Anda di halaman 1dari 7

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

35900 TANJUNG MALIM

SEJARAH DAN PENSEJARAHAN


HSR 3013

SEMESTER 1
KUIZ 2
KUMPULAN B

SOALAN : BINCANGKAN FUNGSI DAN PERANAN SEJARAWAN DALAM


MENGETENGAHKAN KEBENARAN MELALUI PENULISAN SEJARAH.

NAMA PENSYARAH : DR. AHMAD ZAINUDDIN BIN HUSIN


NAMA : NORAZIAN BINTI ABDUL RAZAK
MATRIK : D20111048502

PENGENALAN

Sejarah telah menjadi bidang pengkajian sejarawan sejak zaman silam lagi.
Penulisan sejarah atau istilahnya sendiri iaitu pensejarahan dalam bahasa Melayu dan
historiography dalam bahasa Inggeris, merupakan suatu proses dengan tahap-tahap
yang tersendiri dalam menghasilkan sebuah karya dalam bentuk lisan mahupun dalam
bentuk bertulis oleh seseorang yang bergelar sejarawan. Sejarawan ialah seseorang
yang mengkaji sisa-sisa peristiwa pada masa lalu.1 Seseorang yang melakukan
penyelidikan dan menulis sejarah, dalam bidang apa sekalipun boleh dianggap sebagai
sejarawan. Tetapi mereka juga boleh mendapat gelaran sebagai sejarawan sekiranya
mereka ada membuat penyelidikan yang rapi dalam bidang sejarah dan hasil tersebut
dapat diterima umum oleh masyarakat. Contoh dalam bidang sejarah ialah pemikiran
sains tulen, sejarah ekonomi, sejarah politik, sejarah kemasyarakatan dan sebagainya.
Sejarawan berperanan melakukan penyelidikan untuk menghasilkan penulisan sejarah
yang objektif demi mencari kebenaran serta menempatkan kebenaran tersebut ditempat
yang betul. 2 Sejarawan harus memahami dan mengamalkan proses penyelidikan yang
sistematik dalam menghasilkan karyanya. Kedua, sejarawan perlu mendapatkan serta
menggunakan sumber utama dan benar, serta harus memeriksa, menkaji, dan
menganalisis sumber itu dengan kritis dan jujur.3 Sejarawan turut berfungsi sebagai
jurucakap dan pencatat dalam masyarakat sekeliling.4 Sejarawan bertindak dalam
menyampaikan maklumat yang benar kepada masyarakat melalui hasil penulisanya.
1 Muhd Yusof Ibrahim. 2000, Ilmu Sejarah Falsafah, Pengertian, dan
Kaedah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 116.
2 Ibib, hlm. 113.
3 Ishak Saat. 2007, Ilmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden, Selangor :
Karisma Publications Sdn. Bhd., hlm. 9.

Contoh sejarawan yang terulung ialah Herodotus, Thucydides, Masudi, Tabarin Ibnu
Khaldun, Ssu Ma Chien, Leopold Van Ranke, Benedetto Croce, Charles A. Beard, Tun
Sri Lanang, Raja Ali Haji dan Haji Buyong Adli.

FUNGSI DAN PERANAN SEJARAWAN


Satu-satunya perkara yang boleh menjamin seseorang itu mencapai taraf sebagai
sejarawan ialah melalui hasil sumbangan penyelidikan yang ditulisnya mahupun yang
diterbitnya. Hasil-hasil ini termasuklah dalam bentuk buku, monograf ataupun makalahmakalah. Sejarawan perlu melakukan penyelidikan mengikut kaedah-kaedah yang betul
untuk menghasilkan penulisan yang bermutu demi mencari kebenaran dan menempatkan
kebenaran tersebut di tempat yang hakiki.5 Hasil penulisan yang bernas dan
mempunyai nilai kesejahteraan kepada semua masyarakat, itulah yang membolehkan
pengkaji lain dan masyarakat itu sendiri menilai kedudukannya. Melalui hasil penulisan
ini, ia dapat memaparkan kearifannya dalam bidang sejarah dikaji.6 Sejarah ada
mengemukakan kaedah atau teknik penyelidikan yang tersendiri. Dengan cara ini, lebih
memudahkan sejarawan menyusun matlamat dan struktur penyelidikan serta penulisan
agar dapat menepati kriteria-kriteria yang diperlukan dalam pengarangan sesebuah
karya sejarah.

4 Muhd Yusof Ibrahim. 2000, Ilmu Sejarah Falsafah, Pengertian, dan Kaedah,
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 126.
5 Muhd. Yusof Ibrahim. 2000, Ilmu Sejarah Falsafah, Pengertian, dan
Kaedah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 113.
6 Ibib., hlm. 114.

Seorang sejarawan berperanan penting dalam mencari kebenaran. Mereka mahu


sejarah tersebut wujud sebagai sejarah yang benar-benar berlaku tanpa
dicampuradukkan dengan peristiwa berunsurkan mitos, dongeng dan lagenda.7 Contoh
jelas ditunjukkan oleh sejarawan islam yang berpegang teguh pada Al-Quran dan
Sunnah.8 Begitu juga dengan sejarawan barat seperti Ranke yang menggunakan konsep
sedemikian iaitu memuatkan sejarah yang sahih dari segi kebenaran. Sejarawan turut
disifatkan sebagai pencatat zaman yang sebenar atas hakikat bahan yang ditulisnya itu
merupakan perkara-perkara yang benar-benar berlaku.9 Walaupun kebenaran itu, jika
diukur mengikut kaedah saintifik kadangkala bukanlah terdiri daripada perkaraperkara yang dapat dibuktikan secara maujud.10
Dalam usaha mencari kebenaran, sejarawan harus berperanan seperti seorang saintis.
Dalam mempersembahkan penulisannya pula, sejarawan harus bertindak seperti seorang
artis seni yang benar-benar berupaya menjadikan sesuatu perkara itu kepada realiti.11
Namun dalam penulisan sejarah, sejarawan tidak ada pilihan yang bebas dan tidak
boleh menulis sesuka hati dengan menggunakan kesemua fakta yang ada. Sejarawan
yang baik akan lebih arif dalam menentukan dan

