Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN
Sesetengah masyarakat menganggap kajian atau mata pelajaran sejarah adalah
membosankan kerana mereka menganggap sejarah itu adalah cerita semata-mata tentang
kehidupan manusia yang tidak dapat dikembangan. Namun, pada pendapat saya sejarah
penting kerana ianya berkaitan dengan aktiviti dan kehidupan manusia pada masa lampau
yang kita boleh mempelajarinya. Hal ini kerana, tanpa ilmu sejarah kita tidak dapat
mempelajari peradaban manusia pada masa lampau. Justeru itu, dalam tugasan ini, saya
akan membincangkan secara terperinci tentang pengertian fakta sejarah dan
kepentingannya dalam penulisan karya sejarah. Namun sebelum itu, saya akan
menerangkan definisi sejarah dan sumber-sumber sejarah. Selain itu, saya juga akan
menyentuh sedikit tentang kepentingan fakta sejarah dalam konteks kehidupan kita, kerana
saya pasti bahawa sejarah tidak dapat dielakkan dalam kehidupan bermasyarakat.

2.0 DEFINISI SEJARAH


Sebelum kita membincangkan secara menyeluruh mengenai fakta sejarah, elok rasanya kita
memahami dahulu maksud sejarah. Menurut William H. Freederick, ettimologi kata sejarah
berasal dari Bahasa Melayu sejarah yang berasal dari bahasa Arab iaitu ‘sajaratun’.
Manakala dalam Bahasa Inggeris sejarah disebut history iaitu masa yang telah lalu atau
lampau. History ditarik dari bahasa yunani iaitu Historia yang bermaksud penyelidikan atau
pengetahuan yang diperolehi melalui penelitian yang mendalam. Sebagai usaha untuk kita
memahami sejarah, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka telah mendefinisikan sejarah
sebagai asal-usul, keturunan, salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada watktu
yang lampau, kisah, riwayat, tawarikh dan kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa
yang telah lalu.

Sejarah dalam erti kata lain digunakan untuk mengetahui sesuatu peristiwa berlaku
pada masa lampau berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang sahih bagi tujuan manusia
memperkayakan pengetahuan meraka pada waktu sekarang dan akan datang menjadi lebih
cerah. Menurut ibnu khaldum, beliau mendefinisikan sejarah sebagai catatan tentang
masyarakat manusia atau peradaban dunia tentang perubahan-perubahan yang terjadi pada
watak masyarakat itu. Menurut Moh. Yamin SH seorang ahli Sejarawan Melayu mengatakan
sejarah adalah ilmu pengetahuan yang disusun atas hasil penyelidikan beberapa peristiwa
yang dapat dibuktikan dengan kenyataan atau fakta.
Sejarah ditulis berasaskan kajian terhadap sumber-sumber sejarah yang diperolehi
oleh ahli sejarawan. Hal ini kerana sumber sejarah memberikan maklumat dan bukti yang

1
benar tentang sesuatu peristiwa. Menurut Kamus Dewan sumber didifenisikan sebagai
keterangan iaitu bukti yang bertulis atau bercetak, surat yang boleh dijadikan keterangan
atau bukti.1 Menurut R. G. Collingwood, sejarah ialah sesuatu penyelidikan atau penyiasatan
tentang perkara-perkara yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau.2. Tokoh
terulung iaitu Herodotus pula mengatakan sejarah ialah suatu bentuk kajian untuk
menceritakan suatu perputaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan
peradaban dunia. Dari sudut aspek yang sama, Aristotel mendefinisikan sejarah adalah
peristiwa-peristiwa masa lampau yang mempunyai catatan, rekod-rekod, atau bukti-bukti
yang jelas atau kukuh. J.V. Bryce pula menyatakan sejarah adalah catatan dari apa juga
yang telah difikirkan, dikatakan dan diperbuat oleh manusia. Menurut Ibnu Khaldun, sejarah
bermaksud sebagai catatan tentang masyarakat umum manusia atau perababan manusia
yang terjadi pada watak atau sifat masyarakat itu.

Secara umumnya, terdapat tiga jenis sumber sejarah yang penting iaitu sumber
utama atau sumber primer, sumber kedua atau sumber sekunder dan sumber lisan.
Sumber primer ialah bahan yang belum dioleh atau dicetak iaitu sumber atau bahan yang
masi dalam keadaan asli atau asal seperti fosil, manuskrip yang belum dicetak, surat rasmi
kerajaan , batu bersurat dan keterangan lisan. Bahan- bahan ini biasanya boleh dilihat di
arkib, perpustakaan, muzium ataupun dirumah perseorangan yang mempunyai minat
menyimpannya. Sumber-sumber ini adalah bersifat asli dan belum ditafsirkan lagi.
Kebiasaannya sumber–sumber primer dihasilkan pada masa yang hampir sama dengan
maklumat yang dicatatkan oleh orang-orang yabg berwibawa. Sebagai contoh sumber
primer yang kita dapat lihat pada hari ini ialah Batu Bersurat Terengganu, Piagam Madinah,
Batu Nisan Mansur, Batu Sumpah Keningau dan sebagainya. Piagam Madinah merupakan
sumber primer antara sumber tertua didunia yang telah dibuat oleh Nabi Muhammad SAW
pada tahun 622M bersamaan tahun pertama hijrah. Ianya juga merupakan perlembagaan
bertulis pertama di dunia. Manakala sumber sekunder pula terdiri daripada bahan-bahan
atau dokumen yang dikaji dan dipelajari melalui pembacaan bahan bertulis maklumat yang
telah dicatatkan sebelum ini. Sumber sekunder merangkumi jurnal, majalah, akhbar, risalah,
laporan tahunan jabatan dan sebagainya. Secara amnya sumber ini melibatkan
penganalisian data, tafsiran dan penilaian dokumen atau maklumat asal. Sumber kedua juga

1 R. Suntharalingarn, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican and Sons, 1985, hal. 28.

2 Muhd Yusuf Ibrahim, Idea Sejarah , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1986, hal.22

2
adalah bahan yang telah diolah, dicetak dan dipamerkan serta disebarkan kepada
masyarakat umum. Ada kalanya bahawa sumber primer ini berkait rapat dengan sumber
sekunder kerana kedua-duannya adalah saling melengkapi antara satu sama lain untuk
mewujudkan suatu sejarah yang ilmiah.3 Manakala sumber lisan merupakan sumber yang
wujud melalui percakapan atau pertuturan dari mulut ke mulut oleh seseorang yang terlibat
dalam sesuatu peristiwa yang berlaku. Ianya akan tersimpan dalam ingatan penyaksi dan
ianya tidak ditulis dan dirakam. Namun begitu sumber lisan ini boleh jadi sumber bertulis
jika ianya di tulis dan direkodkan melalui kaedah menemubual, perbincangan dan
temuduga. Biasanya sumber lisan juga turut menjadi rujukan utama kepada ahli sejarawan
dalam bidang sejarah lisan. Justeru itu, dapat disimpulkan bahawa sumber lisan ini boleh
dikategorikan sebagai sumber primer dan sumber sekunder, bergantung bagaimana proses
sumber lisan ini diperolehi.

3.0 PENGERTIAN FAKTA SEJARAH


Dalam pengajian sejarah, fakta adalah elemen pertama yang sangat penting berkait rapat
dengan sumber. Hal ini demikian sekiranya fakta tidak wujud dalam sesebuah pengajian
sejarah, sudah pasti sesuatu sejarah itu akan dianggap tiadak ilmiah kerana kesahihannya
diragui oleh masyarakat dan ianya boleh menjatuhkan kredebiliti para sejarawan dan
ilmuan. Justeru itu, saya akan mengupas dengan lebih lanjut mengenai pengertian fakta
dalam konteks sejarah yang harus kita fahami. Menurut Kamus Dewan, fakta adalah
kenyataan (bukan khayalan atau sangkaan). Hal ini bererti fakta adalah kebenaran yang
terbukti sahih, stabil, kukuh, dan tidak dapat disangkal lagi kebenarnnya. Ianya terdiri
daripada pelbagai peristiwa masa lalu yang telah didapati melalui kajian sumber-sumber
sejarah.

