Anda di halaman 1dari 23

PROPOSAL PENYELIDIKAN

PEMBINAAN KERANGKA PENDIDIKAN PENCEGAHAN MASALAH BULI


SIBER DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA

FRGS/1/2022/SS09/UPSI/02/21

JABATAN PENDIDIKAN TINGGI KEMENTERIAN


PENGAJIAN TINGGI

KETUA PENYELIDIK:
PROFESOR MADYA DR. FAUZIAH BINTI MOHD SA’AD

PENYELIDIK BERSAMA:
NORAZANI AHMAD
NURUL ‘AIN BINTI MOHD DAUD
MOHAMMAD AZIZ SHAH BIN MOHAMED ARIP
HAPSAH MD YUSOF

FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat


1.0 Pendahuluan 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 2
1.3 Pernyataan Masalah 2
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 9
2.0 Tinjauan Literatur 10
3.0 Metodologi 12
3.1 Kaedah Kajian 12
3.2 Tempat Kajian 15
3.3 Populasi Kajian 15
3.4 Alat Kajian 15
3.5 Analisis Data Kajian 16
4.0 Aplikasi Khusus atau Potensi Penemuan Penyelidikan 16
Rujukan 18
1

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi berkembang pesat dalam kalangan remaja
dibuktikan melalui interaksi dan jalinan perhubungan melalui teks mesej, penggunaan telefon
pintar, komputer riba serta laman sosial media. Perkembangan teknologi globalisasi kini
mewujudkan banyak aplikasi dan platform untuk memudahkan golongan remaja menjalin
hubungan dan berkomunikasi di alam siber. Antaranya melalui beberapa aplikasi terkenal di
era kini iaitu Tik Tok, Intagram, Twitter, Facebook, Whatsapp dan sebagainya. Sedar tidak
sedar, hal ini telah membuka ruang dan kaedah terkini kepada golongan remaja untuk mudah
berinteraksi dan berkomunikasi serta senario tersebut telah dinyatakan oleh DePaolis dan
Williford (2019; dalam Nur Azalina, 2021) ia bukan sahaja mampu mendatangkan faedah
kepada remaja malah ia berupaya menimbulkan implikasi negatif kepada remaja seperti buli
secara alam maya atau dikenali sebagai buli siber. Justeru itu, isu hangat yang diberi penekanan
dalam penyelidikan ini sangat berkait rapat dengan pendidikan pencegahan siber buli di
sekolah dalam usaha pembinaan kerangka baharu bagi masalah buli siber para pelajar dan
remaja di sekolah menengah di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, statistik buli siber di seluruh dunia telah mendedahkan fakta
yang membimbangkan tentang gangguan buli siber dan kesannya terhadap remaja sekolah.
Sebuah kajian kualitatif yang dilakukan oleh Mokhlis, S. (2019), yang meneroka pengalaman
buli siber dan pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Terengganu menunjukkan
bahawa responden melaporkan mengalami kejadian buli siber di luar persekolahan dan ia turut
memberi kesan di sekolah. Laporan daripada Ipsos Public Affairs (2018), melaporkan bahawa
perbuatan buli siber semakin meningkat di Malaysia dan perlakuan ini acap kali terjadi
menerusi media sosial. Seterusnya, American Psychological Association (APA, 2022)
mengatakan Pusat Kajian Buli Siber telah melaporkan bahawa seorang daripada 4 orang remaja
mempunyai pengalaman dalam buli siber manakala seorang daripada 6 orang remaja terlibat
sebagai pelaku kepada trend buli siber.
2

1.2 Latar Belakang Kajian

Dalam era globalisasi kini, permasalahan buli siber tanpa sedar semakin meningkat dalam
kalangan remaja di Malaysia. Malaysia dikatakan berada di kedudukan kedua dunia dalam
kategori buli siber sekali gus pertama di Asia sebagai ‘kaki buli’ di alam maya atau dengan
kata lain di alam siber dan ini dilaporkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF)
pada tahun 2020 (Berita Harian Online, 2022). Perkembangan dan kecanggihan teknologi
ternyata tidak menjamin kematangan dan kewarasan pemikiran masyarakat khususnya remaja.
Hal ini diperkatakan oleh Nur Azilah (2021) bahawa kejadian buli siber ini tidak lagi asing dan
semakin menjadi-jadi di peringkat sekolah. Hal ini demikian tingkah laku buli siber itu sendiri
bertujuan menyakiti individu lain yang meliputi penggunaan teknologi informasi dan
komunikasi (Nixon, 2014).

Kajian menunjukkan buli siber boleh mendatangkan beberapa kesan penurunan


pembelajaran di sekolah, tekanan, kebimbangan, berpotensi membunuh diri. Pembinaan
kerangka baharu pendidikan pencegahan buli siber adalah langkah proaktif bagi mencegah
permasalahan buli siber ini dalam kalangan pelajar sekolah. Penyelidikan pembinaan kerangka
baharu pendidikan pencegahan pendidikan buli siber sangat penting dan didapati berkesan
menagani kesejahteraan remaja di Malaysia. Maka kajian ini dijalankan untuk mengkaji status
pendidikan pencegahan buli dalam kalangan pelajar sekolah menengah, tahap pendidikan
pencegahan buli siber dalam kalangan pelajar sekolah menengah, ciri-ciri pendidikan
pencegahan buli siber dalam meningkatkan kesejahteraan pelajar sekolah, memahami impak
pendidikan pencegahan buli siber dalam kalangan pelajar sekolah, mengenalpasti faktor
signifikan untuk meningkatkan tahap pendidikan pencegahan buli siber dan membina kerangka
baharu pendidikan pencegahan.

1.3 Pernyataan Masalah

Laporan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) telah


menunjukkan Malaysia berada pada kedudukan kedua tertinggi di Asia pada tahun 2020 bagi
perbuatan buli siber dalam kalangan belia. Ini membuktikan isu buli siber kini menjadi masalah
yang semakin serius di negara Malaysia (Bernama, 2022). Tingkah laku buli merupakan
perbuatan salah laku yang dilakukan oleh pembuli dan boleh mendatangkan kesan yang amat
buruk terhadap mangsa buli, sama ada kesan fizikal, fisiologi dan psikologi (Fauziah, 2020).
3

Oleh hal demikian, satu model yang dinamik perlu dibangunkan dalam usaha menyelamatkan
pelajar-pelajar ini dan semua pihak harus mengambil bahagian serta bersedia memikirkan
sebuah bentuk intervensi yang berkesan bagi mengatasi masalah ini.

Sehubungan itu, menurut Che Hasniza (2018), buli siber didefinisikan sebagai
penggunaan komunikasi berasaskan teknologi termasuk telefon selular, emel, mesej segera dan
jaringan sosial yang bertujuan untuk menimbulkan gangguan atau ugutan terhadap individu
melalui mesej atau ekspresi secara dalam talian. Dapatan kajian beliau menunjukkan secara
relatifnya sebanyak 30% responden pernah menjadi mangsa buli dalam talian. Responden yang
mengambil tempoh yang lama dalam talian didapati lebih terdedah kepada situasi buli. Dapatan
kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti neurotik dengan
buli siber seperti mudah sedih, resah, ketidakstabilan emosi dan mudah marah. Kajian ini
memberi implikasi bahawa buli siber adalah satu masalah besar yang perlu diberi perhatian
serius kerana kesannya terhadap perkembangan remaja itu sendiri.

Selain itu, sebuah kajian yang dijalankan oleh Zaitie (2016), menyatakan pelaku buli
siber yang bersemuka atau melalui media sosial hampir sama tingkah laku mereka di mana
motif dan niat untuk menggangu gugat kehidupan harian dan mewujudkan perasaan ketakutan
kepada mangsa dan sasaran mereka. Permasalahan aspek buli siber ini semakin meruncing dan
berleluasan dalam kalangan remaja di Malaysia.

Di samping itu, kajian luar negara mengenai buli siber oleh Goron (2020), menerangkan
cara kanak-kanak membuli orang lain dalam talian ia termasuk dalam satu daripada enam
kategori iaitu gangguan, penyamaran, gambar tidak sesuai, penciptaan laman web dan video
yang memalukan. Kajian ini diperkukuhkan lagi dengan hasil sebuah penyelidikan yang telah
dilakukan oleh sebuah pusat kajian teknologi, Comparitech baru-baru ini mendapati Malaysia
adalah sebuah negara kedua tertinggi mempunyai masalah buli siber di Asia selepas negara
India. Malaysia juga dilabel sebuah negara yang mempunyai penghuni masyarakat yang agresif
dalam talian. Dalam satu kajian lain, Pusat Penyelidikan Pew mengklasifikasikan Malaysia
sebagai salah satu negara paling konservatif secara moral di dunia, namun masyarakat negara
ini boleh menjadi pembuli yang kejam dalam alam siber. Boleh dikatakan sesetengah
masyarakat menganggap buli siber adalah perkara normal dan menarik bahkan mereka dengan
tanpa berasa bersalah menjadi penonton dan pembuli siber tersebut (Utusan Online, 5 Ogos
2021).
4

Tambahan pula, Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF)


melaporkan pada tahun 2019, tiga daripada 10 remaja Malaysia pernah menjadi mangsa buli
siber. Buli siber ini boleh dilakukan melalui aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram,
TikTok dan Twitter ataupun melalui aplikasi pesanan segera seperti WhatsApp, Telegram dan
banyak lagi. Mereka gemar melalukan perkara ini kerana buli siber dikatakan boleh memberi
suatu kepuasan dan keseronokan kepada si pembuli dan penonton. Kepuasan ini disertakan
dengan tanggapan bahawa tiada hukuman yang boleh dikenakan kepada pembuli siber dan ia
dikatakan punca mengapa perkara ini seolah-olah menjadi budaya dalam masyarakat kita.
Hampir 40% pengguna sosial media adalah golongan remaja dan kesan buli siber kepada
mangsa akan menjejaskan aspek emosi, fizikal dan kesihatan mental mereka. Antara kesannya
termasuk kemurungan, perbuatan melukakan dan mencederakan diri sendiri sehingga akhirnya
jika tidak dibendung akan membawa kepada bunuh diri. Kemudian, kesan aspek fizikal mangsa
termasuklah masalah gastrousus seperti sakit perut, muntah dan ulser perut; gangguan pada
pola makan dan tidur.

Kajian-kajian lepas mendapati gangguan atau kaedah paling biasa buli siber termasuk
menyiarkan khabar angina, ancaman dan maklumat yang memalukan di tapak rangkaian sosial
seperti di Facebook, Twitter dan Instagram (Garett, Lord, Young, 2016), pemesejan teks,
pemesejan segera dan e-mel untuk mengganggu, mengancam atau memalukan sasaran (Wolke,
Lee, Guy, 2017). Perkara ini menjadi kerisuan pada era kini kerana buli siber ini antara bentuk
gangguan yang kerap berlaku dalam kalangan remaja (Cankaya 2010, Eksi 2012 & Tpocu, et.
al, 2010). Buli siber kini sudah berada di tahap skala global yang mana insiden ini berlaku di
kebanyakan negara di dunia seperti United States, Kanada, Jepun, Scandinavia, United
Kingdom, Australia dan New Zealand (Accordino, et. al, 2011). Kajian oleh Global Youth
Online Behaviour Survey (Microsoft Survey) pada Januari 2012 ke atas 7,600 kanak-kanak
berusia lapan hingga tujuh belas tahun menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak di
Malaysia adalah mangsa buli siber. Kajian tersebut juga menunjukkan tahap kesedaran ibu
bapa di Malaysia terhadap buli siber agak rendah di mana hanya 38% responden bimbang
dengan isu tersebut dan hanya 27% ibubapa yang berbicara dengan anak-anak mereka tentang
risiko komunikasi atas talian. Selain itu, hanya 13% ibubapa bertanyakan anak mereka sama
ada mereka pernah dibuli secara atas talian (berbanding purata global sebanyak 30%).
5

Laporan statistik Cyber Security Malaysia pada tahun 2007 menunjukkan sebanyak 60
kes buli dilaporkan. Walaupun laporan tersebut menggambarkan seolah-olah ia merupakan kes
terpencil, namun demikian isu ini sebenarnya banyak berlaku dalam kebanyakan negara di
dunia. Maka tidak mustahil dunia tanpa sempadan ini, perkara yang sama boleh berlaku
lebihlebih percambahan tingkah laku buli siber ini melalui jaringan internet yang merupakan
platform terpantas dalam dunia kini. Jika dibandingkan dengan negara maju seperti Amerika
Syarikat, masalah buli siber sudah dianggap serius di mana hampir 40% pelajar ini, negara
tersebut pernah menjadi mangsa buli sehingga ada yang sanggup membunuh diri kerana tidak
tahan dengan hinaan, ejekan dan fitnah yang disebarkan oleh rakan sekolah melalui email,
laman web dan sms (Ahmad Zaharuddin, 2012). Radovic et. al. (2017), dengan kajian cuba
menyiasat bagaimana remaja menggambarkan kedua-dua positif dan negatif penggunaan
media sosial. Penggunaan positif termasuk meneroka kandungan positif iaitu untuk hiburan,
jenaka, penciptaan kandungan, dan untuk hubungan sosial, manakala penggunaan negatif
termasuk berkongsi tingkah laku berisiko, buli siber dan untuk membuat perbandingan yang
merendahkan diri dengan orang lain. Dalam kajian tersebut juga, remaja seterusnya
menerangkan tiga jenis penggunaan berdasarkan kekerapan mereka iaitu berkongsi berlebihan
(berkongsi kemas kini pada frekuensi tinggi atau terlalu banyak maklumat peribadi). Siaran
tertekan (berkongsi kemas kini negatif dengan rangkaian sosial) dan menghadapi siasaran yang
mencetuskan.

Indikator yang membezakan buli secara tradisional dan buli siber ialah buli siber tiada
sempadan fizikal. Buli yang berlaku secara alam maya atau alam siber ini begitu mudah
dilakukan tanpa diketahui siapa pelakunya. Tempoh penyebarannya kepada khalayak ramai
boleh berlaku dalam masa singkat serta begitu pantas dan ia juga tidak mampu dihapuskan
dengan begitu mudah. Namun perkara yang membimbangkan ialah ia boleh meninggalkan
kesan yang begitu mendalam kepada mangsa. Secara khususnya, buli siber didefinisikan
sebagai penggunaan komunikasi berasaskan teknologi termasuk telefon, selular, emel, mesej
segera dan jaringan sosial yang bertujuan menimbulkan gangguan atau ugutan terhadap
individu melalui mesej atau ekspresi secara dalam talian (Brady, 2010). Kebiasaannya, pelaku
yang tidak dikenali di ruang siber menghantar kandungan mesej yang bertujuan melukakan
atau bertujuan menghina dan boleh menjatuhkan maruanh mangsa. Pelaku juga merasa bebas
untuk memperkatakan apa sahaja perkataan yang tidak boleh diterima dalam interaksi
interpersonal biasa. Selain itu, jika dilihat buli secara bersemuka di sekolah, risiko diperhatikan
oleh guru dan pelajar lain adalah tinggi namun risiko ini tidak di ruang siber. Kewujudan, laman
6

sosial yang begitu menarik perhatian kanak-kanak pada masa kini mendedahkan mereka
kepada situasi buli siber dalam usia yang sangat mentah. Menurut Li (2006), perubahan
teknologi telah menggalakkan gaya tingkah laku negatif seperti e-pornografi, kecurian siber
dan ketagihan internet yang mempercepatkan lagi penyebaran jenayah bentuk baharu.
Kesemua keadaan ini adalah antara permasalahan buli siber yang perlu ditangani awal bagi
mengelakkan kesan yang lebih serius dalam kalangan pelajar sekolah. Duarte et. al. (2018),
menyatakan berdasarkan kajian mendapati orientasi seksual sangat berkait rapat dengan
penglibatan siber buli atau berkorelasi dengan gejala kesihatan mental yang negatif.

Persoalan yang timbul juga apakah teoritikal yang paling berkesan bagi kerangka
baharu pendidikan buli siber dalam kalangan remaja sekolah menengah. Berdasarkan kajian-
kajian lepas kebanyakan penyelidikan dan pendidikan buli lebih mengutamakan pendekatan
yang berasaskan teoritikal CBT atau Cognitive Behavioural Therapy. Pendekatan CBT
mempunyai pelbagai aliran sama ada yang dipelopori oleh Aaron T. Beck, 1963, 1976; dan
gabungan pelbagai tokoh-tokoh CBT lain seperti Ellis, 1962; Meichembaum, 1973; D’Zurilla
dan Goldfried, 1971; Goldfried dan Sobocinski, 1975; Mahoney, 1974; Mahoney dan Arnkoff,
1978; Maultsby, 1984; Christner, Stewart dan Freeman, 2007; Friedberg dan McClure, 2002;
Butler, Chapman, Forman dan Beck, 2006; Wilson dan Branch, 2006; Winding dan Milne,
2008 dan ramai lagi. Secara asasnya CBT sering diguna pakai pada ketika ini, terutamanya
sepertimana ia digunakan secara bebas dan terbuka dalam garis panduan NICE (National
Institute for Clinical Excellence) dan disyorkan untuk digunakan modifikasi tingkah laku
(Mohammad Aziz Shah, 2017). Ia sering kali diperkenalkan sebagai panduan untuk berfikir
secara positif dan sihat dengan kaedah membuang corak-corak pemikiran negatif yang
menimbulkan pelbagai permasalahan. Bagi memberi makna Neo-CBT terdapat senarai
komprehensif tentang ciri-ciri Neo-CBT yang hampir sama dengan CBT tetapi sedikit berbeza
antaranya ialah mengutamakan kurniaan pemikiran, memahami diri, akal, pemikiran, perasaan
dan tingkah laku, gaya terapeutik, terapi penyelesaian disini dan kini (here and now),
memfokuskan perancangan masa hadapan, fokus kepada kekuatan klien, ahli terapi Neo-CBT
ialah pakar yang aktif, perumusan dan skala psikologi masalah, hubungan kerjasama ahli terapi
dan klien, hubungan berstruktur untuk sesi terapi, mengajar klien menjadi terapi mereka
sendiri, mengutamakan bantuan dan sokongan sosial, penggunaan tugas dan kerja rumah,
penentuan masa terhad dan kontrak dan sesi pemantuan audio, video dan media sosial. Justeru
dalam kajian ini pendekatan teori Neo-CBT akan digunakan bagi kerangka baharu pendidikan
modifikasi tingkah laku buli dalam kalangan remaja pelajar sekolah menengah akan dijalankan.
7

Di samping itu, kajian-kajian di peringkat global juga menunjukkan buli siber boleh
mendatangkan beberapa kesan dan impak terhadap mangsa. Kajian menunjukkan buli siber
berkaitan dengan penurunan pembelajaran di sekolah serta tekanan dan kebimbangan
(Bauman, 2012). Kajian berdasarkan gender menunjukkan pelajar perempuan yang menjadi
mangsa buli siber akan kehilangan fokus (Goddard, 2008). Kajian-kajian juga menunjukkan
bahawa buli boleh menyebabkan kemarahan, kesedihan dan daya tumpuan yang lemah dalam
kalangan mangsa (Walker, Sockmen & Koehan, 2011). Kajian juga dapati bahawa pelajar yang
menjadi mangsa buli siber ini menunjukkan simptom depresif yang tinggi (Erdur-Baker &
Tanrikulu, 2010). Ybarra & Mitchell (2004) juga menyatakan bahawa hasil kajian mereka
mendapati pembuli siber pula mempamerkan tingkah laku yang lebih agresif di alam siber
berbanding kehidupan sebenar.

Menurut kajian yang dilakukan di Malaysia oleh Jessie Yong (2022), menyatakan
punca berlaku buli siber ini juga disebabkan pelaku buli siber mengalami kadar kesunyian
tinggi. Hal ini demikian kekurangan kasih sayang oleh ahli keluarga dan masyarakat di
sekeliling mereka. Tindakan membuli dalam talian ini adalah usaha mereka untuk meraih
perhatian daripada orang asing. Selain itu, mereka yang mempunyai rasa harga diri rendah,
rasa kurang diterima secara sosial dan rasa kurang popular atau kurang disukai, turut
mempunyai kecenderungan untuk terbabit dalam buli siber dan berikutan kajian menunjukkan
pembuli siber selalunya adalah individu yang tidak pandai bersosial.

Manakala pendekatan yang dijalankan di sekolah bagi pencegahan awal dan menangani
permasalahan buli di sekolah menengah, berdasarkan pendapat Mohammad Aziz Shah (2017),
Samsudin & Tan (2016) dan Pfeiffer (2001), merumuskan kepentingan program-program
kesedaran buli siber di sekolah, pencegahan awal seperti saringan mengenalpasti pelajar
berisiko, memberi kemahiran daya tindakan yag bersesuaian seperti pengurusan stress,
pengurusan emosi, menangani konflik, penyelesaian masalah, tegas diri, perkembangan minda
sihat dan sebagainya. Mohammad Aziz Shah (2017), menjelaskan mewujudkan persekitaran
yang sihat, mengamalkan budaya hidup yang sihat dan sokongan sosial sangat penting dalam
memastikan kesejahteraan mental. Oleh itu, perlu dibangunkan kerangka teoritikal pencegahan
buli siber ini supaya satu intervensi yang bersesuaian dapat dilaksanakan bagi menangani isu
ini. Belum ada intervensi yang bersesuaian menggunakan pendekatan Kognitif Tingkah Laku
dijalankan di negara ini. Berdasarkan permasalahan kajian mengenai masalah isu buli siber di
8

sekolah menengah yang meningkat, maka kajian ini dilaksanakan bagi membina kerangka
pendidikan pencegahan buli siber dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia
adalah sangat relevan dan penting bagi mengisi gap kajian di negara ini kerana belum ada
kajian yang seumpama ini dilaksanakan.

Hal ini demikian, kerangka baharu pendidikan dan pencegahan awal buli siber ini akan
memberi sumbangan yang besar sebagai garis panduan, kerangka dan pelengkap kepada dasar
dan program pencegahan awal buli siber kepada pelajar, guru, sekolah, pihak kementerian dan
sebagainya. Seterusnya, hasil kajian ini boleh menyediakan garis panduan, kerangka dan
pelengkap kepada pembentukan dasar-dasar, program-program, modul dan aktiviti yang
berkualiti dan memenuhi piawaian pendidikan serta pencegahan awal buli dalam kalangan
pelajar sekolah menengah. Seterusnya, hasil kajian ini akan membina garis panduan dan
kerangka kepada institusi sekolah sebagai institusi yang selamat, penyayang dan selaras dengan
dasar ‘sekolah penyayang’ dan ‘sekolah selamat’ yang dilancarkan oleh Pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia.

1.4 Objektif Kajian

Objektif penyelidikan adalah membangunkan kerangka baharu pendidikan pencegahan awal


buli siber dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia. Justeru, objektif kajian ini
dijalankan untuk:

Fasa 1
a) Mengkaji permasalahan pendidikan pencegahan buli siber dalam kalangan pelajar sekolah
menengah di Malaysia.
b) Mengkaji tahap pendidikan pencegahan buli siber dalam kalangan pelajar sekolah
menengah di Malaysia.

Fasa 2
a) Mengkaji pengisian pendidikan pencegahan buli siber sedia ada dalam kalangan pelajar
sekolah menengah di Malaysia
b) Mengkaji kepentingan pendidikan pencegahan buli siber dan hubungannya terhadap
kesejahteraan pelajar sekolah menengah di Malaysia.
9

c) Mengenalpasti ciri-ciri pendidikan pencegahan buli siber yang dapat meningkatkan


kesejahteraan pelajar sekolah menengah di Malaysia.
d) Membina kerangka pendidikan pencegahan buli siber yang komprehensif bagi
meningkatkan kesejahteraan mental pelajar sekolah menengah di Malaysia.

1.5 Persoalan Kajian

Soalan-soalan kajian adalah seperti berikut:

a) Apakah masalah pendidikan pencegahan masalah buli siber dalam kalangan pelajar sekolah
menengah di Malaysia?
b) Apakah tahap pendidikan pencegahan masalah buli siber dalam kalangan pelajar sekolah
menengah di Malaysia?
c) Apakah pengisian pendidikan pencegahan masalah buli siber dalam kalangan pelajar
sekolah menengah di Malaysia?
d) Apakah kepentingan pendidikan pencegahan buli siber dan hubungannya terhadap
kesejahteraan pelajar sekolah menengah di Malaysia?
e) Sejauhmanakah ciri-ciri pendidikan pencegahan buli siber dapat meningkatkan
kesejahteraan pelajar sekolah menengah di Malaysia?
f) Bagaimanakah kerangka pendidikan pencegahan buli siber yang komprehensif bagi
meningkatkan kesejahteraan mental pelajar sekolah menengah di Malaysia?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dapat memberi impak yang besar kepada peringkat individu, masyarakat, ekonomi
dan negara:

1) Individu
Pembinaan kerangka baharu pendidikan pencegahan buli siber akan menjadi garis panduan
dan kerangka baharu kepada kaunselor sekolah, guru bimbingan dan kaunseling,
psikologis, guru-guru, pentadbir sekolah, ibu bapa dan pelajar untuk meneliti asas-asas
utama bagi merangka dan merancang aktiviti program pencegahan masalah buli siber di
sekolah.
10

2) Masyarakat dan Dasar Negara


Pembinaan kerangka baharu pendidikan pencegahan buli siber dapat menyediakan garis
panduan, kerangka dan pelengkap kepada masyarakat dan dasar negara. Ia memberi ilmu
pengetahuan, kemahiran dan strategi baru kepada institusi sekolah, persatuan ibu bapa dan
guru (PIBG), pejabat pendidikan daerah dan negeri bagi panduan pendidikan pencegahan
isu buli siber dalam kalangan pelajar dan remaja di Malaysia.

3) Ekonomi
Pembinaan kerangka baharu pendidikan pencegahan masalah buli siber dalam kalangan
pelajar sekolah menengah di Malaysia akan memberikan panduan dalam usaha menjamin
golongan masyarakat dan generasi mudah lebih sihat mental dan fizikal, menjadi proaktif
dan produktif seterusnya mampu menjamin perkembangan ekonomi yang lebih baik kerana
lahirnya masyarakat yang berguna.

2.0 TINJAUAN LITERATUR

Terdapat beberapa kajian lepas yang telah dijalankan sama ada di dalam mahupun di luar
negara yang meneroka tentang kadar, punca dan kesan berkaitan buli siber. Misalnya kajian
yang dijalankan oleh Karsodikromo, Husin, Razali dan Hamzah (2020) mendapati bahawa
lebih separuh (61.8%) daripada 322 remaja pernah menjadi mangsa buli siber dengan
sebahagian besarnya adalah perempuan dan mempunyai kemudahan akses kepada internet.
Tambahan pula, antara bentuk buli siber yang diterima oleh mangsa buli adalah melibatkan
menerima gambar atau klip video yang menyinggung atau tidak baik daripada seseorang serta
melibatkan penyebaran gambar atau klip video berkaitan diri mereka kepada orang lain dengan
tujuan untuk membuli. Manakala, berdasarkan kajian kualitatif yang dijalankan oleh Safiek
Mokhlis (2019), antara bentuk buli siber yang dialami oleh mangsa adalah berbentuk
penyamaran identiti, mesej yang mengancam, ancaman yang berterusan serta kandungan lucah
dalam media sosial. Zatie (2016) menyatakan pelaku buli siber yang bersemuka atau melalui
media sosial hampir sama tingkah laku mereka di mana motif dan niat untuk mengganggu
gugat kehidupan harian mewujudkan perasaan ketakutan kepada diri mangsa. Permasalahan
buli siber dalam kalangan pelajar rakyat Malaysia semakin meruncing. Berdasarkan kajian
Goron (2020), menerangkan cara kanak-kanak membuli orang lain dalam talian ia termasuk
dalam satu daripada enam kategori iaitu gangguan, penyamaran, gambar tidak sesuai,
penciptaan laman web dan video memalukan.
11

Di samping itu, kegiatan buli siber adalah berbeza dengan buli secara fizikal kerana
sangat mudah untuk dilakukan tanpa mengetahui pelakunya dan boleh tersebar dalam masa
yang singkat dan pantas serta tidak mudah untuk dihapuskan (Che Hazniza Che Noh dan Mohd
Yusri Ibrahim, 2014). Bandura, Underwood dan Fromson (1975) pula berpendapat bahawa
keadaan ‘anonymous’ atau identiti tanpa nama yang tidak dikenali menyebabkan seseorang
menjadi lebih agresif untuk membuli berbanding semasa mereka berhadapan dengan mangsa
secara peribadi. Kajian-kajian lepas mendapati gangguan atau kaedah paling biasa buli siber
termasuk menyiarkan khabar angin, ancaman atau maklumat yang memalukan di tapak
rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram (Garett, Lord& Young, 2016),
pemesejan teks, pemesejan segera dan e-mel untuk mengganggu, mengancam atau memalukan
sasaran (Wolke, Lee& Guy, 2017.

Sehubungan itu, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kegiatan buli siber ini
semakin berleluasa. Suriana Che Awang dan Khadijah Alavi (2020) berpendapat bahawa
perasaan cemburu, suka menagih perhatian kawan media sosial, kapasiti ‘jaguh’ atau gangster
dalam media sosial merupakan antara faktor berlakunya kegiatan buli siber dalam kalangan
remaja kini. Selain itu, seperti kajian yang dijalankan oleh Lokithasan et. al. (2020) mendapati
individu yang mempunyai personaliti agresif proaktif yang tinggi lebih cenderung untuk
menjadi pelaku buli siber manakala individu yang mempunyai harga diri (self-esteem) yang
tinggi lebih cenderung untuk menjadi mangsa buli siber. Menurut Mokhtar dan Hassan (2021)
pula, buli siber yang berlaku kebanyakan berpunca daripada individu yang mudah percaya atau
menerima bulat-bulat berita yang disebarkan atau diviralkan di media sosial. Segala isu yang
dibaca tidak begitu difahami dan ditapis dengan betul sebelum dikongsi kepada orang ramai
menyebabkan masalah buli siber ini semakin merebak dan di tahap membimbangkan.

