Anda di halaman 1dari 20

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

SOALAN : BINCANGKAN PERBEZAAN TOKOH TAMADUN CHINA KUNG FU-TZE DENGAN TOKOH TAMADUN JEPUN MAHARAJA MEIJI DALAM MENJANA TAMADUN MASING-MASING.

PEMBENTANG : LOW WENG SHENG LEE MING CHUNG AHMAD AFENDI

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji


KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

pentadbiran: Penekanan ajaran Confucius kepada persoalan moraliti menyediakan asas yang kukuh bagi perjalanan hal ehwal kerajaan dan dalam pembentukan masyarakat China yang teratur. Ia muncul sebagai satu falsafah politik yang diterima oleh mereka yang menganut agama Buddha dan Taoisme.

Pentadbiran : 1868, Maharaja Meiji memperkenalkan perlembagaan yang mengandungi sistem demokrasi, penghapusan feudalisme dan menerapkan tamadun barat dalam masyarakat dan Negara Jepun. 1872 dan 1873, memperkenalkan sistem Kementerian berasaskan sistem Barat dan juga sistem Kabinet berasaskan sistem kerajaan Prusia pada 1885. Maharaja Meiji juga memperkenalkan Sistem Pemerintahan Monarki Berperlembagaan Parlimen (DIET)

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji


KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

i. Dari segi politik, ahli-ahli falsafah China seperti Confucius sebenarnya tidak berminat dalam mengasaskan masyarakat yang sama rata atau individu yang bebas. Jika Humanisme Renaisance berusaha untuk membebaskan individu daripada sistem feudalisme tetapi ahli falsafah Confucius pula berusaha untuk memperkukuhkan semula feudalism dan autotarian.
ii. Dari segi politik, Confucius menggalakkan pemusatan kuasa dan pembahagian kuasa yang adil dan saksama.

Majlis Raja ditubuhkan pada 1885 untuk memberi nasihat kepada Maharaja dalam urusan pentadbiran. Pilihanraya pertama di Jepun telah dilaksanakan pada tahun 1890

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji


KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

iii. Untuk menghasilkan satu kerajaan yang aman dan makmur, pemerintah mesti menunjukkan budi pekerti yang baik supaya dapat dicontohi oleh rakyat. Tambahan pula kedudukan raja adalah disifatkan seolah-olah sebagai utusan dari dari langit dan bumi. Istana pula tempat tersimpannya kuasa-kuasa ghaib. Sekiranya raja dapat mengikuti arahan ini, maka amanlah dunia ini.

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji


KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

iv. Menurut Confucius, negeri yang unggul ialah negeri yang dipimpin secara tegas, tetapi tidak kejam. Pegawai- pegawai kerajaan harus bekerjasama dengan rakyat untuk menjamin kemakmuran. Konsep ini dikenali sebagai Jen dan Yi yang bermaksud kemanusiaan dan kewajipan.
v. Hubungan raja dengan pegawai iaitu raja mesti bersifat perikemanusiaan dan pegawai harus taat.

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji


KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

Pendidikan : Penulisanpenulisan utama Confucius ditulis sebelum abad ke-2 S.M. apabila Confucius diisytiharkan sebagai ahli falsafah negara. Karya-karya yang mengandungi ajaran Confucius dikenali sebagai Ching atau Klasik. Klasik bermaksud hasil karya yang terbaik dan suci. Selain itu, terdapat juga karya-karya yang disusun oleh pengikutnya, iaitu Lu Yu atau Analekta.

Sistem Pendidikan : Menghantar rakyat Jepun untuk mengkaji sistem pendidikan Barat dan luar negeri Sekolah rendah dan menengah telah diperkenalkan di Jepun dengan berasaskan sistem pendidikan Barat Kanak-kanak berusia enam tahun diwajibkan bersekolah Sistem pelajaran Barat juga diperkenalkan termasuk matematik dan sains Sistem pendidikan vokasional berasaskan kepada orientasi Jepun diperkenalkan

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji


KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

Lima klasik utama yang dihasilkan oleh Confucius ialah: Book of Odes atau Shih Ching: Ia mengandungi 3000 sajak, 305 sajak adalah lagu Iagu rakyat dan selebihnya sajak-sajak politik serta nyanyian ritual yang diselitkan unsur-unsur moral. Book of History pula mengandungi dokumen - dokumen sejarah dan separa sejarah yang bermula dari zaman awal Dinasti Chou.

Universiti diperkenalkan dengan berasaskan kepada model Barat pada tahun 1877 Sistem pendidikan di Jepun bertujuan melahirkan masyarakat berpendidikan mahir, celik huruf dan mempunyai semangat cintakan tanahair 1906, sekitar 95% pendunduk Jepun memiliki asas sekurang-kurangnya bersekolah rendah.

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji


KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

Book of Changes atau Yi Ching adalah karya klasik yang berkaitan dengan kuasa luar biasa. Book of Rites pula dianggap sebagai teks asas Confucius. Spring and Autumn Annals adalah mengenai sejarah negeri Lu

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji


KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

Sistem perhubungan 1872, jalan kereta api pertama yang menghubungkan Tokyo dengan pelabuhan Yokohama diperkenalkan 1877, pembinaan rangkaian jalan kereta api telah diusahakan oleh syarikat swasta Akhir abad ke 19, Jepun memiliki sekitar 3417 km sistem rangkaian jalan kereta api Sistem telegraf dan pos diwujudkan

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji


KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

Hubungan individu dengan sosial: Doktrin Confucius berpusat kepada kehidupan yang teratur dan penyusunan masyarakat yang baik. Confucius berpendapat bahawa kepincangan dalam masyarakat disebabkan oleh keadaan moral yang rendah. Confucius juga berpegang kepada konsep Ten atau syurga dan ajaran ajarannya menyentuh sejarah dan kebudayaan masyarakat silam, kekeluargaan dan kehidupan sosial.

