Anda di halaman 1dari 10

KUMPULAN 3: KRITIKAN AL-IMAM BERSABIT

DASAR-DASAR PENJAJAH.

AJ30303: SEJARAH ASIA


TENGGARA :
KEBANGKITAN ISLAM

PENSYARAH : EN. MOHD SHAUKHI MD RADZI

DISEDIAKAN OLEH : ABDUL LATIF BIN ABD TAAT


(YA 2017-1313)
JAMES PARAN
(YA 2017-1309)
PENGENALAN
 Nama al-Imam ini diambil sempena dengan gelaran
Syeikh Muhammad Abduh iaitu seorang tokoh
reformis daripada Mesir. Ia telah diterbitkan pada 23
Julai 1906 di Singapura.

 Tokoh utama yang mengasaskan penerbitan al-Imam


ini adalah Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin.
Beliau turut dibantu oleh Sayid Syeikh bin Ahmad al-
Hadi, Hj. Abbas bin Muhammad Taha, dan Syeikh
Muhammad Salim al-Kalili.

 Beliau telah mendapat ilham dan pengaruh daripada


gerakan islah di Mesir yang dipelopori oleh Syed
Jamaluddin al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh
dan Muhammad Rashid Ridha.
FAKTOR – FAKTOR KELAHIRAN AL-IMAM

Majalah Al-Imam dilihat menyerupai al-Manar, dan ini


didorong oleh beberapa faktor antaranya, para penulis dan
penyumbang artikel Al-Imam secara umumnya adalah
daripada golongan yang telah terpengaruh dengan aliran
pembaharuan Islam.

Kandungan Al-Imam menyiarkan rencana-rencana


termasuk Tafsir al-Qur‟an yang diterjemahkan daripada
bahasa Arab khususnya daripada majalah al-Manar.

Melalui hubungan ini, idea-idea pembaharuan Islam yang


diperjuangkan oleh Sayyid Muhammad Rasyid Rida telah
meresap masuk dalam diri beliau dan akhirnya tersebar
dalam masyarakat Islam di rantau ini
FAKTOR – FAKTOR KELAHIRAN AL-IMAM

Perjuangan ulama islah dalam usaha memurnikan pemikiran


orang-orang Melayu berkaitan agama dan kehidupan adalah titik
awal yang merubah latar belakang hidup beragama, bersosio
budaya dan adat resam yang mendokong jati diri orang-orang
Melayu.

Mereka memperkenalkan ajaran Islam berdasarkan sumber al-


Quran dan alHadis dengan mengambil kira kepentingan
kehidupan duniawi.

Perubahan yang cuba dibawa oleh ulama islah adalah apabila


mereka mengemukakan satu tafsiran baru tentang konsep ibadah
yang progresif
KRITIKAN AL-IMAM BERSABIT DASAR-DASAR PENJAJAH

Pada tahun-tahun awal, akhbar dianggap sebagai alat


nasionalisme untuk melawan penjajah. Malah akhbar itu
juga dianggap sebagai sebahagian daripada asal usul
nasionalisme Melayu di Tanah Melayu. Ulama, Abdullah
Haji Afar menganggap Al-Imam sebagai "langkah
pertama nasionalisme Melayu di Tanah Melayu.

Al-Imam juga bertanggungjawab untuk melahirkan


akhbar lain pada masa itu kebanyakan terbitan berkala
adalah mingguan litografi tangan yang dimodelkan pada
mulanya selepas akhbar bahasa Inggeris dan kemudian
menggunakan kandungan berita Mesir dan Arab.
KRITIKAN AL-IMAM BERSABIT DASAR-DASAR PENJAJAH

Al-Imam telah membawa satu wadah perjuangan


gerakan reformis Islam di negeri-negeri Melayu. Ramai
sejarawan bersetuju bahawa gerakan Islah Islam yang
berlaku di negeri-negeri Melayu pada tahun 1906
adalah melalui penerbitan majalah Al-Imam.