mengasingkan fakta-fakta yang ada

7 Arbaiyah Mohd Noor. 2002, Ilmu Sejarah dan pensejarahan, Kuala


Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 15.
8 Ibib., hlm.15 dan 16.
9 Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya. 1988, Sejarawan dan
Pensejarahan Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm. 3.
10 Mohd. Taib Osman. 1976, Kesusasteraan Melayu Lama, Siri Sastera : Federal
Publications Sdn. Bhd., hlm.40-41.
11 Ishak saat. 2007, Ilmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden, Selangor :
Karisma Publications Sdn. Bhd., hlm. 37.

ketika menghasilkan sesuatu penulisan sejarah. Sepertimana yang dimaksudkan oleh R.


G. Collingwood, sejarah adalah suatu pemikiran yang perlu disampaikan dengan
bernas, jelas dan mantap serta berdasarkan fakta-fakta yang tepat dan mudah difahami.
Adalah penting bagi seseorang sejarawan mengetahui asas-asas penulisan sejarah dan
pemikirannya. Asas-asas tersebut termasuklah dalam membuat rangka kerja bagi
penulisan serta mengatur dan menyusun supaya ia tepat dan khusus selari dengan
objektif yang ingin dicapai. Kedua-dua asas ini sangat penting yang perlu digunakan
oleh sejarawan untuk mengetengahkan kebenaran dalam penulisan
sejarah. 12
Sejarawan berfungsi sebagai jurucakap atau pencatat dalam kumpulan masyarakat.
Sejarawan pada zaman tradisi boleh dianggap sebagai pencatat peristiwa terpenting.
Walaupun catatan pada masa itu tidak seratus peratus benar dari sudut faktanya.13 Pada
zaman itu juga, sejarawan turut berfungsi sebagai seorang sasterawan rakyat atau
penglipur lara. Bertujuan uantuk menyukakan seseorang ataupun para pendengarnya.
Sejarawan tradisi turut melakukan penulisan atas perintah raja ataupun sultan.
Walaupun mereka mempunyai kesedaran terhadap kepentingan sejarah yang ditulis,
namun mereka terpaksa akur pada perintah tersebut. Contohnya, pada diri sejarawan
Melayu seperti Tun seri Lanang yang membaiki Sulalatus Salitin. Beliau begitu berat
hati untuk membaiki Sulalatus Salatin kerana beliau mengetahui akan kemampuan
dirinya yang kurang dari segi ilmu pengertahuan, namun beliau terpaksa juga
melakukannya kerana takut menderhaka perintah raja.14

12 Ibib., hlm. 38
13 Muhd Yusuf Ibrahim. 2000, Ilmu Sejarah Falsafah Pengertian dan
Kaedah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 126.

Sejarawan turut berfungsi sebagai pentafsir. Seseorang sejarawan bukan sahaja


bebas dalam memilih peristiwa serta bidang yang dikaji, malah beliau mempunyai hak
untuk memberikan analisis serta tafsirannya terhadap sesuatu peristiwa sejarah yang
dikajinya. Tetapi harus tertakluk pada sumber-sumber kajian yang cukup bagi
mengukuhkan tafsirannya.15 Walaubagaimana pun, jika terdapat sesuatu fakta yang
bercanggah dengan pendapat orang yang lain, sejarawan terpaksa mengkaji semula
peristiwa berkenaan dengan berdasarkan sumber-sumber kajian yang lain. Demikianlah
hakikat yang terpaksa diterima oleh sejarawan yang terpaksa berada dalam
persengketaan pendapat. Timbul juga anggapan bahawa fakta sejarah itu adalah objektif
sedangkan penerangan ataupun tafsiran adalah subjektif. Kebenaran sejarah adalah
sesuatu yang terdiri daripada objektif dan subjektif.16
Kesimpulanya, sejarawan itu bukanlah merupakan humanoid sahaja. Namun demikian,
sejarawan tetap merasakan kepentingan peranan sosialnya sebagai sejarawan yang
menghasilkan bentuk-bentuk pensejarahan yang digemarinya ataupun yang ditugaskan
kepadanya. Sejarawan akan terus menyelidik dan menulis hasil penyelidikannya untuk
dipersembahkan kepada umum. Nyatalah bahawa sejarawan mempunyai tujuan yang
tertentu dalam melaksanakan pensejarahan disamping mencari kebenaran untuk
membaiki dunia.

14 Arbaiyah Mohd Noor. 2002, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala


Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 15
15 Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya. 1988, Sejarawan dan
Pensejarahan Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Hlm. 13.
16 Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya. 1988, Sejarawan dan
Pensejarahan Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, hlm. 14.

BIBLIOGRAFI

Ishak Saat. 2007, Ilmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden, Selangor : Karisma
Publications Sdn. Bhd.

Arbaiyah Mohd Noor. 2002, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Muhd. Yusof Ibrahim. 2000, Ilmu Sejarah Falsafah, Pengertian dan Kaedah, Kuala
Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya. 1988, Sejarawan dan
Pensejarahan Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai