Anda di halaman 1dari 14

Sejauhmanakah Faktor Ekonomi Menyebabkan Perubahan Dasar

TAJUK Tidak Campur Tangan Kepada Dasar Campurtangan British Di


Negeri-Negeri Melayu Pada Tahun 1874
Sejak penubuhan Negeri-Negeri Selat (NNS) pada tahun 1826, kerajaan
British telah mengamalkan dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal
negeri-negeri Melayu. Ini disebabkan kerajaan British tidak ingin dibebani
tanggungjawab baru di luar Negara yang akan melibatkan perbelanjaan yang
besar. Namun begitu, pada tahun 1874, kerajaan British telah mula campur
PENDAHULUAN
tangan di Perak, Selangor, dan Sg Ujong. Campur tangan British di negeri-
negeri Melayu ini disebabkan oleh beberapa factor di eropah dan Tanah
Melayu. Faktor paling dominan yang membawa kepada campur tangan
British di Negeri-negeri Melayu ialah faktor ekonomi.
FAKTOR EKONOMI
FAKTA
a.Keperluan bahan mentah dan pasaran baru
Ahli-ahli sejarah seperti Profesor Khoo Kay Kim, menegaskan tujuan
ekonomi adalah faktor yang penting menyebabkan British campur tangan di
Negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874. Akibat perkembangan Revolusi
Perusahaan, British memerlukan tanah jajahan untuk mendapatkan bahan
HURAIAN
serta pasaran barang-barang industri mereka.
Negeri-negeri Melayu terutamanya Perak, Selangor dan Sungai Ujong
memang diketahui oleh British kaya dengan bijih timah. British menganggap
penguasaan ke atas negeri-negeri tersebut akan menguntungkan British.
Contohnya, Perkembangan industri mengetin terutamanya selepas
terciptanya teknologi mengetin oleh Peter Durand & Nicholas Appert pada
CONTOH tahun 1810 telah menyebabkan permintaan bijih timah meningkat. Akibat
permintaan yang tinggi, harga bijih timah meningkat kepada 7 paun 12
sherling 9 penn bagi 1 tan pada tahun 1872.
FAKTA b. Kepentingan Pelaburan British
HURAIAN Walaupun sebelum tahun 1874, British mengamalkan polisi tidak campur
tangan di Negeri-negeri Melayu, tetapi sudah terdapat ramai pedagang
British yang terlibat dalam kegiatan ekonomi di Negeri-negeri Melayu.
Kebanyakan dari mereka melabur secara langsung dalam lombong bijih
timah di Larut, Kelang, Kuala Lumpur, Sungai Ujong, Kuantan dan
sebagainya.
Walau bagaimanapun, perdagangan dan pelaburan mereka di negeri-
negeri Melayu terganggu akibat kekacauan yang berlaku seperti perebutan
takhta, pergaduhan antara kongsi gelap Cina, pembesar-pembesar dan
sebagainya seterusnya mendesak British utnuk campur tangan.
Sebagai contoh, pada Mac 1873, seramai 248 orang pedagang Cina telah
menandatangani surat rayuan mendesak British campur tangan di Negeri-
negeri Melayu. Pada September 1873, Lord Kimberley telah mengarahkan
CONTOH
Andrew Clarke supaya mengkaji dan melaporkan langkah-langkah yang
boleh diambil bagi melindungi pelaburan dan perdagangan di Negeri-negeri
Melayu.
Tidak dapat dinafikan faktor ekonomi menjadi faktor paling dominan
PENEGASAN
dalam mempengaruhi dasar campur tangan British di Negeri-Negeri Melayu
ISI
pada tahun 1874.
• Penegasan: Bukan faktor ekonomi sahaja yang memainkan peranan
penting mempengaruhi campur tangan British tetapi terdapat juga
faktor-faktor lain (politik dan sosial)
FAKTA FAKTOR POLITIK
a. Kebimbangan Terhadap Kuasa Barat Yang Lain
Ahli-ahli sejarah seperti C.D. Cowan menegaskan kebimbangan terhadap
bertapaknya kuasa-kuasa asing di negeri-negeri Melayu juga menjadi faktor
yang mempercepatkan campur tangan British.
Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah memendekkan
HURAIAN perjalanan laut dari Eropah ke Asia. Keadaan ini telah menarik minat kuasa-
kuasa Barat untuk mengembangkan pengaruh mereka ke Asia. Pada tahun
1870-an, kebanyakan negeri di Asia Tenggara telah dijajah oleh kuasa-kuasa
Barat. Hanya Siam dan negeri-negeri Melayu yang masih belum dijajah oleh
kuasa-kuasa Barat.
CONTOH Kuasa asing yang paling dibimbangi oleh British ialah Jerman yang telah
muncul sebagai kuasa yang kuat selepas penyatuan Jerman oleh Bismarck
pada tahun 1871.
Minat Jerman terhadap negeri-negeri Melayu terbukti apabila terdapat
pedagang-pedagang Jerman di Singapura pada tahun 1870-an. Kebimbangan
British terhadap bertapaknya kuasa asing di negeri-negeri Melayu bertambah
