Anda di halaman 1dari 22

KURSUS : ASIA TIMUR ABAD KE-19

TAJUK : FAKTOR KEJATUHAN SYOGUN TOKUGAWA

KUMPULAN : B

NAMA NO MATRIK
IZZAT HAZWAN BIN AZIZ D20171078653
IVAN KENNEDY IROD D20161074199
NUR SYUHADA BINTI ZAHARUDIN D20171078630

NAMA PENSYARAH : Dr WAN NOORLIZAWATI BINTI WAN MAT ALI

TARIKH HANTAR : 16 NOVEMBER 2018


Pengenalan

Zaman Tokugawa turut dikenali sebagai zaman Edo berikutan kemenangan dalam
Perang Sekigahara pada tahun 1600 yang mana Tokugawa Ieyasu telah diangkat menjadi
Seitai Syogun pada tahun 1602 dan mendirikan Bakufu di Edo. Zaman Kesyogunan
Tokugawa ini terkenal dengan kehebatannya dalam mentadbir negara sekali gus mengekalkan
tradisi telah memperlihatkan Jepun ini sebagai negara yang disegani dan di geruni oleh
Negara-negara di Asia Timur mahupun peringkat antarabangsa.

Kerajaan Kesyogunan Tokugawa ini telah membawa banyak perubahan dan


pembaharuan dalam sistem pemerintahan Jepun pada masa tersebut. Sistem Bakufu ini
melibatkan satu kuasa pusat yang mempunyai kuasa penuh ke atas seluruh negeri di mana
terletaknya di Edo dan daimyo pula diberikan kuasa oleh pemerintah untuk menguasai daerah
atau han yang perlu diwakili oleh 250 daimyo yang mempunyai taraf ekonomi yang berbeza.
Tempoh masa pemerintahan Tokugawa ini dikatakan zaman Edo kerana ibu kota bagi
pemerintahan ini terletak di Edo. Edo pada masa sekarang dikenali sebagai Tokya. Walaupun
dalam sistem hierarki Jepun, Syogun merupakan pemerintah kedua tertinggi dalam sistem
feudal masyarakat namun kekuasaannya mulai bergerak dalam abad ke 17 sehingga abad ke
19 belas.
Faktor Kejatuhan Shogun Tokugawa

1.0 Faktor Politik

1.1 Sistem Pentadbiran Yang Keras

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kejatuhan kesyogunan Tokugawa Jepun


ini. Antaranya ialah sistem pentadbiran yang keras.1 Faktor ini merupakan salah satu
penyebab utama mengapa zaman pemerintahan Syogun Tokugawa ini mulai merosot. Hal ini
dapat dilihat melalui pengawasan ketat yang dilaksanakan kepada raja dan rakyat Jepun pada
masa tersebut. Contohnya, maharaja diasingkan ke Kyoto dengan alasan bahawa baginda
merupakan seorang yang suci dan ini merupakan taktik politik Syogun Tokugawa agar
maharaja tidak mencampuri urusan pentadbiran kerana ia merupakan hal duniawi dan rakyat
juga hanya dibenarkan sekali dalam setahun sahaja boleh melihat maharaja. Dalam pada itu
juga, hukuman erat seperti bunuh juga akan dilaksanakan sekiranya rakyat melanggar
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Selain itu, sistem politik Tokugawa pada ketika itu
dipengaruhi oleh falsafah Confucianisme khususnya aliran Chu Tsi yang dibawa masuk dari
China.2 Aliran Confucianisme ini dikembangkan bertujuan untuk kepentingan politik.

Di samping itu, pentadbiran yang keras juga dapat dilihat dari segi pembahagian
penduduknya. Hal ini dapat dilihat melalui pembahagian penduduk dibahagikan kepada empat
golongan iaitu askar, peladang, tukang dan saudagar.3 Kelas pertama terdiri daripada Samurai
yang hanya berjumlahkan 6 peratus di Jepun pada ketika itu dan kelas ini juga lebih dikenali
sebagai golongan askar. Golongan ini tinggal di Edo dan mereka tidak boleh terlibat dalam
apa-apa aktiviti ekonomi seperti perdagangan, pertanian dan sebagainya. Golongan ini
dikatakan terbiar ketika tidak berlakunya peperangan. Dalam pada itu juga mereka diwajibkan
untuk mengikuti kelas ketenteraan. Kelas Kedua pula terdiri daripada golongan petani.4
Golongan petani ini kebanyakannya tinggal di kampung-kampung dan mereka mengusahakan
aktiviti-aktiviti pertanian untuk kepentingan negara dan juga keperluan hidup. Golongan
petani ini banyak menyumbang kepada keperluan kehidupan masyarakat pada masa tersebut.

1 Maswari Rosdi, Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955 (Kuala Lumpur: Sri Ringkasan Teks Adabii,2002),70.

2Schirokauer Conrad, Lurie & Gay, A Brief History of Japanese Civilization (United States: Thomson
Wadsworth,2006),159.

3 Radhey Shyam Chaurasia, History Of Japan (New Delhi: Atlantic Publisher and Distributors,2003),12

4 Ibid,12
Kehidupan para petani ini dikawal secara tidak lansung oleh pemerintah pada masa tersebut.
Para petani turut dikenakan cukai untuk tanah yang mereka usahakan. Akhir sekali, kelas
yang tidak kurang pentingnya seperti golongan tukang dan artisan. Namun begitu, golongan-
golongan ini tidak melibatkan diri secara lansung dalam pembangunan negara dan mereka
cuba mengelak daripada terlibat dalam hal pentadbiran.

