Anda di halaman 1dari 70

PENJAJAHAN DAN PEMBINAAN

NEGARA BANGSA
AZMEER BIN AZMI
FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
azmeerazmi@gmail.com
2.1 PENJAJAHAN

Definisi
• “Penguasaan dan kawalan sesebuah kuasa asing
terhadap sesebuah wilayah dan penduduknya
diatas kepentingan-kepentingan politik, ekonomi
dan sosial”
• Konsep penjajahan terbahagi kepada dua:
- Imperialisme
- Kolonialisme
• Imperialisme
Definisi umum... perluasan kuasa atau pengaruh sesuatu bangsa
terhadap bangsa lain.
Definisi Kamus Dewan,... dasar meluaskan empayar dengan menjajah
negara lain.
Menurut sarjana Nadel dan Curtis...”perkembangan kuasa atau
kawalan, samada secara langsung atau tidak dalam politik atau
ekonomi sesebuah kerajaan, bangsa atau masyarakat yang lain”
Menurut sarjana Fieldhouse...”kecenderungan sesuatu masyarakat
atau pemerintahan untuk mengawal masyarakat lain,biar apa pun
cara dan tujuan tindakan itu”
Menimbulkan sifat keunggulan sesuatu bangsa
Kolonialisme
• Dianggap sebagai lanjutan kepada imperialisme yang membawa
kepada penguasaan dan pemerintahan dan penjajah di wilayah
jajahan mereka.
• Menurut sarjana Plano & Olton ...”satu bentuk pemerintahan ke atas
sesebuah kawasan dan penduduknya oleh sesebuah kuasa asing
dengan menjalankan dasar imperialisme”.
- Migrasi turut terlibat yang seterusnya membentuk satu entiti
politik baru ke atas kaum asal yang mempunyai pengetahuan dan
teknologi yang rendah seperti Asia dan Afrika.
• Menurut sarjana Evans dan Newham... menggambarkan
kolonialisme dengan sifat dasarnya yang memberi ruang rakyat
asing yang minoriti mendominasikan politik dan ekonomi negara
tersebut.
- Ia memisahkan pusat kota metropolitian bagi mengukuhkan
kekuasaan mereka dan menindas golongan bawahan.
FAKTOR PERLUASAAN KUASA

Faktor Pengggalak Imperialisme


Ethnosentrisme - merasakan megah dengan bangsa sendiri
Fingoisme - memenuhi konsep 'white's men burden'
Faktor Penggalak Kolonialisme
• Menurut sarjana Perry Marvin – mengemukakan teori
kebangkitan kuasa Eropah sebagai kolonialis/penjajah
sebagai ’3G’
Gold – keperluan kepada tanah
Glory – persaingan memburu kemegahan
God – perkembangan agama
PENJAJAHAN KUASA LUAR DI TANAH MELAYU
ZAMAN PENJAJAHAN
TANAH MELAYU

Portugis (1511-1641)

Belanda (1641-1824)

British (1786-1957)

Siam (sekitar 1800-


1909)

Jepun (1942-1945)

Rajah 2.1 Zaman Penjajahan di Tanah Melayu


Gambar 2.2 Negeri-negeri Tanah Melayu
PENJAJAHAN PORTUGIS
• Bermula pada tahun 1511 hingga 1641 (130 tahun)
- Walaupun menduduki Melaka selama 130 tahun, Portugis tidak dapat meluaskan pengaruhnya. Pengaruhnya
hanya di Kota Melaka sahaja. Salah satu matlamat Portugis adalah untuk menyebarkan agama Kristian tetapi
gagal akibat daripada kekukuhan agama Islam.
• Sistem pentadbiran yang hanya tertumpu di Kota Melaka
- Kawasan jajahannya adalah kecil.
• Sistem pentadbiran ketenteraan
-Ketuanya digelar Kapten Kota Melaka yang dilantik oleh Raja Portugal untuk bertugas selama tiga atau empat
tahun. Dipilih dalam kalangan Fidalgo (golongan bangsawan Portugal). Timbalan kepada Kapten Kota ialah
Kapten Angkatan Laut digelar Kapten Jeneral berkhidmat selama tiga tahun dan dibantu oleh golongan Feitor.
Kapten Kota dan timbalannya dibantu oleh Majlis Penasihat yang terdiri daripada tiga badan iaitu Hal Ehwal
Militer, Majlis Pentadbiran Sivil dan Kewangan serta Pentadbiran Orang Tempatan.
• Tewas di tangan Belanda (dengan pertolongan Johor) pada 1641
- Portugis cuba bertahan di Melaka walaupun sering mendapat ancaman dari serang Johor dan Aceh. Portugis
tewas apabila diserang Belanda dengan bantuan Johor pada tahun 1641.
PENJAJAHAN BELANDA
• Menewaskan Portugis dengan bantuan Johor sewaktu Johor di
bawah pemerintahan Sultan Abdul Jalil III (1623-1677)
• Cuba memonopoli perdagangan timah di Perak dan Selangor
tetapi mendapat tentangan
• 1784: Memaksa Sultan Mahmud III menyerahkan Pelabuhan Riau
• 1795: Menandatangani Surat-Surat Kew untuk menyerahkan
Melaka dan jajahan lain di Timur kepada British (untuk
sementara)
• 1824: Menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda (Perjanjian
London) Melaka secara rasmi jatuh ke tangan British
• Belanda di Melaka, 1641-1824
- Selepas menguasai Melaka, Belanda (V.O.C.) telah menjalankan
beberapa dasar seperti mewajibkan kapal pedagang mendapatkan pas
kebenaran untuk berdagang di Melaka dan memonopoli perdagangan
bijih timah dengan negeri-negeri Melayu iaitu Perak, Selangor dan
Sungai Ujong.
PENJAJAHAN BRITISH
Faktor Penjajahan (1786 – 1824 – 1874)
• Dasar Campur Tangan (1874)
• Perjanjian Pangkor (1874)
• Sistem Pentadbiran British Terhadap Negeri-negeri Melayu

Faktor Penentangan Masyarakat Tempatan


• Campurtangan British & Penentangan Masyarakat Tempatan
terhadap penjajahan sehingga sebelum Perang Dunia Kedua (1941)
• Kebangkitan Semangat Nasionalisme
1786
Penempatan British di Pulau
Pinang dibuka oleh Francis
Light

1819
Penempatan British di
Singapura dibuka oleh
Stamford Raffles

1824
Kesan Perjanjian Inggeris-Belanda
(Perjanjian London@Anglo-Belanda)
Memaksa Belanda menyerahkan Melaka kepada
British

1874
Perjanjian Pangkor
Pengenalan kepada Sistem Residen
Residen berkuasa dalam urusan pentadbiran
kecuali agama dan adat resam orang Melayu.

