Anda di halaman 1dari 5

Peranan & Sumbangan Jamaat Islami

Suatu fenomena baru yang melanda dunia Islam pada tahun 1970-an dan fonemena tersebut

dipanggil sebagai kebangkitan semula Islam. Perkembangan Islam di Timur Tengah dan

komuniti Arab telah memainkan peranan yang signifikan dalam proses kebangkitan ini sehingga

sebilangan sarjana menamakan dekad tersebut sebagai dekad Arab.1 Ketika dunia Islam

menghadapi kekalahan dengan ancaman sekularisme yang menguasai kebanyakan negara-negara

İslam, maka pada awal abad ke-20 muncul gerakan İslah dalam perspektif baru. Gerakan ini

mula dikenali sebagai harakah İslam yang berusaha mengatasi kemelut tersebut dengan

menggabungkan antara ciri keaslian salaf dengan kemodenan Barat yang bermanfaat. Hal ini

dapat dilihat dengan kemunculan sebuah gerakan Islam di Pakistan yang mengambil pendekatan

politik dikenali sebagai Jamaat al-Islami pimpinan Abn A'la al-Maududi.

Jamaat al-Islami merupakan satu pergerakan politik Islam yang ditubuhkan oleh Sayyid

Abul Ala Maududi pada 24 Ogos 1941 sebagai sebuah parti politik di Pakistan. Tapi pada

hakikatnya ia sebuah jamaah akidah atau harakah Islamiah untuk menegakkan sistem hidup

Islam di muka bumi ini. Jamaat Islami merupakan gerakan fundamentalis di benua kecil India

yang menuntut Darul Falah Islam daripada kuasa British. Setelah Pakistan merdeka, Jamaat

menuntut masyarakat kembali kepada sumber al Quran dan hadis. Pada awalnya, rancangan

untuk menubuhkan sebuah jemaah Islam di Pakistan yang baru disampaikan di dalam Tarjuman

Al-Quran iaitu sebuah risalah rasmi di Pakistan. Rencana ini mendapat sokongan daripada ramai

1
Galal El-Rashidi, The Arabs and the World of the Seventies, New Delhi: Bombay; Bangalore; Culcutta; Kapur: Vikas
Publishing House Prt, Ltd., 1977, hlm. viii
aktivits Muslim dan golongan ulama muda Pakistan. Antara ulama muda yang menyokonga

terhadap usaha tersebut adalah Maulana Sayyid Hassan Ali An-Nadwi dan Muhammad Manzur

Numani. Penubuhan Jamaat Islami antara lain adalah untuk bersaing dengan Liga Muslim yang

sudah sedia ada dalam memimpin gerakan Islam di Pakistan khususnya selepas berlakunya

Resolusi Lahore 1940 yang memberikan tugas kepada Liga Muslim untuk mewujudkan sebuah

negara Muslim di Pakistan.2

Banyak gagasan yang diutarakan oleh pegasas Jamaat iaitu Maulana Al-Maududi.

Baginya, kedaulatan manusia (rakyat) tidak ada, yang ada hanya kedaulatan Allah. Dialah yang

mesti ditaati secara tunggal dan mutlak dalam segala bentuk hukuman, undang-undang dan

peraturan-peraturan. Ini bertentangan dengan nilai-nilai demokrasi yang dibawa, dicanang dan

dipaksakan oleh barat. Ia juga bertentangan dengan pemerintahan yang didominasi oleh kaum

'ulama'. Teori politiknya ini mendapat dokongan kuat dari Sayid Qutb tetapi mendapat tentangan

hebat dari kerajaan dan ulama kontemporari ketika itu. Beliau tidak pernah jemu mengkritik

kerajaan Pakistan yang tidak menjalankan peraturan dan kaedah-kaedah hidup Islam secara

menyeluruh. Hal ini menyebabkan beliau meringkuk dalam penjara beberapa kali. Jamaat Islami

berusaha mempertahankan Islam dalam masyarakat dan politik di Pakistan. Antara sumbangan

yang berjaya diperjuangkan oleh Jamaat termasuklah tuntutan perlembangaan Islam, Isu

Kashmir, Penentangan terhadap Qadiani dan dakwah Islamiyyah.

Jamaat Islami menjadi orang tengah dalam merapatkan hubungan antara ulama dengan

kumpulan Islam yang lain menuntut perlembagaan Islam dilaksanakan di Pakistan. 3 Gagasan dan

2
Sayyid Wali Reza Nashr, The Vanguard of Islamic Revolution: The Jamaat Islami of Pakistan, Berkeley: University
of California Press, 1994, hlm. 84
3
Leonard Bunder, Religion and Politics in Pakistan, University of California Press, Berkeley, 1961, hlm. 14
kesungguuhan Jamaat dalam menuntut perlembagaan Islam mewarnai perdebatan antara

pemerintah dengan Jamaat dari tahun 1947 hingga 1956. Misalnya tuntutan Maududi mengenai

perlembagaan Islam tergambar dalam Resolusi Objektif 1949 yang menunjukkan tujuan

pemerintah berkenaan dengan perlembagaan. Jamaat mekarang orang Pakistan menyatakan taat

setia kepada negara kecuali pemerintah menjalankan perlembagaan Islam dalam

pemerintahannya.4 Kejayaan Jamaat dalam tuntutan tersebut membawa kepada konfrantasi

terbuka antara Jamaat dengan pemerintah Pakistan.

