Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN
Terdapat pihak yang mengatakan bahawa campur tangan British di negeri-negeri
tanah melayu telah bermula sejak pertapakan Francis Light di Pulau Pinang iaitu pada tahun
1786. Walaubagaimanapun, Campur tangan British di negeri melayu utara sebenarnya
hanya bermula apabila termeterainya Perjanjian Pangkor pada tahun 1874. 1 Kejayaan
campur tangan British di Negeri-negeri Melayu melalui penubuhan Negeri-Negeri Selat dan
penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mendorong mereka meluaskan lagi kuasa dan
wilayah mereka. Selain daripada itu, kerajaan British sebenarnya semakin terdesak untuk
menguasai Negeri-negeri Melayu di utara dan Johor kerana terdapat persaingan daripada
kuasa-kuasa Barat lain untuk meluaskan pengaruh di Asia Tenggara. Hal ini kerana bermula
pada tahun 1870, negara Eropah termasuk Britain, Perancis dan Jerman telah berlumba-
lumba mencari tanah jajahan di Afrika dan Asia. Kuasa Eropah ini berlumba untuk
mendapatkan tanah jajahan di hawa panas kerana di sinilah didapati banyak bahan
mentah.2 Negara Perancis menunjukkan minatnya untuk menguasai Menom Chao Phraya
iaitu kawasan penanaman padi yang subur di Siam. Mereka juga dikatakan ingin membina
sebuah terusan di Segenting Kra di selatan Siam untuk membolehkan mereka menguasai
kawasan tersebut. Rusia juga sedang berusaha untuk mendapatkan pangkalan batu arang di
Teluk Siam dan Ujong Salang. Manakala Jerman berminat untuk membina pangkalan
perdagangan di selatan Siam terutamanya di Pulau Langkawi dan Amerika Syarikat pula
ingin meluaskan pengaruhnya di Terengganu dan pulau-pulau sekitarnya. Perkembangan ini
amat membimbangkan pihak British.3 Mereka menyedari bahawa tidak mustahil nanti kuasa-
kuasa Barat yang lain akan menubuhkan petempatan di negeri-negeri Melayu terutamanya
di utara dan pantai timur Tanah Melayu. Oleh yang demikian, pihak British berusaha
mengekalkan hubungan baik dengan Siam dan mengelakkan berlakunya sebarang konflik
demi menjaga kepentingan mereka. Langkah itu dibuat untuk memastikan kepentingan
British tidak terjejas. Di samping itu siam juga berfungsi sebagai Negara penampan antara
Perancis dan Negeri Melayu Utara. Walaubagaimanapun, demi menjaga kepentingan dan
keselamatan british juga telah berusaha melakukan perhubungan yang baik dengan
beberapa kuasa barat kerana kelemahan perhubungannya dengan siam. Tetapi british tidak
dapat mengekang kemaraan kuasa barat lain disebabkan hanya bersahabat dengan
beberapa kuasa barat dan bukan kesemuanya. Akhirnya, British yang masih merasa
bimbang dengan persaingan kuasa-kuasa Barat yang lain menjelang akhir abad ke-19 ini

11
Joginder singh jessey .Sejarah tanah melayu (1400-1959). 1978.hlm 180
2
Ibid. hlm 181
3
Ibid.

1
telah mengambil langkah menaungi negeri melayu tidak bersekutu ini dengan menempatkan
penasihat british di setiap negeri.

2. 0 CARA BRITISH MENYEKAT PERLUASAN KUASA EROPAH DI NEGERI-NEGERI


MELAYU TIDAK BERSEKUTU.

2.1 MELAKUKAN PERHUBUNGAN DENGAN NEGARA SIAM

Pihak british telah melakukan perhubungan yang baik dengan siam untuk menjaga
kepentingannya di negeri melayu utara dan kepentingan perdagangannya di kawasan
kepulauan. Malahan British sentiasa memihak kepada siam seperti yang ditunjukkan oleh
perjanjian 1826.4 Menjelang tahun 1886, british telah mendapat saingan dalam
mendapatkan tanah jajahan di asia tenggara apabila Perancis telah menjajah negeri yang
dikenali sebagai Indochina. Pada masa itu juga british telah mengetahui minat perancis
untuk meluaskan tanah jajahan taklukannya ke siam iaitu untuk menguasai Lembah Menam
Chao Praya yang subur dan ini telah menambah kebimbangan British. 5 British pada ketika
itu telah menimbangkan cadangan untuk menguasai Siam sebelum dikuasai Perancis tetapi
akhirnya tidak merealisasikannya kerana bimbang timbul pertelagahan antara kedua negara
apabila mereka bersempadanan. Dengan yang demikian, british telah menyokong Siam
untuk mengelakkan pencerobohan perancis dan dijadikan negara penampan antara Tanah
Melayu dan Indochina yang dikuasai perancis. 6 British yang pada ketika itu ingin menjadikan
siam sebagai negara penampan kerana risau Perancis akan meluaskan tanah jajahannya ke
selatan. Walaupun pada tahun 1896 satu perjanjian antara british dengan perancis telah
dibuat namun ia tidaklah membawa ketenangan yang lama kepada british apabila tersebar
khabar angin yang mengatakan perancis ingin memotong segenting Kra untuk membina
sebuah terusan.7 Sementara itu british juga sedar akan minat negara Jerman terhadap
negeri siam dan negeri-negeri melayu utara.
Kecemasan pihak british tentang ancaman negara barat ini menyebabkan mereka
membuat rundingan secara sulit dengan siam pada bulan april 1897. Pihak british telah
berjaya menandatangani perjanjian dengan siam yang mengatakan bahawa british
mengakui ketuanan siam terhadap negeri-negeri melayu utara dan berjanji akan membantu
siam sekiranya dia diserang. Siam pula berjanji tidak akan menyerahkan wilayah di selatan