Rajah 2.3 Kronologi Penjajahan British di Tanah Melayu


• Pendudukan Pulau Pinang
- British mencari tapak strategik di Selat Melaka untuk dijadikan
pengkalan.
- Francis Light bertemu Sultan Kedah. Sultan Abdullah yang
sememangnya menghadapi konflik politik bersetuju dengan syarat
Syarikat Inggeris memberikan pertolongan kepada kerajaan Kedah
untuk menghadapi musuh-musuhnya terutamanya Siam.
- Sultan Abdullah dijanjikan ganti rugi sejumlah 30,000 dolar Sepanyol.
Oleh itu, pada 11 Ogos 1786, Francis Light menaikkan bendera Union
Jack di Pulau Pinang.
• Pendudukan Singapura
- Konflik pewarisan takhta Kesultanan Johor-Riau bermula selepas
kemangkatan Sultan Mahmud III (1761-1812) di antara Tengku Husin
dan Tengku Abdul Rahman.
- Yang di-Pertuan Muda Johor, Raja Jaafar melantik adinda Tengku
Abdul Rahman sebagai Sultan Johor-Riau.
- Stamford Raffles mengambil kesempatan terhadap pertikaian tersebut
dengan menawarkan Tengku Husin untuk ditabalkan sebagai Sultan di
Singapura. Tengku Husin menerima pelawaan Raffles.
- Sebagai balasan, Raffles dibenarkan membuka pengkalan tentera dan
perdagangan di Singapura pada 6 Februari 1819.
• Perjanjian Inggeris-Belanda
- Ditandatangani pada 17 Mac 1824.
- Perjanjian menetapkan bahawa Kepulauan Melayu dibahagi kepada
dua kawasan antara British dengan Belanda.
- Pihak British diberikan hak ke atas kawasan utara Kepulauan Melayu
(Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei),
Belanda pula di kawasan selatan.
- Kesannya Kesultanan Johor-Riau terbahagi dua.
• Negeri-negeri Selat (NNS)
- Ditubuhkan pada tahun 1826.
- Menyatukan pentadbiran negeri-negeri Pulau Pinang, Singapura dan
Melaka. Berpusat di Pulau Pinang, kemudiannya berpindah ke
Singapura pada 1832. Gabenor pertama Robert Fullerton.
- Pada 1 April 1867 pentadbiran NNS telah diletakkan secara rasmi di
bawah Pejabat Tanah Jajahan di London ekoran status NNS diletakkan
sebagai Tanah Jajahan Mahkota (Crown Colony)
• Campur tangan British di Negeri-negeri Melayu
• Perak
- Merupakan negeri terawal menerima pengaruh British. Campur tangan bermula ketika pertikaian
takhta Perak di antara Raja Muda Abdullah dan Raja Bendahara Ismail setelah kemangkatan Sultan
Ali. Raja Muda Abdullah tidak hadir pada ketika itu. Orang-orang besar Perak akhirnya melantik Raja
Bendahara Ismail dan bukannya Raja Muda Abdullah sebagai Sultan.
- British menjemput putera-putera raja, pembesar-pembesar Melayu dan taukeh Cina untuk
mengadakan rundingan. Hasilnya Perjanjian Pangkor dimeterai pada 20 Januari 1874. Raja Muda
Abdullah diiktiraf British menjadi Sultan, manakala Raja Bendahara Ismail @ Sultan Ismail diberikan
gelaran Sultan Muda dan mendapat pencen. Sultan Abdullah bersetuju menerima seorang Residen
British yang menasihati Sultan dalam hal ehwal pentadbiran negeri kecuali aspek agama dan adat
istiadat. Residen juga berkuasa dalam pentadbiran kewangan dan hasil ekonomi negeri.
- J.W.W. dilantik sebagai Residen negeri Perak yang pertama.
• Selangor
- Keadaan di Selangor pada masa itu tidak aman, berikutan berlakunya perang saudara yang dinamakan
Perang Kelang.
- Pada masa yang sama banyak berlaku aktiviti “rompakan” di sepanjang pantai negeri Selangor.
- Kapal-kapal British selalu dirompak dan diserang. Pada November 1873, sebuah kapal British dirompak
di Sungai Jugra. Pada akhir tahun yang sama sebuah lagi kapal serang di Tanjung Tuan. Berlaku sekali lagi
rompakan pada Ogos 1874 di Sungai Langat dan Sungai Labu.
- British melalui Gabenor Negeri-negeri Selat, Andrew Clarke membuat rundingan dengan Sultan Abdul
Samad.
- Selaps tiga kali rundingan, Clarke menempatkan Frank Swettenham bagi membantu dan melindungi
sultan dan kerajaan Selangor. Seterusnya Swettenham dilantik oleh British sebagai penasihat rasmi Sultan
Abdul Samad dan meletakkan Selangor di bawah naungan British. Sultan Abdul Samad membuat akuan
penerimaan penasihat di dalam suratnya bertarikh Oktober 1874 kepada Clarke.
- Akhirnya seorang Residen berjaya ditempatkan di Selangor dengan perlantikan J.G. Davidson.
• Sungai Ujong dan Negeri Sembilan
- British mengambil peluang campur tangan akibat perbalahan di Sungai Ujong antara Datuk Kelana
dan Datuk Bandar dalam persaingan memperoleh kuasa kutipan cukai bijih timah di Sungai Linggi.
- Datuk Kelana bersetuju menerima perlindungan British. Ini membolehkan beliau diiktiraf sebagai
pemerintah yang sah di Sungai Ujong. Datuk Bandar tidak bersetuju dengan perkara tersebut dan
telah mengancam Datuk Kelana. Hal ini menyebabkan Datuk Kelana meminta untuk diberikan
perlindung dan menerima seorang Residen British.
- Seorang Penolong Residen telah diberikan, iaitu W.I. Tatham melalui perjanjian pada 16 September
1874. Datuk Bandar tidak campur dalam hal ehwal pentadbiran Sungai Ujong setelah dikalahkan.
- Luak-luak Rembau dan Tampin masing-masing dibawah Undang dan Tunku Besar bersetuju untuk
digabungkan dengan Seri Menanti yang berada dibawah Yam Tuan. Gabungan ini menjadi lebih
