasi deria sentuh ini mempunyai asas yang boleh menjalin perhubungan sesama manusia yang membawa kepada konsep perpaduan.

(iii) Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas

Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka memersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.

(iv) Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengolahan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.

(v) Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi.

Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mengagak perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya.

Kesimpulan Kesimpulannya, kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual,muzik dan pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar.

Artikel 2

Aplikasi Seni Dalam Pendidikan

Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Penggunaan seni dalam pendidikan ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi peluang kepada murid untuk menjalankan aktiviti seperti meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Selain itu, murid juga diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan insanyang celik seni dan berbudaya.

Cara dan peranan guru dan murid dalam melaksanakan penghububungkaitan tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penghubungkaitan dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan program-program antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia boleh dilakukan dengan beberapa cara seperti menghubungkait pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran, Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam

berbagai mata pelajaran adalah brfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat. Selain itu ialah menghubungkait kemahiran dalam berbagai mata pelajaran.Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran akan dapat mengubung kait sesuatu yang dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar.

Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial agar dapat membentuk nilai murni sepeti menghormati, menggalakkan sikap kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat merangsang setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari segala sudut baik akademik mahu pun kokurikulum. Ia secara tidak langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa dan fizikal dan pembangunan sosial, meletakkan keseluruhan kurikulum kedalam konteks kehidupan yang sebenar.

Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai bentuk walau pun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu seni visual memainkan peranan yang penting dalam pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda pelajar. Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik. Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar. Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada pelajar. Motivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini. Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

3. Tidak menekankan pada praktek - praktek yang diarahkan untuk

menjadikan anak-anak seperti orang dewasa dalam pemikirannya.

4. Penerimaan terhadap perbedaan individu dalam kemajuan perkembangan, teori Piaget mengasumsikan bahwa seluruh anak berkembang melalui urutan perkembangan yang sama namun mereka memperolehnya dengan kecepatan yang berbeda.adalah terjadi ketika individu menyesuaikan diri dengan informasi baru.

Bagi mencapai objektif bagaimana Pendidikan Seni dapat memperkembangkan warisan kebudayaan, (sasaran golongan masyarakat dan pelajar) , strategi dan pelaksanaan yang dicadangkan adalah seperti berikut;

a) Memberi peluang mengetahui pencapaian seniman lampau serta kini termasuk identiti mereka ketika menghasilkan karya mahupun melakukan aktiviti seni mereka. - Pendekatan ini boleh memberi ruang dan peluang kepada individu terutama pelajar mencari dan mendapat idea seni melalui pengalaman kendiri mereka berdasar rujukan biografi para seniman tanahair. Ini kerana kita sedia maklum dalam kurikulum Mc Fee, beliau menekankan aspek kepekaan terhadap persekitaran dan alam dalam menghasilkan sesuatu karya. Pelajar boleh menggunakan persekitaran alam sekeliling mereka untuk dijadikan idea utama dalam pengolahan makna. Melalui design object ini pelajar menggunakan simbol-simbol untuk menyampaikan makna dan secara tidak langsung cuba menyampaikan mesej yang ingin diluahkan. Tingkahlaku kognitif pelajar terbentuk mengikut kepekaan terhadap persekitaran dan alam. Maka tidak mustahil jika hasil karya mereka berdasar kepada pengalaman yang dilalui. b) Membuat penyelidikan dan membanding makna melalui hasil karya lampau seseorang seniman sebagai bahan rujukan. - Dalam seni kritikan, pengkritik seni berperanan menceritakan apa yang berlaku di sebalik terhasilnya sesuatu karya itu supaya ia menjadi lebih bertenaga dan bercahaya selepas digilap oleh pengkritik seni yang berwibawa. Bahkan pengkritik seni perlu jujur dalam kritikannya. Secara tidak langsung menerapkan rasa penghayatan masyarakat terhadap sesuatu karya yang mengandungi simbol dan makna yang cuba disampaikan. c) Memerhati seniman menyusun objek-objek yang dipilih sehingga menjadi satu karya yang mengandungi simbol dan makna. - Seniman dilahirkan dengan bakat dan kreativiti yang tinggi. Kemampuan seniman mengolah idea dengan adunan warna dan teknik memperlihatkan satu kreativiti yang hebat. Karya seni merupakan satu manifestasi kejujuran. Seni berperanan untuk mendidik penghayat (masyarakat).