selepas Lord Kimberley menerima sepucuk surat dari Saymore Clark, iaitu
pengarah Syarikat Bijih Timah Selangor pada 18 Julai 1873.
Dalam surat tersebut, Saymore Clark menegaskan Tengku Kudin sebagai
wizurai Selangor telah memohon bantuan British bagi menamatkan Perang
Kelang. Tengku Kudin telah mengugut sekiranya British enggan
membantunya, beliau akan dapat bantuan daripada kuasa-kuasa lain,
terutamanya Jerman
Dasar peluasan kuasa ini membimbangkan British kerana kuasa Barat lain
PENEGASAN
juga menjalankan dasar campurtangan di Negeri-negeri Melayu atas alasan
ISI
kekacauan yang berlaku di Negeri-Negeri Melayu.
FAKTA b. Perubahan Kepimpinan Di England
Sebelum tahun 1870, pegawai-pegawai di Pejabat Tanah Jajahan dan
kerajaan liberal di bawah Gladstone bersikap anti-imperialisme. Sejak tahun
1870, berlaku perubahan pegawai-pegawai di Pejabat Tanah Jajahan dan
Kabinet British yang membawa kepada sentimen imperialisme seperti
HURAIAN
Andrew Clarke, Frank Swettenham dan Kapten Speedy. Lord Kimberley
sebagai Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan mengarahkan Andrew Clarke
untuk mengkaji langkah-langkah yang boleh diambil bagi melindungi
pelaburan di Negeri-negeri Melayu. Pada tahun 1873,
Parti Konservatif di bawah Disraeli yang menganut fahaman imperialisme
telah mempengaruhi politik England. Kejayaan konservatif menguasai
CONTOH
kerajaan pada Januari 1874 telah membawa kepada campur tangan British di
Negeri-negeri Melayu.
Tegasnya, perubahan ini membawa kepada perubahan dasar luar negara di
PENEGASAN
mana Britain mula mengamalkan dasar campur tangan di Negeri-negeri
ISI
Melayu
FAKTA c. c.Keadaan Anarki Di Negeri-Negeri Melayu
Pada tahun 1860 an dan 1870 an, negeri-negeri Melayu pantai barat
berada dalam keadaan anarki disebabkan perebutan takhta, perang saudara
dan kegiatan pelanunan di Selat Melaka. Keadaan ini bertambah buruk
HURAIAN apabila meletusnya pergaduhan antara kongsi-kongsi gelap di NNM.
Contohnya di Larut, kekacauan sering meletus antara kongsi gelap Ghee Hin
dengan kongsi gelap Hai San yang menyebabkan berlaku tiga siri Perang
Larut antara tahun 1861-1873.
CONTOH Perang Kelang juga berlaku antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah
dan Tengku Kudin bgi merebut daerah Kelang yang kaya dengan hasil bijih.
Sementara di Perak pula meletus masalah perebutan takhta antara Raja
Abdullah, Raja Ismail dan Raja Yusuf. Di Sg Ujung telah meletus perebutan
Sg Ujong yang kaya dengan bijih timah antara Dato Kelana dan Dato Bandar
juga
Keadaan huru-hara ini bukan sahaja mengganggu keamanan, tetapi juga
PENEGASAN
menjejaskan aktiviti ekonomi dan ianya menjadi faktor paling penting
ISI
British untuk campur tangan di Tanah Melayu.
FAKTA FAKTOR SOSIAL
a.Perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan
Campur tangan rasmi British juga didorong oleh faktor-faktor lain seperti
perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan seperti
pembukaan Terusan Suez, penciptaan kapal wap dan telegraf telah
HURAIAN mendorong kegiatan imperialisme Barat di Asia Tenggara. Pembukaan
Terusan Suez pada tahun 1869 merancakkan Revolusi Perindustrian dan
persaingan kuasa-kuasa Barat kerana jarak perjalanan di antara Barat dan
Timur lebih pendek.
Contohnya, pengenalan kapal wap dalam perdagangan laut dapat
menjimatkan masa dan kos serta membolehkan muatan yang lebih banyak
dibawa. Malahan, penciptaan telegraf turut membawa perubahan terhadap
CONTOH
perhubungan antara Barat dengan Timur kerana ahli-ahli perniagaan di Barat
dapat berhubung dengan wakil-wakil mereka di Timur. Kuasa imperialis
juga dapat memberi arahan kepada pegawai mereka.
Perkembangan pesat dalam sistem pengangkutan dan perhubungan ini
PENEGASAN telah mendorong British untuk melibatkan diri dalam hal ehwal Negeri-
negeri Melayu.
Kesimpulannya, faktor ekonomi merupakan faktor paling dominan
campur tangan British di negeri-negeri Melayu. Namun demikian, faktor-
faktor lain turut mendorong British mengamalkan dasar campur tangan
KESIMPULAN
secara rasmi di Negeri-negeri Melayu. Melalui campur tangan ini suasana
politik yang kucar- kacir di Negeri-negeri Melayu dapat dipulihkan dan
perusahaan perlombongan bijih timah dapat berkembang maju.

Bincangkan penentangan penduduk tempatan terhadap pentadbiran


Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) di Sabah pada abad ke 19
TAJUK
sehingga awal abad ke-20.

PENDAHULUAN Sabah telah ditadbir oleh SBBU sejak tahun 1881. Sepanjang
penguasaan dan pendudukan tersebut, banyak perubahan telah dilakukan
oleh SBBU ke atas Sabah. Contohnya pembahagian residensi (bahagian),
pengenalan cukai baharu dan penubuhan pasukan polis yang dianggotai
oleh orang Benggali Sikh. Tindakan SBUB ini telah menyebabkan rasa
tidak puashati penduduk tempatan yang membawa kepada penentangan
oleh masyarakat setempat seperti Pangeran Samah, Mat Salleh dan
Antanom.
Pada tahun 1883, Pangeran Samah yang mengetuai suku kaum Bajau telah
FAKTA bangkit menentang SBBU di Sabah khususnya pasukan polis Benggali
Sikh.

Beliau telah bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan


kutipan cukai yang dikenakan ke atas perusahaan sarang burung yang
HURAIAN diusahakannya. Sebagai bantahan terhadap tindakan SBBU itu, Pangeran
Abu Samah telah bertindak menutup jalan-jalan yang menghala ke Gua
Gomantong yang menjadi tempat perusahaan sarang burung beliau.
Buktinya, Pangeran Abu Samah dan pengikutnya telah menyerang
CONTOH pasukan peronda polis SBBU yang cuba untuk membuka kembali jalan
tersebut.
Walau bagaimanapun, pengikut-pengikut Pangeran Samah telah berjaya
PENEGASAN ISI ditumpaskan oleh pasukan polis SBBU dan Pangeran Samah sendiri turut
terkorban dalam pertempuran tersebut.
Kebangkitan rakyat tempatan yang paling besar dalam menentang SBBU,
diketuai oleh seorang pemimpin di Hulu Sungai Sugut bernamaDatu
FAKTA
Muhammad Salleh b Datu Balu atau lebih dikenali dengan nama Mat
Salleh.
Mat Salleh menentang SBBU atas faktor SBBU memperkenalkan
pelbagai jenis cukai yang membebankan masyarakat tempatan seperti cukai
beras, lesen perahu dan amalan buruh paksa. Tindakan SBBU yang
campurtangan dan memasuki wilayah Sg Sugut turut mengundang
kemarahan Mt Salleh. SBBU juga turut membina jalanraya dan landasan
HURAIAN
kereta ap[ merentasi kawasan Ranau yang berada di bawah kekuasaan Mat
Salleh tanpa berunding terlebih dahulu. Kemuncak kemarahan Mat Salleh
meletus apabila kampungnya di Sg Sugut diserang dan dibakar oleh SBBU
ekoran dari pergaduhan antara pegawai Inggeris dengan penduduk
tempatan.
CONTOH Pada bulan Ogos 1895, Mat Salleh dan beberapa pembesar tempatan ke
Sandakan menemui gabenor Beaufort iaitu C.v. Creagh tentang masalah
cukai dan sikap keras pegawai British dengan penduduk tempatan.
Malangnya, beliau tidak dilayan dan diarahkan ditangkap atas dakwaan
melakukan beberapa kesalahan. Perkampungan Mat Salleh dimusnahkan