besar apabila Sungai Ujong dan Jelebu bersetuju untuk turut serta. Negeri Sembilan menerima
Residen yang pertama iaitu Martin Lister pada tahun 1889.
• Pahang
- British mula campur tangan apabila pertikaian saudara antara Bendahara Wan
Ahmad dengan adiknya, Wan Mansur pada tahun 1884. Wan Ahmad telah
mengisytiharkan diri sebagai Sultan Pahang (Sultan Ahmad) dan melantik
puteranya Tengku Mahmud sebagai pewaris takhta.
- Wan Mansur tidak berpuas hati lalu melancarkan serangan.
- Frank Swetteham dihantar ke Pahang untuk menyelesaikan perbalahan pada
tahun 1885. usaha Swettenham gagal persetujuan Sultan Ahmad supaya
menerima seorang Residen British.
- Akibat desakan demi desakan, Sultan Ahmad menerima seorang Residen
melalui perjanjian 8 Oktober 1887.
- J.P. Rodger dilantik Residen Pahang pertama.
• Sistem Residen
- Merupakan satu strategi British untuk mengawal pentadbiran secara langsung di negeri-negeri Melayu. Pelaksanaan
Sistem Residen membolehkan British lebih berkuasa dalam semua aspek, terutamanya dalam pemerintahan dan ekonomi.
- Kesan-kesan Sistem Residen adalah aspek pembangunan ekonomi negeri, perubahan politik dan perkembangan sosial.
• Pembangunan ekonomi: mula mencapai kemajuan ekoran perkembangan perusahaan bijih timah dan tanaman kopi dan
getah, petempatan berkembang dan kawasan perbandaran diwujudkan akibat kemasukan buruh yang ramai, sumber
dan hasil ekonomi dimonopoli oleh pelabur barat manakala kaum pribumi masih jauh ketinggalan.
• Perubahan politik: Dari pentadbiran tradisional dibawah penguasaan sultan kepada pentadbiran British dengan
pelantikan Residen, sultan tidak lagi berkuasa mutlak dan pembesar hampir kehilangan peranan mereka; Penubuhan
Majlis Mesyuarat Negeri memperlihatkan campur tangan lebih ramai pihak British dalam hal ehwal pentadbiran negeri.
• Perkembangan sosial: Perkembangan infrastruktur sistem jalan raya dan jalan kereta api, pusat kesihatan, bekalan air,
bekalan air, bekalan elektrik, pos dan telegraf. Bagaimanapun perkembangan tersebut hanya tertumpu di kawasan
potensi ekonomi yang tinggi dan pusat bandar.
• Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
- Penubuhan berkuatkuasa secara rasmi pada 1 Julai 1896.
- Menyatukan pentadbiran keempat-empat negeri Perak, Selangor, Negeri
Sembilan dan Pahang yang diketuai oleh seorang Residen Jeneral. Kuasa
pentadbiran dibahagikan kepada dua kerajaan, iaitu kerajaan pusat dan
kerajaan negeri.
- Terdapat beberapa faktor penubuhan NNMB; Masalah kewangan Pahang,
kelemahan sistem Residen dan mengurangkan belanja pentadbiran.
Keanggotaan dan Sistem Majlis Mesyuarat Persekutuan terdiri daripada
Pesuruhjaya Tinggi merangkap Gabenor NNS sebagai Presiden, Residen Jeneral
bertanggungjawab terus kepada Pesuruhjaya Tinggi, empat orang Raja Melayu
negeri terbabit, empat orang Residen British dan empat orang ahli tidak rasmi
yang mewakili golongan peniaga.
• Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)
- Gabungan NNMTB dibentuk pada tahun 1909 apabila British dan Siam
menandatangani Perjanjian Bangkok.
- Negeri-negeri terbabit ialah Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Menerima Penasihat British pada tahun 1910 (Perlis, Kedah dan
Kelantan), 1914 (Johor) dan 1919 (Terengganu).
• Disentralisasi (1920-1941)
- Merupakan rancangan pengagihan kuasa pusat yang dikemukakan oleh Pesuruhjaya Tinggi British
ketika itu iaitu Sir Lawrence Guillemard.
- Langkah yang diambil ialah:
• Menyusun semula Majlis Mesyuarat Persekutuan dengan membawa keluar raja-raja Melayu
daripada majlis. Namun raja-raja Melayu boleh berhubung secara terus dengan London.
• Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa lebih untuk pentadbiran negeri termasuk pengurusan
belanjawan negeri.
• Beberapa uah jabatan kerajaan sebelum ini ditadbir pada peringkat pusat dipindahkan ke
kerajaan negeri.
- Cadangan yang dikemukakan oleh Guillemard telah diluluskan. Kuasa raja dipulihkan, contohnya
rang undang-undang hanya sah setelah ditandatangani oelh raja-raja.
Sabah dan Sarawak sehingga tahun 1941
• Sabah
- Sejarah awal menunjukkan bahawa Sabah ada pemerintah tempatan berasaskan suku tertentu.
Suku kadazandusun dan murut diketuai oleh seseorang yang bergelar 'Orang Tua'
- Sabah menjadi sebahagian daripada Kesultanan Brunei. Bahagian timur Sabah pernah ditadbir
oleh Kesultanan Sulu.
- Pada abad ke 19, Sultan Brunei memberi konsesi kepada syarikat perdagangan Amerika, C.L.
Moses.
- Pada tahun 1880, pedagang British Alfred dan Edward Dent membeli konsesi tersebut dengan
menubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad dan berusaha mendapatkankan
Piagam Diraja daripada kerajaan British.
- Setelah piagam diperolehi pada tahun 1882, Syarikat Borneo Utara British (SBUB) ditubuhkan
dengan kuasa mentadbir Sabah. R. Cock dilantik sebagai presiden manakala Alfred Dent dilantik
sebagai pengarah urusan.
- Dengan ini Sabah menjadi naungan British dan hasil ekonomi dieksploitasi. Kuasa SBUB terhenti
pada tahun 1941 apabila diserang Jepun.
• Sarawak
