Anda di halaman 1dari 18

BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

IPGKTI
(INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM)

MODUL BIMBINGAN

KEMAHIRAN BIMBINGAN BIDANG SIFAT PEMBIMBING YANG BERKESAN

DISEDIAKAN OLEH :

VALIAN HO TDI XIAN

NAMA PROGRAM/ PROJEK :

MENGAMBIL BERAT DAN BERTIMBANG RASA

TARIKH :

12/4/2021 (ISNIN)
________________________________________

TEMPAT :

DEWAN IBNU SINA

1
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

________________________________________

ANJURAN :

OPSYEN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2


________________________________________

DENGAN KERJASAMA :

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


_________________________________________

TAJUK 10 KEMAHIRAN BIMBINGAN BIDANG SIFAT PEMBIMBING YANG


BERKESAN:

MENGAMBIL BERAT DAN BERTIMBANG RASA

10.1 SINOPSIS
Tajuk-tajuk dalam modul ini menerangkan definisi, konsep asas, ciri-ciri,
pengurusan diri seseorang pelajar di sekolah. Ia juga merangkumi tujuan
dan kaedah pelaksanaan dalam bimbingan kemahiran bidang sifat
pembimbing yang berkesan yang berkaitan dengan penekanan tentang
mengambil berat dan bertimbang rasa dalam menjalankan tugas supaya
dapat menambahkan ilmu pengetahuan seseorang murid dan guru dari
masa ke masa. Pengetahuan ini akan membolehkan pemahaman guru-
guru dan juga mereka yang berkecimpung dapat dipertingkatkan dan
membolehkan mereka dapat mengawal dan menguasai pengurusan diri
serta meningkatkan prestasi diri apabila mengalami kesukaran pada diri
sendiri mereka demi menyempurnakan kehidupan mereka tersebut.

2
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

10.2 HASIL PEMBELAJARAN


Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat:
1. Mendefinisikan konsep mengambil berat dan bertimbang rasa.
2. Mengaplikasikan cara penyelesaian masalah yang tepat apabila
menghadapi masalah.
3. Menjelaskan ciri-ciri sifat pembimbing yang berkesan.
4. Meningkatkan keyakinan diri tidak mengira menghadapi masalah yang
besar atau tidak.
5. Menghuraikan kaedah pelaksanaan yang menunjukkan sifat mengambil
berat dan bertimbang rasa.
6. Mengembangkan diri secara keseluruhan.

3
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

10.3 KERANGKA TAJUK

KEMAHIRAN BIMBINGAN
SIFAT PEMBIMBING YANG
BERKESAN

MENGAMBIL BERAT BERTIMBANG RASA

10.4 KANDUNGAN

PENGENALAN
Bimbingan dan Kaunseling merupakan satu cabang perkhidmatan sokongan
pendidikan yang sangat luas dan penting. Ia bukan sahaja memberikan
perkhidmatan kepada murid malahan warga sekolah dan masyarakat sekitar,
di samping sebagai tunggak pengurusan pembangunan murid. Senarai tugas
dan bidang tugas yang telah ditetapkan seharusnya menjadi panduan yang
tepat dalam menjalankan perkhidmatan. Perkhidmatan bimbingan telah
disediakan di sekolah bagi tujuan menyempurnakan murid supaya
menjaminkan kesejahteraan mental para murid dan bermatlamat untuk
menyampaikan kemahiran bimbingan dalam bidang akademik kepada pelajar.
Dengan ini, murid dapat berkembang dalam pelbagai segi seperti intelek,
rohani, emosi dan jasmani sejajar dengan kehendak dan aspirasi
Kementerian Pendidikan dalam usaha membangunkan murid secara
menyeluruh serta sebagai proses menyempurnakan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia yang baharu ini (2013-2025).

4
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

10.4.1 DEFINISI DAN KONSEP ASAS SIFAT MENGAMBIL BERAT DAN


BERTIMBANG RASA
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2017), telah mentakrifkan
bimbingan sebagai perbuatan membimbing, memberi petunjuk atau
memimpin seseorang dan orang yang terlibat dalam perbuatan membimbing
dikenali sebagai pembimbing. Pembimbing yang berkesan merujuk kepada
orang yang berkemahiran untuk membimbing dan memberikan nasihat
kepada seseorang itu sehingga individu tersebut mampu untuk memahami
dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan,
keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya. Matlamat utama
bimbingan adalah untuk membantu pelajar supaya membina potensinya bagi
menjadikan seseorang tersebut sihat dan seimbang. Seterusnya, ia dapat
memperbaik hubungan interpersonalnya dan membina kemahiran komunikasi
yang baik. Lagipun, bimbingan dapat membina kemahiran menyelesaikan
masalah dan kemahiran membuat keputusan. Akhir sekali, bimbingan dapat
membina nilai dan sikap yang sihat dan positif terhadap dirinya dan orang
lain.
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), bertimbang rasa
membawa maksud perasaan simpati, berlaku adil dan belas kasihan. Sebagai
contoh, seseorang yang bersikap prihatin disimpulkan kepada perasaan
kendiri yang bertimbang rasa terhadap perasaan orang lain. Istilah
bertimbang rasa juga membawa makna memahami pendapat orang lain yang
berbeza serta menyesuaikan diri dengan orang lain. Di sebaliknya pula, istilah
mengambil berat didefinisikan sebagai memberikan perhatian, minat dan
layanan yang istimewa kepada atau terhadap sesuatu atau seseorang.