dan beliau menjadi buruan British.
Pada Julai 1897, Mat Salleh dan pengikutnya menyerang Pulau Gaya
dan memusnahkan bangunan kerajaan British. British bertindak balas
dengan menyerang kampung kediaman Mat Salleh di Sungai Inanam
tetapi Mat Salleh berjaya melepaskan diri dan membina kubu di Ranau.
Pada bulan Disember 1897, British menyerang dan membinasakan kubu
Mat Salleh di Ranau tetapi sekali lagi beliau berjaya melepaskan diri.
Setelah gagal menangkap Mat Salleh, SBBU menawarkan perdamaian dan
berjanji membenarkan Mat Salleh mentadbir wilayah Tambunan.
Malangnya SBBU telah mungkir janji dan ini telah membangkitkan
kemarahan Mat Salleh.
Pada bulan Disember 1899, SBBU telah menghantar satu pasukan untuk
menyerang petempatan dan kubu Mat Salleh secara besar-besaran dengan
serangan meriam tanpa henti. Mat Salleh telah terbunuh dalam serangan
ini dan kubunya berjaya ditawan pada 1 Februari 1900
Walau bagaimanapun, perjuangan Mat Salleh telah diteruskan oleh
PENEGASAN ISI pengikutnya, Mat Sator dengan sokongan kaum Bajau dan Ilanun. Namun
semua penentangan ini berjaya ditumpaskan oleh SBBU.
Kelansungan penentangan penduduk Sabah terhadap SBBU turut disertai
FAKTA
oleh suku Murut yang diketuai oleh Antanom di wilayah Rundum, Sabah.
SBBU turut memperkenalkan beberapa peraturan baharu yang
membebankan penduduk tempatan dan bercanggah dengan nilai-nilai
tradisi bangsa Murut. Antaranya ialah, sistem pendaftaran hak milik tanah
yang bertujuan menyekat pertanian pindah dan kegiatan membuat tapai
HURAIAN yang telah menjadi tradisi kaum Murut. Pengenalan cukai untuk menyukat
sempadan tanah, cukai pokok kelapa yang menghasilkan nira untuk
membuat tapai serta penggunaan orang Murutsebagai buruh paksa untuk
membina jalan ke kawasan pedalaman turut menimbulkan kemarahan
Antanom dan kaum Murut
CONTOH Oleh itu, pada bulan Jun 1914, Antanom telah memulakan serangan ke
atas SBBU tetapi gagal. Pada Februari 1915, sekali lagi Antanom
menyerang SBBU di Pensiangan dan Pejabat Pegawai Daerah Rundum.
Namun Antanom gagal kerana SBBU mendapat bantuan tambahan. SBBU
bertindakbalas menyerang kubu Antanom pada April 1915 yang
menyebabkan beliau serta 400 orang pengikutnya terbunuh.
Jelaslah bahawa, kematian Antanom telah memaksa pengikutnya
PENEGASAN ISI berundur dan mengakhiri kebangkitan kaum Murut menentang SBBU di
Sabah.
Kesimpulannya, gerakan penentangan penduduk tempatan terhadap
pentadbiran British di Sabah telah menemui kegagalan. Namun
KESIMPULAN
penentangan dan kebangkitan ini jelas menggambarkan bahawa telah
muncul semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan.

