Anda di halaman 1dari 15

Kesan Buruk Peperangan Kepada Negara dan Rakyat yang Terlibat

1. Rakyat di sesebuah negara yang berperang akan diancam kematian - peperangan


menyebabkan banyak nyawa orang awam melayang baik yang dewasa, kanak-kanak,
mahupun warga tua - ramai juga akan mengalami kecacatan akibat kecedaraan semasa perang
- banyak juga yang mati akibat penyakit yang begitu mudah merebak semasa peperangan
berlaku.
2. Kemusnahan besar harta benda persendirian dan awam - rosak - runtuh - terbakar kerugian mencecah angka berbilion-bilion dolar Amerika.
3. Peningkatan pelbagai masalah sosial - gejala depresi/ tekanan perasaan / traumatism
meningkat- terutama dalam kalangan kanak-kanak - menjejaskan pembangunan sumber
manusia pada masa depan - masalah lain peningkatan jenayah ,cth rogol,curi - rakyat sentiasa
berada dalam ketakutan - banyak kegiatan harian akan terjejas.
4. Pembangunan sektor pendidikan terancam - kadar keciciran akan meningkat kerana
sekolah terpaksa ditutup - pendidikan tinggi terganggu - universiti tutup juga - paling terjejas
golongan kanank-kanak jika perang berpanjangan - kerana prasarana pendidikan tidak dapat
disediakan.
5.Menjejaskan banyak sektor ekonomi - perindustrian - pertanian - pelancongan perkhidmatan - perdagangan - menimbulkan krisi ekonomi seperti inflasi dan pengangguran.
6. Krisis makanan dan kesihatan akan dialami oleh rakyat negara yang terlibat - kurang bahan
makanan dan bekalan ubat-ubatan - kebuluran dan penularan penyakit berlaku - taraf
kesihatan merosot - ramai dapat penyakit akibat kurang zat - cth zaman Jepun di Malaya pada
tahun 1941-1945.

JELASKAN KESAN-KESAN PEPERANGAN TERHADAP MASYARAKAT


ASIA.

Kuasa imperialisme Barat seperti Portugis,Belanda , Inggeris , Perancis, Sepanyol


, Jerman, dan Amerika Syarikat datang ke timur adalah dengan tiga tujuan asas
iaitu gold , glory dan god. Kedatangan mereka telah menimbulkna persaingan
sengit dalam menguasai sumber di Asia. Anggapan bahawa tamadun timur
adalah mundur oleh orang barat telah mendorong kuasa barat mengambil
kesempatan untuk campur tangan. Tindakan barat ini boleh diibaratkan seperti
menangguk di air yang keruh kerana tiada sifat ikhlas orang barat melainkan

untuk kepentingan mereka sendiri. Akhirnya , campur tangna ini berkesudahan


dihujung mata pedang ( peperangan ) yang menyaksiokan orang timur dan
terpaksa menandatangani perjanjian. Sifat rakus orang barat telah banyak
meninggalkan kesan terhadap masyarakat Asia. Antara peperangan yang
melibatkan orang barat dan orang timur ialah perang Inggeris-Burma, perang
Candu , perang Russia-Jepun , perang Jawa , perang Dahagi India dan perang di
Indochina. Peperangan ini telah memberi kesan utama dari aspek polotik,
ekonomi dan sosial masyarakat Asia.
Dari aspek polotik , masyarakat Asia telah mengalami pelbagai reformasi
impak daripada peperangan ini berlaku. Antaranya ialah kebanyakan negaranegara Asia mula diletakkan di bawah sistem pentadbiran baru oleh penjajah.
Raja dan para pembesar telah kehilangan takhta dan kuasanya. Ada pula rajaraja yang diberi mandat untuk memegang tampuk pemerintahan negara oleh
penjajah hanyalah menjadi boneka sahaja. Hal ini telah dilihat ke atas beberapa
buah negara seperti Burma, Indonesia dan India. Sebagai contoh semasa
peperangan Jawa meletus yang telah berlaku di Indonesia, Belanda telah
mempergunakan Sultan Surakarta iaitu Pakubuwono VII untuk melemahkan
pasukan pemberontak pimpinan Dipo Negoro yang selaku seorang putera raja
dari kerajaan Jogjakarta yang menyebabkan beliau dibuang negeri ke utara
Sulawesi. Tindakan ini telah mengakhiri pemerintahan beraja di Jogjakarta
selepas menandatangani perjanjian. Sistem pemerintahan negara tersebut telah
disusun semula dan diletakkan di bawah penguasaan penjajah. Masyarakat
terpaksa menerima seoramg penasihat dalam mengendalikan pentadbiran
negara.
Selain itu, kita boleh lihat akibat daripada perang British-Burma yang
berlarutan sehingga berlaku tiga siri peperangan antara British dan Burma pada
abad ke-19. Burma telah mengalami kekalahan tiga kali berturut-turut dan
memberi kesempatan kepada British untuk menguasai Burma. Kekalahan Burma
pada siri pertama peperangan British Burma telah menyebabkan Burma
kehilangan hak dan kuasa di beberapa wilayah seperti Arakan , Tenassenim ,
Assam , Manipur dan Cachar melalui perjanjian Yandabo. Ini diikuti dalam
kekalahan Burma dalam siri kedua peperangan British-Burma ( 1852 ) yang
meryebabkan British menguasai seluruh wilayah di Burma hilir iaitu dari
pelabuhan Rongoon ke Toungao. Dan nasib yang sama menimpa Burma dalam
peperangan British-Burma yang ketiga iaitu ( 1855-1856 ) yang meyebabkan

