Anda di halaman 1dari 16

BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

IPGKTI
(INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM)

MODUL BIMBINGAN

KEMAHIRAN BIMBINGAN BIDANG PSIKOSOSIAL DAN


KESEJAHTERAAN MENTAL

DISEDIAKAN OLEH :
FERGUS TAN LI CHHUN

NAMA PROGRAM/ PROJEK :

INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

TARIKH :

22/3/2021 (ISNIN)
________________________________________

TEMPAT :

DEWAN SERI PERMATA

1
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

____________________________________

ANJURAN :

OPSYEN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2


________________________________________

DENGAN KERJASAMA :

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


_________________________________________

TAJUK 7 KEMAHIRAN BIMBINGAN BIDANG KEIBUBAPAAN :

INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

7.1 SINOPSIS
Tajuk-tajuk dalam modul ini menerangkan definisi, konsep asas, ciri-ciri,
intrapersonal dan interpersonal seseorang pelajar di sekolah. Ia juga
merangkumi tujuan dan kaedah pelaksanaan dalam bimbingan kemahiran
bidang keibubapaan yang berkaitan dengan penekanan tentang
pengurusan personaliti diri supaya meningkatkan prestasi seseorang
murid dari masa ke masa. Pengetahuan ini akan membolehkan
pemahaman guru-guru dan juga mereka yang berkecimpung dapat
dipertingkatkan dan membolehkan mereka dapat mengawal dan
menguasai personaliti diri serta memotivasikan diri apabila mengalami
kesukaran yang dapat menyebabkan stres pada diri sendiri demi
menyempurnakan kehidupan mereka tersebut.

2
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

7.2 HASIL PEMBELAJARAN


Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat:
1. Mendefinisikan interpersonal dan intrapersonal.
2. Mengaplikasikan kedua-dua kemahiran interpersonal dan intrapersonal
dalam kehidupan seharian.
3. Menjelaskan ciri-ciri interpersonal dan intrapersonal secara mendalam.
4. Meningkatkan kemahiran pengurusan diri.
5. Meningkatkan keyakinan diri tidak mengira menghadapi masalah yang
besar atau tidak.
6. Menghuraikan kaedah pelaksanaan kemahiran bimbingan bidang
keibubapaan dalam menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal
personaliti pelajar.
7. Mengembangkan diri secara keseluruhan.

7.3 KERANGKA TAJUK

KEMAHIRAN BIMBINGAN
BIDANG KEIBUBAPAAN

INTRAPERSONAL INTERPERSONAL

7.4 KANDUNGAN

PENGENALAN

3
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

Bimbingan dan Kaunseling merupakan satu cabang perkhidmatan sokongan


pendidikan yang sangat luas dan penting. Ia bukan sahaja memberikan
perkhidmatan kepada murid malahan warga sekolah dan masyarakat sekitar,
di samping sebagai tunggak pengurusan pembangunan murid. Senarai tugas
dan bidang tugas yang telah ditetapkan seharusnya menjadi panduan yang
tepat dalam menjalankan perkhidmatan. Perkhidmatan bimbingan telah
disediakan di sekolah bagi tujuan menyempurnakan murid supaya
menjaminkan kesejahteraan mental para murid dan bermatlamat untuk
menyampaikan kemahiran bimbingan dalam bidang akademik kepada pelajar.
Dengan ini, murid dapat berkembang dalam pelbagai segi seperti intelek,
rohani, emosi dan jasmani sejajar dengan kehendak dan aspirasi
Kementerian Pendidikan dalam usaha membangunkan murid secara
menyeluruh serta sebagai proses menyempurnakan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia yang baharu ini (2013-2025).

7.4.1 DEFINISI DAN KONSEP ASAS INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL


Berdasarkan Howard Gardner (1983), kemahiran interpersonal ialah
kebolehan memahami orang lain dan menggunakan kebolehan ini dalam
berinteraksi, bekerjasama, membimbing dan menguruskan komunikasi.
Secara rumusan juga, kemahiran ini membolehkan seseorang memahami
perasaan, tabiat, dan hasrat orang lain. Seseorang yang interpersonal dapat
sentiasa menjalinkan hubungan yang baik antara satu sama lain dengan
orang lain. Hal ini demikian kerana mereka dapat prihatin terhadap perkara
orang lain dan biasanya seseorang yang interpersonal mempunyai
keupayaan sosialisasi yang teguh dan memuaskan.
Disingkap dari perspektif kemahiran intrapersonal pula, kemahiran
intrapersonal ialah keupayaan kognitif seseorang untuk memahami dan
mengenali sendiri. Individu yang mempunyai kemahiran intrapersonal dapat
mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang
kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Dengan ini, mereka dapat
mengembangkan bakat diri serta memperbaiki kelemahan diri dengan
4
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

berusaha bersungguh-sungguh dari semasa ke semasa supaya


meningkatkan prestasi kendiri secara keseluruhan.

7.4.2 CIRI-CIRI INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL


Ciri-ciri interpersonal dapat dibezakan kepada beberapa aspek yang jelas
ditunjukkan iaitu kepimpinan, jaringan perhubungan dan kerja secara
berpasukan. Dalam aspek kepimpinan pula, sudah terang lagi bersuluh
bahawa pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang dapat mempengaruhi
orang lain. Dalam usaha memimpin orang lain, kemahiran interpersonal yang
tinggi seperti mempunyai kepakaran, kebolehan memberi arahan adalah amat
diperlukan supaya melicinkan pentadbiran pada bila-bila masa.
Selain itu, demi mengukuhkan jaringan perhubungan, kemahiran
membangunkan hubungan adalah amat diperlukan. Hal ini demikian kerana
kemahiran interpersonal memupuk nilai keprihatinan dalam jiwa seseorang
pelajar dan menyebabkannya dapat berinteraksi dengan orang lain dengan
mesra. Hal ini juga dapat dibuktikan dengan menyatakan seseorang individu
yang berinterpersonal dapat memahami perasaan orang lain serta menjaga
air muka mereka.
Rentetan itu, dalam aspek kerja secara berpasukan, kebolehan
bekerjasama dalam kumpulan adalah diperlukan untuk mencapai matlamat

5
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

kumpulan. Oleh hal yang demikian, sifat interpersonal seseorang


membolehkan seseorang senang berkomunikasi antara kumpulan dan
mencapai kesedaran yang sama dalam kumpulan serta melaksanakannya
dengan semangat kekitaan.
Bagi perspektif intrapersonal pula, ciri-ciri utama intrapersonal ialah
menghargai diri dan pengawalan emosi sendiri. Individu yang menghargai diri
akan dapat menerima diri sendiri dan tidak membandingkan dirinya dengan
orang lain. Seseorang yang menghargai diri dapat menerima hakikat bahawa
kejayaan dan kegagalan adalah perkara biasa di dalam kehidupannya.
Contohnya, jika seseorang itu pernah mengalami kegagalan di sekolah, maka
keadaan ini bukan sahaja tidak akan menyebabkan semangatnya
dilemahkan, malah juga akan menjadikannya berasa rendah diri lalu terus
berusaha untuk berjaya. Seseorang yang menghargai diri akan berani
mencuba dan meneroka untuk menjadikan mereka kreatif dalam pemikiran,
berkeyakinan untuk bergaul dan pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan
sosial, dan tidak mudah berputus asa serta terus mencuba untuk berjaya.
Dalam pengawalan emosi pula, manusia hendaklah mengawal emosi
kita, terutamanya kemarahan. Sekiranya kita gagal mengawal emosi kita,
maka ia akan menimbulkan masalah perhubungan sama ada di tempat kerja,
menjejaskan hubungan dengan individu lain serta menjejaskan pandangan
orang lain terhadap kita. Terdapat beberapa cara untuk mengawal emosi
secara sedar atau tidak seperti menzahirkan emosi, memendamkan emosi
dan bertenang.

6
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

7.4.3 CARA PELAKSANAAN KEMAHIRAN BIMBINGAN BIDANG


KEIBUBAPAAN
TEMPOH, TEMPAT DAN CARTA PERBATUAN PROGRAM/ PROJEK
Tempoh : Satu hari
Tempat : Dewan SERI PERMATA
Jadual Berkenaan :

Duras Tarikh Tarikh Bukti tamat


Bil Aktiviti Masa Tujuan Pelaksanaan
i mula Tamat setiap aktiviti

1) Aktiviti Tak 1 jam 8.00 pagi 22/3/21 22/3/21 Saling berkenalan dan Refleksi
Kenal Maka – 9.00 berinteraksi antara satu sama Pelajar
Tak Cinta (Ice- pagi lain.
breaking)
(Interpersonal)