SOALAN :HURAIKAN STRUKTUR SOSIAL MASYARAKAT DI TANAH MELAYU SEBELUM


CAMPUR TANGAN BRITISH PADA TAHUN 1874.

Pendahuluan

1. Sebelum tahun 1874, struktur sosial masyarakat di Tanah Melayu adalah bercorak feudal. Konsep
struktur sosial masyarakat bermaksud pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa lapisan
atau kelas sosial yang berlainan kedudukan dan disusun dalam satu hierarki.

2. Secara umumnya, masyarakat Melayu tradisional dibahagikan kepada dua golongan iaitu
golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.

3. Golongan pemerintah merupakan kumpulan yang kecil tetapi mempunyai pengaruh dan kuasa
dalam masyarakat Melayu tradisional. Golongan pemerintah merupakan kelas atasan yang terdiri
daripada sultan atau raja, kerabat diraja, pembesar iaitu golongan bangsawan, golongan agama atau
ulama dan pendeta.

4. Manakala, golongan yang diperintah mempunyai jumlah yang sangat ramai dalam kalangan
masyarakat Melayu tradisional. Golongan ini merupakan kelas bawahan iaitu rakyat jelata yang terdiri
daripada rakyat biasa yang merdeka atau merdeheka dan golongan hamba. Setiap golongan dalam
masyarakat Melayu tradisional mempunyai peranan dan tugas masing-masing.`

Isi- isi utama

Golongan Pemerintah

1. Sultan atau raja atau Yang Dipertuan Besar


 Sultan atau raja menduduki lapisan teratas dalam struktur sosial masyarakat Melayu tradisional. Hal
ini kerana, sultan merupakan pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri. Dalam urusan
pentadbiran, baginda dibantu oleh kerabat diraja dan para pembesar. Baginda memiliki kuasa
dan kewibawaan
untuk menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri serta seluruh jajahan takluknya. Sultan
atau raja mempunyai kuasa mutlak terhadap rakyat jelata.

 Sultan menjadi ketua kerajaan dan ketua pemerintah serta mempunyai kedudukan yang istimewa
dalam masyarakat. Sultan berperanan sebagai lambang perpaduan, menjadi sumber segala gelaran
dalam negeri, bertanggungjawab menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan, dan memajukan
negeri. Sultan turut mempunyai kuasa dalam bidang ekonomi dan sistem kehakiman.

 Sultan turut mempunyai banyak keistimewaan berbanding dengan rakyat biasa. Misalnya,
penggunaan bahasa dalam atau bahasa istana, penggunaan warna kuning, payung putih, cop mohor
dan alat- alat kebesaran diraja. Sultan juga juga dikaitkan dengan kuasa daulat. Rakyat yang
menderhaka terhadap sultan akan terkena tulah.

 Upacara pertabalan sultan akan dilaksanakan untuk mengesahkan kekuasaan seorang sultan. Sultan
yang mangkat akan digantikan oleh putera sulung atau adik lelaki sulung.

 Jelaslah bahawa, kekuasaan, kewibawaan dan keistimewaan yang dimiliki oleh sultan atau raja
telah meletakkan baginda pada kedudukan tertinggi dalam struktur sosial masyarakat Melayu
tradisional.