British mengambil alih wilayah Burma hulu dan menguasai seluruh Burma dan
memulakan

pemerintahan

British

di

Burma.

Kejayaan

British

ini

telah

meyebabkan berakhirnya pemerintahan beraja dinasti Konbeang yang diasaskan


oleh Alaungpaya ( 1752-1856 ).
Peperangan yang berlaku juga telah memberikan kesan yang cukup
penting iaitu masyarakat Asia terpaksa menandatangani perjanjian. Perjanjianperjanijian yang ditandatangani telah menyebabkan masyarakat Asia kehilangan
wilayah-wilayah dan tanah jajahan. Hak milik mereka tela dirampas oleh kuasakuasa asing. Sebagai contoh kesan daripada peperangan Inggeris-Burma,
perjanjian

Yandabo

telah

ditandatangani.

Akibatnya

masyarakat

Burma

kehilangan hak keatas tanah dan wilayah sehinggalah Perang Inggeris-Burma


ketiga ( 1855-1856 ) yang mengakibatkan seluruh Burma ditakluk oleh Inggeris.
Begitu juga kesan perang Jepun-China ( 1894-1895 ) yang mengakibatkan kuasa
imperialis menjadikan negara China seperti kek yang telah dibahagi-bahagikan
sesama

mereka.

Berdasarkan

bukti

tersebut

jelaslah

peperangan

hanya

menyebabkan masyarakat di negara-negara Asia kehilangan kuasa. Ini keran


perjanjian yang ditandatangani antara mereka hanyalah mengenyangkan
golongan penjajah sebaliknya masyarakat Asia terus menahan kelaparan.
Dalam aspek polotik juga, peperangan yang telah berlaku meyebabkan
segelintir negara Asia mengubah dasar dan pemikiran untuk kepentingan polotik
antaranya ialah Siam dan Jepun. Di Siam pada permulaannya melaksanakan
dasar pemencilan atau dasar tutup pintu sejak abad ke 17 terhadap penjajah
barat. Walaupun raja Rama II (1808-1825) dan Rama III ( 1825-1852 )
menjalinkan hubungna dengan kuasa barat seperti Inggeris dan Perancis melalui
perjanjnian seperti perjanjian Burney. Siam tetap menghadkan segala hubungan
dengan barat , sehingga meyebabkan kuasa barat merasa tertekan. Raja Rama
III merasa curiga keatas niat dan takut akan memberi kesan politik dan sosial
seperti yang berlaku di negara Asia lain yang menagmbil dasar buka pintu.
Namun demikian Raja Rama III iaitu Raja Mongkut ( 1852-1868 ) mengambil
keputusan untuk membuka pintu perdagangan kepada dunia barat. Baginda
bertindak demikian keran melihat situasi kuasa barat yang menggunakan dasar
kekrasan untuk menjajah negara-negara Asia yang enggan membuka pintu.
Baginda sedar jika mahu mengekalkan kemerdekaan Siam , dasar pintu tertutup
harus di tamatkan dan negara Siam dibuka kepada hubungan perdagangan dan
diplomatik barat. Antara langkah baginda ialah dengan menandatangani satu

perjanjian persahabatan dan perdagangan dengan barat iaitu perjanjian Bowring


pada 18 April 1853.

Selain itu juga, melalui perjanjian yang telah ditandatangani antara kuasa
barat dengan negara Asia telah menyebabkan negara Asia terpaksa menerima
penasihat dari barat untuk membantu sistem pentadbiran negara-negara
Asia.contonya boleh dilihat di negara Burma, setelah kekalahan Burma keatas
British sebanyak tiga kali. British telah mengambil alih pentadbiran Burma dan
menempatkan seorang resident British dan melantik seorang duta Burma ke
Calcutta. Begitu juga di Vietnam, pentadbiran perancis telah meletakkan seorang
penasihat di vietnam. Ini telah mencabar kedaulatan negara-negara Asia.
Manakala jika dilihat daripada aspek akonomi, kebanyakan masyarakat
Asia telah banyak menanggung kesengsaraan akibat peperangan. Peperangna
yang meletus telah meragut banyak jiwa. Malahan wabak penyakit pula yang
datang mengundang akibat kekurang sumber makanan yang berzat. Ditambah
pula dengan berlakunya kemelesetan ekonomi. Contohnya di Indonesia bagi
menjana semula ekonomi di sini, kerajaan Belanda telah memansuhkan undangundang pembatalan kontrak sewa tanah dan memperkenalkan sistem tanaman
paksa yang jelas manunjukkan penindasan masyarakat Asia oleh penjajah.
Ternyata tindakan Belanda ini hanyalah menguntungkan sebelah pihak sahaja
sedangkan masyarakat terus melarat.
Kekalahan negara-negara Asia keatas kuasa barat juga telah meyebabkan
negara barat mengambil tindakan sesukahatinya dengan memaksa negara Asia
membayar ganti rugi sebagai pampasan ke atas kerugian yang mereka tanggung
semasa peperangan. Di Burma, pihak Inggeris telah memaksa Burma supaya
membayar pampasan sebanyak 10 juta rupee kepada Inggeris. Di China pula
semasa perang candu berlaku, pihak Inggeris telah banyak kerugian akibat
tindakan China yang merampas candu daripada Inggeris. Kekalahan China
keatas Inggeris dalam perang candu telah memberi kesempatan kepada Inggeris
untuk memaksa China untuk membayar ganti rugi keatas candu yang dirampas.
Begitu juga kekalahan China keatas British, dalam perang British-China telah
memaksa China membayar ganti rugi kepada British dan Perancis. Ini telah
merugikan pihak China dam pemberontakan Boxer, ini juga telah dipaksa oleh

British supaya membayar ganti rugi sebanyak 450 juta tael dan jika gagal
berbuat demikian dalam masa 40 tahun nilai ini akan digandakan. Ini
menyebabkan ekonomi China mengalami kemelesetan yang teruk dan dikuasai
orang asing sahaja.
Selain itu juga peperangan terlah mengakibatkan kuasa asing memonopoli
beberapa sumber negara Asia. Sebagai contoh boleh dilihat di negara Burma,
British telah menguasai kawasan-kawasan hutan Burma yang kaya dengan kayu
jati yang mahal. Terutamanya di kawasan utara Pegu. Selain itu juga kebanyakan
pedagang

terpaksa

melalui

kawasaan

yang

dikuasai

oleh

British

untuk

berdagang. Di Vietnam pula pihak Perancis, telah merampas kawasan pertanian


utama Vietnam yang merupakan hasil utama negara Vietnam. Mankala di China,
British telah memasukkan barangan import dari barat yang mempunyai mutu
yang lebih baik dan harga lebih murah berbanding barangan China. Ini
menyebabkan barangan China tidak mendapat tempat dan bersaing dengan
barangan

dari

Barat.

Sekaligus

melemahkan

ekonomi

China

sehingga

meletuskan pemberontakan Boxer.


Dalam aspek ekonomi juga, peperangan telah membuatkan negaranegara

Asia

yang

menjalankan

ekonomi

tertutup

terpaksa

membuka

pelabuhannya kepada para pedagang barat. Di Vietnam, Perancis telah


mendesak Vietnam membuka tiga pelabuhannya seperti Da Ning , Delat dan
Queng Yen kepada para pedagang daripada Perancis. Begitu juga di China,
British telah mendesak China membuka pelabuhan utamanya seperti Canton ,
Amoy , Foo Chow , Ningpo , dan Shang Hua kepada pedagang barat. Tindakan ini
jelas telah merubah pendirian China dan Vietnam yang menjalankan dasar pintu
tertutup terhadap kuasa asing.
Seterusnya, peperangan juga memberi kesan kepada aspek sosial. Ini
termasuklah dari aspek keagamaan , perpespektif masyarakat dan kebudayaan.
Peperangan yang berlaku antara orang barat dengan Asia kebanyakannya
berkesudahan dengan kekalahan dipihak orang Asia. Kekalahan ini telah
memberi kesempatan kepada orang barat menuntut hak seperti penyebaran
agama Kristian. Dengan ini masyarakat Asia terpaksa menerima kemasukan
agama Kristian kerana telah terikat dengan perjanjian yang telah dimerterai
selepas peperangan. Sebagai contoh amalan Kow Tow di China iaitu
penyembahan maharaja semasa menghadap telah dihapuskan tetapi agama