Menurut Arba’iyah Mohd Noor, fakta didefiniskan sebagai pernyataan tentang


kejadian yang berlaku sama ada ianya disediakan oleh akhbar mahupun sumber-sumber
lain. Ini diperkuatkan lagi dengan pendapat Yusof Ibrahim yang mengatakan bahawa fakta
haruslah mempunyai konsep yang stabil, kukuh, terbukti dan tidak boleh dipersoalkan
mahupun digugat lagi kebenarannya. Oleh itu jelas bahawa fakta bergantung sepenuhnya
kepada penyelidikan individu atau sejarawan untuk mendapatkan bukti yang kukuh
terhadap sesuatu peristiwa. Namun harus kita ingat bahawa fakta sejarah yang baik

3 Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur 1996, hal.
74.

3
diperolehi adalah melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai dan disampaikan kepada
masyarakat. Sebagai contoh, saya akan mengambil peristiwa semasa Perang Dunia Kedua
yang berlaku di Borneo Utara semasa pentadbiran British pada tahun 1940-1945. Apabila
masyarakat ingin mendapatkan fakta yang tepat dan sahih, meraka tidak boleh hanya
mengambil sumber sekunder sahaja kerana ianya belum cukup untuk peristiwa itu dijadikan
sebagai suatu fakta sejarah yang kukuh. Ahli sejarawan harus menggunakan pendekatan
sumber primer dan lisan bagi menguatkan lagi fakta peristiwa tersebut.

Menurut G. R. Elton mengatakan bahawa memang terdapat banyak fakta sejarah


yang dipersetujui, tidak dapat dipertikaikan kebenarannya dan walaupun himpunan ini
dengan sendirinya memberi tafsiran yang canggih tentang masa lalu, namun ianya sangat
penting bagi kajian mengenainya. Manakala secara umumnya fakta dapat didefinisikan
sebagai kebenaran asas terhadap sesuatu ilmu, suatu kejadian mahupun sesuatu peristiwa
yang telah berlaku, malah telah dipastikan dengan teliti kebenaranya.4 Namun harus diingat
bahawa fakta sejarah sebenarnya bergantung kepada kepentingan sesuatu peristiwa atau
kejadian yang berlaku kepada individu mahupun dalam sekelompok manusia. Hal ini kerana
jika sesuatu fakta sejarah itu diangggap tiadak penting, maka ianya akan dibiarkan lenyap
perlahan–lahan begitu sahaja. Sebaliknya jika fakta sejarah itu penting, maka ianya
dianggap sebagai bersejarah sehingga ke generasi seterusnya.

Sebagai contoh fakta sejarah yang dianggap penting oleh penduduk di Borneo Utara
(Sabah) semasa pentadbiran British pada tahun sekitar 1940-1943 telah berlaku Perang
Dunia Kedua semasa pendudukan Jepun di Borneo Utara pada masa tersebut. Isu disini
yang ingin diterangkan mengenai fakta sejarah tersebut adalah fakta berkaitan tempoh
peperangan berlanjutan dan punca perang tersebut tercetus. Jadi apabila ahli sejarawan
mempunyai fakta yang kukuh dengan kejadian tersebut, maka ianya dapat memukau hati
pembaca dan masyarakat melalui sumber primer dan sekunder, maka ianya dianggap
sebagai suatu peristiwa fakta sejarah yang tidak mungkin akan dilupakan oleh masyarakat.
Hal ini terbukti sehingga kini fakta sejarah berkaitan Perang Dunia Kedua telah ditulis dan
dibukukan oleh ahli sejarawan.

Fakta ini menyebabkan sehingga kini masyarakat mengetahui tentang peristiwa


tersebut. Contoh seterusnya fakta sejarah yang dianggap penting oleh masyarakat adalah

4 Ibid, hal. 165.

4
mengenai peristiwa kejatuhan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ke tangan kuasa eropoh
iaitu Portugis pada tahun 1511 di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque. Fakta sejarah
disini dapat ialah tentang kejatuhan empayer Kerajaan Melaka ke tangan Portugis melalui
sumber-sumber yang telah diperolehi oleh ahli sejarawan. Begitu juga dengan fakta sejarah
yang dianggap penting melalui peristiwa penubuhan Malayan Unioun (1946-1948), Darurat
Tanah Melayu (1948-1960) dan peristiwa Bukit Kepong pada tahun 1950. Sebagai contoh
lagi, peristiwa fakta sejarah yang diingat dan dianggap penting oleh masyarkat Sabah
khusunya pada tahun 2013 adalah peristiwa pencerobohan di Lahad Datu. Peristiwa ini akan
dikenang dan diangkat sebagai sejarah kerana kesahihan fakta dan sumbernya yang tidak
boleh dipertikaikan lagi, khususnya kepada generasi pada hari ini.