- Sejarah awal Sarawak ada pemerintahan yang wujud di kawasan pedalaman dan persisiran pantai.
- Pentadbiran pedalaman mengikut suku tertentu; Iban, Kayan, Kenyah dan Kelabit.
- Pentadbiran persisir; kerajaan Samadong di Samarahan, kerajaan Sawaku di Santubong, kerajaan Saribas
di sungai Saribas dan kerajaan Melano di sungai Retus.
- Kesultanan Brunei berkembang di wilayah-wilayah Sarawak pada abad ke 15. Melantik wakil pemerintah
daripada kalangan orang tempatan.
- Sultan Brunei menghantar Pengeran Muda Hashim dari Brunei untuk mentadbir Sarawak. Menerima
kunjungan pedagang British, James Brooke pada tahun 1840. James Brooke membantunya menyelesaikan
kebangkitan masyarakat tempatan yang ingin bebas dari naungan Brunei.
- Atas jasa beliau, James Brooke dilantik Gabenor Sarawak pada tahun 1841 dan disahkan oleh Sultan
Brunei pada tahun 1842.
- Pada tahun 1846, Sultan Brunei cuba mengusir James Brooke namun tewas. Perjanjian 1846 mengiktiraf
James Brooke sebagai Raja Sarawak yang merdeka dan berkuasa penuh terhadap Sarawak. Keluarga
Brooke memerintah Sarawak sehingga tahun 1941 apabila meletusnya Perang Dunia Kedua.
Penentangan terhadap penjajah British
• Naning - Dol Said (berlaku pada tahun 1831-1835)
• Selangor - Raja Mahadi (1867-1873)
• Perak - Sultan Abdullah, Dato' Maharajalela, Pandak Indut dan Seputum (1874-1875)
• Pahang - Dato' Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau (1891-1895)
• Kelantan - Tok Janggut (1915)
• Terengganu - Haji Abdul Rahman Limbong (1928)
• Sarawak - Rentap (1853), Sharif Masahor dan Abdul Ghapur (1859-1860); Banting (1893-
1908) dan Penghulu Asun (1920-1932)
• Sabah - Mohamed Salleh (Mat Salleh) (1894-1900) dan Antanum (1915)
Umumnya, penentangan mereka terhadap British berkaitrapat dengan:
• Kehilangan kuasa pemerintahan @ status quo yang mereka nikmati sebelum kedatangan
British
• Dasar-dasar yang diperkenalkan British menekan rakyat seperti pungutan cukai dan lain-lain
peraturan baharu
PENJAJAHAN SIAM
• Negeri-negeri Melayu utara iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan
Terengganu mempunyai kaitan dari segi sejarah dengan Siam.
• Negeri-negeri ini pernah menghantar Bunga Emas kepada Siam.
• Bagi Siam, penghantaran Bunga Emas menandakan negeri-negeri itu
di bawah kekuasaannya. Oleh itu, Siam mengkehendaki negeri-negeri
ini memberikan perkhidmatannya seperti perkhidmatan tentera,
tenaga buruh dan bekalan makanan.
• Bagaimanapun, negeri-negeri tersebut pula menganggap
penghantaran Bunga Emas tidak lebih dari tanda persahabatan.
Tambahan pula, tindakan ini dibuat bagi mengelakkan diri dari
diserang Siam.
Siam menyerang Kedah, 1821
• Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II
• Tindakan baginda tidak membekalkan askar dan senjata ketika Siam menentang
Burma telah menimbulkan kemarahan Siam.
• Baginda enggan menghadap Raja Siam, Rama II walaupun diperintahkan
berbuat demikian.
• Raja Ligor (Nakorn Si Tammarat) diarah oleh Siam menyerang Kedah.
• Sultan Ahmad Tajuddin II berpindah ke Pulau Pinang.
• Anak Raja Ligor dilantik menjadi Gabenor Siam di Kedah.
• Negeri Kedah telah dipecahkan kepada empat buah wilayah Siam iaitu Kedah,
Kubang Pasu, Perlis dan Setul.
• Siam melakukan pelbagai kezaliman dan penyeksaan kepada rakyat .
• Rakyat bangkit menentang kezaliman itu dengan pelbagai cara
termasuk perang gerila.
• Para pembesar dan ramai rakyat jelata Kedah berhijrah ke Seberang
Perai.
• Seramai tujuh puluh ribu orang berhijrah ke koloni Inggeris (Pulau
Pinang) bagi menyelamatkan diri dari penyeksaaan Siam.
• Di Kedah pula, rakyat tempatan mula melancarkan serangan balas
terhadap Siam melalui dua bentuk peperangan, iaitu perang gerila
dan perang terbuka pada tahun 1823, 1828 dan 1829.
• Disebabkan perang gerila yang berterusan, Siam menukar haluannya
dengan menyerahkan kembali pemerintahan. Siam memberikan
kuasa kerajaan Kedah kepada Tunku Anum Paduka Raja Jambangan
dan Tunku Hassan sebagai pembantu.
• Namun langkah ini gagal menyelesaikan ketegangan politik di Kedah.
• Dengan bantuan pihak British Sultan Ahmad Tajuddin II kembali
mendapat takhtanya melalui Raja Siam, Rama III pada tahun 1843.
• Wilayah Kedah dan Kubang Pasu yang dahulunya dipecahkan kembali
dicantum menjadi Negeri Kedah, manakala Setul kekal menjadi
wilayah Siam dan Perlis menjadi negeri yang berasingan.
Penjajahan Siam di Perlis, Kelantan dan
Terengganu
Perlis
• Sebelum 1842, Perlis adalah sebahagian dari negeri Kedah.
• Siam memisahkan Perlis dari negeri Kedah kerana mahu menjadikan Perlis sebagai jajahan
takluknya.
• Raja Siam, Rama III mengiktiraf Syed Husain Jamalulail sebagai Raja Perlis yang pertama
pada tahun 1843.
• Syed Husain sebelum ini merupakan Penghulu Arau menggantikan ayahandanya Syed
Harun Jamalulail yang mangkat pada tahun 1841.
• Kerajaan Perlis tidak ketinggalan membayar ufti Bunga Emas dan Perak kepada Siam.
• Dari tahun 1841 hingga 1909, Perlis telah menghantar tidak kurang daripada dua puluh
Bunga Emas dan Perak, setiap tiga tahun.
Kelantan

