Anda di halaman 1dari 9

FAKTOR PERSAINGAN ANTARA KUASA BARAT (BURMA, VIETNAM, INDONESIA,

FILIPINA DAN BELANDA)

BURMA

1. BAHAN MENTAH
Di Myanmar, British ingin menguasai perdagangan kayu jati. Jika saingannya, Perancis

menguasai Myanmar terlebih dulu, hasrat British untuk menguasai kayu jati tidak tercapai.

Kayu jati digunakan untuk membina dan membaiki kapal.

Selain itu itu British juga ingin menggunakan Myanmar sebagai pangkalan kepentingan

perniagaannya dengan Negara China. Berdasarkan kepentingan inilah British menghantar

Kapten Michael Symes ke Myanmar untuk berunding dengan Raja Bodawpaya untuk

berunding tentang sempadan Arakan, mengadakan perjanjian perdagangan dengan Myanmar

dan meminta Myanmar menutup pelabuhan kepada saudagar Perancis. Myanmar hanya

bersetuju menerima seorang Residen British manakala syarat lain ditolak.

___________________________________________________________________________

Getah asli[1]

Kewujudan perusahaan baru di Eropah seperti perusahaan penjanaan kuasa elektrik

memerlukan getah asli yang banyak kerana getah paling sesuai digunakan untuk menyalut

dawai elektrik. Kemunculan perusahaan automobile dan ciptaan tayar angina getah telah

menambahkan lagi permintaan untuk getah.


2. HUBUNGAN DIPLOMATIK

Di Myanmar misalnya, Raja Mindon Minh telah berbaik-baik dengan Perancis dan Itali bagi

melindungi kepentingannya daripada ancaman British. Berikutan itu, beberapa utusan

diplomatik telah dihantar ke Itali, Perancis dan Amerika Syarikat.

British juga bimbang Perancis akan menguasai Myanmar Hulu. British semakin cemas

apabila pengganti Mindon Minh, Raja Thibaw meneruskan dasar Mindon Minh yang berbaik-

baik dengan kuasa Barat lain.

1. DESAKAN SAUDAGAR BRITISH

Saudagar-saudagar British telah mendesak kerajaan mereka supaya menguasai Myanmar

Hulu. Akibatnya Gabenor Jeneral British di India membuat keputusan menakluki Myanmar

Hulu.

___________________________________________________________________________

Terusan Suez

Terusan Suez telah dibina oleh pihak Perancis yang diketuai oleh juruteranya yang bernama

Ferdinand de Lesseps. Selepas dibuka pada tahun 1869, British sangat berminat untuk

menguasai terusan ini kerana sebilangan besar kapalnya menggunakan terusan ini untuk pergi

ke India, China dan Asia Tenggara yang kaya dengan bahan mentah. Peluang untuk

menguasai terusan ini terbuka apabila Gabenor Mesir, Khedif dan salah seorang pemegang

saham terusan ini hamper muflis. Khedif terpaksa menjual sahamnya sebanyak 45 peratus

dan kedua-dua pihak iaitu British dan Perancis mahu membeli saham tersebut. Disraeli,
Perdana Menteri Britain ketika itu meminjam modal daripada bank antarabangsa dan berjaya

membeli saham tersebut.

VIETNAM

1. BAHAN MENTAH

Perancis berhasrat menguasai perdagangan di China melalui Sungai Mekong dan Wilayah

Tongking di Vietnam. Disebabkan oleh kepentingan ekonomi dan bimbang Tongking akan

dikuasai oleh kuasa Barat lain seperti Itali, Jerman dan Amerika Syarikat, Perancis menakluk

Tongking pada tahun 1883.

2. FAKTOR AGAMA

Penduduk Vietnam banyak yang memeluk agama Kristian ekoran kegiatan mubaligh Kristian

Perancis. Kerajaan Vietnam menghalau keluar mubaligh Kristian dan menindas penduduk

Vietnam yang beragama Kristian. Pada masa pemerintahan Maharaja Gia Long, baginda

membenarkan agama Kristian, Buddha dan Confucius berkembang.


3. FAKTOR POLITIK

Di antara tahun 1851-1852, permusuhan antara Perancis dengan Vietnam semakin kritikal

sehingga Paderi Augustin Schoeffler dan Paderi Jean-Louis Bonnard dihukum bunuh.

