Anda di halaman 1dari 4

DASAR PENDIDIKAN

Konflik yang dilakukan oleh masyarakat Moro merupakan konflik yang dikenali sebagai
‘konflik Mindanao’ yang mana ia merupakan konflik yang bersenjata. Terdapat
beberapa penentangan yang menyebabkan bangsa Moro bangkit menentang
pemerintah pusat. Penentangan bangsa Moro berlaku apabila mereka tidak puas hati
dengan dasar-dasar yang dilakukan oleh pemerintah yang bersifat mendiskriminasi
terhadap golongan minoriti yang mana akan mengamcam identiti dan budaya mereka
sendiri.1 Dengan itu, dalam esei ini, dapat dilihat secara terperinci mengenai dasar
sosial dalam aspek pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan Sepanyol di Filipina
terhadap masyarakat Moro yang mana telah memberi kesan kepada Moro itu sendiri.

Dasar pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan Sepanyol di Filipina tidak


memberi manfaat kepada bangsa Moro secara langsung kerana pendidikan yang diberi
lebih kepada penerapan kebudayaan sepanyol kepada masyarakat Filipina. Penerapan
budaya sepanyol menyebabkan identiti masyarakat Moro semakin hilang. Tambahan
pula, kerajaan Sepanyol memperkenalkan mata pelajaran bahasa Sepanyol, kemahiran
menulis serta membaca dalam bahasa Sepanyol. Di samping itu, mereka juga
mewajibkan masyarakat islam menghadiri sekolah-sekolah awam yang kebanyakannya
di bawah kendalian mubaligh. Oleh itu, Pembelajaran yang berterusan terhadap
kebudayaan dan bahasa Sepanyol akan mengancam kedudukan masyarakat Moro itu
sendiri.2 Melalui dasar pendidikan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sepanyol, sistem
tersebut tidak berterusan kerana masyarakat Moro telah menentang dasar pendidikan
tersebut kerana takut apabila mereka mereka menghantar anak-anak mereka ke
sekolah mubaligh, secara tidak langsung anak-anak mereka akan dikristiankan
manakala kebudayaan islam akan terhakis.

Sejak penguasaan kerajaan Sepanyol ke atas Filipina, penyelesaian politik yang


berlaku tidak memuaskan semua pihak. Malahan, bangsa Moro itu sendiri lebih memilih
untuk membina negara sendiri, tetapi pemerintah Filipina tidak memenuhi permintaan

1
Ajid Thohir, Perkembangan Peradaban di Kawasan Dunia Islam: Melacak Akar-Akar Sejarah, Sosial,
Politik, dan Budaya Umat Islam . Jakarta: Gafindo Persada, 2004, hlm 277

2 Cesar Adib Majul, Islam di Filipina, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm 20
tersebut. Dengan itu, pendidikan madrasah di Filipina telah dibuat oleh pemerintah
Filipina dengan membuat beberapa perjanjian dengan masyarakat Moro seperti
perjanjian Tripoli (1976), perjanjian Filipina dan Moro National Liberation Front MNLF
(1996) dan perjanjian yang terakhir yang dibuat adalah Perjanjian pemerintah Filipina
dengan Moro Islamic Liberation Front MILF (1912). Menurut pandangan sarjana
Saifullah SA , dasar pendidikan Madrasah ditubuhkan untuk menjaga kepentingan
umat islam. Dapat dilihat bahawa sistem pendidikan islam ini telah dibahagi kepada
dua iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak formal. Pendidikan formal diajar di
maktab atau madrasah. Sementara, pendidikan tidak formal pula ialah melalui masjid
atau surau. Dasar pendidikan diperkenalkan oleh Pemerintah Filipina apabila
menyedari masalah yang dihadapi oleh masyarakat Moro. Hal ini kerana, mereka
menyedari bangsa mereka perlu mengekalkan identiti mereka sebagai umat Islam dan
mereka perlu mengambil inisiatif tersendiri untuk mengembangkan pendidikan islam.
Sehingga tahun 1980-an, pemerintah Filipina telah memberi keutamaan untuk
menjaga kepentingan islam masyarakat moro dalam sistem pemerintahan. Ini dapat
dilihat apabila pendidikan Islam Filipina telah melaksanakan Kongres pertama
pendidikan Islam dimana kongres ini dilaksanakan dalam tiga kelompok. Kelompok
pertama ialah pengurusan dan organisasi Madrasah. Manakala kelompok kedua pula
ialah bidang kokurikulum, pengajaran, tenaga pengajar dan pelajar madrasah.
Sementara kelompok ketiga pula ialah berkaitan kemudahan fizikal dan kewangan
madrasah.

Menurut pandangan sarjana Manaros Boransing dalam bukunya yang bertajuk


Policy of Total development as an Approach to the Bangsa Moro: An Alternative to
Autonomy. Beliau menyatakan bahawa melalui kongres yang dijalankan, gabungan
kokurikulum dan pendidikan bahasa Arab dalam sistem sekolah awam perlu diberi
perhatian. Seterusnya, penyusunan semula, perlantikan dan pengesahan madrasah
sebagai pusat pengajaran bagi peringkat sekolah menengah, perlu dilihat supayaia
berlandaskan teologi islam dan bertamadun. Di samping itu, perlu menjalankan
percetakan bahan pengajaran terutamanya buku teks untuk kokurikulum pendidikan
islam dan bahasa Arab. Dengan itu apabila adanya kongres, masalah pendidikan dapat
diberi keutamaan di mana ia membuka peluang untuk mendapatkan ilmu tentang
pendidikan dengan luas. Secara tidak langsung, masalah yang dihadapi oleh
masyarakat moro di Filipina dapat diatasi.
Seperti yang dikatakan oleh sejarawan Ahmad Hassoubah yang merupakan
seorang pengkaji terhadap Filipina dan telah melakukan pengkajian terhadap
madrasah. Beliau menyatakan bahawa madrasah merupakan sebuah lembaga Islam
dan perlu menggunakan pengajaran bahasa Inggeris dalam pendidikan kokurikulum.
Jika kita melihat kembali kepada cara pemerintahan kerajaan Sepanyol terhadap
bidang pendidikan Filipina, sudah semestinya ia tidak sama dengan cara pemerintah
Filipina jalankan dasar pendidikan terhadap masyarakat islam Moro. 3 Seperti yang
terdapat dalam sejarah, islam di Filipina telah mengalami kejatuhan yang besar apabila
adanya kolonialisme yang dilakukan oleh kerajaan Sepanyol terhadap Filipina.
Sehingga Filipina merdeka, identiti bangsa Filipina masih terpisah antara utara dan
selatan Filipina. Oleh itu, untuk menyatukan identiti bangsa Filipina, pemerintah negara
itu telah berusaha menyatukan bangsa Moro Islam melalui tiga perjanjian yang
dijalankan oleh pemerintah Filipina terhadap bangsa Moro. Usaha pemerintah dalam
menyatukan politik bangsa Moro terhadap bangsa Filipina dapat dilihat dalam dasar
pendidikan yang dilaksanakan melalui pendidikan islam seperti madrasah. Sistem
pendidikan madrasah yang dikembangkan oleh pemerintah Filipina sebenarnya banyak
mempelajari sistem pendidikan madrasah di Indonesia dan ini telah membantu
pemerintah Filipina untuk mengembangkan dasar pendidikan.

3 Muhamad Murtadlo, Madrasah dalam konteks Globalisasi pendidikan, Depok; Universitas Indonesia,
2012, hlm 50-52
Ajid Thohir.2004. Perkembangan Peradaban di Kawasan Dunia Islam: Melacak
Akar-Akar Sejarah, Sosial, Politik, dan Budaya Umat Islam . Jakarta: Gafindo
Persada.

Cesar Adib Majul.1988. Islam di Filipina, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhamad Murtadlo.2012. Madrasah dalam konteks Globalisasi pendidikan, Depok;


Universitas Indonesia,

Anda mungkin juga menyukai