• Hubungan Kelantan dengan Siam wujud pada tahun 1801 semasa pemerintahan
Sultan Muhammad I (Long Muhammad bin Long Yunus).
• Sultan Muhammad I menduduki takhta setelah mengalahkan saudara iparnya,
Yang Dipertuan Kelantan Tengku Muhammad ibn Sultan Mansur Terengganu.
• Sultan Muhammad I menjalinkan hubungan dengan Siam sebagai usaha
menjamin keteguhan kedudukan dan tidak dicabar oleh Terengganu.
• Sehubungan itu, satu rombongan telah dihantar menghadap Raja Siam.
• Kelantan menjadi negeri naungan Siam semasa pemerintahan Raja Rama III.
• Walaupun begitu pentadbiran Kelantan tidak diuruskan oleh pentadbiran Siam.
• Kerajaan Siam hanya menunggu penghantaran Bunga Emas dan Perak, setiap tiga
tahun ke Bangkok.
• Pada tahun 1824, Kelantan diletakkan di bawah Raja Nakhon Si Thammarat, dan
otoriti Siam ke atas Kelantan adalah kecil.
• Pada 1832, tahun berlaku gerakan pembebasan Patani daripada Siam. Namun,
Patani gagal membebaskan dirinya.
• Ramai pelarian termasuk Sultan Patani, keluarga dan pengikut berundur ke
Kelantan dan Terengganu. Siam menuntut pelarian diserahkan kepada pasukan
tenteranya.
• Sultan Kelantan enggan dan cuba beberapa kali menolaknya. Tentera Siam
bersiap sedia menyerang Kelantan.
• Rancangan Siam gagal apabila Sultan Kelantan mengutuskan surat ke Bangkok.
• Sultan Kelantan berjanji akan menghantar pulang pelarian tersebut. Sultan
Kelantan juga bersetuju membayar 30,000 kepingan wang perak kepada Siam dan
20,000 daripadanya untuk dibahagi dalam kalangan tentera Siam.
• Dalam pada itu Sultan Kelantan pelbagai hadiah, termasuk emas kepada Kerajaan
Siam.
• Kelantan menghantar Bunga Emas sebagai hadiah dan tanda persahabatan
kepada Siam. Bunga Emas ini berukuran 10 kaki 5 inci, bernilai kira-kira 1000
pound.
• Bagi Siam, penghantaran Bunga Emas ini sebagai pengakuan naungan negeri yang
menghantarnya. Dalam hal ini dinyatakan banyak rekod Thai yang menyatakan
Kelantan di bawah naugan Siam.
• Campur tangan Siam dalam negeri Kelantan hanya berlaku pada tahun 1839 dalam perang
merebut takhta di antara Yang Dipertuan Kelantan Long Zainal (pengganti Sultan
Muhammad I) dengan Temenggung Aria Pahlawan Long Senik Mulut Merah (anak angkat
Sultan Muhammad I).
• Long Senik Mulut Merah berjaya mengalahkan Long Zainal. Selepas berundur, tidak sampai
satu tahun Long Zainal melancarkan serangan mngambil kembali takhta Kelantan.
• Inilah yang menyebabkan Long Senik Mulut Merah meminta bantuan Siam. Siam campur
tangan melalui tindakan Raja Singgora menghantar angkatan di bawah pimpinan Phraya
Chaiya memihak kepada Long Senik Mulut Merah. Long Zainal berjaya dikalahkan.
• Siam mengambil keputusan untuk menentukan Raja Kelantan. Long Senik Mulut Merah
diiktiraf sebagai Sultan Kelantan sebagai Sultan Muhammad II. Gelaran yang diberikan oleh
Kerajaan Siam ialah Phya Pipit Pakdi.
• Sultan Muhammad II meneruskan dasar menghantar Bunga Emas tiga tahun sekali ke
Bangkok.
• Campurtangan kedua Siam berlaku pada tahun 1886 apabila Sultan
Muhammad II mangkat. Siam melantik anakanda sulung baginda iaitu Long
Ahmad atau Long Sulong.
• Namun demikian berlaku tuntutan takhta di antara putera-putera Sultan
Muhammad II yang ramai iaitu Long Kundur, Long Muhammad dan Long
Mansur.
• Penyokong kuat Long Kundur, Dato' Seri Paduka Nik Yusof dan Dato' Maha
Menteri Che Saad pergi ke Bangkok meminta sokongan Raja Siam.
• Pertelingkahan ini berakhir setelah Raja Siam melantik Long Kundur sebagai
Sultan Kelantan.
• Oleh kerana seringkali Siam campur tangan dalam soal takhta menyebabkan
Raja Siam melantik Pesuruhjaya Residen bagi memastikan tidak berlaku
perselisihan di antara Sultan dengan saudara-saudara baginda.
• Walaupun berada dibawah naungan Siam, Kelantan bebas berhubung
dengan kuasa luar iaitu British.
• Hubungan Kelantan dengan Kerajaan British dilakukan Sultan secara
langsung dengan Gabenor Negeri-negeri Selat, William Orfeur
Cavenagh di Singapura. Tindakan ini tidak menimbulkan bantahan
Siam.
• Hubungan Kelantan dengan British ini berterusan sehinggalah tahun
1909 dimana Perjanjian Bangkok ditandatangani. Dalam perjanjian ini
Siam telah menyerahkan Kelantan kepada British.
• Terengganu