Edmund Burke Feldman (1966) menyatakan seni sebagai satu bidang komunikasi yang berkesan kepada masyarakat.
Karya seni ini boleh dianggap sebagai himpunan khazanah, idea, sumber ilham untuk dijalin dan dianyam dengan sebaik mungk d) Mempelajari cara seniman mentafsir idea untuk membentuk seni dengan

memperolehi pelbagai kesan melalui penggunaan asas senireka dan bahasa

seni visual.

- Manusia mempunyai emosi dan perasaan dan mahu meluahkan perasaan mereka. Manusia mahu berkongsi perasaan dan emosinya dengan orang lain. Justeru terdapat pelbagai cara perlakuan manusia untuk menterjemahkan perasaan dan emosinya itu. Charlotte Wolff (1970) dalam bukunya Psychology of Gesture telah mengkaji perlakuan manusia dan menyatakan manusia mengeluarkan pernyataan perasaannya di bawah sedar dan tanpa kawalan diri.in.

Contoh Gambar 5: Karya ini menunjukkan luahan rasamereka melalui emosi dan perasaan terhadap isu pempupusan penyu, iaitu spesis haiwan yang sepatutnya dipelihara. Tafsiran idea di sini boleh membawa maksud protes di atas apa yang berlaku.
e) Membandingkan berbagai tafsiran yang digunakan dalam tema dan pilihan subject matter yang dipilih. Ini membolehkan sesuatu tajuk itu dikembangkan kepada isu-isu yang lebih luas untuk diterokai. Seterusnya boleh juga dimasukkan kesan dari sudut sosial dan ekonomi. - Tidak semua anggota masyarakat mempunyai tafsiran yang serupa bagi sesuatu imej yang sama. Masyarakat mentafsirnya dengan pelbagai pandangan berdasar perbezaan pengalaman, umur, jantina, persekitaran dan beberapa faktor lain. Dari sini secara disedari atau tidak penghayat diajak meneroka idea-idea yang telah diolah dalam menyampaikan makna di sebaliknya. Ini juga bertujuan supaya penghayat tidak melihat seni itu sebagai satu hiburan kosong semata-mata. f) Penggiat seni perlu sentiasa merancang aktiviti yang merangkumi bidang perkara, tema, media/bahan, hasil fungsi, rekabentuk dan gaya. - Aktiviti kesenian perlu banyak sama ada di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan sebagai. Ini kerana seni mampu mengupas isu permasalahan yang dipaparkan oleh seniman. Melalui aktiviti seni ini juga mampu membawa masyarakat menyelami erti kehidupan yang sebenarnya. Masyarakat seharusnya mendekati seniman untuk menimba semua ilmu itu. Di bahu seniman terletak satu tanggungjawab sosial yang berat. Ini kerana seniman bukan lagi berkarya untuk keseronokan sendiri tetapi selebihnya untuk menjana fikiran masyarakat. Masyarakat perlu didedahkan bagaimana cara menghayati nature nya

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, diharap panduan yang diberi dapat membantu guru dalam menyiapkan tugasan. Harap maaf agak lewat respon kerana kekangan masa, saya ada lawatan bersama pelajar ke Sarawak. Panduan Tugasan : 1. Pengenalan i) Huraian tentang Kurikulum PSV. ii) Huraikan peranan guru seni, matlamat sekolah dan FPK. 2. Isi Kandungan Merujuk Sukatan PSV- Nyatakan ciri-ciri guru PSV yang berkesan dalam bidang corak dan rekaan.

3. Pengumpulan Data : i) Kumpulkan data dalam bentuk penulisan atau temubual/wawancara melalui guru seni dan pelajar seni disekolah dalam memenuhi aspek kognitif,psikomotor dan efktif. Bukti perlu disertakan. ii) Kaitkan penulisan dan data yg diperolehi dengan matlamat FPK dan hubung

NORMA BINTI ABDUL RAHMAN 16 Oct 2013 10:40:40 PM (318 read/s) Salam 1 Malaysia.... sy ingin kemukan isi kandungan saya sendiri mengikut rubrik yang diberikan

