Anda di halaman 1dari 20

PERKEMBANGAN

SOSIO-EMOSI
(SOSIAL DAN MORAL)
Apa itu PERKEMBANGAN ?
Perkembangan bermaksud
perubahan yang bersifat kualitatif
(perubahan yang tidak dapat diukur
secara kuantiti) atau suatu proses di
mana individu mencapai kematangan
seperti kemampuan menyebut
perkataan mengikut peringkat umur.
Perkembangan sosial
satu proses perkembangan yang membolehkan
kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain
mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu
masyarakat serta budaya.

melibatkan proses sosialisasi yang


membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah
laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial
dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan
sosial.
Teori Pembelajaran Sosial Bandura
4 proses dalam pemodelan:
a) Penumpuan
- Seseorang perlu memberi perhatian
kepada model supaya ia dapat
diaplikasikan terus dalam tingkah laku
mereka.
- Model perlu mempunyai ciri autoriti
khusus seperti mempunyai kuasa dan
kedudukan.
b) Penangguhan
- Apabila hendak bertingkah laku,
seseorang itu akan meletakkan
pemerhatiannya ke dalam memori
supaya dapat digunakan apabila sesuatu
keadaan memerlukan.
c) Reproduksi motor
- Tanda kejayaan hanya mula nampak
apabila seseorang itu dapat mengawal
tindakan motor semasa bertindak.
- Peniruan bermula menjadi satu paten
dalam tingkah laku tetapi bukan pada
kemahiran yang sempurna.

d) Peneguhan
- Kejayaan peniruan bergantung kepada
tindakan dan tingkah laku seseorang meniru
dan mengulanginya atau sebaliknya.
Perkembangan sosial semasa peringkat
bayi (2 tahun pertama)
Memerlukan pertolongan orang lain untuk
memuaskan keperluannya. (makanan dan
minuman)

Tahu bergerak balas secara sosial dan


faham tingkah lakunya dipengaruhi oleh
orang lain. Contohnya, bayi menyedari
bahawa apabila ia menangis, ia mendapat
perhatian
Cara membesarkan anak yang berbentuk
disiplin :
- membekalkan keperluan bayi
- memberi keselesaan
- melindunginya daripada bahaya
- membina persekitaran yang sesuai
Perkembangan sosial semasa peringkat kanak-
kanak (3 12 tahun)
Mempunyai kepercayaan diri, berkebolehan
mengawal diri

Mula berimaginasi dan meluaskan kemahiran


melalui permainan berfantasi di mana mereka
bekerjasama di dalam permainan

Mereka harus dididik secara positif yang mana


mereka akan mempunyai daya utama dan
berani kemukakan dengan pendapat mereka
sendiri.
Mereka dapat menguasai hidup formal dan
bercampur gaul dengan kawan sebaya serta
tahu mengikut peraturan
- Contohnya : dari permainan bebas kepada
permainan berpasukan yang memerlukan
disiplin diri dalam pergaulan mereka.

Semasa pembelajaran di sekolah, mereka akan


dapati dari peringkat sebelumnya iaitu
mempercayai diri sendiri dan orang lain dan
sebagainya akan belajar dengan mudah dan
menjadikannya ingin belajar dan rajin.
Perkembangan sosial semasa peringkat remaja
(12 tahun dan ke atas)
Dipengaruhi oleh budaya di mana mereka
dilahirkan.

Mereka berasa senang hati sekiranya idea dan


fikiran mereka didengar dan ditimbang oleh
dewasa.

Guru dan ibu bapa perlu menyedari dan


memahami dan memenuhi kehendak mereka.
Keadaan merendah diri akan menghasilkan
tingkah laku yang tidak sosial.

Dengan ini, para remaja yang sedar akan cuba


mengelakkan dari mengadakan hubungan sosial
yang baru dan tidak mahu mengambil bahagian
dalam perhubungan sosial.

Kebanyakan masalah disebabkan oleh


bagaimana mereka berhubung dan menerima
layanan dari orang lain.
Sifat ibu bapa yang tidak mengakui yang
anak mereka telah besar akan
mengecewakan para remaja.

Seterusnya, ibu bapa akan menyekat


kehendak dan kebebasan para remaja.
Perkembangan Moral
Kohlberg memperkenalkan 6 peringkat
pembangunan moral:
- Peringkat pertama : denda dan menurut
perintah. Ia berdasarkan perbuatan mengelak
daripada didenda dan menerima ganjaran.

- Peringkat kedua : bersifat instrumental azam


dan niat. Ini berkaitan dengan memenuhi
keperluan dan kehendak
- Peringkat ke-3: tahap interpersonal, iaitu rasa
bangga ke atas diri sendiri

- Peringkat ke-4: permintaan atau keperluan -


sosial berdasarkan kepada fungsi peranan
seseorang dalam keperluan atau permintaan
sosial.

- Peringkat ke-5: peringkat sosial- kontrak atau


perjanjian, ia menekankan pada kesedaran
kewajipan mematuhi dan menyokong perjanjian
dan undang-undang sosial
- Peringkat ke-6: prinsip beretika dan
berprinsip iaitu kepercayaan pada setiap
yang baik dan buruk itu berdasarkan
kepada prinsip pemilihan beretika individu
itu sendiri.
Perkembangan moral semasa peringkat bayi (2
tahun pertama)

bergerak balas terhadap tangisan bayi lain dengan cara


empati.

Bayi akan menunjukkan pelbagai tanda empati.

Bayi akan membantu individu lain yang tertekan dengan


cara menepuk, menyentuh atau memberi satu-satu
objek.

Mula menunjukkan konflik semasa interaksi dengan


rakan sebaya.
Perkembangan moral semasa peringkat kanak-
kanak (3 12 tahun)
Dapat membezakan peraturan-peraturan moral.

Kurang tunjuk agresif dengan cara fizikal tetapi


lebih kepada agresif secara lisan.

Menilai nilai moral mengikut konsekuen objektif


dan percaya kepada keadilan.

Menaakul mengikut ganjaran dan dendaan.


Perkembangan moral semasa peringkat remaja
(12 tahun ke atas)
Menilai dilema moral berdasarkan niat pelaku
dan percaya pada dendaan dengan prinsip
pembalasan.

Menaakul berdasarkan asas peraturan dan


undang-undang.

Menaakul berdasarkan prinsip keadilan


dalaman.

Anda mungkin juga menyukai