Sebagai kesimpulannya, pembahagian seluruh penduduk ini menyebabkan tidak ada


berlakunya peningkatan mobiliti sosial dan golongan-golongan tersebut hanya kekal di kelas
tersebut sahaja. Hal ini bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada negara Jepun malahan
terhadap Syogun itu sendiri kerana tidak cuba membangunkan masyarakatnya sendiri. Oleh
itu, pentadbiran ini hanya akan menyebabkan golongan yang kaya akan terus menjadi kaya
manakala yang miskin akan terus menjadi lebih miskin.5

2.0 Kelemahan Syogun Tokugawa

Kejatuhan Kesyogunan Tokugawa itu sendiri turut dipengaruhi oleh Syogun itu
sendiri. Pada peringkat awal pemerintahan Kesyogunan Ieyasu ia merupakan zaman
kegemilangan Syogun Tokugawa sekitar tahun 1600.6 Sehinggalah kepada kemerosotan
kesyogunan Tokugawa dan kemerosotan ini dapat dilihat semasa zaman pemerintahan
Syogun Yoshimune.7 Dikatakan pada ketika itu, Jepun telah mengalami kejatuhan ekonomi
sehingga berlaku kebuluran disebabkan bencana alam yang berlaku dan harga beras pada
ketika itu juga tidak stabil.8 Hal ini telah menyebabkan, kedudukan Syogun Tokugawa itu
sendiri terjejas. Keadaan ini bertambah buruk apabila syogun-syogun selepas Yoshimune
merupakan syogun-syogun yang lemah. Sebagai contohnya, Syogun Leshige (1745-1788)
yang mempunyai masalah seperti gagap dan sedikit bebal sehingga percakapannya sukar
difahami. Seterusnya pula ialah Syogun Leharu, shogun ini pemalas dan tidak mengambil
tahu tentang urusan pentadbiran. Hal ini dapat dilihat apabila beliau menyerahkan semuanya
kepada pegawa-pegawainya. Syogun Tokugawa telah mengabaikan perhatiannya dalam soal

5 Ibid,14.

6 Bellah Rober, Tokugawa Religion ( New York: The Free Press,1985),11.

7 Morton W. Scott and Olenk J.Kenneth , Japan Its History and Culture (unites States:McGraw-Hill,Inc, 2005),134

8 Radhey Shyam Chaurasia, History Of Japan (New Delhi: Atlantic Publisher and Distributors,2003),16
pentadbiran dan ketenteraan begitu juga dengan hubungannya dengan para pengikutnya.
Perkara ini telah menyebabkan pengikut-pengikutnya menarik diri.9

Akhir sekali, dapat dilihat juga melalui kelemahan daripada syogun Yoshinobu (keiki)
iaitu syogun selepas Lemochi. Beliau merupakan salah satu syogun yang termuda dan tidak
mempunyai pengalaman dalam pentadbiran.10 Kesyogunan selepas Yoshimune seperti
Leshige, Leharu, Lenari, dan seterusnya kepada Yoshinobu dapat dilihat kemerosotannya.11

Sebagai kesimpulannya, kelemahan syogun-syogun Tokugawa juga merupakan salah


satu faktor yang menyumbang kepada kejatuhan Kesyogunan Tokugawa itu sendiri. Hal ini
dapat dilihat melalui sistem perlaksanaan pentadbiran yang mereka laksanakan sendiri.
Sekiranya mantap sesuatu perlaksanaan pentadbiran itu maka akan bertahan lamalah sesebuah
zaman pemerintahan bagi syogun itu sendiri selain daripada dipengaruhi oleh faktor kesihatan
dan sebagainya.

3.0 Gerakan menggulingkan Tokugawa

Selain daripada itu, antara faktor politik yang turut menyebabkan kesyogunan
Tokugawa ini jatuh ialah melalui gerakan yang dilaksanakan oleh gabungan daripada
beberapa suku untuk menggulingkan Keshogunan Tokugawa itu sendiri. Hal ini dapat dilihat
melalui penentangan daripada suku-suku kaum seperti Satsuma, Choshu, Toza dan Hizaen.
Hal ini demikian kerana, mereka sangat menginginkan jawatan Syogun itu sendiri.12 Dengan
itu, suku-suku ini menyokong Maharaja yang selama ini ditindas oleh Tokugawa agar mereka
berjaya menggulingkan Tokugawa ini.

Suku-suku yang menentang Syogun ini menggunakan isu penerimaan Syogun


Tokugawa terhadap orang asing untuk mendapat sokongan daripada Maharaja dan rakyat
Jepun itu sendiri. Contohnya, melalui kedatangan Perry ke Jepun dan juga perjanjian
Kanagawa (Perjanjian antara Tokugawa dengan Amerika Syarikat) yang dikecam habis-
9 Maswari Rosdi, Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955 (Kuala Lumpur: Sri Ringkasan Teks Adabii,2002), 70.

10 Cullen L.M, A History Of Japan,(United Kingdom: The Press Syndicate Of the University Of Cambridge,2003),16

11 Ibid,203

12 Maswari Rosdi, Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955 (Kuala Lumpur: Sri Ringkasan Teks Adabii,2002),72-73.
habisan oleh suku-suku tersebut.13 Hal ini kerana, masyarakat Jepun menganggap diri mereka
lebih maju dan berdarjat berbanding daripada orang-orang asing. Tambahan pula, perjanjian
dan hubungan yang dilakukan bersama dengan orang-orang asing tidak dibincangkan terlebih
dahulu dengan maharaja Isu-isu ini benar-benar telah menggugat kedudukan kesyogunan
Tokugawa.

Sebagai kesimpulannya, gerakan yang dilakukan oleh suku-suku ini mendatangkan


kesan kepada Syogun Tokugawa dan amereka berjaya menjatuhkan Kesyogunan Tokugawa
ini terutamanya suku kaum seperti Choshu.14 Hal ini membuktikan bahawa, gerakan
gabungan yang dilakukan oleh suku-suku ini merupakan salah satu faktor penyebab kepada
kejatuhan Kesyogunan Tokugawa.

4.0 Sistem Politik yang kucar-kacir

Akhir sekali, sistem politik yang kucar-kacir semasa akhir pemerintahan Syogun
Tokugawa ini juga merupakan salah satu faktor penyumbang kepada kejatuhan Kesyogunan
Tokugawa. Hal ini dapat dilihat, ketika kematian Syogun Lemochi yang meninggal dunia
pada tahun 1866 dan digantikan dengan Syogun Hitotsubashi Keiki. Namun begitu, syogun
yang dilantik pada masa tersebut adalah sangat muda dan kurang pengalamannya dalam
15
mentadbir. Perkara ini memudahkan lagi suku-suku yang menentang pada masa tersebut
untuk menjatuhkan pentadbiran Tokugawa. Akibatnya, dengan desakan daripada suku-suku
tersebut Syogun Hitotsubashi bersetuju untuk meletakkan jawatannya dan menyerahkan
segala kekuasaannya kepada Maharaja Mikado Mutsuhito atau lebih dikenali sebagai
Maharaja Meiji. 19 November 1867 merupakan tarikh penyerahan kuasa kepada maharaja
Meiji dan ini merupakan titik kegembiraan bagi suku-suku yang pernah kalah 1600 tahun
dahulu kepada Tokugawa di bawah pimpinan Leyasu.16 Maka dengan itu lenyaplah sudah
sistem syogun di negara Jepun.

