Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS

(PERHIMPUNAN)
Selamat pagi, salam sejahtera dan salam sepakat kearah kecemerlangan.

Bagi memulakan majlis perhimpunan kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama
menyanyikan Lagu Negaraku di ikuti dengan Lagu Sabah Tanah Airku.

Di jemput semua guru dan pelajar untuk bersedia bagi menyanyikan lagu.

Terima Kasih diatas nyanyian yang penuh bersemangat, majlis kita teruskan lagi
dengan bacaan Doa yang akan disampaikan oleh ____________. Bagi yang
bukan beragama Islam, dipersilakan untuk berdoa mengikut kepercayaan masing-
masing.

Majlis diteruskan dengan Lafaz Ikrar yang akan disampaikan oleh _______

Terima kasih atas bacaan doa dan lafaz ikrar itu tadi. Majlis diteruskan dengan
mendengar laporan daripada guru bertugas pada minggu lepas. Untuk itu, dijemput
cikgu _______ untuk menyampaikan laporan. Dipersilakan.

Terima kasih atas laporan yang disampaikan itu tadi. Untuk makluman semua
pelajar, Guru bertugas pada minggu ini ialah cikgu ______. Sebarang masalah
sila berjumpa dengan guru bertugas.

Seterusnya, kita mempersilakan jika ada mana-mana guru yang ingin


menyampaikan ucapan ataupun pengumuman. Dipersilakan.

Jika tidak ada, ( Hanya sebut ini kalau tiada guru yang beri pengumuman)

Terima kasih atas ucapan yang disampaikan,

Sebelum menutupi majlis perhimpunan kita pada harini, marilah sama-sama kita
mendengar amanat yang akan disampaikan oleh Guru Besar Dr. Samuing Andawai
/Penolong kanan (Jika Guru besar Tiada). Majlis dengan sukacita mempersilakan.

Terima kasih atas amanat yang telah disampaikan sebentar tadi. Semoga kita
semua dapat mengambil ikhtibar daripada apa yang disampaikan.

Bagi mengakhiri majlis perhimpunan kita pada hari ini, Marilah sama-sama kita
menyanyikan lagu Sekolah dengan penuh semangat.

Diminta semua pelajar dan guru untuk bersedia bagi menyanyikan lagu sekolah.

terima kasih atas nyanyian itu tadi. Para guru dan pelajar dipersilakan untuk
beredar.
IKRAR SEKOLAH
BAHAWASANYA KAMI, MURID-MURID SEKOLAH
KEBANGSAAN SUNGAI API
DENGAN INI BERIKRAR DAN BERJANJI,
AKAN BERUSAHA SEDAYA UPAYA, UNTUK SENTIASA:

MENGAMALKAN PRINSIP RUKUN NEGARA


MEMATUHI PERATURAN SEKOLAH
TAAT KEPADA IBU BAPA DAN GURU
MENGHORMATI DAN BEKERJASAMA DENGAN
RAKAN-RAKAN
MEMBANGUNKAN DIRI DAN SEKOLAH DEMI
KEMAJUAN BERSAMA

MAKA KAMI, RAKYAT MALAYSIA, BERIKRAK AKAN


MENUMPUKAN, SELURUH TENAGA, DAN USAHA KAMI,
UNTUK MENCAPAI, CITA-CITA TERSEBUT, BERDASARKAN
ATAS PRINSIP-PRINSIP YANG BERIKUT:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
BACAAN DOA
BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Lapangkan la dada kami,
Bukakanlah pintu hati kami,
Cerahkanlah mata hati kami,
Bagi menerima dan memahami segala pelajaran kami
pada hari ini Ya Allah.

Ya Allah Ya Rabbi,
Kuatkanlah ingatan kami,
Untuk mengingati pelajaran yang kami telah
terima dari guru-guru kami,
Agar ia menjadi kebaikan kepada kami,
Ibu bapa dan guru kami,
serta kepada masyarakat dan negara kami.

Ya Allah Ya Tuhan kami,


Jadikanlah kami orang yang beriman,
berdisiplin dan sentiasa mematuhi peraturan,
agar kami mampu menjadi
pelajar yang baik dan berguna sepanjang masa.

Sesungguhnya hanya kepadaMu jugalah kami memohon


segalanya, Kabulkanlah doa kami Ya Allah.

Ammiiinn Ya Rabbil Alamin

Anda mungkin juga menyukai