Anda di halaman 1dari 17

1

1.0 PENGENALAN

Sejarah merupakan satu cabang ilmu kemanusiaan yang tidak asing lagi pada masa ini.
Walaupun kepentingan dan masa depan subjek ini sering dipertikaikan, namun, terdapat
pelbagai usaha untuk menjadikan sejarah sebagai suatu bidang ilmu yang setanding
dengan bidang-bidang ilmu yang lain. Melihat pengertian sejarah daripada sudut
pandangan sejarawan menjadikan bidang ini merupakan satu bidang penyelidikan yang
pada diri seseorang itu atau ahli sejarah itu perlu tahu sebelum layak atau mampu untuk
mengemukakan fakta-fakta tentang sesuatu yang diperkatakan. Sejarah menuntut
pengkajinya mencari kebenaran tentang sesuatu peristiwa melalui kajian yang
sistematik serta penghujahan yang kukuh, logik dan objektif. Ahli sejarah perlu arif dan
bijak dalam menentukan penggunaan sumber untuk dijadikan asas dalam penulisannya.

Penggunaan sumber dalam penulisan sejarah sangat penting untuk memastikan


sebuah penulisan tersebut mempunyai mutunya tersendiri. Sumber sejarah ini dapat
membuktikan satu penulisan sejarah supaya ianya dapat diakui dengan ketepatannya
dan tidak mungkin akan berlaku penyelewangan fakta kepada sesuatu karya
pensejarahan. Dalam sejarah terdapat sumber-sumber yang menguatkan lagi bukti
sesuatu sumber iaitu sumber primer, sekunder dan lisan. Dalam buku Louis Gottschalk
menyatakan bahawa sumber primer ialah penglibatan saksi daripada seseorang saksi
atau sesuatu yang hadir dalam sesuatu peristiwa sejarah. Sumber sekunder pula adalah
orang kedua atau pendengar cerita dari saksi primer tanpa melihat kejadian yang
berlaku.1 Sumber lisan ialah sumber sejarah yang diperolehi daripada pertuturan atau
perkhabaran seseorang tentang sesuatu peristiwa yang berlaku. Sumber lisan ini
mempunyai banyak kepentingan dalam pensejarahan Malaysia. Hal ini kerana, sumber
lisan merupakan sumber tertua dalam sejarah dalam mendapatkan maklumat pada masa
lampau.

1
Louis Gottschalk, Understanding History: A Primer Of Historical Method, 2nd edition, New York:
Alfred A Knopf, 1969, hlman 42.
2

2.0 PENGERTIAN SEJARAH


Perkataan history ataupun sejarah berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud
“penyelidikan” iaitu sebagai peristiwa yang pernah berlaku pada masa lalu dan juga
ingatan yang tercatat mengenai masa lalu. Ada juga yang mengatakan bahawa perkataan
sejarah itu berasal dari Arab yang diertikan sebagai salasilah, tawarikh dan babad.
Kamus Dewan mengatakan sejarah itu sebagai sastera lama, asal usul (keturunan),
salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku di waktu yang lampau, kisah, riwayat,
tambo: cerita yang disangka dongeng itu menjadoi fakta.

Sejarah juga mempunyai dua pengertian iaitu yang lebih umum dan yang lebih
khusus. Sejarah melalui pengertiannya yang umum ialah masa lalu itu sendiri. Maksud
sejarah sebagai masa lalu ialah mengandungi semua kejadian serta peristiwa dan
pengalaman yang telah berlaku dan berlalu. Pengertian sejarah yang lebih khusus pula
bermaksud sejarah adalah catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa.

Menurut Herodotus, sejarah merupakan penceritaan terhadap tindakan manusia


dan sebab-sebab mereka melakukannya manakala E.H. Carr menyatakan sejarah adalah
satu proses yang tidak putus-putus antara ahli sejarah dengan faktanya atau antara masa
kini dan masa lampau.2 Pendapat Carr ini menyatakan bahawa sejarah ini merupakan
satu penyelidikan yang memerlukan pertimbangan fakta dan tafsiran berdasarkan
maklumat yang diperoleh.3 Bermacam-macam definisi yang telah dikemukakan
mengenai maksud perkataan ini seperti “pohon, keturunan, asal-usul dan juga
diidentitikan dengan riwayat dan salasilah.4 Ibnu Khaldun pula mengatakan sejarah
merupakan catatan atau maklumat tentang masyarakat dan tamadun dunia dan
perubahan yang berlaku pada masyarakat tersebut manakala R.G. Collingwood bagi
pendapatnya tentang sejarah merupakan sejenis bentuk penyelidikan atau suatu
penyiasatan tentang perkara-perkara yang telah dilakukan oleh manusia masa lampau.
Secara keseluruhannya, sejarah ini boleh dianggap sebagai kajian terhadap satu
peristiwa yang lampau melalui pembuktian kukuh dengan menggunakan sumber-
sumber sejarah yang tepat.

2
Mohd. Yusof Ibrahim, Pengertian sejarah, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, hlm. 3.
3
Muhd Yusof B. Ibrahim, Pengertian Sejarah,, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran
Kuala Lumpur, 1971, hlmn 3
4
Drs. Sidi Gazlba, Pengantar Sedjarah sebagai ilmu, Bhratara Djakarta, 1966, Hlmn 1.
3

3.0 JENIS-JENIS SUMBER SEJARAH

Ahli-ahli sejarah amat mementingkan penggunaan sumber yang sahih dalam


penghasilan sesebuah penulisan sejarah. Sumber yang benar dan tepat tentang sesuatu
hasil kajian sejarah dapat membuktikan kesahihan sesuatu peristiwa atau kejadian yang
telah berlaku pada suatu ketika dahulu. Menurut Muhd. Yusof Ibrahim, “sumber ialah
suatu yang boleh menjadi punca kepada lahirnya sesuatu pemikiran atau
penulisan”.5 Selain itu, terdapat beberapa definisi atau tafsiran lain yang merujuk
kepada maksud sumber, antaranya seperti di dalam kamus Oxford English Dictionary,
sumber atau “source” bererti “sesebuah karya, dan lain-lain, yang menyediakan
maklumat atau bukti (khusus yang bersifat tulen atau asli) berkenaan sesuatu fakta,
kejadian, atau siri hal-hal tersebut”.6

Sumber juga boleh diertikan seperti bahan-bahan tinggalan sejarah yang berupa
seperti dokumen, artifak, jurnal, buku catatan peribadi dan lain-lain yang tersimpan di
arkib, perpustakaan, pejabat khas, muzium dan sebagainya. Bahan-bahan ini secara
langsung atau tidak langsung menjadi rujukan untuk tujuan penyelidikan bagi ahli-ahli
sejarah mahupun pengkaji-pengkaji dalam mana-mana disiplin ilmu.

3.1 Sumber primer

Dalam pengkajian sejarah terdapat jenis-jenis sumber sejarah ini terbahagi kepada
sumber primer, sekunder dan lisan. Sesebuah kajian, sumber-sumber utama perlu
mempunyai kriteria-kriteria seperti ketepatan, kemampuan dan tidak berat sebelah.7
Sumber tersebut juga mampu menerangkan peristiwa dengan jelas dan mudah difahami.
Sumber primer ialah penglibatan saksi daripada seorang saksi atau sesuatu yang hadir
dalam sesuatu peristiwa sejarah. Sumber primer juga diertikan sebagai penulisan tulen
dalam sesuatu dokumen. Bahan-bahan yang memenuhi kriteria-kriteria sumber primer
boleh dimasukkan dalam kategori sebagai sumber primer. Bahan arkib, minit mesyuarat
dan sebagainya merupakan antara salah satu sumber primer. Dalam penulisan sejarah,

5
Arba’iyah Mohd Nor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlman 50, 2000.
6
R. Suntralingam, Pengenalan Sejarah, Kuala Lumpur: Merican and Sons Sdn. Bhd, 1985, hlman 28.
7
R. Suntharalingam, Pengenalan kepada Sejarah, Kuala Lumpur, Marican & Sons (M) Sdn. Bhd, 1995,
hlman 28.
4

sumber primer merupakan sumber yang penting supaya penulisan yang dikarya
bergantung kepada sumber-sumber primer.8

Menurut Profesor Luis, beliau menyatakan bahawa sumber pertama adalah sumber
yang diperoleh daripada saksi-saksi dalam bentuk tulisan, catatan dan saksi utama
kepada sesuatu peristiwa yang terjadi ataupun berlaku. Kebiasaanya sumber-sumber
yang berbentuk bertulis dan dokumen lebih mudah untuk diperoleh di perpustakaan,
jabatan muzium dan arkib. Sumber primer ini sememangnya boleh dianggap sebagai
satu sumber yang boleh dipercayai kerana ianya melibatkan melibatkan keterangan
saksi atau diri sendiri yang terlibat dalam sesuatu perkara atau kejadian.9 Oleh itu,
sumber ini dikatakan sumber yang mempunyai validity yang tinggi berbanding dengan
sumber sekunder iaitu sumber kedua.

3.2 Sumber sekunder

Sumber kedua pula ialah sumber sekunder. Sumber sekunder adalah kesaksian dari
sesiapa iaitu bukan saksi pandang mata. Maksudnya ialah seorang saksi yang tidak hadir
atau lihat pada peristiwa yang berlaku. Dengan kata lain, sumber sekunder adalah orang
kedua atau pendengar cerita dari saksi primer tanpa melihat kejadian yang berlaku. Ciri-
ciri sumber sekunder ialah bahan yang dikaji melalui bacaan bahan bertulis, ditulis oleh
sejarawan, diolah dan dicetak, disebarkan kepada umum. Buku, majalah, akhbar dan
risalah adalah contoh-contoh sumber sekunder. Selain itu, sumber sekunder juga
dianggap sebagai kajian-kajian ataupun penulisan-penulisan yang telah dilaksanakan
oleh seseorang mahupun sesebuah kumpulan tentang sesuatu peristiwa, tokoh dan
sebagainya. Sumber sekunder dianggap sebagai sumber kedua kerana ianya merupakan
tafsiran terhadap sumber primer yang telah diniliai oleh sejarawan.

Sumber ini tidak semestinya mengandungi maklumat yang tulen dan asli seperti
sumber primer kerana sumber ini sudah diproses menjadi satu bahan maklumat.
Disebabkan sumber ini merupakan sumber yang sudah pun dihasilkan melalui satu
penyelidikan, penulis sejarah seharusnya menitikberatkan ketepatan fakta dalam

8
Mohd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1997, hlman 74.
9
Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
1994, hlman 74.
5

maklumat ini kerana sekiranya penulis tidak mengendalikan dan memilih sumber ini
dengan tepat, maka penulisan sejarah yang bersifat objektif tidak dapat dihasilkan.
Dikatakan juga, sumber bertulis yang terdapat dalam sumber sekunder tidak
mempunyai ketepatan fakta yang tinggi. Apatah lagi sekiranya, sesuatu sumber bertulis
itu terdiri daripada lebih daripada seorang penulis.

3.3 Sumber lisan

Sumber lisan ialah sumber sejarah yang diperolehi daripada pertuturan atau
perkhabaran seseorang tentang sesuatu peristiwa yang berlaku. Sumber lisan ini
mempunyai kekurangan sumber-sumber bertulis bagi sesuatu peristiwa yang dikaji
ataupun sumber lisan adalah satu-satunya sumber yang boleh diperolehi tentang sesuatu
peristiwa itu. Sebagai contohnya, kekurangan semula dalam usaha semula menulis
sejarah Malaysia kerana dalam kalangan rakyat Malaysia tiada tradisi atau kurang minat
dalam menyimpan catatan harian, menulis dokumen atau menulis riwayat hidup.
Sumber lisan juga sangat penting dalam memelihara pengetahuan-pengetahuan sejarah
melalui pengkisahan. Kaedahnya ialah proses wawancara dan selepas itu merekan ke
dalam pita tentang keterangan maklumat yang diberi yang terlibat secara langsung atau
hanya sekadar menyaksikan peristiwa tersebut.10 Maklumat-maklumat yang diperolehi
sangat bernilai dalam kita memahami peristiwa-peristiwa yang saling berkait.

Sumber lisan ini melibatkan pelaku persitiwa tersebut sama ada seorang saksi mata,
seorang pendengar atau seorang pemegang tradisi yang akan menceritakan peristiwa
berdasarkan ingatan, diari dan gambar. Dikatakan sumber lisan yang diperoleh secara
terus melalui keterangan saksi kejadian mempunyai tahap validity yang tinggi. Bahkan
ianya sendiri dapat menampung keperluan sumber bertulis. Hal ini kerana, kuantiti
sumber bertulis tidaklah banyak untuk digunakan dan tidak akan dapat memenuhi
kehendak maklumat yang diinginkan oleh seorang penulis. Perkara ini dapat dibuktikan
ketika zaman Rom lagi dengan kaedah yang digunakan oleh bapa sejarah dunia iaitu
Herodotus. Sebagai contoh, beliau telah melakukan pengembaraan ke Parsi semata-
mata untuk menjalankan kajian mengenai kebangkitan Empayar Parsi. 11 Berdasarkan

10
Arba’iyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,
2002, hlman. 42.
11
Muhd. Yusof Ibrahim & Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan Kotokohan dan
Karya, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur, 1998, hlman 38.
6

pengembaraan Herodotus ini, dia telah mendapat maklumat yang banyak hasil dari
keterangan lisan berbanding dengan sumber bertulis. Sememangnya, hal ini dapat
dijadikan sebagai contoh terbaik bahawa keterangan lisan ini berkeupayaan untuk
menampung sumber bertulis malah kesahihan sesuatu sumber itu akan terjamin.

Setelah mengenalpasti sumber-sumber yang bakal digunakan dalam penulisan


sejarah yang berbentuk objektif, penulis haruslah mengesahkan kesahihan sumber
tersebut kerana ianya sangat mempengaruhi mutu sebuah penulisan sejarah. Penyelidik
terlebih dahulu seharusnya meneliti sumber tersebut sama ada boleh digunakan ataupun
sebaliknya. Perkara ini patut dilakukan jika menginginkan sesuatu fakta itu tepat, dan
penggunaan jenis sumber yang terbaik sangat penting untuk mengukur tahap kebenaran
sesuatu fakta tersebut. Selepas itu, dalam mengesahkan sesuatu sumber itu sama ada
tepat ataupun sebaliknya, penulis harus memahami dan meneliti usia dan tarikh sesuatu
sumber. Penyelidik harus memastikan kerangka masa sesuatu sumber adalah sesuai dan
tidak lari dari fokus penyelidikan yang telah ditetapkan. Ketepatan tarikh sesuatu
peristiwa sejarah amat penting bagi ahli-ahli sejarah terutamanya dalam melihat
susunan sesuatu kejadian sejarah.12

Selain itu, ketepatan tarikh sesuatu sumber sejarah juga memberi ruang untuk
ahli-ahli sejarah melihat kesinambungan dalam perjalanan sesuatu peristiwa sejarah dan
mencari ketepatan fakta berkait sesuatu kejadian ataupun peristiwa sejarah. Setelah itu,
barulah penyelidik boleh mengenalpasti sifat sumber-sumber yang bakal digunakan
dengan menilai keaslian sumber, sudut kandungan dan juga bentuk sumber sejarah.
Keaslian fakta sangat penting terutama sekali sekiranya melibatkan penulisan sejarah
yang berbentuk kronologi peristiwa untuk memastikan ianya mengikut satu turutan
yang betul.

12
P. Sivarajan PhD, S. Malar Arasi, Pengantar Sejarah, Penerbitan Multimedia, Selangor, 2012, hlman
52.
7

4.0 KRITIKAN SUMBER MENDORONG KEPADA PEMILIHAN DAN


PENGENDALIAN SUMBER YANG TEPAT DAN OBJEKTIF

Pemilihan dan pengendalian sumber yang tepat perlu dikuti dengan proses kritik.
Seorang manusia itu, sememangnya tidak boleh lari daripada sifat ragu-ragu.
Disebabkan oleh keraguan inilah yang mendorong manusia menjadi seorang pengkritik
supaya tidak menerima kebenaran sesuatu perkara itu dengan mudah. Dalam falsafah,
sikap kesangsian ini disebut sebagai skeptisme, yakni aliran faham yang meragui setiap
fakta dan maklumat tentang sesuatu.13 Dalam konteks sejarah, Marc Bloch
menerangkan kesangsian tersebut merujuk kepada keterangan yang diberikan oleh
saksi-saksi lampau menyebabkan proses dalam kalangan ahli sejarah tidak tepat.14 Oleh
itu, penulis akan membuat pengujian terhadap sumber yang telah dipilih yang telah
melahirkan proses kritikan. Penulis akan menilai sesuatu sumber tersebut adalah benar,
valid, mantap, dan di sini penulis akan menggunakan pengujian sumber iaitu melalui
kritikan dalaman (internal critic) dan kritikan luaran (external critic) dalam memastikan
sumber yang digunakan tepat untuk menghasilkan penulisan sejarah yang objektif.
Proses ini sangat penting bagi mengesan pemalsuan terhadap sumber supaya segala
maklumat dapat dijaga kesempurnaannya daripada penyelewengan fakta.

4.1 Kritikan Dalaman

Kritikan dalaman adalah usaha untuk menentukan keaslian sumber dengan


mengenalpasti kerangka masa dalam sesuatu sumber dan antara persoalan yang timbul
adalah bolehkah sumber itu dipercayai? Adakah individu tersebut berada di tempat
peristiwa yang diceritakannya atau dia mendengarnya daripada orang lain dan adakah
keterangan-keterangan sumber mengenai perlakuan orang-orang yang terlibat itu
manasabah? Kritikan dalaman ini merujuk kepada isi-isi kandungan yang terkandung
dalam dokumen-dokumen yang telah dipilih. Setiap dokumen-dokumen yang diperoleh
haruslah ditafsir tanpa sebarang pengecualian jika menginginkan ketepatan fakta
sumber diketahui. Peraturan ini ditegaskan oleh Profesor Kitson Clark dengan
menegaskan “tidak ada dokumen, dan tidak ada pernyataan, rasmi atau bukan rasmi

13
Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
1994, hlm., 76.
14
P. Sivarajan PhD, S. Malar Arasi, Pengantar Sejarah, Penerbitan Multimedia, Selangor, 2012, hlm.,
60.
8

yang tidak boleh disangsi.15 Maksud penegasan ini adalah, walaupun seorang sejarawan
bertindak untuk mentafsir keaslian sesuatu bahan seperti dokumen, surat-surat rasmi
dan sebagainya, namun ianya tidaklah boleh dianggap sebagai sumber yang salah
semata-mata. Melalui kritikan dalaman ini selalunya penulis akan menilai hasil tulisan
atau sumber tersebut.

Bukan itu sahaja kritikan dalaman ini juga mementingkan kemunasabahan


(credibility) atau kewarasan sesuatu sumber itu.16 Selain itu, kritikan dalaman ini perlu
memastikan segala sumber yang diperoleh adalah tidak bersifat (bias) dan berat sebelah.
Penulis perlu memastikan peniliaian penulis tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor yang
boleh menjejaskan ketepatan sesuatu fakta seperti emosi, persekitaran, budaya dan
politik.17 Dengan mengambil contoh penyertaan politik, seorang penulis yang
“partisan” atau beraliran politik tertentu akan meletakkan sumber tertentu sebagai benar
dan penting, sedangkan penulis yang beraliran politik yang lain akan menganggap
sumber berkenaan sebagai tidak benar dan tidak penting, walaupun pada hakikatnya
sumber tersebut adalah tepat.18 Dalam mengejar matlamat sebuah penulisan sejarah
yang objektif penulis harus bersifat adil, bertolak ansur dan rasional dalam peniliaian
fakta. Penulis tidak boleh terbawa-bawa dengan pengaruh-pengaruh yang tidak
profesional dalam etika penulisan sejarah objektif sehingga mengetepikan sumber yang
tepat dan tulen semata-mata kerana ianya tidak sesuai dengan kehendak penulis.

4.2 Kritikan Luaran

Seterusnya, penulis juga akan membuat penilaian sejarah melalui kritikan luaran. Bagi
kritikan luaran (external critic) pula, ianya membawa maksud usaha-usaha yang
dijalankan oleh ahli-ahli sejarah untuk mengesahkan sesuatu sumber primer yang perlu
dilakukan akibat daripada perbuatan memalsukan sumber-sumber primer. Di samping
itu, terdapat juga pendefinisan terhadap kritikan luaran ini sebagai usaha untuk
menentukan keaslian sumber seperti dokumen, rekod, kesan sejarah lama (relic) dan
sebagainya dengan mencari jawapan kepada beberapa persoalan dan antaranya

15
R. Suntharalingam, Pengenalan kepada sejarah, Marican & Sons (M) Sdn, Bhd, Kuala Lumpur,
1985, hlm., 41.
16
Abdul Rahman Haji Abdullah, 1994, hlman, 81.
17
P. Sivarajan PhD, S. Malar Arasi, 2012, hlman 68.
18
Abdul Rahman Haji Abdullah, 1994, hlman 83.
9

persoalan tersebut adalah adakah ia tulen atau tiruan? adakah ia yang asal atau satu
daripada set salinan? dan siapakah yang menulis, merekod atau mengucapkannya?
Kebiasaanya kritikan luaran ini akan lebih memfokuskan kepada kerangka waktu
sesuatu sumber sama ada ianya tepat mengikut zaman atau tempoh masa sesuatu
peristiwa itu. Segala maklumat-maklumat yang diperoleh tidak boleh hanya dinilai
dengan membuat penilaian sendiri, malah penulis perlu menjalankan ujian melalui ujian
kimia dalam makmal, tulisan, bahasa dan bahan.

Semestinya kritikan luaran ini bukanlah satu perkara yang mudah untuk
dilakukan kerana ianya melibatkan artifak dan bahan peninggalan sejarah yang boleh
didapati melalui sumber arkeologi. Kebiasaanya tugas ini akan dilakukan oleh pakar
kimia yang akan bekerjasama dengan penulis sejarah untuk menilai keaslian sumber
primer tersebut. Pakar kimia akan mengambil kira keadaan kertas, dakwat dan cap
dalam sesuatu dokumen tersebut akan berubah mengikut peredaran waktu dan juga
zaman.19 Sebagai contoh, dokumen yang berasal dari tahun 1700-an adalah berbeza dan
tidak sama sekali dengan kertas yang dihasilkan pada tahun 1900-an.20 Ujian kimia ini
adalah sangat penting untuk dilakukan kerana ujian ini dilakukan ke atas bahan yang
sudah mempunyai usia yang sudah lama dan salah satu cara untuk mengetahui
ketulenan sumber tersebut adalah dengan menguji bahan tersebut di dalam makmal.

Selain itu terdapat juga bukti akan betapa pentingnya kritikan luaran ini supaya
tidak lari daripada matlamat asal iaitu penghasilan penulisan sejarah yang objektif.
Bukti tersebut adalah mengenai pemalsuan Buku Harian Hitler. Sumber mengatakan
bahawa jika kertas yang digunakan sebelum tahun 1150 T.M, boleh dikatakan bahawa
sumber ini adalah palsu kerana pada masa itu hanya kulit kambing sahaja yang
digunakan sebagai kertas dokumen.21 Bukan itu sahaja, Buku Harian Hitler ini juga
dikatakan dicetak pada tarikh 1350 M, sedangkan teknik percetakan hanya dikeluarkan
pada abad ke 15.22 Walaupun penemuan manuskrip ini mengandungi setiap tandangan
Hitler pada setiap lembaran, namun bukti kimia telah membuktikan bahawa dokumen
ini adalah palsu. Dalam ujian kimia yang dijalankan ini jugalah membuktikan bahawa

19
P. Sivarajan PhD, S. Malar Arasi, 2012, Hlm. 62.
20
Ibid, Hlm., 62.
21
R. Suntharalingam, 1985, Hlm., 38.
22
Ibid, Hlm., 38.
10

betapa pentingnya ujian kimia yang merangkumi penelitian terhadap tulisan, bahasa dan
bahasa dalam ujian makmal.

Contoh kritikan sumber seperti Sejarah Melayu As A Historical Source. Karya


oleh Kamaruzzaman Shariff ini menceritakan tentang kewibawaan Sejarah Melayu
sebagai satu sumber sejarah yang wajar dan berguna. Penulis berpendapat bahawa
pandangan dan kritikan membuta tuli yang dibuat oleh sejarawan Barat terhadap
kewibawaan Sejarah Melayu adalah tidak berasas. Misalnya, R.J. Wilkinson dan R.O.
Winstedt yang mengkritik Sejarah Melayu sebagai karya mitos semata-mata kerana
terdapat banyak unsur lagenda dan perlambangan dalam karya tersebut.23 Bagi penulis,
sejarawan Barat perlu mengetahui dan memahami konsep pensejarahan Melayu klasik
sebelum menilainya dari sudut kerasionalan mereka. Penggunaan unsur-unsur
perlambangan atau metafora dalam pengkaryaan sebenarnya bertujuan untuk pengarang
menyampaikan luahan perasaan, kritikan dan pandangan terhadap sesuatu perkara yang
didapatinya tidak boleh disampaikan secara terang-terangan.

Hal ini perlu dipertimbangkan kewajarannya kerana pengarang merupakan


seorang pegawai istana yang ditugaskan untuk menulis cerita-cerita tentang raja dan
kisah-kisah berkaitannya. Misalnya, dalam kisah ‘Singapura di-langgar Todak’ yang
mana pengarang cuba menyampaikan kritikan mengenai ketidakadilan Sultan secara
tersirat. Perkara-perkara seperti nama pengarang asal tidak dapat dipastikan dan tidak
terdapat tarikh-tarikh penting dalam penulisannya menjadi permasalahan bagi ahli
sejarah untuk mengesahkan ketulenannya. Menurut Lienham dan Winstedt, versi
Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang dengan pengarang asal adalah jauh berbeza
walaupun Tun Sri Lanang mempunyai kebijaksanaan dan pengetahuan tentang asal usul
kesultanan Melayu Melaka dan peristiwa-peristiwa pada zaman pra-Melaka.24 Dari
sudut lain, Sejarah Melayu layak dijadikan sumber sejarah yang fundamental bagi
pengkaji-pengkaji sejarah kerana terdapat beberapa peristiwa yang penting yang
merupakan kejadian sejarah sebenar jika dibandingkan dengan beberapa penulisan
sejarah asing yang sezaman. Terdapat beberapa insiden yang berlaku dalam Sejarah
Melayu ada disebut dalam karya-karya asing lain seperti kronologi Siam yang bertajuk

23
Kamaruzzaman Shariff, Sejarah Melayu As A Historical Source, Perpustakaan Universiti Sains
Malaysia, hlman 41.
24
Winstedt, R.O., A History of Classical Malay Literature, JMBRAS, Vol. XXXI, Part 3, 1958.
11

“Pongsawadai of Luang Praset”25dan rekod China bertarikh 1537 iaitu “Hai Yu”.
Dengan membandingkan sumber-sumber asing ini, sejarawan dapat membezakan mitos
daripada yang benar.

Secara keseluruhannya, kritikan dalaman dan luaran adalah proses yang


dijalankan selepas proses heuristik dengan membuat ujian dan penilian ke atas sumber-
sumber yang telah dipilih. Dapat dilihat kritikan dalaman berfungsi untuk menilai hasil
tulisan atau sumber tersebut manakala kritikan luaran pula berfungsi untuk membuat
penilaian terhadap keadaan fizikal sesuatu sumber. Penilaian sebegini tidak sepatutnya
terlepas daripada pandangan seorang penulis kerana di zaman yang begitu canggih pada
hari ini ianya memudahkan lagi penyelewengan fakta dilakukan kepada sesuatu sumber.
Jika perkara ini diambil ringan oleh penulis, maka matlamat utama untuk menghasilkan
penulis yang objektif akan gagal walaupun telah mengenalpasti dengan baik sumber-
sumber dalam proses heuristik sebelum ini.

5.0 KEPENTINGAN PEMILIHAN SUMBER SEJARAH YANG TEPAT

Keobjektifan sesuatu penulisan sejarah merupakan sesuatu yang sangat penting bagi
membuktikan penulisan sejarah yang dihasilkan adalah tepat dan benar. Tidak dinafikan
dalam penulisan sejarah yang objektif terdapat beberapa perkara yang menjadi
penghalang daripada menghasilkan sebuah penulisan yang objektif. Jika dilihat
kembali, penulisan sejarah secara objektif diasaskan oleh Leopord Von Ranke yang
menggunakan konsep “sebagaimana sebenarnya berlaku” (wie es eigentlich gewesen)
yang membiarkan fakta-fakta sejarah bercakap dengan sendirinya tanpa penglibatan
sejarawan.26 Beliau berpandangan bahawa penulisan sejarah haruslah ditulis
berdasarkan eyewitness reports and purest, most immediate documents.27 Sumber lain
seperti dokumen, catatan harian, surat-menyurat, laporan diplomatik, gambar asli dan
sumber daripada arkib merupakan antara sumber yang asli yang boleh digunakan dalam
penulisan sejarah. Oleh itu, bagi mencapai penulisan sejarah yang objektif, pemilihan
sumber yang bakal rujuk serta digunakan memainkan peranan yang sangat penting.

25
Morrison, The Siamese Wars with Malacca During the Reign of Muzaffar Shah (1445-
1458), JMBRAS, Vol. 22, 1949, hlman 61.
26
Abdul Rahman Haji Abdullah, 1994, Pengantar Ilmu Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan
Pustaka, hlmn. 106
27
Frizt Stern, The Varieties of History, London: Macmillan, 1970, hlmn. 54
12

5.1 Menjadikan Fakta Yang Ditulis Adalah Tepat Dan Benar

Dalam proses melaksanakan penulisan sejarah, rujukan kepada sumber-sumber sejarah


wajib dilakukan oleh setiap penyelidik dan penulis sejarah bagi menjamin kesahihan
sesuatu peristiwa yang ditulis. Tidak dinafikan lagi, sumber primer antara sumber yang
paling penting dalam penulisan sejarah khususnya kerana kandungan dan keaslian
sumber ini tidak di tokok tambah dan diolah oleh bahan lain atau pandangan orang lain.
Dengan adanya Sumber primer boleh menyebabkan sesebuah hasil penulisan menjadi
lebih berkualiti serta setiap olahan ayat yang ingin menceritakan sesuatu peristiwa
adalah kukuh dan tidak wujud keraguan kepada pembaca atau penyelidik akan datang.
Menurut buku bertajuk Pengantar Sejarah ada menyatakan bahawa sumber primer
adalah sumber pertama, sumber utama atau lebih senang difahami ialah sumber awalan
yang dihasilkan berdasarkan peristiwa pada masa ketika itu. Sumber yang benar dan
tepat tentang sesuatu hasil kajian sejarah yang dapat dirujuk oleh generasi akan datang.

Menurut Muhd Yusof Ibrahin, “sumber ialah sesuatu yang boleh menjadi punca
kepada lahirnya sesuatu pemikiran atau penulisan sejarah”.28 Sumber primer adalah
sumber yang asli yang menceritakan tentang sesuatu peristiwa dengan berdasarkan
keadaan atau situasi sebenar serta sumber ini berada dalam keadaan yang asli dan tidak
lagi ditafsir oleh sejarawan lain untuk diterbitkan. Antara sumber yang tergolong
sebagai sumber primer iaitu fail-fail kerajaan, surat-menyurat kerajaan, laporan tahunan
kerajaan, dokumen29 dan individu yang pernah mengalami peristiwa tersebut juga
merupakan sumber primer dikenali sebagai sumber lisan. Kebenaran yang terdapat
dalam sumber primer membantu sejarawan untuk menulis penulisan yang benar dan
dapat menjadikan ianya terpelihara daripada fakta yang salah. Disebabkan sumber
primer diangkat kepada taraf yag tertinggi dalam menjadikan ianya rujukan bagi setiap
sejarawan menghasilkan penulisan sejarah, aspek yang dikenalpasti ialah mempunyai
ciri-ciri yang belum diolah seterusnya membantu ahli sejarah memahami lebih
mendalam terhadap sesuatu peristiwa. Oleh itu jelaslah bahawa fakta yang tepat dan

28
Arba’iyah Mohd Nor, 2000, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlmn. 50
29
Louis Gottschalk (terjemahan oleh Nugroho Notosusanto), 1975, Mengerrti Sejarah: Pengantar
Metode Sejarah, Indonesia: Yayasan Penerbit Universitas Indonesia, hlmn. 38
13

benar mampu menghasilkan satu penulisan sejarah yang muktabar dan tidak boleh
dipertikaikan lagi kesahihannya.

5.2 Mengelakkan Kesalahan Tafsiran

Kepentingan lain pemilihan sumber sangat penting dalam penulisan sejarah


adalah supaya dapat mengelakkan daripada berlakunya kesalahan tafsiran. Rujukan
kepada sumber sejarah adalah wajib dilakukan oleh setiap pengkaji untuk menghasilkan
penulisan yang bermutu tinggi dan memperoleh fakta tepat. Terdapat beberapa
golongan masyarakat yang salah menafsir erti sejarah atau salah menafsir fakta-fakta
sejarah. Keadaan ini amat dibimbangkan kerana fakta sejarah merujuk kepada
kebenaran terhadap sesuatu peristiwa yang telah berlaku. Jika bahan yang diperoleh
tidak authentic, maka sudah tentulah akan memberi kesan negatif yang sangat besar
apabila sesebuah penlisan sejarah dihasilkan. Perkara ini juga akan menyebabkan
sejarah dalam sesuatu peristiwa hilang kebenaran asalnya. Oleh itu, penghasilan
penulisan sejarah merujuk kepada sumber primer, sekunder, tertier dan juga sumber
lisan begitu penting supaya dapat mengelakkan kesalahan tafsiran oleh masyarakat
ataupun ahli sejarawan. Sumber sekunder juga dikatakan penting sebagai rujukan para
sejarawan kerana mengandungi unsur-unsur primer.30

Bahan-bahan yang didapati dari sumber-sumber ini digunakan sebagai sumber


rujukan dalam penulisan sejarah. Kajian atau penulisan sejarah yang merujuk kepada
sumber primer, sekunder, tertier dan sumber lisan lebih bermutu dan fakta sejarah
adalah tepat. Penulisan ini bukan sahaja boleh mengelakkan kesalahan tafsiran fakta
sejarah tetapi juga boleh memperbetulkan fakta sejarah yang kurang tepat dengan
adanya penemuan bukti-bukti yang kukuh dan dapat memaparkan kebenaran sejarah.
Hal ini kerana ianya lebih berdasarkan situasi peristiwa dan maklumatnya tepat
mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku.

Salah tafsiran fakta sejarah bukan sahaja mengakibatkan sesebuah sejarah


hilang kebenaran malah akan menyebabkan salah faham terhadap sesebuah sejarah oleh

30
Louis Gottschalk (terjemahan oleh Nugroho Notosusanto), 1975, hlmn. 37
14

generasi akan datang. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, pengkaji perlu mahir
dalam menafsir bahan-bahan sumber primer secara professional. Menghasilkan
penulisan sejarah yang fakta tepat dan berkesinambungan iaitu mempunyai jalan cerita
mengenai sesuatu sejarah dengan kemas sehingga tidak menimbul keraguan oleh orang
ramai atau ahli sejarah.

Peranan pengkaji dalam menafsir sumber untuk menghasilkan sebuah penulisan


amat penting kerana pengkaji menkonstruk semula atau menyusun semula peristiwa-
peristiwa yang telah lama ditinggalkan. Bahan-bahan yang didapati dari sumber primer
tidak boleh diubah kerana bahan tersebut telah direkodkan dan ditulis oleh seseorang
individu berdasarkan tempat, masa, dan peristiwa pada masa itu. Pembuktian-
pembuktian yang telahpun ada pada sumber dapat memberikan tafsiran yang sebenar
kepada masyarakat dan ahli sejarah. Maka, sesebuah pensejarahan dapat difahami
dengan jelasnya oleh masyarakat dan ahli sejarah.

Dalam menjalankan proses penulisan sejarah, sejarawan perlulah berpandukan


sumber yang dinyatakan diatas supaya dapat mengelakkan daripada melakukan
penulisan yang didasarkan oleh idelogi, memenuhi permintaan seseorang dan
sebagainya sehinggakan penulisan yang terhasil bersifat berat sebelah dan seterusnya
menyebabkan hasilnya tidak objektif.31 Walaubagaimanapun, kesukaran mendapatkan
sumber boleh menyebabkan banyak pertanyaan terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku
dan pada masa yang sama fakta sejarah yang tidak tepat wujud. Kesannya penulisan
yang dihasilkan tidak menepati ciri-cita penulisan sejarah yang muktabar.

31
Muhd Yusof Ibrahim, 2000, Ilmu Sejarah Falsafah Pengertian dan Kaedah, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlmn.195
15

6.0 PENUTUP

Dalam menghasilkan penulisan sejarah yang objektif, kritikan terhadap sumber sangat
penting bertujuan untuk menolak apa yang tidak benar dan mengambil apa yang benar.
Kritikan sumber dan penafsiran sumber bukan sahaja penting untuk memastikan
kesahihah sesuatu sumber tetapi juga dapat mencari maklumat tambahan yang tersirat
pada sumber tersebut. Memandangkan matlamat utama penulisan adalah untuk
menghasilkan sebuah penulisan yang objektif, maka penulis harus melaksanakan proses
heuristik, kritik, interpretasi dan historiografi yang bergantung sepenuh dengan
ketepatan dan kesahihan sesuatu sumber.

Oleh itu, untuk memilih dan mengendalikan sumber yang tepat itu proses-
proses tersebut harus dilaksanakan kerana, tindakan yang dilaksanakan sepanjang
proses ini adalah sangat teliti dan sentiasa berpegang dengan konsep ketetapan fakta
seperti yang diperlukan dalam sebuah penulisan objektif. Setelah mengikuti proses
pengendalian dan pemilihan sumber yang tepat maka, penulis akan berjaya dalam
menghasilkan sebuah penulisan sejarah objektif. Oleh itu, nilai hasil penulisan sejarah
amat bergantung kepada proses kritikan sumber. Setiap sumber menceritakan peristiwa
yang tidak sepertimana ia termaktub padanya kerana terdapat faktor-faktor lain yang
mendorong sesuatu peristiwa itu berlaku yang memerlukan penafsiran ahli-ahli sejarah.
Oleh itu, para pemnyelidik perlu menjalankan penyelidikan mereka dengan lebih
cermat dan berhati-hati agar fakta sejarah yang mereka hasilkan itu membina peristiwa
sejarah yang benar-benar berlaku.
16

7.0 RUJUKAN

Abdul Rahman Haji Abdullah, 1994, Pengantar Ilmu Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Arba’iyah Mohd Nor, 2000, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Arba’iyah Mohd Noor, 2002, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Drs. Sidi Gazlba, 1966, Pengantar Sedjarah sebagai ilmu, Bhratara Djakarta,
Indonesia.
Frizt Stern, 1970, The Varieties of History, Macmillan, London
Louis Gottschalk, 1969, Understanding History: A Primer Of Historical Method, 2nd
edition, Alfred A Knopf, New York.
Louis Gottschalk (terjemahan oleh Nugroho Notosusanto), 1975, Mengerti Sejarah:
Pengantar Metode Sejarah,Yayasan Penerbit Universitas Indonesia.
Kamaruzzaman Shariff, Sejarah Melayu As A Historical Source, Perpustakaan
Universiti Sains Malaysia
Muhd Yusof B. Ibrahim, 1971, Pengertian Sejarah,, Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pelajaran Kuala Lumpur.
Morrison, 1949, The Siamese Wars with Malacca During the Reign of Muzaffar
Shah (1445-1458), JMBRAS.
Mohd. Yusof Ibrahim, 1986, Pengertian sejarah, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Muhd. Yusof Ibrahim & Mahayudin Haji Yahaya, 1998, Sejarawan dan Pensejarahan
Kotokohan dan Karya, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan
Malaysia Kuala Lumpur.
Mohd. Yusof Ibrahim, 1997, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhd Yusof Ibrahim, 2000, Ilmu Sejarah Falsafah Pengertian dan Kaedah, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
R. Suntharalingam, 1995, Pengenalan kepada Sejarah, Kuala Lumpur, Marican &
Sons (M) Sdn. Bhd.
17

R. Suntralingam, 1985, Pengenalan Sejarah, Merican and Sons Sdn. Bhd, Kuala
Lumpur.
P. Sivarajan PhD, S. Malar Arasi, 2012, Pengantar Sejarah,Penerbitan Multimedia,
Selangor.
Winstedt, R.O,1958, A History of Classical Malay Literature, JMBRAS, Vol. XXXI,
Part 3.

Anda mungkin juga menyukai