13 Radhey Shyam Chaurasia, History Of Japan (New Delhi: Atlantic Publisher and Distributors,2003),19

14 Ibid, 14

15 Cullen L.M, A History Of Japan,(United Kingdom: The Press Syndicate Of the University Of Cambridge,2003),19

16 Maswari Rosdi, Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955 (Kuala Lumpur: Sri Ringkasan Teks Adabii,2002),75-76.
Sebagai kesimpulannya, kejatuhan Kesyogunan Tokugawa ini sebenarnya berasal
daripada krisis politik dalaman yang berlaku pada ketika itu. Sekiranya mereka menjalankan
pentadbiran dengan penuh bijaksana dan terancang maka sistem Kesyogunan itu mungkin
akan diamalkan sehingga hari ini.

5.0 Faktor Sosial

5.1 Peranan Saudagar dan Perubahan Corak Sosial

Sistem kelas sosial semasa zaman Kesyogunan Tokugawa boleh dikategorikan kepada
empat kelas dimana golongan samurai terletak di bahagian atas diikuti dengan golongan
petani, golongan pertukangan dan terakhir adalah golongan saudagar. Sistem ini digelar
sebagai “ Shi-Nou-Kou-Shou” yang membawa maksud dari atas ke bawah17. Walau
bagaimanapun, pengenalan sistem wang yang menggantikan sistem barter sedikit sebanyak
telah mengubah sistem kelas sosial yang selama ini dimonopoli oleh golongan samurai. Hal
ini dapat dilihat bahawa golongan saudagar yang terletak di status sosial paling rendah mula
mendapat peluang untuk membaiki status mereka dalam masyarakat. Keadaan ini berlaku
disebabkan oleh faktor penguasaan mata wang oleh golongan saudagar atau dengan kata lain,
golongan ini lebih kaya jika dibandingkan dengan golongan sistem kelas lain.

Selain itu, faktor peningkatan kos hidup di kawasan perbandaran juga membawa kesan
kepada golongan daimyo dan dan samurai. Walaupun ada daimyo yang berjaya mengatasi isu
ini dengan meningkatkan jumlah hasil namun terdapat juga daimyo dan samurai yang
berhutang dengan golongan pedagang dan kesannya, mereka mengalami masalah untuk
membayarnya semula18.

Bukan itu sahaja, golongan samurai juga yang selama ini tergolong dalam golongan elit
di Jepun juga mengalami perubahan dalam status sosial di Jepun. Keadaan ini berikutan
dengan tekanan sara hidup yang tinggi terpaksa dihadapi kesan daripada punca pendapatan
mereka iaitu cukai pertanian yang berhenti meningkat. Kesannya, peningkatan sara hidup di
kawasan bandar menjadi isu besar kepada samurai-samurai yang berpangkat rendah sehingga

17Kenichi Ohno. 2012. The Economic Development of Japan, The Path Travelled by Japan as a Developing Country. GRIPS
Development Forum. Hlmn 24.

18Andrew Gordon. 2003. A Modern History Of Japan, From Tokugawa Times to the Present. Oxford University Press, Inc.
New York. Hlmn 29.
mereka terpaksa bergantung dengan pedagang-pedagang kesan pengunaan sistem wang yang
mula diperkenalkan pada pemerintahan Keshogunan Tokugawa. Sebagai contohnya, golongan
samurai ini mendapat gaji dengan dibayar dalam bentuk beras atau campuran beras dan
sejumlah wang. Pengenalan sistem wang ini menyebabkan samurai perlu menukar hasil beras
yang diperoleh bagi mendapatkan sejumlah wang bagi membayar keperluan harian yang
lain19.

Di samping itu, golongan samurai juga menjadi lebih tertekan apabila pada pertengahan
abad ke-18, kebanyakan daimyo sudah mula menuntut beberapa bahagian jumlah gaji tahunan
kepada pemerintah kawasan sebagai pinjaman paksaan. Pinjaman ini dikenali sebagai
‘onkariage’ yang membawa maksud pinjaman kepada tuan tanah meskipun mereka sedar
bahawa pinjaman tersebut mungkin tidak akan dapat dilaksanakan oleh golongan samurai 20.
Dengan sebab itu, kebanyakan samurai pada penghujung pemerintahan kesyogunan
Tokugawa terpaksa bekerja sampingan dengan menghasilkan kraf seperti dalam pembuatan
payung dan menenun selipar selain memajak pedang mereka bagi meneruskan kehidupan 21.
Bukan itu sahaja, golongan samurai juga dikatakan sudah mula menukar tingkah laku mereka
menjadi lebih sopan semasa berinteraksi dengan pedagang.

Tegasnya, boleh dinyatakan bahawa elemen-elemen seperti pengenalan sistem wang, dan
pertukaran hasil beras kepada mata wang tersebut sedikit sebanyak telah mengubah status
sosial golongan pedagang yang pada awalnya berada di peringkat rendah yang kemudiannya
mula berkembang kesan daripada kebergantungan golongan daimyo dan samurai terhadap
golongan ini. Keadaan ini juga secara tidak langsung menimbulkan ketidakpuasan dalam
kalangan samurai kerana meskipun status sosial mereka adalah dalam golongan memerintah
namun realitinya mereka hidup dalam kemiskinan22.

19Vaporis. C.2012. Voices of Early Modern Japan : Contemporary Accounts of Daily Life During The Age of the Shoguns. Hlm
126.

20Vaporis. C. (2000). Samurai and Merchant in Mid-Tokugawa Japan: Tani Tannai's Record of Daily Necessities (1748-
54). Harvard Journal of Asiatic Studies, 60(1), 205-227. doi:10.2307/2652704

21Schirokauer, C, Lurie. D & Gay. S. 2006. A Brief History of Japanese Civilization, Second Edition. Thomson Wadsworth, The
Thomson Corporation. Hlmn 170.

22 Ibid.
6.0 Fahaman Shinto

Fahaman Shinto merupakan antara agama tradisi yang diamalkan oleh penduduk
Jepun sebelum kemasukan agama Buddha dan Konfuciusme. Fahaman Shinto ini merujuk
kepada satu kepercayaan yang tidak berorganisasi, tidak mempunyai kitab-kitab, perantara
atau nabi seperti agama-agama lain. Shinto juga didefinisikan sebagai “way of the gods” atau
“Jalan Tuhan” dimana kepercayaan ini bermula semasa zaman pemerintahan Yayoi sekitar
pada 300 Sebelum Masihi hingga 300 Masihi23. Perkataan Shinto muncul kerana orang-orang
Cina pada ketika dulu mempercayai bahawa terdapat dua jenis roh iaitu roh baik yang disebut
sebagai “Shin” dan roh jahat yang disebut sebagai “Tao” dan kemudiannya membentuk
perkataan Shinto yang pada awalnya dikenali sebagai “kami-no-michi”.24 Keunikkan yang
dimilik oleh agama ini adalah dimana agama Shinto ini hanya diamalkan di Jepun sahaja.

Selain itu, agama Shinto juga melibatkan kepercayaan animisme dan penglibatan ‘kami’
atau kuasa ghaib. ‘Kami’ ini merupakan perkataan Jepun yang membawa maksud “kuasa luar
biasa”, “ suci atau keramat” atau “keajaiban”25. Istilah ‘Kami’ ini juga bukan sahaja merujuk
kepada manusia tetapi burung, tumbuhan, laut, gunung dan lain-lain yang dipercayai
mempunyai kuasa ghaib turut digelar sebagai ‘Kami’26. Corak budaya dalam masyarakat
Jepun purba adalah memfokuskan tentang hubungan antara ‘kami’ dan manusia kerana orang
Jepun sangat mempercayai dengan kuasa ‘kami’ yang dapat memenuhi permintaan dan
melindungi mereka daripada musibah.

Kepercayaan Shinto ini tururt memperlihatkan keistimewaan kedudukan Maharaja dan


keluarganya kerana wujudnya mitors-mitos tentang kewujudan golongan pemerintah yang
dianggap berasal daripada keturunan dewa. Sebagai contohnya, kitab Kojiki (712 Masihi) dan
kitab Nihongi (720 Masihi) menceritakan tentang kerujudan dewa-dewi di Dataran Kayangan
Tinggi dimana antaranya adalah dewa yang bernama Izanagi dan dewi yang bernama Izanami

23 Mark Cartwright. Shinto. Diterbitkan pada 3 April 2017. Ancient History Encyclopedia.

24
Faezah Kassim. 2004. Agama dan Falsafah di Jepun, Perkembangan dan Pengaruh Terhadap Pemikiran Orang Jepun.
Universiti Malaysia Sabah. Kota Kinabalu. Hlmn 24.

25
Faezah Kassim. 2004. Agama dan Falsafah di Jepun, Perkembangan dan Pengaruh Terhadap Pemikiran Orang Jepun.
Universiti Malaysia Sabah. Kota Kinabalu. Hlmn 25.

26 W.G.ASTON C.M.G.DL. 1910. Shinto, The Ancient Religion Of Japan. London, Constable & Company LTD.
yang dipercayai telah melahirkan pulau-pulau di Jepun27. Kemudiannya, Izanagi telah
melahirkan 3 orang anak iaitu dewi Matahari, Dewi Bulan dan Dewa Ribut namun hanya
Dewi Matahari iaitu Amaterasu Omikami dan Dewa Ribut iaitu Susanowono-Mikato yang
terlibat dalam mitos ini. Kemudiannya, melalui generasi yang diturunkan oleh kedua-dua
dewa dewi inilah yang dianggap sebagai penduduk awal yang menduduki Jepun. Bukan itu
sahaja, keturunan Dewi Amaterasu iaitu Jimmu Tenno ini dikatakan telah menjadi maharaja
Jepun yang pertama setelah berjaya menyerang Wilayah Yamato pada tahun 600 Masihi28.
Kesannya, melalui penceritaan mitos inilah yang telah mendorong kepada kepercayaan dan
penghormatan golongan pemerintah di Jepun.

Semasa zaman pemerintahan Keshogunan Tokugawa, terdapat tiga ajaran yang dipegang
oleh golongan ahli intelektual dalam fahaman sastera di Jepun seperti konfucisme, Buddisme
dan Shintoisme. Agama Buddha dan Shinto di Jepun menunjukkan sedikit konflik kerana
perbezaan kepercayaan selain faktor perebutan kuasa dan politik. Walau bagaimanapun,
menjelang tahun 1318, berlaku sinkretisme atau penyelarasan dan pengabungan kedua-dua
agama tersebut yang dikenali sebagai “Dual Shinto” (ryobu)29. Agama ini telah digunakan
bagi menyatukan rakyat yang mempunyai perbezaan kepercayaan.

Peranan shintoisme ini terhadap kejatuhan keshogunan Tokugawa adalah disebabkan oleh
galakan golongan pemerintah Tokugawa yang memberi galakan kepada kajian terhadap
sejarah purba Jepun. Kesannya, rakyat mula mengkaji dan mengetahui mitos-mitos sejarah
kewujudan keturunan maharaja di Jepun. Keadaan ini sedikit sebanyak telah menaikkan
semangat penduduk Jepun bagi mengembalikan semula kedudukan dan kekuasaan Maharaja.
Impaknya, kesedaran yang timbul tersebut telah mendorong kepada kejatuhan keshogunan
Tokugawa di Jepun.

27
Faezah Kassim. 2004. Agama dan Falsafah di Jepun, Perkembangan dan Pengaruh Terhadap Pemikiran Orang Jepun.
Universiti Malaysia Sabah. Kota Kinabalu. Hlmn 26.

28 Ibid

29
Faezah Kassim. 2004. Agama dan Falsafah di Jepun, Perkembangan dan Pengaruh Terhadap Pemikiran Orang Jepun.
Universiti Malaysia Sabah. Kota Kinabalu. Hlmn 27.
7.0 Faktor Kedatangan Barat

Faktor kedatangan barat ke Jepun menjadi punca kepada kejatuhan zaman Syogun
Tokugawa. Pada 8 Julai 1853, Komander Matthew C. Perry tiba di Uraga di Tokyo Bay
dengan 4 kapal perang. Perry enggan di pecat lalu memberi masa selama 3 hari kepada
Bakufu untuk menerima surat dari Presiden Filmore yang meminta hak kapal Amerika
memasuki pelabuhan Jepun untuk mendapat bekalan dan menubuhkan perdagangan antara
dua negara. Berhadapan dengan “Kapal Hitam”, Bakufu memutuskanbahawa mereka tidak
ada pilihan lain selain memberikan kebenaran kepada Komander Perry untuk mendarat di
Uraga dan menyampaikan surat tersebut. Komander Perry kemudian meninggalkan kawasan
tersebut dan akan kembali awal tahun hadapan untuk jawapan tersebut30. Para pegawai
Bakufu sedia maklum terhadap bahaya yang akan terjadi jika mereka tidak bersetuju dengan
syarat yang dikenakan oleh British. Mereka tahu bagaimana China telah pun dimalukan ketika
berlakunya Perang Candu pada tahun 1839-184231.