- Pertama kali dihantar ke Siam semasa pemerintahan Sultan Mansur I pada 1781 sebagai
tanda ucapan terima kasih di atas murah hati kerajaan Siam.
- Juga sebagai tanda persahabatan dan membalas hadiah.
-Keputusan ini dibuat setelah perbincangan dengan pembesar negeri. Seorang saudagar
India, Nasrudin mengesyorkan hadiah itu dibuat daripada emas dan berbentuk bunga.
- Pihak Siam memberi hadiah berbentuk harta rampasan perang atas jasa bantuan yang
diberikan oleh Sultan Mansur kepada angkatan Siam mengalahkan Kerajaan Ligor.
- Adanya balasan hadiah dari kerajaan Siam ini membuktikan bahawa bunga emas itu
bukanlah sebagai ufti.
- Namun demikian, Siam mengakui bahawa Terengganu di bawah naungannya berdasarkan
Bunga Emas yang dihantar kepada kerajaan Siam.
- Akuan ini dapat dilihat apabila kerajaan Siam meminta Sultan Mansur I datang menghadap
ke Bangkok tetapi tidak diendahkan oleh baginda.
- Tersebarnya berita yang bahawa Siam akan menyerang Terengganu. Namun demikian Siam
tidak membuat sebarang serang ke atas Terengganu.
- Penghantaran Bunga Emas tidak diteruskan oleh Baginda Omar. Ini menunjukkan bahawa ia
merupakan suatu hadiah yang dihantar oleh kerajaan Terengganu kepada kerajaan Siam.
- Semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, baginda menghantar Bunga Emas ke Siam.
Kali terakhir penghantaran dilakukan pada tahun 1909.
- Satu lagi bukti yang boleh menyokong bahawa Terengganu bebas dari naungan Siam ialah
tidak adanya seorang wakil atau Pesuruhjaya Siam di Terengganu. Oleh sebab yang demikian
kerajaan Siam menghantar wakilnya Phya Rajvinichai untuk menyatakan penyerahan
Terengganu kepada British setelah Perjanjian Bangkok 1909 ditandatangani.
PENJAJAHAN JEPUN
Kebangkitan Jepun
• Bermula semasa pemerintahan Maharaja Meiji pada 1868
• Berjaya memodenkan Jepun dalam tempoh 30 tahun melalui
‘Pemulihan Meiji’ (Meiji Restoration)
• Menewaskan China dalam Perang China-Jepun yang pertama
(1895)
• Menewaskan Rusia dalam Perang Rusia-Jepun pada 1905
• Menewaskan China dalam Perang China-Jepun yang kedua
(1937)
Persedian Jepun Menjelang Penjajahan
• Persiapan untuk menyerang Semenanjung Tanah Melayu
di buat sejak Januari 1941 di Formosa (Taiwan)
• Persediaan rapi, strategi & latihan serangan diadakan di
Kepulauan Hainan (yang telah dijajah oleh Jepun pada
1939)
Faktor Kejayaan Penjajahan Jepun
• Strategi peperangan yang baik
• Pengintipan dan perisikan tentang maklumat kubu
British, lokasi kapal terbang dan lokasi kem tentera
• Perubahan dasar negara Thailand (yang pada asalnya
menyokong Pihak Berikat) – Jepun berjaya memujuk
Thailand dengan perjanjian untuk menyerahkan Perlis,
Kedah, Kelantan dan Terengganu jika Thailand memberi
laluan
• Kelengkapan perang yang moden – kapal pejuang dan
kereta kebal (kecil dan ringan) yang sesuai disamping
tentera kamikaze
• Peranan penduduk tempatan dan tentera British yang
memberi bantuan & kerjasama kepada pihak Jepun
seperti ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan tentera
British dari India – atas pengaruh propaganda
Faktor Kegagalan British Mempertahankan Tanah Melayu
• British kurang bersedia untuk menghadapi serangan melalui
Kelantan (British menjangkakan serangan ke atas Singapura)
• British kurang bersedia serangan melalui laut
• Kapal terbang yang kurang dan lama – British dalam masa
yang sama berperang dengan Jerman dan Itali sejak akhir
1939)
• Bantuan ketenteraan yang tiba lewat
Matlamat Jepun
• Memonopoli sumber ekonomi Tanah Melayu seperti bijih
timah & getah
• Menggunakan teknik propaganda dalam mendapatkan
sokongan rakyat
Asia Untuk Orang Asia
Semangat Asia
Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya
Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
• Menjalankan sistem pemerintahan bercorak pemerintahan
• Menukar nama Tanah Melayu kepada Malai Baru (Melayu
Baru) & Singapura sebagai Syonan (Cahaya Baru)
• Sebelum bulan April 1943 : pemerintahan Tanah Melayu &
Sumatera telah digabungkan dibawah Jabatan Pentadbiran
Ketenteraan(Kumpulan Tentera Jepun Ke-25)
• Bermula Ogos 1942 – mengharamkan radio gelombang
pendek bagi menyekat gerakan anti-Jepun
• Selepas bulan April 1943 :
Pentadbiran Tanah Melayu & Sumatera telah diasingkan
Pentadbiran Tanah Melayu dibahagikan kepada 7 wilayah
(Perak, Selangor,Johor, Melaka,Pulau Pinang,Pahang & negeri
Sembilan) & diletakkan dibawah Pengarah Agung yang
bertempat di Singapura
Pentadbiran bekas Negeri-Negeri Tidak Bersekutu pula
diserahkan kepada Thailand pada akhir 1943 sebagai tanda
penghargaan dari Jepun atas bantuan Thailand
Pentadbiran Sabah,Sarawak & Brunei dikenali sebagai Boruneo
Kita dibahagikan kepada 5 shu (wilayah) & diletakkan dibawah
Komander Tentera Pertahanan Jepun
• Mengamalkan Jikeidan iaitu pemantauan pergerakan orang
awam dan keluarga mereka
• Menggantikan polis-polis tempatan dengan Kempetai yang
menjalankan teknik ’seksa dahulu siasat kemudian’ untuk
mereka yang disyaki menentang Jepun
• Dalam Majlis Mesyuarat Negeri :
Gabenor Jepun menjadi Pengerusi
Sultan-Sultan sekadar menjadi Naib Pengerusi
Majlis tidak boleh menggubal undang-undang tetapi sekadar
menjadi badan penasihat
Pengunduran Jepun
• Masyarakat tempatan menubuhkan beberapa pertubuhan anti-Jepun
seperti Force 136 & All Malayan Anti Japanese Army (AMCJA)
• 6 Ogos 1945 : Amerika Syarikat & sekutunya menggugurkan bom
atom di Hiroshima
• 9 Ogos 1945 : Amerika Syarikat & sekutunya menggugurkan bom
atom di Nagasaki
• 15 Ogos 1945 : Jepun menyerah kalah
• 12 September 1945 :Ketua tentera Jepun di Tanah Melayu , Jeneral
Seishiro Itagaki secara rasminya menandatangani perjanjian
menyerah kalah kepada Komander Tentera Bersekutu di Asia
Tenggara , Laksamana Louis Mountbatten
PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU
KESAN-KESAN PENJAJAHAN KUASA LUAR
Antara kesan-kesan penjajahan kuasa luar di Tanah Melayu dapat diperhatikan dari aspek berikut:
• Kesan Ekonomi
- Pengenalan pada dasar ekonomi baru pada setiap era penjajahan mempengaruhi naik turun soio ekonomi
rakyat setempat. Contoh Matawang Pokok Pisang dan galakkan pelaburan luar melalui sistem ekonomi bebas
Infrastruktur fizikal - pembinaan landasan kereta api dan pembinaan sekolah-sekolah