Selain itu, Jamaat juga memainkan peranan dalam isu Kashmir apabila masuk campur

penghantaran tentera Pakistan ke Kashmir. Pada tahun 1948, dalam tempoh gencatan senjatan

antara Pakistan dengan India, kerajaan Pakistan mencabuli gencatan senjata tersebut dengan

menghantar tentera ke Kashmir. Pihak pemerintah menyatakan bahawa tindakan tersebut adalah

dianggap sebagai jihad. Namun pendirian Jamaat melalui Maududi tegas menyatakan bawa

tindakan tersebut tidak boleh dikatakan jihad kerana menurut beliau jihad tidak boleh dilakukan

secara sembunyi apatah lagi dalam tempoh gencatan senjata. 5 Islam tidak membenarkan

perlanggaran terhadap perjanjian yang telah disepakati oleh dua pihak. Oleh itu, pemerintah

Pakistan menuduh bahawa Jamaat bersifat subvertuf pro-India dan anti Pakistan sehingga

penangkapan terhadap pemimpin-pemimpin Jamaat. Tindakan Jamaat dalam isu kashmir berjaya

menaikkan keyakinan rakyat Pakistan terhadap perjuangan Jamaat dalam menegakkan

perundangan Islam di Pakistan.

4
Mustafa Haji Daud, Beberapa Aspek Pemikiran Al-Maududi, hlm. 120.
5
Sayyid Vali Reza Nasr, Maududi dan Jamaat Islami: Asal Usul, Teori dan Praktik, hlm. 108
Seterusmya, sumbangan Jamaat juga boleh dilihat melalui campur tangan dalam isu

menangani kelompok Qadiani di Pakistan. Pada tahun 1953, belaku penentangan daripada

golongan ulama terhadap kerajaan berkaitan dengan isu Qadiani. Kemuncaknya adalah apabila

tercetusnya pemberontakan rakyat yang menyokong anti-Qadiani di Punjab pada tahun 1953

hingga 1954. Seramai 33 ulama yang mewakili pelbagai persatuan dan kumpulan Islam

termasuklah Jamaat Islami berkumpul di Karachi untuk menuntut agar pimpinan beraliran

Qadiani seperti Zafarullah Khan dan Menlu Ahmadi dipecar dari jawatan dalam kerajaan dan

mereka diisytiharkan sebagai golongan yang tidak termasuk dalam Islam. 6 Jamaat melalui

pemimpin utamanya iaitu Maududi menulis sebuah buku yang bertajuk Qadiyani Mas’alah yang

menuntut supaya golongan Qadiani diisytiharkan sebagai golongan minoriti yang tidak termasuk

dalam golongan Islam. Buku tersebut secara jelas menyatakan pelbagai bukti untuk menyokong

tuntutan tersebut.

Lain daripada itu, Jamaat Islami sebagai sebuah gerakan dakwah juga memainkan

peranan penting dalam menyumbangkan kejayaan dakwah Islamiyyah di Pakistan. Jamaat yang

ditubuhkan bukan sebagai sebuah parti politik semata-mata, namun sebagai sebuah gerakan

dakwah yang mempunyai matlamat untuk menegakkan sistem Islam seara menyeluruh dalam

semua aspek kehidupan serta mencari keredhaan Allah di bumi Pakistan.7 Pelbagai pendekatan

dakwah yang digunakan oleh Jamaat dalam menyebarluaskan dakwah Islam di seluruh pelusuk

Pakistan iaitu mabda al-ahamn fa al-ahamn, al-qudwah qabla al-kalimah, uslub al-fallah, uslub

tabib, dan uslub al-tasnif.8 Malah, Jamaat juga menyebarkan dakwah melalui penerbitan makalah

6
Abul A’la Al Maududi, The Qadiani Problem, Islamics Publications Ltd, Lahore, 1953, hlm. 1.
7
Mohd Mokhtar Shafi, Maududi dan Pemikirannya Dalam Dakwah Islam, Islamika No. 2, Sarjana Enterprise, Kuala
Lumpur, 1982, hlm. 53
8
Khalil Ahmad Hamidi, Al-Imam Abul A’la Al-Maududi, Hayatuhu, Dawatuhu & Jihaduhu, Lahore, 1980, hlm. 52.
dan risalah yang diterbitkan melalui badan di bawah Jamaat seperti Islamic Publications Lahore

dan Islamic Research Academy.9

Secara ringkasnya, penubuhan Jamaat Islami pada tahun 1941 bukan sahaja bertindak

sebagai sebuah parti politik yang mengetengahkan perjuangan Islam dalam pemerintahan

Pakistan malah menuntut supaya Pakistan menjadi sebuah negara Islam yang menolak unsur

pemerintahan modernis-liberal. Malahan, Jamaat juga menjadi salah sebuah alternatif kepada

umat Islam di Pakistan dalam menuntut supaya perlembagaan Islam dilaksanakan berbanding

daripada perjuangan Liga Muslim yang sudah tidak efektif dan bersungguh lagi.

9
http://www.jamaat.org/overview/facts.html, hlm. 8.

Anda mungkin juga menyukai