2) Sarapan Pagi / 15 9.00 pagi 22/3/21 22/3/21


Rehat minit – 9.15 Berehat -
pagi

3) Aktiviti 1 jam 9.15 pagi 22/3/21 22/3/21 Mencungkil bakat kendiri serta Refleksi
Mengenalpasti – 10.15 memperbaiki kelemahan yang Pelajar
Kelemahan dan pagi disedarkan.
Kekuatan Diri
(Intrapersonal)

7
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

4) Taklimat 3 jam 10.15 22/3/21 22/3/21 Menyebarkan maklumat Penghasilan


Kemahiran pagi – tentang kemahiran Kerja
Mengaplikasik 1.15 mengaplikasikan interpersonal
an petang dan intrapersonal supaya murid
Interpersonal dapat menguruskan personaliti
dan diri teratur seperti sentiasa
Intrapersonal berprihatin dan memahami
dalam perasaan orang lain dan
kehidupan mengawal emosi diri.
seharian

5) Makan Petang / 1 jam 1.15 22/3/21 22/3/21


Rehat 15 petang – Berehat -
minit 2.30
petang

6) Latihan 2 jam 2.30 22/3/21 22/3/21 Mengenalpasti kemahiran yang Refleksi


Penghasilan petang – dipelajari berdasarkan Pelajar
Kerja 4.30 kefahaman sendiri dan
Kemahiran petang meningkatkan kesedaran
Interpersonal tentang pengaplikasian
dan kemahiran tertentu.
Intrapersonal

LANGKAH PELAKSANAAN

8
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

- Aktiviti 1 : a) Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil

b) Ahli-ahli diminta duduk dalam bentuk bulatan


c) Terangkan secara ringkas bahawa aktiviti ini bukan untuk
menguji tetapi cuba saling berkenalan.

d) Memberikan masa untuk berkenalan dan meminta seorang


murid untuk menyebutkan nama ahli yang lain.

- Aktiviti 3 : a) Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil

b) Ahli-ahli diminta duduk dalam bentuk bulatan


c) Setiap kumpulan diberikan kertas mahjong dan hendaklah
mencatat kelemahan dan kekuatan bagi setiap ahli.

d) Menerangkan pandangan diri sendiri terhadap keinginan


membaiki kelemahan diri sendiri dan mengembang
kekuatan diri.

9
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

- Aktiviti 4 : a) Pelajar diminta duduk dalam barisan lurus yang kemas.

b) Pembentangan disediakan untuk menyebarkan maklumat.


c) Terangkan secara mendalam dan teliti tentang tajuk
berkenaan serta nota diberikan.

d) Memberikan masa untuk menyoal jawab soalan yang


dikemukakan oleh pelajar.

- Aktiviti 6 : a) Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil

b) Ahli-ahli diminta duduk dalam bentuk bulatan


c) Terangkan bahawa latihan yang diberikan adalah untuk
menguji kefahaman dan disambung oleh pembentangan.

d) Menulis refleksi masing-masing, melaksanakan projek


secara berkumpulan atau individu, menghuraikan perasaan
dalam refleksi dan mengamalkan amalan menulis jurnal
atau diari pada setiap hari.
e) Menilai hasil kerja sendiri dan bersurai.

10
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

KUMPULAN SASARAN

- Kumpulan sasaran ialah pelajar sekolah menengah kebangsaan.


- Alatan yang diperlukan untuk menjalani aktiviti-aktiviti yang diuruskan ialah
tali, batang ais krim, kertas mahjong, marker pen dan cetakan.

