Anda di halaman 1dari 18

1.

0 PENGENALAN

Pada awalnya, Syarikat India Timur (British East India Company) enggan campur
tangan dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu. Hal ini kerana Syarikat India
Timur adalah sebuah badan perniagaan yang hanya meletakkan penekanan kepada
mengaut keuntungan melalui perdagangan secara aman damai. Dengan cara
ini, Syarikat India Timur berpendapat kemakmuran dapat dikecapi bersama oleh
syarikat dan negeri-negeri Melayu. Campur tangan syarikat dalam hal ehwal politik
dan pentadbiran negeri-negeri Melayu boleh membawa kepada penglibatan dalam
operasi ketenteraan ataupun peperangan, dan akan melibatkan perbelanjaan besar
kepada Syarikat. Syarikat melihat India dan China sebagai kawasan perdagangan
yang jauh lebih lumayan, dengan jumlah penduduk yang lebih besar dan tahap nilai
perdagangan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri Melayu.

Pembaharuan Piagam Syarikat (Charter) oleh Parlimen Britain dalam


tahun 1834 menamatkan monopoli Syarikat India Timur ke atas
perdagangan candu dan lain-lain barangan dengan China. Syarikat India Timur kini
terpaksa bersaing dengan lain-lain lain-lain pedagang British dan juga pedagangpedagang dari negara-negara lain untuk membawa barang dagang dari Timur
Jauh ke pasaran Eropah. Persaingan ini mengurangkan untung Syarikat India Timur.
Dalam tahun 1867, Negeri-Negeri Selat dipindahkan daripada penguasaan Syarikat
India Timur kepada penguasaan Pejabat Kolonial di London. Dengan ini, Gabenor
dan pegawai-pegawai British di Negeri-Negeri Selat bukan lagi menjaga
kepentingan Syarikat India Timur di Calcutta tetapi menjaga kepentingan
kerajaan British, khususnya Pejabat Kolonial di London.

Sir Andrew Clarke dihantar ke Singapura dalam bulan November 1873 oleh
Setiausaha di Pejabat Kolonial, Lord Kimberley (John Wodehouse) untuk menjadi
Gabenor Negeri-Negeri Selat. Sir Andrew diarahkan oleh Lord Kimberley untuk
mengkaji kemungkinan melantik penasihat-penasihat British di negeri-negeri
Melayu dan mengikhtiarkan supaya keamanan dan kemakmuran dapat
dikembalikan ke negeri-negeri Melayu.

(see whether any steps can be taken to promote the restoration of peace and
order to secure protection to trade and commerce dan whether it would be
advisable to appoint a British officer to reside in any of the states).

Arahan Sir Andrew dikukuhkan lagi apabila Benjamin Disraeli menjadi Perdana
Menteri. Disraeli melihat Britain mestilah menunjukkan prestijnya sebagai kuasa
terkuat di dunia dan perlu menguatkan penjajahannya di seluruh pelosok
dunia.Disraeli berpegang kepada prinsip beban orang putih (white mans burden)
bahawa Britain wajib membantu membawa tamadun dan peradaban British kepada
bahagian-bahagian dunia yang lebih mundur. Disraeli juga risaukan kuasa-kuasa
asing yang lain bertapak di Tanah Melayu. Peluang Sir Andrew terbentang luas
apabila Raja Abdullah menulis surat meminta bantuan British untuk menabalkan
dirinya sebagai Sultan Perak.

Syarikat India Timur dibubarkan secara rasminya pada 1 Januari 1874. Dengan itu,
semua perihal penjagaan hal ehwal dan kepentingan British berpindah kepada
tanggungjawab oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat. Jikalau Syarikat India
Timur sebelumnya enggan bertindak mencampuri hal ehwal Negeri-Negeri Melayu,
kerajaan Negeri-Negeri Selat lebih mementingkan penjagaan
kepentingan British di Tanah Melayu, khususnya untuk menyekat pengaruh kuasa
barat lain seperti Perancis (bertapak dan berkembang di Indo-China) dan Empayar
Jerman (merintis mewujudkan kehadiran di Pahang dan Langkawi).

2.0 FAKTOR-FAKTOR PENJAJAHAN BRITISH KE ATAS NEGARA INI

Pada akhir abad ke-19, British telah berusaha untuk campur tangan secara
langsung di negeri-negeri Melayu. British menggunakan pelbagai alasan untuk
campur tangan dalam pentadbiran di Tanah Melayu. Antaranya ialah pertelingkahan
takhta dalam kerajaan Melayu serta menjaga keselamatan akibat pergaduhan
kongsi gelap Cina. Setelah berjaya menguasai kerajaan-kerajaan negeri Melayu,
British telah memperkenalkan pelbagai dasar yang bertujuan untuk mengukuhkan
kedudukan mereka. Pengenalan Sistem Residen merupakan langkah yang telah
digunakan oleh British untuk menstabilkan kedudukan mereka di Tanah Melayu.
Keadaan huru-hara yang disebabkan oleh perang saudara telah berlaku di negerinegeri Melayu seperti di Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.
Perkembangan tersebut menyebabkan para pemodal Eropah mendesak Kerajaan
British supaya campur tangan untuk memulihkan keamanan supaya kegiatan
perdagangan tidak terjejas. Contohnya, Perak mengalami masalah perebutan kuasa
apabila Raja Ali telah dilantik menjadi sultan setelah kemangkatan Sultan Jaffar
pada tahun 1865. Perebutan kuasa semakin rumit selepas kemangkatan Raja Ali
apabila tiga orang putera menuntut takhta, iaitu Raja Abdullah, Raja Ismail dan Raja
Yussof. Malahan masalah di negeri-negeri Melayu yang lain telah menyebabkan

Kerajaan British di London mengarahkan Andrew Clarke supaya terlibat secara


langsung untuk menyelesaikan pertikaian raja-raja Melayu.

