Anda di halaman 1dari 4

Bismillahhirohmahnirrahhim,

Asalamualaikum w.b.t, Salam Malaysia Madani,Salam Sejahtera dan Salam Tranformasi


Pendidikan Pahang.

Yang berusaha tuan guru besar, EN MOHD RAMLI BIN DERIS.

Yang dihormati, Cikgu MOHD RAZALI BIN ISHAK , Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

Yang dihormati, Cikgu NOR AFIZAN BINTI MUDA, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid.

Yang dihormati, Cikgu MOHD PAUZI BIN HASBOLLAH, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum.

Yang dihormati, Cikgu NAZIFAH BINTI PUTEH, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas.

Barisan guru yang disayangi dan murid-murid yang dirahmati Allah.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi
kesyukuran kita panjatkan ke
hadrat Illahi kerana dengan izin
dan
inayah NYA, maka dapat kita
berhimpun dan berkumpul pada
pagi yang indah ini
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan
inayah NYA, maka kita dapat berhimpun dan berkumpul pada pagi yang indah ini.

1.NYANYIAN LAGU NEGARAKU , NEGERI PAHANG DAN LAGU SEKOLAH


Majlis perhimpunan ini akan diteruskan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu NEGARAKU
lagu NEGERI PAHANG dan lagu sekolah. Semua guru dan muird-murid diminta berdiri tegak
dan bersama-sama menyanyikan tiga buah lagu tersebut diiringi muzik dengan penuh
bersemangat.

2.IKRAR RUKUN NEGARA

Seterusnya saya menjemput bacaan ikrar yang akan diketuai oleh _______________________.

Terima kasih kepada guru-guru dan murid-murid atas nyanyian dan ikrar yang dilafazkan
sebentar tadi. Semua guru dan pelajar dipersilakan duduk.

3.BACAAN DOA

Untuk mmberkati perhimpunan kita pada pagi ini, saya mempersilakan saudara ______________
untuk melafazkan doa.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara _______________ atas bacaan doa sebentar
tadi.

4.UCAPAN ALUAN (SELAMAT DATANG KE SEKOLAH) OLEH PENGERUSI


MAJLIS

Selamat pagi kepada semua warga sekolah yang dihormati,

Saya sebagai pengerusi majlis dengan sukacitanya menyambut kedatangan semua ke sekolah kita
yang tercinta. Saya yakin dengan semangat dan usaha bersama, kita mampu mencapai kejayaan.

Baiklah, seterusnya saya akan memaklumkan guru-guru yang bertugas sepanjang minggu
ini...bagi memudahkan murid-murid bertemu jika mengalami apa apa permasalahan...namun
begitu jika murid tidak dapat berjumpa dgn guru yg disebutkan...kamu boleh berjumpa dgn guru
kelas anda. Baiklah, antara guru-guru yg bertugas pada minggu ini ialah:

1) HIDAYAH HAZIRAH BINTI HISHAM


2) SHAMSUL SHAHRIZAL BIN SAMINAN
3) OOI LEE FUNG
4) SITI ANISAH ALWANI BINTI NORDIN
5) ROSNANI BINTI ABD RAHIM
6) JULIAH BINTI TALIB
7) ZURAIDA BINTI ARPIN
8) MAHRIZAL BIN MOHAMAD TOHA
9) NURSREE HANI BINTI MAHMUD

Saya mengajak para pelajar untuk memberikan yang terbaik dalam setiap usaha, sementara itu,
kami sangat menghargai dedikasi para guru. Sekolah bukan hanya tempat untuk belajar, tetapi
juga tempat untuk membina persahabatan dan kekuatan bersama.

Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dalam persiapan hari ini. Mari kita
bersama-sama berusaha mencapai kecemerlangan.

Selamat kembali ke sekolah, mari kita mulakan tahun ini dengan semangat yang baru!

Terima kasih.

5. UCAPAN PENYELARAS PROGRAM MINGGU PERTAMA

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Encik/Puan ________________ untuk


memberikan ucapan mengenai program minggu pertama.

Terima kasih diucapkan kepada Encik / Puan _________________________________.

6. UCAPAN PENYELARAS PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan PUAN SITI HANISAH ALWANI BINTI
NORDIN untuk memberikan ucapan mengenai program Ihya’ Ramadhan.

Terima kasih diucapkan kepada PUAN SITI HANISAH ALWANI BINTI NORDIN

7.UCAPAN GB & PELANCARAN PROGRAM MINGGU PERTAMA &IHYA’


RAMADHAN

Majlis diteruskan dengan ucapan guru besar ENCIK MOHD RAMLI BIN DERIS seterusnya
melancarkan program minggu pertama dan ihya’ Ramadhan.

8. GIMIK PELANCARAN
9.UCAPAN PPPS & PELANCARAN PROGRAM PERMUAFAKATAN BERSAMA
PDRM

Seterusnya, saya mempersilakan Tuan /Puan ____________________________ selaku


____nama jawatan _________ untuk memberikan ucapan sekalligus melancarkan program
permuafakatan bersama PDRM.

Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh
Tuan/Puan itu tadi. Semoga nasihat, teguran, amanat itu dapat kita jadikan panduan untuk
merealisasikan kecemerlangan.

Sampai di sini sahaja perhimpunan kita. Saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada
semua yang hadir dalam perhimpunan ini. Kita akhiri perhimpunan ini dengan membaca Tasbih
Kafarah dan Surah Al-Asr.

Anda mungkin juga menyukai