ANGGARAN KOS KEWANGAN

Anggaran Perbelanjaan Program/Projek

Kos Konvensional

Alatan Jumlah

Tali 50 x RM 0.50

11
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

Batang Ais Krim 50 x RM 0.70

Kertas Mahjong 25 x RM 1.70

Marker Pen 5 x RM 2.50

Cetakan RM 500

Jumlah keseluruhan RM 615

Jadual 3: Kos program / projek

12
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

13
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

7.4.4 KEPENTINGAN KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL


Kemahiran interpersonal dan intrapersonal benar-benar membawa
kebaikan yang memuaskan kepada kita untuk menjalani kehidupan kita
dengan sempurna. Pertama sekali, kemahiran interpersonal dapat membantu
seseorang guru untuk menggunakan pendekatan mesra terhadap seseorang
pelajar supaya menimbulkan kepercayaan antara satu sama lain dan
menjalinkan hubungan yang baik serta membantu pelajar untuk
menyelesaikan masalah tertentu. Lagipun, kemahiran interpersonal juga
membantu guru membina dan mengembangkan segala kebolehan diri pelajar
akibat guru akan sentiasa prihatin untuk memahami perasaan dan
berkebolehan pelajar. Dengan ini, guru juga dapat menjalinkan semangat
kerjasama dengan guru-guru yang lain, kakitangan sekolah, ibu bapa dan
pelajarnya. Contohnya, guru dan ibu bapa boleh menubuhkan Persatuan Ibu
Bapa dan guru untuk bersama-sama merancang aktiviti yang dapat
meningkatkan prestasi pelajar dari segi akademik dan akhlak. Tujuan guru
bekerjasama dengan ibu bapa adalah untuk meningkatkan mutu pencapaian
akademik dan akhlak pelajar dengan mudah. Tambahan pula, guru boleh
mengamalkan sikap toleransi dalam pergaulan harian. Contohnya, seseorang
guru haruslah sanggup bertolak ansur, bersikap sabar dan mengawal diri
apabila bertemu dengan pelbagai kerenah manusia. Tujuan guru bersikap
toleransi adalah untuk mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan
perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
Dalam konteks intrapersonal pula, dengan adanya kemahiran
intrapersonal yang tinggi, keyakinan diri seseorang pelajar dapat ditingkatkan
dan penyesuaian sosialnya dalam kalangan kawan, pensyarah, guru dan
masyarakat sekeliling akan menjadi lebih mudah. Pemilikan kemahiran
interpersonal yang tinggi pada seseorang pelajar juga dapat membantunya
untuk memperoleh pencapaian akademik yang lebih baik. Hal ini demikian
kerana seseorang yang berintrapersonal dapat mengawal emosinya dengan
baik serta sentiasa bertenang apabila berfikir tanpa berasa tertekan ketika
menduduki peperiksaan sekolah. Dengan ini, mereka dapat mengaturkan
permikiran diri dan berfikir secara logik pada bila-bila masa untuk menjawab
soalan peperiksaan dengan penuh keyakinan.

14
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

RUMUSAN

Konklusinya, bab ini telah memperkenalkan kemahiran bimbingan bidang


keibubapaan terutamanya pelaksanaan guru bimbingan menyampaikan
kemahiran pengaplikasian interpersonal dan intrapersonal dalam kehidupan
serta menjelaskan kemahiran sebegini dapat membawa banyak kebaikan
kepada kita. Konsep-konsep kemahiran tertentu juga telahpun diperkenalkan
dan kepentingan kewujudan kemahiran tersebut telah dipaparkan dan
dibincangkan dalam bab ini.

15
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

Rujukan.

Anna, L. (2015). Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal. Dimuat turun dari


laman web https://www.slideshare.net/annaliew/maksud-intrapersonal
Haryani, R. (2014). Pengaruh interpersonal dan intrapersonal intelligence terhadap
prestasi belajar siswa mata pelajaran kewirausahaan SMK PGRI 2 Kota
Malang. SKRIPSI Jurusan Manajemen-Fakultas Ekonomi UM.
Irwansyah, D. (2015). Hubungan kecerdasan kinestetik dan interpersonal serta
intrapersonal dengan hasil belajar pendidikan jasmani di MTSN Kuta Baro
Aceh Besar. Jurnal Administrasi Pendidikan: Program Pascasarjana Unsyiah,
3(1).
Kelly, E. (2015). Kecerdasan Interpersonal dan Kecerdasan Intrapersonal dengan
Sikap Multikultural pada Mahasiswa Malang. Jurnal Psikologi: Jurnal Ilmiah
Fakultas Psikologi Universitas Yudharta Pasuruan, 3(1), 39-59.
Rosni, A. (2003). Kesan Penggunaan Teknik Pengurusan Tekanan terhadap
Pencapaian Akademik (CGPA) Kajian Kes: Pelajar UiTM Arau, Perlis
(Doctoral dissertation, Universiti Utara Malaysia).
Wahyudi, D. (2011). Pembelajaran IPS Berbasis Kecerdasan Intrapersonal
Interpersonal dan Eksistensial. Jurnal Pendidikan Ilmu Sosial Edisi Khusus,
(1).

16

Anda mungkin juga menyukai