Anda di halaman 1dari 12

Seminar Sejarah Politik Malaysia

Kemunculan gerakan nasionalisme kiri dalam


kalangan orang Melayu banyak dipengaruhi dan
didokong oleh perkembangan politik dan gerakan
nasionalisme di Indonesia. Bincangkan.

Aliran nasionalisme Indonesia menyumbang kepada perkembangan nasionalisme


Melayu tahap kedua di Tanah Melayu (1926-1937). sejarah memperlihatkan Indonesia
mengalami kebangkitan lebih awal daripada Tanah Melayu. Kebangkitan rakyat dalam politik
disalurkan melalui gerakan parti-parti politik bermula dengan Budi Utomo, Sarekat Islam,
Indisce Partij, Parti komunis Indonesia (PKI) dan Parti Nasionalis Indonesia (PNI).
Kewujudan parti- parti politik ini menurut Roslan Saadon telah memberi ilham dan pengaruh
kepada gerakan politik di Tanah Melayu.1 Bagi Ahmat Adam , faktor luarlah yang sangat jelas
dalam penubuhan parti-parti radikal seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Parti
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Pengaruh Indonesia dilihat begitu dominan dalam
mempengaruhi pemikiran dan tindakan nasionalis-nasionalis tanah air terutamanya aliran kiri
atau radikal ini. Sebelum cuba menyelesaikan persoalan pengaruh Indonesia kepada orang
Melayu di Tanah Melayu, adalah penting untuk menyatakan beberapa perkara berkaitan
persekitaran hubungan antara orang Indonesia dan Melayu. Dari segi budaya, boleh dikatakan
bahawa orang Melayu di Malaya membentuk bahagian kecil daripada entiti besar yang sering
dirujuk Nusantara. Istilah Nusantara ini lebih digemari kerana konotasinya tidak bersifat
geografi, politik dan etnik dalam menjelaskan kawasan luas yang disebut Kepulauan Melayu,
Kepulauan Indonesia dan dalam perbandingan linguistik, kawasan Barat Polinesia-Melayu.2

1 Roslan Saadon. 2009. Gagasan Nasionalisme Melayu Raya : Pertumbuhan dan Perkembangan.
Shah Alam, Selangor : Karisma Publications Sdn. Bhd. Hlm, 33.
1

Para pemikir politik dewasa ini mengambarkan Indonesia Raya membawa erti Indonesia
yang merangkumi seluruh wilayah gugusan Kepulauan Melayu termasuk kepulauan Filipina
dan Tanah Semenanjung Melayu. Dalam Khayalan Tan Malaka sebuah persatuan seluruh
Indonesia yang merangkumi Filipina, Semenanjung Tanah Melayu (termasuk Singapura)
tidaklah mustahil. Fikiran Tan Malaka mengenai konsep Indonesia Raya dan penggunaan
istilah Indonesia sebagai kata generik untuk pada bangsa-bangsa rumpun Melayu amatlah
menarik. Sebagai seorang putera Minangkabau, Tan Melaka sendiri adalah seorang Melayu.
Hamka menyebutnya sebagai seorang pemimpin besar yang bertaraf dengan Soekarno dan
Hatta dari segi sumbangannya kepada perjuangan meriah kemerdekaan untuk Indonesia. 3
Disatu sisi yang lain, Dr. Burhanuddin al-Helmy cuba memaparkan idea penyatuan Alam
Melayu dan keperluan mendirikan semula empayar Melayu. Hasrat tersebut dipaparkan
menerusi akbar Pelita Malaya, menurutnya:
"Bersatu itu ialah kekuatan kita. Dan apabila ada kekuatan kita akan berupaya
membuat atau menghasilkan apa juga yang kita cita-citakan - menyeberang Selat
Melaka, mengibarkan bendera Merah Putih, Merdeka, bahkan mendirikan semula
empayar Melayu yang maha besar itu pun boleh dan tentu akan berhasil".4
Persoalan Ahmad Boestamam kepada Dr. Burhanuddin " apakah dia tuntutan dan kemestian
sejarah itu?". Jawapannya tegas sekali iaitu :-

2 Rustam A. Sani. 2011. Asal Usul Sosial Golongan Kiri Melayu : Satu Analisis Berkenaan Kesatuan Melayu
Muda. Selangor : Strategic Information & Research Development Centre. Hlm, 56.