Selain daripada itu, Menurut Mohd Yusof Ibrahim, fakta sejarah boleh diumpamakan
sebagai kumpulan ikan yang berenang-renang dan ianya bukanlah disediakan, tetapi perlu
dicari dan diasingkan untuk kegunaan masyarakat. Ini bererti fakta sejarah tidak boleh
dicapur–campur dengan cerita semata-mata, tetapi haruslah mempunyai fakta yang jelas.
Hal ini kerana apabila sejarah itu tidak mempunyai fakta yang jelas, ianya tidak dianggap
ilmiah dan hanya sebuah cerita semata-mata.5 Menurut Louis Gottschalk, fakta sejarah itu
boleh ditakrifkan sebagai suatu particular (keterangan) yang didapatkan secara langsung
atau tidak langsung dari dokumen sejarah dan dianggap benar setelah diuji dengan teliti
mengikut aturan kaedah-kaedah sejarah.6 Melalui pengertian ini, jelas bahawa fakta
bergantung sepenuhnya kepada penyelidikan individu mahupun ahli sejarah untuk
mendapatkan bukti yang kukuh terhadap sesuatu peristiwa.

Selaras dengan pengertian fakta sejarah, ahli sejarah secara umumnya akan
menulis berdasarkan pemikiran dan tindakan manusia pada masa lampau dalam proses
penyelidakan dan kajian sejarah. Ahli-ahli sejarawan harus bekerja untuk memperolehi
fakta-fakta sejarah bagi tujuan ianya dapat dipaparkan oleh masyarakat.7 Justeru itu,
melalui perbincangan yang diutarakan oleh tokoh-tokoh ahli sejarawan dan para ilmuan,
maka dapatlah disimpulkan bahawa fakta sejarah adalah sesuatu statement tentang suatu

5
E.H. Carr, Apakah Sejarah? Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, hal. 4.

6
Muhd. Yusof Ibrahim, Falsafah, Pengertian dan kaedah, Kuala Lumpur: Dewan Basan dan Pustaka, 2000, hal.
127

7 Sartono Kartodirdjo, Pendekatan Ilmu Sosial Dalam Metodologi Sejarah. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama,
1992, hal. 46

5
kejadian atau peristiwa yang akan diulas, catit atau dibukukan oleh para sejarawan melalui
sumber-sumber sejarah. Tidak mungkin sejarah itu wujud sekiranya fakta dalam sejarah
tersebut tidak wujud dalam kehidupan atau sesebuah peristiwa dan ianya bukanah
dikategorikan sebagai sejarah. Justeru itu, kekuatan fakta amat penting dan ianya akan
mempengaruhi penulisan sejarah.

Kesimpulannya, pengertian fakta sejarah secara umumnya ditakrikfan suatu


kebenaran asas bagi sesuatu kejadian mahupun sesuatu peristiwa yang telah berlaku pada
masa silam, malah ianya telah dipastikan dengan teliti tentang kebenarnya oleh ahli
sejarawan dan tokoh-tokoh ilmuan. Bahkan sejarah itu sendiri berdiri atas sekumpulan
fakta-fakta yang telah ditelit melalui dokumen-dokumen, suratan-suratan dan sebagainya
yang dilakukan oleh para sejarawan. Maka dengan ini, kita dapat melihat fakta dan sejarah
itu adalah saling bergantung antara satu sama lain. Tanpa sejarah tidak mungkin ada fakta,
dan begitulah sebalikya.