Kristian dibenarkan penyebarannya. Perkara ini juga telah terjadi di negaranegra Asia lain. Pengaruh agama yang datang dari barat telah menyebabkan
sistem kepercayaan dan amalan tradisi masyarakat tempatan mula tergugat.
Nilai adat resam mula semakin rapuh dan dilupakan. Begitu juga dengan nilainilai agama. Nilai moral masyarakat turut dicemari akibat peperanga yang
berlaku. Contohnya, beberapa adat di India seperti Suttee , Thugee dan
pembunuhan bayi perempuan telah dihapuskan sama sekali. Malah balu-balu
hindu juga dibenarkan berkahwin semula. Ini jelas menunjukkan peperangan
memberi kesan ke atas sosial masyarakat Asia.
Masyarakat Asia juga menghadapi masalah serangan wabak penyakit dan
kebuluran kesan peperangan. Banyak jiwa yang terkorban dan menjadi mangsa
peperangan. Penderitaan dan kesengsaraan yang btertimpa keatas masyarakat
Asia telah mendorong untuk bergerak bangun menentang kuasa penjajah.
Setelah berlakunya peperangan mereka mulai sedar untuk mempertahankan diri
dan

tanah

air.

Dengan

ini

timbulah

semangat

nasionalisme

dikalangan

masyarakat Asia. Ditambah pula akibat peperangan Russia-Jepun, dimana


masyarakat Asia telah mengambil iktibar bahawa orang timur bolah tewaskan
orang barat. Ataskesedaran inilah pelajar-pelajar tempatan mula dihantar untuk
mendapatkan pendidikan yang baik dan akhirnya lahirlah tokoh-tokoh reformasi.
Disini dapat dilihat, bahawa peperangan juga telah memberi sumbangan kepada
masyarakat Asia.
Kesimpulannya,

peperangan

sememangnya

telah

memberi

pelbagai

intipati sama ada positif mahupun negatif. Perspektif masyarakat Asia terhadap
peperangan akhirnya telah berjaya mencorak tamadun masyarakat Asia.

State

bertanggungjawab

sepenuhnya

terhadap

keselamatan

dan

kedaulatan negara. Ini kerana dilemma keselamatan yang berlaku hasil


daripada tindakan state sama ada dalam meningkatkan aspek pertahanan
atau menyebarkan ideology negara. Bagi negara yang baru memperoleh
kemerdekaan

isu

kedaulatan

merupakan

asas

utama

dalam

soal

keselamatan negara. Ini kerana elemen ini merupakan perkara asas dalam

sesebuah negara kerana satu aset bagi mempertahankan kemerdekaan


dan ketuanan negara untuk tidak terus dijajah atau dijajah. Kedaulatan
merujuk pada kuasa tertinggi tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah
negara.

Konsep

ini

mula

diperkenalkan

seiring

dengan

proses

pertumbuhan negara moden. Dalam erti kata lain kedaulatan merujuk


pada kuasa tertinggi yang dimiliki sebuah institusi dalam masyarakat,
politik, dan sosial dalam membuat keputusan berkaitan perkara yang
berhubung dengan pentadbiran dan politik. John Bodin (1530-1596)
menerusi bukunya Six Books Cancerning The State menegaskan
kedaulatan adalah kuasa tertinggi yang terdapat dalam sesuatu kesatuan
negara iaitu kuasa tertinggi ke atas warganegara dan rakyat wilayah itu.
Kuasa tertinggi merujuk kuasa yang dimiliki oleh golongan raja atau
pemerintah yang memiliki kuasa daulat (mutlak).[6] Perbincangan yang
melibatkan kedaulatan secara

tidak lansung juga melibatkan aspek

keselamatan negara apabila state melihat tindakan negara lain secara


aktif mahupun pasif sememangnya boleh memberi ancaman pada
kedaulatan apabila menjejaskan strukur keselamatan yang sedia ada
wujud. Ini dapat dilihat menerusi konfrantasi Indonesia Malaysia 19631966.

Disebabkan belum ada aktor non-state, jadi state bertanggungjawab


sepenuhnya terhadap kebajikan dalam state kerana tekanan yang

diterima state secara tidak lansung memberi tekanan pada domestik.