1.0 Pengenalan

1.1 Keperluan guru merujuk sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) 1.2 Peranan guru Pendidikan Seni Visual (PSV) 2.0 Isi Kandungan 2.1 Hubungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dengan matlamat Pendidikan Seni Visual (PSV) 2.2 Ciri-ciri guru pendidikan seni visual yang berkesan yang memenuhi domain kognitif, psikomotor dan afektif. 3.0 Maklumat sokongan/Sorotan kajian 4.0 Kesimpulan 5.0 Rujukan 6.0 Lampiran
an dengan matlamat PSV.

maksud cikgu bagaimana hendak menilai seorang guru dr ketiga-tiga aspek ya?? Ok cikgu boleh kenalpasti melalui perubahan tingkahlaku pelajar tersebut selepas proses pnp dan juga pencapaian hasil drp pembelajaran dari aspek kognitif/ilmu yg disampaikan , psikomotor/kemahiran yg dpt diterapkan dan afektif/nilai yg dapat disemaikan. Terima kasih Puan. Ini bermakna dari keputusan senarai semak yang kita lakukan terhadap guru berpengalaman tersebut, kita akan dapat melihat perubahan dari ketiga-tiga aspek yang dinilai. Bolehlah kita kaitkan hasil murid dengan pengalaman guru tersebut. Berkesan atau tidak cara pengajaran guru tersebut. Betulke ? Tak ada salahnya panduan yg cikgu buat, betul asalkan menepati dan tidak terkeluar dr kehendak soalan. Saya hanya berikan garis panduan sahaja dan cikgu boleh ubah suai setelah berbincang dgn tutor bersemuka. Disini saya ada paparkan matlamat, FPK dgn Kurikulum PSV. Cuba rakan guru amati tidakkah ada perkaitan yg boleh dilakukan ?.... ( lihat tulisan yg telah saya hitamkan).

Matlamat Sekolah Matlamat sekolah adalah untuk memberi didikan kepada pelajar di sekolah ini secara menyeluruh dan seimbang sebagai pendidikan asas yang meliputi aspek intelek, rohani, jasmani, bakat, akhlak, bertanggungjawab, taat setia, berdisiplin dan bersepadu. Dengan perincian di bawah ini diperkatakan sebagai para pelajar:
1.

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

dapat menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah dari segi aspek pertuturan, pembacaan, dan penulisan. Para pelajar diharapkan agar dapat menguasai bahasa sebagai bahasa rasmi negara kita dengan fasihnya. dapat menguasai fakta asas Matematik. dapat kemahiran membaca, menulis, memaham dan bertutur dalam Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan Bahasa Komunikasi Global. dapat membentuk sikap yang berakhlak mulia, bersopan santun, dan menjadi insan yang soleh. dapat memupuk semangat bertolak ansur, bersatu padu, berkerjasama, dan menghormati hak asasi orang lain. dapat menggunakan kemahiran-kemahiran yang diperlajari atau diperolehi untuk mengembangkan bakat, minat, dan daya kreatif serta kritis. mempunyai pengetahuan, kefahaman, dan kepekaan terhadap kaum pendidik dan alam sekitar. dapat menghargai serta mencintai institusi iaitu sekolah yang berkonsepkan "Rumahku Syurgaku".

KANDUNGAN KURIKULUM SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH Kurikulum Seni Visual untuk sekolah rendah mengandungi empat bidang iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Organisasi kandungan dalam empat bidang tersebut disusun berasaskan kepada empat standard kandungan iaitu persepsi estetik, aplikasi seni, ekspresi kreatif, dan apresiasi seni. Standard pembelajaeran digubal dan diperincikan bagi tujuan pengajaran berasaskan standard pembelajaran. Standard Kandungan 1 : Persepsi Estetik Standard kandungan ini membolehkan murid membuat persepsi dan memahami bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan) yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia, dan karya seni.

Standard Kandungan 2: Aplikasi Seni Standard kandungan ini membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan, pemahaman, dan bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti seni. Standard Kandungan 3: Ekspresi Kreatif Standard kandungan ini mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusipenzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan karya seni. Standard Kandungan 4 : Apresiasi Seni Visual Standard kandungan ini membolehkan murid membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya. Murid juga boleh membuat penghayatan dan penghargaan seni warisan serta hubung kait seni visual dengan disiplin ilmu yang lain, kehidupan, dan kerjaya.

FPK

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

pendapat saya guru yang profesional.. boleh diajak berbincang, mahu berkongsi ilmu, boleh beri tunjukajar, prihatin, tidak berkira, mudah bertolak ansur dan boleh menerima kritikan Panduan Guru Bahagian Pengenalan : Huraikan tentang perkara berikut. 1. Sukatan Pelajaran PSV 2. Ciri-ciri Guru yang berkesan dlm bidang penghasilan corak dan rekaan. 3. Keperluan guru merujuk sukatan pelajaran psv. guru seni yang berkesan dapat memenuhi domain kognitif, psikomotor dan afektif.....

apa yg perlu dibincangkan disini ialah bagaimana cara seorang guru yg berkesan dapat memastikan pelajar memerima dan meningkatkan . ilmu yg disampaikan(kognitif). Begitu juga kemahiran yg boleh diterapkan kpd pelajar semasaa beraktiviti (psikomotot). Dan nilai-nilai murni(afektif). dari aspek kognitif(ilmu) ,melalui temubual cikgu boleh bertanya tentang tahap pendidikan serta pengalaman mengajar. Bagi membuktikannya, melalui pemerhatian cikgu boleh menilai aktiviti yg dijalankan dlm kelas, guru tersebut boleh menyampaikan ilmu yg dimiliki dengan penuh keyakinan dan lancar. Boleh ambil gambar sebagai bahan sokongan. kaedah pengumpulan data adalah cara bagaimana cikgu mengumpulkan maklumat, antaranya melalui temubual,pemerhatian dan melalui perpustakaan. Hasil dapatan yang diperolehi perlu dihuraikan. Sudah tentu ketiga-tiga kaedah tersebut akan diguna-pakai. Sebagai contoh cikgu akan menebual seorang guru cemerlang/berpengalaman, bagaimana untuk memastikan dan membuktikan keberkesanan pnp guru tersebut?? disini cikgu gunakan kaedah pemerhatian iaitu melalui perubahan tingkah laku pelajar. Cikgu juga boleh juga dapatkan maklumat berkaitan diperpustakaan. Diharap cikgu dapat mengikuti forum dengan kerap, juga cuba baca paparan dan soal jawab saya bersama rakanrakan yg lain. Panduan tugasan juga telah dipaparkan. Rubrik : Kebolehan guru dihurai dengan amat baik. Mengaitkannya dengan guru yang berkebolehan,

penyayang dan rajin dengan sumber bukti disertakan.


Berdasarkan pernyataan diatas bermaksud selain huraian/terjemahan cikgu perlu sertakan bukti, Bagaimana cikgu boleh membuktikan bahawa guru itu seorang yang bersifat penyayang???rajin dll....disini cikgu boleh menggunakan foto/gambar aktiviti guru bersama pelajar....bagi mengambarkan situasi berkenaan. Gambar itu adalah maklumat sokongan juga bukti. Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan.Cikgu rujuk senarai dibawa, pilih yg berkaitan. Apa yang penting segala tindakan guru jangan sampai melanggar etika keguruan/peraturan yg ditetapkan. 1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. 2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. 3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. 4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. 5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. 6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antnara ahli dalam organisasi NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Nilai-nilai itu adalah: Amanah Benar Bijaksana

Bersyukur Dedikasi Ihklas Penyayang

pendapat saya guru yang profesional.. boleh diajak berbincang, mahu berkongsi ilmu, boleh beri tunjukajar, prihatin, tidak berkira, mudah bertolak ansur dan boleh menerima kritikan

Untuk mengenalpasti ciri-ciri guru PSV yang berkesan kita boleh melihat kepada perubahan tingkahlaku murid dan pencapain objektif / hasil pembelajaran dari domain kognitif (ilmu), psikomotor (kemahiran) dan afektif (nilai) Bagi melahirkan guru yang berkesan dan cemerlang terdapat ciri-ciri tertentu yang harus diikuti dan tanamkan dalam diri setiap insan yang bernama guru. Antara ciri-ciri guru yang berkesan yang disarankan ialah : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Bersikap professional Mempamerkan cirri-ciri kekuatan teori. Kaya ilmu. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja. Bermoral teguh. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.

9. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. 10. Menampilkan watak terpuji, berimej,berperibadi berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa. mulia,

11. Mempastikan situasi Guru mengajar murid belajar wujud didalam kelas.

12. Berupaya melahirkan Persekolahan berwatak supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

Anda mungkin juga menyukai