Selain itu, buli siber terbukti memberikan kesan yang negatif kepada mangsa dari
pelbagai aspek seperti dalam kajian kuantitatif yang dijalankan oleh Embong, Yaakob, Rohani,
Abidin dan Ibrahim (2015), mendapati bahawa pengalaman menjadi mangsa buli siber
memberi kesan yang mendalam kepada emosi mereka termasuk mempunyai perasaan rasa
bersalah dalam semua perkara, berasa sunyi, sukar untuk fokus, berasa resah dan benci pada
diri sendiri. Antara bentuk buli siber yang memberi kesan kepada emosi adalah menerima
mesej memburukkan peribadi, menerima mesej penyebaran fitnah atau berita palsu dan orang
lain menyebarka rahsia peribadi mereka melalui siber. Kesan buli siber kepada emosi ini turut
12

disokong dalam dapatan kajian kualitatif yang dijalankan oleh Suriana Che Awang dan
Khadijah Alavi (2019), yang menunjukkan buli siber mampu membawa kesan kepada
permasalahan emosi, kemurungan, keinginan untuk membunuh diri, kesedihan yang
berlebihan, berasa takut dan perasaan marah yang tidak terkawal.

Seterusnya, buli siber yang melibatkan penggunaan kata-kata yang tidak baik
menunjukkan buli lisan dan buli secara psikologi mempunyai kesan negatif untuk jangka masa
yang panjang (Reid, Monsen& Rivers, 2004). Hal ini mungkin kerana buli siber lebih
berpotensi untuk diketahui oleh orang ramai secara maya berbanding buli yang dilakukan
secara fizikal kerana insiden yang dilakukan senang tersebar luas atau mungkin diletak di
laman web yang boleh dilawat oleh ramai orang (Campbell, 2005). Dalam kata lain, Campbell
berpendapat perkataan yang ditulis kelihatan lebih konkrit dan nyata berbanding perkataan
yang diucap oleh pembuli. Dapatan kajian lain yang dijalankan oleh Beran dan Li (2007),
mengenai kesan buli siber mendapati bahawa remaja yang dibuli di alam siber pula
berkemungkinan tinggi untuk membuli rakan sebaya mereka di alam siber serta di sekolah juga
dan remaja yang dibuli ini mengalami kesukaran di sekolah seperti mendapat markah
peperiksaan yang rendah, kurang daya tumpuan dan ponteng sekolah.

3.0 METODOLOGI

3.1 Kaedah Penyelidikan

Kajian ini akan menggunakan pendekatan kajian kuantitatif dan kajian kualitatif bagi membina
kerangka pendidikan pencegahan masalah buli siber dalam kalangan pelajar sekolah menengah
di Malaysia. Metodologi ini akan dapat memberi maklumat yang tepu bagi mendapatkan faktor
yang penting bagi mencapai aspek psikologi yang dikaji bagi kelompok sasaran (Wisdom&
Cresswell, 2013). Kajian ini juga akan dijalankan di seluruh Semenanjung Malaysia meliputi
Zon Utara (Kedah, Pulau Pinang dan Perak), Zon Selatan (Johor dan Melaka), Zon Timur
(Pahang, Terengganu dan Kelantan) dan Zon Barat (Selangor dan Wilayah Persekutuan).
Terdapat dua fasa kajian ini yang merangkumi dalam penyelidikan ini yang merangkumi:

Fasa 1: Merupakan kajian tinjauan (kuantitatif) yang akan melibatkan para responden
di setiap zon. Pensampelan rawak akan digunakan bagi mendapatkan responden berpandukan
13

saiz kesan yang diutarakan oleh Cohen (1977). Responden yang terlibat ialah 2000 pelajar
sekolah menengah iaitu 500 responden bagi setiap zon (Zon Utara, Zon Selatan, Zon Timur
dan Zon Barat). Responden kajian setiap zon terdiri daripada pelajar sekolah menengah
tingkatan 1, 2, 3, 4 dan tingkatan 5. Pecahan responden pula ialah 125 pelajar tingkatan 1, 125
pelajar tingkatan 2, 125 orang tingkatan 3 dan 125 orang tingkatan 4. Pelajar akan dipilih secara
rawak bertujuan bagi memenuhi pembahagian responden yang mewakili sekolah menengah
Bandar, pinggir Bandar dan luar Bandar agar seimbang dalam pengumpulan data. Data kajian
akan dikumpul melalui satu set soal selidik kajian yang akan digubal oleh penyelidik bagi
menjawab objektif kajian. Secara asasnya soal selidik ini akan mempunyai tiga bahagian iaitu,
Bahagian A: Demografi Responden, Bahagian B: Permasalahan pendidikan buli dan
pencegahan buli siber dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia dan Bahagian C:
Tahap pendidikan pencegahan buli siber dalam kalangan pelajar sekolah menengah di
Malaysia.

Fasa kedua: Melibatkan proses pengumpulan data Teori Grounded. Pendekatan kajian
kualitatif akan digunakan bagi meneroka ciri-ciri pendidikan pencegahan masalah buli siber
dan meningkatkan kesejahteraan pelajar dalam membentuk pendidikan pencegahan buli siber.
Sebanyak 10 orang pakar akan terlibat dalam pengumpulan data bagi membina kerangka
pencegahan masalah buli siber dalam kalangan pelajar sekolah. Pakar bidang yang terlibat akan
terdiri dari pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPM), Pejabat Pendidikan Negeri dan
Daerah, Pihak Pentadbiran Sekolah dan ahli akademik yang pakar dalam bidang pengurusan
sekolah dan pencegahan buli siber. Bagi mendapatkan data yang tepat proses kajian yang akan
digunakan ialah seperti berikut:

a) Membina protokol temubual berdasarkan dapatan survei


b) Kesahan protokol temu bual daripada 10 orang pakar
c) Kajian rintis untuk protokol temubual terhadap 10 orang responden
d) Pengumpulan data menggunakan pensampelan purposif

Analisis Data Teori Grounded – Koding akan dilaksanakan berdasarkan proses yang
dikemukakan oleh Strauss dan Corbin (2008) meliputi tiga tahap iaitu:

i. Pengekodan Terbuka
14

Pengekodan terbuka merupakan langkah awal bagi meneroka konsep yang memerlukan
pengkaji meneliti data berdasarkan aspek yang diperoleh, membandingkan dengan melihat
persamaan dan perbezaan data yang terkumpul bagi mengetahui lebih mendalam tentang
fenomena yang dikaji. Untuk bahagian ini, pengekodan akan digunakan sebagaimana yang
dicadangkan oleh Glaser (1978) dan Charmaz (2006).

ii. Pengekodan Aksial


Pengekodan aksial melibatkan pengumpulan semula data yang mengalami keretakan semasa
pengekodan terbuka (Corbin & Strauss, 2008). Tujuan pengekodan aksial adalah untuk
menggabungkan data dengan membuat hubungan antara kategori dan sub kategori dan
menentukan dimensi serta sifat kategori. Hays dan Singh (2012) menegaskan bahawa
pengekodan aksial memerlukan pengkaji untuk memperbaiki pengekodan terbuka dan
mengkaji hubungan antara kod terbuka yang besar untuk memahami teori yang muncul
dari data.

iii. Pengekodan Selektif


Pengekodan selektif dikenali sebagai pengekodan teori yang digunakan oleh banyak ahli teori
grounded (Charmaz, 2006; Corbin & Strauss, 2008). Fasa ini adalah proses pengekodan yang
paling kompleks dalam teori ini kerana pengkaji perlu mengenal pasti corak, proses dan urutan
antara kod paksi untuk membina teori mengenai fenomena (Hays & Singh, 2012). Menurut
Corbin dan Strauss (2008), teori grounded muncul setelah proses integrasi penting untuk
menyempurnakan semua kategori utama ke dalam pemilihan kategori teras dilakukan dengan
mendalam.

Dapatan temu bual dan survei digunakan bagi menjana teori, model atau kerangka
untuk sesuatu kajian. Tahap kajian ini akan melibatkan pembinaan teoritikal. Menurut Charmaz
(2011), pada tahap inilah proses analisis dijalankan bagi mengemukakan grounded theory dan
kajian ini akan menggunakan pendekatan kajian kuantitatif dan kualitatif bagi membina
kerangka pendidikan pencegahan buli siber dalam kalangan pelajar sekolah menengah di
Malaysia. Metodologi ini akan dapat memberi maklumat yang tepu bagi mendapatkan faktor
yang penting untuk mencapai aspek psikologi yang dikaji bagi kelompok sasaran (Wisdom &
Cresswell, 2013). Kajian ini juga akan dijalankan di sekolah menengah di sekitar kawasan yang
meliputi Zon Utara (Kedah, Pulau Pinang dan Perak), Zon Selatan (Johor dan Melaka), Zon
Timur (Pahang dan Kelantan) dan Zon Barat (Selangor dan Wilayah Persekutuan).
15

3.2 Tempat Kajian

Kajian ini akan dijalankan di seluruh Semenanjung Malaysia meliputi Zon Utara (Kedah, Pulau
Pinang dan Perak), Zon Selatan (Johor dan Melaka), Zon Timur (Pahang, Terengganu dan
Kelantan), dan Zon Barat (Selangor dan Wilayah Persekutuan) bagi fasa yang pertama.
Manakala, bagi fasa kedua, temu bual protokol akan dijalankan di Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), Pejabat Pendidikan Negeri dan Daerah, Institut Pengajian Tinggi (USM, UM
dan UKM), Hospital Slim River dan Hospital Psikiatri, Ulu Kinta.

3.3 Subjek Kajian

Responden yang terlibat adalah seramai 2000 pelajar sekolah menengah iaitu 500 responden
bagi setiap zon (Zon Utara, Zon Selatan, Zon Timur dan Zon Barat). Responden kajian setiap
Zon adalah pelajar sekolah menengah tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5. Pecahan responden pula ialah
125 pelajar tingkatan 1, 125 pelajar tingkatan 2, 125 pelajar tingkatan 3 dan 125 pelajar
tingkatan 4. Pelajar akan dipilih secara rawak bertujuan bagi memenuhi pembahagian
responden yang mewakili sekolah menengah Bandar, pinggir Bandar dan luar Bandar agar
seimbang dalam pengumpulan data.

3.4 Alat Kajian

Di fasa yang pertama, satu set soal selidik kajian yang digubal oleh pengkaji akan digunakan
bagi mengumpul data subjek kajian. Soal selidik kajian ini mempunyai tiga bahagian iaitu,
Bahagian A: Demografi Responden, Bahagian B: Permasalahan pendidikan pencegahan buli
siber dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia dan Bahagian C: Tahap
pendidikan pencegahan buli siber dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia.

Di fasa yang kedua pula, satu set soalan protokol temubual yang digubal oleh pengkaji
akan digunakan bagi mengumpul data daripada 10 orang pakar yang akan terlibat dalam
pembinaan kerangka pendidikan pencegahan buli siber dalam kalangan pelajar sekolah
menengah di Malaysia.
16

3.5 Analisis Data Kajian

Bil Objektif Kajian Analisis Data


1. Mengkaji permasalahan pendidikan pencegahan buli Analisis Deskriptif
siber dalam kalangan pelajar sekolah menengah di
Malaysia.
2. Mengkaji tahap pendidikan pencegahan buli siber Analisis Deskriptif
dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia.
3. Mengkaji pengisian pendidikan pencegahan buli siber Analisis Kualitatif
sedia ada dalam kalangan pelajar sekolah menengah di
Malaysia
4. Mengkaji kepentingan pendidikan pencegahan buli Analisis Kualitatif
siber dan hubungannya terhadap kesejahteraan pelajar
sekolah menengah di Malaysia
5. Mengenalpasti ciri-ciri pendidikan pencegahan buli Analisis Kualitatif
siber yang dapat meningkatkan kesejahteraan pelajar
sekolah menengah di Malaysia.
6. Membina kerangka pendidikan pencegahan buli siber Analisis Kualitatif
yang komprehensif bagi meningkatkan kesejahteraan
mental pelajar sekolah menengah di Malaysia.

4.0 Aplikasi Khusus atau Potensi Penemuan Penyelidikan

Kerangka baharu Pendidikan Pencegahan Masalah Buli Siber dalam kalangan pelajar sekolah
menengah di Malaysia berpotensi untuk diaplikasikan oleh:

1. Kementerian Pendidikan Malaysia


2. Pejabat Pendidikan Negeri dan Daerah
3. Kaunselor dan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
4. Para Ahli Psikologi
17

5. Pentadbir Sekolah dan Pengetua


6. Ibu Bapa Pelajar
7. Pembimbing Rakan Sebaya
8. Ahli-ahli Akademik Institusi Pengajian dan Para Penyelidik
9. Sesiapa sahaja yang berminat dengan kerangka baharu pendidikan
pencegahan masalah buli siber
18

RUJUKAN

Accordino, D. B., &Accordino. M. P. (2011). An Exploratory study of face-toface and


cyberbullying in sixth grade students. American Secondary Education, 40(1), 14-30.

Ahmad Zaharuddin Sani Sabri (2012). Ancaman baru lautan biru. Buli Siber. Mstar Online, 19
Mac 2012.

Bauman, S. (2012). Cyberbullying. Encyclopedia of diversity in education. Sage Publications,


Inc.

Beran, T., &Li, Q. (2007). The relationship between cyberbullying and school bullying. The
Journal of Student Wellbeing, 1(2), 16-33.

Brady, K. P. (2010). Cyberbullying. Encyclopedia of law and higher education. Sage


Publications, Inc.

Campbell, M. A. (2005). Cyber bullying: An old problem in a new guise? Journal of


Psychologist and Counsellors in Schools. 15(1), 68-76.

Cankaya, I. H., Tan, C. (2010). Effect of Cyber Bullying on the Distrust Levels of Preservice
Teachers: Considering Internet Addiction as a Mediating Variable. Procedia Computer
Science 3, 1353-1360.

Che Hasniza Che Noh & Asyraf Ab Rahman (2013). Cyber bullying: A general Islamic outlook
and response. Advances in Natural and Applied Sciences, 7(3), 215-220.

Che Hasniza Che Noh & Mohd Yusri Ibrahim (2014). Kajian penerokaan buli siber dalam
kalangan pelajar UMT. Procedia-Social and Behavioural Sciences, 134, 323-329.

Dehue, R., Bolman, C., & Vollink, T. (2008). Cyberbullying: Youngsters’ experiences and
parental perception. Cyber Psychology & Behavioral, 11, 217-223.
19

DePaolis, K. J. & Williford, A. (2019). Pathways from cyberbullying victimization to negative


health outcomes among elementary school students: A longitudinal investigation.
Journal of Child and Family Studies, 28(9), 2390-2403.

Eksi, F. (2012). Examination of Narcissistic Personality Traits’ Predicting level of Internet


Addiction and Cyber Bullying through Path Analysis. Educational Sciences: Theory
and Practise, 12(3). 1694-1706.

Embong, W. H. W., Yaakob, Z., Rohani, Z. H., Abidin, M., & Ibrahim, F. (2015). Kajian
Tinjauan: Buli Siber di kalangan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia, 1-20.

Erdu-Baker, O., & Tanrikulu, I. (2010). Psychological Consequences of Cyber Bullying


Experiences among Turkish Secondary School Children. Procedia Social and
Behavioral Sciences, 2, 2771-2776.

Goddard, C. (2008). “Cyber world bullying”, Education Digest, 73(7), pg 4-9. Li, Q. (2006).
Cyberbullying in schools: a research of gender differences. School Psychological
International, 27, 157-170.

Karsodikromo, Y., Husin, M. R., Razali, A. R., & Hamzah, H. (2020). Buli siber dala kalangan
murid sekolah menengah di daerah Samarahan, Sarawak. Jurnal Pendidikan Bitara
UPSI, 13(2), 38-47.

Lokithasan, K., Chua, A. F., Joanna, K. H. T., Subramanian, R., Zaman, W. K. Krishnan, S.
(2020). The Correlation between Aggression, Self-Esteem and Cyberbullying among
undergraduates in Malaysia: Sains Insani, 5(1), 205-211.

Mokhtar, M. M. B. M., & Hassan, H. B. (2021). Penagruh Faktor Persepsi Negatif dan Budaya
20

Tular terhadap Buli Siber di Media Sosial dalam kalangan Pelajar dan Golongan Muda.
International Journal of Humanities Technology and Civilization, 1(1), 16-36.

Nixon, C. L. (2014). Current Perspectives: The impact of cyberbullying on adolescent health.


Adolescent Health, Medicine and Therapeutics, 5, 143-158.

Nur Azilah (2021). Gejala Buli Siber dan Implikasi terhadap Emosi, Motivasi dan Sosial dalam
kalangan Murid di Bandar Seberang Jaya. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Disertasi
Psikologi Pendidikan.

Reid, P., Monsen, J., & Rivers, I. (2004). Psychology’s contribution to understanding and
managing bullying within schools. Educational Psychology in Practise, 20(3), 241-
258.

Safiek Mokhlis (2019). Buli Siber dalam kalangan Pelajar Sekolah Menengah: Satu
Penerokaan Awal. Jurnal Dunia Pendidikan, 1(2), 7-18.

Sbarbaro, V. & Enyeart Smith, T. M. (2010). An exploratory study of bullying and


cyberbullying behaviors among economilly / educationally disadvantaged middle
school students. American Journal of Health Studies, 26(3), 139-151.

Shazarina Shahrim (2008). Hati-hati dengan pembuli siber. CyberSecurity Malaysia. Topcu.
C., & Erdur-Baker, O. (2010). The revised cyber bullying Inventory (RCBI): validity
and reliability studies. Procedia Social and Behavioral Sciences, 5, 660-664.

Suraya Roslan (8 September, 2021). Buli Siber: Serang Sampai Koyak. Metro Online.

Suriana Che Awang & Khadijah Alavi (2019). Buli Siber: Impak Emosi dalam kalangan
Pelajar UKM. Universiti Malaysia Terengganu Journal of Undergraduate Research,
1(4), 83-94.
21

Suriana Che Awang & Khadijah Alavi (2020). Buli Siber: Impak Emosi dalam kalangan
Pelajar UKM. Journal Wacana Sarjana, 4(5), 1-9. 1-in-3 Malaysia kids victims of
cyberbullying: Microsoft survey, http://www.digitalnewasia.com

Utusan Malaysia (20/10/2011). Mangsa buli di laman sosial.

Walker, C. M., Sockman., & Koehn, S. (2011). An exploratory study of cyberbullying with
undergraduate university students. TechTrends: Linking Research & Practice to
Improve Learning, 55(2). 31-38.

Willard, N. (2003). Off-campus, harmful online students’ speech. Journal of School Violence,
1(2), 65-93.

Ybarra, M. L., & Mitchell, K. J. (2004). Online aggressor/targets, aggressors and targets: A
comparison of associated youth characteristics. Journal of Child Psychology and
Psychiatry, 45, 1308-1316.

Anda mungkin juga menyukai