Anda di halaman 1dari 4

BIOGRAFI MAHARAJA MEIJI

Maharaja Meiji (

Meiji- (3 November 185230 July 1912) ialah MaharajaJepun yang ke-122 mengikut susunan
pewarisan takhta tradisional, memerintah sejak 3Februari 1867 sehinggalah hari kemangkatan
baginda.Nama diri baginda adalahMutsuhito (

).Maharaja Meiji dilahirkan oleh salah seorang gundik diraja iaituNakayama Yoshiko bersama
Maharaja Komei. Semasa keputraab baginda pada 1852,Jepun sebuah negara yang terpencil,
belum berindustri dan mengamalkan sistemfeudal yang didominasi oleh Syogun Tokugawa dan
daimyo (tuan tanah) yangmemerintah lebih 250 kawasan terpencar di negara.Pada 11 November
1860 baginda secara rasminya telah disytiharkan sebagai PuteraRaja dan dikurniakan nama diri
Mutsuhito. Pada 2 September 1867, Baginda telahmengahwini Masako (kemudiannya Haruko).
Selepas kemangkatan bagindabermulanya satu tradisi baru iaitu memberikan zaman pemerintahan
mendiangmaharaja kepada baginda setelah mangkat.Oleh sebab pemerintah ketika zaman
Meiji(Pemerintahan Kesedaran), baginda kini dikenali sebagai Maharaja Meiji.Maharaja Meiji adalah
simbol kepimpinan dalam era Pemulihan Meiji di manapemerintahan Syogun Tokugawa digulingkan
oleh tentera diraja ketika PeperanganBoshin.Pengenalan kepada sistem baru dalam Kerajaan Meiji
telah menghapuskansistem feudal dan mengisytiharkan sistem pemerintahan demokratik untuk
kerajaanJepun.Walaupun Parlimen telah dibentuk, namun ianya tidak mempunyai kuasa begitu juga
dengan Maharaja Meiji.Kuasa telah diberikan oleh Tokugawa kepada tangandaimyo yang mana
telah membawa kepada Pemulihan.Jepun sebenarnya dikawal olehGenro, pemerintah oligarki yang
mana mempunyai tentera, kuasa politik dan kuasaekonomi yang kukuh. Maharaja Meiji menunjukkan
kekuasaan politiknya yang lebihlama berbanding dengan pemerintah sebelumnya kerana dia adalah
monarki Jepun

yang pertama yang masih di atas takhta selepas 50 tahun semenjak pelepasan takhtaoleh Maharaja
Ogimachi pada tahun 1586.Zaman Pemulihan Jepun adalah satu kebanggaan
kepada negara Jepun keranamembawa pemodenan di Jepun dan menjadi kuasa yang menonjol di
Asia Pasifik.Meskipun kadang-kadang dipanggil Mutsuhito atau Maharaja Mutsuhito di luar
Jepun,maharaja-maharaja Jepun hanya digelar dengan nama posthumus mereka di
Jepun.Penggunaan nama diri maharaja itu boleh dianggap kurang sopan. Selepaskemangkatan
baginda, Jepun telah mengalami perubahan dari segi politik, sosial danindustri dan kemudiannya
menjadi salah satu kuasa besar di peringkat antarabangsa







SUMBANGAN DAN PERANAN MAHARAJA MEIJI
Maharaja Meiji merupakan pemerintah Jepun selepas kejatuhan era kesyogunandan Tokugawa.
Pemerintahan Jepun diambil alih oleh Maharaja meiji bermula padatahun 1868 dan berakhir pada
tahun 1912. Di bawah pemerintahn Maharaja Meiji,Jepun telah mengalami perubahan atau evolusi
yang besar dalam sejarah negara itusendiri.Banyak perubahan-perubahan yang telah dilaksanakan
oleh beliau sebagaiketua masyarakat Jepun, antara langkah yang paling signifikan ialah
denganmemindahkan ibu negara Jepun pada masa itu, Kyoto ke Edo.Kemudiannya, padatahun
1868, Edo telah ditukarkan kepada Tokyo.
PENGHAPUSAN SISTEM FEUDAL
Seterusnya era pemerintahan Meiji juga menyaksikan pengahapusan sistemfeudal lama yang
dipraktikkan dalam sistem pemerintahan Jepun sebelumnya. OligarkiMeiji telah mempengaruhi
golongan- golongan daimyo ataupun tuan tanah supayamenyerahkan tanah secara sukarela kepada
maharaja yang mana membawa kepadapenghapusan semua tanah feudal pada 29 Ogos 1871.
Sistem hierarki sosial yangdiaamalkan dahulu juga dihapuskan, dan golongan samurai juga telah
kehilangan hakistimewa dan hak mereka menggunakan pedang di tempat-tempat
awam.PadaSeptember 1871 samurai secara rasminya diharamkan menggunakan pedang dan
jugahilang status sebagai pahlawan.
PEMODENAN SISTEM ANGKATAN TENTERA DAN LAUT
Selain melaksanakan evolusi dalam sistem pemerintahan Jepun, beliau jugatelah memodenkan
angkatan tentera darat dan juga tentera laut. Sesuai dengan doktrinsebuah negara kaya dan tentera
yang kuat, bercontohkan negara dari barat, kerajaanJepun yang dipimpin oleh Meiji telah
memperkenalkan sistem ketenteraan moden yangterdiri dari rakyat biasa( helmin ) yang mana
berusia 20 tahun ke atas, dan sistem initelah diperkenalkan pada Disember 1872. Sebagai menteri
pertahanan danpeperangan , Yamagato Aritomo telah menyusun dan memperkemas
semulapentadbiran tentera Jepun ala angkatan tentera Jerman yang mana askar-askar
Jepundiwajibkan berkhidmat dalam angkatan tetap atau simpanan selama 12 tahun ( 3 tahundalam
angkatan tetap dan 9 tahun dalam angkatan simpanan ). Dengan cara ini,bilangan askar akan dapat
ditingkatkan, seiring dengan penggunaan alat peperanganyang canggih dan berteknologi tinggi. Cara
latihan peperangan juga dibaikpulih denganmembawa masuk pegawai tentera asing bagi melatih dan
memperbaiki teknikpeperangan kepada tentera moden Jepun dibawah pemerintahan Meiji. Pada
tahun1872, kementerian angkatan laut telah ditubuhkan, berikutan itu jepun telah mempunyai17 buak
kapal tentera laut yang beratnya 14000 tan dan seterusnya pada tahun 1876 3buah lagi kapal laut
besar telah dibeli dari Britain. Melalui pembelian kapal laut itu juga,kerajaan Jepun telah mengambil
pegawai tentera laut British untuk berkhidmat sebgai jurulatih dan arkitek Angkatan Tentera Laut
Jepun, dan menjelang tahun 1894, kerajaanJepun yang dibawah pemerintah Meiji telahpun
mempunyai 28 kapal perang modendengan beratnya 57 000 tan.
KOMUNIKASI
Di bawah pemerintahan Meiji juga telah berlaku pemodenan sistem komunikasiyang mana telah
mempengaruhi kecekapan tentera, pemusatan pentadbiran dan jugapembangunan ekonomi negara.
Pada tahun 1872, Tokyo dan Yokohama telahpundihubungkan oelh landasan kereta api, seterusnya,
tahun 1874, Kobe dan Osaka pulatelah telah mempunyai landasan kereta api, dan pada tahun 1877 ,
Kobe, Osaka, danKyoto telah dihubungkan dan akhirnya menjelang 1881, kerajaan Jepun
mempunyai26 landasan kereta api. Seiring dengan perkembangan kominikasi darat,
kemajuankominikasi melalui telegraf juga semakin berkembang dan pesat dan pada tahun
1880,hampir kesemua bandar utama di Jepun dihubungkan oleh ibu sawat telegraf. Jumlahberita
kawat yang dihantar bertambah dari 19 448 pada tahun 1871 kepada 1.27 jutadalam tahun 1878 dan
mencapai angka 2.7 juta pada tahun 1884.
PENDIDIKAN DAN PELAJARAN

