Anda di halaman 1dari 13

10.

0 IMPLIKASI IMPERIALISME KE ATAS TANAH MELAYU

KONSEP IMPERIALISME

Pada tahun 1830, istilah imperialisme telah diperkenalkan di imperium Napoleon


Bonaparte, Perancis. Istilah tersebut telah diperkenalkan oleh penulis inggeris untuk
menerangkan dasar-dasar perluasan kekuasaan yang dilakukan oleh kerajaan Inggeris.
Orang Inggeris menganggap merekalah Greater Britain kerana mereka telah banyak
menguasai dan menjajah di wilayah Asia dan Afrika. Menurut Kamus Dewan(2005),
imperialisma adalah dasar atau tindakan sesebuah negara menjajah atau mengenakan
kuasa pemerintahannya ke atas negara-negara lain.

Imperialisme menonjolkan sifat-sifat hegemony (keunggulan) oleh satu bangsa


atas bangsa lain. (Sivachandralingam Sundra Raja, 2002) Tujuan utamanya adalah
untuk menambah hasil ekonomi.Imperialisme merupakan dasar sesebuah negara
meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan
tertentu. Imperialisme membawa maksud penguasaan sesebuah negara yang lebih
kuat terhadap negara lain yang lemah. Penguasaan ini bertujuan untuk mengaut
keuntungan dari segi politik dan ekonomi. Imperialisme barat telah mengubah system
politik tanah jajahannya di Asia Tenggara untuk memudahkan pengeksploitasian
ekonomi dilakukan. Selain faktor ekonomi, terdapat satu kepercayaan bahawa sebuah
bangsa yang mulia atau lebih baik dari bangsa lain yang dikenal sebagai ethnosentrim
seperti bangsa Jerman dan Italia.

Dasar imperialism pada awalnya adalah bertujuan untuk menyebarkan idea-idea


dan kebudayaan Barat ke seluruh dunia. Oleh kerana itu, imperialism bukan saja dilihat
sebagai penindasan terhadap tanah jajahan tetapi sebaliknya dapat menjadi faktor
pendorong pembaharuan-pembaharuan yang dapat menyumbang kearah pembinaan
sebuah bangsa seperti pendidikan, kesihatan, perundangan dan sistem pemerintahan.

Peringkat awal imperialisme barat adalah secara tidak langsung bertujuan untuk
menguasai perdagangan rempah namun perkembangan Revolusi Perindustrian di
Eropah menjadikan persaingan kuasa Eropah bertambah sengit.(Qasim Ahmad,2004).
Portugal mendahului kuasa besar yang lain apabila berjaya menawan Melaka pada
tahun 1511. Imperialisne barat di Asia Tenggara bermula sejak abad ke-16 kerana
didorong oleh hasrat penjajah untuk menguasai ekonomi sehingga mengubah system
politik tanah jajahannya. Menjelang tahun 1914, seluruh Asia Tenggara kecuali
Thailand telah dikuasai sepenuhnya oleh imperialis Barat.

SEJARAH RINGKAS IMPERIALISME BARAT DI TANAH MELAYU

IMPERIALISME PORTUGIS DI TANAH MELAYU

Penjajah pertama ialah Portugis yang menduduki Melaka selama 130 tahun, iaitu
daripada tahun 1511 hingga tahun 1641. Walaupun begitu lama menjajah Melaka,
namun Portugis tidak berjaya meluaskan pengaruhnya. Usaha-usaha untuk menawan
Naning dan Rembau telah mengalami kegagalan. Pengaruh Portugis pada ketika itu
hanyalah di sekitar bandar Melaka dan matlamat asal kuasa ini untuk mengembangkan
agama Kristian juga tidak berkesan.

Kejatuhan Melaka ke tangan orang Portugis berlaku pada 1511. Portugis


berhasrat menggunakan pelabuhan Melaka sebagai pengkalan untuk mengawal kuasa
perdagangan mereka di Pulau Hindia Timur. Di samping itu, tujuannya adalah untuk
menghancurkan agama Islam dan mengembangkan agama Kristian serta memecahkan
monopoli perdagangan yang selama ini dikuasai oleh orang Islam. Orang yang
bertanggungjawab merencanakan strategi menawan Melaka ialah Alfonso d’
Albuquerque.

Bagi mencapai matlamatnya, Albuquerque telah menawan Goa di India pada


1510 untuk dijadikan markas kekuasaan dan gerakan Portugis di Timur. Pada 1509,
Lopez de Sequeira telah dihantar untuk memulakan hubungan dagang dengan Melaka.
Setibanya mereka di Melaka, rombongan de Sequiera telah ditahan.Walau
bagaimanapun, de Sequiera berjaya melarikan diri dan melaporkan peristiwa tersebut
kepada Alfonso.Dengan alasan penahanan rombongan tersebut, Alfonso telah
menghantar angkatan tenteranya untuk menyerang Melaka. Serangan ke atas Melaka
telah dimulakan pada 1 Julai 1511 dan akhirnya Melaka telah berjaya ditakluki oleh
Portugis pada bulan Ogos 1511.
IMPERIALISME BELANDA DI TANAH MELAYU

Era penjajahan Portugis berakhir setelah 130 tahun menjajah Melaka dan
bermula pula era penjajahan Belanda. Ekspedisi yang terawal tiba di Kepulauan Melayu
pada tahun 1559. Pedagang Belanda amat berminat untuk berdagang di Kepulauan
Melayu ini kerana hendak mendapatkan bahan-bahan rempah, buah pala dan cengkih.
Ini telah mendorong pedagang-pedagang Belanda ini bergabung membentuk “Syarikat
Bersatu Hindia Timur” pada 20 Mac 1602 yang digelar V.O.C.Tujuan utama penubuhan
VOC adalah menguasai perdagangan rempah dan memonopoli perdagangan bijih
timah.Mereka juga ingin menyingkir Portugis yang sedang bergiat dalam perdagangan
di rantau Melayu. Pada tahun 1619, Belanda telah berjaya menguasai Betawi di Pulau
Jawa. Betawi telah dijadikan pelabuhan perdagangan alternatif kepada pedagang-
pedagang dunia selain Melaka.Untuk memastikan penguasaan Portugis di Asia
Tenggara lenyap sama sekali, Belanda telah beberapa kali melancarkan serangan ke
atas Melaka. Akhirnya mereka berjaya menewaskan Portugis dengan bantuan Kerajaan
Johor iaitu kerajaan warisan dari Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1641.

Kerajaan Johor pada ketika tu di bawah pemerintahan Sultan Abdul Jalil,


pengganti Sultan Hammat Shah. Belanda cuba meluaskan pengaruhnya dalam
perdagangan di negara ini dengan melampaui sempadan Melaka. Pada tahun 1650,
Belanda cuba memonopoli perdagangan timah dengan Perak dengan mengadakan
satu perjanjian. Walaubagaimanapun, penduduk tempatan mula menyedari sikap
mereka itu.Persaingan perdagangan antara Johor dan Belanda sejak persahabatan
mereka terjalin selepas kejatuhan Portugis di Melaka nampaknya menjadi seolah-olah
“retak menanti belah”. .Keadaan ini akhirnya mencetuskan pertikaian yang melibatkan
tindakan ketenteraan oleh pihak Belanda ke atas Johor pada akhir abad ke 18.

Belanda di Melaka berusaha menguasai perdagangan di selat Melaka


khususnya bijih timah. Oleh itu Belanda cuba mendapatkan kuasa memonopoli
membeli dan menjual bijih timah di Perak. Belanda cuba mempengaruhi Sultan Perak
(Sultan Muzaffar Syah) membenarkan Belanda memonopoli bijih timah di Perak tetapi
hasratnya ditolak. Dengan ini Belanda menemui Sultan Acheh iaitu Sultanah Tajul Alam
Safiatuddin bagi membenarkan Belanda berdagang di Perak. Keadaan ini
menyebabkan Sultan Perak terpaksa menandatangani perjanjian dengan
membenarkan Belanda mendirikan lojinya di Kuala Perak pada 15 Ogos 1650.
Perhubungan ini tidak disenangi oleh segolongan bangsawan Perak terutama
Syahbandar dan Temenggung. Mereka menganggap perjanjian tersebut menghalang
kebebasan mereka kerana sebelum ini mereka menjual bijih timah kepada saudagar
Cina dan India denga harga yang tinggi berbanding Belanda yang menawarkan tawaran
yang rendah dan tidak menarik