Sebelum 1853, beberapa kuasa barat mencuba untuk melaksanakan rundingan dengan
Jepun bagi membolehkan mereka untuk menjalankan perdagangan dan memperkenalkan
polisi mereka untuk dilaksanakan di Jepun. Walau bagaimanapun, usaha tersebut menemui
jalan buntu kerana Jepun sama sekali tidak berminat. Antara negara yang gagal untuk
mengadakan rundingan dengan Jepun sebelum 1854 ialah Rusia pada tahun 1778, 1792,
serta tahun 1804, British pada tahun 1825 dan sektor swasta Amerika-British pada tahun
1837. Hanya selepas kekalahan China dalam Perang Candu yang telah membuka laluan
dagangan kepada Barat pada tahun 1854 yangmana ia disebabkan tekanan kepada Jepun
untuk menyekat kedatangan pedagang asing yang mempunyai kekuatan senjata yang sangat
hebat. Jepun juga mengambil ikhtibar daripada kelemahan China yang menjadi punca
kekalahan dan telah menganalisis kekuatan tentera dan senjata dari Barat.

Kedatangan Komander Perry dengan 8 buah Kapal perang32 dan kekurangan untuk
mengatasi kekuatan tentera Komander Perry akhirnya menyebabkan Bakufu bersetuju dengan
permintaan asas yang dipinta oleh Komander Perry dan menandatangani Perjanjian Kanagawa
pada tahun 1854. Perjanjian ini menandakan Jepun akan membuka dua pelabuhannya untuk

30 Mikiso Hane. (2000). Japan: A Short History. Oneworld Publication. England. ms. 60

31 Ibid. ms. 61

32Condrad Schirokauer, David Lurie, Suzanne Gay.(2013) . A Brief History of Japanese Civilization. Wadsworth, Cengage
Learning. United States of Amerika. Ms. 161
kapal-kapal Amerika, iaitu Hakodate di Hokkaido dan Shimoda di Semenanjung Izu
sepanjang Tokyo Bay. Perjanjian ini juga menyetujui untuk menyediakan rawatan kepada
kapal Amerika yang mengalami korosakan dan membenarkan konsul untuk tinggal di
Shimoda. Perjanjian serupa turut ditandatangani oleh Jepun dengan England dan Perancis
pada 1855, dan Rusia swerta belanda pada tahun 1857.33 Kedatangan Komander Perry ke
Jepun menandakan perubahan yang bersejarah bagi Jepun. Ini menandakan telah berakhirnya
dasar tutup pintu Jepun dan membawa kepada kelahiran Jepun sebagai negara yang moden
dan kemunculannya di mata dunia.

Kedatangan Komander Perry pada musim panas itu sebenarnya telah membuka kepada
masalah baharu dan akan menggugat sistem pemerintahan Tokugawa, pengikutnya serta
pewarisnya. Hal ini kerana, Jepun berhadapan dengan masalah dengan keputusan sesuatu
perkara di dalam bidang hubungan antara pedagang asing dan pertahanan negara. Bagi
berhadapan dengan masalah ini, syogun berusaha untuk memperoleh sokongan daripada
Daimyo. Keselamatan pedagang asing juga menawarkan peluang kepada Bakufu untuk
mengekalkan kedudukannya. Namun begitu persaingan antara kuasa-kuasa barat mampu
untuk menyokong kebarangkalian satu atau lebih negara berharap untuk mendapat tempat
istimewa di Jepun yang kini mengamalkan dasar buka pintu kepada pedagang asing. Dalam
hal sedemikian, terdapat juga sesetengah Syogun meminta bantuaan daripada kuasa barat bagi
mendapatkan kawalan mutlak terhadap Daimyo.34

8.0 Faktor tekanan dari Barat

Faktor lain yang menjadi punca kejatuhan zaman Kesyogunan Tokugawa ialah
tekanan dari barat. Pihak barat menyalahkan Tokugawa atas kewujudan sentimen anti-barat.
Kedatangan pihak barat ke Jepun tidak disukai oleh sesetengah pihak seperti pemimpin
Satsuma iaitu Shimazu Hisamitsu dan Shinoya Toin. Pemimpin Satsuma dan Shinoya’s tidak
bersetuju dengan tindakan Syogun yang memberi peluang kepada pihak perdagang barat di
Ryukyu. Sementara itu pegawai Satsuma meneruskan untuk memberi tekanan kepada Bakufu
untuk membenarkan Satsuma menghasilkan syiling Ryukyu khas. Pada 1862, Satsuma mula

33 Ibid. Ms 161

34Marius B. Jansen. (1994). Sakamoto Ryoma and The Meiji Restoration. Columbia University Press Morningside Edition.
New York, United Stated Of America.
menghasilkan 1 Juta ryo dalam syiling Ryukyu dalam tempoh tiga tahun. Sejumlah besar
syiling penghasilan di Kagoshima dihasilkan khas untuk membayar pembinaan ketenteraan
sebelum konfrontasi dengan British dalam insiden kebangkitan Namamugi.35

Sesetengah pedagang asing telah pun dibunuh oleh samurai upahan dalam tahun 1859
dan 1861, Penterjemah Belanda Townsend Harris telah dipancung dan legasi Britain di Edo
telah di serang. Pengiring samurai telah membunuh seorang pelawat dari Shanghai bernama
Charles Richardson dan melukakan dua orang lagi sahabatnya. Pembunuhan tersebut telah
menyebabkan pihak British menuntut hukuman kepada pesalah dan bayaran daripada Edo. Ini
menjejaskan lagi hubungan antara Edo dan Satsuma apabila, Edo memerintah agar Satsuma
menyerahkan mereka yang terlibat. Bila British tidak berpuas hati dengan sistem Bakufu,
mereka mengambil tindakan mereka sendiri. Pada disember 1862, Pihak Setiausaha Luar
British, Earl Russell tiba di Jepun pada March 1863, beliau meminta Bakufu memohon maaf
secara formal dan didenda 100,000 atas kes pembunuhan yang berlaku. Satsuma juga
diarahkan untuk menghukum pancung kepada pesalah yang membunuh Richardson dan
membayar sejumlah 25,000. Pada Jun 1863, Choshu telah menyerang kapal pedagang asing di
Shimonoseki. Serang tersbut telah menyebabkan British membalas dengan mengebom
Kagoshima, ibu negara Satsuma dan memaksa hukuman kepada pesalah dan pembayaran
dilakukan dengan segera.