Aspek pendidikan juga tidak dilupakan dalam melaksanakan evolusi dalammemperbaharui negara
Jepun dan Maharaja Meiji sendiri sedar pendidikan merupakanasas terpenting dalam usaha untuk
menjadi sebuah kuasa ekonomi dan militari yangmoden dan sistematik. Beliau juga berpendapat
bahawa pendidkan merupakan asasyang paling penting sekali dalam usaha untuk membina sebuah
negara yang kukuh,dan berlandaskan pandangan beliau, pelbagai usaha yang dilaksanakan
bagimemastikan aspek pendidikan tidak diabaikan dikalangan rakyat Jepun. Beratus-ratuspenuntut
Jepun telah dihantar ke luar negeri bagi mempelajari sains, pentadbiran, dan juga teknik perindustrian
barat, manakla pakar-pakar, golongan professional,serta pakar teknologi barat telah digaji oleh
kerajaan Jepun untuk mengajar berbagai kemahirankepada rakyat-rakyat Jepun . pada tahun 1871,
kementerian Pelajaran Jepun telahditubuhkan dan pada tahun 1872 pula, Jepun telah dibahagikan
kepada 8 kawasanpelajaran dimana setiap kawasan akan mempunyai sebuah universiti, 32 buah
sekolahmenengah dan 210 buah sekolah rendah. Di jepun, kanak-kanak yang berusia 6 tahunke
atas akan menerima pelajaran wajib selama 16 bulan dan menjelang tahun 1880terdapat hampir 28
000 buah sekolah rendah dengan jemlah murid yang hampir 2 juta.Seterusnya, pada tahun 1886
Menteri Pelajaran Jepun Jepun pada masa itu, Mori Arinori memperkenalkan satu sistem iaitu, -
pelajaran sekolah rendah diwajibkanselama 8 tahun dan sekolah menengah pula menawarkan
kursus selama 4 tahun.Sekolah-sekolah tinggi- sekolah teknikal peringkat tinggi ditubuhkan meliputi
bidangperubatan ,sains ketenteraan, pelayaran, pertanian, perdagangan , perikanan dan lain-lain.
Pusat tertinggi sistem pendidikan Jepun ialah Universiti Di raja Tokyo yangditubuhkan pada tahun
1886 dan seterusnya beberapa buah lagi universiti Di Raja telahditubuhkan di Sapporo, Kyoto, dan
juga Fukuoka. Seluruh sistem pelajaran pelajarantertakluk kepada keperluan negara yang mana
menuntut rakyat menjadi warganegarayang terlatih dan penuh dengan ilmu pengetahuan serta
berdisiplin, dan pada tahun1890 perintah Diraja mengenai pendidikan telah dikeluarkan yang
menyatakanmengenai kepatuhan dan penghormatan kepada maharaja harus diterapkan di
dalamkurikulum sekolah dan institut pengajian tinggi di Jepun.
UNDANG-UNDANG

Dalam sistem perundangan pula, sistem perundangan yang moden telahdibentuk bagi mengakaji
semula perjanjian yang dianggap tidak adil antara Jepundengan kuasa barat yang ditandatangani
antara tahun 1850-1860-an.GustaveRoissonade de Fontorabe dilantik sebagai penasihat
Kementerian Keadilan Jpeun padatahun 1873 dan beliau ditugaskan untuk menggubal undang-
undang jenayah modenyang dikuatkuasakan pada tahun 1882. Manakala, undang-undang sivil
danperdagangan yang telah digubal, telahpun diluluskan pada tahun 1888-1889. Dandengan
memodenkan sistem perundangan, Maharaja Meiji telah pun berjayamengatasi masalah-masalah
yang timbul berikutan perjanjian berat sebelah denagnnegara-negara barat.
KASUSASTERAAN
Seterusnya, pada waktu pemerintahan Meiji, minat dalam bidang kesusasteraanbarat telah
berkembang terutamanya dalam penterjemahan hasil karya tokoh baratyang terkenal seperti Homer,
manakala Shakespeare dan Voltair telah mendapatsambutan yang baik, khususnya dari golongan-
golongan elit dan penterjemah yangterkenal pada zaman itu ialah Oda Junichiro. Beliau telah
mendapat didikan di UniversitiEdinburgh, berikut ialah hasil karya yang diterjemahkan oleh beliau ;1)
Ernest Maltravers2) The Bride of Cammermoor 3) Romeo and Juliet4) The Last Day of
PompeiTerdapat juga karya-karya lain seperti
Round The World in Eighty Days
dan
A Journey to the Moon
secara tidak langsung telahpun merangsang minat masyarakat dan secaratidak langsung
memudahkan rakyat menerima segala idea, pengetahuan, sains,pemikiran, pelajaran serta
kebudayaan, hasil dari negara barat. Selain itu, terdapat jugaperubahan citarasa dalam bidang
kebudayaan seperti muzik, seni tari, lakonan san jugaseni lukis serta drama-drama, dan kumpulan
yang bertanggungjwab memulihakan danmemperbaharui seni-seni warisan tradisional ialah
kumpulan
Okakura Tenshin
dan juga
Shimomura Kanzon
. Dalam pada masa yang sama, muzik gaya Barat juga bertambah

Anda mungkin juga menyukai