3 Ahmat Adam . 1996. Pengaruh Indonesia dalam Aliran Kiri Gerakan Kebangsaan Melayu. Dalam Melaka
dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia disunting oleh Abdul Latiff Abu Bakar. Kuala Lumpur : Penerbit
Universiti Malaya. Hlm 161.

4 Roslan Saadon. 2009. Gagasan Nasionalisme Melayu Raya : Pertumbuhan dan Perkembangan.
Shah Alam, Selangor : Karisma Publications Sdn. Bhd. Hlm, 201.
2

"Melayu Raya, bersatunya daerah-daerah yang terlingkung dalam gugusan pulaupulau Melayu dalam suatu unit politik di tengah-tengah unit-unit politik dunia yang
besar".5
Perkara ini yang beliau sarankan dalam teriakan dan laugan "INDONESIA-MALAYA
SATU".
Melayu Raya yang diperjuangkan oleh beliau merupakan hasil daripada pengaliran pengaruh
Indonesia ke dalam sistem pendidikan vernakular terutamanya di SITC. Pengaruh ini terpapar
di dalam mata pelajaran bahasa, kesusteraan, dan sejarah. Melalui mata pelajaran tersebut
pengaruh intelek dan aktiviti politik di Indonesia dapat diketahui. Justeru itu, Tan Malaka
menyifatkan beliau sebagai seorang tokoh penyambung dan pengikat rantai-rantai Kepulauan
Melayu.6 Hasrat penyatuan negara bangsa ini juga telah diusahakan oleh Ibrahim Haji Yaacob
dan rakan-rakannya iaitu pada bulan Julai 1945, mereka telah menubuhkan Kesatuan Rakyat
Indonesia Semenanjung (KRIS). Pembentukannya bertujuan menggabungkan Tanah Melayu
bersama Indonesia dengan nama Melayu Raya. Pada 13 Ogos 1945, Ibrahim Haji Yaacob
berpeluang berjumpa dengan Sukarno di Taiping semasa rombongan Indonesia ini dalam
perjalanan pulang dari berjumpa Terauchi di Saigon. Beliau menyampaikan keinginan rakyat
Semenanjung untuk merdeka bersama Indonesia. Pemimpin KRIS dan pemimpin politik
Indonesia bersetuju bahawa Tanah Melayu akan bersama-sama dengan Indonesia
mengisytiharkan kemerdekaan pada 17 Ogos 1945. 7 Namun usaha beliau tidak kesampaian.

5 Ahmad Boestamam. 1972. Dr. Burhanuddin : Putera Setia Melayu Raya. Kuala Lumpur: Pustaka Kejora.
Hlm, 77.

6 Roslan Saadon. 2009. Gagasan Nasionalisme Melayu Raya : Pertumbuhan dan Perkembangan.
Shah Alam, Selangor : Karisma Publications Sdn. Bhd. Hlm, 144.
7 Ibid, hlm 180.
3

Hasrat untuk merdeka bersama Indonesia gagal. Sukarno telah mengistiharkan kemerdekaan
Indonesia pada 17 Ogos 1945 secara tergesa-gesa tanpa memasukkan Malaya.
Bagi Ahmad Boestamam, gerakan perjuangan umat Melayu di Semenanjung dan di Indonesia
perlu disatukan bagi menjamin kemerdekaan Indonesia dan seterusnya berjuang untuk
kemerdekaan Tanah Melayu, seperti katanya di dalam sebuah akbar Pelita pada 18 Mac
1946 :
"Semua umat Indonesia dan Tanah Melayu mesti bersatu dan bertanggungjawab
kepada bangsa dan negara dan mempertahankan kemerdekaan Indonesia dan menuntut
kemerdekaan Tanah Melayu yang belum dicapai".8
Ahmad Boestamam banyak dipengaruhi oleh gerakan perjuangan kemerdekaan Indonesia
dengan menjadikan Sukarno sebagai dorongan semangat dalam menggerakkan API iaitu
pertubuhan yang dianggap bahaya oleh perisik British. Bertemakan slogan 'merdeka dengan
darah' dan semboyan 'Keras lawan keras, lembut lawan lembut' ini telah membakar semangat
untuk membebaskan tanah air dari belenggu penjajah.9
Begitu juga nasionalis nusantara iaitu Khadijah Sidek yang dilahirkan pada tahun 1918 di
Periaman, barat Sumatera, Indonesia dari keluarga Minangkabau. Buah fikiran beliau iaitu
'bineka tunggal ika' atau 'perpaduan dalam kepelbagaian' sering menjadi prinsip
pegangannya. Sebagai seorang nasionalis, Khadijah mendokong konsep kesatuan Nusantara
atau dunia alam Melayu. Hal ini mengambarkan semangat sebagai seorang nasionalis radikal
Melayu era tahun 1930 sehingga pertengahan 1940. 10 Beliau pada mulanya aktif
8 Ibid, hlm 218.
9 Ibid, hlm 219.
10 Khatijah Sidek. 2001. Memoir of Khajidah Sidek: Puteri Kesatria Bangsa.
Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm, 20.
4

memperjuangkan kemerdekaan daripada Belanda serta membela hak dan kedudukan wanita
di Indonesia. Atas dasar ini juga beliau telah berhijrah ke Tanah Melayu untuk menggerakkan
perjuangan kaum wanita menentang penjajah. Pengalamannya di Indonesia sudah cukup
mematangkan beliau dalam memperjuangan hak-hak wanita dan perjuangan kemerdekaan
tidak kira di pentas Pergerakan Kaum Ibu UMNO mahupun semasa beliau di dalam Dewan
Muslimat PAS. Beliau juga telah menjadi Presiden Himpunan Wanita Indonesia-Malaya
(HIMWIM) di Singapura pada tahun 1947.11 Bahkan beliau juga telah tersenarai di dalam
laporan perisik British kerana didapati berusaha memupuk nasionalisme Indonesia di Tanah
Melayu.12 Jika diteliti kembali latar belakang nasionalis ini kebanyakannya berketurunan
Minangkabau, baik yang berjiwa nasionalis kiri mahupun komunis dan bilangannya jauh
lebih besar dari yang berketurunan Jawa. Matlamatnya tidak lain selain memperjuangkan
sebuah Indonesia Raya seperti yang diimpikan oleh Tan Melaka.
Mengikut Rustam, seawal 1922, sekumpulan pelajar Indonesia dan Melayu di Universiti AlAzhar di Kaherah telah pun menyebarkan idea pan-Indonesianisme.13 Sejak tahun itu,
bilangan pelajar Indonesia dan Melayu di sana cukup banyak untuk membolehkan mereka
membentuk organisasi. Penerbitan Seruan Azhar dan Pilehan Timour bagi Roff mengingini
bercambahnya kesatuan "pan-Malayan" yang lebih rapat di antara rakyat tanah jajahan 14 di
mana kawasan kolonial 'Hindia Timur Belanda' dan 'British Malaya' yang memiliki
persamaan dalam bahasa dan juga agama. Hal ini dianggap sebagai asas perpaduan yang
11 Ibid, hlm 22.
12 Lihat Political Intelligence Journal, khasnya bahagian Pertubuhan-pertubuhan Melayu dan Indonesia.
(MSS/PIJ, Serial No.11-229, 1947).

13 Rustam A. Sani. 2011. Asal Usul Sosial Golongan Kiri Melayu : Satu Analisis Berkenaan Kesatuan Melayu
Muda. Selangor : Strategic Information & Research Development Centre. Hlm, 59.

14 Roff W. R. 2003. Nasionalisme Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.Hlm, 245.
5

wujud dan seterusnya menjustifikasikan dalam wadah cita-cita membentuk kesatuan negara
bangsa yang dikatakan Nusantara itu tadi. Idea nasionalisme 'pan-Indonesia' dan pengaruhnya
tidaklah hanya terhad dalam politik sahaja. Ia juga dirasakan dalam aspek lain dalam
kehidupan orang-orang Melayu terutama dalam bidang kesusasteraan.
Haji Abdul Karim Amrullah misalnya atau lebih dikenali dengan panggilan Hamka turut
menerbitkan akhbar iaitu Al-Munir tahun 1911 yang diisytiharkan terlarang oleh pihak
berkuasa agama Indonesia.15 Pada tahun 1916 Hamka berkunjung di beberapa buah negeri di
semenanjung Malaya termasuk Singapura. Meskipun beliau dapat mempengaruhi sejumlah
kecil orang Melayu untuk menerima idea-idea reformis, pihak berkuasa agama Melayu mula
melabelkan beliau sebagai seorang pemimpin yang sesat. 16 Ibrahim Haji Yaacob ketika
belajar di SITC banyak mendapat kesedaran dari tulisan-tulisan ilmiah, majalah dan bukubuku terutamanya dari Indonesia seperti Student Indonesia di Eropah (1928), karya Dr. A.
Rivai dan Riwayat Penghidupan Dr. Soetomo dan Perjuangannya. Majalah-majalah seperti
Persatuan Indonesia, Pewarta Deli, Pertja Selatan, Pedoman Masyarakat, Soeloeh Rakyat
Indonesia, Seruan Azhar, Bintang Timur dan Bintang Hindia. Tidak ketinggalan juga novelnovel populis Indonesia seperti Siti Nurbaya, Salah Pilih, Djumpa Atjeh dan Melati van
Agam.17 Kesannya, tokoh-tokoh seperti Soekarno, Hatta, Agus Salim, Dr. Soetomo, Mochtar
Lutfi, Tan Malaka dan sebagainya telah menjadi model nasionalis dan mendapat sokongan
pelajar-pelajar SITC termasuklah Ibrahim Haji Yaakob.

15 Rustam A. Sani. 2011. Asal Usul Sosial Golongan Kiri Melayu : Satu Analisis Berkenaan Kesatuan Melayu
Muda. Selangor : Strategic Information & Research Development Centre. Hlm, 59.

16 Ibid, hlm 59.


17 Roslan Saadon. 2009. Gagasan Nasionalisme Melayu Raya : Pertumbuhan dan Perkembangan.
Shah Alam, Selangor : Karisma Publications Sdn. Bhd. Hlm, 137.
6

Ahmat Adam dalam kajiannya telah menelusuri unsur keradikalan atau aliran kiri yang
mewarnai gerakan kebangsaan Melayu terutamanya dalam KMM dan PKMM. Dalam
perjuangan untuk Malaya, parti-parti politik seperti ini dilihat banyak dipengaruhi dan saling
berkait hubungannya dengan keadaan dan suasana di Indonesia.
PKMM dilihat begitu diresapi oleh wawasan penyatuan Indonesia, hal ini dapat dilihat dalam
dasar-dasar penubuhan yang digariskan KPMM sendiri :i.

Mempersatu padukan bangsa Melayu, menanamkan semangat kebangsaan dalam


sanubari orang-orang Melayu dan bertujuan untuk menyatukan Malaya di dalam
keluarga yang besar iaitu Republik Indonesia Raya.18

Mukhtaruddin Laso telah memprakarsai penubuhan PKMM bersama-sama dengan Arshad


Ashaari, Ahmad Boestamam, dan Dahari Ali. Mokhtaruddin sendiri telah dipilih sebagai
Yang Dipertua ketika diadakan kongres PKMM yang pertama pada 30 November, manakala
Dr, Burhanuddin dan Dahari Ali, masing-masing dipilih sebagai Naib Yang Dipertua dan
Setiausaha Agung.19 Pendirian PKMM bahawa Malaya adalah sebahagian daripada Indonesia
diungkapkan oleh Dr. Burhanuddin di dalam Kongres pertama pertubuhan itu. Pendirian ini
jelas merupakan kesinambungan perjuangan Kesatuan Melayu Muda yang dipimpin oleh
Ibrahim Yaacob dan juga cita-cita yang tidak dapat dipenuhi oleh KRIS yang bersidang pada
pertengahan Ogos 1945 iaitu untuk berjuang bagi kemasukan Malaya di dalam Republik
Indonesia. Kongres PKMM pertama itu juga telah menetapkan bendera Indonesia, Sang Saka
Merah Putih sebagai bendera PKMM.20 Malahan pemimpin PKMM seperti Ahmad
Boestamam secara terang-terangan menyokong revolusi Indonesia. Buktinya pada
18 Ahmat Adam. 2001. Partai Kebangsaan Melayu Malaya: Sebuah Mimpi Nusantara. Jebat (2001):
63.
19 Ahmat Adam . 1996. Pengaruh Indonesia dalam Aliran Kiri Gerakan Kebangsaan Melayu. Dalam Melaka
dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia disunting oleh Abdul Latiff Abu Bakar. Kuala Lumpur : Penerbit
Universiti Malaya. Hlm, 156.

pertengahan Februari 1946, Ahli-ahli PKMM telah mengadakan perarakan sempena


sambutan kemerdekaan Indonesia yang telah masuk bulan keenam disamping menunjukkan
kekuatan ahli-ahli PKMM.21
Abu Talib Ahmad berpendapat PKMM ketika itu tidak bersifat dogmatik sementara bentuk
nasionaIismenya tidak terbatas setakat ideologi yang sempit sehingga dalam parti Melayu ini
terdapat nasionalis, sosialis, komunis, Islam, PanIslam, demokrat, konforrnis, non-konforrnis
dan sebagainya namun yang penting mereka semua mempunyai ''jiwa merdeka". 22 Adakah
doktrin 'Nasakom' Soekarno iaitu Nasionalis, Agama dan Komunis suatu kebetulan
persamaan atau mungkin juga pimpinan PKMM yang berbilang ideologi ini mengambil
wadah nusantara saudaranya untuk melawan musuh dan sebagai semangat pemersatuan
bangsa ke atas kolonialisme.
Singapura sejak awal tahun 1920-an memang telah menjadi tempat bertemu orang komunis
Indonesia. Biro perisikan British telah mengikuti perkembangan gerakan menentang penjajah
dan menyenaraikan

beberapa orang komunis dari Indonesia yang cuba menyebarkan

fahaman tersebut di Tanah Melayu antaranya Sutan Djenain, seorang komunis veteran, Datuk
Buang Sati, Djamaludin Tamin, Arifin, Ahmad Zubir.23 Selain itu, kebanyakan kajian
menunjukkan asal usul orientasi ideologi sayap kiri KMM boleh dikesan daripada komunis
Indonesia pada tahun 1920-an. Agen komunis Indonesia sangat aktif di sekitar 1926. Selepas
revolusi komunis di Jawa dan Sumatera gagal, beberapa pemimpin parti tersebut terpaksa
20 Ahmat Adam. 2001. Partai Kebangsaan Melayu Malaya: Sebuah Mimpi Nusantara. Jebat (2001):
68.
21 Roslan Saadon. 2009. Gagasan Nasionalisme Melayu Raya : Pertumbuhan dan Perkembangan.
Shah Alam, Selangor : Karisma Publications Sdn. Bhd. Hlm, 220.
22 Abu Talib Ahmad. 2007. Aliran Kiri dalam Nasionalisme Melayu,1945-57: Satu Pemerhatian.
Pulau Pinang. Universiti Sains Malaysia.Hlm, 26.
23 Political Intelligence Journal 30/4/48, hlm, 263-264.
8

melarikan diri

ke Malaya.24 Dalam kalangan pelarian ini antaranya ialah Djamaluddin

Tamim, Tan Malaka, Budiman, Sutan Djenain, Alimin dan Mohammad Arif. Mereka diberi
tempat tinggal dan dijaga oleh penyokong mereka di Tanah Melayu. Ketika mereka ada di
Tanah Melayu mereka mengajar doktrin politik mereka dan menyebarkan idea
pemberontakan terhadap pihak berkuasa.25
Menurut Salleh Lamry, Gerakan bawah tanah komunis dalam kalangan orang Melayu juga
dipengaruhi oleh peranan komunis Indonesia. Alimin, seorang komunis veteran Indonesia
telah berkerjasama dengan Rashid Maidin dalam gerakan Sekolah Marxist Malaya dengan
mengadakan kursus jangka pendek kepada kader-kader komunis Melayu . Mengikut Abdullah
C.D. antara yang menghadirinya ialah orang-orang yang kemudiannya dikenali sebagai kader
PKM, seperti Abdullah C.D. sendiri, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh,

dan Zainab

Mahmud.26
Djamaluddin Tamim, salah seorang kanan Tan Malaka yang berada di Malaya telah membuat
hubungan dengan penuntut-penuntut Maktab Sultan Idris. Roff mengatakan bahawa pada
permulaan tahun 1930 kira-kira 35 orang penuntut SITC dibawah pimpinan Ibrahim Yaacob
telah menubuhkan sebuah gerakan yang dinamakan Belia Malaya yang mengikut contoh
gerakan pemuda yang serupa di Jawa dan Sumatera. Belia Malaya secara ringkasnya
bertujuan menyatukan bahasa-bahasa Melayu dan Indonesia. Anggota-anggotanya seperti

24 Rustam A. Sani. 2011. Asal Usul Sosial Golongan Kiri Melayu : Satu Analisis Berkenaan Kesatuan Melayu
Muda. Selangor : Strategic Information & Research Development Centre. Hlm, 34.

25 Raden Soenarno. 1960. Malay Nationalism, 1896-1941. Journal of Southeast Asian History 1(March): 20.
26 Mohamed Salleh Lamry. 2006. Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan. Bangi,
Selangor : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.Hlm, 92.
9

Hassan Manan, Ibrahim Yaacob, Abdul Karim Rashid (kesemuanya aktif dalam KMM
kemudiannya) telah masuk menjadi anggota Parti Nasional Indonesia pimpinan Soekarno27
Harus dilihat kembali bahawa pengaruh aliran agama juga tidak dipandang sepi dalam
mempengaruhi perkembangan kebangsaan di Tanah Melayu. Di sini lah pada awal 1920an
bermulanya pengaruh Sarekat Islam apabila Haji Ibrahim Sidin dari Singapura menggerakkan
penubuhan cawangan Sarekat Islam di Johor.28 Sarekat Islam merupakan parti politik Islam
yang pertama dan paling berpengaruh di Indonesia.
Seterusnya, pada Mac 1947, atas inisiatif Dr. Burhanuddin dan Ustaz Abu Bakar Bakir,
Pengetua Madrasah Al-Ehya Asshariff Gunung Semanggol, satu Persidangan EkonomiAgama Se-Malaya telah diadakan di madrasah tersebut. Daripada persidangan tersebut
terlahirlah Majlis Agama Tertinggi Se- Malaya (MATA). 29 Gerakan ulamak berpusat di
Gunung Semanggol yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar al-Bakir ini dikatakan dipengaruhi
oleh Masyumi, parti Islam dari Indonesia. Malahan di dalam kongres MATA di Gunung
Semanggol pada 13 Mac terdapat wakil parti masyumi dari Indonesia iaitu Tengku Osman
bin Hussin.30
Resolusi yang paling penting dalam persidangan MATA pada Mac 1948 ialah penubuhan
parti politik Islam iaitu penubuhan Hizbul Muslimin .31 Ibu pejabat parti ini akan berada di
Johor Bahru dan ketiga-tiga pemimpin ialah Abu Bakar Al-Bakri, Haji Ariffin bin Elias, dan
27 Roff W. R. 2003. Nasionalisme Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.Hlm, 246.
28 Rustam A. Sani. 2011. Asal Usul Sosial Golongan Kiri Melayu : Satu Analisis Berkenaan
Kesatuan Melayu Muda. Selangor : Strategic Information & Research Development Centre. Hlm, 55.
29 Mohamed Salleh Lamry. 2006. Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan. Bangi,
Selangor : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.Hlm, 72.
30 Lihat Political Intelligence Journal, khasnya bahagian Pertubuhan-pertubuhan Melayu dan Indonesia.
(MSS/PIJ, Serial No.11-229, 1947)

10

Daud bin Jamil. Menurut rekod risikan British, Pertubuhan parti ini adalah 'founterpart'
persatuan Islam, Masjoemi (Masyumi), yang mempunyai pengaruh besar di Indonesia dan
berniat untuk menubuhkan cawangan di seluruh Tanah Melayu. Tambahan pertubuhan parti
Islam ini dikatakan berpotensi besar dalam kerjasama dengan organisasi-organisasi

di

Indonesia.32 Sokongan padu umat Islam terhadap usaha ulamak memerdekakan Tanah
Melayu telah membimbangkan British dan juga Umno. Menurut Salleh Lamry, pada Ogos
1948, tujuh orang pemimpin parti itu, termasuk presidennya telah ditangkap di bawah
Undang-undang Darurat.33
Kemunculan gerakan nasionalisme kiri dalam kalangan orang Melayu sama ada secara
langsung atau tidak banyak dipengaruhi dan didorong oleh perkembangan politik dan gerakan
nasionalisme di Indonesia. Tekanan politik dan ekonomi penjajah dalam waktu singkat telah
memberikan kesedaran baru kepada orang Melayu. Dengan itu, sesudah 1925 timbullah bibitbibit kesedaran nasional di kalangan masyarakat Melayu. Pengaruh ini muncul dalam
pelbagai bentuk dari pergerakan politik, tokoh-tokoh intelektul dan politik malahan tidak
ketinggalan juga pengaruh kesusasteraan dan penerbitan dari Indonedia.
Bibliografi
Abu Talib Ahmad. 2007. Aliran Kiri dalam Nasionalisme Melayu, 1945-57: Satu
Pemerhatian. Pulau Pinang. Universiti Sains Malaysia.
Ahmad Boestamam. 1972. Dr. Burhanuddin : Putera Setia Melayu Raya. Kuala Lumpur:
Pustaka Kejora.
31 Mohamed Salleh Lamry. 2006. Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan. Bangi,
Selangor : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.Hlm, 74.
32 Lihat Political Intelligence Journal, khasnya bahagian Pertubuhan-pertubuhan Melayu dan Indonesia.
(MSS/PIJ, Serial No.11-229, 1947)
33 Mohamed Salleh Lamry. 2006. Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan. Bangi, Selangor :
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.Hlm, 75.

11

Ahmat Adam . 1996. Pengaruh Indonesia dalam Aliran Kiri Gerakan Kebangsaan Melayu.
Dalam Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia disunting oleh Abdul Latiff Abu
Bakar. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
Ahmat Adam. 2001. Partai Kebangsaan Melayu Malaya: Sebuah Mimpi Nusantara. Jebat
(2001): 63-74.
Khoo Kay Kim. 2001. Nasionalisme Melayu C. 1919-1941. Jebat 28 (2001): 43-62.
Khatijah Sidek. 2001. Memoir of Khajidah Sidek: Puteri Kesatria Bangsa. Bangi, Selangor:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Raden Soenarno. 1960. Malay Nationalism, 1896-1941. Journal of Southeast Asian History
1(March): 1-28.
Mohamed Salleh Lamry. 2006. Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan. Bangi,
Selangor : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Roff W. R. 2003. Nasionalisme Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Roslan Saadon. 2009. Gagasan Nasionalisme Melayu Raya : Pertumbuhan dan
Perkembangan. Shah Alam, Selangor : Karisma Publications Sdn. Bhd.
Rustam A. Sani. 2011. Asal Usul Sosial Golongan Kiri Melayu : Satu Analisis Berkenaan
Kesatuan Melayu Muda. Selangor : Strategic Information & Research Development Centre.
Political Intelligence Journal, khasnya bahagian Pertubuhan-pertubuhan Melayu dan
Indonesia. (MSS/PIJ, 1947).

12

Anda mungkin juga menyukai