5
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

10.4.2 CIRI-CIRI MENGAMBIL BERAT DAN BERTIMBANG RASA

MENUNJUKK
AN SIFAT
PENYAYANG
DAN
MENGAMBIL
BERAT

CIRI-CIRI
MENGAMBIL
BERAT DAN
BERTIMBANG
RASA

BERSIFAT
MENUMPUKA
SEDIA
N PERHATIAN
MEMBANTU
DAN
DAN
PERASAAN
MEMBERI
ORANG LAIN
KHIDMAT

6
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

10.4.3 CARA-CARA MENUNJUKKAN SIFAT MENGAMBIL BERAT DAN


BERTIMBANG RASA

CARA-CARA MENUNJUKKAN
SIFAT MENGAMBIL BERAT
DAN BERTIMBANG RASA

MAJIKAN DAN BOS BAGI


SESEBUAH SYARIKAT
SEPATUTNYA SENTIASA
MENGAMBIL BERAT TENTANG
KEBAJIKAN PEKERJANYA

RAKAN SEPEJABAT, SEBILIK


ATAU SEKULIAH, MEMAHAMI
PERASAAN ORANG LAIN.

MENGGUNAKAN IBU JARI


KANAN UNTUK MENUNJUKKAN
SESEORANG ATAU SESUATU.

7
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

10.4.4 KEPENTINGAN PEMBIMBING MEMILIKI SIFAT MENGAMBIL BERAT


DAN
BERTIMBANG RASA
Sifat-sifat mengambil berat dan bertimbang rasa adalah sangat penting
dalam diri seseorang pembimbing. Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai
pelajar yang berlainan personaliti dan tingkah laku di sekolah. Sekiranya tiada
sifat mengambil berat dan bertimbang rasa yang terbati dan setara,
seseorang pembimbing tidak mampu membantu seseorang pelajar untuk
menyelesaikan masalahnya akibat pembimbing tersebut tiada niat untuk
mengambil berat dan memandang serius serta bertimbang rasa dengan
perasaan pelajar tersebut. Sifat-sifat mengambil berat dan bertimbang rasa
kepada seorang pembimbing yang berkesan sentiasa dimulakan dengan
memahami keperluan orang lain dan melakukan semua kerja dengan cara
yang disasarkan. Sekiranya tidak memahami dan mengambil berat serta
bertimbang rasa terhadap orang lain, mustahil lakukan tugas ini dengan baik.
Jadi, seorang pembimbing yang berkesan adalah mengambil berat dan
bertimbang rasa supaya boleh menghadapi masalah yang dihadapi dan
memikirkan apa yang difikirkan oleh pelajar, menjadi perhatian terhadap apa
yang menjadi kebimbangan pelajar, dan mereka dapat menemui dan diberi
bantuan menyelesaikan masalah tepat pada waktunya. Selain itu, pelajar
tersebut dapat dielakkan daripada terlibat dalam gejala sosial serta masalah
disiplin di sekolah dapat dikurangkan dari semasa ke semasa. Akhir sekali,
sifat bertimbang rasa membantu seseorang pembimbing memahami isi hati
seseorang pelajar dan menghulurkan bantuan kepada pembimbing terhadap
perkara atau proaktif yang perlu dilakukan terhadap seseorang pelajar
tersebut.

8
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

10.4.5 CARA PELAKSANAAN KEMAHIRAN BIMBINGAN BIDANG


SIFAT PEMBIMBING YANG BERKESAN
TEMPOH, TEMPAT DAN CARTA PERBATUAN PROGRAM/ PROJEK
Tempoh : Satu hari
Tempat : Dewan Ibnu Sina
Jadual Berkenaan :

Duras Tarikh Tarikh Bukti tamat


Bil Aktiviti Masa Tujuan Pelaksanaan
i mula Tamat setiap aktiviti

1) Aktiviti Tak 1 jam 8.00 pagi 12/4/21 12/4/21 Saling berkenalan dan Refleksi
Kenal Maka – 9.00 berinteraksi antara satu sama Peserta
Tak Cinta (Ice- pagi lain.
breaking)

2) Sarapan Pagi / 15 9.00 pagi 12/4/21 12/4/21


Rehat minit – 9.15 Berehat -
pagi

3) Ceramah 1 jam 9.15 pagi 12/4/21 12/4/21 Menyebarkan maklumat Refleksi


Tentang Sifat – 10.15 tentang sifat-sifat yang perlu Peserta
Mengambil pagi ada sebagai seorang
Berat Dan pembimbing supaya sentiasa
Bertimbang kekal dan bersedia dalam
Rasa membimbing orang lain.

9
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

4) Kem Motivasi 3 jam 10.15 12/4/21 12/4/21 Mempersembahkan video dan Refleksi
dan Slot Moral pagi – cara melakukan serta Peserta
1.15 mendedahkan cara yang betul
petang untuk memupuk sifat-sifat
tersebut dalam seseorang
pembimbing.

5) Makan Petang / 1 jam 1.15 12/4/21 12/4/21


Rehat 15 petang – Berehat -
minit 2.30
petang

6) Taklimat 2 jam 2.30 12/4/21 12/4/21 Menanam kesedaran dalam diri Refleksi
Kesedaran Diri petang – seseorang pembimbing supaya Peserta
dan 4.30 mengetahui kepentingan
Kepentinganny petang memiliki sifat-sifat tersebut
a Sifat-sifat sekali gus menyempurnakan
tersebut dalam kehidupan seharian.
Kehidupan
Seharian

10
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

11
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

LANGKAH PELAKSANAAN

- Aktiviti 1 : a) Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil

b) Ahli-ahli diminta duduk dalam bentuk bulatan


c) Terangkan secara ringkas bahawa aktiviti ini bukan untuk
menguji tetapi cuba saling berkenalan.

d) Memberikan masa untuk berkenalan dan meminta seorang


murid untuk menyebutkan nama ahli yang lain.

- Aktiviti 3 : a) Pelajar diminta duduk dalam barisan lurus yang kemas.

b) Pembentangan disediakan untuk menyebarkan maklumat.


c) Terangkan secara mendalam dan teliti tentang tajuk
berkenaan serta nota diberikan.

d) Memberikan masa untuk menyoal jawab soalan yang

12
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

dikemukakan oleh pelajar.

- Aktiviti 4 : a) Pelajar diminta duduk dalam barisan lurus yang kemas.

b) Memilih beberapa peserta secara sukarela untuk


memberikan kerjasama dalam slot-slot persembahan.
c) Terangkan secara mendalam dan teliti tentang tajuk
berkenaan serta nota diberikan.

d) Memberikan masa untuk menyoal jawab soalan yang


dikemukakan oleh pelajar.

- Aktiviti 6 : a) Peserta diminta berbaris lurus dan duduk.

b) Ahli-ahli diminta duduk bertenang.

13
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

c) Peserta ditekankan bahawa ini merupakan pengetahuan


dan kemahiran yang ingin diketahui dan dimiliki.
d) Sesi soal jawab diberikan sebelum bersurai.

14
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

KUMPULAN SASARAN

- Kumpulan sasaran ialah guru-guru pembimbing.


- Alatan yang diperlukan untuk menjalani aktiviti-aktiviti yang diuruskan ialah
tali, batang ais krim, kertas mahjong, marker pen dan cetakan.

ANGGARAN KOS KEWANGAN

Anggaran Perbelanjaan Program/Projek

Kos Konvensional

Alatan Jumlah

Tali 50 x RM 0.50

Batang Ais Krim 50 x RM 0.70

15
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

Kertas Mahjong 25 x RM 1.70

Marker Pen 5 x RM 2.50

Cetakan RM 500

Jumlah keseluruhan RM 615

Jadual 3: Kos program / projek

16
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

RUMUSAN

Konklusinya, bab ini telah memperkenalkan kemahiran bimbingan bidang sifat


pembimbing yang berkesan terutamanya pelaksanaan guru bimbingan
menyampaikan kemahiran komunikasi, sifat-sifat seperti mengambil berat dan
bertimbang rasa serta menjelaskan kemahiran sebegini dapat membawa
banyak kebaikan kepada kita. Konsep-konsep kemahiran tertentu juga
telahpun diperkenalkan dan kepentingan kewujudan kemahiran tersebut telah
dipaparkan dan dibincangkan dalam bab ini.

17
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

Rujukan.

Dazali, N. S. M., & Awang, M. I. (2016). Tahap kemahiran komunikasi dalam


kalangan pelajar sarjana muda pendidikan IPTA di utara semenanjung
Malaysia. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4(2), 44-56.
Ishak, N. M., Mustapha, R., Ariffin, S. R., & Hassan, S. N. S. (2003). Kecerdasan
emosi dan hubungannya dengan nilai kerja. Jurnal Teknologi, 77â-84.
Kokurikulum, B. P. P. (2009). Kementerian Pendidikan Malaysia.
Narawi, M. S. (2017). Nilai Murni dalam bermukun dan bergendang masyarakat
melayu Sarawak. Proceedings of the ICECRS, 1(1).

Yaacob, M. F. C., & ABD RAHIM, D. N. (2016). Nilai Baik Hati Menerusi Cerita
Rakyat Melayu Terhadap Masyarakat Melayu Suatu Aplikasi Teori
Pengkaedahan Melayu. Journal of Business and Social Development, 4(2),
45-57.

18

Anda mungkin juga menyukai