Di samping itu, masalah kongsi gelap Cina antara puak Hai San dengan Gee Hin
turut menyumbang ke arah perubahan dasar campur tangan British di Tanah
Melayu. Kedua-dua puak sering terlibat dalam pergaduhan yang mengakibatkan
kegiatan perlombongan bijih timah dan keselamatan terjejas teruk. Malahan
pergaduhan kongsi gelap menyebabkan kemusnahan peralatan perlombongan.
Peperangan penting yang berlaku antara kedua-dua puak adalah pada tahun 1861,
1865 dan 1872. Perang yang meletus pada tahun 1861 disebabkan tindakan Hai
San menyekat aliran anak Sungai Perak yang digunakan oleh Gee Hin untuk
mengangkut bijih timah. Peperangan tersebut mengganggu kedudukan
perdagangan British. British melalui Kapten Speedy telah mendamaikan kedua-dua
puak dengan mengiktiraf Hai San sebagai pengusaha lombong bijih timah di Larut
pada tahun 1873. British ingin menguasai sumber mineral yang bernilai yang
terdapat di Tanah Melayu untuk pasaran antarabangsa.

Selepas meletusnya Revolusi Perindustrian di Eropah, keperluan terhadap bahan


mentah begitu tinggi untuk menampung pengeluaran yang semakin meningkat.
Britain amat memerlukan bahan mentah, terutama bijih timah dan getah. Oleh yang
demikian, British di Tanah Melayu telah menguasai sumber-sumber bahan mentah
tersebut. Tanah Melayu yang kaya dengan bahan mineral tersebut dieksploitasi oleh
British. British menyedari sekiranya Tanah Melayu tidak dikuasai dan jatuh ke
tangan pihak Barat lain, mereka akan rugi. Selain itu, terdapat desakan daripada
para pedagang British yang menginginkan supaya monopoli terhadap perdagangan
bijih timah di Tanah Melayu dikuasai oleh British. British telah berjaya meningkatkan
pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu untuk memenuhi keperluan perindustrian
mengetin makanan.

Campur tangan British secara langsung di Tanah Melayu didorong oleh perubahan
terhadap politik antarabangsa, iaitu persaingan antara negara Barat untuk
meluaskan wilayah. Oleh yang demikian, British bimbang dengan usaha-usaha
pihak Eropah yang lain untuk menguasai Tanah Melayu. Pada ketika itu, kuasa-kuasa
Eropah yang lain sedang giat mencari kedudukan di Asia Tenggara, contohnya
Belanda di Indonesia, Perancis di Indo-China dan Sepanyol di Filipina. Tambahan
pula, Jerman sedang berusaha untuk mencari pengaruhnya di Tanah Melayu sekitar
tahun 1871. Keadaan ini telah menguatkan desakan para saudagar British supaya
mendesak Kerajaan Britain campur tangan di Tanah Melayu.

Perubahan politik di Britain telah mempengaruhi dasar mereka berkaitan dengan


tanah jajahan. Pada tahun 1874, Parti Konservatif telah berjaya menguasai parlimen
England menyebabkan berlaku perubahan terhadap dasar luarnya. Dasar

pentadbiran di Tanah Melayu turut mengalami perubahan. Andrew Clarke telah


didesak supaya menjalankan dasar agresif terhadap penguasaan Tanah Melayu.
Oleh yang demikian, British telah memperkenalkan pelbagai cara untuk
mengukuhkan kedudukan di Tanah Melayu seperti Sistem Residen.

Di samping itu, pihak British telah membangunkan pelbagai infrastruktur


pengangkutan untuk memudahkan perhubungan mereka. Perdagangan antara timur
dengan barat semakin cepat dan singkat, contohnya pembukaan Terusan Suez
mampu memendekkan jarak perjalanan. Selain itu, penciptaan kapal wap
turut menyumbang kepada penguasaan British terhadap Tanah Melayu. Barang
dagangan dari Tanah Melayu akan mudah diangkut ke negara asal. Dengan ini,
mereka seharusnya menguasai Tanah Melayu sepenuhnya melalui dasar campur
tangan secara langsung. Pihak British yang berada di Tanah Melayu mengubah
dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan secara langsung yang
turut didorong oleh pelbagai sekatan oleh negeri-negeri Melayu. Misalnya, para
saudagar British tidak dibenarkan memonopoli perdagangan bijih timah. Cukai yang
dikenakan terhadap saudagar British terlalu tinggi.

Kesimpulannya, pihak Inggeris datang ke Tanah Melayu untuk menjalankan urusan


perdagangan. Oleh sebab Tanah Melayu adalah laluan perdagangan yang baik dan
strategik serta mempunyai potensi ekonomi untuk berkembang, maka pihak
Inggeris telah memutuskan untuk menduduki dan menguasainya. Apa yang jelas
proses imperialisme British telah mendorong penglibatan Inggeris secara langsung
di Negeri-negeri Melayu. Campur tangan British secara langsung di negeri-negeri
Melayu telah mengakibatkan sistem politik dan ekonomi tempatan mengalami
perubahan yang ketara. Malahan pihak British telah berjaya menguasai ekonomi
tempatan. Apabila British mula campur tangan di Tanah Melayu maka bermulalah
era penjajahan British ke atas Tanah Melayu.

3.0 KESAN-KESAN PENJAJAHAN BRITISH KEPADA NEGARA INI.

Kuasa Inggeris mempunyai tanah jajahan yang terbesar di dunia. Tanah Melayu
merupakan salah sebuah negara bekas jajahan Inggeris. Demi kepentingan
ekonomi, pihak Inggeris akhirnya campur tangan di Tanah Melayu. Penjajahan
Inggeris di Tanah Melayu didorong oleh banyak faktor sama ada faktor dalaman
atau faktor luaran. Walau apapun faktor yang mendorong penjajahan Inggeris di
Tanah Melayu, penjajahan ini sememangnya memberi kesan yang sangat mendalam
ke atas Tanah Melayu sama ada dari aspek politik, ekonomi, mahupun sosial
masyarakat di Tanah Melayu sehinggalah sekarang.

3.1 POLITIK

Kesan yang paling ketara akibat penguasaan Inggeris di Tanah Melayu ialah dari
segi politik. Sebelum campur tangan Inggeris di Tanah Melayu, sultan berkuasa
mutlak untuk memerintah dan menguruskan hal-hal pentadbiran negara dan para
pembesar berkuasa untuk memungut cukai daripada rakyat. Tetapi setelah
kedatangan Inggeris di Tanah Melayu, kuasa-kuasa raja dan sultan telah
terjejas. Kuasa raja menjadi terhad dan raja hanya boleh menyentuh hal-hal
mengenai adat istiadat Melayu dan hal-hal keagamaan sahaja. Hal ini adalah ekoran
daripada sistem corak pentadbiran baru yang telah diperkenalkan oleh pihak
Inggeris iaitu Sistem Residen. Sistem Residen ini telah diperkenalkan oleh Inggeris
di Perak pada tahun 1874 berikutan dengan Perjanjian Pangkor. Sistem ini
kemudiannya diperkenalkan pula di Selangor pada tahun 1875, di Pahang 1888 dan
Negeri Sembilan 1889. Sistem Residen ini adalah satu bentuk pentadbiran Inggeris
yang dinamakan sebagai sistem pemerintahan tidak langsung di negeri-negeri
Melayu.

Oleh yang demikian, Sultan terpaksa menerima seorang residen Inggeris yang
dilantik bagi setiap negeri untuk menasihatinya dalam semua urusan pentabiran
kecuali perkara-perkara yang berkaitan dengan adat istiadat dan hukum hakam
agama Islam. Kuasa pentadbiran negeri sebenarnya terletak di tangan residen
Inggeris tetapi mereka bertindak di atas nama sultan-sultan Melayu. Hal ini kerana,
nasihat-nasihat yang diberikan oleh residen Inggeris hendaklah diterima oleh
sultan-sultan Melayu contohnya sistem residen yang diperkenalkan di Selangor
iaitu ia adalah disebabkan oleh kegiatan lanun dan rompakan yang sering berlaku
disepanjang pantai negeri Selangor. Pada masa tersebut Sir Andrew Clarke iaitu
Gabenor Negeri-negeri Selat telah mengambil kesempatan untuk campur tangan
dalam hal pentadbiran di Selangor berikutan satu rompakan di Kuala Labu iaitu kirakira 30 batu dari Langat.

Akibat peristiwa yang berlaku itu, Clarke telah pergi ke Selangor pada bulan Ogos
1874 dan mengadakan rundingan bersama Sultan Abdul Samad. Menerusi
rundingan itu, Clarke telah meninggalkan seorang pegawainya iaitu Frank
Swettenham bersama 20 orang sepoi untuk menjaga Sultan. Kebolehan yang
dimiliki oleh Swettenham telah menarik perhatian Sultan dan menyuruh Clarke
melantiknya menjadi penasihat Sultan serta Sultan turut menawarkan supaya
negeri Selangor diletakkan dibawah naungan British. Pada Disember 1874, Clarke
telah memberi cadangan untuk melantik Swettenham sebagai Residen Selangor
tetapi cadangan itu tidak dipersetujui dan kemudiannya Gabenor telah melantik J.G
Dawidson sebagai Residen British pertama di Selangor.

3.2 EKONOMI

Kesan yang kedua ialah kesan terhadap ekonomi. Perluasan kuasa Inggeris telah
menyebabkan berlakunya perubahan sistem ekonomi di Tanah Melayu. Sebelum
campur tangan Inggeris, masyarakat Melayu mengamalkan sistem ekonomi sara diri
dan apabila berlakunya perluasan kuasa Inggeris, sistem ekonomi komersil pula
diperkenalkan. Sistem ekonomi komersial merujuk kepada lebihan hasil secara
besar-besaran dan melibatkan banyak pihak yang memerlukan barang ekonomi
yang berbeza antara satu sama lain. Sistem ekonomi ini bermula pada abad ke-19
dan 20 terutamanya selepas kemasukan Inggeris. Hal ini kerana Inggeris lebih
menumpukan kegiatan ekonomi yang berorientasikan eksport seterusnya
mendorong pelabur-pelabur asing ke Tanah Melayu dan membawa teknologi serta
sistem pengurusan ekonomi. Penggunaan kapal korek dan pam kelikir telah
digunakan bagi menggantikan teknik lama iaitu mendulang yang agak merugikan.
Melalui teknologi baru yang dibawa oleh Inggeris menjadikan hasil pengeluaran bijih
timah yang diperolehi lebih banyak dan cepat serta tidak perlu menggunakan
tenaga buruh yang ramai. Pembinaan jalan raya yang merentasi daerah pedalaman
telah mewujudkan kawasan baru serta mewujudkan pembukaan bandar-bandar
baru. Perusahaan getah diperkenalkan bagi menggantikan kopi. Teknik penorehan
getah yang menggunakan teknologi yang lebih moden dan canggih telah membawa
kepesatan kepada pengeluaran hasil getah. Perkembangan ekonomi diseimbangkan
oleh kewujudan system pengangkutan darat.

Perubahan sistem ekonomi di Tanah Melayu berlaku daripada 3 aspek iaitu politik,
ekonomi dan sosial. Dari aspek politik, Sultan dan pembesar tidak mempunyai
kuasa ke atas tanah jajahan dan juga adat Melayu. Hal ini kerana Inggeris telah
menghapuskan beberapa amalan dalam adat Melayu. Contohnya seperti
menghapuskan sistem kerah dan serah oleh para pembesar. Sistem hamba abdi
juga dihapuskan dan rakyat boleh memiliki tanah bagi menjalankan serta
meningkatkan hasil pertanian tanpa menyerahkan sebahagian hasil mereka kepada
Sultan atau pembesar.

Dalam sistem ekonomi komersil juga , Inggeris telah menghapuskan amalan


pungutan cukai yang dilakukan oleh Sultan dan pembesar. Ianya terbukti apabila
penyusunan sistem kutipan cukai dilakukan oleh J.W.W Birch di mana pembesar
dilarang untuk memungut cukai dan segala sistem pungutan cukai perlu dipusatkan
di bawah kelolaannya. Tindakan J.W.W Birch telah menyebabkan pembesar
kehilangan kuasa dan pendapatan yang mereka perolehi daripada hasil cukai yang
dipungut terjejas dan ini telah bercanggah dengan nilai-nilai tradisi dan adat istiadat
Melayu. Pada pertengahan April 1874, Birch telah membuat lawatan ke Bidor dan

Birch telah membakar rumah Raja Ngah dan Tengku Panglima Besar yang
merupakan sepupu Sultan Ismail kerana didapati telah mengutip cukai daripada
pelombong di situ.

3.3 SOSIAL

Selain itu, kesan sosial campur tangan British di Tanah Melayu ialah kemasukan
orang Cina dan orang India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu. Kemasukan
orang Cina dan orang India telah menimbulkan pelbagai masalah di Tanah Melayu.
Antara masalah yang timbul ialah masalah jenayah yang berleluasa, khasnya di
negeri-negeri kawasan lombong bijih timah seperti di Perak, Selangor dan Negeri
Sembilan. Kumpulan orang Cina yang berbeza telah mewujudkan kongsi gelap
untuk menjaga kepentingan masing-masing. Kumpulan kongsi gelap Cina sering
bermusuhan untuk mengukuhkan kedudukan dan mempertahankan kawasan
lombong bijih timah mereka. Antara kumpulan kongsi gelap ialah Hai San dan Ghee
Hin.

Selain itu, kesan sosial kemasukan orang Cina dan orang India ialah aktiviti
pelacuran yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Terdapat aktiviti membawa
wanita-wanita Cina dari negara China untuk dijadikan pelacur. Walaupun aktiviti
tersebut hanya melibatkan orang Cina, tetapi sering menimbulkan keadaan tidak
tenteram kerana berlaku pergaduhan. Hal ini telah menyebabkan kemantapan
politik terganggu. British telah mengambil tindakan untuk mengatasi masalah
pelacuran dan pergaduhan tersebut. Kesan ekonomi kemasukan orang Cina dan
India ialah perekonomian semakin meningkat, khususnya dalam bidang
perlombongan bijih timah dan perladangan getah. Orang Cina dibawa ke Tanah
Melayu sebagai buruh di lombong bijih timah kerana kemahiran dalam aktiviti
tersebut. Manakala orang India merupakan buruh yang mahir dalam perladangan
getah. Selain itu, aktiviti perniagaan turut berkembang dengan pesat. Contohnya,
orang Teochew dan Hakka merupakan peniaga yang telah membuka banyak kedai
di kawasan bandar dan lombong bijih timah. Hal ini telah meningkatkan ekonomi di
Tanah Melayu.

Kesan sosial seterusnya ialah pembentukan bandar-bandar baru. Orang Cina dan
orang India membuat petempatan berkelompok di kawasan lombong dan ladang
getah seperti di Ipoh, Kinta, Taiping, Kuala Lumpur, Seremban dan Johor Bahru.
Seiring dengan kewujudan bandar-bandar baru tersebut, kerajaan British telah
membina jaringan jalan perhubungan dan pengangkutan seperti jalan kereta api
dan jalan raya. Sistem jalan pengangkutan tersebut menghubungkan antara ladang
getah dan lombong bijih timah dengan kilang mahupun pelabuhan.

Di samping itu, kesan ekonomi kemasukan orang Cina dan India ialah meningkatkan
kemajuan Tanah Melayu secara keseluruhannya. Orang Cina dan orang India banyak
menetap di kawasan pantai barat Tanah Melayu. Malahan orang Cina dan India lebih
banyak menetap di Pulau Pinang dan Singapura. Hal ini telah menyebabkan keduadua buah negeri tersebut berkembang dengan pesat. Contohnya, Singapura telah
berkembang sebagai sebuah pelabuhan entrepot.

3.4 KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK

Selain itu, perluasan Inggeris juga telah menyebabkan berlakunya kewujudan


masyarakat majmuk atau masyarakat berbilang kaum . Terdapat 3 kaum utama di
Tanah Melayu iaitu Bumiputera atau Melayu, Cina dan India. Kewujudan masyarakat
majmuk dapat dibahagikan kepada aspek politik, ekonomi dan sosial. Dari aspek
politik masyarakat majmuk dikuasai oleh suatu kelompok minoriti yang mempunyai
kebudayaan tersendiri. Kewujudan masyarakat majmuk ini adalah disebabkan oleh
dasar terbuka Inggeris terhadap kemasukan buruh asing bagi memenuhi
kepentingan mereka. Dari aspek ekonomi, kewujudan masyarakat majmuk adalah
bagi memenuhi tenaga buruh yang diperlukan oleh pihak British dalam ekonomi
perlombongan dan perladangan iaitu buruh Cina ditempatkan di kawasan
perlombongan manakala buruh-buruh India pula bekerja di estet-estet atau di
ladang-ladang. Dalai aspek sosial pula, kewujudan masyarakat majmuk adalah bagi
meraih keuntungan ekonomi pihak Inggeris iaitu apabila semakin ramai buruhburuh asing datang ke Tanah Melayu, pengeluaran ekonomi Tanah Melayu akan
bertambah dan ini meningkatkan keuntungan para penjajah yang sememangnya
ingin meraih keuntungan di Tanah Melayu.

Masyarakat majmuk ini wujud akibat daripada kemasukan imigran pada


pertengahan abad ke-19 dan telah melahirkan satu masyarakat majmuk, organisasi
sosial dan budaya yang berbeza. Kewujudan masyarakat majmuk juga berlaku
ketika perusahaan bijih timah di Tanah Melayu berkembang pesat dan telah
menyebabkan Inggeris membawa masuk buruh-buruh Cina dan India bagi
menambah tenaga buruh di lombong. Buruh India juga digunakan dalam
perusahaan getah serta projek-projek pembangunan seperti jalan raya dan keretapi.

Kewujudan masyarakat majmuk telah menyebabkan kehidupan masyarakat


menjadi pelbagai. Hal ini berlaku kerana mereka hidup secara individualistik serta
hidup dengan cara kehidupan yang berbeza-beza samada dari segi agama,
kepercayaan, kebudayaan, adat, bahasa, kegiatan ekonomi dan petempatan. Ia juga
berlaku akibat daripada dasar yang diperkenalkan oleh Inggeris iaitu dasar Pecah

dan Perintah yang bermaksud pengasingan masyarakat yang terdapat di Tanah


Melayu. Hal ini dapat dilihat daripada orang Melayu yang hidup di kawasan luar
bandar seperti kampung dan desa. Mereka juga masih mengamalkan sistem
ekonomi sara diri seperti nelayan, kegiatan pertanian secara kecil-kecilan dan
pegawai-pegawai rendah. Manakala orang Cina tertumpu di kawasan bandar dan
menjalankan kegiatan perdagangan dan perlombongan. Orang India pula tinggal di
kawasan-kawasan estet dan ladang getah bagi menjalankan kegiatan perladangan.

Sebelum tahun 1800, penduduk di negara kita hanya terdiri daripada penduduk
tempatan. Walau bagaimanapun, pada akhir abad ke-19 berlaku kemasukan orang
Cina dan India secara beramai-ramai ke negara kita. Kemasukan orang Cina dan
India disebabkan oleh banyaknya peluang ekonomi yang terdapat di Tanah Melayu.
Mereka mencari kehidupan yang lebih selesa di Tanah Melayu kerana keperitan
hidup di negara asal mereka. Malahan British telah membawa masuk orang Cina
dan India ke Tanah Melayu sebagai tenaga kerja di sektor perlombongan dan
perladangan. Kehidupan yang selesa di Tanah Melayu menyebabkan golongan ini
telah menetap secara terus. Situasi ini memberikan kesan terhadap kehidupan
sosio-ekonomi di Tanah Melayu.

Kesan sosial kemasukan orang Cina dan orang India pada akhir abad ke-19 dan awal
abad ke-20 ialah pertambahan bilangan penduduk Tanah Melayu yang begitu pesat.
Pada tahun 1870, bilangan penduduk Tanah Melayu kira-kira 500 000 orang. Setelah
kedatangan orang Cina dan orang India ke Tanah Melayu, jumlah penduduk
bertambah menjadi 3 300 000 orang pada tahun 1921. Pada tahun 1931, jumlah
penduduk bukan Melayu lebih ramai berbanding dengan masyarakat tempatan di
Tanah Melayu. Situasi tersebut telah melahirkan situasi masyarakat majmuk di
negara kita. Kehidupan mereka bercorak berasingan dan mengamalkan kebudayaan
masing-masing. Orang Cina yang datang ke Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai
kelompok. Mereka berbeza dari segi dialek, adat dan pengkhususan ekonomi.
Malahan terdapat permusuhan antara mereka. Orang India pula tinggal di kawasan
ladang-ladang getah. Sedangkan penduduk tempatan, iaitu orang Melayu tinggal di
kawasan kampung luar bandar dan pesisir pantai.

3.5 PENDIDIKAN

Perubahan sosial yang dibuat oleh Inggeris ialah perubahan dalam sistem
pendidikan. Sebelum kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu, pendidikan di Tanah
Melayu bersifat tidak formal iaitu hanya terhad kepada pengajian Al-Quran dan
keagamaan. Namun selepas kedatangan Inggeris, terutamanya pada pertengahan
abad ke-19 , sistem pendidikan di Tanah Melayu telah banyak berlaku perubahan

dan ianya lebih bersifat perkauman atau vernakular kerana Inggeris tidak
menyeragamkan sukatan pendidikan dengan pendidikan guru dan ini membawa
kepada perbezaan sukatan pelajaran antara kaum. Masyarakat Melayu tidak
mendapat pendidikan akademik yang sempurna seperti mana kaum-kaum lain dan
mereka hanya mendapat ilmu kemahiran sahaja.

Terdapat 4 jenis sekolah di Tanah Melayu iaitu sekolah Melayu, sekolah Cina,
sekolah Tamil dan sekolah Inggeris. Di sekolah Melayu , terdapat 2 bentuk
persekolahan iaitu sekolah berbentuk keagamaan dan sekular. Sekolah berbentuk
keagamaan telah lama wujud sebelum kedatangan Inggeris. Sekolah ini mengajar
tentang hal keagamaan dan mengaji. Sekolah ini juga kurang mendapat tumpuan
daripada pihak Inggeris kerana pihak Inggeris mahu mengekalkan kestabilan dan
memastikan kaum Melayu terus tinggal di kampung sebagai petani. Manakala
sekolah Melayu yang bersifat sekular pula diperkenalkan oleh Inggeris melalui
mubaligh Kristian. Sekolah ini kurang mendapat sambutan daripada orang Melayu
kerana mereka takut terpengaruh dengan agama Kristian oleh mubaligh.

Di samping itu, kesan kemasukan orang Cina dan orang India ialah kewujudan
sistem persekolahan yang tidak seragam dan menyulitkan pemerintahan British
menguruskan persekolahan di Tanah Melayu. Sistem pendidikan vernakular telah
berkembang dengan pesat. Orang Cina dan orang India membuka sekolah masingmasing. Mereka menggunakan sistem pendidikan yang dibawa dari negara asal
mereka. Situasi ini mewujudkan jurang antara kaum kerana semangat perpaduan
melalui pendidikan tidak wujud sama sekali.

Sistem pendidikan pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua berkembang mengikut
haluan masing-masing. Sekolah-sekolah dibina mengikut kepentingan setiap kaum.
Hal ini turut mempengaruhi keseimbangan peluang dalam kalangan kanak-kanak
untuk mendapatkan pendidikan. Sekolah vernakular India, Cina, Melayu dan
Inggeris berkembang tanpa adanya keseragaman. Keadaan ini telah menyebabkan
wujud perbezaan ras yang amat ketara sehingga menghalang perpaduan kaum di
Tanah Melayu. Justeru, selepas Tanah Melayu merdeka, sistem pendidikan untuk
membentuk perpaduan kaum telah diwujudkan. Sistem pendidikan tersebut
memberikan peluang kepada kanak-kanak daripada semua kaum untuk menikmati
pendidikan.

Kerajaan colonial British juga membuka sekolah-sekolah untuk melatih anak-anak


tempatan bagi pengisian jawatan-jawatan perkeranian di dalam sektor awam dan
swasta. Sekolah-sekolah seperti Sekolah King Edward VII Taiping dibuka untuk
memberikan pendidikan untuk membolehkan rakyat tempatan memegang jawatanjawatan rendah di dalam perkhidmatan kerajaan dan swasta, tetapi tidak
mementingkan pelajaran di peringkat tertinggi. Maktab Melayu Kuala

Kangsar dibuka untuk membolehkan anak-anak bangsawan Melayu mendapat


latihan untuk memegang jawatan-jawatan peringkat pertengahan dalam
perkhidmatan kerajaan kolonial British.

Kesimpulannya ialah sistem pendidikan yang diperkenalkan sebaik-baik sahaja


Tanah Melayu mencapai kemerdekaan sehingga 1961 bertujuan untuk mewujudkan
perpaduan kaum. Dalam usaha membentuk sistem pendidikan kebangsaan,
pandangan daripada semua kaum diambil kira melalui rundingan antara kaum.
Melalui sistem pendidikan telah memberikan peluang kepada semua kaum untuk
mendapatkan pendidikan yang seimbang. Malahan kerajaan telah memberikan
bantuan kewangan kepada semua sekolah. Penyelarasan sistem pendidikan Tanah
Melayu telah membantu mewujudkan perpaduan kaum. Hal ini jelas terbukti dengan
pengajaran Bahasa Melayu di semua sekolah, selain penyeragaman kurikulum dan
peperiksaan. Laporan Razak dan Akta Rahman Talib telah menjadi asas
pembentukan sistem pendidikan kebangsaan selepas pembentukan Malaysia pada
tahun 1963.

3.6 PENGENALAN DASAR INGGERIS

Dasar yang telah dijalankan oleh pihak Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat
dibahagikan kepada 3 iaitu dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dasar politik di
tanah melayu adalah mengenai dasar imigrasi, Jabatan Perlindungan Orang Asing
dan Undang-undang buruh. Dasar imigrasi ialah berbentuk bebas iaitu tidak
mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing melalui sistem-sistem
kemasukan seperti indenture, kangany, kontrak dan bebas. Pada tahun 1930,
Inggeris telah memperketatkan dasar imigrasi dengan bertindak menghantar
pulang orang-orang imigran ke negara asal mereka. Undang-undang imigrasi pada
tahun 1930 juga telah menghalang kemasukan orang asing ke Tanah
Melayu. Sebelum tahun 1930 orang Inggeris telah mendapatkan tenaga buruh
tanpa sekatan kerana pada masa tersebut tenaga buruh penting bagi
pembangunan ekonomi perlombongan dan perladangan selain melaksanakan
pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya. Jabatan
perlindungan Orang Asing telah ditubuhkan bagi melindungi para buruh imigran
daripada ditindas oleh para kongsi gelap atau majikan. Kewujudan jabatan
perlindungan orang asing ini bermakna buruh-buruh dilindungi pemerintah Inggeris
dan menunjukkan bahawa kerajaan Inggeris menggalakan kemasukan buruh asing
di Tanah Melayu.

Pihak inggeris juga telah melaksanakan dasar ekonomi di Tanah Melayu iaitu dasar
ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas. Dasar ekonomi komersial telah

membawa perubahan kepada sistem sara diri yang telah dijalankan secara tradisi
oleh masyarakat Melayu. Ia juga telah membawa kesan terhadap pembukaan tanah
dan ladang serta meningkatkan pengeluaran perlombongan bijih timah. Dasar
ekonomi yang dijalankan oleh pihak Inggeris juga telah mewujudkan sistem
ekonomi moden yang berasaskan tenaga buruh.
Dasar sosial yang telah dijalankan oleh Inggeris lebih tertumpu kepada dasar
pendidikan pemerintahan Inggeris. Dasar ini merupakan tunggak utama yang
menyebabkan wujudnya masyarakat Melayu. Dasar ini tidak membawa kepada
perpaduan kaum bahkan dasar tersebut telah mewujudkan jurang antara kaum
kerana Inggeris tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Hal
ini bermaksud sukatan pendidikan antara sekolah-sekolah Melayu, Cina dan
India adalah berbeza dan bagi masyarakat Cina dan India , guru diambil dari negara
asal. Pada masa tersebut orang-orang Melayu tidak mendapat kemahiran dan
pendidikan yang tinggi tetapi orang-orang Melayu hanya mendapat kemahiran bagi
membuat kerja-kerja sara diri sahaja. Dasar yang telah dijalankan oleh orang
inggeris ini sebenarnya telah menggalakkan kemasukan orang asing di Tanah
Melayu. Tujuan Inggeris menggalakkan kemasukan orang asing di Tanah Melayu
adalah bagi menjaga kebajikan mereka dan bagi meraih keuntungan ekonomi di
Tanah Melayu.

Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan
pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu.
Dalam hal ini ia dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu
mewujudkan masyarakat Malaysia yang majmuk. Keadaan ini bukan sahaja
memberi kesan terhadap kemajmukan ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek
dalam politik dan sosial. Perbincangan mengenai tajuk ini dapat difahami jika kita
melihat beberapa dasar Inggeris seperti huraian berikut:

DASAR POLITIK

Perbincangan ini berkisar pada aspek dasar imigrasi Jabatan


Perlindungan Orang Asing,dan undang-undang buruh.

Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak
mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing. Dalam hal ini Inggeris
seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-sistem
kemasukan seperti indenture, kangany, kontrak, dan bebas. Hal ini berbeza
dengan tindakan Inggeris pada 1930an, dengan Inggeris memperketatkan dan
menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang
imigran balik ke negara asal mereka. Selain itu, undang-undang imigrasi pada
tahun 1930an juga menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu.
Seperkara yang menarik tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing ke
negara ini sebelum undang-undang imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan
Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh bagi menrancakkan ekonomi

perlombongan dan peladangan selain buruh bagi melaksanakan pembinaan


prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya.

Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan


Orang Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan
penganiayaan para kongsi gelap mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan
ini, ini bermakna buruh-buruh ini dilindungi oleh pemerintah Inggeris dan ia
menunjukkan bahawa seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan
buruh asing. Ini juga menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan dasar kerajaan
Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi
Tanah Melayu . Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan undang-undang
buruh yang memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang
sepatutnya kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja
menggalakkan kemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan mereka untuk
tidak pulang ke negara asal mereka. Hal ini terbukti semasa kemelesetan
ekonomi 1927-1932 orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara
asal mereka dan ini menjadi masalah kepada pemerintah Ingeris.

Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan


bahawa kewujudan masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan
dasar yang berkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan
membolehkan penjajah mendapat keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil
kira permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat pribumi.
DASAR EKONOMI

Dasar ekonomi komersial kapitalisme dan bebas. Perubahan sistem


daripada sara diri kepada sistem komersial. Pembukaan tanah dan ladang serta
peningkatan pelombongan bijih timah.

Wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan


buruh.

Keperluan pemodenan prasara baru yang memerlukan tenaga buruh.

DASAR SOSIAL.

Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar


pendidikan pemerintahan Inggeris. Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi
bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia. Melalui dasar pendidikan
yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum
dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat
melalui tindakan Inggeris yang tidak menseragamkan sukatan pendidikan dan
pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan
yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di
Malaysia. Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiaif dengan mengikut
sukatan pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka.
Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi

menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orangorang melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerjakerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran
dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak
para bangsawan Melayu sahaja.

Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi


kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi
memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi
bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga
kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah.

3.7 PENENTANGAN MASYARAKAT MELAYU

Kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu telah menyebabkan berlakunya campur


tangan dalam halehwal dan pentadbiran di negeri-negeri tersebut. Dengan
berlakunya campur tangan Inggeris, telah banyak menimbulkan ketidakpuasan hati
orang-orang Melayu terhadap struktur pentadbiran dan pelaksanaan hal-ehwal di
Tanah Melayu. Oleh yang demikian, berlaku penentangan di Tanah Melayu untuk
menentang Inggeris daripada terus berleluasa dan mengukuhkan
kuasanya. Terdapat pelbagai penentangan yang telah dilakukan oleh masyarakat
Melayu yang melibatkan perbuatan dan pemikiran masyarakat Melayu setempat.

Penentangan pertama yang dilakukan ialah dengan melakukan pembunuhan


pegawai Inggeris iaitu J.W.W Birch dalam peristiwa Pasir Salak di Perak hasil
muafakat daripada beberapa pihak. Tindakan melampaui batas Birch yang
berlawanan dengan sistem pemerintahan tradisional dan melanggar adat-istiadat
orang Melayu telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan pembesar dan
pengikut mereka. Sultan Abdullah mengarahkan Dato Maharaja Lela membunuh
Birch dan cadangan tersebut disokong oleh Raja Ismail. Sultan Abdullah dan Raja
Ismail telah menghantar senjata-senjata dan keris rasmi pembunuhan kepada Dato
Maharaja Lela dan memerintah orang-orang kampung bersatu dalam perjuangan
mereka sebagai menunjukkan penentangan orang Melayu terhadap Inggeris.
Pembunuhan itu dipertanggungjawabkan kepada Dato Maharaja Lela yang telah
mengambil keputusan nekad untuk membunuh Birch walaupun pembunuhan
tersebut dilakukan oleh pembunuh upahan iaitu Pandak Indut dan Seputum.
Peristiwa pembunuhan ini menjelaskan kepada kita betapa marah dan kecewanya
orang melayu di Perak kepada pihak Inggeris sehingga sanggup melakukan
pembunuhan.

Pembunuhan Birch telah menyebabkan semangat nasionalisme kepada masyarakat


Melayu. Orang-orang Melayu juga telah bertindak balas terhadap campur tangan
Inggeris dengan mengangkat senjata. Perkara seperti ini bukan sahaja berlaku di
kawasan Perak tetapi di negeri lain apabilanya adanya kebangkitan penentangpenentang Inggeris yang lain seperti Mat Kilau dan Dato Bahaman di Pahang
,Tok Janggut di Kelantan dan Hj Abdul Rahman Limbong di Terengganu.

Penentangan kedua ialah dengan menjalankan kempen menggesa orang ramai


supaya tidak membayar cukai dan mematuhi peraturan baru yang diperkenalkan
oleh pihak Inggeris. Hal ini terjadi di negeri Kelantan. Pengenalan sistem cukai baru
yang di perkenalkan oleh pihak Inggeris bukan sahaja menimbulkan rasa tidak puas
hati rakyat tempatan, tetapi turut membebankan mereka. Sistem cukai baru yang
di perkenalkan oleh Inggeris merupakan suatu yang asing kepada penduduk
tempatan kerana mereka diwajibkan membayar cukai tanah tanpa mengambil
kira sama ada tanah itu di usahakan atau sebaliknya. Mereka juga menghadapi
masalah untuk membayar cukai kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh dan
berada di daerah-daerah tertentu. Selain itu, ketegasan dan sikap kasar pegawai
yang bertugas menimbulkan kemarahan rakyat. Mereka yang tidak membayar cukai
ditangkap atau didenda dan ada antara mereka yang dimaki hamun oleh para
pegawai berkenaan dengan kata-kata kesat. Keadaan iniakhirnya mendorong Tok
Janggut dan para pengikutnya menjalankan kempen dan usaha ini mendapat
sokongan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Penentangan lain ialah penentangan terhadap pengenalan berbagai-bagai


peraturan baru yang bercanggah dengan amalan tradisi yang diperkenalkan oleh
Inggeris. Hal ini berlaku di Terengganu. Pengenalan peraturan baru yang
diperkenalkan termasuklah penguatkuasaan beberapa jenis cukai seperti cukai
hasil, cukai tanah dan cukai binatang ternakan. Kebangkitan pertama bermula pada
tahun 1922 apabila sekumpulan masyarakat pedalaman di Telemong yang di ketuai
oleh Hj Abdul Rahman Limbong dengan dibantu oleh Mat Zin bin Mat Min, Hj Kia dan
Lebai Deraman menentang pengenalan berbagai-bagai peraturan baru ini. Mereka
bertindak membersihkan tanah dan mengambil hasil hutan tanpa
mendapatkan surat kebenaran terlebih dahulu.Kerajaan mengambil tindakan tegas
ke atas mereka dan seramai 43 orang telah ditangkap. Mereka didakwa di
mahkamah atas tuduhan membuka tanah dan menebas hutan tanpa
kebenaran. Hal ini menyebabkan orang-orang melayu bertindak balas dengan
memprotes pihak Inggeris secara intelektual. Hj Abdul Rahman Limbong telah
membela orang-orang melayu dan mereka telah dibebaskan kerana Inggeris gagal
membuktikan kesalahan dan memberi keputusan yang muktamad.

Penentangan yang berlaku di Pahang adalah berpunca daripada perasaan tidak


puas hati para pembesar seperti Dato, Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau terhadap
pelbagai perubahan baru yang diperkenalkan oleh Inggeris yang ternyata

bercanggah dengan nilai-nilai tempatan dan menggugat kekuasaan para pembesar.


Undang-undang yang melarang pembesar mengutip cukai , mengawal hamba abdi
dan membataskan kerja-kerja kerahan dan mengadili kes-kes jenayah dan sivil di
kawasan-kawasan masing-masing dilihat sebagai mengugat kekuasaan tradisi para
pembesar. Dato Bahaman memulakan dan beberapa pembesar yang lain
memulakan penentangan secara kekerasan dengan melancarkan serangan ke atas
Lubuk Terua dan berjaya menawan Temerloh. Penentangan semakin hebat apabila
mendapat sokongan daripada seorang tokoh agama yang menyifatkan perjuangan
mereka sebagai perang jihad. Dato Bahaman dan pengikutnya telah menyerang
Kuala Tembeling setelah berjaya menawan kubu Jeram Ampai pada bulan Jun
1894. Kebangkitan rakyat Pahang menentang penguasaan Inggeris mengambil
masa yang panjang dan berlarutan selama 4 tahun.

Penentangan yang berlaku di Sarawak pula melibatkan tentangan daripada para


pembesar tempatan seperti Rentap, Syarif Masahor dan Datu Pattinggi Abdul
Gapur. Kebangkitan Rentap didorong oleh kemaraan Brooke ke kawasan orang Iban
dan sebagai persediaan awal, Rentap telah membina kubu pertahanan di Sungai
Skrang, Kanowit , Lingga Sarikeidan Bintulu. Pembinaan kubu-kubu ini menggangu
kebebasan dan menceroboh kawasan orang Iban. Rentap dan pengikutnya
meneruskan penentangan menentang pentadbiran Brooke. Pada tahun 1853,
Rentap menyerang kubu Brooke di Kuala Skrang dan berjaya membunuh seorang
pegawai pasukan Brooke bernama Alan Lee. Kebangkitan Syarif Masahor dan Datu
Patinggi Ali Abdul Gapur pula didorong oleh tindakan Brooke yang meluaskan
kawasan pentadbirannya dengan mengambil alih beberapa daerah di bawah kuasa
kesultanan Brunei.Sebagai penentangan, beliau telah membuat pakatan sulit
dengan Datu Patinggi Abdul Gapur untuk menyerang kubu Brooke dan mengusirnya
keluar dari Sarawak. Mereka kemudiannya membuat pakatan sulit untuk menyerang
Kuching dan menggulinkan pentadbiran Brooke.

Penentangan terakhir berlaku di Sabah yang melibatkan tentangan


para pemimpin tempatan sepeti Mat Salleh. Ianya bermula apabila pentadbiran
kompeni telah campur tangan dan memasuki wilayah di bawah kekuasaan
beliau. Antara tindakan pihak kompeni yang membangkitkan kemarahan Mat Salleh
ialah menyerang dan membakar kampung beliau. Pada tahun 1894, para pengikut
Mat Salleh membunuh 2 orang peniaga kaum Dayak dan beliau enggan
menyerahkan 4 orang pengikutnya yang terlibat dan memberi perlindungan kepada
mereka. Mat Salleh dan pengikutnya juga melancarkan serangan ke atas
Pulau Gaya dan memusnahkan bangunan kerajaan sebagai menunjukkan
penentangan mereka terhadap penguasaan kuasa Inggeris. Perasaan tidak puas
hati terhadap pentadbiran kompeni yang terus memperkenalkan beberapa
perubahan yang bercanggah dengan nilai-nilai tradisi mendorong seorang
pemimpin bernama Antanum tampil menentang pentadbiran kompeni. Antanum
menyerang Persiangan dan pejabat pegawai Daerah Rundum sebagai menunjukkan
penentangan terhadap penguasaan pihak Inggeris di negeri itu.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kemasukan orang Cina dan orang India telah memberikan kesan
terhadap kehidupan sosioekonomi di Tanah Melayu. Orang Cina dan India yang
datang untuk memperbaik kehidupan mereka telah tinggal secara tetap di Tanah
Melayu. Tidak dapat dina kan bahawa orang Cina dan orang India telah
memainkan peranan yang penting dalam pembentukan masyarakat majmuk.
Mereka terlibat secara langsung dalam kehidupan sosial dan ekonomi di Tanah
Melayu. Kehidupan secara bersama antara kaum di Tanah Melayu telah mewujudkan
keharmonian kaum.

Kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu telah menyebabkan berlakunya campur


tangan dalam halehwal dan pentadbiran di negeri-negeri tersebut. Dengan
berlakunya campur tangan Inggeris, telah banyak menimbulkan ketidakpuasan hati
orang-orang Melayu terhadap struktur pentadbiran dan pelaksanaan hal-ehwal di
Tanah Melayu. Oleh yang demikian, berlaku penentangan di Tanah Melayu untuk
menentang Inggeris daripada terus berleluasa dan mengukuhkan
kuasanya. Terdapat pelbagai penentangan yang telah dilakukan oleh masyarakat
Melayu yang melibatkan perbuatan dan pemikiran masyarakat Melayu setempat.

Walaupun British tidak menguasai seluruh negeri di Malaysia, namun pengaruh


terhadap corak pentadbiran British di negeri-negeri selat, telah menyerap masuk ke
negeri-negeri lain yang tidak dijajah, sama ada secara paksaan ataupun ianya ditiru
oleh sultan bagi memantapkan sistem pentadbiran di negeri mereka. Walau
bagaimanapun tindakan tersebut telah membuka jalan kepada British untuk campur
tangan secara langsung di negeri-negeri tersebut. Malah pada masa yang sama
hubungan baik antara British dengan Siam juga telah memudahkan British untuk
campur tangan di Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu. Hal ini telah
menyababkan negeri tersebut telah dikuasai oleh British secara rasmi menjelang
abad ke-20

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Abdullah. 1981. Pemikiran Islam Masa Kini : Sejarah dan Aliran.
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Abdul Rahman Haji Abdullah. 1988. Sejarah dan Tamadun Islam. Teks Publishing,
Kuala Lumpur.
Buyong Adil. 1973. Sejarah Melaka dalam Zaman Kerajaan Melayu. Dewan bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Hamzah Ismail dan Shahbari Salamon. 1982. Ke Arah Perlaksanaan Sistem Ekonomi
Islam di Malaysia. Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah. Bangi.
Mahayudin Hj. Yahaya. 2001. Tamadun Islam Edisi Kedua. Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd, Selangor Darul Ehsan.
Othman Mohd. Yatim. 1989. Warisan Kesenian dalam Tamadun Islam. Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai