Anda di halaman 1dari 10

Nama : XXXXXX

No. Kad Matrik : XXXXXX

Soalan Tugasan :

EXPLAIN THE ISSUES THAT HAD CAUSED THE BOSNIA-HERZEGOVINA


REVOLT IN 1875-1878.WHAT WERE THE IMPORTANCE OF BOSNIA-
HERZEGOVINA TO THE GREAT POWERS?

1
Pemberontakan rakyat Bosnia-Herzegovina berbangsa Slav pada sekitar tahun 1875 Commented [U1]: Diberikan 10 markah kerana telah
menjawab kehendak soalan dengan relevan. Hujah-hujah
juga disokong dengan pendapat sarjana dan fakta-fakta yang
hingga 1878 merupakan petanda penting kepada zaman kemerosotan Empayar Uthmaniah yang relevan. Cara penyampaian selaras dengan laras akademik
dan bahan-bahan yang digunakan juga sesuai.

turut dilabel sebagai ‘Sick Man of Europe’.1 Kedatangan orang-orang Turki Islam sebelum ini ke

Semenanjung Balkan dan juga sebahagian benua Eropah melalui kemenangan perang Kosovo

terhadap Serbia sejak tahun 1389 telah menyebabkan berlakunya banyak peristiwa peperangan

dan pemberontakan yang turut mengundang pelbagai masalah dengan pembabitan kuasa-kuasa

besar Eropah.2 Ungkapan ‘The Eastern Question’ juga timbul di kalangan kuasa-kuasa besar

Eropah ketika berlakunya krisis Balkan tersebut memandangkan Empayar Uthmaniah seperti

tidak mampu untuk mempertahankan wilayah-wilayah taklukannya di Semenanjung Balkan.

Pada musim panas Julai 1875, sekumpulan petani Kristian yang tinggal di Nevesinje,

Herzegovina yang kemudiannya diikuti oleh keseluruhan petani Kristian di wilayah tersebut

telah melarikan diri ke kawasan tanah tinggi berhampiran untuk mencetuskan mogok bersenjata

kerana dipaksa secara kekerasan untuk membayar cukai pertanian kepada wakil-wakil pihak

berkuasa tempatan.3 Di samping itu, rasa tidak puas hati orang-orang Kristian lain juga

disebabkan tekanan perasaan yang membuak-buak apabila ditindas sekian lama oleh pentadbir

dari Empayar Uthmaniah dalam pelbagai aspek kemasyarakatan.4 Walaupun dasar Tanzimat dan

dikri Haati-Humayoun telah dilaksanakan oleh Sultan Mahmud sebagai peneraju Empayar Turki

Uthmaniah pada tahun 1856 bagi mengekang unsur-unsur penentangan dan pemberontakan oleh

penduduk-penduduk di Semenanjung Balkan namun polisi pembaharuan tersebut ternyata tidak

1
J. A. R Marriott, The Eastern Question An Historical Study In European Diplomacy, fourth
edition (Oxford: Clarendon Press, 1940), 318.
2
Herbert L. Peacock, Sejarah Eropah Moden, terjemahan Amri Abdullah dan Zaidah Othman
(Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976), 265.
3
Noel Malcolm, Bosnia A Short History (London: Macmillan, 1994), 132.
4
Richard Millman, Britain and the Eastern Question 1875-1878 (Oxford: Clarendon Press,
1979), 15-16.
2
membawa perubahan yang diharapkan oleh sebilangan besar penduduk-penduduk Kristian di

Bosnia Herzegovina sehingga tercetusnya pemberontakan pada tahun 1875 disebabkan beberapa

isu-isu penting.5

Isu percukaian merupakan suatu kesengsaraan buat golongan petani di Bosnia-

Herzegovina yang majoritinya terdiri daripada orang-orang Kristian.Ini kerana mereka terpaksa

menjelaskan 2 jenis cukai yang cukup membebankan iaitu cukai kepada tuan tanah ke atas

sewaan atau pajakan tanah dan cukai kepada pemerintah ke atas hasil tanaman dan

ternakan.Tuan-tuan tanah yang majoritinya beragama Islam telah mengenakan kadar cukai

sewaan dan pajakan yang tinggi kepada petani-petani Kristian tanpa mengambil kira faktor iklim

dan cuaca yang mungkin menjejaskan produktiviti tanaman dan ternakan yang diusahakan.6 Di

samping itu, kadar pungutan cukai hasil tanaman dan ternakan yang dikenakan oleh pemungut-

pemungut cukai dari kerajaan tidak diselaraskan dengan telus dan adil mengikut undang-

undang.7 Namun begitu, punca-punca pemberontakan terhadap isu percukaian ini bukanlah

semata-mata kerana kadar cukai yang tinggi tetapi lebih kepada sikap dan kaedah pungutan yang

zalim dilaksanakan oleh pemungut-pemungut cukai.

Isu pemilikan senjata juga merupakan tuntutan keadilan yang telah lama dipendam oleh

orang-orang Kristian di Bosnia-Herzegovina sejak kedatangan orang-orang Islam Turki untuk

menakluk Semenanjung Balkan.Secara lazimnya, masyarakat Islam di Bosnia-Herzegovina telah

menjadikan senjata sebagai keperluan penting dalam kehidupan seharian malah ianya merupakan

suatu warisan budaya dan tradisi yang tidak dapat dimansuhkan.8 Larangan terhadap orang-orang

5
Marriot, The Eastern Question, 319.
6
Azlizan Mat Enh, Bosnia-Herzegovina Konflik 1875-1878 dan Reaksi Kuasa-Kuasa Besar
(Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009), 28.
7
Ibid.
8
Ibid., 30.
3
Kristian untuk memiliki senjata malahan dipaksa untuk membayar cukai atau jizyah atas sebab

tidak diwajibkan untuk berperang telah membuatkan mereka semakin terhimpit dalam usaha

bangkit memberontak serta membebaskan diri mereka dari penjajahan.9

Isu seterusnya yang saling berkaitan dengan pemilikan senjata ialah orang-orang Kristian

turut dilarang berkhidmat dalam bidang ketenteraan.Ini kerana menurut Islam, orang-orang

Kristian amat dikhuatiri untuk melakukan pengkhianatan dan pembelotan terhadap tentera-

tentera Islam dalam mana-mana peperangan terhadap musuh-musuh bukan Islam.10 Oleh kerana

larangan tersebut, suatu lagi bentuk cukai pengecualian dikenakan ke atas orang-orang Kristian

walaupun terdapat segelintir di kalangan mereka yang masih berminat dalam ketenteraan.11

Maka, perasaan tidak puas hati mereka semakin membuak-buak berikutan polisi tidak adil

kerajaan Turki Uthmaniah dalam urusan ketenteraan telah menekan kehendak sama rata orang-

orang Kristian dengan orang-orang Islam di Bosnia-Herzegovina.12

Sistem kehakiman dan perundangan secara mixed tribunal yang diperkenalkan melalui

dikri Haati-Humayoun telah dilaksanakan secara menyeluruh di Bosnia-Herzegovina.Sistem ini

menggabungkan undang-undang barat dan Islam sekaligus untuk digunapakai oleh pengamal

undang-undang di mahkamah yang sememangnya terdiri daripada orang-orang Islam.13

Kekeliruan di kalangan masyarakat Islam dan Kristian sangat jelas apabila menyentuh hal-hal

perundangan melibatkan riba’ dan kuasa menjatuhkan hukuman.Sebagai contoh, undang-undang

Islam mengharamkan riba’ sedangkan undang-undang barat menghalalkan dan kuasa mufti

paling berkuasa dalam undang-undang Islam manakala undang-undang barat mengutamakan

9
Ibid.
10
Ibid., 31.
11
Ibid.
12
Ibid.
13
Ibid., 32.
4
kuasa hakim.Percanggahan yang tidak berkesudahan itu telah menimbulkan suatu konflik

penindasan terhadap orang-orang Kristian di mana kebebasan mereka untuk membuktikan

sesuatu perkara di mahkamah telah dihalang.14

Isu terakhir yang menjadi alasan pemberontakan orang-orang Kristian di Bosnia-

Herzegovina pada tahun 1875 merupakan perkara-perkara yang berkisar tentang keseimbangan

kapasiti perwakilan Muslim dan Kristian dalam majlis kerajaan negeri.Orang-orang Kristian

mendakwa pemerintah tidak berlaku adil terhadap pembahagian kerusi-kerusi ahli majlis

kerajaan negeri di antara orang-orang Kristian dan orang-orang Islam.15 Namun, pada hakikatnya

peluang-peluang yang telah diberikan kepada wakil-wakil Kristian sebelum itu telah dipersia-

siakan dengan tidak menyuarakan pendapat sebulat suara mewakili keseluruhan orang-orang

Kristian itu sendiri.16 Isu ini sudah melarat sejak penjajahan Turki Uthmaniah yang membuatkan

musuh-musuh asing bersama-sama mempengaruhi mereka ke arah memulakan pemberontakan.

Peranan Serbia terhadap pemberontakan di Bosnia-Herzegovina pada tahun 1875

sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.Ianya kerana kedua-dua wilayah itu sudah mempunyai

pertalian yang amat rapat dari aspek sejarah, politik dan masyarakat sejak abad yang lampau.Niat

Serbia untuk membentuk suatu gagasan ‘Serbia Raya’ atau Empayar Slav Selatan yang

merangkumi Montenegro, Bosnia-Herzegovina, Croatia dan Bulgaria dapat dikesan dengan

tindakan politik dan ketenteraan di bawah naungan Mihailo Obrenovic, putera diraja Serbia.17 Ini

dapatlah dijelaskan dengan berdasarkan pengaruh dan motivasi pemimpin Serbia tersebut,

terdapat kehadiran ramai sukarelawan perang yang muncul di Bosnia-Herzegovina yang juga

14
Ibid.
15
Ibid., 33.
16
Ibid.
17
Marriot, The Eastern Question, 317-318.
5
terdiri daripada rakyat Serbia, Slavonia, Croatia, Slovenia dan juga segelintir dari Russia.18 Di

samping itu juga, Serbia berperanan meniup semangat kebencian di kalangan masyarakat

Kristian Ortodoks di Bosnia-Herzegovina dengan propaganda Pan-Slavic untuk sentiasa bangkit

menentang pemerintahan Turki Uthmaniah.19 Pelbagai reaksi dari Serbia dalam menyemarakkan

pemberontakan tersebut seperti bantuan senjata kepada pemberontak, penghantaran tentera elit,

penyebaran dakyah-dakyah palsu berkenaan peranan Russia sebagai penyokong kuat usaha

pemberontakan, menerusi akhbar-akhbar tempatan, bantuan kewangan, makanan serta ubat-

ubatan kepada pemberontak dan sokongan moral yang konsisten terhadap pemberontak.20

Russia sebagai sebuah negara kuasa besar tidak terlepas dari peranannya mengekploitasi

peristiwa pemberontakan di rantau Balkan itu.Menurut sejarawan, Russia sememangnya dikenali

sebagai pusat perkembangan agama Kristian aliran Ortodoks dan majoriti masyarakatnya

berketurunan Slav yang sangat proaktif terhadap propaganda Slav Raya di benua Eropah.Russia

menyokong usaha pemberontakan oleh orang-orang Kristian di Bosnia-Herzegovina dengan

bertindak sebagai penasihat dan pengarah sebagaimana yang pernah dilakukannya sebelum ini

di beberapa wilayah Balkan yang pernah bergolak.Di samping Serbia dijadikan umpan atau jalan

ke arah peperangan terhadap Turki, Russia juga menghalang keamanan untuk berlaku di Bosnia-

Herzegovina dengan mencetuskan semangat bangsa Slav untuk terus memberontak dengan cara

memberi penghormatan terhadap pemberontak-pemberontak yang terkorban.21 Tambahan pula,

terbukti bahawa Russia pernah membantu dari segi kewangan dan strategi perjuangan di mana

kedutaan mereka di Ragusa dijadikan ibu pejabat kepada segala aktiviti oleh para pemberontak.

18
Malcolm, Bosnia A Short History, 132.
19
Azlizan Mat Enh, Bosnia-Herzegovina, 44.
20
Ibid., 45-47.
21
Ibid., 54-55.
6
Krisis di Bosnia-Herzegovina itu juga telah menyaksikan kuasa-kuasa besar Eropah yang

terdiri daripada Russia, Austria-Hungary, Britain, Perancis, Jerman dan Itali saling berkonflik

demi mencapai objektif dan kepentingan masing-masing.Russia dianggap kuasa besar yang

paling berminat dalam setiap perkembangan yang berlaku di Semenanjung Balkan bertujuan

untuk memecah dominasi Empayar Uthmaniah untuk memperkukuh kuasa ekonomi dan

pertahanan di benua Eropah.Sejak abad ke-18 lagi, Russia telah memiliki aset ketenteraan yang

hebat dan sistem pertahanan yang berskala besar berbanding kuasa-kuasa besar Eropah yang

lain.22 Mereka telah menggunakan kelebihan tersebut untuk cuba meluaskan empayarnya di

seluruh Balkan yang rata-rata penduduknya berbangsa Slav dan berbangsa Kristian.Di samping

itu juga, Russia berharap untuk membolot konsesi perdagangan di Laut Hitam dengan menguasai

Selat Bosphorus dan Dardanelles.23 Berdasarkan visi dan misi tersebut, Russia sentiasa

mengeksploitasi semua krisis di Balkan seperti telah berlaku di Crete (1866) dan Serbia (1862).

Austria-Hungary pula dianggap penyokong kuat Turki Uthmaniah dan cuba menghalang

perluasan kuasa Russia ke seluruh Semenanjung Balkan kerana ianya bakal menjejaskan objektif

utama mereka untuk menyatukan kembali beberapa wilayah di Balkan supaya bernaung di

bawah Empayar Hapsburg yang sudah runtuh.Seperti Turki Uthmaniah, kuasa besar itu juga

memiliki komposisi rakyat multi-nasional yang sangat menyulitkan untuk melaksanakan sesuatu

penyatuan bangsa dan negara.Berdasarkan teori tersebut, Austria-Hungary bimbang seandainya

kekuasaan Turki Uthmaniah di Balkan musnah maka mereka juga turut sama kehilangan

beberapa tanah jajahannya di situ.24

22
Ibid., 4.
23
Marriot, The Eastern Question, 334.
24
Millman, Britain and the Eastern Question, 31.
7
Pada sekitar abad ke-19, Britain merupakan kuasa besar ketenteraan terulung di Eropah

khususnya maritim yang sentiasa menggugat kewibawaan Russia sebagai musuh utama.Britain

menyokong penuh usaha Turki Uthmaniah mengekalkan penguasaan di Semenanjung Balkan

kerana untuk mempertahankan kekuatan ekonomi dan ketenteraan di sebelah Timur Tengah dan

Asia.Mereka ingin mencegah penguasaan Russia di Selat Bosphorus, Selat Dardanelles dan Laut

Tengah (Mediterranian) supaya laluan kapal-kapal perang dan perdagangan selamat untuk

sampai ke Timur menerusi Terusan Suez.25 Britain melihat krisis di Bosnia-Herzegovina ini

adalah cubaan drastik Russia untuk menggagalkan usaha promosi mereka untuk meneutralkan

Laut Hitam dan Selat-Selat penting seperti telah dimeterai di dalam kandungan Perjanjian Paris

1856.26

Menjelang tahun 1875, Perancis dilihat bersifat memencilkan diri daripada persaingan

kuasa-kuasa besar Eropah yang lain khususnya terhadap pergolakan di rantau Balkan.Mereka

hanya berminat untuk mengukuhkan kuasa perdagangan di Mediterranean dan mempertahankan

jajahannya di Timur Dekat dan Afrika Utara.27 Walaupun Britain dianggap seteru perdagangan

namun Perancis dilihat sentiasa memelihara baik perhubungan diplomatik sesama mereka dan

juga terhadap Turki Uthmaniah.Perancis bimbang jika runtuhnya wilayah-wilayah Turki

Uthmaniah di Balkan di tangan Russia, maka Perancis akan turut mengalami kesulitan dalam

kelangsungan perdagangan di Eropah Timur.

Jerman juga dilihat agak berkecuali di dalam konflik serta krisis yang membabitkan

wilayah-wilayah jajahan Turki Uthmaniah khususnya di Balkan.Ini kerana pemimpinnya, Otto

25
David Thompson, Eropah Sejak Napoleon, vol. 2 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1978), 5.
26
M.S. Anderson, The Great Powers and the Near East 1774-1923 (London: Edward Arnold
Ltd, 1970), 81.
27
Azlizan Mat Enh, Bosnia-Herzegovina, 15.
8
Von Bismarck lebih mengutamakan penyelesaian masalah-masalah pasca penyatuan Jerman dan

hanya ingin mengekalkan status quo di kalangan kuasa-kuasa besar Eropah yang lain.28 Walau

bagaimanapun, Jerman tidak terlepas dari penglibatan di belakang tabir menerusi krisis di Balkan

itu dengan mengusulkan Perjanjian Berlin 1878 sebagai usaha menamatkan persengketaan dan

mewujudkan kestabilan politik di Eropah Timur.

Itali sebagai kuasa besar Eropah yang baru muncul di abad ke-19 setelah penyatuan

negeri-negerinya serta penstrukturan semula sistem ekonominya.29 Mereka dilihat masih

menaruh impian untuk mendapatkan wilayah Albania dari jajahan Turki Uthmaniah berdasarkan

sejarah politik yang lampau.Di samping itu juga, Itali cuba memperlihatkan campur tangan di

dalam krisis Balkan itu sebagai alasan untuk bersaing dengan kuasa-kuasa besar Eropah yang

lain khususnya dalam bidang perdagangan.

Sebagai kesimpulan, krisis di Bosnia-Herzegovina yang berlaku pada tahun 1875 telah

memperlihatkan kepada kita tentang isu-isu tempatan atau masalah dalaman seperti isu

percukaian, isu pemilikan senjata, isu penglibatan dalam ketenteraan dan isu sistem perundangan

dan kehakiman yang menjadi punca-punca tercetusnya pemberontakan.Peranan kuasa-kuasa

asing seperti Serbia dan Russia juga telah menjadi ejen penggalak kepada situasi pemberontakan

yang sudah mencemaskan itu.Kehadiran kuasa-kuasa besar Eropah yang turut campur tangan di

dalam permasalahan Balkan berdasarkan hak serta kepentingannya telah merumitkan lagi

keadaan.

28
Ibid., 16.
29
Ibid., 17.
9
BIBLIOGRAFI

Anderson, M.S. The Great Powers and the Near East 1774-1923. London: Edward Arnold Ltd,

1970.

Azlizan Mat Enh. Bosnia-Herzegovina: Konflik 1875-1878 dan Reaksi Kuasa-Kuasa Besar.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009.

Malcolm, Noel. Bosnia A Short History. London: Macmillan, 1994.

Marriot, J. A. R. The Eastern Question an Historical Study in European Diplomacy. Fourth

Edition. Oxford: Clarendon Press, 1940.

Millman, Richard. Britain and the Eastern Question 1875-1878. Oxford: Clarendon Press, 1979.

Peacock, Herbert L. Sejarah Eropah Moden. Terjemahan Amri Abdullah dan Zaidah Othman.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976.

Thompson, David. Eropah Sejak Napoleon, vol. 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

1978.

10

Anda mungkin juga menyukai