Merupakan satu alat untuk menyedarkan masyarakat


Melayu yang alpa ketika itu. Justeru Al-Imam
selayaknya digelar sebagai perintis persuratkhabaran
Melayu. Untuk melihat sejauh mana Al-Imam
memainkan peranan sebagai perintis, dua perkara
yang penting perlu dilihat.
KRITIKAN AL-IMAM BERSABIT DASAR-DASAR PENJAJAH
(EKONOMI)

Pertama ialah bagaimana Al-Imam memanipulasi isu


yang diutarakan iaitu sejauh mana isu yang diutarakan
mempengaruhi keseluruhan aspek kehidupan
masyarakat dan sejauh mana Al-Imam memberi
kesedaran masyarakat tentang masalah mereka.

Al-Imam dalam setiap terbitannya sentiasa


menyebutkan sebab-sebab kemunduran umat Islam
terutamanya bangsa Melayu, dan mengecam sifat-sifat
bangsa Melayu yang terkebelakang, dijajah bangsa
lain.

Disini dapat disimpulkan bahawa perkara pokok yang


cuba diketengahkan adalah mengenai kemunduran
orang Melayu ketika itu dan langkah-langkah yang
perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.
KRITIKAN AL-IMAM BERSABIT DASAR-DASAR PENJAJAH
(SOSIAL)

Perkara sosial yang disentuh ialah pendidikan orang


Melayu, kemajuan madrasah-madrasah, emansipasi
wanita dan perpaduan orang Melayu. Dari awal lagi Al-
Imam telah menekankan akan pentingnya pelajaran
terutamanya pengetahuan mengenai ilmu sejarah yang
menurutnya merupakan sebagai kunci untuk kesedaran
dan kemajuan satu-satu bangsa.

Al-Imam mengkritik penjajah dengan memberikan banyak


cadangan untuk memajukan pendidikan orang Melayu.
Antaranya meminta kerajaan membina sebuah atau lebih
sekolah pada tiap-tiap negeri untuk kegunaan anak negeri
sahaja. Kerajaan juga mestilah membiayai sekolah-sekolah
itu sepenuhnya iaitu gaji gurunya, belanja buku-buku dan
keperluan sekolah yang lain.

Al-Imam juga menegur bangsa Melayu yang tidak mahu


bersatu padu.
KRITIKAN AL-IMAM BERSABIT DASAR-DASAR PENJAJAH
(POLITIK)

Al-Imam memang menyindir pihak penjajah British serta


raja-raja dan pembesar Melayu. Mereka diingatkan untuk
memelihara kepentingan orang Melayu. Hal ini berkaitan
dengan masalah-masalah orang Melayu yang
disebutkan tadi. Faktor lain yang menyebabkan melayu
mundur ialah sikap raja dan pembesar Melayu yang
tidak bertanggungjawab. Mereka

Penjajah dikatakan salah kerana mereka hanya


menjajah dan mengaut kesemua hasil negeri-negeri
Melayu. Manakala raja-raja Melayu disalahkan kerana
mereka ini bodoh. Mereka tidak mampu berfikir lebih
tinggi sedikit pun .

Al-Imam telah mengecam sikap raja Melayu yang begitu


suka menggunakan kedudukannya. Pembesar juga telah
menggunakan kuasa mereka, kedudukan mereka dan
kemudahan yang ada pada mereka dengan sewenang-
wenangnya sehingga menganiayai rakyat sendiri.
KESIMPULAN
 Secara kritis, Al-Imam telah mengupas mengenai masalah
orang Melayu. Akhbar ini merupakan akhbar melayu pertama
yang mengandungi pemikiran yang menyeru kepada
perubahan sosial dalam masyarakat dengan memasukkan
unsur-unsur politik dalam tulisan yang diterbitkan.

 Berbeza dengan majalah Melayu yang terbit sebelum ini, tidak


ada satu asas yang kukuh untuk memperjuangkan nasib orang
Melayu. Terdapat banyak majalah dan surat khabar Melayu
yang diterbitkan sebelum Al-Imam.

 Al-Imam dikatakan perintis kerana mempunyai pengaruh yang


kuat kepada masyarakat. Dalam kontek ini pengaruh Al-Imam
bukan sahaja terdapat di negeri-negeri Melayu, malah telah
tersebar keseluruh Nusantara.

Anda mungkin juga menyukai