Belanda mula memberi perhatian kepada Kepulauan Melayu pada hujung kurun
ke 17 bagi memperolehi rempah secara langsung dari timur dan bukan melalui orang
Portugis. Oleh itu, untuk menguasai gugusan ini mereka perlu menguasai Melaka yang
merupakan tempat strategik. Beberapa percubaan Belanda untuk mendapatkan Melaka
daripada penguasan Portugis pada tahun 1606, 1608, 1623 hingga 1627 telah gagal.
Namun orang Belanda dapat menewaskan Portugis selepas enam bulan dikepung dan
diserang oleh askar Belanda yang dibantu askar Johor terdiri daripada 40 buah perahu
perang membawa 1500 orang askar Melayu pimpinan Laksaman Tun Abdul Jamil.
Pada 14 Januari 1641 Belanda berkuasa di Melaka setelah 130 tahun Portugis
menduduki Melaka(1511-1641). Belanda meluaskan perdagangan di Tanah Melayu
dengan membuat perjanjian perdagangan yang biasanya menguntungkan Belanda
sahaja . Ini menimbulkan penentangan orang Melayu khususnya pembesar-pembesar
terutama di Naning, Perak, Johor, dan Selangor.

IMPERIALISME BRITISH DI TANAH MELAYU

Imperialisme British bermula apabila British berjaya menduduki Pulau Pinang


pada tahun 1786 setelah berjanji dengan Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah ketika
itu untuk memberikan bantuan ketenteraan sekiranya negeri itu diserang. Namun
janjinya tidak ditepati lalu peperangan antara Sultan Kedah dengan pihak British telah
berlaku dan akhirnya kemenangan berpihak kepada British. Mereka telah
menandatangi perjanjian untuk mengesahkan penempatan British di Pulau Pinang
dengan janji pihak British akan membayar $600 setahun kepada Pulau Pinang; (Zainal
Abidin Abdul Wahid,2000).
Seterusnya, Inggeris telah dapat menduduki Singapura setelah mencampuri
urusan perebutan takhta dikalangan Raja Johor. British sememangnya ingin menguasai
Singapura kerana mempunyai kepentingan, iaitu sebagai pelabuhan singgahan utama
bagi pedagang ke China dan sebagai pengkalan British untuk menguasai kawasan
perdagangan di Kepulauan Indonesia. Pada tahun 1824 pula, Melaka telah diambil alih
oleh Bitish daripada pihak Belanda setelah menandatangani Perjanjian Inggeris-
Belanda. Perjanjian Inggeris-Belanda ini telah menukarkan Melaka kepada
pemerintahan British manakala kepentingan British di Indonesia telah dipindah milikkan
kepada Belanda. Ketiga-tiga negara ini telah bergabung dan dikenali sebagai Negeri-
negeri Selat.

Kuasa British telah berkembang ke seluruh Tanah Melayu dengan pelbagai tipu
muslihat. Maka pada akhir abad ke-18 dengan awal abad ke-19, British mempunyai tiga
buah jajahan dan pelabuhan di sepanjang Selat Melaka, iaitu Pulau Pinang dan
Seberang perai di utara, Melaka di tengah, dan Singapura di selatan. Pulau Pinang dan
Seberang perai pada mulanya telah ditadbir oleh Francis Light sebagai Penguasa dan
diletakkan di bawah pemerintahan Gabenor British di Culcutta. Pada tahun 1800,
pentadbir Pulau Pinang bergelar Leftenan Gabenor Jeneral dan pentadbirannya disama
tarafkan dengan pentadbiran di Benggala, Madras, dan Bombay di India. Pentadbiran di
Singapura pula pada mulanya diketuai oleh Residen yang bertanggungjawab kepada
Leftenan Gabenor di Bangkahulu. Dua tahun selepas Perjanjian London, Singapura
telah diletakkan di bawah pemerintahan Gabenor Jeneral, sama seperti di Pulau Pinang
(Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin,2000).
KESAN IMPERIALISME KE ATAS TANAH MELAYU