Sistem Sosial Sistem feudal dihapuskan dan tanah milik golongan feudal dijadikan hak milik negara Golongan Samurai yang mendapat kedudukan dalam masyarkat telah melibatkan diri dalam perusahaan dan perniagaan sehingga mewujudkan kapitalis dalam sistem ekonomi

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji


KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

Oleh kerana manusia tidak dapat hidup berseorangan atau terasing daripada masyarakat maka diajar cara-cara bagaimana mereka harus bertindak alam masyarakat. Beliau menggalakkan masyarakat mengadakan upacara adat istiadat (Li). Beliau juga mementingkan muzik kerana pada pandangnya seni muzik dapat mengajar atau mendorong seorang itu hidup berbaik antara satu sama lain.

Penubuhan Kementerian Perusahaan pada tahun 1870 dan perusahaan tempatan dan kecil dikembangkan dengan galakan bantuan teknikal, pemberian pinjaman dengan kadar faedah rendah dan bantuan subsidi. Perkembangan perusahaan melalui pembinaan kilang alat marin (1871), kilang kaca (1876), kilang simen (1875) kilang pembuatan senjata dan peluru di Osaka dan Tokyo (1883) serta kilang pembinaan kapal di Hyogo

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji


KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

Sistem Pertanian Diperkenalkan dengan penambahan bilangan tanah untuk pertanian Penyelidikan dan penggunaan jentera berat serta penggunaan baja dagangan Kemudahan pinjaman luar bandar untuk petani Petani digalakkan mempunyai tanah dan cukai tanah telah diperkenalkan pada tahun 1873 Cukai yang dikenakan adalah sekitar 20%- 30% daripada hasil tanaman

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji


KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

Sektor perikanan juga dimajukan Menggalakkan penyelidikan secara sainstifik dengan mendirikan kilang memproses hasil laut Hak penangkapan ikan juga telah dikembangkan sehingga ke perairan pinggir pantai laut Siberia

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji


KUNG FU-TZE Pembentukan Moral : Ajaran Confucius bukan agama tetapi merupakan falsafah hidup. Confucius ialah satu tatasusila yang akan membawa keamanan dan peraturan di negara China. Manusia mesti hidup dengan suci kerana jika setiap orang itu baik dan jujur, negara akan menjadi aman dan maju. Oleh sebab itu Confucius menasihati pembesarpembesar feudal menamatkan peperangan antara satu sama lain. Confucius berpendapat jika semua orang berkelakuan baik dan mengikut peraturan maka keadaan negara akan aman. MAHARAJA MEIJI

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji


KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

Sumbangan dalam perundangan: Mereka yang tidak mematuhi peraturan hidup seperti yang dikehendaki oleh masyarakat akan dihukum melalui kaedah perundangan dan sosial. Satu perkara yang ironik ialah di sebalik kepercayaan bersifat humanistik ahli-ahli falsafah tidak menghiraukan hukuman yang ternyata tidak berperikemanusiaan. Contoh hukuman yang kejam seperti menyelar memotong kaki dan mengembiri.

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji


KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

hubungan manusia dan alam : Ajaran Confucius adalah mengenai keperluan menjaga keharmonian manusia dengan alam dan masyarakat. Manusia mesti mengikut _ perubahan alam. Keharmonian masyarakat ialah peraturan yang harus diikuti oleh setiap rakyat dan juga pemerintah dalam mewujudkan satu keadaan yang sesuai bagi kehidupan.

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji


KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

hubungan individu dan keluarga : Bagi masyarakat China kebajikan kolektif satu-satu kumpulan adalah lebih penting daripada seorang individu. Bagi mereka manusia adalah makhluk yang bersosialisasi. Hubungannya dengan orang lain adalah lebih penting daripada dirinya sendiri. Aspek yang ditekankan dalam hubungan kekeluargaan ini ialah: Hubungan bapa dengan anak iaitu bapa harus berhati baik dan anak harus berkewajipan terhadap orang tua.

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji


KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

Hubungan suami isteri di mana suami harus jujur terhadap isteri dan isteri harus tunduk dan dengar serta patuh. Hubungan saudara tua dengan saudara muda iaitu yang tua harus bermurah hati dan membantu dan yang muda harus tunduk dan hormat.

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji


KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

Sumbangan dalam keagamaan Confucius menekankan bahawa untuk mencapai keharmonian, sifat-sifat seperti saling menghormati, jujur dan amanah, berbudi pekerti baik, berhati mulia dan bertanggungjawab harus dipraktikkan dalam kehidupan. Seorang akan mencapai tahap budiman atau Chun Tze sekiranya ia menepati lima syarat, iaitu kejujuran, kebenaran, taat setia, mementingkan orang lain dan berperikemanusiaan.

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji


KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

Beliau menggalakkan pemujaan nenek moyang untuk menghidupkan semula kenangan terhadap nilai- nilai purba dan tradisi lampau. Di bawah pentadbiran ahli-ahli akademik Confucius, penyembahan imperial atau upacara pengorbanan imperial telah menjadi satu bentuk cult (state cult). Selepas kematiannya,. Confucianisme dianggap sebagai satu agama. Kuil-kuil Confucius dibina di tempat asal, di ibu kota dan di semua kawasan pentadbiran. Confucius mendapat gelaran sebagai Pemerintah Tertinggi kemudian sebagai raja dankeramat.

Anda mungkin juga menyukai