2. Kerabat diraja

 Golongan kerabat diraja menduduki lapisan kedua dalam hierarki sosial masyarakat Melayu
tradisional.

Golongan ini mempunyai pertalian darah dengan sultan dan lazimnya menggunakan gelaran ‘Raja’
atau

‘Tengku’. Mereka terdiri daripada anak-anak raja, permaisuri dan saudara-mara terdekat.
Golongan tersebut mempunyai kedudukan dan pengaruh yang besar dalam masyarakat Melayu.
Mereka turut memiliki keistimewaan seperti mana sultan tetapi tidak boleh mengatasi keistimewaan
sultan. Mereka sangat dihormati oleh rakyat jelata.

 Golongan ini tidak ramai, tetapi mempunyai kuasa tertentu apabila diberi sesuatu tugas rasmi negeri.
Anak- anak raja akan diberikan peluang untuk menjawat jawatan penting dalam kerajaan, misalnya
akan memerintah daerah atau mukim tertentu.

 Walau bagaimanapun, anak daripada permaisuri pertama akan mendapat tempat yang istimewa,
terutama dalam pelantikan sebagai putera mahkota atau raja muda.

 R.O. Winstedt dalam bukunya yang bertajuk The History of Perak menyatakan bahawa jawatan Raja Di
Hilir, Raja Bendahara dan Raja Muda di Perak diberikan kepada golongan kerabat
diraja.

 Terbukti bahawa, golongan kerabat diraja sangat istimewa dan hal ini telah meletakkan mereka
pada kedudukan yang kedua penting dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional.

3. Pembesar

 Golongan pembesar menduduki lapisan yang ketiga dalam hierarki sosial masyarakat Melayu
sebelum tahun 1874. Pembesar mempunyai hubungan akrab dengan pemerintah. Golongan
pembesar dilantik oleh sultan melalui pemberian surat tauliah. Pembesar memegang jawatan seumur
hidup dan mesti menunjukkan taat setia kepada pemerintah.

 Golongan pembesar berperanan membantu sultan dalam pentadbiran dan pemerintahan samada
di peringkat pusat, daerah atau jajahan serta di peringkat kampung. Pembesar mempunyai
kedudukan
penting dalam sistem pemerintahan kerajaan dan menjadi perantara antara sultan dengan
rakyat. Pembesar berkuasa penuh dalam kawasan pegangan masing-masing.

 Selain itu, pembesar juga mempunyai tugas menjaga keamanan dan memungut cukai di
kawasan pemakanannya serta bebas menjalankan kegiatan ekonomi. Pembesar juga mempunyai
kuasa dalam bidang kehakiman seperti menjatuhkan hukuman dan denda terhadap pesalah jenayah
dan sivil di daerah mereka kecuali yang melibatkan hukuman bunuh.

 Pembesar juga bertanggung jawab untuk mengekalkan taat setia rakyat terhadap sultan dengan
cara melaksanakan sistem serah dan sistem kerah. Contohnya, pembesar membekalkan tenaga buruh
kepada sultan dalam sistem kerah untuk membina istana, jambatan dan lain-lain.

 Tegasnya, golongan pembesar berperanan penting dalam pemerintahan dan menduduki lapisan
yang ketiga dalam struktur sosial masyarakat Melayu tradisional.

4. Golongan agama atau ulama

 Golongan agama atau ulama dianggap sebagai golongan cerdik pandai. Mereka memiliki
pengetahuan agama Islam yang mendalam. Golongan ini sering menjadi sumber rujukan dalam
perkara-perkara tertentu yang memerlukan khidmat nasihat mereka. Golongan ini pakar dalam selok-
belok berkaitan ajaran Islam.

 Kebiasaannya, golongan ulama dilantik menjadi kadi, mufti, imam, khatib dan guru agama.
Mereka berperanan menyebarkan agama Islam. Di samping itu, mereka juga bertanggungjawab
menasihati sultan dan kerajaan dalam urusan berkaitan hukum hakam agama Islam. Para ulama
biasanya berketurunan Arab dan berasal dari Asia Barat, India dan Pulau Jawa. Mereka menggunakan
gelaran seperti maulana.