POLITIK

Aspek pemerintahan dan pentadbiran yang dahulunya diterajui oleh orang


tempatan telah diambil oleh penasihat dan pentadbir British. Perubahan dalam bidang
pemerintahan oleh pentadbir Barat selari dengan pengenalan sistem perundangan
Barat sesuai dengan anggapan mereka bahawa sistem pentadbiran masyarakat
peribumi adalah ketinggalan zaman dan tidak sesuai dipraktikkan lagi. Ini dapat dilihat
apabila banyak negara Asia Tenggara diperintah melalui secara lansung oleh pihak
penjajah melalui sistem birokrasi yang dimonopoli oleh orang Barat. Bagi meningkatkan
soal-soal agama dan adat istiadat, pemimpin tempatan dilantik semata-mata bertujuan
bahawa, penjajah Barat masih lagi memerlukan dan menghargai kepimpinan mereka.
Wujud persaingan antara kuasa-kuasa Barat dalam usaha mereka mendapatkan
kawasan tanah jajahan baru lantas persaingan ini dapat diselesaikan dengan
menetapkan kawasan pengaruh masing-masing supaya tidak tercetus peperangan di
Asia Tenggara.

Demokrasi telah dibawa oleh barat suatu ketika dahulu dan sekaligus telah
membawa kesan yang besar dalam sistem pentadbiran di Tanah Melayu yang sebelum
ini mengamalkan sistem feudal iaitu Pemerintahan Beraja yang menganggap raja
sebagai pemimpin yang mutlak. Sistem demokrasi ini sangat berbezaa dengan sistem
pemerintahan Beraja yang diamalkan oleh masyarakat Melayu masa dahulu. Dalam
sistem demokrasi ini, kedaulatan dan keputusan negara mesti dibuat oleh rakyat
dengan menggunakan suara majoriti yang memilih untuk melakukan sesuatu
keputusan. Pemilihan pemimpin para demokrasi juga dilakukan berdasarkan
pandangan-pandangan, sokongan dan aspirasi rakyat terhadap calon yang difikirkan
layak. Pemilihan pemimpin dilakukan dalam pilihan raya yang diadakan. Demokrasi ini
sebenarnya telah mengehadkan kuasa sultan atau raja yang mana sebelum ini. Mereka
adalah pemerintah mutlak dalam pentadbiran negeri masing-masing.
EKONOMI

Kedatangan kuasa Barat di Tanah Melayu telah merubah keadaan ekonomi


negara yang dijajah. Kesan imperialism Portugis, pembinaan Kota A Famosa atau Porta
de Santiago bermaksud "Yang Termashur" sebaik sahaja berjaya menawan Melaka
pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika
Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua
yang masih ada di Asia. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika
Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua
yang masih ada di Asia. (Mohamad Kamal bin Kamaruddin, 2009)

Selain itu, British telah memperkenalkan ekonomi dagangan seperti pertanian


dan perlombongan yang melibatkan lebihan pengeluaran untuk pemasaran.
Pengeluaran dalam skala yang besar, buruh yang ramai, modal besar dan pemasaran
lebih luas.Bijih timah dipasarkan ke China, Jepun dan India Kawasan lombong di sungai
dan diusahakan oleh buruh tempatan Kedatangan British meminggirkan ekonomi orang
Melayu.

Seterusnya, wujud ekonomi tradisional dan ekonomi dagangan. Selain itu Pantai
barat dan timur juga tidak seimbang ekonominya. Akhirnya British mengambil alih
ekonomi dagangan dan membawa masuk buruh China.