• Kesan Sosial
- Perkembangan dari aspek sosio budaya masyarakat setempat
-Asimilasi -perkahwinan campur antara dua budaya yang berbeza
- Sistem pendidikan -mubaligh, jenis kebangsaan, sekolah beraliran Inggeris dan aliran Melayu
- Lingustik - pengenalan tulisan rumi menggantikan tulisan jawi
- Agama - penyebaran agama oleh mubaligh Kristian.

• Kesan Politik
- Perubahan struktur politik - sebelum/selepas campurtangan kuasa luar .Contoh sistem Residen
- Kebangkitan semangat nasionalisme di kalangan rakyat stempat, baik individu mahupun kumpulan
-
KESAN-KESAN PENJAJAHAN PORTUGIS
• Kesan Sosial

- Hasil perkahwinan orang Portugis dengan penduduk setempat - kaum


Eurasia dan Serani di Melaka.
- Lahirnya perkataan dari kata dasar bahasa Portugis - mentega
(manteiga), tuala (toalha), garpu (garfo), sekolah (escola), sepatu
(sapato), almari (almario) dan gereja (igreja).
- Perkembangan agama Kristian mazhab Roman Katholik oleh Francis
Xavier.
- Struktur binaan - kota A Famosa di Bandar Hilir - seni bina tertua
Eropah di Asia dan peninggalan binaan benteng-bentang Portugis.
-Berkembang seni muzik keroncong dari Portugis.
• Kesan Politik
- Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511 kepada
Portugis membawa kepada lahirnya Kesultanan Johor oleh Sultan
Alauddin Riayat Shah dan Kesultanan Perak oleh Sultan Muzaffar Shah
pada tahun 1528. Kedua-duanya adalah anakanda Sultan Mahmud
Shah Melaka.
KESAN-KESAN PENJAJAHAN BELANDA
• Kesan Ekonomi
- Pelabuhan Melaka merosot kerana Belanda menjadi Betawi sebagai pelabuhan
perdagangan yang utama.
- Dengan tertubuhnya Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), Belanda menguasai
perdagangan rempah dan bijih timah di rantau ini.
• Kesan Politik
- Campur tangan Belanda secara aggresif dalam pergolakan kerajaan-kerajaan
Melayu di Semenanjung termasuk urusan takhta, pentadbiran serta ekonomi
menjadikan kekuasaannya semakin kuat.
• Kesan Sosial
- Struktur binaan - bangunan Stadhuys - merupakan pusat pentadbiran serta
kediaman rasmi Gabenor dan Timbalan Gabenor Belanda di Melaka.
KESAN-KESAN PENJAJAHAN BRITISH
• Penjajahan British membawa kesan-kesan politik, ekonomi dan sosial yang besar kepada negara kita.
• Kesan politik
- Individu seperti Dol Said, Raja Mahadi, Dato' Maharajalela, Dato' Bahaman, Tuanku Antah, Tok Gajah dan
Mat Kilau; Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Mat Salleh dan Rentap lain-lain bangkit menentang
penjajahan British.
- Perubahan struktur politik dari feudalisme (sultan/raja mempunyai kuasa mutlak) kepada sistem
demokrasi.
- Penubuhan Dewan Rakyat yang merupakan salah satu daripada dua dewan di Parlimen Malaysia.
Sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan, rang undang-undang perlu
diluluskan. Rang undang-undang tersebut mudah diluluskan sekiranya mendapat undi majoriti.
- Penubuhan Dewan Negara. Berperanan untuk membahaskan sebarang rang undang-undang yang telah
mendapat kelulusan Dewan Rakyat. Ahli Dewan Negara dipanggil Senator dan memegang jawatan dalam
tempoh tiga tahun.
• Wujudnya Dualisme dalam sistem perundangan di Malaysia, iaitu Sivil dan Syariah. Undang-undang
digunakan sepenuh oleh Mahkamah Sivilm manakala Undang-undang Persekutuan membataskan
kuasa Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah dikeluarkan daripada hierarki Mahkamah Persekutuan
dan bernaung di bawah kuasa negeri.
• Bidang kuasa Undang-undang Islam terhad untuk hal kekeluargaan, pewarisan dan kesalahan jenayah
kecil sahaja.
• Raja Melayu memegang jawatan sebagai Ketua Agama Islam mempunyai kuasa yang terbatas.
• Orang Melayu bersatu menyebabkan tertubuhnya persatuan bercorak kenegerian. Antaranya
Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Selangor, Persatuan Melayu Pahang dan banyak lagi.
• Berlakunya penentangan terhadap Malayan Union secara besar-besaran pada tahun 1946.
• Pembentukan parti politik berteraskan kaum masing-masing seperti UMNO, MCA dan MIC.
• Kesan ekonomi
- Pengenalan ekonomi yang berbentuk bebas yang menyebabkan kemasukan pelabur-pelabur asing.
- Pengenalan ekonomi dagangan seperti pertanian dan perlombongan. Hasilnya ekonomi tradisional orang
Melayu dipinggirkan dan menyebabkan ekonomi di pantai barat dan pantai timur menjadi tidak seimbang.
- Penggunaan alat pertanian yang lebih baik dan teknik pertanian moden selain sektor pembuatan
(manufacturing) turut dimajukan.
- Masyarakat mengusahakan ekonomi sara diri berskala kecil.
- Revolusi perindustrian menyebabkan permintaan getah meningkat terutamanya dalam penghasilan
automobil.
- Perkembangan kesihatan di bandar dan luar bandar. Hal ini dapat dilihat melalui pengenalan sistem
moden (Dapat dilihat dengan adanya doktor dan jururawat di hospital, klinik dan pusat-pusat kesihatan.
- Hospital kerajaan terawal telah dibina di Taiping, Kuala Lumpur serta pusat kesihatan terawal pula di
Batu Gajah dan Kuala Kangsar.
• British telah menubuhkan Sanitary Board (Lembaga Kebersihan) untuk menjaga kebersihan dan
kesihatan di bandar Kuala Lumpur.
• Pembinaan landasan keretapi untuk memindahkan bijih timah ke pelabuhan dengan lebih pantas
untuk dieksport. Contohnya Taiping ke Port Weld.
• Pengangkutan keretapi menyumbang kepada pembukaan tanah baru di kawasan pedalaman
dengan tanaman getah.
• Rangkaian jalan raya menggantikan jalan denai. Hal ini berlaku setelah kenderaan bermotor
diperkenalkan untuk mengangkut bijih timah dan getah ke pengkalan sungai.
• Sistem komunikasi seperti telegraf, telefon dan pos diperkenalkan untuk memudahkan urusan
pengangkutan dan perhubungan.
• Pengenalan matawang kertas bagi kerajaan British di negeri-negeri Selat. Wang tersebut
digunakan di Tanah Melayu dan menyumbang kepada penggunaan matawang sehingga sekarang.
• Kewujudan lebih banyak pelabuhan penting serta kemajuan dari segi perkapalan.
• Kesan Sosial
- Pengenalan sekolah Inggeris dan sekolah vernakular Melayu, Cina dan India. Pelajar di sekolah Inggeris berpeluang
menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
- Penduduk Tanah Melayu diperkenalkan dengan tulisan rumi yang menggantikan tulisan jawi. Hasilnya tulisan rumi
masih digunapakai sehingga.
- Pembentukan masyarakat majmuk dengan kemasukan orang-orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Mereka
akhirnya menjadi penduduk tetap sehingga kini dan sebagai warganegara Malaysia.
- Landskap dan demografi Tanah Melayu telah berubah dari kawasan pedalaman dan kampung menjadi kawasan
bandar akibat perkembangan pesat perlombongan bijih timah dan penanaman getah.
- Unsur barat dapat dilihat melalui senibina bangunan yangmempunyai ciri-ciri dan reka bentuk moden.
- Orang Melayu ketinggalan dari segi ekonomi, berbanding dengan orang Cina dan India yang melibatkan diri dengan
ekonomi komersial.
- Cara pemikiran orang Melayu lebih terbuka sejak kedatangan kuasa barat. Kurang mempercayai perkara seperti
petua, pantang larang dan tahyul (supertitious).
KESAN-KESAN PENJAJAHAN SIAM
• Kesan politik
- Strategi perangkap politik (political entrapment): Siam menggunakkan alasan penghantaran
Bunga Emas sebagai tanda kekuasaannya terhadap negeri-negeri Melayu utara.
- Tekanan politik dan ketenteraan. Siam tidak teragak-agak menghantar bala tentera untuk
menyerang negeri-negeri tersebut sekiranya permintaannya tidak dipenuhi, seperti yang pernah
berlaku kepada Kedah. Disamping itu, Siam juga pernah mengugut untuk menyerang Kelantan
dan Terengganu kerana tidak memenuhi permintaannya. Walaupun tidak pernah menyerang,
namun ini telah menimbulkan kegelisahan Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu.
- Kawasan dan sempadan negeri asal dipecahkan. Contoh Kedah, Perlis dan Setul: Perlis
merupakan sebahagian daripada negeri Kedah menjadi negeri yang berasingan. Setul juga
asalnya dalam negeri Kedah telah dijadikan wilayah Siam.
- Negeri-negeri Melayu utara menjadi percaturan dua kuasa besar, iaitu Siam dan British.
Perjanjian Bangkok 1909 dibuat tanpa melibatkan rundingan dengan negeri-negeri terlibat. Ini
telah menimbulkan perasaan tidak berpuas hati dikalangan Sultan/Raja dan pembesar-pembesar
tempatan. Bahkan, ada di antara Sultan (Sultan Muhammad IV Kelantan dan Sultan Zainal Abidin
III Terengganu) menolak perjanjian tersebut.
• Kesan ekonomi
- Amalan penghantaran Bunga Emas ke Siam menyebabkan kewangan negeri
hampir muflis. Sebagai contoh, menurut W. W. Skeat, Perlis yang mempunyai
jumlah pendapatan sebanyak $27,000 dan ini tidak cukup untuk membayar
perbelanjaan kerajaan. Sebahagian pendapatan ini digunakan untuk membuat
Bunga Emas, memberi hadiah untuk pembesar-pembesar Siam dan
perbelanjaan untuk menghadirkan diri ke Bangkok.
- Rakyat terpaksa bayar cukai untuk menampung bunga emas dan perak.
Umpamanya, pemilik tanah sawah di Perlis dikehendaki membayar cukai
sebanyak $1 seorang, lelaki mahupun perempuan. Hanya yang berkahwin
dikenakan cukai, manakala mereka yang bujang tidak perlu membayar cukai. Di
Terengganu pula, setiap orang dewasa dimestikan membayar $1 pada tiap-tiap
tahun.
• Kesan Sosial
• Limpahan penghijrahan orang Patani dan Siam beramai-ramai akibat peperangan.
- Pada tahun 1813 ramai rakyat Patani telah larikan diri dan menetap di Perak, Kelantan, Kedah dan Perlis akibat
serangan oleh Rama II (1809-1824) kerana keengganan Sultan Patani tunduk dan mengakui kedaulatan Siam ke
atasnya.
- Orang Siam dari daerah Songkla (Singgora) dan Nakhorn Sithammarat telah masuk ke Kedah beramai-ramai ekoran
dari krisis ekonomi yang serius. Untuk mendapatkan penghidupan yang lebih baik, mereka pun berhijrah.
• Asimilasi penduduk
- terdapat satu golongan orang Siam yang dikenali sebagai Sam-Sam dibawa masuk ke Kedah semasa berlakunya
peperangan. Golongan Sam-Sam ini dipercayai berasal dari tawanan-tawanan perang Siam yang terdiri orang-orang
Melayu yang ditangkap semasa Perang Kedah Siam pada abad ke 14. Mereka ini di bawa balik ke Siam dan kemudian
keturunan mereka inilah di bawa balik ke Kedah semula pada abad ke 19, iaitu semasa Kedah berperang dengan
Siam. Mereka dikatakan sebagai golongan Sam-Sam kerana mempunyai darah campuran Thai dan Melayu atau Cina.
Pada masa sekarang golongan ini terdapat di Kubang Pasu, Padang Terap, Baling dan Kroh .
• Perkembangan ajaran Buddha di Tanah Melayu
- Binaan Tokong atau Wat Buddha yang banyak di Kedah dan Kelantan
KESAN-KESAN PENJAJAHAN JEPUN
• Kesan ekonomi
- Perusahaan bijih timah dan getah makin merosot ekoran British telah
memusnahkan kawasan lombong, ladang dan kilang sebelum menyerah
kalah. Kemusnahan termasuk harta benda dan infrastruktur.
- Perdagangan antara Tanah Melayu dan dunia luar terputus akibat
peperangan - tidak dapat import bekalan makanan seperti beras dan
keperluan asas seperti tekstil (pakaian)
- Pada masa sama juga Jepun mengamalkan dasar tutup pintu - tidak
menjalin hubungan dengan pihak luar. Selain dari membawa kepada
masaalah kekurangan makanan , ia turut menjejaskan pertukaran mata
wang asing.
- Lanjutan dari kekurangan barangan pengguna dan makanan
menjejaskan ekonomi dan taraf hidup rakyat
- Masalah kekurangan bekalan makanan diatasi dengan menjadikan
bidang pertanian sebagai kegiataan umum- penduduk tempatan
digalakkan menanam makanan sendiri seperti sayur, buah dan ubi kayu.
- Kegiatan pasaran gelap bertambah.
- Masalah kekurangan wang cuba diatasi oleh pemerintah Jepun
dengan mencetak Wang Pokok Pisang - namun menyebabkan buruk
lagi keadaan dimana nilai mata wang Jepun rendah di pasaran -inflasi
berlaku.
- Perlombongan dan perniagaan yang dikuasai Jepun mengakibatkan
orang-orang Cina dan Eropah kehilangan hak perniagaan mereka.
- Ladang kelapa dan kelapa sawit turut dikuasai. Penjualan getah
dikawal sehingga perusahaan getah tidak dapat berkembang.
• Kesan Politik
- Kemunculan kesedaran politik dikalangan penduduk tempatan
ekoran propaganda pihak Jepun - “Asia untuk orang Asia”.
- Dari situ muncul kesedaran bahawa British mempunyai
kelemahan -Orang Melayu berasa merasa mereka tidak lagi boleh
mengharapkan British
Peluang pentadbiran kepada orang Melayu
- Justeru itu orang-orang Melayu terbina keyakinan untuk
memerintah negara sendiri dari hasil pengalaman dalam kerja-
kerja pentadbiran Jepun
- Lahir semangat nasionalisme di kalangan penduduk
tempatan seperti Pembela Tanah Air (PETA), Angkatan Wanita
Sedar (AWAS)
- Mengukuhkan sentimen kecinaan dan keindian di Tanah
Melayu
- Tubuhnya Parti Komunis Malaya yang diasaskan oleh orang
Cina untuk menghalau tentera Jepun dari Tanah Melayu
• Kesan Sosial
- Timbul sikap anti penjajah (terhadap British) di kalangan orang
Melayu
- Tahap kesihatan rakyat terjejas ekoran tekanan ekonomi- pemakanan
yang tidak sihat dan jangkitan penyakit. Jumlah kematian meningkat
secara mendadak akibat kekurangan zat makanan
-Tidak mendapat rawatan kesihatan yang sepatutnya kerana ubat-
ubatan tidak lagi dihantar ke klinik sebaliknya digunakan untuk
kepentingan tentera Jepun
-Usaha menukar identiti penduduk Tanah Melayu dengan menutup
Sekolah Inggeris dan menumpukan pada pembelajaran Bahasa Jepun
-Penyebaran budaya Jepun melalui nyanyian dan muzik.Lagu
kebangsaan Jepun , Kimigayo diajar kepada murid-murid sekolah

Anda mungkin juga menyukai