4
Zainal Abidin Abdul Wahid. Malaysia Warisan dan Perkembangan.Edisi Kedua.1996. hlm186
5
Ibid.
6
Ibid.
7
Ibid.
Muang bao kepada kuasa lain tanpa persetujuan daripada kerajaan british. 8 Perundingan
dan hubungan British ini sememangnya dapat dilihat sebagai salah satu cara yang diambil
british untuk menyekat perluasan kuasa barat lain yang sedang mencari tanah jajahan di
kepulauan melayu. Perhubungan british dengan siam ini juga telah berjaya menyekat
perluasan kuasa Jerman di Negeri Kedah. Hal ini terbukti apabila pada tahun 1899 dan 1900
firma-firma Jerman memohon untuk memajukan kawasan pajak di luar pantai kedah namun
kerajaan Siam terpaksa mengalah kepada tekanan inggeris dan menolak permohonan itu. 9
Hal ini menunjukan bahawa perhubungan Siam dengan British telah berjaya mencapai
matlamat pada awalnya.
Walaubagaimanapun, perjanjian sulit tersebut tidak dapat menyelesaikan
kebimbangan pihak british terhadap kemasukan kuasa barat lain di tanah melayu. 10
Perjanjian itu juga tidak menimbulkan kesan yang diharapkan oleh pihak british terhadap
Negeri Melayu Utara kerana ianya dibuat secara sulit dan tidak diberitahu kepada pihak lain.
Negeri-negeri melayu utara juga masih bertindak sebagai sebuah Negeri yang bebas
daripada penguasaan mana-mana kuasa. Berikutan perkara ini british telah membuat
perjanjian sempadan dengan siam pada tahun 1899. Tujuan perjanjian ini adalah untuk
mengukuhkan lagi pengiktirafan British tentang kekuasaan siam terhadap Negeri Melayu
Utara.11
Pada tahun 1900, telah wujud satu masalah yang memberi kesan yang sangat besar
kepada perhubungan baik yang dibina British dengan negara Siam. Hal ini belaku apabila
Sultan Kelantan telah memberikan tanah seluas 3000 batu persegi( separuh negeri
Kelantan ) kepada seorang inggeris iaitu R.W Duff. Dan sebagai balasan raja muda
menerima $20 000 tunai dan 2000 saham dalam syarikat itu. Pemberian sultan Kelantan ini
dianggap oleh siam sebagai tidak sah kerana sultan Kelantan tidak berhubung dengannya
tentang perkara ini. Namun sultan Kelantan menegaskan bahawa baginda bebas membuat
keputusan. Siam seterusnya telah membuat bantahan kepada kerajaan british dengan
alasan Sultan Kelantan telah melanggar dua perjanjian antara inggeris dan siam. Dalam
pada itu Duff telah menuntut kemerdekaan negerinya dan meminta kerajaan British campur
tangan dalam hal tersebut. Duff turut mengugut pihak British bahawa dia akan
mendapatkan bantuan kuasa eropah lain sekirannya british tidak membantunya. 12 Masalah
yang wujud antara siam dan rakyat british ini telah menyebabkan kegagalan kepada

8
Ibid.
9
Barbara Watson Andaya dan Leornard Y. andaya. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur. 1983. Hlm 225
1010
Zainal Abidin Abdul Wahid.malaysia Warisan dan Perkembangan.Edisi Kedua.1996. hlm187
11
Ibid.
12
Ibid. hlm 188
perhubungan baik antara siam dan british ini. Ianya juga membimbangkan british kerana
ugutan Duff yang boleh mengugat kedudukan british di Tanah melayu dengan kemasukan
kuasa barat lain.
Bagi mengatasi masalah tersebut pihak british telah mencadangkan kepada siam
pada awal tahun 1902 supaya melantik pegawai british yang berkhidmat dalam
perkhidmatan tadbir awam siam untuk menjadi Penasihat atau Residen di terengganu dan
kelantan. Sultan kelantan pula telah meminta frank Swettenham selaku gabenor negeri-
negeri selat dan pesuruhjaya tinggi negeri melayu bersekutu memberi perlindungan
terhadap negeri kelantan dan menghantar seorang Residen british sebagai penasihat
baginda.13 Berikutan daripada perkara itu Kerajaan British telah memberi tempoh sehingga
bulan september untuk siam mengiktiraf Kelantan dan Terengganu sebagai negeri yang
bebas. Hal ini menunjukan kelemahan perhubungan british dan siam. British yang terdesak
dengan ugutan daripada Duff akhirnya menyebabkan membawa kepada bermula
keruntuhan perhubungan baik siam dan british berkaitan negeri melayu.

Perhubungan baik british dengan siam mulai pudar kerana ia dilihat kerajaan british
sebagai tidak berkesan dalam usaha mengawal negeri melayu. Pada tahun september 1902,
satu perjanjian yang dikenali sebagai peristiharan Siam-british telah ditandatangani. Antara
isi kandungan perjanjian tersebut ialah
I. British mengiktiraf pengaruh siam terhadap kelantan dan terengganu
II. siam haruslah melantik penasihat dan penolong penasihat british di kedua
negeri berkenaan.
III. siam tidak boleh mencampuri hal ehwal dalam negeri tersebut. manakala,
Hal ehwal luar negeri pula dikawal oleh british.
IV. Siam akan mendapat pampasan sepuluh peratus jika hasil negeri berkenaan
melebihi $100 000 setahun.

Melalui perjanjian ini dapat dilihat syarat ketiga membolehkan british mengawal hal
ehwal luar negeri terbabit. Hal ini membolehkan british dapat membendung perhubungan
negeri melayu dengan kuasa luar dan mengelakkan ancaman campur tangan kuasa eropah
lain di tanah melayu. Di samping itu, syarat kedua turut memberikan impak yang sangat
besar dalam usaha membendung campurtangan kuasa barat lain di Negeri Melayu Utara.

13
Ibid.
Pada tahun 1909 satu lagi perjanjian yang berlaku antara Siam dan British berkaitan
negeri melayu utara berlaku. Perjanjian ini dibuat kerana perhubungan british dan siam
tidak berjaya menghalang perhubungan Negeri Melayu dengan kuasa barat lain. Hal ini
kerana, mereka menganggap negeri mereka adalah merdeka dan bukannya bernaung di
bawah siam.14 Oleh itu, perjanjian ini dibuat agar kerajaan british dapat membuat perjanjian
berasingan dengan Negeri Melayu Utara tanpa melalui kerajaan Siam. Antara isi kandungan
tersebut ialah

i. Kerajaan Siam bersetuju menyerahkan kepada britain kedaulatan,pertahanan,


pentadbiran dan segala hak milik ke atas negeri kelantan, terengganu kedah
perlis dan pulau yang berdekatan.
ii. Kerajaan Negeri Melayu bersekutu akan menanggung semua hutang-piutang
keempat-empat negeri melayu tersebut terhadap kerajaan Siam.
iii. Britain hendaklah menyerahkan hak ekstrateritorialnya di siam kepada kerajaan
siam.15

Melalui perjanjian ini maka siam telah melepaskan kekuasaannya terhadap Negeri Melayu
Utara yang dahulunya dianggap sebagai tanah jajahannya. British juga berpeluang campur
tangan dalam urusan tadbir Negeri Melayu Utara tanpa melalui kerajaan Siam. Dengan
campur tangan secara langsung maka british tidak lagi perlu bimbang terhadap ancaman
perluasan kuasa barat lain.

2.2 MELAKUKAN PERHUBUNGAN DENGAN KUASA BARAT


Sememangnya british tidaklah terlalu bergantung dengan perhubungannya dengan
siam dalam usaha menjaga kepentingannya di Negeri Melayu Utara. Dalam usaha
mengekang kemasukan kuasa barat lain di negeri melayu utara dan johor, british telah
berusaha melakukan perhubungan yang baik dengan beberapa kuasa barat lain untuk yang
berpotensi untuk mengancam kedudukannya di tanah melayu. Dalam Perhubungan ini
menjaga kepentingan british di tanah melayu secara khususnya juga merupakan satu
agenda british kerana pihak british mempunyai banyak kepentingan terhadap Tanah Melayu
ketika itu. Perhubungan ini juga dilihat sebagai langkah awal yang dilakukan british kerana
pihak british tidak ingin menimbulkan konflik ketentraan dengan kuasa barat lain akibat
bimbang tentang keselamatan dan kedudukan mereka di Tanah Melayu dan keselamatan
negara asal mereka tergugat. Langkah british ini sememangnya telah dapat dilihat pada
14
Ibid.189
15
Hari ini Dalam Sejarah.Jilid 1. Arkib Negara Malaysia. 1980. Hlm 207.

Anda mungkin juga menyukai