Kegiatan perlombongan dan perladangan getah telah dijalankan secara besar-


besaran bagi memenuhi keperluan perkilangan di Britain. Bentuk ekonomi masyarakat
Asia Tenggara bersifat sara diri telah berubah kepada sektor berorientasikan
perdagangan dan eksport dengan pengenalan tanaman baru seperti teh, tebu, kopi,
getah dan nenas. Sektor perladangan, perlombongan dan perindustrian juga telah
diperkenalkan oleh pemodal Eropah yang mempunyai modal yang banyak. Banyak
kawasan perladangan yang besar telah diterokai. Tenaga buruh telah dibawa dari
China dan India bagi memenuhi permintaan tenaga buruh yang tidak mencukupi.
Masyarakat tempatan tinggal hanya di luar kota. British pula menumpukan
pembangunan tanah jajahan mereka hanya di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura.
Manakala Sabah dan Sarawak, British hanya menumpukan perhatian di Bandar-bandar
seperti Jesselton, Sandakan, Miri, Sibu dan Kuching. Selain memperkenalkan sistem
ekonomi bebas, mereka juga menggalakkan kemasukan orang Cina dan India untuk
memajukan negeri-negeri tersebut. Orang-orang Cina umpamanya menggunakan
kemahiran teknologi yang diwarisi daripada negeri asalnya seperti pembangunan
bangunan (Bandar), melombong dan pertanian. Kemahiran dalam bidang perdagangan
memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan ekonomi di Bandar-bandar dan
kawasan-kawasan sekitar. (Samri Sainuddin,2003)

Sektor perlombongan bijih timah semakin berkembang pesat dengan


pengenalan kaedah baru dalam perlombongan iaitu kapal korek yang mengeluarkan
bijih timah dalam kuantiti yang banyak. Ekonomi tradisional penduduk peribumi yang
bergantung kepada kawasan sungai sebagai alat pengangkutan telah terpinggir dengan
pembinaan jalan raya dan kereta api. Pelabuhan tradisi negara-negara Asia Tenggara
yang berpusat di muara sungai juga turut terpinggir akibat pertumbuhan bandar baru
yang kemudiannya menjadi nadi penggerak kepada pembangunan ekonomi penjajah.

Wujud dua jenis ekonomi, ekonomi moden yang berorientasikan eksport dan
ekonomi tradisional yang dijalankan untuk tujuan sara diri. Ekonomi moden dikuasai
oleh imperialisme Barat manakala penduduk tempatan menjalankan ekonomi sara diri.
Perkembangan ekonomi berdasarkan sistem matawang telah menyebabkan wujud
jurang perbezaan antara sistem ekonomi tersebut. Pemerasan ekonomi yang dilakukan
oleh imperialisme Barat ke atas masyarakat Asia Tenggara menyebabkan timbul
keinginan masyarakat peribumi untuk membebaskan diri daripada belenggu penjajah.
Penentangan dan kebangkitan masyarakat peribumi menentang penindasan politik,
ekonomi, dan sosial yang dilakukan oleh imperialisme Barat dinamakan sebagai
nasionalisme.

Kesan-kesan penjajahan barat terhadap msyarakat ialah munculnya semangat


nasionalisme, dan berkembangnya sektor kesihatan bandar dan luar Bandar seperti
memperkenalkan sistem perubatan moden dengan adanya doktor, jururawat, klinik,
palang merah dan pusat-pusat kesihatan. Seterunya, imperialis barat telah membina
Hospital kerajaan terawal dibina di Taiping dan Kuala Lumpur, dan Pusat perubatan
pula dibina di Batu Gajah, Kuala Kangsar dan Kuala Lumpur, untuk membantu
mengubati pekerja-pekerja ladang dan juga penduduk tempatan yang menghidap
penyakit Malaria, beri-beri, taun dan sebagainya.Orang barat juga telah mewujudkan
Sanitary Board iaitu lembaga yang menjaga kebersihan dan kesihatan awam di bandar
Kuala Lumpur.

Seterusnya, orang barat juga melaksanakan Sistem pengangkutan dan


perhubungan iaitu Jalan kereta api dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih
timah ke pelabuhan untuk dieksport, contohnya Taiping ke Port Weld, Seremban ke
Port Dickson, Kuala Lumpur ke Port Swettenham. Pengangkutan kereta api juga
menggalakkan pembukaan tanah baru di pedalaman dengan tanaman getah.