Serangan ini secara tidak langsung telah mengancam kedudukan Syogun Tokugawa
sekaligus menyebabkan perintahan mereka semakin goyah36. Keadaan menjadi lebih teruk
apabila, golongan-golongan anti-Bakufu semakin melonjak naik sehingga menyumbang
kepada kejatuhan sistem Bakufu di Jepun.

35
Robert I. Hellyer. (2009). Defining engagement : Japan and global context, 1640-1868. Harvard University Asia Center.
United States of Amerika.

36 W. G. Beaseley. (2013). The Rise of Modern Japan. Routledge. New York. NY


9.0 Faktor Ekonomi

9.1 Kejatuhan Ekonomi

Kejatuhan sistem ekonomi dapat dilihat apabila kestabilan sistem Bakufu mula
tergugat pada pertengahan abad ke-18. Pada ketika itu ia menghadapi beberapa kesukaran
yang semakin meningkat terutama dari segi ekonomi. Kesulitan kewangan dapat dilihat
melalui perbelanjaan melebihi pendapatan. Ia ditambah lagi dengan masalah kebuluran yang
berlaku pada tahun 1780. Ini menyebabkan kekurangan makanan dan kenaikan harga
makanan. Para pegawai berusaha untuk menangani masalah tersebut dengan mengurangkan
perbelanjaan, mengawal harga, membatalkan hutang penahanan mereka, dan melaksanakan
undang-undang “Sumptuary”. Namun, langkah-langkah tersebut gagal menyelesaikan
masalah yang dialami dalam sistem Bakufu. Bakufu kemudian menurunkan nilai matawang,
namun menimbulkan bantahan dan ia menekan peniaga yang kaya untuk menderma wang.
Walaubagaimanapun, ini tidak dapat membendung masalah yang dihadapi mereka. Golongan
Daimyo dan para petani turut menghadapi masalah kemelesetan ekonomi yang semakin
meningkat. 37

Golongan Daimyo juga tidak dapat menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi.
Walaupun golongan ini dikecualikan daripada cukai Bakufu, mereka diarahkan untuk
melaksanakan projek-projek kerja awam yang mahal. Perjalanan tahunan berulang-ulang dari
pengkalan mereka ke Edo yang di amanahkan oleh Bakufu memerlukan perbelanjaan yang
besar memerlukan mereka untuk mengembara dengan sepasukan besae penahan, dan perlu
mengekalkan pertunjukan kesopanan yang sepatutnya. Mengekalkan dua tempat tinggal yang
sesuai di kediaman utama dan Edo sangat mahal. Terdapat pelbagai kesediaan barang-barang
mewah menyebabkan penggunaan yang mudah dilihat untuk bersaing mengekalkan rakan
daimyo mereka. Disamping itu, bencana alam dan kebuluran yang berlaku dari semasa ke
semasa meletakkan bebanan yang berat kepada golongan daimyo.38

Golongan samurai mula mengalami kemerosotan ekonomi. Kehidupan berjimat-


cermat dan kekerasan yang bersesuaian dengan samurai tidak lagi menjadi ikutan oleh para
samurai dalam ketenteraan Tokugawa. Pendapatan samurai hanya diperolehi dari hasil padi
beras, namun mereka mengamalkan kehidupan mewah dan tidak berjimat cermat. Golongan

37 Mikiso Hane. (2000). Japan: A Short History. Oneworld Publication. England. ms. 56

38 Ibid. ms. 57
samurai lebih cenderung untuk tinggal di rumah yang selesa dan gemar memakai pakaian
yang berkualiti. Ramai samurai yang mengejar kehidupan “Hedonistic” dengan menghadiri
persembahan kabuki atau berkunjung ke rumah pelacuran yang mahal dan merendahkan
“Geishas”.

Golongan daimyo dan samurai mula mengalami kejatuhan dan hutang kepada
saudagar tempat mereka membeli barangan atau tempat mereka meminjam duit. Bagi
mengatasi masalah yang dihadapi, golongan daimyo mula menaikan impost kepada para
petani. Beberapa daimyo juga telah mula menahan sebahagian daripada hasil pungutan pertus
nasi dari masa ke masa atau meminta mereka untuk meminjamkan beberapa peratus daripada
“stipends” mereka. Sesetengah meminta mereka untuk mengambil 50 peratus daripada
“Stipends”. Ini mengakibatkan kesan buruk kepada samurai. Langkah lain yang diambil oleh
Bakufu dan daimyo ialah membatalkan segala hutang yang mereka bayar kepada rumah
saudagar kaya. Menjelang awal abad ke-18, sesetengah rumah saudagar kaya menerima
bayaran yang banyak dari daimyo. Satu rumah kekayaan lagenda mempunyai sumber-sumber
telah dirampas oleh Bakufu kerana hutang yang besar daimyo. Pada 1789, Bakufu telah
membatalkan hutang-hutang 96 rumah saudagar kaya.39

Langkah-langkah tersebut telah mengakibatkan para peniaga mengambil langkah


berjaga-jaga untuk memberikan kredit kepada daimyo dan samurai. Ini mengakibatkan
daimyo dan samurai memerlukan bantuan kewangan, tidak lagi bersikap sombong terhadap
mereka dan menjadi peniaga kepada para saugadar kaya dan memberikan mereka hak untuk
untuk samurai seperti pedang bantalan. Golongan samurai juga berkelakuan lebih baik
terhadap golongan saudagar.

Tekanan ekonomi yang dihadapi kelas pemerintah telah memberikan kesan kepada
para petani. Ekonomi wang di kampung-kampung telah membawa kepada kos hidup yang
lebih tinggi untuk para petani. Sesetengah daimyo telah membuat tuntutan ketat terhadap
penduduk petani kerana keadaan ekonomi mereka yang teruk. Apa yang lebih menjejaskan
golongan petani ialah kenaikan cukai yang timbul daripada keperluan yang semakin
meningkat dalam kelas pemerintah. Bakufu telah mencuba untuk mengekalkan kadar cukai
tetap sebanyak 40 peratus tetapi, beberapa daimyo terutama di kawasan-kawasan yang lebih
miskin telah mengambil sebanyak mungkin cukai dari petani. Sehingga ada yang dikenakan

39 Ibid. ms. 57
cukai sehingga 70 peratus dan beberapa petani dikehendaki membayar cukai tahunan lebih
awal.40

Hakikat bahawa terdapatnya jurang yang semakin meningkat antara penduduk


kampung yang kaya dan miskin41 berdasarkan kepada aduan yang diterima secara langsung
menentang pemimpin kampung yang kaya. Pada zaman Tokugawa, kebangkitan daripada
golongan petani semakin meningkat dengan kekerapan yang lebih besar. Ini menunjukkan
tekanan yang diberikan oleh golongan pemerintah semakin meningkat. Rusuhan berlaku
paling kerap berlaku ialah berkaitan kebuluran pada 1732-33, 1783-87, dan 1833-36.