4.0 JENIS-JENIS FAKTA SEJARAH

Setelah kita memahami pengertian fakta, maka dengan ini saya akan menerangkan dan
merungkai jenis-jenis fakta sejarah. Seperti sumber dalam sejarah, ianya terbahagi kepada
tiga yang telah dibincangkan sebelum ini dan fakta juga mempunyai beberapa jenis dan
mempunyai ciri-ciri yang berbeza antara satu sama lain walaupun membawa maksud yang
sama. Antara fakta-fakta tersebut ialah fakta tetap, fakta berubah, fakta nilai, subfakta,
fakta objektif, fakta masa lampau, fakta asas, fakta tidak boleh dikawal dan fakta yang tidak
berulang. Fakta tetap adalah fakta yang tidak berubah-ubah dan kesahihannya adalah kekal
untuk selamanya. Biasanya fakta ini adalah fakta dominan yang sering digunakan dalam
penulisan sejarah. Tidak hairanlah sekiranya dikatakan bahawa fakta ini turut menjadi bahan
rujukan utama kepada ahli sejarawan dalam menjalankan sebarang kajian.

Bagi ahli sejarahwan, fakrta ini juga amat diperlukan kerana ianya merupakan fakta
terpenting berbanding dengan jenis-jenis fakta yang lain. Hal ini demikian, fakta ini telah
mengalami pengukuhan isinya, dan sesiapa pun tidak boleh menyangkal fakta tersebut.
Sebagai contoh, tarikh pengishtiharaan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
telah diterima umum oleh masyarakat, malah tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun

6
kebenarannya.8 Fakta tidak tetap adalah berbeza berbanding dengan fakta tetap kerana
fakta ini bersifat berubah-ubah dan boleh dipertikaikan kesahihannya. Hal ini disebabkan
fakta ini tidak disokong oleh dengan hujah-hujah dan bukti-bukti yang kukuh. Fakta tidak
tetap merupakan fakta yang berlaku apabila terdapat sumber-sumber baru yang lebih sahih
daripada sumber sebelumnya. Hal ini menyebabkan ianya telah memberikan maklumat yang
berbeza seterusnya telah mengubah fakta yang sebelumnya.

Fakta asas pula merupakan fakta yang wujud apabila ahli sejarawan telah membuat
andaian awal dalam sesuatu kajian sejarah mereka. Sesuatu fakta asas adalah merangkumi
tarikh, iaitu merangkumi pembukaan rasmi kemerdekaan, perjuangan, peperangan dan
peperiksaan. Kebanyakannya fakta asas ini diperolehi melalui sumber sejarah atau
maklumat yang sahih. Selain itu, terdapat juga fakta sejarah yang dikenali sebagai fakta
sejarah yang tidak boleh dikawal. Fakta ini sering kali berkait rapat dengan manusia kerana
tindakan manusia itu sendiri tidak dapat dikawal oleh sesiapa pun. Sebagai contohnya,
semasa peristiwa berlakunya isu pencerobohan di Lahad Datu Sabah, tindakan manusia
yang terlibat dalam peristiwa tersebut tidak dapat dikawal antara pasukan pemberontak dan
juga pasukan penyelamat negara.

Fakta nilai juga merupakan antara fakta yang terdapat dalam jenis-jenis fakta. Fakta
ini juga dikenali sebagai fakta yang subjektif kerana fakta ini ditafsirkan oleh sejarawan
mengikut persepsi mereka sendiri. Fakta yang relatif atau subjektif pula berlaku kerana
kewujudan atau kemunculannya banyak dipengaruhi oleh pengkaji atau sejarawan
kepentingan, nilai budaya, agama, dan sebagainya.9 fakta-fakta sejarah tidak terpilih secara
sendiri, tetapi dipilih oleh ahli sejarah dan oleh itu ianya merupakan satu tindakan pilihan,
satu kepercayaan dan satu interprestasi yang melibatkan nilai-nilai. Fakta subjektif ini
didokong oleh sejarawan seperti E.H car, H.E Barnes, dan Charles A.Beard. Nilai dalam
konteks ini merujuk kepada nilai masyarakat ”world view.” Selain daripada itu, fakta yang
tidak boleh berulang juga merupakan antara jenis-jenis fakta. Fakta ini berlaku apabila
sesuatu fakta itu diyakini benar maka ianya tidak boleh berulang. Contohnya peristiwa
memerangi komunis di Tanah Melayu pada ketika itu.

8 Arba’iyah Mohd Nor, Ilmu Sejarah Dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002, hal.53.

9 R. Suntharalingam, Penenalan Kepada Sejarah, ibid, hal. 123.

7
Fakta tidak berulang sering kali dikaitkan dengan dengan tokoh, tempat, tarikh dan
masa, namun peristiwa itu boleh berulang-ulang kali. Contohnya peristiwa peperangan
Amerika Syarikat dengan Iraq dan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu 1957 dan
pembentukan Malaysia 1963. Fakta seterusnya yang tidak kurang pentingnya adalah fakta
objektif. Menurut Sarajana Barat, yang bernama Gottschalk, objektif adalah memperolehi
pengetahuan yang tidak memihak dan benar serta bebas daripada reaksi peribadi
seseorang.10 Fakta jenis ini adalah fakta fakta bersifat yang tidak memihak mana-mana
pihak dalam sesuatu pengkajian sejarah. Pengtakrifan fakta objektif menurut Kamus Dewan
ialah sesuatu kenyataan yang berasakan fakta sebenar yang tidak dikuasai atau dipengaruhi
oleh perasaan atau prasangka sendiri. Justeru itu, kita melihat bahawa fakta objektif adalah
fakta yang adil kerana ianya fakta yang tidak memihak mana-mana belah pihak. Rentetan
daripada itu, fakta objektif merupakan antara fakta penting dan perlu dijadikan sebagai
sumber yang utama.

5.0 KEPENTINGAN FAKTA SEJARAH


Setelah kita membincangkan pengertian fakta dalam konteks sejarah dan jenis-jenisnya,
topik ini juga akan menerangkan kepentingan fakta sejarah khsusnya dalam menghasilkan
karya sejarah yang bermutu tinggi. Fakta amat memainkan peranan penting dalam
sesebuah masyarakat. Hal ini demikian, kewujudan fakta itu sangat berkait rapat dengan
dokumen dan bukti-bukti. Antara kepentingan fakta sejarah ialah sebagai tulang belakang
kepada sejarah. Bagi pandangan ahli sejarawan, tanpa adanya fakta yang menjadi tunjang
belakang penulisan sejarah, maka ianya hanya menjadi rekaan cerita semata-mata.11

Selain itu juga, fakta turut memainkan peranan sebagai lambang sesebuah
masyarakat. Kepentingan Sesuatu fakta itu adalah bergantung kepada peristiwa atau
kejadian terhadap masyarakat atau individu itu sendiri. Sesuatu peristiwa yang berlaku
mungkin ianya boleh jadi disanjungi atau dibenci oleh masyarakat. Sebagai contoh, semasa

10 Louis Gottschalk,Understanding History: Aprimer of Historical Method, Second Edition, New York: Alfred a
Knoph, 1969, hal. 42.

11 Muhd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, Beberapa Perbahsan Mengenai Teori dan Kaedah, ibid, hal. 72.

8
penakhlukan Jepun Di Tanah Melayu, kita dapat menilai tentang kepentingan fakta sejarah
melalui nilai-nilai dalam kehidupan Jepun yang diterapkan kepada penduduk Tanah Melayu.
Peristiwa ini sudah tentulah mengambarkan bahawa penduduk tempatan membenci Jepun
kerana mereka dikenali sebagai penceroboh dan berkelakuan kejam serta menindas
penduduk tempatan pada masa tersebut. Selain itu, kepentingan fakta disini dapat dilihat
melalui nilai moral kehidupan masyarakat Jepun pada ketika itu yang dikenali sebagai
penjajah melalui sumber-sumber sejarah yang diperolehi.

Fakta juga berfungsi sebagai panduan kepada sejarawan untuk menulis sesuatu
karya sejarah. Hal ini kerana fakta sering kali digunakan atau dirujuk dalam menghasilkan
sesebuah penulisan atau sejarah yang bermutu tinggi dan baik dari segi kualiti hujahnya.
Ahli sejarah bukan hanya berfungsi merujuk fakta semata-mata tetapi mereka juga
berusaha menterjemahkan fakta secara tepat melalui sumber-sumber yang bernas.12
Sejarawan memerlukan bahan-bahan atau sumber-sumber rujukan terutamanya yang
berupa persuratan dalam usaha menerangkan tajuk atau peristiwa yang dikaji. Semakin
banyak fakta yang diperolehi, semakin banyaklah yang akan diketahui oleh ahli sejarawan
dalam sesebuah peristiwa itu berlaku. Jika seseorang penyelidik tidak mencatit sesuatu
perkara sebenar secara tidak telus, maka peristiwa yang direkodkan dianggap tidak sah.13

Selain itu, fakta juga penting dalam peranannya untuk mengukuhkan sesuatu
penulisan sejarah. Fakta mempunyai hubungan yang erat dan rapat dengan penulisan
sejarah kerana daripada fakta lahirnya karya penulisan sejarah. Sesuatu kebenaran
penulisan sejarah itu dapat dilihat melalui fakta yang diutarakan bertepatan dengan realiti,
iaitu peristiwa yang benar-benar berlaku. Sekirannya perkara itu tidak berlaku dengan
sebenar-benarnya, maka tahap kebenaran fakta itu akan berkurangan tetapi fakta itu tetap
akan diterima pakai oleh masyarakat. Kepentingan fakta seterusnya dapat dilihat melalui
peranan untuk dijadikan panduan dan tauladan. Hal ini kerana, setiap fakta sejarah yang
berlaku mempunyai nilai yang tersirat untuk disampaikan sebagai pengajaran dan tauladan.

12 Rozeman Abu Hassan, Mengenali dan Mentafsir Sumber-sumber Sejarah, Shah Alam: Karisma Publication Sdn
Bhd, 2004, hal.55.

13 Bilcher Bala, Penyelidikan dan Penulisan Sejarah, Pusat Pengajian Jarak Jauh, Selangor: Angkatan Edaran Ent.
Sdn Bhd, 2000, hal.29.

9
Contohnya, dalam peristiwa sejarah pengeboman Bom Atom keatas Bandar
Hiroshima dan Nagasaki yang dilakukan oleh Amerika Syarikat semasa Perang Dunia Kedua
telah menyebabkan banyak harta benda musnah dan meragut ramai nyawa. Kisah tauladan
daripada peristiwa ini adalah peperangan tidak menguntungkan sesiapa, malah ianya
membawa kepada kebinasaan. Jesteru itu, melalui kesedaran masyarakat betapa buruknya
kesan peperangan ini, tidak mungkin peristiwa hitam ini akan berulang lagi. Fakta sejarah
juga penting untuk diingat dan dikaji kerana meraka yang tidak mengingati sejarah pasti
akan mengulanginya kembali. Setiap pengajaran dan tauladan ini akan mengajar dan
membentuk masyarakat agar tidak mengulangi kesilapan disamping mengubah sikap buruk
mereka. Dalam hal ini juga fakta yang mampu membentuk masyarakat akan melahirkan
masyarakat yang berwawasan dan bersatu padu.

6.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, fakta merupakan elemen yang sangat penting dalam menghasilkan
sesebuah karya sejarah yang berkualiti. Penulisan karya sejarah adalah berbeza dengan
penulisan-penulisan bidang lain seperti sains, biologi, sastera, matematik, penceritaan dan
sebagainya. Fakta juga adalah suatu kebenaran asas yang sangat diperlukan oleh para
ilmuan lain terutamanya dalam bidang sejarah. Kepentingan fakta itu adalah secara
menyeluruh, iaitu kepada masyarakat dan juga yang berkaiatan dengan negara. Selain
daripada itu, dalam menghasilakan sesebuah karya sejarah, seseorang sejarawan haruslah
menggunakan fakta yang lengkap dan berkaitan dengan tajuk penulisan sejarah tersebut.
Namun harus diingatkan bahawa fakta ini juga kadang kala boleh ditukar dengan fakta yang
baru setelah melalui proses-proses tertentu. Fakta sejarah boleh berubah keutuhannya
bergantung kepada sahih atau sebaliknya sumber-sumber sejarah itu diperolehi. Namun
demikian, perubahan fakta ini tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa
sebarang alasan yang kukuh atau benar-benar konkrit untuk membolehkan perubahan itu
berlaku. Hakikatnya, memang tidak dapat dinafikan bahawa tanpa adanya sumber-sumber
sejarah, fakta sejarah tidak dapat dihasilkan dengan jayanya. Justeru itu, untuk

10
manghasilkan penulisan sejarah yang ilmiah, seseorang sejarawan wajib mengunakan fakta-
fakta yang berkualiti tinggi agar masyarkat dapat menerima dan menganggat karya tersebut
sebagai sebuah karya yang agung.

11

Anda mungkin juga menyukai