Di samping itu, jalan denai dan kereta lembu yang digunakan untuk mengangkut
bijih timah dan getah ke pangkalan sungai telah digantikan dengan jalan raya, Jalan
raya terus berkembang khasnya apabila kenderaan bermotor diperkenalkan Beberapa
rangkaian jalan raya disiapkan. Orang barat juga telah menperkenalkan sistem
perhubungan seperti telegraf, telefon dan pos untuk Kemudahan pengangkutan dan
perhubungan. Oleh sebab itu, jalan raya dan jalan kereta api terlah berkemban ,dan
masih digunakan di Malaysia hinga masa kini.Selain itu, orang british telah
memperkenalkan penggunaan mata wang di tanah malayu iaitu penggunaan wang
kertas yang di keluarkan oleh kerajaan british bagi Negeri – Negeri Selat dibawah
Lembaga Pesuruhjaya Wang.

Seterusnya, Berkembangnya sektor kesihatan bandar dan luar Bandar terhadap


masyarakat Melayu sebelum kedatangan penjajah British kebanyakannya
mengamalkan perubatan secara tradisional dan bergantung kepada pawang atau
bomoh untuk mengubati penyakit. Penjajahan British di Tanah Melayu telah
memperkenalkan sistem perubatan moden dengan adanya doktor, jururawat, klinik,
palang merah dan pusat-pusat kesihatan. Lama kelamaan pusat-pusat kesihatan ini
telah berkembang daripada bandar ke kawasan luar bandar.Pihak British telah
membina infrastruktur seperti kemudahan jalan raya, jalan keretapi serta pelabuhan.
Kawasan ini juga dijadikan pusat pentadbiran British dengan kelengkapan telegraf,
bangunan pentadbiran, sekolah dan sebagainya. Bermula dari sinilah wujudnya dua
kawasan pembangunan yang berbeza di Tanah Melayu iaitu kawasan pentadbiran
British menjadi bandar dan kawasan penduduk tempatan di kampung-kampung.

British telah mebawa masuk buruh-buruh daripada China dan India ke Tanah
Melayu untuk bekerja di lombong bijih timah dan ladang getah kepunyaan British.
Disebabkan, pada masa itu Suasana politik di negara asal mereka yang tidak menentu
menyebabkan buruh Cina dan India merasa terpanggil untuk mencari rezeki di Tanah
Melayu. pada awal tahun 1920-an hingga 1930-an telah menyaksikan kemasukan
buruh-buruh dari China dan India yang ramai ke Tanah Melayu. Bermula dari sinilah
bermulanya masyarakat majmuk di Tanah Melayu dengan kehadiran orang Cina dan
India yang akhirnya menjadi penduduk tetap Tanah Melayu.Disebabkan itu, Malaysia
telah menjadi negara yang bebilang kaum.

Seterusnya, masyarakat Tanah Melayu Sebelum penjajahan British


kebanyakannya tinggal di kawasan pedalaman, kampung-kampung dan juga di
sepanjang sungai. Mereka menjalankan kegiatan ekonomi secukup hidup dengan
bertani, menangkap ikan dan memungut hasil-hasil hutan. Kedatangan British telah
mengubah lanskap atau demografi Tanah Melayu apabila wujudnya kawasan bandar
akibat perkembangan pesat perlombongan bijih timah dan getah

SOSIAL

Antara kesan peninggalan penjajah Portugis hingga ke hari ini ialah kewujudan
masyarakat,akibat perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan ,
pengenalan tulisan rasmi kepada masyarakat melayu , kewujudan perkataan yang
berasal dari bahasa Portugis seperti palsu , almari , jendela , garpu dan tuala.Kesan
yang penting ialah kejatuhan kesultanan melayu melaka dan membawa kepada
kemunculan kerajaan melayu-Riau , namun pengaruhnya tidak berkesan.

Wujudnya kaum Eursia disebabkan kahwin campur orang portugis dengan orang
melayu. Orang portugis mula makan dengan mengunakan tangan. Lahirnya masyarakat
Serani beragama Kristian di Melaka hasil perkahwinan orang Portugis dengan
penduduk tempatan.Berkembangnya agama Kristen atau Katholik di Maluku yang
disebarkan oleh Fransiscus Xaverius. Berkembangnya musik Keroncong berasal dari
Portugis, dan peninggalan bangunan yang berupa benteng-benteng Portugis

PENDIDIKAN

Pendidikan Barat telah diperkenalkan oleh kuasa Imperialisme ke atas negara


yang dijajah tetapi terhad kepada kawasan di bandar sahaja. Pendidikan Barat ini
bertujuan menyediakan golongan pentadbir bawahan bagi mengisi jawatan rendah
seperti kerani, juru kira, juru ukur dan juru teknik dalam sistem birokrasi moden yang
diperkenalkan oleh kuasa Barat. Pengajarannya menggunakan bahasa penjajah
sebagai bahasa pengantaraan. Sekolah-sekolah mubaligh Kristian telah ditubuhkan
bagi menyebarkan agama Kristian dikalangan penduduk peribumi di samping
membenarkan sekolah jenis vernakular berkembang.

Mereka yang mendapat pendidikan peluang masa hadapan yang lebih cerah
dalam bidang kerjaya, tetapi bagi mereka yang mendapat pendidikan di sekolah-
sekolah vernikular sukar mendapat pekerjaan. Sesetengah golongan rakyat tempatan
pula terpengaruh dengan fikiran, budaya dan sikap orang putih sehingga mendewa-
dewakan "orang putih" dan tamadun Barat. Kepincangan dalam sistem pendidikan ini
telah memaksa kerajaan peribumi memperbaikinya selepas mencapai kemerdekaan.
Pekembangan pesat ekonomi berorientasikan eksport telah menyebabkan buruh-buruh
asing telah dibawa dari pelbagai negara bagi memenuhi keperluan tenaga buruh.
Kedudukan buruh asing pula telah mengubah komposisi kaum di Asia Tenggara
sehingga mewujudkan jurang yang ketara dengan penduduk peribumi akibat perbezaan
agama, bahasa, budaya, dan adat. Dasar ini diburukkan lagi oleh kuasa Barat yang
menjalankan dasar pecah dan perintah yang menghalang wujudnya perpaduan kaum
Pantai barat dan timur juga tidak seimbang ekonominya. Akhirnya British mengambil
alih ekonomi dagangan dan membawa masuk buruh China.

Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, penduduk Tanah Melayu


telahpun mempunyai sistem pendidikan mereka sendiri iaitu pendidikan agama dan
sekolah pondok. British juga telah memperkenalkan tulisan rumi kepada penduduk
Tanah Melayu selain tulisan Jawi yang digunakan oleh orang Melayu pada waktu itu.
Oleh sebab itu,tulisan rumi dan bahasa ingerris masih di gunakan di Malaysia hingga ke
hari ini.

British telah memperkenalkan sekolah-sekolah vernakular Melayu dan Inggeris


seperti di tanah melayu seperti, Penang Free School yang merupakan sekolah Inggeris
pertama dibina di Tanah Melayu.Selain itu, ada juga Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan
Sekolah Tamil. Penubuhan Sekolah Inggeris di Tanah Melayu pada waktu itu telah
memberi peluang kepada penduduk Tanah Melayu mempelajari bahasa Inggeris dan
menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
RUJUKAN

Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin. (2000). Sejarah Malaysia. Shah Alam : Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohamad Kamal bin Kamaruddin. (2009). Sejarah Eropah. Kuala Lumpur : Pearson
Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Samri Sainuddin.(2003). Tamadun Melayu. Perak : Quantum Books.

Sivachandralingam Sundra Raja. (2002). Sejarah Eropah. Kuala Lumpur : Utusan


Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Qasim Ahmad. (2000). Eropah Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Abdul Wahid. (2000). Sejarah Malaysia. Bangi : Penerbit Univertisi
Kebangsaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai