Anda di halaman 1dari 6

Gaya Asuhan Ibu Bapa Generasi Y

Anak boleh diibaratkan seperti sehelai kain putih bermula dari peringkat bayi
lagi. Maka, ibu bapa merupakan orang yang paling bertanggungjawab dalam
mencorakkan kain putih tersebut disebabkan ibu bapa adalah teras bagi sesebuah
keluarga dan mereka juga merupakan agen sosialisasi dalam kehidupan anak-anak
mereka (Atan Long, 1978). Ibu bapa hendaklah menjadi contoh terbaik atau role
model kepada anak-anak memandangkan mereka menjadi rujukan anak-anak sejak
kecil lagi. Hal ini demikian telah disahkan oleh Collins dan rakan (Collins et al.,
2000) yang mengatakan tingkah laku mereka secara tidak langsung akan menjadi
ikutan anak-anak dari kecil sehingga menjadi dewasa kelak.
Remaja merupakan masa peralihan dari kanak-kanak ke alam dewasa. Pada
masa ini, remaja mengalami pertumbuhan dan perkembangan fizikalnya serta
perkembangan emosinya. Remaja berasal daripada perkataan Latin adolensence yang
bererti tumbuh atau tumbuh menjadi dewasa. Menurut Hurlock (1992) adolescence
mempunyai erti yang lebih luas iaitu merangkumi kematangan emosi, sosial dan
fizikal. Dari perspektif Islam, remaja diistilahkan baligh ataupun sudah cukup umur.
Ia juga perubahan daripada segi biologi, fizikal, mental dan emosi serta perubahan
tanggungjawab dan peranan dalam keluarga, kelompok dan masyarakat. Remaja
merupakan golongan yang perlu ibu bapa menitikberatkan gaya asuhan terhadap
mereka. Konflik sering berlaku terhadap mereka dan mengganggap rakan sebaya
lebih memahami mereka berbanding ibu bapa.
Kini sikap ibu bapa itu sendiri jarang hendak menilai sama ada gaya asuhan
yang diberikan kepada anak-anak mencukupi atau adakah didikan yang diberikan
cukup sempurna sebagaimana yang sepatutnya diberikan kepada anak-anak. Sikap
gemar menyalahkan pihak lain seperti pihak sekolah tidak membawa apa-apa
perubahan yang positif kepada anak-anak kerana ibu bapa sepatutnya duduk semeja
dan berbincang dengan pihak sekolah bagi menyelesaikan masalah anak-anak dan
bukannya mengeruhkan lagi keadaan. Ini dapat dilakukan dengan menyokong sekolah
melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau aktiviti-aktiviti lain yang
dianjurkan oleh pihak sekolah.

Secara umumnya, ibu bapa gemar memilih dan mengenakan gaya asuhan
tertentu terhadap anak mereka dengan tujuan dapat mempengaruhi anak-anaknya dari
segi kecekapan sosial, perkembangan kognitif, pembinaan personaliti, proses
pembelajaran dan pencapaian akademik. Hal ini demikian memberi manfaat kepada
ibu bapa agar gaya didikan yang dipratikan bersesuaian dengan umur anak tersebut
agar tidak berlaku kesilapan di kemudian hari. Gaya didikan yang dibincangkan boleh
dijadikan sebagai panduan oleh ibu bapa dalam proses mendidik anak-anak.
Terdapat empat gaya bimbingan ibu bapa iaitu gaya bimbingan
autoritatif, gaya bimbingan authoritarian, gaya bimbingan permisif
dan gaya bimbingan acuh tak acuh. Dua aspek yang dinilai iaitu
kemesraan dan kawalan boleh membezakan setiap gaya bimbingan
tersebut.

KAWALAN
Tinggi

K
E
M
E
S
R
A
A
N

Rendah

Autoritatif

Autoritarian

Permisif

Acuh tak acuh

Tinggi

Rendah
Rajah

1:

bimbingan

Gaya
ibu

bapa
1.

GAYA BIMBINGAN AUTORITATIF


Baumrind, (1966) menyatakan bahawa autoritatif
merupakan cara atau asuhan untuk membesarkan anakanak oleh ibu bapa. Asuhan ini mengenakan peraturan
atau had-had batasan tingkah laku tertentu tetapi
membenarkan komunikasi yang bersifat terbuka.
Gaya

bimbingan

autoritatif

ini

ibu

bapa

memberikan kemesraan yang tinggi dan mengenakan


kawalan yang tinggi kepada remaja.
Ibu bapa bersifat mesra, sentiasa menyokong dan
memberi kebebasan kepada remaja untuk membuat
keputusan sendiri.
Hasil kajian mendapati bahawa komunikasi antara
ibu bapa dan anak yang baik, suasana keluarga yang
tenteram dan beberapa ciri asuhan autoritatif yang baik
akan menghasilkan remaja yang bersikap positif (Clark
dan Shields, 1997 ; Sokol-Katz et al., 1997).

Menurut

Baumrind

(1989),

kanak-kanak

yang

dibesarkan oleh ibu bapa yang demokratik cenderung


menjadi lebih bertenaga, suka menjelajah, mempunyai
perasaan

ingin

tahu

tinggi,

berdedikasi,

dapat

mengawal diri, puas hati dengan diri dan bersikap positif


terhadap rakan sebaya.
2.

GAYA BIMBINGAN AUTORITARIAN


Gaya
bimbingan
autoritarian,
memberikan

kemesraan

yang

ibu

rendah

bapa
tetapi

mengenakan kawalan yang tinggi kepada remaja. Ibu


bapa menyekat kebebasan, menggunakan disiplin yang
bersifat hukuman, tidak berolak ansur dan membuat
peraturan yang mesti dipatuhi kepada remaja.
Kesannya, remaja mempunyai emosi yang tidak
menentu, tidak gembira dan keyakinan diri yang rendah.
Gaya keibubapaan ini menggambarkan ciri-ciri
kesan negatif terhadap konsep kendiri anak kerana anak
akan mempunyai kemahiran sosial yang lemah, menjadi
individu yang terlalu agresif atau terlalu pasif serta
mempunyai mood yang tidak menentu (Bee dan Boyd,
2002).
Kajian

mendapati

bahawa

kanak-kanak

yang

seringkali dihukum dan seringkali menyaksikan tingkah


laku devian atau tingkah laku agresif dalam keluarga
mempunyai

risiko

yang

tinggi

dan

menghadapi

kesukaran dalam penyesuaian kendiri (DAngelo et al.,


1995).

3.

GAYA BIMBINGAN PERMISIF


Gaya bimbingan permisif, ibu bapa memberikan
kemesraan tinggi tetapi mengenakan kawalan yang
rendah.

Menurut

Kamus

Dewan

Bahasa

dan

Pustaka(2008) permisif adalah sikap terbuka

yang

membolehkan atau mengizinkan anak-anak mereka


melakukan sesuatu tanpa ada bantahan daripada ibu
bapa mereka.
Ibu bapa mengenakan tingkah laku yang baik,
memberi kebebasan sepenuhnya dan terlalu percayakan
remaja. Oleh itu, gaya bimbingan permisif cenderung
untuk menghasilkan remaja yang mementingkan diri
sendiri, mahukan perhatian, tidak mendengar kata dan
tidak bertanggungjawab.
Kekurangan kawalan dari ibu bapa, tingkah laku
agresif dan kegagalan dalam persekolahan semasa
kanak-kanak sering dikaitkan dengan gejala-gejala seks
bebas, pengambilan alkohol dan dadah semasa remaja
serta tingkah laku anti sosial (Caspi, et al., 1995; Moffitt,
1993).

4.

GAYA BIMBINGAN ACUH TAK ACUH


Gaya bimbingan acuh tak acuh, ibu bapa bersikap
tidak ambil kisah dan tidak ambil peduli terhadap
remaja. Gaya bimbingan ini ibu bapa memberikan
kemesraan dan kawalan yang rendah terhadap remaja.
Ibu bapa tidak bertanggungjawab, terlalu sibuk dengan
pekerjaan serta meluangkan masa yang minima dalam

memberi perhatian dan bersosialisasi dengan anakanak.

Gaya

bimbingan

ini

membuatkan

remaja

cenderung untuk melakukan apa sahaja yang mereka


sukai tanpa batasan dan juga melakukan keganasan.

Konklusinya, setiap gaya didikan yang digunakan oleh ibu bapa dalam
mendidik anak mereka mempunyai baik dan buruknya sendiri. Sebagai
ibu bapa, kita hendaklah memilih gaya didikan yang sesuai dengan
pembesaran anak supaya anak terbabit menjadi seorang yang
mempunyai nilai positif di dalam dirinya. Ibu bapa yang terlalu
mendesak akan menyebabkan anak mereka mudah berasa tertekan
sekaligus

menyebabkan

kemerosotan

prestasi

pelajaran

serta

mempengaruhi perkembangan sosial emosi anak-anak. Gaya asuhan


autoritatif merupakan antara yang sesuai digunakan oleh ibu bapa
terhadap anak-anak tetapi ibu bapa boleh mengubah gaya asuhannya
mengikut situasi.

Anda mungkin juga menyukai