Kerajaan Vietnam seterusnya mengeluarkan undang-undang melarang kemasukan mubaligh-

mubaligh Kristian dan memusnahkan gereja-gereja. Keadaan ini menyebabkan Raja Perancis,

Napoleon III berazam menakluk Vietnam. Akibatnya Tourane, Saigon dan kemudiannya

Vietnam Selatan jatuh ke tangan Perancis.

INDONESIA

Indonesia pula kaya dengan rempah-ratus terutamanya Acheh dan Maluku (terutamanya

Ternate dan Tidore). British mahu menguasai hasil barangan India kerana hasil barangan

India mendapat permintaan yang tinggi di negara-negara Barat.

Campur tangan Belanda di Indonesia amat jelas mengambarkan keinginan kuasa tersebut

bagi menguasai ekonomi yang terdapat dinegara tersebut. Indonesia yang sememangnya

terkenal sebagai kepulauan rempah telah menarik kuasa Eropah sejak dahulu lagi. Indonesia

diiktiraf sebagai negara kelima terkaya di dunia terutamanya dari segi sumber alamnya.

Indonesia juga kaya denagn sumber asli seperti timah, bauksit, arang batu, emas, perak,

berlian, serta sumber tanaman lain seperti tembakau, kayu-kayan dan rempah-ratus[11].

Kekayaan dari segi sumber rempah-ratus seperti di Acheh dan kepulauan Maluku, iaitu
Ternate dan Tidor mendorong Belanda untuk campur tangan dalam penmtadbiran Indonesia

bagi menguasai perdagangan tersebut.

1. FAKTOR EKONOMI

Keperluan untuk memperoleh barang dagangan seperti rempah-ratus dan teh telah mendorong

Belanda menjalankan dasar peluasan tanah jajahan di Timur. Perkembangan Revolusi Industri

di Eropah pada tahun 1800 terutama di Belanda menyebabkan keperluan terhadap bahan

mentah yang banyak, murah, dan berterusan bagi keperluan kilang mereka di Eropah.

Perkembangan industri juga mewujudkan persaingan antara negara-negara Eropah yang lain.

2. FAKTOR PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PERINDUSTRIAN


a) Bijih Timah. Merupakan eksport utama Indonesia terutama di Pulau Bangka, Pulau

Belitung, dan Palembang. Permintaan tinggi terhadap bijih timah di Eropah didorong

oleh perkembangan industri mengetin. Disebabkan pengeluaran bijih timah di Eropah

yang tidak dapat memenuhi permintaan, keadaan ini telah memaksa mereka beralih ke

Asia Tenggara yang kaya dengan bijih timah.


b) Petroleum. Penciptaan kereta bermotor, mesin berjentera, dan kapal terbang yang

memerlukan petroleum sebagai bahan api telah menyebabkan permintaan terhadap

petroleum melambung tinggi. Indonesia menjadi pilihan Belanda kerana, Kaya

dengan pelbagai jenis galian seperti bijih timah, bijih besi, emas, dan petroleum, Iklim

yang sesuai dan tanah yang subur sesuai untuk pelbagai tanaman komersial seperti
getah, kelapa sawit, padi, dan tebu dan Kaya dengan pelbagai hasil hutan seperti

rotan, kayu jati, dan damar.

3. FAKTOR POLITIK

Dasar peluasan kuasa dijalankan oleh kuasa-kuasa Barat untuk menjamin keselamatan

nasional dan kekuatan ketenteraan bagi melindungi kepentingan tanah jajahan mereka.

Belanda memperluaskan kuasanya di Indonesia kerana bimbang pengaruh British di Tanah

Melayu akan mengancam kepentingannya.

4. KEMAJUAN DALAM SISTEM PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN

Hal ini telah meningkatkan minat kuasa Barat untuk menjalankan dasar peluasan kuasa ke

atas negeri lain.Kemajuan dalm perhubungan laut berlaku setelah terciptanya kapal berkuasa

wap. Penciptaan sistem pengangkutan ini telah mendorong dan mempercepatkan dasar

peluasan kuasa Barat di Asia Tenggara.

FILIPINA

1. FAKTOREKONOMI

Filipina mampu menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari China, Jepun, Siam, Kemboja dan

pulau-pulau rempah. Filipina mampu menjadi tempat pengkumpulan barangan dagangan.

Segala Hasil sutera dan rempah-ratus kepualaun Melayu dan China akan di kumpulkan

terlebih dahulu sebelum dikirimkan ke Acapulco. Kemampuan Filipina ini juga turut menari

minat Amerika menjalankan perdagangan dengan Sepanyol. Filipina merupakan gerbang

perdagangan dengan Amerika-Sepanyo, dan dengan saluran inilah wang pesos Amerika

mengalir masuk ke Asia Tenggara.


Selain itu, wujud persaingan hebat diantara kuasa-kuasa besar Eropah untuk mengawal

perdagangan rempah ratus gugusan kepulauan Melayu. Sehinggakan penjajah barat yang lain

turut berminat untuk menjajah Filipina. Hal ini dapat dibuktikan melalui kesedaran Belanda

terhadap kepentingan Filipina sebagai entrepot perdagangan Timur Jauh yang akan

memberikan peluang yang menguntungkan. Sehinggakan terdapat percubaan Belanda untuk

merampas Filipina daripada Sepanyol. Kedua-dua faktor ekonomi ini mendorong Sepanyol

untuk menjajah Filipina sehinggalah akhir abad ke-19.

2. FAKTOR POLITIK

Melalui Politik pula, Sepanyol menjajah Filipina adalah disebabkan untuk mendapat

kemegahan politik. Dengan menjajah Filipina negara sepanyol muncul sebagai suatu empayar

yang amat kuat sempadannya yang meluas sampai ke asia. Melalui penjajahan keatas

Filipina, Sepanyol juga ingin melebarkan pengaruh Politiknya. Kerana, Orang Sepanyol

menggunakan Filipina sebagai pengkalan untuk menyerang pulau-pulau Rempah. Selain

daripada keinginan kemegahan politik, masalah politik tempatan turut mempengaruhi proses

penjajahan sepanyol di Filipina. Pemerasan keatas orang Filipina yang dilakukan oleh para

pembesar-pembasar mereka sendiri dan Rasuah dalam kalangan pemerintah tempatan dan

penindasan telah menyebabkan Sepanyol untuk menjajah Filipina.

3. FAKTOR SOSIAL

Tujuan penjajahan Sepanyol di Filipina adalah untuk menyebarkan agama kristian dan

menyebarkan kebudayaan Sepanyol. Penyebaran agama kristian ini dilakukan berdasarkan

penalukan yang dilakuakan oleh sepanyol. Mubaligh-mubaligh kristian telah diberi kuasa

oleh kerajaan Sepanyol di Filipina untuk membantu pentadbiran di Filipina. Keadaan ini

menyebabkan pengkristianan mudah dilakukan di Filipina. Manakala penyebaran kebudayaan


pula dilakukan melalui perantaraan bahasa Sepanyol. Terdapat banyak sekolah yang di buka

oleh Sepanyol untuk menerapkan pendidikan kepada rakyat Filipina

Dalam sistem pendidikan inilah yang digunakan oleh Penjajah Sapanyol untuk menyebarkan

kebudayaan Sepanyol. Terdapat 2150 buah sekolah telah dibuka oleh sepanyol. Melalui

pembukaan sekolah-sekolah inilah maka Sepanyol mampu meneruskan lagi proses

penjajahannya keatas Filipina sehinggalah abad ke-19. Kedua-dua faktor ini saling berkaitan

di dalam penjajahan Sepanyol keatas Filipina kerana agama kristian menjadi seluran untuk

kebudayaan sepanyol berkembang di filipina.

D.G.E. Hall 1981. Sejarah Asia Tenggara. Hulu Kelang Selangor: Dewan Bahasa Dan

Pustaka.

Joginder Singh Jessy 1971. Sejarah Asia Tenggara 1500-1945. Kuala Lumpur: Longman

Malaysia Sdn Bhd.

Maruwiah Ahmat 2006. Penjajahan Portugis Dan Sepanyol Ke Atas Asia Tenggara. Shah
Alam: Karisma Publications.

Wan Abdul Rahman Latif, Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa Dan Pustaka, 2001. hlm.298

Ariffin Omar. 1999. Revolusi Indonesia dan Bangsa Melayu : Runtuhnya Kerajaan Melayu

Sumatera Timur pada tahun 1946, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

Anda mungkin juga menyukai