 Jelasnya sebelum kedatangan kuasa Barat, golongan agama atau ulama sangat berpengaruh
dan dihormati dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional serta menduduki hierarki keempat
dalam struktur sosial masyarakat Melayu tradisional.

5. Pendeta

 Golongan pendeta tidak ramai bilangannya. Mereka mempunyai kepakaran dalam bidang
kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat, dan protokol istana. Golongan pendeta biasanya
menjadi pakar rujuk kepada sultan dan golongan di istana. Mereka bertugas menjadi penulis dan
perawi diraja.

 Antara tugas penting golongan pendeta ialah menulis diari diraja, menulis utusan sultan ke
luar negara, mencatat dan merekodkan salasilah raja.
 Tegasnya, pendeta turut berkedudukan penting dalam masyarakat Melayu tradisional kerana
kepakaran mereka yang sukar ditandingi.

Golongan Diperintah

 Golongan diperintah merupakan golongan yang paling ramai dan terbahagi kepada dua kumpulan,
iaitu golongan orang yang merdeheka atau merdeka yang terdiri daripada rakyat biasa dan orang
asing, dan seterusnya ialah golongan hamba.

 Kedua-dua golongan ini menduduki lapisan terendah dalam hierarki sosial masyarakat
Melayu tradisional. Walau bagaimanapun, mereka mempunyai peranan penting dari aspek fizikal
dan tradisi
kemasyarakatan terutamanya dalam mendukung institusi beraja dan pembesar. Golongan ini
berperanan sebagai pengikut atau pengiring pembesar peringkat pusat dan menjadi penyokong
pentadbir peringkat jajahan takluk.

1. Rakyat Biasa

 Rakyat biasa merupakan golongan merdeheka atau merdeka. Mereka ialah masyarakat peribumi
yang bermastautin atau menetap di sesuatu kawasan. Kebiasaannya mereka tinggal di kawasan luar
istana atau kampung-kampung kecil. Rakyat biasa hidup bebas dengan menjalankan kegiatan
ekonomi masing- masing. Kebanyakan mereka terdiri daripada petani, nelayan, pedagang,
pelombong dan tukang mahir.

 Mereka tidak mempunyai sebarang kuasa politik dan tidak memegang apa-apa jawatan
dalam pentadbiran. Dari segi ekonomi, hasil pengeluaran mereka berbentuk sara diri, iaitu hanya
cukup untuk menanggung hidup sekeluarga. Terdapat juga yang menjadi ahli tenun, penghibur
diraja, pemain sandiwara, bomoh, dukun, pawang, dan guru agama.

 Rakyat biasa merupakan pengikut setia kepada pembesar yang mentadbir daerah dan jajahan.
Mereka akan sentiasa mengikut arahan golongan pembesar.

 Jelasnya, sebagai rakyat biasa yang menduduki kelas bawahan, mereka dikehendaki menjalankan
semua suruhan para pembesar termasuklah melaksanakan sistem serah dan sistem kerah.

3. Golongan Hamba

 Hamba menduduki hierarki paling bawah dalam struktur sosial masyarakat Melayu sebelum tahun
1874.

Golongan ini berfungsi sebagai tenaga kerja dalam masyarakat, menambahkan harta dan menjadi
hamba kepada tuannya iaitu para pembesar dan orang kaya di samping dapat meninggikan status
sosial pemiliknya. Mereka dikehendaki melakukan pelbagai tugas seperti mencuci perahu, memetik
kelapa, mencari kayu api, dan menjadi askar.

 Dalam masyarakat Melayu, golongan hamba dapat dibahagikan kepada tiga golongan iaitu
hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa. Hamba raja merupakan rakyat merdeka yang telah
melakukan kesalahan jenayah dan diampunkan oleh sultan. Terdapat juga hamba raja yang terdiri
daripada tawanan perang. Hamba raja mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kalangan semua
hamba.

Anda mungkin juga menyukai