Antara gangguan yang dihadapi ialah penyerahan petisyen, penerbangan dari


kampung, demonstrasi dan protes ganas. Tindakan protes ganas yang dilakukan terhadap
golongan pemerintah ialah diseksa dan di penggal kepala malah ada juga yang ditanam hidup-
hidup. Kebanyakan tindakan yang dilakukan oleh golongan petani ialah melibatkan serangan
keatas rumah-rumah dan gudang para peniaga yang kaya, dan pemberi pinjaman wang. Punca
kepada berlakunya rusuhan tersebut adalah disebabkan cukai yang dikenakan. Selain itu,
bantahan terhadap beban korvee, pegawai yang kasar dan langkah pentadbiran, permintaan
terhadap bantuan dan bantuan semasa bencana alam dan kebuluran. Peningkatan terhadap
bantahan ini terus bertambah di zaman Tokugawa.

Penduduk bandar jauh lebih kecil berbanding penduduk luar sehingga tidak banyak
gangguan yang berlaku sehinggalah pada tahun terakhir Tokugawa, terutama pada masa
kebuluran yang mengakibatkan kekurangan beras dan harga beras yang meningkat tinggi.
Gangguan terbesar berlaku pada tahun 1837 di Osaka dengan protes terhadap keengganan
para pegawai untuk membantu golongan miskin bandar. Satu perlima daripada kawasan kota
telah dibakar.42

40 Ibid. ms. 58

41Condrad Schirokauer, David Lurie, Suzanne Gay.(2013) . A Brief History of Japanese Civilization. Wadsworth, Cengage
Learning. United States of Amerika. Ms. 134

42 Mikiso Hane. (2000). Japan: A Short History. Oneworld Publication. England. Ms. 60
10.0 Cukai Yang Keterlaluan dan Amalan Rasuah

Masyarakat pada era kesyogunan Tokugawa tergolong sebagai golongan agraria dimana
hampir 90 peratus penduduk era Tokugawa terdiri daripada golongan petani43. Pada awalnya,
pengeluaran pertanian hanya berasaskan kepada keluarga yang kecil namun kemudiannya
keluarga kecil tersebut mula berkembang sebagai sebuah keluarga yang besar termasuk
dengan golongan hamba yang kemudiannya berkembang kepada unit pertanian kecil dimana
setiap ahli keluarga mendapat jaminan bahagian tanah pertanian44. Mengikut undang-undang
semasa era Kesyogunan Tokugawa, golongan petani ini juga tidak mempunyai hak untuk
berpindah dan terikat kepada tanah sebagai tenaga buruh dan terlibat dalam sistem cukai.
Selain itu, sistem percukaian ini juga dikutip dan diuruskan oleh Ketua Kampung yang
berperanan sebagai pentadbir percukaian di peringkat paling rendah45.

Cukai yang dikenakan terhadap golongan petani adalah cukai beras dimana terdapat dua
kaedah cukai yang dikenakan iaitu melalui sistem tinjauan dan sistem “jomen” iaitu merujuk
kepada sistem jumlah tetap. Sistem tinjauan ini dikenali sebagai “kemi” dimana pegawai
rasmi akan melakukan lawatan ke kawasan tanah pertanian untuk mengira jumlah hasil beras
bagi setiap tahun46. Walau bagaimanapun sistem ini dikatakan kurang berkesan kerana
berlaku rasuah dalam kalangan pegawai-pegawai rasmi tersebut. Sistem cukai yang kedua
iaitu sistem “jomen” ini pula merujuk kepada kadar cukai yang tetap dikenakan dalam tempoh
antara tiga hingga lima tahun berdasarkan hasil purata yang diperoleh pada tahun-tahun
sebelumnya47. Sistem ini berbeza dengan sistem yang pertama kerana kerajaan bukan sahaja
dapat menjamin kutipan jumlah hasil cukai yang tetap bagi setiap tahun malahan turut dapat
meminimumkan kos yang dikeluarkan dalam proses tinjauan oleh pegawai rasmi ke kawasan
pertanian.

Walau bagaimanapun, peningkatan kos sara hidup kesan daripada pengenalan wang telah
menyebabkan golongan pemerintah mula menaikkan kadar cukai bagi memenuhi keperluan

43Kenichi Ohno. The Economic Development of Japan, The Path Travelled by Japan as a Developing Country. 2012. GRIPS
Development Forum. Hlmn 25.

44 Ibid.

45 Ibid.

46Kenichi Ohno. The Economic Development of Japan, The Path Travelled by Japan as a Developing Country. 2012. GRIPS
Development Forum. Hlmn 26.

47 Ibid.
sara hidup. Misalnya, terdapat daimyo yang yang mula mengenakan permintaan yang ketat
terhadap pertanian memandangkan keadaan ekonomi yang semakin mendesak. Dalam sistem
percukaian, meskipun Bakufu mengenakan kadar cukai yang tetap iaitu sebanyak 40 peratus
namun terdapat daimyo terutamanya yang tinggal di kawasan mikin sedaya upaya mendesak
golongan petani48. Malah, ada yang dikatakan sehingga sebanyak 70 peratus hasil dikutip oleh
golongan daimyo tersebut49.

Meskipun pertanian semasa zaman Tokugawa memperlihatkan peningkatan dan


kesuburan yang tinggi dimana berjaya menghasilkan banyak beras pada era itu. Keadaan ini
berikutan dengan peningkatan penggunaan kawasan pertanian seperti kawasan pertanian yang
terbiar digunakan, pertambahan variasi penanaman, penggunaan lebih banyak baja serta
peningkatan teknik pertanian.. Pada tahun 1598, kawasan penanaman di Jepun adalah sekitar
1.5 juta ekar dan kemudiannya meningkat kepada 2.97 juta ekar pada pertengahan abad ke-18.
Bukan itu sahaja, hasil pengeluaran dalam pertanian pada tahun 1598 juga dianggarkan
sebanyak 18.5 juta dan meningkat mendadak kepada 30.43 juta pada tahun 183450. Dengan
ini, produktiviti di Jepun pada zaman keshogunan Tokugawa pada ketika itu menunjukkan
satu keadaan yang stabil meskipun cukai dinaikkan terhadap beberapa daerah. Namun,
keadaan ini mendorong ketidakpuasan dalam kalangan petani yang kenaikan cukai tersebut
hanya membawa kebaikan kepada orang kampung yang berada semata-mata malahan
tindakan golongan tersebut menuntut kawasan pemilikan turut menyebabkan mereka memiliki
tanah lebih besar daripada tanah pertanian yang dijalankan oleh golongan petani.

Kesannya, golongan petani mula memberontak sebagai tanda protes kepada peningkatan
cukai dalam pertanian. Kebanyakan tindakan yang dilakukan oleh golongan pemberontak
tersebut lebih menumpukan golongan atasan dimana ketua-ketua diseksa dan dipancung
malah ada juga yang ditanam hidup-hidup. Bukan itu sahaja, mereka juga menyerang rumah-
rumah petani yang kaya, pedagang dan pemiutang. Akhir sekali, meskipun peristiwa ini tidak
berlaku di kawasan bandar pada ketika itu, tetapi menjelang tahun 1837, telah berlaku
pemberontakan besar-besar terhadap pegawai-pegawai yang enggan memberi bantuan kepada

48 Hane Mikiso. 2000. Japan, A Short History. Oneworld Publications, Revised Edition. Hlmn 58

49 Ibid

50 Ibid
bandar - bandar miskin kesan daripada penurunan hasil pengeluaran dan peningkatan harga.51
Kesannya, satu per lima bahagian bandar di Osaka telah dibakar.

Akhir sekali, pada penghujung pemerintahan Kesyogunan Tokugawa juga, telah berlaku
banyak penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran Tokugawa. Misalnya,
Kaiho Seiryo (1755-1817) menyatakan bahawa sistem Bakufu sendiri turut menjadi punca
kepada berlakunya rasuah dalam pentadbiran selain faktor kualiti pengaruh daimyo yang
semakin merosot52. Hal ini adalah kerana kedudukan daimyo yang paling awalnya adalah
berdasarkan kebolehan daimyo itu sendiri mula berubah kepada penurunan secara generasi
bukannya melalui kebolehan dan keupayaan seseorang daimyo itu sendiri. Kesannya
pentadbiran daimyo juga dikatakan kurang berkesan dan dan hanya berdasarkan keturunan
semata-mata.

51 Hane Mikiso. 2000. Japan, A Short History. Oneworld Publications, Revised Edition. Hlmn 58

52Ng, W. (1996). The hollyhock and the hexagrams: The "I ching" in tokugawa thought and culture (Order No. 9622643).
Available from ProQuest Dissertations & Theses Global. (89136371). Retrieved from https://search-proquest-
com.ezpustaka2.upsi.edu.my/docview/89136371?accountid=13155.
Kesimpulan

Syogun telah menggunakan pelbagai cara untuk mengawal pergerakan daimyo


sehinggakan meminta daimyo untuk tinggal dan datang ke Edo untuk beberapa waktu yang
dikenali sebagai Sankin Kotai agar Syogun dapat mengawasi sebarang kemusykilan daimyo
ke atas dirinya. Kerajaan zaman Kesyogunan Tokugawa ini dapat dilihat dengan jelas dalam
sistem pentadbiran dan ekonomi yang dijalankannya di mana ia telah membawa
kegemilangan pemerintahan Zaman Edo yang bermulanya dengan pegangan Ieyasu dan
berakhirnya zaman Syogun apabila pemerintah Tokugawa Yoshinobu mula mengalami
kemerosotan sehinggakan dapat dirombak oleh kerajaan Meiji
Rujukan

Bellah Rober, Tokugawa Religion ( New York: The Free Press,1985),11.

Cullen L.M, A History Of Japan,(United Kingdom: The Press Syndicate Of the University Of
Cambridge,2003),16

Faezah Kassim. 2004. Agama dan Falsafah di Jepun, Perkembangan dan Pengaruh Terhadap
Pemikiran Orang Jepun. Universiti Malaysia Sabah. Kota Kinabalu.

Hane Mikiso. 2000. Japan, A Short History. Oneworld Publications, Revised Edition.

Kenichi Ohno. The Economic Development of Japan, The Path Travelled by Japan as a
Developing Country. 2012. GRIPS Development Forum.

Marius B. Jansen. (1994). Sakamoto Ryoma and The Meiji Restoration. Columbia University
Press Morningside Edition. New York, United Stated Of America.

Mark Cartwright. Shinto. Diterbitkan pada 3 April 2017. Ancient History Encyclopedia.

Maswari Rosdi, Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955 (Kuala Lumpur: Sri Ringkasan
Teks Adabii,2002),70.

Morton W. Scott and Olenk J.Kenneth , Japan Its History and Culture (unites
States:McGraw-Hill,Inc, 2005),134

Ng, W. (1996). The hollyhock and the hexagrams: The "I ching" in tokugawa thought and
culture (Order No. 9622643). Available from ProQuest Dissertations & Theses
Global. (89136371). Retrieved from https://search-proquest-
com.ezpustaka2.upsi.edu.my/docview/89136371?accountid=13155.

Radhey Shyam Chaurasia, History Of Japan (New Delhi: Atlantic Publisher and
Distributors,2003),16
Robert I. Hellyer. (2009). Defining engagement : Japan and global context, 1640-1868.
Harvard University Asia Center. United States of Amerika.

Schirokauer Conrad, Lurie & Gay, A Brief History of Japanese Civilization (United States:
Thomson Wadsworth,2006),159.
Vaporis. C. (2000). Samurai and Merchant in Mid-Tokugawa Japan: Tani Tannai's Record of
Daily Necessities (1748-54). Harvard Journal of Asiatic Studies, 60(1), 205-227.
doi:10.2307/2652704

Vaporis. C.2012. Voices of Early Modern Japan : Contemporary Accounts of Daily Life
During The Age of the Shoguns.

W. G. Beaseley. (2013). The Rise of Modern Japan. Routledge. New York. NY

W.G.ASTON C.M.G.DL. 1910. Shinto, The Ancient Religion Of Japan. London, Constable
& Company LTD.

Anda mungkin juga menyukai