Tekanan lebih diterima oleh state kerana domestik akan meletakkan
tanggungjawab

menjaga

kebajikan

kepada

kerajaan

sebagaimana

tanggungjawab yang telah diberikan. Ini sebagaimana tekanan yang


diterima oleh Jerman setelah berakhirnya Perang Dunia I. setelah
mengalami kekalahan Jerman dipaksa untuk menandatangani perjanjian
Versailles pada 12 November 1918. Melalui perjanjian ini, Jerman dipaksa
mengaku

kesalahan

mereka

dan

dipertanggungjawabkan

untuk

membayar sebahagian perbelanjaan perang dan ganti rugi kemusnahan


kepada negara pemenang. Perjanjian ini telah menjadi politik besar di
Jerman apabila timbul rasa tidak puas hati rakyat apabila sebahagian
besar pendapatan negara digunakan untuk membayar hutang perang
sehingga rakyat hidup dalam kebuluran. Jumlah pampasan yang perlu
dibayar adalah sebanyak US$ 32 bilion beserta faedah. Bayaran yang
perlu dibayar setahun adalah US$500 juta, ditambah dengan 26 peratus
caj tambahan ke atas eksport. Kesan dari penjanjian ini juga Jerman
terpaksa melepaskan beberapa wilayah dan koloni utamanya dan
menggadai pemilikan sumber aslinya kepada korporat antarabangsa.
Konsensi perdagangan antarabangsa juga dilepaskan bagi mengumpul
wang bagi membayar hutang. Tekanan yang diterima oleh Jerman
menyebabkan pihak bangun menentang kerajaan yang sedia ada dan
telah membawa kepada Perang Dunia II apabila Hitler membangunkan
industri Jerman dalam masa yang singkat iaitu selama lima tahun sejak
rampasan kuasa berlaku.[8] Dari keadaan ini, kita memahami tekanan dari
antarabangsa memberi tekanan pada State terlebih dahulu sebelum
tekanan tersebut dirasai oleh domestik. Keadaan berbeza pula setelah
berlaku proses globalisasi pada masa kini yang merubah bentuk ancaman
itu

sendiri.

tambahan

pula,

sebagai

aktor

utama

tanggungjawab

sepenuhnya terletak pada state dalam mengurus ancaman yang melanda


pada dekat ini.
Konflik pada masa kini

Untuk melihat

konflik pada hari ini memberi ancaman lebih kepada

individu mahupun negara berbanding pada zaman dahulu adalah perlu


untuk

mengkaji

bagaimana

konflik

hari

terjadi

dan

faktor

yang

menyebabkan konflik tersebut berlaku. Konflik pada hari ini lebih dilihat
memberi ancaman kepada individu berbanding negara atas dasar
beberapa faktor yang berlaku ekoran daripada evolusi yang berlaku
berbanding konflik yang terjadi pada zaman dahulu. Perubahan yang
berlaku dalam masyarakat telah menyebabkan konflik-konflik yang
berlaku dalam dunia kini juga turut bertukar wajah. Antara perkara yang
menyebabkan perubahan ini ialah peningkatan peranan individual dimana
individu perlu bebas dari kuasa arbitari negara,kezaliman dan ketakutan.
[9] yang mana telah ditekankan dalam ideologi liberal selepas Perang

Dunia Kedua untuk mempromosikan hak setiap individu dalam setiap


perkara yang berlaku. Sejarah Eropah telah berubah akibat kemunculan
peranan individual ini di mana manusia semakin kurang menerima ikatan
kekeluargaan dan masyarakat seperti yang berlaku dalam masyarakat di
Timur. Mereka melihat dunia dan diri dalam perspektif dunia masyarakat
mereka sendiri sehingga sanggup untuk mengekspresikan individualiti
mereka dalam bersaing dengan yang lain walaupun memberi kesan yang
negatif kepada masyarakat sekeliling.[10]
Ancaman kepada individu juga meningkat daripada konflik yang
berlaku

disebabkan

globalisasi

yang

berlaku.

Globalisasi

telah

menyebabkan masyarakat berfikir bahawa semua budaya, kaum dan hak


setiap individu adalah sama. Peranan media dan internet dalam dunia
moden telah meningkatkan kesedaran terhadap hak yang dimiliki oleh
setiap individu.Dengan evolusi yang berlaku dalam dunia moden kini,
ancaman yang datang turut berubah serta pada tahap yang berbeza.
Ancaman-ancaman non-tradisional ini kini dilihat sebagai faktor yang
mampu memberi impak kepada negara dan seterusnya individu dari
aspek politik,ekonomi dan juga sosial. Keselamatan terhadap tenaga,
makanan serta air merupakan contoh ancaman non-tradisional yang kini

menjadi perhatian dunia dalam mengekalkan kelangsungan negara dalam


sistem antarabangsa.
Analisis
Bagi menjawab persoalan sama ada konflik yang berlaku pada hari ini
lebih mengancam State ataupun Individu berbanding konflik yang
berlaku pada era dahulu, ia merujuk kepada persoalan siapa yang lebih
terancam diantara kedua-dua aktor ini. Untuk melihat persoalan ini,
penulis berpendapat kedua aktor ini saling bergantung diantara satu sama
dalam terjadinya sesuatu peristiwa namun dalam dunia yang berubah kini
ancaman terhadap individu lebih dominan berbanding ancaman terhadap
state. Bagi membincangkan dengan lebih kritis,gambarajah dibawah ini
dapat menjelaskan bagaimana kedua-dua aktor ini saling berkait:

Berdasarkan
kebergantungan

gambarajah
kedua-dua

diatas

kedua-dua

dapatlah
aktor

ini

dilihat

bagaimana

berdasarkan

isu

keselamatan, ini kerana apa yang berlaku kepada State mampu memberi
ancaman juga kepada Individu begitu juga sebaliknya apa yang berlaku
kepada Individu mampu memberi ancaman kepada State. Untuk melihat
dengan lebih jelas tentang kebergantungan ini penulis akan menerangan
situasi ini sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua.
Sebelum berlakunya Perang Dunia Pertama dan Kedua, faktor yang
mendorong berlakunya ancaman keselamatan lebih terkesan kepada
aktor State kerana sebelum terjadinya peperangan negara sering bersaing
di antara satu sama lain untuk mengurangkan lagi bentuk ancaman dari
negara lain. Dalam situasi ini konsep yang sesuai yang digambarkan
dalam keadaan ini adalah konsep balance of power atau keseimbangan
kuasa yang digunakan untuk menunjukkan tahap kekuatan kepada
sesebuah negara.[11] Dalam erti kata yang lain keseimbangan kuasa
yang cuba dimaksudkan dalam teori ini adalah bagaimana keupayaan

sesebuah negara dalam membangunkan senjata dan ketenteraan untuk


berhadapan pelbagai bentuk ancaman. Dalam situasi ini State masih tidak
lagi melihat faktor ancaman kepada individu, ini kerana State hanya
melihat dan menekankan faktor keselamatan kepada negara untuk
berlindung dari pelbagai bentuk ancaman dan kesan yang berlaku dari
situasi ini adalah negara namun dalam meneliti aspek ini, penulis
berpendapat individu juga akan terkesan dengan situasi yang berlaku. Ini
kerana dalam situasi ini individu juga dilihat amat terkesan dengan apa
yang sudah berlaku walaupun kesan yang dilalui dilihat sebagai kesan
sampingan jika berlaku peperangan. Sebagai contoh yang diambil,
Semasa berlaku perang dunia pertama kekalahan Jerman dalam perang
dunia pertama mereka terpaksa menanggung beban hutang yang banyak
kesan dari kekalahan tersebut.[12] Namun sedar atau tidak rakyat dan
individu juga terkesan didalam situasi tersebut, ini kerana beban hutang
yang ditanggung oleh Jerman ini telah menjatuhkan kadar pertumbuhan
ekonomi negara dan membuatkan masyarakat dan individu terkesan
dengan beban hutang tersebut.
Namun berbeza bentuk ancaman yang berlaku hari ini, kerana
sehingga tamat Perang Dunia Kedua keselamatan yang dikatakan hanya
memberi tumpuan kepada aspek ketenteraan dan politik sesebuah negara
turut mengalami perubahan. Perubahan ini telah menunjukkan aktor yang
penting di dalam sistem antarabangsa tidak hanya meliputi negara (state)
sahaja bahkan aktor-aktor bukan negara (non-state) seperti individu juga
memainkan peranan penting mendefinisi dan mengekalkan nilai dan
faktor keselamatan kepada sesebuah negara, dimana faktor keselamatan
yang dilihat bukan hanya kepada aspek ketenteraan sahaja kerana faktor
globalisasi telah menjadikan aktor bukan negara dilihat sebagai aktor
yang memainkan peranan yang penting dalam keadaan dunia yang lebih
terbuka dan tidak mempunyai sempadan. Sebagai contoh yang boleh
dilihat untuk meneliti perubahan kepada aktor ini telah menyebabkan
aktor State kurang ditekankan adalah keselamatan manusia (Human
Security). Ini kerana konsep keselamatan manusia atau Human secuity

telah diperkenalkan oleh United Nations Development Program (UNDP)


dalam Human Development Report 1994. [13] Badan PBB berpendapat
bahawa konflik yang berlaku hari ini banyak merujuk kepada keadaan
dalam negara dibandingan dengan konflik antara negara. UNDP turut
menjelaskan

bagaimana

aspek

bentuk

ancaman

kepada

manusia

berlaku,ia turut menjelaskan aspek tersebut melalui petikan ini ;


Human security can be said to have two main aspects. It means,
first, safety from such chronic threats as hunger, disease and repression.
And second, it means protection from\ sudden and hurtful disruptions in
the patterns of daily life whether in homes, in jobs or in communities.
[14]

Berdasarakan petikan ini telah menjelaskan bahawa aspek yang dinilai


untuk merujuk kepada keselamatan manusia mempunyai dua aspek iaitu
pertama adalah keselamatan daripada ancaman kronik seperti kebuluran,
penyakit dan penindasan dan kedua, ia bermakna perlindungan daripada
gangguan tiba-tiba dan menyakitkan dalam corak kehidupan harian sama ada di rumah, dalam pekerjaan atau dalam komuniti.
Antara contoh isu-isu yang sering berlaku pada masa ini yang boleh
dilihat mampu memberi ancaman kepada manusia antaranya adalah
seperti masalah isu persekitaran. Dari isu persekitaran kehidupan
masyarakat, ia merujuk kepada keselamatan persekitaran hidup dan
masyarakat. Hal ini bertujuan melindungi masyarakat dari kesan buruk
akibat bencana alam kesan daripada kegiatan manusia, dan menurunnya
kualiti perseitaran kehidupan manusia dan masyarakat. Di negara yang
sedang membangun, masalah pencemaran air boleh dijadikan isu kepada
keselamatan

negara

kerana

mampu

memberi

ancamakan

kepada

manusia dalam mendapatkan air bersih adalah salah satu bentuk


ancaman alam sekitar terbesar. Ini kerana di negara maju, salah satu
ancaman utama yang berlaku adalah pencemaran udara. Dimana jika
kemusnahan

alam

yang

berlaku

hari

ini

tidak

dibendung,

akan

mengakibatkan peningkatan bencana alam diseluruh dunia sehingga


membawa kematian ratusan ribu nyawa manusia lebih tinggi daripada
kesan berlakunya konflik peperangan. Contoh yang isu alam sekitar yang
telah meragut ratusan ribu nyawa manusia adalah Tsunami yang berlaku
di Aceh ada tahun 2004 dan Jepun pada tahun 2011.
Selain itu, ancaman jelas lebih kepada individu berbanding state
pada zaman kini apabila konflik dan peperangan yang berlaku secara
dalaman dalam negara tersebut. Walaupun peperangan tradisional antara
dua negara mahupun antara dua blok ideologi telah lama berakhir namun
tidak bermakna bahawa keamanan dan stabiliti telah dicapai. Peperangan
dalaman negara antara dua puak yang berbeza adalah menjadi ancaman
kepada individu apabila ia berlaku dan memberi kesan terhadap individu.
Perkara ini menjadi perhatian dunia kerana konflik sivil pada hari ini
adalah berada pada tahap yang sama seperti konflik bersenjata (Harbom
dan Wallersteen, 2010)[15]. Kebarangkalian untuk tercetusnya konflik sivil
adalah lebih tinggi apabila negara yang mempunyai tahap kesihatan dan
nutrisi yang teruk menurut Pinstrup-Anderson dan Shimokawa (2008). [16]
Perkara ini melihat kembali bagaimana sesebuah negara tersebut ditadbir
oleh kerajaan negara tersebut kerana negara-negara di dunia terbahagi
kepada negara maju, sedang membangun serta negara lemah dan gagal.
Fokus dalam melihat konflik yang berlaku di seluruh dunia pada ketika ini
tertumpu kepada negara lemah dan gagal. Perkara ini dikaitkan dengan
berlakunya

pentadbiran

yang

lemah,

kemunduran

ekonomi

dan

ketidakadilan dalam sesebuah negara seperti mana yang berlaku di


negara Afrika, Asia Tengah dan Amerika Tengah. [17] Konflik yang berlaku
dalam negara tersebut secara tidak langsung telah melanggar hak asasi
rakyat dalam mendapatkan keperluan asas untuk kelangsungan hidup
apabila hidup dipenuhi dengan ketakutan dan trauma akibat perbalahan
yang terjadi.
Kesimpulan

Analisis berdasarkan persoalan yang telah dikemukakan yang menyatakan


konflik pada hari ini lebih memberi ancaman kepada individu ataupun
state berbanding konflik yang berlaku pada era terdahulu, menjelaskan
bahawa ancaman daripada konflik yang berlaku terhadap individu dan
state adalah saling berkaitan dan mempengaruhi. Namun dalam konteks
zaman sekarang dengan berlaku pelbagai perubahan akibat daripada
globalisasi telah menyebabkan ancaman terhadap invidual lebih dominan
berbanding ancaman terhadap state. Faktor-faktor yang telah mendorong
perkara ini terjadi adalah kerana peningkatan kesedaran terhadap hak
sebagai seorang individu yang mana human security menjadi aspek yang
penting diketengahkan dalam menjaga hak asasi setiap individu. Selain
itu, konflik yang berlaku pada hari ini adalah tertumpu kepada konflik sivil
yang berlaku dalam sesebuah negara dan bukan antara dua negara
ataupun lebih seperti yang berlaku pada Perang Dunia Pertama dan
Kedua. Konflik sivil telah menambahkan signifikan human security yang
terjejas akibat daripada perbalahan yang terjadi dalam negara tersebut.
Penambahan terhadap elemen security yang tidak hanya melihat kepada
traditional security tetapi perkara-perkara seperti sumber semulajadi yang
terdapat, perolehan air bersih serta bencana alam. Elemen tersebut
adalah penting bagi sesebuah negara untuk memastikan kelangsungan
kehidupan rakyat serta memberi impak secara tidak langsung kepada
ekonomi. Sekiranya elemen non-traditional security ini diabaikan ia boleh
menyebabkan ekonomi negara terjejas dan akan menyebabkan potensi
konflik berlaku adalah tinggi.

Ruchita Beri, Traditional and Non-Traditional Threats in a Changing Global Order : An


Indian Perspective, Institute for Defence Studies and Analyses, India, 2007. Hlm 1.
[2] Michael Raab, Concepts of Comprehensive Security, Oriental Institute of the Vienna
University, Vienna, 2001. Hlm 2.
[3] Ramli Dollah, et. al.,
Pendatang Filipina Di Sabah : Satu Pemerhatian Dari Sudut Keselamatan, Malaysia,
2003. Hlm 21.
[1]

[4] Ruhanas Harun, PENINGKATAN KESELAMATAN BERSAMA MELALUI KERJASAMA DUAHALA

MALAYSIA DAN NEGARA-NEGARA JIRAN (http://journalarticle.ukm.my/358/1/1.pdf/ dilayari pada


18/5/2015)
[5] Wan Shawaluddin Wan Hassan & Ramli Dollah, ISU-ISU KESELAMATAN SABAH DAN IMPAK
KEPADA
MALAYSIA

(http://jatidseas.um.edu.my/filebank/published_article/437/049%20%20068%20%20Wan
%20Sharwaluddin.pdf/ dilayari pada 18/5/2014)
[6] Mohd. Ainuddin Iskandar Lee Abdullah, Mohd Izani Mohd Zain, Muhammad Afifi Abdul Razak,
KEDAULATAN
DAN
KESELAMATAN
NEGARA
TANGGUNGJAWAB
BERSAMA(http://repo.uum.edu.my/1838/1/21.pdf/ dilayari pada 18/5/2014)
[7] Mohd . Noor Yazid, POLITIK ANTARABANGSA ASIA PASIFIK, UTUSAN PUBLICATION &
DISTRIBUTORS SDN BHD: 2000, ms 81-82.
[8] Sabaruddin Hussein, Konspirasi Yahudi Perang Dan Penaklukan, PTS Islamika SDN BHD: 2012,
Ms 26-27.

Burchill,S,2001, Theories of International Relations : Liberalism, New York : Palgrave


Macmillan,pp.55
[10] Conflict Resolution of Modern World The Modern World,pp.1
[11] Sheehan Michael, The Balance of Power: History and Theory, New York: Routledge,
1996, hlm.4-5.
[12]William R. Keylor, World War I, Detroit: Wayne State University Publication,
http://www.is.wayne.edu/MNISSANI/WWI/Encarta.htm, diakses pada 20 Mei 2014.
[13] United Nations Development Programme (UNDP), Human Development Report 1994, New
York: Oxford UniversityPress, hlm.23.
[14] Ibid.
[15] Brinkman,H-J & Hendrix ,C.S, July 2011, Food Insecurity d and Violence Conflict:
Causes, Conseqences and a
Addressing the Challenge, World Food Programme, pp.7
[16] Ibid
[17] Minister of Defense, UK, Future Character of Conflict,
[9]

Anda mungkin juga menyukai